MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

28 Jun 2008

Faktor Anwar : Pakatan Rakyat Berkubur Menjelang September ?


Faktor Anwar : Pakatan Rakyat Berkubur Menjelang September ?

Oleh welfare

Bulan September 2008 khususnya pada tanggal 16, sedang ditunggu oleh semua pihak kerana tarikh itu akan menjadi noktah sejarah yang begitu penting dengan tumbangnya kerajaan Barisan Nasional (BN). Janji Anwar Ibrahim untuk merintis jalan ke Putrajaya selewat-lewatnya September ini semakin dilihat bukan janji kosong.

Sebagaimana Anwar pernah berjanji bahawa dia akan menjejak jawatan tertinggi dalam UMNO dan kerajaan dalam tempoh yang singkat sewaktu beliau mula menyertai UMNO, terbukti beliau hampir melakukannya sehinggalah akhirnya taktik kotor Dr. Mahathir merencatkan cita-cita tersebut. Demikianlah janjinya untuk mengambil alih teraju kepimpinan negara menjelang September ini.

Janji Anwar itu sudah mula menampakkan riaknya apabila SAPP mula bertindak untuk menyokong undi tidak percaya kepada Pak Lah. Bagaimanapun, sebenarnya masih terlalu banyak halangan yang harus ditempuh oleh Anwar untuk sampai ke puncak sama ada dari luaran atau dalaman Pakatan Rakyat (PR). Antara halangan yang paling besar ialah kerapuhan muafakat dalam PR. Oleh sebab itu, kemungkinan bulan September ini menyaksikan peristiwa sebaliknya berlaku kepada Anwar tidak boleh diperkecilkan. Tidak mustahil tarikh keramat kerajaan BN dijangka tumbang berpusing 180 darjah kepada tarikh berkuburnya PR.

Dengan tidak menafikan peranan media massa mengadu-domba untuk mewujudkan keretakan dalam PR, pada ketika yang sama tiada satu inisiatif besar dilakukan oleh Anwar untuk menemukan ideologi kedua-dua parti yang berbeza dalam PR iaitu PAS dan DAP. Anwar yang sebelum ini begitu dikenali antara pencetus dialog antara peradaban kelihatan gagal untuk mendialogkan PAS dan DAP. Wawasan Anwar di peringkat antarabangsa begitu besar iaitu untuk mendialogkan Islam dan Barat. Disebabkan wawasan yang besar itu Anwar selalu dilihat manusia berwajah dua. Beliau dilihat sebagai golongan pro Islam kerana hubungannya yang rapat dengan gerakan Islam dan ulama-ulama tersohor seperti al-Qaradhawi. Beliau juga dilihat pro Barat kerana hubungannya dengan Barat melalui beberapa tokoh seperti Kessingger.

Ketokohan Anwar dalam usahanya mendialogkan Islam dan Barat ini diperakui sehingga beliau diundang ke sana dan ke mari. Beliau selalu mengkhabarkan dalam blognya sekejap beliau ke US, sekejap beliau ke Semenanjung Arab. Minggu ini beliau bersidang bersama para Kapitalis, minggu hadapan beliau berwacana bersama cendikiawan Islam. Populariti beliau mungkin lebih tinggi berbanding bekas Presiden Iran Muhammad Khatami yang mempelopori dialog antara peradaban di Persidangan Agung PBB tahun 2002 yang lalu. Kalaulah Anwar tidak berada di penjara pada waktu tersebut, kemungkinan beliaulah juara yang akan mengusulkan idea dialog antara peradaban itu.

Malangnya Anwar yang berwawasan begitu besar itu tidak mampu untuk mendialogkan antara PAS dan DAP. Sebaliknya dalam beberapa keadaan PAS semakin merasa terpinggir apatah lagi selepas ini mereka bukan sahaja berhadapan dengan DAP dalam PR tetapi jika terlaksana janji Anwar PAS akan turut berhadapan dengan parti-parti dari Malaysia Timur yang sebahagian besarnya diterajui oleh pimpinan-pimpinan beragama Kristian. Dengan erti kata yang lain, sememangnya wajar PAS memikirkan survival mereka dalam PR sekiranya agenda Islam yang di bawa oleh PAS akan terus dipinggirkan. PAS sebelum ini telah begitu toleran sehingga menggugurkan istilah 'Negara Islam' dalam manifestonya demi menjayakan persefahaman.

Sikap lunak PAS telah tidak dihargai oleh rakan-rakan yang lain sehingga persoalan sekecil konsert sambutan 100 hari kemenangan PR di Selangor, pandangan Pemuda PAS tidak diendahkan. Dewan Pemuda PAS Selangor sekadar mahu peraturan penganjuran konsert seperti yang dicadangkan oleh JAKIM dan pandangan Mufti Selangor dijadikan panduan, tetapi hasrat itu disanggah. PKR dan DAP hari ini benar-benar seumpama 'kadok naik junjung'. Survival dasar perjuangan PAS dalam PR semakin terumbang-ambing betapa lagi selepas ini kemasukan parti-parti lain yang pendirian mereka terhadap Islam tidak jauh berbeza dengan pendirian DAP.

PAS bukanlah parti kecil yang boleh diperkotak-katikkan seperti itu. Kalaulah bukan disebabkan tindakan tidak demokratik BN terhadap PAS sebelum dan semasa pilihanraya, PAS boleh menang lebih besar berbanding PKR dan DAP. Semenjak PRU ke-8 tahun 1990, undi popular PAS di peringkat Nasional begitu konsisten iaitu sekitar 16% - 17%. Konsistensi peratusan tersebut menggambarkan kekuatan akar-umbi PAS dalam politik Malaysia. Sekiranya peratusan undi popular PAS itu diterjemahkan di Parlimen, PAS sepatutnya memperolehi sekitar 40 kerusi parlimen. Oleh kerana itu, PAS tidak seharusnya dilihat parti nyamuk oleh PKR dan DAP.

Meskipun sehingga semalam PAS masih tetap mendukung PR sebagaimana kenyataan akhbar Timbalan Presiden PAS, ruang untuk PAS bekerjasama dengan UMNO masih terbuka luas. UMNO telah menunaikan salah satu syarat untuk mewujudkan suasana kondusif bagi melangsungkan perbincangan dengan PAS, iaitu mengembalikan penerbitan Harakah kepada dua kali seminggu. Apakah PAS akan teragak-agak untuk berkerjasama dengan UMNO sekiranya UMNO memberi ruang yang lebih besar dalam BN untuk PAS melaksanakan agenda Islamnya? Bagaimana kalau UMNO memberi ruang kepada pelaksanaan Hukum Hudud, Qisas dan Ta'zir di Kelantan dan Terengganu setelah enakmennya hanya menunggu untuk dilaksanakan? Bagaimana pula kalau Pak Lah bersetuju menterbalikkan Islam Hadhari kepada Hadharah Islamiyah? Bagaimana kalau Pak Lah memberi ruang yang begitu besar untuk PAS melaksanakan agenda Amar Makruf dan Nahi Mungkar?

PAS tidak perlu menyertai BN untuk ditawarkan janji-janji itu, cukup sekadar keluar dari PR dan tidak menyokong sebarang undi tidak percaya kepada Pak Lah. Sememangnya sukar bagi ahli-ahli PAS menerima kerjasama dengan UMNO dalam BN, tetapi tidak sukar bagi ahli-ahli PAS untuk menerima keluar dari PR. Apa perlu PAS berada dalam dalam PR sekiranya dasar dan agenda perjuangan Islam tidak dihormati terutama oleh DAP setelah PAS begitu toleran sebelum ini? PAS bukan mahu memaksa agenda dan dasarnya kepada golongan bukan Islam. Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu bukannya dikenakan ke atas golongan bukan Islam. Jelas sekali PKR dan DAP tidak mahu memahami perjuangan PAS.

Perkara ini tidak boleh dipandang remeh oleh Anwar, sekadar mengharapkan rakan-rakan lamanya dalam PAS seperti Kamaruddin Jaafar akan terus memastikan jalinan kerjasama dalam PR. Anwar sepatutnya telah mendialogkan PAS dan DAP bukan sekadar bercakap dengan nada retorik tentang dialog antara peradaban hampir satu dekad yang lalu. Demikian juga NGO-NGO yang pro PR sepatutnya telah berusaha untuk mendialogkan PAS dan DAP sebagaimana yang dilakukan oleh NGO-NGO yang pro UMNO. Sekiranya usaha ini tidak diberi perhatian, menjelang bulan September ini menyaksikan PR akan berkubur bukannya PR akan menggantikan BN menerajui negara.


http://telaahpolitik.blogspot.com

Baca sumber asal di : Tranungkite.net

5 ulasan:

Nizam Gtz berkata...

Perkara sudah jelas di depan mata, mengapa perlu bersikap memntingkan ideologi jika tahu ideologi itu sesat lagi menyesatkan??

Tanpa Nama berkata...

mmmmm, Nak kawan dengan mat saleh aje, mat saleh muslim tak pa lah juga, ni mat saleh kafir. Good luck for malays.

Tanpa Nama berkata...

BOSAN BOSAN BOSAN BOSAN

Anda anda semua & pihak2 lain ckp:
1. Pak Lah Tak Betul
2. Najip tak betul
3. Anwar tak betul
4. PAS tak betul

Aiyaaaaa.. manyak pening ooo sama melayu. suka gaduh ka? ekonomi, kaum, negara sapa mau jaga.

ini blog lagik celita.. anwar manyak jahat punya olang... celita pon manyak cantik dia punya plot.

satu lagi blog tadi wa baca .. celita pak lah punya lembap

celita masing-masing manyak pandai susun.. semua macam betui betui punya.

maaf ya bikin spam lu punya blog.. sbb wa sudah BOSAN!!!

Tanpa Nama berkata...

aiyak.. bila sudah post tadi punya comment.. wa baca require approval ka ? wa jamin comment wa sangkut

Unknown berkata...

SALAM

ANWAR PUNYA RANCANGAN JAHAT:
1. Mengancam Ketuanan Melayu dan kedaulatan raja-raja dengan ideologi Ketuanan Rakyat
2. Menghapuskan DEB dan menghapuskan Hak Istimewa Orang melayu.
3. Mengancam Agama Islam dengan menyokong IFC.

Punyai pelbagai lagi rancangan jahat yang mengancam agama, bangsa dan negara..

sedarlah wahai Melayu Islam sekalian...wallahhualam.

yang ikhlas,
taming sari
www.empayar-malaya.blogspot.com