MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

22 Ogo 2008

Anwar 'diserang' bekas orang kuatnya...


Anwar 'diserang' bekas orang kuatnya...

Muda Mohd Noor | Aug 22, 08 3:17pm
Seorang lagi bekas orang kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim `menyerang' penasihat PKR itu, dalam kempennya membantu Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh

Bekas Naib Presiden PKR, Saidatul Badru Said Keruak berkata, negara akan menjadi huru-hara jika Anwar berkuasa atau menjadi perdana menteri.

Ketika berkempen membantu calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah, beliau berkata, jangan sesekali memberi kemenangan kepada Anwar dalam pilihanraya kecil ini.

Saidatul Badru berkata, beliau sangat kecewa cara Anwar mengendalikan PKR dan mendakwa, pemimpin pembangkang itu mahu membalas dendam kepada orang Sabah.

"Saya tidak tahu sebabnya, tetapi dia menawarkan jawatan pengerusi PKR negeri kepada Jeffrey Kitingan yang sebelum ini dipegang oleh orang Islam," katanya.

Ketika ditemui di Seberang Jaya semalam, Saidatul Badru berkata, sepatutnya Anwar mengambil daya usaha menyatukan umat Islam di seluruh negara dan bukannya membiarkan ia terus berpecah.

Tidak bertanding

Katanya, atas alasan itu, beliau mengambil keputusan meninggalkan PKR dan kembali ke pangkuan Umno sebulan lalu.

Semasa bersama PKR, beliau pernah menjadi pengerusi perhubungan negeri dan bertanding di kerusi Parlimen Sepanggar dalam pilihanraya umum 2004

Bagaimanapun, anak bekas ketua menteri Sabah itu tidak bertanding dalam pilihanraya umum lalu.

Semalam bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ezam Mohd Nor turut berkempen membantu calon BN dalam pilihanraya kecil tersebut.

Ezam berkata, beliau berceramah siang malam sejak hari penamaan calon 16 Ogos lalu untuk mendedahkan siapakah Anwar sebenarnya.

Pilihanraya Permatang Pauh menyaksikan persaingan tiga penjuru antara Anwar, Arif Shah dan Hanafi Mamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).

baca artikel asal di malaysiakini.com


2 ulasan:

Stan berkata...

Si Arif Shah..respectnya tau cakap Cina tapi tak tau adat orang lain..Itulah politik kotor..bagaikan kacang lupakan kulitnya..Sayangkan kain buangkan baju..sayangkan lain buangkan aku..Dulu dia jadi DPM...sekarang..orang bawahannya cakap dia tak baik..kalau itu semua tak baik,,,....Wahai kaum ku...bilalah kamu boleh jadi orang yang berdikari..tau beranak tapi tak tau jaga,,tapi harap kerajaan jaga...bangunlah dari mimpi yang manis..Tengok lah orang cina..kerja kuat-kuat...

wokyoh berkata...

buat arif shah...selamat maju jaya...ada juga orang pkr respect beliau boleh cakap cina dengan lancar dan petah...tapi betul ke arif shah tak tahu adat??? apa adat yang dia langgar tu???...kalau dah tak ada point nak kenakan orang...baik tak usah...fikir dulu....yang dok merapu kacang lupakan kulit,buang baju,tau beranak tak tahu jaga...ni sapa ni??? lepas tu sokong orang cina pula suruh kerja kuat-kuat...mana ada cina kerja kuat gu....kebanyakan dia orang jadi tokey,dok kat kaunter jadi tukang kira duit je...ada tubik peluk ke kira duit??? biasanya kita orang melayu yang tak tolong melayu..kerja kuat-kuat sampai berpeluh ketiak...buleh gaji gi beli kedai dia orang....kedai melayu tokse gi beli takut melayu jadi kaya..kalu kayo dari kita kita dengki...
gu.. pikir molek...jangan gadai bangsa dan negara dengan sokong nuar ni....

jangan marah nalla...nalla dah insaf...dia tolong bagi duit haram nambor ekor magnum ko nuar pun...tok jadi apo...nuar tak berubah,perangai lagu tu jugak...

gu...ezam ngan nalla rela masuk jail sebab nuar...demo sanggup ko masuk dok dalam tu walaupun satu malam???