MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

12 Jun 2008

VIDEO: Siapa Anwar (Siri 8)






3 ulasan:

~MataHatiJohor~ berkata...

Tahniah & terima kasih di atas usaha yang anda lakukan. Mohon izin menggunakan hasil kerja anda untuk digunakan di facebook.com (MataHati Johor & KELAB PENYOKONG UMNO) & di http://sayangbangsa.blogspot.com

Semoga Allah membalas usaha anda untuk menyelamatkan negara Malaysia ini sebagai kerja-kerja amal soleh menegakkan agama, bangsa dan negara.

Terima kasih.

NTanwar berkata...

Buletin Utama pada 14 Jun 2006 memaparkan temuramah Pengerusi sebuah pertubuhan NGO Amerika Syarikat, ReOpen 9/11, Jimmy Walter tentang cerita sebenar mengenai Serangan 11 September 2001 yang diselewengkan faktanya oleh Kerajaan Amerika Syarikat (AS) di bawah pentadbiran George W. Bush.

Yang paling menarik perhatian ialah penglibatan rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam konspirasi Zionis untuk menghancurkan reputasi dan imej Islam melalui serangan 11 September di mata dunia seterusnya untuk dijadikan justifkasi pencerobohan pakatan jahat Amerika Syarikat dan Zionis terhadap negara-negara Islam seperti Afghanistan, Iraq dan selepas ini mungkin Iran dan Syria.

Yahudi berbangsa Amerika yang diakui oleh Anwar Ibrahim sendiri beberapa kali sebagai kawan karibnya itu ialah Paul Wolfowitz! Paul Wolfowitz ialah bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan AS dan sekarang merupakan Presiden Bank Dunia.

Wolfowitzlah yang mengaturkan pekerjaan Anwar Ibrahim di AS sebagai Profesor Pelawat di Georgetown University disamping sebagai pensyarah di St. Anthony’s College di Oxford dan School of Advanced International Studies di Johns Hopkins University.


Di Johns Hopkins University inilah, Wolfowitz pernah menjadi Dekan Paul H. Nitze School of Advanced International Studies (SAIS) dari 1993 hingga 2001.

Selain itu, Anwar Ibrahim juga dilantik sebagai consultant (perunding) di Bank Dunia yang mana Wolfowitz sendiri adalah Presidennya.

Jimmy Walter dalam temuramah media massa Malaysia itu menyebut nama Paul Wolfowitz paling awal sebagai dalang dalam serangan 11 September 2001 yang meranapkan WTC di New York. Ini mungkin kerana beliau menyedari bahawa Wolfowitz mempunyai komplot dan perancangan licik memporak-perandakan Malaysia dengan seorang bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan akan kembali aktif dalam politik negara ini.

Menurutnya pada 28 Januari 1998, Wolfowitz, Cheney, Rumsfeld, Jeb Bush, Steve Forbes dan Dan Quayle dan sembilan belas lagi pegawai atasan menandatangani satu plan yang menggesa kerajaan US supaya mereka satu "New Pearl Harbor" supaya boleh dijadikan alasan untuk menakluk Iraq dan membina pangkalan tentera di sana.

Tanpa Nama berkata...

Paul Wolfowitz adalah bekas timbalan setiausaha pertahanan Amerika Syarikat yang mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai salah seorang calon dalam senarai The 2008 TIME 100. Anwar Ibrahim - The 2008 TIME 100 - TIME

Soalannya, kenapa Wolfowitz yang mencadangkan nama Anwar Ibrahim, dan bukannya pemimpin negara Islam sendiri atau rakyat Malaysia sendiri?