Baca selanjutnya...
NOTIS
Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com
07/04/2009
Kenapa Anwar cemas di Bukit Selambau ?
Oleh: Gelagat Anwar
Sumber dalaman memberitahu bahawa Anwar sebenarnya berada di dalam keadaan cukup cemas dengan perkembangan terkini di Bukit Selambau. Selama inipun, di dalam mesyuarat koordinasi, sering Anwar katakan bagaimana DUN Selambau ini adalah ‘terlalu penting’ kepada perjuangan politiknya. DUN Selambau akan menjadi penentu samada dia akan menjadi relevan atau tidak, dalam suasana rakyat Malaysia berada di dalam ‘feel good factor’ selepas mendapat PM baru.
Anwar seringkali ungkapkan di dalam mesyuarat koordinasi pilihanraya DUN Selambau, bahawa inilah suatu pilihanraya kecil terpenting yang perlu dihadapinya. Jika kalah, tegas Anwar lagi - kerajaan akan mempunyai ‘dalil’ untuk menidakkan perjuangannya dalam masa yang terdekat ini.
Sumber dalaman juga memberitahu, wajah Anwar memang nampak kusam dan tidak ceria akhir-akhir ini. Apabila disebutkan bahawa Tun Dr Mahathir akan hadir di Selambau, bagi menyertai kempen BN - Anwar lebih cemas. Dia tidak tahu apa yang akan diperkatakan oleh Tun M. Anwar memang cukup gentar, kerana banyak lagi isu dalam kain yang belum Tun M kemukakan selama ini. Dalam keadaan, Tun ‘has nothing to lose’ - dia akan memperkatakan apa sahaja yang merosakkan imej warak dan kerakyatan Anwar selama ini.
Kehadiran Tun Dr Mahathir di Selambau semalam mempunyai atmosphere politik luar biasa. Rakyat Kedah, secara umumnya melihat Tun M sebagai ‘ikon politik’. Sebagai ‘rujukan bergerak’ kepada segala signal politik yang mungkin ada. Tun M tidak perlu cakap berdegar-degar, menjerit sini dan sana, menghina dan sebagainya - cukup sebagai ‘orang lama’, beliau memberikan pandangan yang ikhlas dan jujur tentang masa depan kita sebagai sebuah bangsa. Anwar cukup letih - dan sedar bahawa Tun M masih punya sentuhan yang luar biasa.
Berhadapan dengan Tun M bukanlah suatu ‘battle’ yang Anwar gemari. Anwar ada ‘tulah’ sedikit dengan Tun M. Almaklum, Tun M kenal Anwar luar dan dalam. Tun M selama inipun banyak mengenepikan pandangan orang terhadap Anwar.
Kita juga sebenarnya boleh mengisbatkan (mengaitkan) bahawa kemenangan besar PR di dalam PRU yang lalu, adalah terkesan daripada sikap Tun M yang kritikal kepada kepimpinan lama. Tun M tidak mahu memberikan signal kepada usaha memberikan kemenangan kepada BN - kerana ’si dia’ akan menggunakannya sebagai referendum peribadi yang melampau. Ini juga sekaligus memberi kesan kepada jentera PR di seluruh Negara.
Gandingan ketat ‘Najib - Muhyiddin - Mahathir’ adalah suatu suasana kegetiran politik kepada Anwar. Anwar maklum dan faham bahawa dia sedang berhadapan dengan cabaran yang amat besar. Anwar faham bahawa ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk diatasi.
Jika tidak ada sebarang perubahan ‘mood’ yang besar di Selambau, BN akan menang di DUN ini. Sekadar ramalan awal. Selepas kehadiran Tun M semalam, wave kemenangan seakan memihak kepada BN. Anwar sedang merasai ini. Waima apapun jua keputusan pengundi di Selambau, Anwar sudah tidak boleh lagi bergantung kepada ‘keresahan, ketidaksetujuan dan kebencian’ rakyat kepada pimpinan lama.
Suasana sudah berubah dan Anwar sudah mula menuju ke suasana ‘politik baru’ yang menyakitkan dirinya. Selambau bukan referendum buat Najib, tetapi lebih kepada referendum buat Anwar dan canang politiknya yang kosong dan kian longlai. Jika 5 Ketua Bahagian PKR di Kedah sendiri sudah tidak percaya kepada Anwar - pengundi perlu memahami mesej jelas ini.
Pengundi di Selambau perlu memberikan ’signal’ jelas kepada Anwar. Selamat mengundi!
sumber - gelagat anwar
Baca selanjutnya...
Sumber dalaman memberitahu bahawa Anwar sebenarnya berada di dalam keadaan cukup cemas dengan perkembangan terkini di Bukit Selambau. Selama inipun, di dalam mesyuarat koordinasi, sering Anwar katakan bagaimana DUN Selambau ini adalah ‘terlalu penting’ kepada perjuangan politiknya. DUN Selambau akan menjadi penentu samada dia akan menjadi relevan atau tidak, dalam suasana rakyat Malaysia berada di dalam ‘feel good factor’ selepas mendapat PM baru.
Anwar seringkali ungkapkan di dalam mesyuarat koordinasi pilihanraya DUN Selambau, bahawa inilah suatu pilihanraya kecil terpenting yang perlu dihadapinya. Jika kalah, tegas Anwar lagi - kerajaan akan mempunyai ‘dalil’ untuk menidakkan perjuangannya dalam masa yang terdekat ini.
Sumber dalaman juga memberitahu, wajah Anwar memang nampak kusam dan tidak ceria akhir-akhir ini. Apabila disebutkan bahawa Tun Dr Mahathir akan hadir di Selambau, bagi menyertai kempen BN - Anwar lebih cemas. Dia tidak tahu apa yang akan diperkatakan oleh Tun M. Anwar memang cukup gentar, kerana banyak lagi isu dalam kain yang belum Tun M kemukakan selama ini. Dalam keadaan, Tun ‘has nothing to lose’ - dia akan memperkatakan apa sahaja yang merosakkan imej warak dan kerakyatan Anwar selama ini.
Kehadiran Tun Dr Mahathir di Selambau semalam mempunyai atmosphere politik luar biasa. Rakyat Kedah, secara umumnya melihat Tun M sebagai ‘ikon politik’. Sebagai ‘rujukan bergerak’ kepada segala signal politik yang mungkin ada. Tun M tidak perlu cakap berdegar-degar, menjerit sini dan sana, menghina dan sebagainya - cukup sebagai ‘orang lama’, beliau memberikan pandangan yang ikhlas dan jujur tentang masa depan kita sebagai sebuah bangsa. Anwar cukup letih - dan sedar bahawa Tun M masih punya sentuhan yang luar biasa.
Berhadapan dengan Tun M bukanlah suatu ‘battle’ yang Anwar gemari. Anwar ada ‘tulah’ sedikit dengan Tun M. Almaklum, Tun M kenal Anwar luar dan dalam. Tun M selama inipun banyak mengenepikan pandangan orang terhadap Anwar.
Kita juga sebenarnya boleh mengisbatkan (mengaitkan) bahawa kemenangan besar PR di dalam PRU yang lalu, adalah terkesan daripada sikap Tun M yang kritikal kepada kepimpinan lama. Tun M tidak mahu memberikan signal kepada usaha memberikan kemenangan kepada BN - kerana ’si dia’ akan menggunakannya sebagai referendum peribadi yang melampau. Ini juga sekaligus memberi kesan kepada jentera PR di seluruh Negara.
Gandingan ketat ‘Najib - Muhyiddin - Mahathir’ adalah suatu suasana kegetiran politik kepada Anwar. Anwar maklum dan faham bahawa dia sedang berhadapan dengan cabaran yang amat besar. Anwar faham bahawa ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk diatasi.
Jika tidak ada sebarang perubahan ‘mood’ yang besar di Selambau, BN akan menang di DUN ini. Sekadar ramalan awal. Selepas kehadiran Tun M semalam, wave kemenangan seakan memihak kepada BN. Anwar sedang merasai ini. Waima apapun jua keputusan pengundi di Selambau, Anwar sudah tidak boleh lagi bergantung kepada ‘keresahan, ketidaksetujuan dan kebencian’ rakyat kepada pimpinan lama.
Suasana sudah berubah dan Anwar sudah mula menuju ke suasana ‘politik baru’ yang menyakitkan dirinya. Selambau bukan referendum buat Najib, tetapi lebih kepada referendum buat Anwar dan canang politiknya yang kosong dan kian longlai. Jika 5 Ketua Bahagian PKR di Kedah sendiri sudah tidak percaya kepada Anwar - pengundi perlu memahami mesej jelas ini.
Pengundi di Selambau perlu memberikan ’signal’ jelas kepada Anwar. Selamat mengundi!
sumber - gelagat anwar
Baca selanjutnya...
Pemuda Pas tegur tindakan Ko Ming
SHAH ALAM - Pemuda Pas akan mengambil tindakan dengan menegur bekas Exco Kerajaan Negeri Perak, Nga Ko Ming yang menggunakan ayat al-Quran dengan dalam ceramahnya baru-baru ini.
Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hasan Tantawi berkata, teguran tersebut diberikan kepada Ko Ming kerana beliau tidak menyebut ayat-ayat al-Quran dengan betul.
“Dalam kes ini, kita mengakui bahawa beliau telah salah menyebut seperti mana yang sepatutnya, kita akan tegur beliau, tetapi sekurang-kurangnya pemimpin DAP itu ingin memetik ayat Al-Quran dan seolah-olah mengakui kebenaran kitab yang dibawa oleh Islam ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Beliau berkata, penggunaan ayat Al-Quran oleh masyarakat buka:n Islam bergantung kepada tujuan dan niat seseorang itu, bahkan orang Islam juga haram menggunakannya jika niat yang ditunjukkan tidak betul sebagaimana yang ditetapkan agama.
:“Tetapi dalam kes ini, saya mempersoalkan kenapa Mufti Perak, Datuk Harunsani Zakaria tidak menegur ramai masyarakat Islam yang tidak menggunakan ajaran serta menyebut al-Quran dengan betul.
:“Malah kerajaan di bawah pimpinan UMNO juga tidak menggunakan al-Quran sebagaimana panduannya, kenapa ini juga tidak ditegur,” katanya.
:Menurutnya, isu ini hanya dimanipulasi dan dipergunakan pihak Barisan Nasional (BN) semata-mata untuk mendapatkan kepentingan politik khususnya dalam menghadapi tiga pilihan raya kecil hari ini.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pula menyelar tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis itu yang disifatkan sebagai biadab dan tidak menghormati sensitiviti masyarakat Islam.
Pengarah Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, al-Quran merupakan ayat suci masyarakat Islam yang tidak boleh dipermainkan sesuka hati oleh pihak-pihak yang berkepentingan.
“PPIM memberi amaran bahawa umat Islam di negara ini akan mempertahankan al-Quran daripada dipersendakan dan dipermainkan oleh mereka yang bukan agama Islam.
“Jangan cabar maruah umat Islam di negara ini kerana umat Islam sangat bertoleransi dan penyabar tetapi tidak berkompromi dengan mereka yang mencabar maruah agama,” katanya.
Sehubungan dengan itu, beliau berkata, PPIM memohon satu tindakan tegas diambil terhadap ADUN DAP ini atas tindakan yang dilihat boleh menimbulkan serta memprovokasi sentimen perkauman di negara ini.
sumber - sinar harian
Baca selanjutnya...
Lima Ketua Bahagian PKR Kedah Letak Jawatan
SUNGAI PETANI, 6 April ( Bernama ) -- Lima ketua bahagian parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kedah hari ini mengumumkan peletakan jawatan masing-masing dan meninggalkan parti itu kerana kecewa dan hilang kepercayaan terhadap penasihat parti mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mereka yang meletak jawatan itu ialah ketua PKR Bahagian Jerlun Azhar Ahmad Ketua Bahagian Baling, Bakar Din, Ketua Bahagian Padang Serai, Hamid Othman, Ketua Bahagian Sik, Wahab Mat Isa dan Ketua Bahagian Pendang, Bakar Hamid.
Azhar berkata, mereka telah hilang kepercayaan kepada perjuangan parti itu yang didakwa sebagai tidak relevan lagi kerana Anwar membawa parti itu ke arah merugikan masa depan orang Melayu.
Katanya, selepas kemenangan besar pilihan raya umum lepas, penasihat PKR itu tidak memperdulikan ketua-ketua bahagian yang selama ini membantunya.
"Saya kecewa kerana Anwar sudah mula lupa daratan dan lebih mengutamakan pandangan daripada pemimpin PAS dan DAP dalam membuat sebarang keputusan mengenai masa depan rakyat di negara ini, terutamanya orang Melayu, kata beliau.
Azhar berkata, Anwar juga telah mengabaikan pimpinan bahagian PKR dan tidak melantik mereka dalam sebarang jawatan termasuk jawatan Majlis Ketua Kampung (MKK).
"Di Kedah tidak ada orang PKR dilantik menjadi MKK semuanya dikuasai oleh PAS, di mana kewibawaan Anwar dalam mencaturkan tempat untuk pemimpin PKR yang setia di Bahagian", kata beliau.
Kesemua lima bekas ketua bahagian berkenaan mahu pengundi di Bukit Selambau tidak terperangkap dengan ceramah Anwar dan mahu mareka menolak calon PKR S. Manikumar.
sumber - bernama
Baca selanjutnya...
Pasport antarabangsa Fairus 'disenaraihitam'

Pasport Antarabangsa bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin dilaporkan telah disenaraihitamkan pihak berkuasa Malaysia.
Sumber memberitahu Alahai, ini bagi menghalang Adun Penanti itu meninggalkan negara sebelum dia dihadapkan ke mahkamah dalam masa terdekat.
"Semua pintu keluar dari negara ini telah dipantau pihak berkuasa bagi menghalang Fairus meninggalkan negara," ujarnya.
Meskipun, kata sumber itu, pasport antarabangsanya tidak 'dirampas' pihak berkuasa buat masa kini, namun tindakan itu akan diambil atas arahan mahkamah sejurus dia dihadapkan ke muka pengadilan.
Ini bererti, Fairus terpaksa melupakan hasratnya untuk menyambung pelajaran di luar negara seperti mana alasan yang diberikan sewaktu meletak jawatan sebagai TKM1, berkuatkusa 8 April ini.
BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !
sumber - alahaifairustkmpenang.blogspot.com
Baca selanjutnya...
06/04/2009
Tergempar - Faisal Tehrani

Adalah diperikan terdapat seorang raja di atas angin yang hidup bersemayam bagai Firaun, menitah orang sana sini sambil kadang-kala berjalan ia dengan kenderaan terbangnya melawat-lawat negeri di sebelah barat dunia. Sambil melawat-lawat itu ia pun selalu mengatakan, "Adapun beta ada rahsia besar, nanti beta khabarkan."
Saat ditanyai bilakah ia akan mendedahkan barang perbuatan tergempar, ia menjawab seraya seronok-suka dapat mengacah-acah, "Esok masih ada."
Bila datang esok, ia memberitahu pula, "Argh tunggu lusa."
Bila lusa tiba, ia mengkhabarkan, "Tunggu tulat."
Bila tulat tiba, ia menabur lagi keyakinan, "Bulan depan."
Adalah raja ini sifatnya selain suka temberang; sangat cepat mengantuk dan suka tertidur.
Maka bergegaslah beberapa memanda menteri mencarikan kopi untuk diminum raja agar ia segar, gempar, tidak cepat lesu dan selalu dapat cergas bekerja memanjat bukit-bukau yang ada di negerinya.
Dihebahkan berita "Ini ada pendedahan tergempar. Adalah raja mencari kopi yang satu, pekena sekali betul-betul kaw."
Dibancuh ia kopi jantan, mahu dia tapi tersipu malu. Belum memadai katanya.
Dibancuh ia kopi janda, pun mahu dia tapi berpura segan silu. Belum juga memadai, tambahnya.
Kopi cenkudu, kopi misai kucing dan segala kopi-kopi lain yang dibancuh tidak sedap belaka. Kopi-kopi itu semua tidak terasa gempar.
Hinggalah datang seorang pemuda dari ulu juga, menawar akan ia bakat; namanya Che Epal. Begitulah kalau tidak silap penglipur lara.
Setelah dibancuh kopi Che Epal, tergempar-terhunus melompat girang sang raja seraya beristighfar-istighfar ia.
"Ini kopi betul-betul kaw, sudah gempar seantero dunia termasuk di Dubai, Hong Kong dan Singapura." Tempik suka sang raja.
"Betul, tak bohong lagi dah. Aduh, sedap kopimu; patutlah mukamu seperti epal." Tambahnya lagi kesukaan benar.
Maka selepas solat asar terlalu suka ia membancuh kopi itu. Kalau lebih likat, extra keras; lebih gempar tuntutnya. Maka makin bertenaga sang raja. Enak lagi kalau dicicah biskut Marie. Terlalu lupa daratan ia.
Itulah sahaja ceritera hikayat tergempar tentang kopi yang betul-betul kaw seadanya.
Tiada dapat ditandingi mana-mana kopi di Nusantara ini akan kopinya
sumber - Faisal Tehrani
Baca selanjutnya...
Anwar gelojoh nak jadi PM - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad mencecahkan kaki di kawasan parlimen Bukit Gantang pada hari akhir kempen pilihanraya kecil di situ dengan membidas bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Tidak ada orang yang saya angkat (begitu tinggi), angkat sehingga dia sampai ke langit, tinggal sikit lagi sahaja (untuk jawatan perdana menteri), tapi (dia) tidak tahan, tidak boleh tunggu, nak juga bagi saya jatuh cepat-cepat," katanya.
"Jadi, orang yang semacam ini kalau kita angkat, kita akan dapat nasib macam sayalah. Sampai dia naik atas, dia tendang jatuh semua tangga-tangga."
Merujuk penyisihan yang dialaminya dalam era pentadbiran penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan perdana menteri itu bagaimanapun tidak meneruskan kecamannya.
Beliau hanya berkata "kita tahulah siapa orang yang saya cakap ini."
"Bila dia (Anwar) pergi tempat ini, dia jadi orang ini. Bila dia pergi tempat lain, dia jadi orang lain. Dia sokong orang India, tapi kalau dia pergi tempat lain, jumpa orang Melayu, dia kata orang India ini jahat," katanya.
"Demikian juga bila jumpa orang Cina, oh orang ini, orang itu jahat, (mereka) tidak layan langsung kehendak orang Cina. Ini tidak benar."
Anwar juga ditempelak berhubung usahanya menumbangkan kerajaan persekutuan pada 16 September lalu.
Ucapan Dr Mahathir di Batu 2.5 Jalan Simpang dalam kawasan parlimen itu lebih kurang 40 minit disiarkan secara langsung melalui TV1 mulai kira-kira jam 11 pagi.
Selain menggesa pengundi menyokong calon BN Ismail Saffian - yang kemudian tampil berdiri di sebelahnya dan tangannya dijulang oleh tokoh Umno itu - Dr Mahathir turut membidas calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung kenyataannya "patik mohon derhaka" kepada Sultan Perak.
Dengan mengakui kesilapan BN meletakkan "calon luar", Datuk Azmi Zabidi yang juga bendahari Umno, pada pilihanraya umum lalu, Dr Mahathir berkata: "bukan tidak ada bakat di sini, ada."
"Saya tidak mahu mengata sangat kepada parti lawan, ... tidak payahlah, semua sudah tahu, siapa dia parti lawan, semua sudah tahu, ... ada yang derhaka pun ada," katanya, disambut jeritan para penyokongnya.
"(Mengajuk kata-kata Mohammad Nizar:) 'saya pohon derhaka'. Cukup special. Tidak pernah dengar perkataan ini sejak (peristiwa) Sultan Mahmud mangkat dijulang, inilah kali pertama kita dengar," katanya di depan kira 2,000 orang.
"Mujurlah dia tidak ada tombak nak sula. Inikah orang nak jadi pemimpin kita?
"Kalau tidak bersetuju (kepada raja), kita tidak bersetuju, OK. Tapi jangan sampai kata mohon menderhaka. Wah, bukan main, besar."
Dr Mahathir juga mendakwa Mohammad Nizar, sewaktu menjadi menteri besar Perak, memperkenalkan dasar pemberian tanah kepada komuniti Cina untuk mempopularkan dirinya sendiri dan bukan jujur untuk membantu masyarakat.
Dalam perhimpunan tersebut, beliau juga menyeru kepada ahli dan penyokong Umno yang telah meninggalkan parti itu agar kembali bersama parti itu.
Dr Mahathir juga menyatakan keyakinan kepada kepemimpinan Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai perdana menteri baru, sambil menceritakan bagaimana bapa presiden Umno itu pernah menerima borang keahliannya pada awal 1970-an selepas dipecat oleh Tunku Abdul Rahman.
Bekas presiden Umno itu juga meminta rakyat menolak demonstrasi dengan alasan ia tidak membawa sebarang manfaat untuk memajukan negara.
Selepas acara pagi ini, Dr Mahathir dijadual turun berkempen kira-kira 3 petang ini di DUN Bukit Selambau yang menyaksikan persaingan calon PKR S Manikumar dan S Ganesan (BN) bersama 13 lagi calon bebas.
sumber - Malaysiakini
Baca selanjutnya...
Sah! 6 kotak dokumen rahsia kerajaan dalam simpanan Anwar
Sewaktu Ezam Mohd Nor berceramah di Flat Paya Nahu Bukit Selambau malam tadi, beliau membuktikan bahawa 6 kotak dokumen rahsia berada didalam simpanan Anwar. Pada dua pilihanraya kecil sebelum ini di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, Ezam telah berulang kali menyatakan bahawa beliau tidak pernah menyimpan 6 kotak sepertimana yang didakwa oleh beberapa pendekar tempang budak budak bahlol suruhan Anwar yang mencabar Ezam terus membuat pendedahan….
Malam tadi dalam kempen pilihanraya kecil Bukit Selambau, Ezam menunjukkan bukti apabila mempamerkan sebuah buku yang ditulis oleh Abdul Aziz Bari, Profesor Kuliah Undang Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa bertajuk “POLITIK PERLEMBAGAAN”. Buku yang diterbitkan oleh Institut Kajian Dasar [IKD].
Pada mukasurat 224 jelas dinyatakan disitu bahawa 6 kotak dokumen rasmi kerajaan yang mengandungi kesalahan rasuah pemimpin negara berada didalam simpanan Anwar Ibrahim.
Semoga selepas ini, tidak ada lagi budak budak suruhan Anwar mahu menjilat boss mereka dan menyalak-nyalak mencabar Ezam membuat pendedahan dokumen rasuah……
sumber - medan-info-kita
Baca selanjutnya...
Dayak bijak, boikot Anwar Ibrahim - Alfred Jabu

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang mengingatkan Penasihat Umum Parti KeAdilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mula memikirkan status pengaruhnya di kalangan rakyat di kawasan Batang Ai mulai sekarang.
Menurut beliau, pemimpin De Facto parti pembangkang berkenaan sebelum ini tidak diterima oleh penghuni Rumah Panjang Pudai dan Lubok Subong ketika berkempen di Batang Ai pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N.29 Batang Ai.
Malahan kata Jabu tidak sampai 10 orang penduduk berhimpun bersama-sama dengan beliau untuk menunaikan sembahyang di Masjid Lubok Antu sebelum ini yang secara tidak langsung menunjukkan bahawa pemimpin pembangkang terbabit tidak popular di kalangan penduduk dalam kawasan Batang Ai.
“Penduduk di kawasan Batang Ai berasa benci apabila mendengar nama beliau (Anwar),” kata beliau ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sijil Kelahiran bertempat di Rumah Johnson anak Tampa, Kaong Ili, Batang Ai di sini hari ini.
Beliau yang juga merupakan Menteri Pembangunan Luar Bandar mahu semua rakyat di kawasan DUN Batang Ai untuk menolak pihak pembangkang menjelang pilihan raya kecil kawasan itu kelak pada 7 April nanti.
Ini kerana pihak pembangkang menurut Jabu telah membuktikan bahawa mereka tidak sehaluan selama ini berdasarkan peristiwa pertelagahan parti berkenaan terhadap salah satu komponen parti Pakaran Rakyat iaitu Parti Tindakan Demokratik (DAP) di Perak sebelumnya.
“Pihak pembangkang tidak akan dapat meneraju hidup rakyat sekiranya mereka sering bertelingkah sesama sendiri selama ini. Lagipun kita juga tidak akan memilih parti yang sebelum ini pernah mengadakan mesyuarat di bawah pokok,”katanya.
Majlis Penyerahan Sijil Kelahiran bertempat di Rumah Johnson anak Tampa, Kaong Ili, Batang Ai di sini hari ini telah dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri, Dato Sri Syed Hamid Albar.
sumber - sarawakupdate
Baca selanjutnya...
05/04/2009
Kor Ming dituduh persenda Islam
Jimadie Shah Othman | Apr 5, 09 7:43pm
Satu laporan polis dibuat terhadap setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming kerana didakwa mempersendakan Islam dalam ceramah politiknya dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang.
Laporan tersebut dibuat oleh presiden Badan Bertindak Perpaduan Melayu, Osman Abu Bakar, di ibupejabat polis Taiping pada jam 5.45 petang ini.
Nga juga merupakan Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remas.
Dia juga mendakwa Nga meuat ucapan dalam satu ceramah di Changkat Jering dua hari lepas dan turut disiarkan dalam blog anwaribrahimdotcom.blogspot.com.
Dalam laporannya itu, Osman mendakwa Nga mempersendakan Islam dengan menyebut ayat al-Quran daripada Surah Al-A' raf untuk tujuan kempen dan menyebutkan secara tidak betul.
Beliau mendakwa Nga - yang juga ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis - menyebut Surah Al-A'raf sebagai Al-Aurah dalam satu ceramah dua hari lalu.
Disiar dalam blog
Menurutnya, ceramah tersebut juga turut disiarkan dalam blog anwaribrahimdotcom.blogspot.com.
Oleh itu, Osman berkata, beliau merasa terpanggil untuk membuat laporan polis selaku presiden badan tersebut.
Beliau hadir bersama kira-kira 15 penyokongnya yang sebahagiannya memakai baju BN dan baju yang dengan lambang Umno.
Sementara itu, Setiausaha kehormat badan tersebut, Hassan Hamzah meminta Nga memohon maaf kepada seluruh umat Islam berhubung perkara itu.
Beliau berkata, pihaknya sedia memaafkan Nga jika beliau berbuat demikian. "kerana Islam merupakan agama yang menggalakkan perpaduan".
Hassan juga turut menggesa badan agama Islam - antaranya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan - supaya memberi penjelasan mengenai fatwa penggunaan ayat al-Quran oleh bukan Islam.
sumber - Malaysiakini
Baca selanjutnya...
Politik terdesak gadai agama..

Oleh Empayar Malaya
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, isu tersebut tidak sepatutnya dibangkitkan kerana melibatkan sensitiviti Melayu dan agama Islam.
''Jika berpolitik, gunalah secara matang jangan bertolak ansur dengan hukum agama, yang salah tetap salah.
"Kalimah Allah bukan untuk buat 'suka-suka,' inilah mereka tak faham sensitiviti Islam. Nama Allah untuk orang Islam saja. Jadi, janganlah nak main api dengan hukum agama,'' tegasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tegas beliau, tindakan mengenakan hukuman adalah perlu sebagai pengajaran kerana menggunakan isu akidah dan hak-hak yang melibatkan sensitiviti Melayu dan agama Islam.
"Islam adalah benteng terakhir orang-orang Melayu. Jika sebelum ini status Melayu yang dipersoalkan, kita masih boleh mendongak dan menuding jari di antara satu sama lain.
"Kali ini soal agama. Walaupun Melayu kelihatannya berpecah-belah, tapi soal agama, ia boleh membangkitkan perpaduan dan bakal mencetuskan persengketaan," katanya.
Semalam, Anwar ketika berkempen di Batang Air berkata, tidak salah untuk penganut agama lain menggunakan kalimah Allah kerana ia adalah hak masing-masing.

Katanya, di Malaysia, penggunaan nama Allah tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain disebabkan oleh UMNO.
Sementara itu, Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Shaikh Ismail Muhammad pula berpendapat, tindakan Anwar itu adalah sebagai taktik politik.
''Ini adalah agenda politik untuk meraih undi memenangi pilihan raya,'' katanya.
Shaikh Ismail berkata, sepatutnya isu sensitiviti agama tidak dibangkitkan sebaliknya agenda membangunkan kedudukan orang Melayu terutama dari sudut ekonomi mesti diberi keutamaan.
Wallahhualam.
sumber - Empayar Malaya
Baca selanjutnya...
Anwar, insyaAllah Allah akan balas kat hang cash...

Oleh : SARFAMS
Kepada Tokoh Agama/Mufti :
1. Bagus...bagus... Inilah yang kita nak daripada semua tokoh agama dan mufti. Tak kira pegangan politik, tak kira tahap ekonomi, tak kira status sosial, bila ada salah terus kritik, terus bidas...
2. Bagus...bagus... Jangan nak kritik orang-orang BN saja. Jangan pula nak cari salah orang-orang Pakatan Rakyat saja. Tak kira dia menteri atau ceti, kalau dia salah disisi hukum dan nas agama, bantai ja wahai mufti...
3. Bagus...bagus... Sebagai pewaris Nabi, ulama' dan tokoh-tokoh agama kena lah berani bro... Jangan pilih bulu kalau nak kritik... Ni tak, ada tokoh agama yang mengelas bulu dulu sebelum nak kritik... Kalau betul anda tokoh agama, jalankan tanggungjawab menegakkan syiar Islam...
Kepada Anwar Ibrahim :
1. Wahai Anwar Berahim... apa yang hang merepek ni? Jangan lah macam ni... Hang tak sedar ka apa yang hang cakap tu? Atau hang dah dirasuk dengan orang-orang sekeliling hang? Lim Kit Siang... Karpal Singh... Guan Eng... Elizabeth kut... Hahaha...
2. Wahai Anwar Berahim... hang ni betul-betul ka nak menjaga Islam? Atau hang ni hanya nak mengejar cita-cita politik hang? Hang kena ingat, orang Islam memang sinsetif bab-bab agama ni... Sebenarnya hang dah menjerat diri hang sendiri... Tunggulah masa hang jatuh tak lama lagi...
3. Wahai Anwar Berahim... kalau niat hang baik, insyaAllah Allah akan bantu hang dalam apa bidang pun... Tapi kalau niat hang jahat dan busuk, sampai sanggup guna agama demi politik, insyaAllah Allah sendiri akan balas kat hang cash...
sumber - sarfarizmalsaad.blogspot.com
Baca selanjutnya...
Surat salah guna kuasa Nizar dan Ngeh

Jika selama ini pakatan pembangkang sering melemparkan tuduhan terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN) hari Sabtu, Kumpulan Pemuda Prihatin Perak tampil dengan surat yang didakwa sebagai bukti salah guna kuasa yang bekas pemimpin pakatan pembangkang semasa mereka mentadbir negeri Perak.
Jurucakap kumpulan berkenaan, Hamdan Taha ketika membuat pendedahan tersebut menunjukkan surat menyurat antara bekas Exco Kanan Perak, Ngeh Koo Ham dengan bekas Menteri Besar, Nizar Jamaluddin.
Surat berkenaan ialah mengenai permohonan peruntukan RM30,000 daripada Ngeh untuk menjayakan satu program perhimpunan Orang Asli SeMalaysia.
Berdasarkan tajuk surat berkenaan, ia tidaklah menampakan sesuatu yang ganjil atau melanggari apa-apa peraturan.
Namun setelah diteliti kandungan surat itu, secar jelas Bheg menyatakan memandangkan tiada akaun bank untuk Orang Asli buat masa ini, beliau mencadangkan agar peruntukan berkenaan diamanahkan kepada Pegawai Khasnya, Ling Lik Hock
Menurut Hamdan, salah guna kuasa itu berlaku apabila Nizar mencatatkan minitnya bersetuju dengan permohonan Ngeh tersebut dan bersetuju agar wang tersebut diamanahkan kepada Pegawai Khasnya.
Malah sebagai susulan kepada kelulusan itu, dalam surat Setiausahan Kanan Nizar kepada Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri pula katanya, turut tercatat kemungkinan untuk menggunakan wang daripada Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk tujuan pembiayaan program berkenaan.
“Tindakan ini jelas melanggar peraturan kewangan kerajaan. Mana boleh wang kerajaan diamanahkan kepada individu...ini juga membuktikan mereka memang tidak faham tatacara pentadbiran,” ujar beliau pada sidang media di Taiping.
Ditanya adakah wang berkenaan telah disalurkan kepada Pegawai Khas Ngeh, beliau berkata, beliau tidak mempunyai maklumat mengenai perkara berkenaan.
Namun, beliau akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dengan salah guna kuasa tersebut.
Pada sidang media itu juga Hamdan turut memberitahu, beliau kini sedang mengumpulkan maklumat serta bukti pemberian 83 kawasan balak oleh kerajaan negeri sebelum ini kepada kroni PAS, DAP dan PKR.
Malah katanya, beliau kaan mendedahkan bagaimana PAS telah mengambil wang pendahuluan daripada syarikat yang memohon konsesi balak dari kerajaan pakatan pembangkang yang lepas.
sumber - agendadaily
Baca selanjutnya...
Datuk Seri Harussani Zakaria (Mufti Perak) pula bidas Anwar..

Oleh : kkamdias
Memang betul tuhan Maha Mengetahui. Memang betul tuhan tidak lalai walau barang seketika. Tidak ada satu pun yang terlepas dari pengetahuanNya walaupun sebesar zarah. Setiap titik hujan yang jatuh atau tiap butir pasir yang berada walaupun berbatu-batu kedalamannya dari dasar Pasifik, semuanya berada di dalam pengetahuan dan urustadbirNya.
Jika berdasarkan konsep keyakinan kepada Allah ini diaplikasi, apa yang terjadi kepada kita, samada suka atau duka, kaya atau miskin, kalah atau menang, berkuasa atau hilang kuasa, dimulia atau dihina, rebah atau bangun bukanlah persoalan untuk disesalkan atau dijadikan bahan ungkit-mengungkit kenapa Allah seolah-olah bertindak tidak adil kepada kita.
Jika konsep yakin ini diamalkan, tidak akan berlaku gerakan melawan takdir yang TELAH terjadi hasil dari keputusan tuhan yang berasal-usulkan dari sebab musabab.
(Semoga dijauhi tuhan akan niat-niat serong atau dendam kesumat dari hati) bila jurublog mengaitkan cerita ini dengan Anwar.
Mungkin, inilah barangkali yang terjadi kepada Anwar Ibrahim. Allah sahaja yang lebih mengetahui dan sangat-sangat maklum kenapa dia tidak jadi Perdana Menteri sehingga saat ini dan kenapa akhirnya Najib juga yang menjadi pilihan tuhan.
Tokoh agama yang selama ini sedikit sebanyak turut dijadikan pakaian kalis peluru oleh Anwar Ibrahim sewaktu ditembak dengan pelbagai tuduhan terutama dalam isu mubahalah dan liwat, akhirnya turut membidas Anwar Ibrahim.
Mufti Perak, Dato Seri Harussani masih boleh menerima hakikat wujudnya sifat mendongak dan menuding jari tentang soal status dan hak-hak yang melibatkan sensitiviti melayu di kalangan parti-parti politik.
Tapi, apabila Anwar meliwati batas dan sempadan sensitiviti agama dan akidah demi meneruskan agenda politik yang tak kunjung berhasil, maka di sinilah terbinanya tembok pemisah toleransi Dato Mufti terhadap pendekatan politik Anwar Ibrahim.
Kenapa Anwar Ibrahim sanggup mempolitikkan nama Allah di hadapan penduduk pendalaman Batang Ai yang tidak tahu menahu tentang polimik penggunaan nama Allah? Kenapa dilontarkan isu ini kepada masyarakat umum di sebuah kawasan pendalaman yang rata-ratanya penganut agama Kristian?
Apa niat Anwar membawa isu ini? Adakah kedatangan beliau memberi ceramah ke sana atas kapasitinya sebagai pemimpin Islam atau pejuang kedaulatan agama kristian?
Apa tujuan beliau melontar hujah “di Malaysia, penggunaan nama Allah tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain disebabkan oleh UMNO”. Bukankah ini percubaan untuk sengaja memalit-malit dan mengotorkan nama UMNO yang telah membuat keputusan tepat melarang penggunaan nama Allah pada yang bukan tempatnya?
Kenapa tergamak bertindak seolah-olah menjadi pejuang agama Kristian dengan menyebelahi mereka dalam soal penggunaan nama Allah? Apa benafaat atau kemajuan yang boleh diperolehi oleh agama Allah hasil dari ucapan beliau di depan penganut agama Kristian dalam soal nama Allah ini?
Apa sebenarnya yang cuba diperjuangkan oleh Anwar sehingga sanggup bertindak meliwati batas? Soal-soal yang berkaitan dengan akidah Islam pun cuba dimomokkan kepada penganut bukan Islam? Apa yang penganut kristian ini faham tentang akidah Islam?
Apa dah jadi dengan Anwar ni? Adakah tuhan sudah letakkan lapisan hijab-hijab menutup pintu hatinya dari cahaya kebenaran Islam hingga perkara yang terang terbentang salah pun sudah dianggapnya satu kebenaran?
Berhujah perkara-perkara berat dan komplikated tentang Islam kepada penganut Islam yang jahil pun tidak digalakkan, inikan pula berhujah tentang akidah Islam dihadapan penganut bukan Islam!
Toleransi agama jenis apa yang Anwar cuba bawa…?
Dah gilo isin agak eh dio ni. Kito pun ado yo selero nak jadi PM ni…tapi taklah meliwati batas sampai macam ni
sumber - kkamdias.blogspot.com
Baca selanjutnya...
Pendedahan besar atau penipu besar!

Suasana dalam dewan masa ceramah Anwar di Bukit Selambau tengahari Sabtu
Datuk Seri Anwar Ibrahim, membuktikan beliau masih hebat berceramah apabila berjaya menarik lebih 7,000 membanjiri dalam dan luar Dewan Hock Seng, Sungai Lalang dalam kawasan DUN Bukit Selambau, Sungai Petani Sabtu malam.
Walaupun renyai-renyai,orang ramai terutama ahli dan penyokong PKR, DAP dan PAS mula berpusu-pusu sejak jam 8 malam kerana sejak Sabtu sudah heboh kononnya Ketua Pembangkang itu akan bikin gempar untuk umum satu perkara yang cukup besar.
Antaranya,orang kanan Penasihat PKR itu,Saifuddin Nasution ingatkan para wartawan bahawa para pengarang mereka pasti marah jika tak datang ke ceramah itu kerana sesuatu yang gempar pasal Datuk Seri Najib Tun Razak akan didedahkan oleh Anwar malam itu.
Menunggulah semua mereka dengan setia sambil mendengar beberapa pemimpin pembangkang bersilih ganti berceramah menghentam kerajaan termasuk ahli parlimen PKR Padang Serai, S.Gobalakrishnan.
Beliau mendakwa ada laporan polis oleh seorang individu di Kuah, Langkawi, Sabtu terhadap calon BN, Datuk S.Ganesan yang dikatakan melesapkan duit pembeli rumah pada tahun 1999.
Anwar hanya tiba di dewan itu kira-kira jam 11.15 malam.
Suasana dalam dewan masa ceramah Anwar di Bukit Selambau ketika ada gimik ' pendedahan gempar' pada sebelah malam Sabtu. Bagaimanapun, Ketua Umum PKR itu yang hebat berucap juga hebat memperdaya lebih 7,000orang yang tidak berganjak untuk mendengar pendedahan besar di majlis itu.
Kesimpulan, semua yang hadir tanpa disedari tertipu kerana Anwar tidak mendedahkan apa-apa yang mengejutkan hingga ke akhir ceramah berkempen bagi calon PKR, S.Manikuar sebaliknya berkata, akan buat demikian lepas menang tiga pilihanraya kecil ini.
“Kita sudah bincang semalam dan kita jangka.. kalau kita buat pengumuman itu malam ini, risikonya besar. Sebab itu saya mahu pada 7 haribulan, kita menang di Bukit Selambau, menang di Bukit Gantang dan menang di Batang Ai, dan saya akan buat pengumuman itu,” katanya.
Jelas Anwar hanya bikin gimik untuk lihat betapa ramai yang mahu mendengar ceramahnya selepas ada dakwaan mengatakan beliau tidak dilayan oleh penduduk Iban di Batang Ai ketika berkempen di kawasan itu beberapa hari lalu.
Pengesahan pelantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri baru dan penyertaan semula Tun Dr Mahathir Mohamad serta dua ahli keluarganya ke dalam parti UMNO, sedikit sebanyak turut menjejaskan beliau dan pembangkang.
Tidak hairanlah, dalam ceramah di tempat sama tengahari Sabtu yang hanya dihadiri kira-kira 150 orang. Beliau meminta Agendadaily bertanya UMNO, apabila diaju soalan sama ada tindakan Dr Mahathir itu akan memberi kesan kepada pembangkang.
Dalam ceramahnya malam tadi, Anwar seperti kempen di tempat lain di Bukit Selambau kerap memuji bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang memberi tanah kepada masyarakat Cina.
Turut dipujinya Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang setuju PKR letak calon India di Bukit Selambau walaupun kerusi itu diperuntukkan untuk calon Melayu serta setuju Manikumar dilantik Exco jika menang pada 7 April nanti.
Selain itu, Anwar mengakui mempertahankan Hindraf yang diharamkan kerajaan atas alasan kononnya pertubuhan haram itu ada prinsip dan memperjuangan hak kaum India yang katanya, tidak dilakukan MIC.
Meneliti secara umum ceramahnya, Ketua Pembangkang itu dilihat cuba melaga-lagakan UMNO dengan parti komponen terutama MIC, MCA dan Gerakan kononnya parti itu tidak respons dengan tindakan kerajaan roboh kuil dan tidak sokong Nizar beri tanah pada kaum Cina di Perak.
Sebelum beliau berucap, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Datuk Johari Abdul sengaja bikin gempar umum Naib Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), V Datuk Nagarajan menyertai PKR bersama 6,000 ahli.
Katanya, semua ahli itu daripada lapan bahagian membabitkan 62 cawangan PPP di Kedah yang dibubarkan dan dakwanya di Bukit Selambau sahaja 1,500 ahli PPP.
Seperti bosnya, Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani juga cuba tipu bila Agendadaily apabila ditanya betulkan ‘benda gempak’ hendak diumumkan adalah berita pemimpin PPP nak lompat sertai PKR.
Johari yang ditanya soalan itu sebelum Anwar berucap, dengan muka pura-pura terkejut, beliau yang jadi pengerusi majlis kata, “tak tau”.
Dalam pengumuman itu, beliau dakwa lapan bahagian PPP yang dibubarkan itu ialah Alor Star, Kubang Pasu, Kuala Kedah, Pokok Sena, Kulim, Baling, Sungai Petani dan Merbok.
Nagarajan kemudiannya menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PKR kepada Anwar.
Johari juga mengumumkan kemasukkan ketua UMNO cawangan Kampung Jerai, Marzuki Md Akib bersama 51 ahli cawangan tersebut menyertai PKR.
Turut menyertai PKR malam ini ialah pemimpin masyarakat siam di Bukit Selambau, Nao Bai Seong bersama 100 orang masyarakat Siam.
Selesai majlis itu kedengaran ada orang ramai yang datang mengeluh kerana sedar ‘kena goreng’ dengan Anwar dan pembangkang,Malah mereke turut tidak percaya PPP ada 6,000 ahli di Kedah.
Barangkali mereka terfikir, kalau benar ada 1,500 ahli parti itu di DUN Bukit Selambau dan sertai PKR, tentu ramai antaranya hadir sebagai bukti bahawa mereka sudah sertai PKR.
Dalam hal ini, teringat ungkapan PORAHH!!! yang kerap ditutur Anwar ketika bercakap menghentam pemimpin kerajaan di Bukit Selambau dan mungkin juga di Bukit Gantang tetapi dalam kes orang ramai yang tertipu malam ini, ungkapan itu lebih sesuai ditujukan padanya.
Teringat juga ceramah Anwar di Taman Laguna Merbok, malam Jumaat yang kata, orang Iban lebih pandai daripada orang sini (Bukit Selambau). Maka tidak hairanlah pada malam tadi semua kena tipu.-
sumber - agendadaily
Baca selanjutnya...
Kejutan Anwar hanya selepas 7 April?
Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB
SUNGAI PETANI: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih membiarkan rakyat berteka-teki apabila tidak mengumumkan 'kejutan' yang didakwa beliau amat penting dalam ceramahnya sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau malam tadi.
Anwar berkata, beliau hanya akan mengumumkan perkara itu pada 7 April ini selepas Pakatan menang di tiga pilihan raya kecil termasuk juga di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Batang Ai.
"Saya harus menggunakan majlis ini untuk menambah satu pengumuman yang penting.
"Kita bincang semalam dan kita tahu, kalau kita bagi pengumuman itu malam ini, risikonya terlalu besar.
"Oleh yang demikian, saya nak tunggu sampai 7 hari bulan (April).
"Kita menang di Bukit Selambau, menang di Bukit Gantang, menang di Batang Ai dan kita sambung pengumuman penting kepada rakyat Malaysia semua," katanya di hadapan kira-kira 3,000 orang di Dewan Hock Seng, Sungai Lalang di sini.
Jumaat lalu, Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution menyatakan Anwar akan mengumumkan satu kejutan yang didakwa beliau akan memberi ‘nilai tambah’ kepada Pakatan Rakyat dan impak besar kepada pilihanraya kecil tersebut.
Pada majlis itu juga, seramai 6,000 ahli PPP daripada lapan bahagian di Kedah telah meninggalkan parti itu dan menyertai PKR termasuk Naib Presidennya, V. Nadarajan.
Tindakan itu didakwa telah menyebabkan enam bahagian parti itu termasuk Kubang Pasu, Kuala Kedah, Pokok Sena, Kulim, Baling dan Merbok dibubarkan.
Nadarajan dalam ucapannya berkata, PKR telah memberi nafas baru kepada mereka menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk meninggalkan PPP.
Dalam reaksi segera, Pengerusi Perhubungan PPP Kedah, R Daass pula berkata, tidak ada mana-mana ahli yang meninggalkan parti itu kerana pihaknya tidak menerima sebarang surat keluar parti.
"Kami tidak menerima sebarang surat. Mereka boleh dakwa apa yang mereka mahu tetapi sepanjang pengetahuan kami, tidak ada yang meninggalkan parti kerana mereka tidak memulangkan kad keahlian," katanya.
sumber - mstar
Baca selanjutnya...
SUNGAI PETANI: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih membiarkan rakyat berteka-teki apabila tidak mengumumkan 'kejutan' yang didakwa beliau amat penting dalam ceramahnya sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau malam tadi.
Anwar berkata, beliau hanya akan mengumumkan perkara itu pada 7 April ini selepas Pakatan menang di tiga pilihan raya kecil termasuk juga di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Batang Ai.
"Saya harus menggunakan majlis ini untuk menambah satu pengumuman yang penting.
"Kita bincang semalam dan kita tahu, kalau kita bagi pengumuman itu malam ini, risikonya terlalu besar.
"Oleh yang demikian, saya nak tunggu sampai 7 hari bulan (April).
"Kita menang di Bukit Selambau, menang di Bukit Gantang, menang di Batang Ai dan kita sambung pengumuman penting kepada rakyat Malaysia semua," katanya di hadapan kira-kira 3,000 orang di Dewan Hock Seng, Sungai Lalang di sini.
Jumaat lalu, Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution menyatakan Anwar akan mengumumkan satu kejutan yang didakwa beliau akan memberi ‘nilai tambah’ kepada Pakatan Rakyat dan impak besar kepada pilihanraya kecil tersebut.
Pada majlis itu juga, seramai 6,000 ahli PPP daripada lapan bahagian di Kedah telah meninggalkan parti itu dan menyertai PKR termasuk Naib Presidennya, V. Nadarajan.
Tindakan itu didakwa telah menyebabkan enam bahagian parti itu termasuk Kubang Pasu, Kuala Kedah, Pokok Sena, Kulim, Baling dan Merbok dibubarkan.
Nadarajan dalam ucapannya berkata, PKR telah memberi nafas baru kepada mereka menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk meninggalkan PPP.
Dalam reaksi segera, Pengerusi Perhubungan PPP Kedah, R Daass pula berkata, tidak ada mana-mana ahli yang meninggalkan parti itu kerana pihaknya tidak menerima sebarang surat keluar parti.
"Kami tidak menerima sebarang surat. Mereka boleh dakwa apa yang mereka mahu tetapi sepanjang pengetahuan kami, tidak ada yang meninggalkan parti kerana mereka tidak memulangkan kad keahlian," katanya.
sumber - mstar
Baca selanjutnya...
Anwar kata berjuang untuk kaum Dayak, tetapi kenapa berkempen di Semenanjung ?
Wajah Anwar hanya wujud atas banner. Badan Anwar berkempen di Semenanjungemail olddayakian
Anwar kata dia berjuang untuk Sarawak. Dia berjuang untuk Dayak Baru. Bunyi seperti Sarawak lah satu-satu yang jadi fokus Anwar.
Tetapi hakikatnya banyak masa dihabiskan berkempen di Semananjung. Bantu orang-orang Semenanjung, bukannya bantu orang Sarawak.
Semasa penamaan calon Anwar pun tidak hadir. Hanya wakilkan kepada Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. Anwar pergi ke mana ? Katanya sedang berseronok di luar negara.
Kasian Jawah, terkontang kanting keseorangan, dipujuk Anwar masuk PKR, disuruh jadi calon, kemudian ditinggalkan Anwar keseorangan. Bendera tidak cukup. Orang kempen tidak cukup. Akhirnya hanya banner dipasang di bilik gerakan PKR yang tiada orang lihat pun.
Anwar kononnya dilantik penyelaras PKR Sarawak. Sepatutnya Anwar berkubu di Batang Ai, tidur bangun bersama masyarakat Dayak di rumah panjang. Itu betul-betul pejuang Dayak Baru.
Tetapi Anwar hanya datang sekali sekala. Pakai spek hitam, berceramah dan cabut lari. Macam Anwar yang pakai spek hitam tidak senang dengan masyarakat Dayak.
Katanya Anwar Pengerusi Penyelaras PKR Sarawak, tetapi dengan masa yang banyak dihabiskan di Semenanjung, bukan gayanya pengerusi penyelaras Sarawak. Dengan pakai spek hitam dan berstokin bila naik rumah panjang, Anwar bukannya pejuang kaum Dayak.
Baca selanjutnya...
Anwar buat 'pendedahan tergempar' di Bukit Selambau ?
email MolePKR
Tunggu punya tunggu ceramah Anwar di Bukit Selambau, tak ada juga apa-apa yang special. Tak ada pendedahan besar pun seperti yang digembar-gembur. Seperti biasa Anwar berceramah, retorik, pusing-pusing akhirnya habis begitu sahaja.
Tukang sebar iklan bukan main bikin gempak. Siapa lagi kalau bukan Saifuddin Nasution, pengarah Strategik PKR yang dah jadi informer baru CIA. "Tunggu esok, Anwar akan buat pendedahan besar..akan beri pukulan kepada BN" begitulah lebih kurang ayat informer CIA.
Bila tiba hari kejadian. Anwar berceramah. Pusing-pusing ayat sama, 10 kali diulang ayat sama, sampai meluat mendengarnya.
Yang special sikit Anwar malam ini semakin terserlah mood pengundi India makin tidak suka kepada Anwar. Dulu gelombang Makhal Sakhti 100 peratus sokong Anwar, Anwar pun bertukar watak dari bakal Presiden PAS terus jadi Sivaji The Bos.
Sekarang walau Anwar bertukar watak jadi hero filem Tamil pun, pengundi India sudah tidak percaya dengan Anwar. Dulu Anwar kata mahu bela masyarakat miskin India, tetapi bila sudah kuasai 5 negeri dan 82 kerusi parlimen, pembelaan apa yang dilakukan Anwar ?
Pejuang marhaen masyarakat India, Kalaivanar yang aktif PKR sejak 1998 pun Anwar tidak peduli, usahkan mahu peduli masyarakat miskin yang lain. Kalaivanar simbol golongan miskin masyarakat India pun Anwar tuduh gangster.
Gangster tak boleh jadi calon PKR, nanti hancur imej PKR, kata Anwar kepada Kalaivanar. Sebab itu Anwar pilih S Manikumar, simbol golongan elit masyarakat India. Orang muda. Kaya lagi. Tak aktif PKR pun tak apa.
Tetapi Anwar lupa siapa Kalaivanar. Dia gangster bukan sebarang gangster. Dia penduduk Sungai Petani. Dia ramai rangkaian golongan marhaen India, terutamanya di Bukit Selambau. Kalai sudah bagi warning, pada 7 April, dia akan duduk depan TV, dia akan saksikan PKR akan kalah. Dalam maksud Kalai ini, dia sudah tahu PKR akan kalah dan akan bekerja untuk PKR kalah..
Satu lagi, suara laungan Makhal Sakthi pun semakin lemah. Dulu bukan main semangat lagi, sekarang sudah semakin tenggelam.
Pengerusi HINDRAF, R Thanenthiran pun sudah beralih beralih angin. Dulu PKR lah perjuangan rakyat. Sekarang 'perjuangan rakyat' tidak semestinya PKR.
Bunyi nada Thanenthiran sudah sama dengan nada Kalaivanar. Kedua-duanya penggerak utama Makhal Sakthi.
Macam mana Anwar kata dia sokong perjuangan Makhal Sakhti, sedangkan dia pilih calon pun bukan dari orang yang faham apa itu Makhal Sakhi. Itu hujah Kalaivanar dan Thanenthiran yang kedua-duanya pernah digula-gulakan menjadi calon DUN Bukit Selambau.
Mood pengundi India ini sangat tidak baik kepada PKR. Tian Chua, Ketua Penerangan PKR pun sudah dapat rasai mood negatif itu. Dia kata, ramainya calon bebas (2 daripadanya dari PKR) akan mengurangkan undi PKR.
Mampu Anwar bertahan dengan gelombang baru Makhal Sakthi, Kalai dan Thanenthiran yang tidak berpihak kepadanya?
Sebab itu malam ini Anwar umum kemasukan V Nagarajan, masuk PKR. Anwar harap mood pengundi India akan kembali kepada PKR. Tetapi V Nagarajah bukan orang HINDRAF. Dia bukan pejuang Makhal Sakhti, dia adalah dari parti kecil kompenan BN, iaitu PPP.
Baca selanjutnya...
04/04/2009
Buku foto bogel Elizabeth diedar di Bukit Gantang

Andrew Ong | Apr 4, 09 6:16pm
Buku kecil mengenai kontroversi gambar intim exco kerajaan negeri Selangor yang juga ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong kini diedarkan di Bukit Gantang.
Salinan buku kecil itu ditemui di markas Pemuda BN di Simpang dan sewaktu majlis ceramah bekas pemimpin PKR, Lokman Adam di Taman Kaya, Simpang yang dibatalkan malam tadi.
Buku kecil itu tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai penerbitnya.
Dari muka pertamanya, buku itu memaparkan Elizabeth sebagai seorang wanita tidak bermoral tetapi masih menerima sokongan daripada PAS, yang meletakkan Datuk Mohd Nizar Jamaluddin sebagai calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang.
.jpg)
.jpg)
Buku itu mendakwa, Elizabeth tidak dianiayai tetapi dia sendiri yang menjadi puncanya dan mengadakan hubungan seks dengan sesiapa sahaja.
Sehubungan itu, ia bertanya sama ada perbuatan itu dibenarkan dalam tafsiran PAS mengenai Islam.
Muka surat 3 buku tersebut mendakwa Elizabeth juga mempunyai hubungan intim dengan ketua penerangan PKR, Tian Chua, terutama apabila mereka berdua berada di Taiwan tahun lalu, untuk memujuk ahli Parlimen BN melompat parti untuk menyertai Pakatan Rakyat.
Artikel kelima dan artikel yang terakhir dalam buku itu memaparkan rencana Utusan Malaysia pada 1985 yang memetik Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang sebagai berkata parti itu akan menghapuskan hak istimewa orang Melayu jika ia berkuasa.
Pada 16 Februari lalu, dua akhbar berbahasa Inggeris telah menyiarkan berita mengenai gambar-gambar intim Elizabeth yang diedarkan kepada umum. Berikutan itu, Elizabeth menawarkan diri untuk meletak jawatan sebagai exco kerajaan negeri Selangor dan ADUN Bukit Lanjan.
Sementara itu, khabar angin tersebar bahawa wang diedarkan kepada pengundi, mengakibatkan orang ramai menyerbu pusat operasi Parti Progresif Rakyat (PPP) di Taman Kota Jaya, Simpang semalam.
Apabila Malaysiakini tiba di situ, kumpulan orang lelaki dan wanita kelihatan keluar masuk tempat tersebut. Di dalamnya, mereka dilihat menyerahkan kad pengenalan kepada dua lelaki yang menyalin butiran di atas sekeping keras kosong.
Mereka yang ditemui berkata, mereka mencuba nasib ekoran tersebarnya khabar angin bahawa ramai pengundi telah menerima wang tunia RM100 sejak tiga hari lalu untuk mengundi sebuah parti tertentu.
Bagaimanapun, dakwaan tersebut tidak dapat disahkan.
"Saya diberitahu jika 'bos' datang esok, kami boleh mendapatkan wang tersebut," kata seorang wanita Cina yang sudah berusia.
sumber - malaysiakini
Baca selanjutnya...
Sekeping foto seribu makna..Walter Chia dan Saifuddin Nasution

Oleh NTanwar,AIDCclub
Foto dirakam perbualan serius antara Saifuddin Nasution, pengarah Strategik PKR dengan Walter Chia, Setiausaha Pertama Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura. Foto dirakam pada 2 April 2009, di Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani Kedah.
Begitu serius perbualan ini, beberapa keping kertas di atas meja di sebelah Walter. Tanpa minuman. Tanpa makanan. Hanya fokus kepada perbualan serius. Tetapi perbualan serius tentang apa, ketika calon PKR, S Manikumar berhadapan dengan 13 calon bebas dan seorang calon BN, di DUN Bukit Selambau?
Saifuddin Nasution tahu siapa perakam foto ini. Apabila foto ini tersebar di internet, beberapa orang pemuda AMK (Angkatan Muda Keadilan) telah menelefon si perakam foto, maki hamun kenapa siarkan di internet.
Kenapa AMK begitu marah dan makin hamun si perakam foto. Kalau sekadar pertemuan biasa kenapa marah? Sebelum makin hamun dihamburkan lagi, Saifuddin perlu mendedahkan peristiwa sebenar di sebalik foto itu
1. Betulkah Saifudddin, selaku Pengarah Strategik PKR bertemu dan berbincang selama dua jam dengan Walter Chia dari jam 9 pagi hingga 11 tengahari pada tarikh tersebut.
2. Kalau betul untuk tujuan apa perbincangan itu diadakan ? Kalau tidak betul, Saifuddin perlu jelaskan bagaimanakah foto Walter-Saifuddin boleh dirakamkan ?
3. Betulkah tidak semasa pertemuan itu Saifuddin telah menyerahkan beberapa dokumen kepada Walter ?
4. Kalau betul, dokumen apa yang diserahkan oleh Saifuddin kepada Walter dan untuk tujuan apa?
5. Betul atau tidak Walter sendiri menyerahkan bussines card kepada perakam foto dan ketika itu muka Saifuddin pucat apabila mengenali siapa perakam foto.
6. Betulkah si perakam foto berkata kepada Saifuddin dengan kata-kata..”oh ini rupanya kerja awak..pejual maklumat negara, kepada agen asing”? Walter yang tidak faham bahasa Melayu berkata” What hapen? What hapen?”
7. Betulkah ketika foto itu dirakam, Saifuddin bagi pihak Anwar sedang ’bincang sesuatu’ dan ’serahkan dokumen penting’ kepada seorang agen CIA (status tidak rasmi) yang berjawatan first seceretary high commision of the republic of Singapore (status rasmi)?
8. Kalau tidak betul, untuk tujuan apa Walter Chia, first seceretary high commision of the republic of Singapore (seperti yang tercatat dalam bisnes kad) berkunjung ke Kelab Cinta Sayang Sungai Petani ketika PKR sedang hadapi pilihanraya kecil ?
9. Soalan bonus : Betul atau tidak Walter Chia membayar USD 10 ribu sebulan kepada Saifuddin sebagaimana Walter membayar kepada Tian Chua dan Elizabeth Wong untuk mendapatkan maklumat-maklumat politik negara ?
Siapa Saifuddin Nasution ?
Saifuddin Nasution adalah ahli parlimen PKR di Machang Kelantan. Selepas tewas dalam pilihanraya 2004 di Kedah, Saifuddin berundur dari PKR dan mendaftar diri sebagai ahli PAS di cawangan Pokok Sena. Saifuddin berhijrah ke Kelantan, kerana isterinya adalah anak tempatan Machang.
Ketika itu Saifuddin memohon kerja dengan Husam Musa (exco ekonomi PAS Kelantan) dan Husam telah beri kerja sebagai Pengarah Urusan Yayasan Tok Kenali yang berfungsi untuk mengatur ceramah memperkukuhkan PAS Kelantan.
Pada Kongres Khas PKR 2007, Anwar Ibrahim secara diktator telah melantik Saifuddin Nasution sebagai Pengarah Strategik PKR walhal ketika itu Saifudin sudah menjadi ahli PAS dan bertugas sebagai Pengarah Urusan Yayasan Tok Kenali. Saifuddin menerima pelantikan jawatan yang diumumkan oleh Anwar itu kerana Anwar telah berjanji memberi sejumlah wang yang besar kepada Saifuddin di atas status jawatan itu.
Apa itu Pengarah Strategik PKR ? Kenapa Anwar mewujudkan jawatan itu ? Kenapa Saifuddin yang telah berstatus ahli PAS dan mempunyai pekerjaan tetap di Kelantan di pilih ?

Fungsi utama Pengarah Strategik PKR adalah penghubung di antara PKR dengan PAS dan orang perantaraan itu adalah Saifuddin Nasution. Saifuddin akan menjadi tali penghubung di antara Anwar Ibrahim (PKR) dengan Husam Musa (PAS) yang sekarang ini semakin berjaya dengan munculnya kumpulan Erdogan di dalam PAS.
Siapa Walter Cia ?
Walter Chia status rasminya adalah Setiausaha Pertama Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura di Kuala Lumpur. Berumur 35 tahun. Sebelum ini Walter adalah setiausaha akhbar kepada Pesuruhjaya Tinggi Singapore dan dalam masa masa dia adalah pengumpul maklumat yang dibayar oleh CIA berkenaan dengan politik Malaysia.
Pada tahun 2003, Walter Chia mengatur perjumpaan aktivis PKR, termasuk Tian Chua, Khalid Jaafar, Wan Azizah, Azmin Ali dengan George Soros di Singapura.
Pertemuan ini didedahkan oleh Lokman Noor Adam, bekas Setiausaha Pemuda Keadilan pada tahun 2004.
Menurut Lokman, dia mengetahui mengenai pertemuan itu, apabila berlaku perselisihan faham di antara wakil-wakil PKR yang mahu berjumpa dengan Soros. Lokman tahu melalui inner circle Pemuda Keadilan di bawah pimpinan Ezam Mohd Nor.
Perselisihan faham berlaku di antara Tian Chua dengan Azmin Ali, apabila Azmin menghalang Mabel Au (ketika itu tunang Tian Chua) masuk bersama berjumpa dengan Soros.
Bertuankan kepada Anwar Ibrahim, semata-mata untuk jadikan Anwar 'PM 16 September', sanggup heret beg bersama Tian Chua dan Elizabeth ke Taiwan. Jadi berdasarkan latar belakang Walter Chia sedemikian rupa, apakah pula tujuan pertemuan Saifuddin Nasution, pengarah Stategik PKR dengan Walter Cia di Kelab Cinta Sayang Sungai Petani dua hari lepas ?
sumber - NTanwar
Baca selanjutnya...
Fail rasuah Fairus dihantar ke bahagian pendakwaan
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyerahkan siasatan kes rasuah dan salahguna kuasa membabitkan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin kepada Bahagian Pendakwaan, minggu depan.
Pesuruhjaya Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull, berkata kes membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti itu hampir siap.
"Keterangan saksi dan dokumen berkaitan kes sudah dirakam dan diperoleh untuk melengkapkan kertas siasatan.
"Bagaimanapun, mengikut prosedur, fail kes perlu diteliti Bahagian Pendakwaan sebelum membuat sebarang keputusan sama ada perlu keterangan atau bukti tambahan atau meneruskan dengan pendakwaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Minggu lalu, Mohammad Fairus ditahan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) di Johor Bahru, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah berkenaan.
Sepasukan pegawai SPRM kemudian membawa Mohammad Fairus, 33, ke pejabat SPRM Johor Bahru untuk diambil keterangan, sebelum dibebaskan.
Sebelum itu, Mohammad Fairus meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan Exco kerajaan negeri berkuat kuasa 8 April ini.
Peletakan jawatan itu dipercayai ada kaitan dengan pendedahan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kepala Batas, Amizuddin Ahmat, bulan lalu, yang mendakwa dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) terbabit dalam penyelewengan membabitkan kuari di Seberang Prai.
Amizuddin mendakwa dua pemimpin PKR itu bekerjasama dengan syarikat kuari di Seberang Prai dengan melindungi aktiviti haram kuari terbabit.
sumber - Berita Harian
Baca selanjutnya...
Pesuruhjaya Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull, berkata kes membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti itu hampir siap.
"Keterangan saksi dan dokumen berkaitan kes sudah dirakam dan diperoleh untuk melengkapkan kertas siasatan.
"Bagaimanapun, mengikut prosedur, fail kes perlu diteliti Bahagian Pendakwaan sebelum membuat sebarang keputusan sama ada perlu keterangan atau bukti tambahan atau meneruskan dengan pendakwaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Minggu lalu, Mohammad Fairus ditahan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) di Johor Bahru, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah berkenaan.
Sepasukan pegawai SPRM kemudian membawa Mohammad Fairus, 33, ke pejabat SPRM Johor Bahru untuk diambil keterangan, sebelum dibebaskan.
Sebelum itu, Mohammad Fairus meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan Exco kerajaan negeri berkuat kuasa 8 April ini.
Peletakan jawatan itu dipercayai ada kaitan dengan pendedahan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kepala Batas, Amizuddin Ahmat, bulan lalu, yang mendakwa dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) terbabit dalam penyelewengan membabitkan kuari di Seberang Prai.
Amizuddin mendakwa dua pemimpin PKR itu bekerjasama dengan syarikat kuari di Seberang Prai dengan melindungi aktiviti haram kuari terbabit.
sumber - Berita Harian
Baca selanjutnya...
Kaum Dayak menolak parti Anwar Ibrahim

LUBOK ANTU, Sarawak - Pemimpin de-facto PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim datang tergesa-gesa ke kawasan pilihan raya kecil Batang Ai semalam. Beliau mahu berceramah di Lubok Antu tapi tidak diberikan permit, lalu pada malamnya berucap di Kampung Kutai, berhampiran pekan ini.
Anwar tidak hadir pada hari penamaan calon. Dia hanya mewakilkan Menteri Besar Selangor, Tan SriKhalid Ibrahim yang juga Naib Presiden PKR. Ketiadaan Anwar menimbulkan tanda tanya sama ada beliau benar-benar serius mahukan PKR kukuh di Sarawak.
Tapi Anwar bergegas datang ke Sarawak bukan sekadar kerana isu ketiadaannya pada hari penamaan calon. Faktor yang lebih besar ialah peluang PKR yang pada mulanya diberikan gambaran sebagai cerah untuk menang di Batang Ai, kini mulai goyah.
Peluang ini kelihatan goyah setelah sebahagian besar daripada 16 ahli Jawatankuasa Pusat SNAP (Parti Kebangsaan Sarawak) berikrar menyokong BN dan calonnya Malsolm Mussen Jawah. Mereka ialah Timbalan Presiden, Ting Ling Kiew dan 12 lagi ahli jawatankuasa tersebut.
Kelmarin Ting dan wakil-wakil kumpulan tersebut menemui Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya untuk menyuarakan sokongan kepada BN.
Perpecahan berlaku dalam SNAP ekoran perebutan kuasa dan akhirnya parti itu dibubarkan oleh Pendaftar Pertubuhan. SNAP telah mengemukakan tuntutan di mahkamah supaya pmbubaran itu dibatalkan dan kes berkenaan menunggu perbicaraan.
SNAP sebelum Ting dan kumpulannya berikrar menyokong BN, secara terbuka menyokong PKR. Berikutan pengisytiharan Ting, kini hanya tinggal Presidennya Edwin Dundang bersama Setiausaha dan Bendahari parti yang menyokong PKR di peringkat pucuk pimpanan parti.
Satu lagi perkembangan yang dilihat memberikan tamparan kepada PKR ialah keputusan tiga orang Tuai (Ketua) rumah-rumah panjang mengisytiharkan mereka tidak lagi menyokong calon PKR, Jawah Gerang kerana beliau tidak lagi berada dalam BN.
Tuai mempunyai pengaruh ke atas penduduk rumah panjang yang mereka ketuai. Dengan semakin hampir hari mengundi pada 7 April, persaingan untuk mendapatkan sokongan seberapa banyak Tuai menjadi satu faktor penting dalam pilihan raya kecil Batang Ai.
Kira-kira 95% daripada 8,006, pengundi Batang Ai adalah orang Iban yang menduduki 280 rumah panjang.
sumber - Malaysiaaktif
Baca selanjutnya...
03/04/2009
Kenapa PKR terpaksa menjawab isu Soros ?

Oleh Tomyampoktek, AIDCclub
Ekoran kenyataan Lokman Nor Adam di Bukit Gantang mengenai pembabitan Elizabeth, PKR dan Soros, rupa-rupanya membuat MB Khalid Gagap kepanasan sehingga terpaksa menjelaskan dalam sidang akhbar nya di Klang dengan menyatakan pertemuan wakil PKR dengan negera luar adalah untuk memahami erti demokrasi sekaligus menafikan dakwaan Lokman Noor Adam itu.
Bolehkah logik akal menerima hujah Khalid ini, kenapa sampai keluar negara ingin belajar demokrasi alangkah lebih baik kiranya Pimpinan PKR membaca buku Islam dan Demokrasi tulisan Hadi Awang untuk memahami erti demokrasi sebenarnya. Dengan pengalaman PAS selama 48 tahun berjuang dalam politik di Malaysia sudah tentu banyak pengalaman PAS, malah PAS sendiri pun telah mempunyai pusat penkaderan sendiri seperti Kolej Darul Ulum dan akademi kepimpinan pemuda seperti yang dimiliki oleh UMNO Malaysia klik sini.

Namun mungkin PKR langsung tidak berminat dengan PAS kerana mereka bersifat Internasional dan Amerika, Amerikanya parti PKR ini boleh kita buktikan apabila mereka menghantar pemimpin pemuda dan pelapis parti ke franklin covey sebuah konsultan milik Amerika yang beribu pejabat di Lake City, Utah Amerika Syarikat. Bukan tidak bagus kita mencedok ilmu dari barat kerana mereka yang mendahului disiplin ini dalam dunia hari ini, cuma soalnya bukankah lebih baik jika modul latihan itu dibina sendiri oleh rakyat Malaysia kerana lebih menepati aspirasi rakyat Malaysia.
Antara tokoh muda PKR yang dikatakan dilatih oleh pusat latihan kepimpinan tersebut ialah Mohamad Fairus Khairuddin bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang meletak jawatan kerana dikatakan terlibat dengan masalah dalaman parti dan kaitan dengan syarikat kuari di Pulau Pinang.klik sini
Soalnya kenapa Khalid Gagap begitu beria-ia menafikan kenyataan Lokman Noor Adam, Sedangkan siapalah Lokman Adam, beliau hanya exco pemuda keadilan sahaja sewaktu beliau masih didalam keadilan. Kata orang jika takda angin pokok takkan bergoyang, mungkin ini yang menyebabkan Khalid Gagap terpaksa menepis selepas disuruh oleh Anwar Ibrahim. Takut sekiranya ia diketahui dan dicurigai oleh sekutunya Parti PAS.
Bukti lain yang menunjukkan PKR sedang mengikut Amerika ialah apabila kita membaca blog Ibnu hasyim ini, blogger ini memberitau bahawa ada pemimpin muda PKR telah ditawarkan pergi belajar atau berkursus Islam Liberal di Indonesia dengan tanpa mengeluarkan apa-apa biaya satu sen pun. Dan golongan ini diterap supaya menerima pemikiran Nucolish Majid dan menerima idea Syeikh Ali Abdul Raziq.
Sebenarnya dua tokoh ini merupakan orang yang memainkan peranan penting memecahbelahkan umat islam kerana pemikiran mereka menyebabkan umat islam semakin keliru dan berpecah. Nucolish terkenal dengan idea Islam Liberalnya sementara Ali Abdul Raziq terkenal dengan pemikiran baru yang di luar kerangka “pemikiran politik Islam” sehingga pernah dilabel sesat.
Inilah PKR parti yang bersembunyi disebalik wajah sebenar mereka, sama seperti imej yang terlekat pada Ketua Umumnya saudara Anwar Ibrahim, seribu satu persoalan pasal dirinya yang masih belum terjawab. Hanya masa yang akan menentukan bagaimana persoalan itu akan terjawab akhirnya.
sumber - tomyampoktek
Baca selanjutnya...
PKR cuba beli calon bebas ?

Oleh Gelagat Anwar
Baru sahaja kita memuji suasana ‘demokrasi’ luar biasa di Bukit Selambau. 15 orang bertanding untuk satu kerusi Dewan Undangan Negeri sememangnya suatu ’sejarah politik’. Kita pun mengalu-alukan juga ‘awareness’ politik yang sedemikian sifatnya. Bagus dan elok untuk demokrasi. Semakin ramai orang bertanding - maka agaknya semakin sedarlah orang kita dengan perkembangan politik.
Sayangnya, baru beberapa hari kita berbangga dengan suasana ini; timbul pula cerita beberapa calon sudah ditawarkan dengan wang yang besar untuk menarik diri. Setakat ini, dikatakan ‘offering’ ini diberikan oleh satu parti - Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Kita tahu siapa ‘mastermind’ di belakang semua ini. Dalam PKR, ‘maestro’ yang menyusun semua atur cara pembelian dan perjalanan parti ini akan ‘menyusur’ kepada seorang insan kamil jua. Insan kamil.
Kaedah pembelian ini sememangnya nampak seperti ‘anti-tesis’ kepada usaha demokrasi. Tapi, itu kan tidak penting saat maruah diri menjadi taruhan. Yang pasti, usaha mesti dilakukan untuk menentukan kemenangan total parti. Kalau kalah - ini merupakan referendum juga kepada si insan kamil.
Usaha mesti dilakukan walaupun terpaksa mengusahakan ‘pembelian’ calon di Bukit Selambau. Rakyat bukan kisahpun, samada ini adalah suatu contoh etika politik yang baik. Double-standard dalam kita menilai ‘halal haram’ perlakuan politik ini adalah nyata dan jelas. Bukannya satu cakap-cakap kosong.
Si insan kamil bernama Anwar Ibrahim sepatutnya berasa malu dengan usaha ‘pembelian’ calon di Bukit Selambau. Patut malu. Sebagai kononnya ‘jagoan demokrasi’ - Anwar tidak sepatutnya menjadi ‘kemaruk’ dengan usaha pembelian calon di Selambau. Malu pada dunia. Malu pada kalangan rakyat yang menganggap dianya sebagai ‘bapa demokrasi’. Hari ini, Anwar lacurkan demokrasi.
Ironinya, si insan kamil ini jugalah yang akan ke hulu hilir dengan laungan demokrasi di Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai. Demokrasi bentuk apa? Demokrasi bentuk ‘dinar dan dirham’? Dapat wang dari mana? Bukankah baru balik dari negara Arab?
Anwar akan menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia menjadi ‘dalang’ kepada buy-over calon di Selambau. Seperti biasa. Anwar tidak akan mengaku. Pasti dia mengatakan, calon yang datang mencari ruang membuat duit. Jawapan biasa si insan kamil.
Demokrasi kaedah ‘buy-over’ sebegini memang tidak bermaruah.
Sayangnya, untuk apa kita bercakap tentang maruah - sedang si pembuat pun sememangnya tidak bermaruah. Hanya masa akan menentukan bahawa kemunafikan Anwar akan terbentang di hadapan mata.
sumber - gelagatanwar
Baca selanjutnya...
Selamat...Najib PM ke-6


Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak selamat mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru tepat jam 10.10 pagi Jumaat di hadapan Yang di-Pertuan Agong.
Majlis mengangkat sumpah yang penuh dengan adat istiadat itu berlangsung dengan disaksikan oleh rakyat seluruh Negara melalui siaran langsung yang disiarkan oleh TV1.
Najib yang memulakan karier politik dengan memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Perdagangan pada umur 25 tahun dan kemudiannya menjadi Menteri Besar Pahang termuda pada usia 29 tahun.
Selesai acara mengangkat sumpah majlis diteruskan dengan pengurniaan Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) yang membawa gelaran Tun kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Darjah Seri Setia Mahkota (SSM) kepada isteri beliau Jeane Abdullah yang juga membwa gelaran Tun.
Dengan sempurnanya majlis perlantikan berkenaan, segala desas-desus termasuk berita yang dibuat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa Yang di-Pertuan Agong menolak perlantikan Najib adalah pembohongan semata-mata.
sumber -agendadaily
Baca selanjutnya...
Sebar berita palsu bukti Anwar terlalu cemburu Najib jadi PM..

Parti Keadilan Rakyat (PKR) benar-benar memperlihatkan sikap mengelabah dan tidak bertanggungjawab apabila menyiarkan dalam laman berita rasminya Suara Keadilan mendakwa acara mengangkat sumpah Perdana Menteri baru, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, hari Jumaat dibatalkan.

Kononnya pembatalan itu dibuat kerana Yang di-Pertuan Agong menolak untuk melantik Najib sebagai Perdana Menteri setelah menerima perletakan jawatan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Cerita karut itu bukan sahaja disiarkan oleh laman lidah rasmi PKR tetapi melalui perkhidmatan khidmat pesanan ringkas (SMS) Adil Net yang diterima oleh mereka yang melanggani perkhidmatan tersebut.
Menyedari cerita yang disebarkan tidak benar, penasihat PKR DatukSeri Anwar Ibrahim mula mengalihkan tumpuan kepada cerita lain yang berkaitan dengan perlantikan Najib dengan menyiarkan surat pakatan pembangkang kepada Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong yang memohon penangguhan perlantikan Najib sebagai Perdana Menteri.
Cuma persoalan yang timbul kenapa surat tersebut baru disiarkan hari Khamis sedangkan surat berkenaan bertarikh 28 Mac 2008.
Mungkinkah setelah Abdullah dan Najib mengadap Yang di-Pertuan Agong dan urusan peralihan kuasa hanya menunggu formaliti sahaja hari Jumaat, maka Anwar cuba membawa cerita bahawa Yang di-Pertuan Agong sebenarnya bersetuju dengan permohonan pembangkang melalui surat yang dibuat pada 28 Mac lalu.
Dapat difahami, isu surat tersebut akan dijadikan satu isu politik dengan mendakwa Yang di-Pertuan Agong ‘terpaksa’ menerima Najib walaupun pada awalnya setuju dengan surat pakatan pembangkang.
Skrip seperti ini telah lama digunakan oleh Anwar.
Mengenali cara politik Anwar selama ini, jika surat tersebut benar-benar sudah ditulis 28 Mac lalu, nescaya pada tanggal 29 Mac surat itu telah pun disebarkan tetapi bagi menutup malu apabila berita acara angkat sumpah dibatalkan terbukti satu pembohongan, Anwar cuba menggunakan surat itu pula sebagai helah baru.
Sementara itu sumber Jabatan Perdana Menteri memberitahu Agendadaily, setelah Abdullah dan Najib mengadap Yang di-Pertuan Agong, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah mempersiapkan semua dokumen berkaitan dengan urusan serah tugas yang akan berlangsung hari Jumaat.
Malah, persiapan acara mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri baru juga telah disiapkan di Istana Negara dan semua yang berkaitan telah menerima surat rasmi bagi maksud majlis mengangkat sumpah berkenaan.
Sumber itu memberitahu, apa yang cuba dibuat oleh PKR adalah kerja orang yang tidak waras dan kemuncak kepada beberapa siri pembohongan parti itu.
Malah menurut sumber itu, apa yang dilakukan PKR itu boleh difahami kerana PKR khususnya penasihat parti berkenaan Datuk Seri Anwar Ibrahim memang tidak 'sedia' untuk berhadapan dengan Najib sebaga Perdana Menteri baru.
Dalam perkembangan berkaitan, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein ketika mengulas mengenai penyebaran berita palsu itu menyifatkan penyebaran SMS tersebut merupakan tindakan hilang akal pembangkang yang terdesak dalam menghadapi tiga pilihan raya kecil sekarang.-
sumber - agendadaily
Baca selanjutnya...
GAMBAR EKSKLUSIF ! MENGAPA SAIFUDIN BERTEMU WAKIL CIA ?
(Pertemuan yb saifuddin dan walter chia first seceretary high commision of the republic of singapore. Pertemua di adakan di kelab cinta sayang sungai pertani kedah pertemuan hampir 2 jam bermula jam 9am -11am (2 April) dan kami percaya pertemuan ini berhubung pilihanraya dun bukit selambau dan menghairankan kami kenapa pemimpin parti keadilan seperti yb saifuddin perlu melibatkan sigapore dalam pilihanraya di malaysia yang rata rata rakyat malaysia tahu singapore adalah dalang pada yahudi dan kami yakin ini melibatkan kewangan dari pihak yahudi atau pihak cia .)Oleh GAP
GEMPAR, BUKTI INI SUDAH CUKUP MENYATAKN BAHAWA ANWAR IBRAHIM MEMANG MERUPAKAN 'SAYAP CIA DAN YAHUDI' DI ASIA !
INI ADALAH KANDUNGAN EMAIL YANG PIHAK GAP TERIMA DARIPADA SUMBER RAHASIA. GAMBAR INI TELAH DIRAKAM DI KEDAH , LOKASI PERTEMBUNGAN CALON PKR DAN BN DI BUKIT SELAMBAU.
MENGAPA PERLU PENGARAH STRATEGIK PKR SAIFUDIN NASUTION BERTEMU DENGAN TOP VVIP DARI SINGAPURA, SEDANGKAN UMUM KITA MENGETAHUI BAHAWA SINGAPURA SATU-SATUNYA NEGARA DI ASEAN YANG MENGIKTIRAF PENUBUHAN KERAJAAN HARAM ISRAEL !
PENGARAH STRATEGIK INI JUGALAH YANG MEMAINKAN PERANAN 'ISU 16 SEPT' , SATU KAEDAH BIASA BONEKA-BONEKA BARAT MENUMBANGKAN SEBUAH KERAJAAN DEMOKRATIK BERAJA DI MALAYSIA !
BENARKAH DAKWAAN DR CHANDR MUZAFAR TIDAK BERAPA LAMA DULU BAHAWA KIRANYA 'ORANG ITU' MENJADI PERDANA MENTERI MAKA PERKARA PERTAMA YANG AKAN DILAKUKAN OLEH 'ORANG ITU' ADALAH MENJEMPUT KUASA TENTERA AMERIKA/ZIONIS MENGUASAI SELAT MELAKA, SATU JALAN PERDAGANGAN PENTING DUNIA !
sumber - GAP
Baca selanjutnya...
Kenapa Anwar amat sayang kepada Elizabeth ? - Lokman Noor Adam
Oleh : tomyampoktek, AIDCclub
Exco Pemuda UMNO, Lokman Nor Adam klik sini mengatakan Anwar tidak mahu Elizabeth Wong meletakkan jawatan exco dalam Kerajaan Negeri Selangor kerana Elizabeth Wong merupakan jambatan antara Anwar dan Geoge Soros.
Menurut bekas Setiausaha Pemuda Keadilan tersebut dalam ceramahnya di Bukit Gantang, Anwar pernah menghantar Pemimpin kanan PKR ke Washington DC untuk mendapatkan dana daripada George Soros bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-11.
Pertemuan itu menurut Lokman telah diatur oleh Tian Chua, sementara pimpinan PKR yang bertemu George Soros ialah Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Azmin Ali dan Khalid Jaafar.
Timbul perbezaan kenapa layanan Anwar terhadap V Arumugan dengan Elizabeth Wong berbeza, sedangkan kedua wakil rakyat PKR ini berdepan masalah sama iaiatu masalah moral. Timbul persoalan kenapa Anwar menjadikan Elizabeth sebagai Jambatan kepada hubungan Anwar dan Soros .Siapa sebenarnya Elizabeth yang begitu disayangi oleh anwar itu.
sebenarnya Elizabeth dan kawan baiknya Tian Chua merupakan antara pengerak utama yang meniup dan berkempen program Hak Asasi Manusia sehingga idea orang Yahudi yang ditindas oleh bangsa eropah di zaman pertengahan Eropah ini turut berkembang di Malaysia dan kedua rakan karib ini pernah tinggal serumah di Bukit Gasing dalam menggerakkan NGO yang dinamakan HAKAM (Hak Asasi Manusia) dan ARDA (Alliance for Reform and Democracy in Asia). Klik di sini
Elizabeth dan Tian Chua juga berkawan baik dengan Stevan Gan, Pramesh Chandran dan mereka juga merupakan tulang belakang yang membangunkan akhbar internet yang memperjuangkan ‘justice, human rights, democracy, freedom of speech dan good governance’ yang akhirnya kini dikenali sebagi Malaysiakini.com.
Siapa yang memainkan peranan besar menyatukan pandangan dan geraan 4 sekawan iatu Tian Chua, Elizabeth, Stevan Gan dan Pramesh Chandran? jawapannya mereka semua bergerak melalui sumber penaja yang disponsor oleh Open Society Institute (OSI) kepunyaan Yahudi bernama George Soros.Klik di sini dan di sini.
Selain itu Elizabeth juga merupakan penasihat utama kepada SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) yang mendapat tajaan daripada yayasan Yahudi Amerika iaitu NED (National Endowment for Democracy).SUARAM mendapat peruntukan tahunan sebanyak $70,000 daripada NED. klik di sini
Sebab itulah Anwar beria-ia menghalang Elizabeth Wong dari meletakan jawatan exco Kerajaan negeri Selangor, kerana dikhuatiri kehilangan Elizabeth sedikit sebanyak akan menyebabkan sumber wang/dana kepada PKR akan semakin susut kerana ketiadaan wakil.
Inilah permainan licik Anwar Ibrahim, bak kata Kalaivanar bekas orang kuat PKR Jerai Anwar seperti Firaun, dan Anwar hanya tahu menggunakan Hindraf untuk kepentingan diri.
sumber - tomyampoktek
Baca selanjutnya...
R. Thanenthiran pengerusi HINDRAF pula beralih angin?
PULAU PINANG, 2 April (Bernama) -- Penyelaras Kebangsaan Makkal Sakhti R. Thanenthiran menyatakan sokongannya kepada mana-mana calon yang beriltizam berjuang meningkatkan taraf hidup rakyat tanpa mengira kaum.
Beliau berkata sokongannya itu tidak hanya tertumpu kepada calon bebas atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) malahan juga kepada calon Barisan Nasional (BN).
"Saya memang tidak mengenali calon PKR walaupun beliau mendakwa anggota Makkal Sakhti, tetapi saya kenal calon BN iaitu Datuk S. Ganeson," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.
Pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau pada 7 April ini menyaksikan pertandingan 15 calon, 13 bebas, manakala calon PKR, S. Manikumar.
Thanenthiran berkata beliau juga menerima perubahan yang cuba dilakukan oleh BN apabila Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan sumbangan kewangan untuk pembangunan sekolah Tamil.
Thanenthiran menafikan menerima sejumlah wang dan pembiayaan bil hospital daripada Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu ketika melawatnya di hospital baru-baru ini.
"Saya ada pendirian dan semua kos bagi bayaran hospital adalah atas tanggungan sendiri. Saya tidak menolak mana-mana pemimpin yang datang melawat saya di sini," katanya yang kini berada di Hospital Gleaneagle bagi menjalani rawatan sakit dada.
sumber - bernama
Baca selanjutnya...
Beliau berkata sokongannya itu tidak hanya tertumpu kepada calon bebas atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) malahan juga kepada calon Barisan Nasional (BN).
"Saya memang tidak mengenali calon PKR walaupun beliau mendakwa anggota Makkal Sakhti, tetapi saya kenal calon BN iaitu Datuk S. Ganeson," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.
Pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau pada 7 April ini menyaksikan pertandingan 15 calon, 13 bebas, manakala calon PKR, S. Manikumar.
Thanenthiran berkata beliau juga menerima perubahan yang cuba dilakukan oleh BN apabila Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan sumbangan kewangan untuk pembangunan sekolah Tamil.
Thanenthiran menafikan menerima sejumlah wang dan pembiayaan bil hospital daripada Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu ketika melawatnya di hospital baru-baru ini.
"Saya ada pendirian dan semua kos bagi bayaran hospital adalah atas tanggungan sendiri. Saya tidak menolak mana-mana pemimpin yang datang melawat saya di sini," katanya yang kini berada di Hospital Gleaneagle bagi menjalani rawatan sakit dada.
sumber - bernama
Baca selanjutnya...
02/04/2009
Batang Ai : Tuai rumah panjang Skarok halau pasukan kempen PKR..
Tuai rumah panjang Skarok, Kanselor Albert Kelinsing anak Manau menjemput para penyokong PKR datang ke kampungnya tetapi sesudah pilihanraya kecil Batang Ai nanti.
“Saya bersama dengan beberapa penduduk yang lain sedang sibuk memasang bendera Barisan Nasional (BN) apabila tujuh kenderaan yang dinaiki penyokong PKR tiba di persimpangan jalan masuk rumah panjang kami pada hari berkenaan,” katanya.
Kelinsing yang menyedari kehadiran tujuh buah kenderaan milik kumpulan penyokong PKR tersebut kemudiannya memberitahu mereka supaya datang semula minggu yang akan datang.
“Kalau berziarah dan bersembang-sembang, datang ke sini selepas pilihan raya nanti, kami masih sibuk berkempen untuk BN,” ujar beliau.
Menyedari bahawa kehadiran mereka tidak diterima di rumah panjang itu, penyokong PKR berkenaan bergegas mengundurkan kenderaan masing-masing keluar dari rumah panjang berkenaan tanpa banyak soal.
Nampaknya kehadiran PKR si rumah panjang masih belum diterima sepenuhnya dan tidak seperti digambarkan oleh para pembodek Anwar.
sumber - sarawak update
Baca selanjutnya...
“Saya bersama dengan beberapa penduduk yang lain sedang sibuk memasang bendera Barisan Nasional (BN) apabila tujuh kenderaan yang dinaiki penyokong PKR tiba di persimpangan jalan masuk rumah panjang kami pada hari berkenaan,” katanya.
Kelinsing yang menyedari kehadiran tujuh buah kenderaan milik kumpulan penyokong PKR tersebut kemudiannya memberitahu mereka supaya datang semula minggu yang akan datang.
“Kalau berziarah dan bersembang-sembang, datang ke sini selepas pilihan raya nanti, kami masih sibuk berkempen untuk BN,” ujar beliau.
Menyedari bahawa kehadiran mereka tidak diterima di rumah panjang itu, penyokong PKR berkenaan bergegas mengundurkan kenderaan masing-masing keluar dari rumah panjang berkenaan tanpa banyak soal.
Nampaknya kehadiran PKR si rumah panjang masih belum diterima sepenuhnya dan tidak seperti digambarkan oleh para pembodek Anwar.
sumber - sarawak update
Baca selanjutnya...
Langgan:
Catatan (Atom)





