MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

13 Jun 2008

Siapa Taja Kunjungan Anwar Ke Luar Negara ?


Keynote address by Anwar Ibrahim on 20th May 2008 at the CLSA Corporate Access Forum in Singapore ditaja oleh The Asia Foundation

June 12th, 2008

Sudah dijelaskan bahawa semua kos ditanggung oleh badan yang mengundang. Malah dalam kebanyakan program kuliah atau konsultan kepada badan perniagaan, saya dibayar honororium lumayan juga.

ANWAR IBRAHIM


Dulu perkara ini tidak berbangkit, tetapi semenjak kebelakangan ini mula dibangkitkan hingga memaksa Anwar menulis respon seperti di atas.

Siapa taja Anwar ? Semuanya terjawab apabila membaca selanjutnya artikel ini..

Seperti biasa Anwar akan menjawab ringkas dan tidak menyebut secara spesifik siapakah pihak yang menajanya.

Kalau ditanya kepada Anwar apakah Foundation For Future.Inilah jawapan-jawapannya;

1. Apakah Foundation for The Future-Anwar jawab satu yayasan untuk bantu negara-negara Islam di Timur Tengah dan Afrika Utara.

2. Siapakah penaja yayasan itu-Anwar akan jawab penajanya dari negara Islam Timur Tengah

3. Dimanakah pejabat yayasan itu-Anwar akan jawab di Bahrain, Timur Tengah

4. Adakah benar Amerika terlibat menaja yayasan itu-Anwar akan jawab, Amerika tidak beri duit walau satu sen pun, hanya "pemerintah" yang beri sumbangan.

Tulis Anwar "Walau pun Yayasan diperingkat awal ditaja dan dibiaya oleh Pemerintah, setakat ini berjumlah 55 juta dolar Amerika, tetapi Yayasan bebas bergerak merangka program dan strategi untuk mejana pembaharuan berdasarkan prinsip kebebasan dan demokrasi"

Persoalannya siapakah PEMERINTAH yang dimaksudkan Anwar? Sudah tentu Anwar tidak akan memberi jawapannya. Pada fikiran Anwar, pembaca tidak mempunyai masa untuk mencari terma "pemerintah" itu dan akan berfikir terma "pemeritah" itu akan dirujuk kepada salah satu negara Islam seperti Bahrain, Qatar atau mana-mana negara Timur Tengah.

Walhal jika dirujuk kepada website Jabatan Negara Amerika, jawapan-jawapan kepada persoalan Anwar akan dijawab oleh Jurucakap Washington DC.

1. Jabatan Negara Amerika sendiri membuat pengumuman pembentukan Foundation for The Future. Kalau Amerika tidak terlibat, kenapakah jurucakap Washington buat pengumuman. Klik di sini

1. Apa itu Foundation For The Future. Bagaimanakah Foundation itu ditubuhkan, turut diberitahu oleh jurucakap Washington DC. Klik di sini

2. Berapa banyak Amerika menaja yayasan itu, jurucakap itu akan menjawab semuanya. Klik jawapan Washington DC mengenai Foundation For The Future

3. Pelantikan Anwar sendiri sebagai Ahli Jawatankuasa adhoc dalam Foundation for the Future turut dilaporkan oleh jurucakap Washington DC. Klik jawapannya.

4. Pelantikan board of director yayasan itu turut dilaporkan oleh Washington DC. Klik di sini

Pendek kata Foundation for the Future adalah sebahagian projek mekanisme Amerika 'menakluk'negara-negara Islam di Timur Tengah dan Afrika Utara dan Amerika telah meletakkan Anwar menjadi pengerusi dan Presiden untuk melaksanakan misi Amerika itu.

Anwar pula seboleh-bolehnya akan menyembunyikan identiti penajanya dan menyembunyikan semua fakta-fakta yang berkaitan dengan Amerika Syarikat. Beliau akan menulis dalam blognya bahawa yayasan yang dipengerusinya berkaitan dengan negara Islam di Timur Tengah dan penajanya tiada kaitan juga tiada kaitan dengan Amerika.

Apabila rahsia ini terbongkar di parlimen Malaysia, bertanyakan status penaja yayasan itu, Anwar telah mengumumkan letak jawatan daripada yayasan itu, dengan alasan untuk menumpukan kepada politik negara.

Walhal sebelum ini apabila diasak oleh politikus Malaysia mengaitkan yayasan itu dengan Amerika, Anwar bermati-mati menafikan malah turut ancam untuk menyaman sesiapa yang buat kenyataan tersebut.

Tulis Anwar " Sekiranya tiada penjelasan oleh media berkenaan isu ini, Yayasan tidak akan teragak-agak untuk memulakan tindakan perundangan terhadap pihak-pihak terbabit"

Bagaimanakah kesudahan ancaman Anwar itu ? Anwar tidak mengambil apa-apa tindakan. Bermakna tuduhan sebelum ini adalah benar.Tiada sebarang kenyataan saman yang dibuat, sebaliknya Anwar terpaksa akur dengan meletak jawatan.

Untuk mengetahui lebih lanjut rahsia Anwar disebalik Foundation for the Future, sila klik di sini.

Setelah Anwar letak jawatan di Foundation for the Future, Konsultan Bank Dunai, pensyarah pelawat di John Hopkins dan Georgetown University, kenapakah Anwar masih ke luar negara untuk berceramah ? Siapakah penajanya ?

Untuk menjawabnya, perlu ditanya apakah Anwar telah meletak jawatan dalam Council on Foreign Relations, New York, International Advisory Board, International Crisis Group dan Honorary President, AccountAbility.

Sedangkan Anwar tidak pernah meletak jawatan untuk ketiga-tiga organisasi itu. Malah ketiga-tiga jawatan itu merupakan jawatan paling penting Anwar menjalankan misi Amerika Syarikat. Lebih penting daripada yang telah diletak jawatan sebelum ini. Kenapa Anwar tidak letak jawatan.


Keynote address by Anwar Ibrahim, The Future of Muslim Democracy, pada December 1, 2005. bertempat McGraw-Hill Auditorium, 1221 Avenue of the Americas (entrance on 49th Street)tajaan NED dan The Foreign Policy Association


Anwar Ibrahim dan Carl Gershman di Center for the Study of Islam and Democracy (CSID)pada 22 April 2005. Tajaan NED


Anwar Ibrahim di The Foreign Correspondents Club of Thailand pada 6 Februari 2007, tajaan Amerika Syarikat melalui Overseas Press Club of America (OPC) di New York City. Merupakan operasi covert CIA untuk mengawal media seperti Associated Press(AP), Reuters Americas, CBS News, Bloomberg, BusinessWeek,CNN dan sebagainya.


keynote address Anwar Ibrahim at the International Islamic Finance Forum (IIFF) in Dubai, on 2-5 April 2007.Ditaja Institute for International Research (IIR, Amerika Syarikat yang mempunyai salah satu cawangannya di Dubai dan Dow Jones Indexes, New York. Dow Jones is a leading provider of global business news and information services. Its Consumer Media Group publishes The Wall Street Journal, Barron's, MarketWatch and the Far Eastern Economic Review. Its Enterprise Media Group includes Dow Jones Newswires, Factiva, Dow Jones Client Solutions, Dow Jones Indexes and Dow Jones Financial Information Services.



Keynote address by Anwar Ibrahim-Inter-Civilisational Dialogue in a Globalising World, organised by the Institute of Objective Studies, New Delhi, April 8, 2005 ditaja oleh NED dan the Economic and Social Council (ECOSOC) of the United Nations

Persoalannya, kenapakah Anwar dijemput untuk memberi ceramah di program di atas. Adakah kerana kehebatan Anwar ? Jawabnya tidak, Anwar dijemput kerana beliau adalah Duta Amerika dalam Council on Foreign Relations (CFR) yang ditugaskan bercakap mewakili kepentingan Amerika di negara-negara Islam dan rantau Asia.

Malah, badan yang menjemputnya tidak nampak Anwar sebagai bekas TPM Malaysia, sebaliknya nampak Anwar sebagai wakil Amerika Syarikat.

Bahkan kalau diteliti secara mendalam, semua jemputan ceramah Anwar di luar negara berkaitan dengan tajaan Amerika Syarikat melalui pelbagai tajaan seperti NED (National Endowment for Democracy), Asia Foundation, World Bank dan sebagainya.

Semuanya mata rantai pelbagai agensi berselindung di sebalik pelbagai yayasan untuk menyembunyikan identiti Amerika.

Itulah kehebatan Anwar sanggup menjadi "khadam", Presiden Bush, Amerika Syarikat!

Anwar Ibrahim Dot Com
14 Jun 2008

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Thanks to the owner of this blog. Ive enjoyed reading this topic.

Tanpa Nama berkata...

Gomen kudasai.

Panglima Perang Cyber berkata...

m

Panglima Perang Cyber berkata...

Bang!!!!!!!!!!!!!!! kena dah...

Bommmmm !!! hancur dah...

Ni bom peluru SCUD saddam

tembak tali barut Amerika...

hancur lumat.......... tengok apa kata penyokong DSAI...

Amerika taja umat Islam ??? pelik bin ajaib...

sejak bila Nasrani dan Yahudi suka kat Islam ni ???

jawab Anwar jangan tak jawab !!!!

TurkeyKini berkata...

CD MP3 Kuliah Tg Nik Aziz, Dato Ismail Kamus & Ust Zahazan Radio Ikim.fm

http://kedaionlineanda.com/kuliahmp3

lankapo berkata...

pakai duit dia kut
skrg air asia kan ada

murah2

MNizam berkata...

some knowledge for me...mantap betul ulasan saudara...tahniah...

...saudara jelas telah menuduh DSAI sebagai duta US yang bersengkokol dgn yahudi...dgn bukti yang jelas...harap saudara bertanggungjawab dan rasanya perlu bersemuka dgn DSAI terhadap tuduhan saudara itu...

saya yakin...DSAI ade matlamat yang jelas...

pada pandangan saya...selepas DSAI keluar penjara dia tiada sumber pendapatan...dan juga tiada aktiviti akibat dari pembunuhan karier politik oleh TDM...maka DSAI menggunakan segala platform yg ada utk bertapak semula dalam areana politik...disamping mengukuhkan dana untuk bergerak dalam politik tanahair bagi membela rakyat m`sia...

DSAI menggunakan kawan diserata dunia utk membina kembali pengaruh beliau...

DSAI bijak memenfaatkan peluang yang ada...saya yakin DSAI jelas matlamat perjuangannya...

selagi perjuangan menegakkan keadilan diperjuangakan dan bersahabat dgn perjuangan ISLAM...maka PR adalah alternatif kepada BN

Tanpa Nama berkata...

Zaman Moden nie kalau nak berjuang
bukan kire buat sorang2..
Kalau Anwar ader matlamat..
Tapi caranya teramatlah SALAH

ISLAM tak pernah menghalalkan cara
demi mencapai matlamat..

Janganlah terlalu taksub..
dan janganlah terlalu membenci..

Tanpa Nama berkata...

aku skong sgt ngn mnizam..sama pmkiran cm aku.ulasan yg sgt mantap oleh penulis blog ni.if btol DSAI mmg tali barut Amerika beliau akn trm akibat.tp if x saudara brsedialah utk mghadapi azab Allah d akhirat kelak.silap2 di dunia pon dh kena.stakat ulasan yg mntap ttp xdpt tgkis pndgn rkyat trhdp tipu helah BN yg nk hncurkn DSAI.

kita berdoalah agr kebenaran akn tmbul kelak.smoga DSAI dlndungi drpd segala tohmahan,pganiyaan dan fitnah.aminn..

Tanpa Nama berkata...

xsuke najib dgn Mnizam ni mmg org ulu la...dah terang2 kat ctu tulis anwar atau dgn name nickname DSAI tu bersekongkol dgn amerika syarikat. bute huruf ke ape?korg ni pro anwar mmg ar ckp cm tu...anwar mmg terlibat dgn YAYASAN konon2 utk MASA DEPAN tu...tau x SUMBER DUIT TU DR sape?
dr situ kite leh pk?camane dok dlm penjara bertahun2 kuar leh jln2 sane sni?lu pk la swendiri....hak3!peace...