MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

29 Jul 2008

Laporan Hospital Pusrawi boleh bunuh kredibiliti Anwar


Laporan Hospital Pusrawi boleh bunuh kredibiliti Anwar


Sumber laporan

1. Sumber yang menerbitkan laporan itu bermula dari Raja Petra Raja Kamaruddin, pemilik laman Malaysia-Today. Kemudian Anwar adakan sidang media mengedar laporan Hospital Pusrawi kepada media untuk mengesahkan dirinya bukan peliwat.

2. Ini akan mengesahkan Raja Petra dan Malaysia-Today merupakan instrumen paling penting sebagai 'lidah Anwar' untuk menyebarkan propanganda di internet serta membela apa-apa isu berkaitan Anwar. Kaitan Anwar dan Raja Petra semakin jelas. Ketika Anwar di penjara- Raja Petra tubuh laman Free Anwar Campaign (FAC) dari tahun 2001-2004 untuk bebaskan Anwar. Ketika Anwar bebas penjara, Raja Petra tubuh Malaysia-Today untuk kempen Anwar jadi PM.

3. Ketika Presiden PAS dan Timbalan Presiden PAS keluarkan kenyataan tidak menyebelahi Anwar tentang isu liwat, Raja Petra dan Malaysia-Today serang pula Presiden serta PAS.

Kandungan laporan Hospital Pusrawi







1. Ramai yang pertikai 'bar code' yang menindih nama Saiful seolah-olah terdapat usaha untuk memotong dan tampal semula. Telitikan semula 'bar code' ditampal dengan ayat yang tidak sempurna.

2. Maksud tulisan dalam laporan itu :
*Kependekan F/T bermaksud full time.
*Tenesmus x1/52 bermaksud susah nak berak seminggu. Atau berak tak puas
*pain (di cross kan) not noticed any PR bleed - PR is for pathogenesis related - pathogenesis ialah permulaan jangkitan
*pain in the anus when passing motion (for a week)
*pt (patient) was alleged assaulted by intruding tt (too tight) plane (?) into the anus
* willing to do report

3. Terdapat pertikaian singkatan 'o' . Ada mendakwa 'o'(zero) bermakna tiada dan ada yang mendakwa 'o' bermakna observation (pemerhatian lanjut). 'o' bukan makna zero (tiada) tapi "o" maksudnya observation. Kependekan untuk 'tiada' ialah null, no, neg(ative) atau -/ve

4. Diagnosis: TRO Assault (sodomise). TRO = TO RULE OUT . Dalam 'medical term' TRO bermaksud PERLU PENGESAHAN LANJUT.

5. 'advise to go to the government hospital'-Maksudnya dinasihati untuk mendapat pengesahan lanjut di hospital kerajaan.

6. 'plan to do police report'-Maksudnya bercadang untuk buat laporan polis

7. Ini bermaksud pemeriksaan awal doktor Pusrawi mendapati Saiful mempunyai tanda-tanda diliwat dan mencadangkan supaya Saiful memohon mendapat pemeriksaan di hospital kerajaan dan seterusnya membuat laporan polis.

Laporan Hospital Pusrawi vs Hospital Kuala Lumpur

1. Laporan doktor ke atas pesakit merupakan dokumen sulit peribadi pesakit. Bagaimana Raja Petra boleh dapat dokumen sulit peribadi daripada doktor Hospital Pusrawi ? Bukankah mendedahkan dokumen sulit kepada umum (kecuali diminta di mahkamah) merupakan menyalahi etika perkhidmatan awam atau swasta?

2. Raja Petra hanya menerbitkan laporan sulit di Hospital Pusrawi. Itu merupakan pemeriksaan awal. Kenapa pula Raja Petra tidak dedahkan dokumen sulit di Hospital Kuala Lumpur yang buat kajian lebih terperinci

3. Kalau Raja Petra dakwa laporan Hospital Pusrawi tiada kes liwat, kenapa pula doktor Hospital Pusrawi mencadangkan Saiful buat pemeriksaan lanjut di Hospital Kerajaan?

4. Kalau tiada kes, kenapa pula doktor bersetuju Saiful buat laporan polis ?

5. Dalam pembuktian di mahkamah, adakah laporan Hospital Pusrawi atau laporan Hospital Kerajaan akan dipanggil untuk memberi keterangan ?. Sudah tentu laporan Hospital Kerajaan. Jadi mana salinan laporan Hospital Kerajaan ?

Kenapa laporan Hospital Pusrawi diterbitkan sekarang ?

1. Untuk mengelirukan rakyat Malaysia setelah Anwar enggan bersumpah dan enggan beri ujian DNA.

2. Untuk memastikan polis tidak menyiasat lanjut kerana jika disiasat lanjut akan lebih terdedah bukti sebenar. Anwar curiga pada polis, curiga pada doktor, curiga pada peguam negara sebab itu beliau berusaha gugurkan kes, sebelum dibicarakan di mahkamah. Klik di sini.

3. Anwar sebenarnya takut didakwa di mahkamah kerana beliau mempunyai kes liwat 1998. Sekiranya kes liwat 2008, didakwa di mahkamah, pihak mahkamah akan merujuk terlebih dahulu kes lamanya 1998.

4. Anwar berusaha bermati-matian menggugurkan kes ini sebelum tiba di mahkamah kerana beliau tahu sekiranya kes ini didakwa semua pembuktian akan keluar di mahkamah termasuk laporan Hospital Pusrawi dan Hospital Kerajaan.

5. Anwar mahu memenangi hati rakyat dengan menggunakan kaedah politik dan teknikal seperti tahun 1998.

6. Kalau Anwar benar, kenapa pula Anwar takut bersumpah seperti yang disarankan oleh Mufti Perlis ? Kenapa pula jalan sukar yang bersimpang siur..

7. Bak kata Ibrahim Ali, makin Anwar curiga pada semua (mufti, doktor, hakim, polis), makin terserlah Anwar bersalah. Makin didedahkan semua ini, semakin ramai yang mula mencurigai Anwar.


Catatan ringkas, 3.50 petang

AIDC
29 Julai 08


10 ulasan:

Unknown berkata...

sian anuar...report yg macam ni pun dia nak jadikan bukti...very brief, tak cukup untuk convincekan orang yg tau medical.

pr stand for per rectal - procedure to inspect the rectum,
dr tengok pada mata kasar n jari dia je...

rasanya yang reveal this is not a medical people because surely they know that this is not relevant to proof he is not sodomised...

wokyoh berkata...

PR maksudnya per rectal,
PR bleed maksunya pendarahan melalui dubur.
o bermaksud nil atau no atau tiada.

TRO adalah To Rule Out - maksudnya doktor tidak pasti dan ingin mengesahkan apakah diagnosis atau penyakit.

biasanya diagnosis terbahagi kepada

1.confirm diagnosis- setelah disahkan betul-betul penyakit melalui pemeriksaan dan sokongan laporan makmal dan procedure.

2.provisional diagnosis- kemungkinan-kemungkinan diagnosis yang ada.atau diagnosis yang seakan-akan.biasanya provisional diagnosis ada 2 atau 3.

3.TRO-to rule out- untuk mengkaji lagi atau untuk mengesahkan diagnosis.

Lagipun doktor yang memeriksa anwar itu doktor perubatan biasa saja bukannya doktor pakar, sepatutnya kes ini diperiksa oleh pakar dan ditulis dalam borang tertentu -OSCS under domestic violence.

Laporan diatas adalah diragui kesahihannya oleh semua doktor perubatan malah cara laporan dan pemeriksaan yang tidak lengkap itu memalukan doktor di mana vital sign tak ada, examination of cvs,respiratory system.GIT,GUS dan genital examination pun tak ada.

doktor tu sembunyi banyak sebab-
mungkin takut rahsianya terbongkar...kena pastikan doktor tersebut ada APC(annual practitional certificate) dan berdaftar penuh dengan MMC(malaysian medical council) atau tidak...sekarang ni ramai doktor haram yang ada MD dari universiti yang tak diiktiraf ...balik malaysia menyamar kat klinik-klinik perubatan swasta....

bagi saya laporan itu tidak benar dan jauh sekali boleh dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan.

anwar kena tunjukkan laporan dari HKL baru saya percaya!!!!

Unknown berkata...

Itu tentang bar code tu.. memang standard macam tu.. sebab bar code tu dalam bentuk pelekat yang ditampal atas itu report.

Waa... nampak gayanya itu Anwar Ibrahim dan pengikut PKR macam sudah terpedaya laa.. Dia orang ingat (o) tu maknanya 'zero'. Tapi (o) tu maknanya observe. So that means.. the doctor has observe about active bleeding etc.. etc..

Betul jugakkan... Biasanya dalam medical checkup yang biasa aku buat.. kalau doktor kata tiada kesan, doktor akan tulis 'nil' dan bukan 'o'. Belum pernah lagi dalam banyak medical checkup yg aku jumpa doktor tulis 'o' sebagai maksud 'nil'.

In the report also, the doctor also said he has advised saiful to go to general hospital. Kalau tidak ada apa2 kesan dari sebab liwat, buat apa doktor suruh pergi ke GH.

Nampak gaya one thing I can say... "Senjata Makan Tuan"

Unknown berkata...

Kononnya nak kelirukan orang,alih2 puak2 PKR pulak terkeliru

Nampak sangat Anuwar ni terdesak.Mana ada laporan hospital camtu.Cheq pun sekarang ni masih buat treament kesihatan lagi kat hospital.Cheq tau mana betul tidak.

Yang ni sah-sah tipu.Cukup2lah nak tipu rakyat Anuwar oiii

Unknown berkata...

Saya telah meneliti laporan Pusrawi dan "penjelasan" mengenai catatan-catatan yang diedarkan oleh PKR. Beberapa perkara membuatkan saya berfikir panjang:

1) Seolah-olah ada dua gaya tulisan berbeza; [Tenemus...PR bleed], dibanding dengan catatan-catatan selainnya. Terdapat beza tekanan (pressure), dan flow (catatan perlahan vs catatan pantas). Baranfkali tulisan orang yang sama, menggunakan pen berbeza, atau dalam situasi mental / emosi yang berbeza, atau keadaan fizikal tangan yang ototnya baru digunakan ketika memeriksa pesakit.

2) Mengenai tanda "o". Adakah ia membawa makna "tiada", "zero" (negatif)? Adakah ia bermakna "observation" (pemerhatian)?

Atau... ini yang saya fikirkan... ia adalah tanda bulat "bullet", tanda doktor itu sedang menyenaraikan catatan satu demi satu. Jika ia "bullet", dan gantikan tanda "o" itu dengan "-", maka setiap catatan itu boleh dibaca sebagai:

-active bleeding
-ulcer or pus seen
-injury [shown]
-tear seen

yang membawa implikasi semua itu diperhatikan (positif).

Lihat saya taipkan [shown], kerana jika diteliti betul-betul tulisan perkataan itu, ia hampir serupa dengan perkataan "seen" dalam "o tear seen". Perkataan "shown" digunakan dalam helaian penjelasan PKR.

Lihat huruf "s", kemudian huruf seterusnya. Pada pendapat saya, ia jauh dari menyerupai "h", tetapi lebih menyerupai "e" dalam "tear s[e]en". Ataupun, "tear seen" itu seharusnya "tear [shown]", kerana perkataan itu, dalam kedua-dua baris, adalah hampir serupa, dengan "distortion" tulisan tangan yang menghasilkan bentuk sedikit berbeza.

3) Catatan doktor yang merujuk pesakit ke hospital lain, menunjukkan pemeriksaan yang dijalakan doktor Pusrawi itu tidak konklusif - masih perlu penelitian dan pengesahan lanjut. Dalam helaian "penjelasan" PKR, catatan "advise" ini tidak ditonjolkan atau diberikan prominence dan tidak diulas; hanya bahagian "TRO" itu yang ditekankan, sedangkan diagnosis perlu diteliti keseluruhannya untuk menentukan konteks.

Hanya pendapat saya berdasarkan pemerhatian sendiri.

Unknown berkata...

Sekiranya apa yang terkandung di dalam laporan itu sebagaimana yang didakwa oleh Anwar adalah benar, kewibawaan laporan/nota itu boleh diragui kebenaran isi kandungnya kerana sudah terlepas di tangan orang yang tidak berhak memilikinya. Sekiranya benar huruf 'o' yang dinyatakan oleh Raja Petra yang kononnya tersangat pandai didalam bidang perubatan membawa maksud 'zero', apakah tidak mungkin ianya ditambah selepas nota tersebut terlepas ketangan Anwar atau pihak PKR???

Kandungan nota tersebut seharusnya disahkan oleh dr yang menulisnya sebelum kita boleh mempercayai apa yang didakwa itu.

Sedangkan kita tahu Dr yang menulis nota berkenaan bukannya seorang pakar bedah mahupun pakar forensik dan dengan itu kesahan laporan itu boleh dipertikaikan, adakah kewibawaan laporan itu akan makin meningkat apabila nota yang ditulis dengan tulisan tangan itu terlepas pada orang2 yang ingin menyelamatkan dirinya?

Usaha terdesak Anwar ini jelas menunjukkan ketakutan yang menyelubungi Anwar. Ingatlah... berani kerana benar, takut kerana salah. Kalau Anwar sangat betul, kenapa tidak berani mencabar untuk bawa kes ke mahkamah? Kenapa mengarahkan agar kes digugurkan walaupun pihak pengadilan belum mendakwa apa2 pun? Tak ada satu kenyataan rasmi dari mahkamah, polis atau kerajaan yang mengatakan Anwar bersalah. Kalau Anwar benar tidak bersalah, kenapa tidak sahut cabaran Saiful untuk bersumpah, tetapi mengemukakan berbagai2 alasan?

Mengapa Anwar harus menggelabah?? Akhirnya kat sini satu pantun yang ingin saya jualkan pada Anwar.

Anak cina main labah-labah,
Main labah-labah tak ada kaki,
Macamana Anwar tidak menggelabah,
Sebab kes liwatnya dah tak boleh ditutup lagi.

Kesian Anwar, semakin hari semakin terserlah siapa Anwar sebenarnya di mata rakyat. Rakyat sudah semakin sedar. Orang PAS pun sudah mula tidak mempercayai Anwar... buktinya lihat kenyataan Ustaz Nasha. Orang2 alim ni tuhan banyak kasi hidayah dan petunjuk. Fikir-fikirkanlah.

Sekian.

Unknown berkata...

Follow up kepada komen saya sebelum ini, saya telah memperolehi penjelasan dari aspek perubatan, tanda "o" di dalam laporan perubatan itu sememangnya bermakna "tiada", dan ia adalah amalan biasa dalam melakukan catatan pemeriksaan perubatan.

gupin berkata...

ni lg satuu...

naik menyampah aku baca...

aderr berani aprove la comment2 aku nii..

bodek bulehh harap!

hampehh

Stan berkata...

Kamu semua ni ingat kamu semua pakar? Sila panggil doktor tersebut menerangkan...Siapa salah siapa betul? Kamu macam David Copperfield. Kenapa dia tak mau bagi DNA? Kamu ada tengok CSI? Jikalau DNA tersebut dah 20 tahun, pakar forensik pun boleh cari jawapan...Bodoh lah...Tinggikan mutu anda...Tak boleh ikut sahaja..Cakap sini cakap sana..Kalau ada buat, kenapa Polis tak tangkap dia pada hari tersebut? Kerana masa ini???? Fikir dengan otak kamu baik-baik

hari-hari berkata...

Sebenarnya, bukan saya nak menyebelahi Anwar. Tetapi, apabila penyokong menebelahi seseorang. Tak nampak pula kesilapan orang yang di sonkongi kerana di kasihi.

Saya percaya, jika Saiful benar benar di liwat oleh Anwar ia dilakukan dengan secara suka suka atau suka rela.

Cuba gunalah otak yang di kurnia oleh Tuhan ... umur dia 22tahun takkan nak lawan balik pun tak mampu? Lagi pun dua orang tu orang dewasa, bukan mudah nak cucuk buntut.

Pada pendapat saya, tak kisah lah Anwar and Si saiful ti meliwat ke tidak, kita perlukan pemimpin yang berwibawa.

Tetapi saya tetap percaya bahawa Saiful tu ... ada udang di sebalik batu.