MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

07/03/2009

Akhirnya kebenaran muncul jua..terima kasih Imam Ramlang Porigi II - Saiful Bukhari


Wawancara Imam Ramlang bersama Adil TV dan Suara KeADILan. Sebelum menjawab soalan wawancara mengenai 'pegawai khas TPM' Imam Ramlang memandang ke arah YB Johari Abdul, ahli parlimen PKR Sungai Petani Kedah yang ditugas menemaninya. YB Johari telah berkata sesuatu kepada Imam Ramlang. Apa yang diperkatakan YB PKR itu ? dan kenapa Imam Ramlang kelihatan serba salah ? Wawancara ini diatur oleh PKR melalui peguam Imam Ramlang iaitu Ahmad Nizam Hamid, aktivis PKR Pahang.

Lihat dan hayati video ini dan kemudian baca artikel ini:''Saya 'kambing hitam' saksi sumpah Saiful'' . Ternyata terdapat percanggahan terutama mengenai individu yang mengatur sumpah saya. Lihat di minit 2:50, dengan yakinnya beliau menuduh Pegawai Khas TPM yang mengatur sumpah saya walhal bulan lepas ketika di wawancara MalaysiaKini, beliau berkata yang sebenarnya ia diatur Pengarah Jawi pula.

Selain itu, izinkan saya memetik salah satu hujah atau persoalan Imam Ramlang terhadap saya didalam wawancara di minit 4:40 ;

Beliau hairan bagaimana saya sungguh tenang dan tidak takut apabila melafazkan sumpah tersebut. Katanya, jika seseorang ingin bersumpah laknat bagi mengegakkan kebenaran, seseorang itu perlu takut dan gementar.

Jawapan saya: Jika berkata benar, tiada apa yang perlu ditakutkan wahai Ustaz...

Saya doakan semoga beliau insaf dan kembali ke jalan yang benar.

Lebih lanjut , sila rujuk posting asal saya disini...


sumber - mohdsaifulbukhari.blogspot.com


Baca selanjutnya...

Arnaud Dubus - Si Gay Juga Yang Dicari Anwar



Oleh Teh Tarik Satu!

Membaca tulisan Arnaud Dubus wartawan akhbar Liberation yang berpusat di Peranchis mengenai cara Altantuya dibunuh dan kaitannya dengan Datuk Seri Najib Tun Razak membuatkan kawan terfikir untuk mengetahui dengan lebih lanjut siapa si penulis tersebut.

Bukan apa, sebagai orang yang telah lama bergelumang dalam dunia kewartawanan dan pernah menjalani latihan kewartawanan di beberapa negara Eropah termasuk Peranchis membuatkan kawan berpendapat tentu wartawan ini agak istimewa sehingga dicari oleh pihak yang berkepentingan di Malaysia.

Lebih menarik, wartawan tersebut dalam rencananya turut menyebut beliau telah ke Kuala Lumpur dan Ulan Baataar untuk menyiapkan rencananya dan ia tentu melibatkan kos yang besar.

Timbul juga persoalan, siapa yang dijumpainya di Kuala Lumpur? Anwar Ibrahim? Khairy Jamaluddin? Karpal Singh atau Saiful Bahri Azlan. Kawan tidak ada jawapan untuk ini tetapi dalam kotak fikiran kawan tentu ada individu berpengaruh yang turut dijumpainya.

Ini feel biasa wartawan senior yang selalu terbang ke luar negara.

Siapa pula yang menajanya? Adakah ia ditanggung oleh akhbar Liberation atau orang lain? Kawan tak rasa akhbar Liberation menanggung semua perbelanjaan semata-mata untuk membuat rencana yang boleh dibuat dengan mencantumkan beberapa artikel karut yang dibuat oleh Raja Petra Kamaruddin sebelum ini.

Bersangkutan daripada pencarian kawan juga menyebabkan kawan mengingati kembali kisah sebelum tersiarnya tulisan yang dipaparkan menerusi akhbar dalam bahasa Peranchis tersebut.

Beberapa hari lalu, kawan diberitahu oleh seseorang bahawa berita ini akan keluar. Sumber kawan adalah orang yang biasa melakukan tugas penyiasatan dan penjejakan tetapi kawan yakin dia bukan perisik. Kawan baru sekali berjumpa dengannya.

Disebabkan itu, kawan tidak menganggap ia sebagai maklumat yang sahih atau bertaraf A1 dan hanya mendengarnya sebagai maklumat yang perlu disaring walaupun dia ada menyebut nama Liberation dan Dubus.

Sekarang kawan ada sebab untuk mempercayai cerita sahabat baru ini. Dan kawan ingin berkongsi dengan yang lain tentang apa lagi yang diperkatakannya.

Menurut sahabat itu lagi, berita tersebut memang dirancang dengan teliti. Penggerak di belakang tabir ialah John Soh Chee Wen dan beberapa rencana lain juga telah dirancang bertujuan untuk menggemparkan rakyat negara ini menjelang Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Tulisan-tulisan tersebut akan dimuatkan dalam beberapa akhbar lain dan kemudiannya akan memenuhi portal berita dan blog yang lazimnya pro pembangkang. Nama Malaysiakini turut disebut. Ia akan digerakkan dengan aktif dalam tempoh sehari dua ini dan nampaknya ia telah bermula.

Katanya lagi, gerakan yang sama akan turut dibuat di Filipina, Thailand dan Indonesia bertujuan untuk menghancurkan imej Najib.

Adakah pendekatan ini akan berjaya? Kita tunggu dan lihat kerana kawan masih menerima beberapa maklumat baru yang dalam proses pengesahan termasuk penglibatan individu lain dalam menyebarkan maklumat kepada pihak asing walaupun maklumat tersebut hampir semuanya telah basi.

Pencarian kawan juga menemui sesuatu yang menarik tentang siapa Dubus yang sebenarnya. Facebook miliknya mudah dicapai dan banyak maklumat boleh ditemui di situ.

Dan kisah gelapnya pula menyebut bahawa lelaki 'cute' ini adalah seorang biseksual dan gemar meniduri gadis-gadis manja. Dubus juga adalah seorang yang gemar melepak di kelab-kelab gay di kota Bangkok dan mudah tertarik dengan jejaka tampan.

Kawan tak tahulah kalau di kota Bangkok beliau ada berjumpa dengan Anwar atau tidak. Sebab Anwar pernah ke Bangkok dan dengar ceritanya ketika ke sana tahun lalu pemimpin tersebut turut membawa Saiful Bukhari Azlan.

Kawan yakin Dubus dan Anwar ada kaitan sebab anwaribrahimblog.com adalah yang paling awal memaparkan tulisan Dubus ini bukannya Rockybru, Zorro atau The Malaysia Insider.

Satu lagi penemuan kawan yang menarik ialah tentang siapa pemilik akhbar Liberation ini. Didapati Edouard Rothschild adalah pemegang saham terbesar dalam akhbar yang berhaluan kiri ini.

Beliau juga adalah peneraju Rothschild & Cie Bank yang ditubuhkan pada tahun 1987. Adalah dipercayai beliau pernah berhubung dan bekerjasama rapat dengan Anwar menerusi Bank Dunia dan IMF di samping Foundation For The Future di mana Anwar adalah pengerusinya.

Memang hebat gerakan yang dirancang. Cuma kawan lebih berminat untuk mengetahui siapa pula yang akan diperkudakan untuk menjayakan agenda menumbangkan Najib.

sumber - malaysia-instinct.com




Baca selanjutnya...

Isu Allah di Parlimen : Ulamak PAS jawab Erdogan



Sidang Dewan Rakyat hari Khamis hangat membincangkan soal penggunaan nama Allah oleh agama lain. Semasa Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggulung perbahasan, isu kalimah Allah menyaksikan pertembungan pendapat yang ketara antara dua kumpulan dalam PAS.

Kumpulan muda dalam PAS yang dilihat cukup liberal pendiriannya dan kumpulan ulama yang meletakan pensucian agama mengatasi kepentingan kepartian.


Ia bermula dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Seri Gading, Datuk Mohamad Haji Aziz meminta penjelasan Zahid pihak manakah yang seharusnya membuat keputusan tentang permohonan agama lain untuk menggunakan nama Allah sama ada mahkamah sivil atau mahkamah syariah.

Keduanya, beliau memberikan ingatan tentang bahaya jika nama Allah boleh digunakan oleh agama lain kerana dikhuatiri generasi muda Islam pada masa akan datang akan berpendapat dan melihat semua agama adalah sama kerana nama Allah digunakan oleh banyak agama.

Malah beliau menegaskan sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini, kalimat Allah tidak seharusnya digunakan oleh agama lain dan ia akan menjadi satu perkara yang mencabar Perakra 11 Perlembagaan Persekutuan jika ia mahu terus digunakan.

Belum pun sempat Zahid memberikan jawapan, dua Ahli Parlimen iaitu Dr. Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) dan Khalid Samad (Pas-Shah Alam) bangun memberikan pandangan.

Dr. Dzulkefly dalam hujahnya berkata persoalan mengenai penggunaan perkataan Allah tidak harus timbul kerana berpendapat kalimah Allah turut digunakan oleh bukan Islam.

Malah beliau memetik ayat Al-Quran menjelaskan mengenai perkara tersebut dan seterusnya menegaskan, larangan pihak lain untuk menggunakan kalimah Allah seolah-olah mencabar kandungan Al-Quran.

Khalid pula menyokong pandangan Dzulkefly dengan membaca sepotong lagi ayat al-Quran yang menunjukkan orang bukan Islam mengakui bumi ini diciptakan Allah.

Beliau juga menyatakan tidak ada salahnya penganut agama lain menggunakan nama Allah dan larangan mengenainya akan memberikan gambaran bahawa Islam adalah agama tertutup.

Setelah itu Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) turut bangun memberikan gambaran bahawa kini seolah-olah semua pihak telah menerima konsep ‘Tuhan Allah”.

Malah katanya, pengalaman beliau melawat kuil dan tokong, penganut agama lain menyebut mereka percaya kepada “Tuhan Allah”.

Mendengar pandangan tiga Ahli parlimen Pembangkang, Zahid terus bangun bertanyakan apakah pandangan mereka tersebut merupakan pandangan rasmi parti masing-masing.

Lantas Khalid dan Dr Dzulkefly menyatakan ia adalah keputusan yang dibuat oleh Dewan Ulama PAS baru-baru ini. Manakala Johari menegaskan padangannya adalah pandangan peribadi dan bukan pendirian rasmi PKR.

Setelah itu Ahmad Maslan (BN-Pontian) bangun dan mencadangkan agar Datuk Taib Azamudden Mat Taib memberikan pandangan untuk memperjelasakan perkara berkenaan. Cadangan itu disambut oleh Halimah Sadique (BN-Tenggara) yang berkata, Taib adalah seorang yang bekas Imam Besar Masjid Negara dan lebih layak memberikan pandangan.

Zahid kemudiannya memohon kebenaran Speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang kemudiannya membenarkan Taib memberikan pandangan beliau.

“Saya ini lebih fokus pada pensucian Islam itu sendiri dari kepartian. Terpulang kepada tafsiran orang nak letak kedudukannya di mana,” Taib memulakan penjelasannya.

Bagi beliau kalimah Allah berasaskan Tauhid ia tidak boleh digunakan oleh agama lain dan berpendapat Allah yang dimaksudkan oleh agama lain adalah berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam.

“Sebab itu kalau kita nak bahaskan masalah Allah yang disebut dalam Al-Quran, kita kena lihat Asbabbul Nuzul (sebab sesuatu ayat itu diturunkan) dan kalau kita nak buka erti Allah kepada yang lain-lain, Al Quran juga pernah mendedahkan dalam surah At Taubah (sambil beliau membacakan ayat berkenaan)

“Yang bermaksud, orang Yahudi kata Uzzir anak Allah, orang Kristian kata Al Maseh, anak Allah. Daripada penjelasan ringkas ini, kita nampak Allah yang dimaksudkan oleh Yahudi lain daripada Allah Tauhid kita.

“Allah yang dimaksudkan orang-orang Masihi adalah dan orang lain adalah lain daripada Allah yang dimaksudkan oleh Islam.

“Sebab ketauhidan makna Al Ahadiyah dan As Samadyiah itu tidak jadi satu tunggak kepercayaan yang lain daripada Islam sebab itu yang didakwa orang agama lain sedangkan bagi kita, kita tahu Allah tidak ada anak, tidak diperanakkan dan tidak beranak,” jelasnya panjang lebar.

Sehubungan itu beliau mahu kerajaan memberikan penegasan mengenai perkara berkenaan agar ia dapat mengelakkan kekeliruan dan pertelingkahan yang boleh menggugat keharmonian kaum dan agama di negara ini.

Beliau turut memberikan memberikan pandangan betapa jika kekeliruan mengenai penggunaan kalimah Allah tidak dijelaskan, dikhuatiri pertembungan yang sengit akan berlaku.

“Misal saya katakan, maaf saya pada sahabat-sahabat yang beragama Buddha, Hindu atau agama Kristian. Andai saya bertanya kepada yang agama Hindu, sahabat hendak pergi mana, mereka kata nak pergi sembah Allah, Tanya pula sahabat dari Batu Pahat (Dr Puad Zarkashi) atau Sri Gading (Mohamad Aziz), sahabat hendak pergi ke mana, mereka juga jawab, saya nak pergi sembah Allah.

“Ini Allah yang mana? Sebab itu saya lebih suka dalam isu ini, saya menasihati temrasuk diri saya, kalau masalah menyentuh aqidah dan sentuh agama kita tak payah sibuk-sibuk,” ujar beliau.

Setelah memberikan pandangan yang panjang lebar, Zahid terus bangun dan menegaskan apa yang dinyatakan oleh Taib itu adalah pandangan yang sama dengan pendirian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung soal penggunaan kalimah Allah.

“Apa yang dinyatakan oleh Baling, itu adalah sama dengan pendirian Majlis Faktwa Kebangsaan, apa yang ditegaskan oleh Baling itu, samalah dengan pendirian Jabatan Kemajuan Islam, apa yang disebut oleh Baling itu, samalah dengan pendirian kerajaan,” ujar Zahid.

Walaupun Dzulkefly dan Khalid cuba bangun untuk memberikan penejlasan mereka lagi, namun tindakan tersebut disampuk dengan teguran beberapa Ahli Parlimen lain. Antaranya kedengaran yang berkata, “cukuplah dengan penjelasan Baling, beliau ahli dalam bidang itu.” "Ini bukan politik tetapi kesucian agama”. – 5/3/2009

sumber - Agendadaily







Baca selanjutnya...

06/03/2009

Adakah Allah dalam Bible?

Adakah Allah dalam Bible?

Jawapannya tiada. TIADA.

Yang ada ialah kalimah Eli. Apa itu Eli?

Dalam Matthew 27:

"From the sixth hour until the ninth hour darkness came over all the land. About the ninth hour Jesus cried out in a loud voice, "Eloi, Eloi, lama sabachthani?"

"Eli, Eli, lama sabachthani?" dalam Bible King James -- "My God, my God, why have you forsaken me?" ( Matthew 27:45-46, NIV)

Eli, Eli, lama sabachthani adalah ungkapan dalam bahasa 'Aramaic'.

Dalam Old Testament, 'Eli, Eli lama sabachthani' dicatit sebagai:

"My God, my God, why have you forsaken me? Why are you so far from saving me, so far from the words of my groaning?" ( Psalms 22:1-2, NIV)

Tiada kalimah Allah di sini, dan dirujuk sebagai 'Bapa':

"And he went a little further, and fell on his face, and prayed, saying, O my Father, if it be possible, let this cup pass from me: nevertheless not as I will, but as thou [wilt]. " ( Matthew 26:39)

" For he hath made him [to be] sin for us, who knew no sin; that we might be made the righteousness of God in him." ( 2Corinthians 5:21)

Dalam Luke 23:46 tercatit:

"And when Jesus had cried out with a loud voice, He said , 'Father, into Your hands I commit My spirit.' Having said this He breathed His last."

Bayangkan kalau ayat di atas diterjemahkan (secara umumnya) sebagai:

"Dan kala Jesus merintih dengan suara yang kuat, dia berkata, 'Allah Bapa, pada tangan-Mu aku menyerahkan jiwaku (rohku). Selepas mengatakan sedemikian dia menghembuskan nafas terakhir."

Terdapat dakwaan bahawa masyarakat Kristian di negara Arab, dan Indonesia menggunakan kalimah Allah dalam, Bible mereka. Sekarang, biar saya jelaskan dengan cara paling mudah mengapa ini berlaku (tetapi tetap dalam ingatan saudara bahawa dalam Bible asal tiada kalimah Allah seperti yang telah saya buktikan di atas.)

Dalam novel saya 'Tuhan Manusia', yang memang dibenci dan tidak disukai oleh kumpulan liberalis saya menuliskan bahawa ketua Theosofische Vereeniging Hindia Belanda, D Van Hinloopen Labberton, pada majalah Teosofi bulan Desember 1912 menyatakan:

‘Kemajuan manusia itu dengan atau tidak dengan agama? Saya kira bila beragama tanpa alasan, dan bila beragama tidak dengan pengetahuan agama yang sejati, mustahil bisa maju batinnya. Tidak usah peduli agama apa yang dianutnya. Sebab yang disebut agama itu sifatnya: Cinta pada sesama, ringan memberi pertolongan, dan sopan budinya. Jadi yang disebut agama yang sejati itu bukannya perkara lahir, tetapi perkara dalam hati, batin. Sepintas, ajaran-ajaran itu tampak indah. Padahal, ajaran-ajaran itu sebenarnya racun halus yang secara perlahan merosakkan keimanan seorang Muslim. Seorang Muslim yang menganut paham semacam itu, akan tidak terlalu peduli dengan konsep-konsep teologi agamanya sendiri, demi tujuan 'persaudaraan' kemanusiaan.’

Tuan-tuan, Kristian ada dua mazhab. Iaitu mazhab Katolik dan Protestan. Katolik mempunyai banyak persamaan dengan mazhab syiah dalam Islam. Mazhab Protestan, banyak persamaan dengan mazhab ahlus sunnah wal jamaah.

Evangelis cabang kecil dari Protestanisme, mempunyai satu ciri iaitu memperibumikan misi agama Kristian di negara eksotik. Contohnya, di Afrika, unsur-unsur peribumi diraikan. Maka potret Jesus boleh sahaja berkulit hitam. Pada tahun 1938, konferensi Kristian di Madras, India memutuskan Kristian harus menjalankan 'indigenisasi' (mentempatankan Kristian) di mana bentuk pemikiran, modus operandi, tabiat harus akrab dengan lingkungan tetapi dalam masa yang sama kepatuhan kepada gereja harus berakar kukuh.

Di Korea, maka Bible akan diberikan citarasa Korea. Di Lubnan, maka citarasa keAraban akan turut dititikberatkan. Di Sandakan, maka ciri-ciri tempatan akan disuntik.

Pada tahun 1972, The Theological Educational Fund yang didanai World Council of Churces menerbitkan laporan Ministry in Context iaitu bagaimana melakukan indigenisasi ini, Paderi James o Buswell pada volume VI menghuraikan indigenisasi itu ialah, 'to make gospel intelligible in the idiom of the language and culture of the receiver.'

Faham atau tidak takrif indigenisasi di atas?

Maka tidak hairanlah di Indonesia atau di Sudan, Bible memasukkan kalimah Allah untuk memperibumisasikan Kristian. Untuk menawarkan citarasa 'tempatan'. Kerana secara dominannya di Indonesia dan Sudan, Allah dirujuk sebagai Tuhan.

Dalam masa yang sama, Islam yang ditawarkan wahabi mencegah peribumisasi pada Islam dengan alasan bid'ah, tahyul dan sebagainya. Maka maulud nabi dilarang, membaca yassin pada malam Jumaat ditegah, tawasul dan tabaruk dikatakan syirik dan sanjungan untuk wali Allah dipandang cabul sehingga tarekat pun dipandang sesat. Perlahan-lahan Islam menjadi agama keras, tidak menarik, dan tidak serasi dengan unsur tempatan. Islam dilihat sebagai agama orang Arab. Ruang untuk berkembang tertutup. Perlahan-lahan Islam yang ada menjadi Islam yang sangat legalitas sifatnya. Islam atau tidak orang dinilai dari janggut panjang atau tidak, dari cara mengangkat takbir dan macam-macam lagi. Maka di Indonesia, atau di beberapa tempat lain, Kristian terlihat lebih istimewa berbanding Islam.

Sedangkan tuan-tuan, strategi indigenisasi ini mula-mula sekali dipelopori oleh Islam menerusi ayat al-Quran: 'Tidaklah Kami utus seorang rasul kecuali dengan bahasa kaumnya, supaya ia menjelaskan kepada mereka.' (14:4)

'Bahasa' dalam ayat suci di atas mempunyai lapis makna yang terperinci. Salah satunya ialah kontekstualisasi. Islam yang tiba di Jepun misalnya harus mengambil kira peribadi, atau perangai orang Jepun. Wali Songo yang mendakwahkan orang Jawa memahami strategi ini, maka tidak hairanlah Islam berkembang di Nusantara secara umumnya secara aman, dan bukan dengan cara pertumpahan darah.

Tuan-tuan, kembali kepada kalimah Allah. Allah dalam Kamus Dewan (halaman 37) dinyatakan sebagai: Tuhan (Yang Esa). Kalau Allah diterima penggunaannya oleh penganut Kristian, entri terbaharu Kamus Dewan mungkin perlu menimbangkan misalnya definisi baharu berbunyi: Tuhan (Yang Esa) untuk orang Islam, tetapi Allah juga merupakan Bapa kepada Jesus (Isa al Masih).

Naud'zubillah.

Akhir sekali Allah berfirman dalam surah al Kahfi ayat 4 dan 5: "Al-Quran ini diturunkan untuk mengingatkan mereka yang berkata, Allah itu punya anak. Sebenarnya tiada ilmu pada mereka tentang yang demikian itu, tidak juga pada nenek moyang mereka. Betapa buruknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka. Apa yang mereka katakan itu dusta belaka."

“Pada ayat lain Allah berfirman lagi: Mereka berkata, Allah Yang Pemurah itu memiliki anak. Katakanlah sungguh telah kalian kemukakan sebuah penghinaan yang dahsyat! Hampir-hampir langit terbelah kerananya, bumi membelah dan gunung-ganang berhamburan." Ini difirmankan Allah dalam surah Maryam ayat 88-90.

Jelaslah kalimah Allah bukanlah suatu kalimah yang dapat dikongsi atas alasan apa sekalipun.

Untuk memahami strategi halus Kristian untuk menyamaratakan agama, saya ingin menjual novel saya berjudul Tuhan Manusia kepada tuan-tuan. Saya melakukan kajian yang lama untuk menulis novel tersebut dan mendapati terdapat banyak cara dan kaedah Kristian untuk memamah agama kita. Saya tidak bimbang dimarahi kumpulan liberalis, mahupun mereka yang taksub kepada pemimpin PAS tertentu. Esok, setelah kita semua mati, generasi baharu perlu berdepan dengan kesalahan, kenyanyukan, keterlanjuran dan kekeliruan hari ini. Kita telah tiada lagi untuk menjelaskan dan menolong jawab. Dan kesalahan itu akan terus berlaku, seperti mana hari ini Islam yang kita terima telah banyak dipesongkan, sehingga Rasulullah saw sendiri berasa sedih sebelum wafatnya.

Dan jika benar, PAS jujur dalam isu ini, ada baiknya PAS bertegas dengan PKR kerana aktivis gereja yang melancarkan kempen Allah For Christian ialah Jeffrey - adik kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Joseph Pairin Kitingan - juga merupakan naib presiden PKR dan pengerusi Borneo Heritage Foundation.

Banyak cara misi Kristian memamah kita, salah satu caranya menyamaratakan 'tuhan'.


sumber - Faisal Tehrani



Baca selanjutnya...

9 bulan, saya, tunang dan keluarga dicemuh, semuanya berserah kepadaNYA - Saiful Bukhari



Alhamdulillah, saya dan keluarga memanjatkan rasa syukur kehadhirat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya selesailah sudah perbalahan yang akan menjangkau 7 Bulan lamanya hanya kerana tempat untuk mendengar perbicaraan.

Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, saya redha dan berserah sepenuhnya kepada Allah s.w.t mengenai keputusan samaada kes ini dibicarakan di Mahkamah Sesyen atau Tinggi. Pada saya, tempat untuk dibicara ini tidaklah penting, yang penting bagi saya dan keluarga adalah tarikh untuk perbicaraan utama bermula.

Ini kerana, sepanjang 9 Bulan dari hari saya membuat laporan polis, saya, tunang tersayang dan seluruh keluarga teruk dicemuh oleh masyarakat. Mereka mahu mendengar keterangan saya dan bukti untuk mereka menilai kesahihannya. Namun, saya tidak dapat berbuat demikian selagi perbicaraan tidak bermula. Walaupun perit menahan diri dari mendedahkannya, saya tetap bersabar kerana hanya mahu menghormati Mahkamah.

Dalam pada itu, pada hemat saya adalah tidak wajar untuk mana-mana pihak mempertikaikan integriti dan ketelusan Mahkamah oleh kerana hanya untuk kali ini sahaja keputusan tidak mengikut kehendak pihak defendan. Ini kerana, bermula dari hari beliau didakwa, sudah banyak peluang dan kelonggaran yang telah diberi.

Antara peluang dan kelongaran yang telah diberi;
1) Ketika perbicaraan di Mahkamah Sesyen, penetapan tarikh-tarikh perbicaraan mengambil kira dan memberi kelongaran kepada faktor bahawa beliau perlu hadir di Parlimen.
2) Beliau juga diberi jaminan bon peribadi dimana wang jaminan TIDAK perlu didepositkan
3) Paspot antarabangsa beliau tidak ditahan.
4) Perdana Menteri sendiri telah memberi jaminan kepada beliau dan keluarga supaya perbicaraan ini dibicarakan dengan seadil-adilnya.


Walau apapun, saya berdoa agar pada 10hb Mac ini, tarikh perbicaraan dapat ditetapkan dan tiada lagi alasan-alasan dari pihak beliau untuk melengahkan lagi kes ini.

Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Allah s.w.t itu Maha Mengetahui.


Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!


SAIFUL BUKHARI


sumber - mohdsaifulbukhari.blogspot.com




Baca selanjutnya...

Anwar Ibrahim tergolong mereka yang tertewas



Fa'tabiru Ya Ulil Albab.
Maka ambillah iktibar, wahai orang-orang yang berfikir.


Sejarah pernah mencatatkan Sultan Akbar (1560-1605) dari Dinasti Monggol di India telah mencipta ajaran sesat Din-Ilahi. Pada masa kekuasaannya, penduduk India terdiri dari beberapa kelompok agama antaranya Hindu, Islam dengan separuh darinya adalah pengikut sunah dan selebihnya adalah Syiah. Untuk memastikan kerajaannya kekal aman dari pertelagahan agama beliau telah cuba mempromosikan persefahaman antara agama dengan mewujudkan rumah Khana di Fatihpur Sikr pada 1575. Tempat ini digunakan untuk diskusi keagamaan kerana Akbar menyangka akan beroleh keuntungan daripadanya.

Pening dengan cabaran dan godaan semasa, Akhbar mengambil jalan mudah keluar dari belenggu persoalan apakah agama atau kedudukan yang perlu di selamatkan? dan mengorbankan islam demi agama lain.


Itu adalah sejarah yang terjadi suatu ketika dahulu, demi mendapat kedudukan Akbar sanggup memperlekehkan nilai agama sendiri dengan menyamatarafkan dengan agama lain. Dalam Din-Ilahi, Akbar telah mengadaptasi idea-idea dari beberapa aliran agama yang ada dan beliau telah menempatkan dirinya sebagai seorang manusia yang sempurna, yang lebih baik dari pemimpin-pemimpin agama pada waktu itu. Pemikiran Akbar yang ingin mecampuradukan agama telah menyebabkan ia ditentang oleh sebahagian kelompok umat Islam waktu itu. Akhirnya walau sehebat mana Akbar mencipta agama mengikut pemikirannya dia turut menemui ajal dan dikebumikan mengikut ajaran Islam.


Hari ini kisah tersebut seakan-akan berulang apabila Anwar Ibrahim mengemukakan ideanya dalam Sidang Pleno Dunia Islam-Us di Doha Qatar.

Petikan teks ucapan tersebut: klik sini teks keseluruhan dan Sini versi BM


"Muslims must be committed to change. The question that remains is how can we proceed? Firstly – real engagement must be inclusive. We should not start by building a wall around ourselves, setting preconditions, and prejudging groups and parties. These impediments only serve to strengthen old prejudices and further sow suspicion and doubt. Fruitful engagement must proceed from the premise that no nation (including America), no region (including the Arab world), and no culture or religion (including Islam) has a monopoly on the values of freedom, justice and human dignity. These are indeed universal principles that we all share."

Apakah maksud Anwar supaya umat Islam harus berubah? adakah pegangan umat islam selama ini salah dan harus diperbetul atau harus dilestarikan dengan arus dunia yang mengalakkan keterbukaan dan pluralisme. Ini yang bermain di minda saya, ke mana sebenarnya hala tuju yang Anwar ingin bawa umat islam kini, adakah beliau ingin kembali kepada apa yang dipratikkan oleh Akbar sewaktu Dinasti Monggol dengan cara yang lebih halus?



Antara Anwar dan Akbar mereka mempunyai terlalu banyak persamaan, keduanya cuba mengalakkan umat islam mengenepikan perbezaan dan membuang segala aturan-aturan yang dilihat boleh melemahkan umat islam pada pandangan mereka. Mereka juga cuba mempromosi bahawa semua agama mempunyai nilai yang baik dan seharusnya ia dihargai oleh semua pengikut agama. Sedangkan adalah jelas agama islam tiada bandingan dengan agama lain disisi Alllah.


Demi mencari kedudukan yang menjanjikan keuntungan dunia, adakah Anwar seolah-olah cuba mengkhianati Islam dengan agenda yang cuba dibawanya dihadapan rakan-rakan yang sealiran di Sidang Pleno tersebut? semoga lakaran sejarah Akbar yang amat menyedihkan itu tidak tertulis lagi sesunguhnhya umat islam tidak mahu berendam air mata lagi, janganlah cuba mengubahsuai Islam, mencipta sebuah agama yang sederhana, yang arah tujuannya kepada kekuasaan dan disenangi oleh pelbagai pihak, semata-mata mahu mengampu musuh-musuh Islam. Atau mahukah Anwar di bangkitkan di akhirat kelak sebagai pemimpin Islam Liberal /Pluralisme?

sumber - pochongmenulis


Baca selanjutnya...

Presiden Sudan jadi buruan Amerika




KHARTOUM: Presiden Sudan, Omar al-Bashir semalam menganggap keputusan tribunal antarabangsa mengarahkannya ditangkap sebagai konspirasi bertujuan mengkucar-kacirkan negaranya dan mengganggu usaha damai di Darfur.

Bercakap buat kali pertama sejak menjadi orang yang dikehendaki, al-Bashir memberitahu mesyuarat Kabinet bahawa mahkamah berkenaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pertubuhan antarabangsa yang beroperasi di Sudan adalah 'alat penjajahan baru' bertujuan meletakkan Sudan dan sumbernya di bawah kawalan mereka.

"Ia adalah cubaan menguasai Sudan," katanya dalam mesyuarat yang disiarkan televisyen.

Kerajaan Bashir bertindak balas serta-merta selepas waran tangkap dikeluarkan kelmarin, dengan mengarahkan 10 kumpulan kemanusiaan keluar dari Darfur dan merampas aset mereka, kata jurucakap PBB.

"Kami di Sudan sentiasa menjadi sasaran PBB kerana kami berkata 'Tidak'. Kami kata sumber Sudan harus dimiliki rakyat Sudan," kata Bashir.

Tegasnya, badan dunia itu berhasrat mengugat usaha damai di Darfur, dan menyatakan keputusan baru dibuat apabila ia cuba menganjurkan perdamaian di rantau berkenaan.

Waran tangkap oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di Belanda itu adalah keputusan pertama tribunal terhadap pemimpin negara yang masih memegang jawatan. Pegawai PBB berkata, kakitangan mereka akan terus berunding dengan Bashir di Sudan kerana beliau masih presiden.

Bashir juga memberi amaran kepada sesiapa yang cuba membantu ICC menahannya. "Kami akan bertindak selaku kerajaan yang bertanggungjawab," katanya.

"Tetapi, kami akan bertindak secara bertanggungjawab dan tegas dengan sesiapa pun yang cuba menggoncang kestabilan dan keselamatan di negara ini atau sesiapa juga yang menggunakan kedudukan dan kehadiran mereka di Sudan dengan melanggar undang-undang."

Ribuan rakyat Sudan berhimpun di sini bagi menyatakan sokongan kepada Bashir, sambil menghayun gambarnya dan memaki hamun ketua pendakwa ICC, Luis Moreno Ocampo dengan menggelarnya 'babi' dan 'pengecut.' – AP

sumber - Berita Harian



Baca selanjutnya...

Aktivis gereja, PKR lancar kempen tandatangan isu 'Allah'



Joe Fernandez | Mar 5, 09 12:38pm
Para aktivis gereja Sabah yang diketuai Dr Jeffrey Kitingan akan melancarkan kempen mengutip tandatangan supaya kerajaan pusat menarik larangan terhadap penggunaan perkataan Allah oleh penganut Kristian dalam sembahyang, doa, nyanyian dan bahan bercetak.

Para aktivis gereka Sabah yang diketuai Dr Jeffrey Kitingan akan melancarkan kempen mengutip tandatangan supaya kerajaan pusat menarik larangan terhadap penggunaan perkataan Allah oleh penganut Kristian dalam sembahyang, nyanyian dan dalam bahan cetak.

"Kempen ini akan diadakan selama sehingga 29 Mac dan semua orang, tidak kira agama mereka, boleh menurunkan tandatangan bagi menyokong kempen tersebut," kata Jeffrey dalam sidang akhbar di kediamannya di Kota Kinabalu.

Kempen tandatangan tersebut juga, katanya, boleh diakses secara online melalui www.PetitionOnline.com/sabahan/petition.html.

"Kita akan menyerahkan satu memorandum bersama dengan tandatangan tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya," katanya.

Beliau juga mahu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menjelaskan amarannya baru-baru ini bahawa mereka (penganut Kristian) yang menggunakan perkataan Allah dalam bahan cetak boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan bukannya di bawah Akta Penerbitan dan Mesin Cetak.

Jeffrey - adik kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Joseph Pairin Kitingan - juga merupakan naib presiden PKR dan pengerusi Borneo Heritage Foundation.

Penganjur bersama Ronnie Klassen, seorang ahli perniagaan, menyuarakan keyakinannya bahawa versi online kempen tandatangan itu akan menarik sokongan dari Vatican dan masyarakat antarabangsa.

sumber - Malaysiakini


Baca selanjutnya...

Kes Liwat : "Tempat bicara tidak penting, yang penting perbicaraan" - Saiful Bukhari

Oleh G. MANIMARAN


PETALING JAYA: Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Saiful Bukhari Azlan bersyukur dengan keputusan mahkamah semalam yang memindahkan kes liwat itu untuk didengar di Mahkamah Tinggi.

Pada masa yang sama dia menegaskan, tempat perbicaraan tidak penting, sebaliknya perlu diutamakan ialah tarikh kes tersebut didengar.


Hari ini, Anwar mengemukakan rayuan berhubung keputusan semalam.


Semalam mahkamah memutuskan perbicaraan kes liwat melibatkan Anwar akan dijalankan di Mahkamah Tinggi dan bukannya di Mahkamah Sesyen.


Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu ekoran permohonan pihak pendakwaan supaya dikaji semula keputusan Mahkamah Sesyen mengekalkan perbicaraan kes itu di Mahkamah Sesyen.


Katanya, Hakim Mahkamah Sesyen S.M Komathy Suppiah telah terkhilaf dalam memutuskan sebagai tidak sah sijil pemindahan kes itu yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, dokumen yang dipertikaikan oleh Anwar.


"Alhamdulillah, saya dan keluarga memanjatkan rasa syukur ke hadhirat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya selesailah sudah perbalahan yang akan menjangkau tujuh bulan lamanya hanya kerana tempat untuk mendengar perbicaraan.


"Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, saya redha dan berserah sepenuhnya kepada Allah s.w.t mengenai keputusan sama ada kes ini dibicarakan di Mahkamah Sesyen atau Tinggi.


"Pada saya, tempat untuk dibicarakan ini tidaklah penting, yang penting bagi saya dan keluarga adalah tarikh untuk perbicaraan utama bermula.


"Ini kerana sepanjang sembilan bulan dari hari saya membuat laporan polis, saya, tunang tersayang dan seluruh keluarga teruk dicemuh oleh masyarakat.


"Mereka mahu mendengar keterangan saya dan bukti untuk mereka menilai kesahihannya.


"Namun, saya tidak dapat berbuat demikian selagi perbicaraan tidak bermula," kata Saiful dalam blognya sambil menambah, "walaupun perit menahan diri dari mendedahkannya, saya tetap bersabar kerana hanya mahu menghormati mahkamah."


Sehubungan itu, dia menulis, pada hematnya adalah tidak wajar untuk mana-mana pihak mempertikaikan integriti dan ketelusan mahkamah oleh kerana hanya untuk kali ini sahaja keputusan tidak mengikut kehendak pihak defendan.


"Walau apapun, saya berdoa agar pada 10 Mac ini (Selasa ini), tarikh perbicaraan dapat ditetapkan dan tiada lagi alasan-alasan dari pihak beliau untuk melengahkan lagi kes ini," katanya lagi.

sumber - Mstar.online



Baca selanjutnya...

Kes Liwat Di Mahkamah Tinggi: Anwar Fail Rayuan

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi supaya kes liwatnya didengar di Mahkamah Tinggi.

Notis rayuan difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 10.40 pagi menerusi S.N.Nair & Partners.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan permohonan pendakwaan dan mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen untuk mengekalkan perbicaraan itu di Mahkamah Sesyen.

Beliau berkata Hakim Mahkamah Sesyen S.M Komathy Suppiah telah terkhilaf dalam memutuskan bahawa sijil untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi, yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, sebagai tidak sah.

Abdul Gani, dalam menandatangani sijil pemindahan itu, tidak melaksanakan fungsi hakim atau separa hakim tetapi hanya melaksanakan tugas pentadbiran yang berada dalam bidang kuasanya, katanya.

Anwar mencabar kesahihan sijil pemindahan itu dengan mendakwa Abdul Gani tidak boleh menandatangani dokumen berkenaan kerana beliau masih disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah, kini dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung laporan polis yang dibuat Anwar berkaitan insiden "mata lebam."

Anwar, 62, didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun lepas.

sumber - bernama


Baca selanjutnya...

Ucapan Anwar di Doha 2009 sokong Israel ?



email dari NTanwar

Ucapan Anwar di Sidang Pleno US –Muslim World Forum 2009, 14 Februari jelas menyokong Obama dan berusaha sedaya upaya membodek secara melampau Presiden baru Amerika itu, kononnya lebih bijaksana dan menghormati dunia Islam dalam memperjuangkan kebebasan dan demokrasi di dunia Islam.

Dalam masa sama, Anwar turut memburuk-burukkan bekas majikannya Presiden Bush yang dikatakan hanya pandai ’retorik yang berapi-api’ dan ’bahasa yang suka mencari perbalahan’, walhal semasa era Bush, Anwar Ibrahim juga menjadi alat missionari Presiden Bush meliberalkan dunia Islam.

Anwar juga pernah berucap di US –Muslim World Forum 2005, juga di Doha, Qatar, ketika itu, dia puji melangit dasar-dasar Bush memerangi kononnya ’pengganas Islam’ yang dilabel ’teroris’. Anwar jugalah yang mempertahankan dasar Bush dalam memperkenalkan Guantanamo Bay untuk menahan ’penganas-penganas’ itu.

Anwar kata Obama sangat bagus. Undur tentera di Iraq (walaupun tentera Amerika masih berkuasa di Iraq, undur sedikit sahaja) ; memikirkan semula pendekatan di Afghanistan (walaupun bilangan tentera Amerika ditambah berlipat ganda di Afganistan dengan alasan memerangi keganasan). Semuanya bagus belaka!

Obama sokong Israel. Anwar pun sokong juga. Apa sahaja yang Obama buat semuanya terbaik. Bravo!


Obama berbincang dengan Shimon Perez. Obama kata dia sanggup lakukan apa sahaja untuk Israel


Itulah Anwar. Ketika Presiden Bush berkuasa, dialah pembodek bontot Bush nombor wahid. Ketika Bush kehilangan kuasa dan diganti calon Demokrat, Barack Obama, Anwar pula akan menyesuaikan laras bahasanya membodek Obama melampau-lampau, seolah-olah dia tidak pernah menjadi tali barut Bush, Wolfowitz dan parti Republikan.

Ini baru betul. Hidup Anwar sebagai kaki bodek dan membontot pihak yang paling berkuasa ? Tetapi yang dibontot semuanya Presiden Amerika yang sememangnya diketahui kesemuanya pro Israel, baik Repulikan atau Demokrat.


Anwar nak ubah negara-negara Islam ke arah mana ?


Ketika berucap di depan Madeline Albright, Doha, Qatar, 2009, Anwar kata ”Kita tidak boleh menunggu arahan Obama untuk mengubah dunia Islam, tetapi kita sendiri perlu mengubah negara kita masing-masing mengikut aspirasi Obama.

Nak ubah ke mana negara-negara Islam ? Nak ubah ke arah fundamentalis ? Tidak. Bukan ke arah fundamentalis, kerana Obama tidak suka fundamentalis kerana kata Anwar fundamentalislah yang membiakkan radikalisme.

Habis nak ubah ke mana ? Anwar kata, Obama suruh kita ubah negara-negara Islam dari negara yang fundamentalis (yang mengamalkan hukum-hukum Islam seperti Mahkamah Syariah) kepada negara kebebasan dan demokrasi.

Mana contoh negara Islam yang bebas dan demokrasi ? Anwar kata hanya ada dua negara sahaja, pertama; Indonesia (negara diancam Islam Liberal) dan kedua; Turki (negara yang iktiraf Israel sebuah negara sah).

Anwar kata lagi bentuk negara itu seperti yang dimodelkan oleh Obama, walaupun Obama Kristian tetapi dia boleh baca hadith (baca hadith ker terjemahan hadith?) yang menyeru semua agama baik Islam, Kristian, Judaisme, Buddha, Hinduisme bertolerasi dalam agama.

Anwar kata dalam negara yang diimpikan oleh Obama itu negara yang mengamalkan pluralisme sepenuhnya, semua agama adalah sama rata.

Habis negara-negara Islam lain, termasuk Iran, Sudan, Arab Saudi, Malaysia dan lain-lain tidak mengamalkan prinsip kebebasan dan demokrasi kah ? Anwar kata tidak. Demokrasi bukan sekadar sertai pilihanraya, kata Anwar. Dia kata pengertian demokrasi sangat luas merangkumi aspek cara hidup (bebas agama, bebas ekonomi, bebas budaya, bebas politik).

Di negara saya (Malaysia) kata Anwar pun tidak demokrasi. Hanya parti PKR sahaja demokrasi. Kami di Malaysia sedang berjuang (melalui PKR) membebaskan Malaysia ke arah kebebasan dan demokrasi. Berjuang untuk kebebasan agama, politik dan ekonomi.

Soal seks bebas dibolehkan sesama ahli parti seperti Elizabeth Wong dan Hilmi. Itulah prinsip demokrasi tulin, merentasi sempadan agama dan kaum, bertunjangkan prinsip hak asasi manusia!

Terkejut beruk si Yahudi tua bernama Madeline Albright (penasihat Hillary Clinton) dan Martin Indyk (peneraju utama badan pemikir Obama) mendengar ucapan lantang Anwar itu yang membawa maksud, ‘Sayalah (Anwar) orang pertama yang akan melaksanakan dasar Obama, walaupun belum diarahkan oleh Presiden Amerika yang baru, saya sanggup melakukannya’

Wooo..wooo...woo...ini bodek tahap dewa!

Ini baru betul-betul pembodek, belum ditawarkan sudah bersedia offer diri. Tak bayar gaji pun tak apa, saya sanggup bekerja sebagai balaci! Wow..high class punya bodek !

Soal Anwar lagi dengan tegas, ”siapa lagi rakan Amerika yang boleh dipercayai kalau bukan kita dan soalan kedua adakah sekarang ini Amerika pun sudah tidak percaya kepada kita ?”

Bahasa mudah ini saya terjemahkan semula daripada ayat berkias Anwar yang berbunyi,
”Sekiranya kita boleh menjangkakan sesetengah pendekatan semula dengan Amerika Syarikat – soalan yang masih kekal : Adakah Amerika Syarikat akan menemui rakan-rakan yang boleh dipercayai di dunia Muslim? Adakah mereka (Amerika) mempunyai rakan-rakan yang boleh dipercayai di kalangan kita ? ”

Anwar guna perkataan ’kita’. Siapa ’kita’ itu ? Kalau difikirkan mudah ’kita’ itu merujuk ’umat Islam secara umum’. Bukan. Anwar bukan bermaksud umat Islam kerana bukan semua yang hadir di forum US-Muslim, Doha itu mewakili semua pihak Islam.

Golongan Islam yang dilabel sebagai fundamentalis oleh Amerika seperti Ahmadinejab (Iran), Dr Yusof Qardawi (Mesir), Ustaz Hadi Awang (Malaysia) tidak dijemput hadir. Yang dijemput hadir adalah golongan-golongan pro-Amerika yang dikenali sebagai Muslim Moderat atau Muslim Liberal seperti Anwar Ibrahim.

Bermakna perkataan ’kita’ yang dimaksudkan Anwar itu merujuk kepada golongan Islam Liberal yang hadir dalam forum itu termasuk Anwar Ibrahim dan rakan-rakan seangkatannya. Klik di sini untuk melihat senarai kehadiran.


Kes Gazza : Anwar sokong Israel ?


Anwar kata begini, ”Penyelesaian ketara terhadap konflik Arab-Israel masih lagi tidak kelihatan, walau bagaimanapun, pelantikan George Mitchell sebagai utusan Timur Tengah adalah langkah yang dialu-alukan”

Maksudnya apa? Maksudnya Anwar menyerahkan sepenuhnya kepada Amerika menyelesaikan masalah Gazza. Cara Amerika adalah cara terbaik. Bukan cara Hamas. Bukan cara Iran atau negara-negara islam yang lain.

Dulu semasa Presiden Bush, Amerika selesai melalui Annapolis Summit dengan mengikat perjanjian antara Ehud Olmert dan Mahmud Abbas (Presiden boneka Israel). Anwar pun setuju cara Bush, diapun menandatangani surat deklarasi sokongan Annapolis Summit, walaupun perjanjian itu menguntungkan Israel kerana Israel mendapat status Negara Sah serta merugikan Palestin kerana suara majoriti (Hamas) diketepikan. Klik di sini.

Itu dulu, semasa era Bush. Sekarang era Obama lain pula, dia lantik utusan Amerika iaitu George Mitchell menangani masalah Timur Tengah. Anwar pun setuju juga cara Obama, walaupun George Mitchell secara terang-terangan menyebelahi Israel dan meminggirkan kumpulan Hamas.

Siapa George Michell ni ? Dia pro negara-negara Islam kah ? Sudah tentu tidak, dia memang pro Israel. Apa yang baik untuk Israel maka baiklah untuk Amerika!


George Mitchell, utusan Obama berjumpa dengan Shimon Perez, orang yang paling berkuasa di Israel


Dua-dua pun Anwar setuju. Asal sahaja diusahakan oleh Amerika, walaupun Amerika memang jelas ikut telunjuk Israel.

Dalam ucapan Anwar di Doha itu, ada tak Anwar menyuarakan simpati umat Islam di Palestin yang dibunuh secara kejam oleh Israel? Tak ada. Tak ada. Anwar tidak sentuh pun suara umat Islam di Palestin. Anwar tidak pernah membela umat Islam di Palestin dan Hamas yang kena tindas dengan Israel.

Kalau Anwar tidak menyuarakan kekejaman tindakan Israel itu bermakna Anwar setuju lah. Sebab Anwar ini seorang yang lantang dan berani, kalau dia tidak bersetuju, dia akan terus menuding ke arah pihak yang tidak dipersetujui seperti yang dilakukan oleh Erdogan ke atas Simon Perez. Tetapi kes kekejaman Israel dia diam. Maknanya setujulah!

Tetapi ada sedikit Anwar sentuh mengenai Palestin. Kata Anwar, ” Kita telah lihat di Algeria pada 1991 dan sekali lagi yang paling terbaru di Palestin. Di kebanyakan negara, demokrasi hanya dijuarai setakat mengadakan pilihan raya – tanpa mengira pelaksanaan pilihan raya tersebut. Sebenarnya ini merupakan demokrasi palsu”

Adakah itu maksud Anwar bela Palestin ? Tidak. Tidak. Itu kes demokrasi dan pilihan raya. Di Algeria (1991) ketika dibuat pilihanraya, kumpulan FIS (Front Pembela Islam) yang menang tetapi kemudiannya dibatalkan kemenangannya oleh Amerika, kerana FIS adalah adalah kumpulan fundamentalis.

Begitu juga yang terbaru di Palestin, ketika diadakan pilihanraya kumpulan HAMAS yang menang, lalu dibatalkan kemenangannya oleh Amerika kerana HAMAS pun dari kumpulan fundamentalis.

Bermakna Anwar tidak bercakap mengenai kezaliman Israel menyerang Palestin, tetapi Anwar bercakap mengenai sistem pilihan raya di Algeria dan Palestin. Misalnya ketika pilihanraya di Algeria kumpulan pro- Amerika telah ditewaskan oleh kumpulan Fundamentalis. Begitu juga di Palestin, ketika dibuat pilihanraya, kumpulan pro-demokrasi (Fatah) telah ditewaskan oleh kumpulan fundamentalis(Hamas).

Anwar kata, Amerika kena hati-hati menakrif pengertian demokrasi, sekiranya hanya ditakrif sekadar semata-mata menyertai pilihanraya, kumpulan pro-Amerika akan ditewaskan oleh kumpulan anti Amerika dengan mudah.

Jadi Anwar membuat saranan, demokrasi harus dinilai dari semua aspek, agama, budaya, politik, ekonomi dan Anwar seru agar pihak Amerika membantu kumpulan pro-demokrasi (baca : pro- Amerika) di negara-negara Islam untuk menjayakan agenda mereka.

Sebagai penutup, Anwar berucap dengan penuh maksud tersirat;

"Muslim mesti komited untuk berubah. Soalan yang masih bermain di minda adalah bagaimana kita boleh meneruskannya?

Pertama sekali – penglibatan sebenar mestilah merangkumi semua aspek. Kita tidak perlu bermula dengan membina dinding (peraturan hukum agama ?) di sekeliling kita, meletakkan prasyarat, serta membuat hukuman terlebih dahulu terhadap kumpulan dan parti. Halangan ini hanya akan menguatkan prejudis lama dan menyemai syak wasangka berpanjangan.

Penglibatan yang membuahkan hasil mestilah bermula dengan penyataan bahawa tiada negara (termasuk Amerika), tiada wilayah (termasuk dunia Arab), dan tiada budaya dan agama(termasuk Islam) memiliki monopoli terhadap nilai-nilai kebebasan, keadilan dan kehormatan manusia. Ini sudah tentunya prinsip universal yang kita semua kongsi bersama"



Ucapan Anwar ini memang power beb! Kerana super power lah menyebabkan Madeline Albright merenung sakan ke arah Anwar!

Kata Albright di dalam hati..inilah bakal Perdana Menteri 'harapan baru' Malaysia...



Artikel lain yang berkaitan :

1. Obama harapan baru dunia Islam - Ucapan Anwar di Doha, Qatar

2. Anwar di Doha : Ucapan memperkasa misi Obama - bau racun demokrasi, liberalisme & pluralisme..










Baca selanjutnya...

05/03/2009

Status Elizabeth diputus selepas 15 Mac

KUALA LUMPUR: Keputusan mengenai kedudukan Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Bukit Lanjan, Elizabeth Wong, yang gambar separuh bogelnya disebarkan melalui media baru-baru ini, akan diketahui selepas beliau menamatkan cutinya pada 15 Mac ini.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, langkah itu selaras dengan keputusan kerajaan negeri membenarkan Wong, yang juga Anggota Exco Kerajaan Negeri, bercuti selama sebulan bagi menenangkan fikiran akibat kontroversi itu.


"Selepas 15 Mac saya akan berhubung dengan beliau untuk berbincang tentang masa depannya," kata Abdul Khalid kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.


Beliau yang juga Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berkata, perbincangan itu akan melibatkan kedudukan Wong dalam kerajaan negeri dan sebagai wakil rakyat mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Wong, 37, yang juga Ketua Penerangan Wanita PKR telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Abdul Khalid pada 17 Februari lalu selepas tersebarnya gambar separuh bogel beliau dalam Internet.


Pada 25 Februari lalu, Biro politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut bersetuju untuk mengikut keputusan Khalid untuk melanjutkan cuti Wong.


Malah pada hari yang sama kerajaan Negeri Selangor mengambil keputusan untuk memanjangkan cuti Wong sehingga siasatan polis berhubung penyebaran gambar separuh bogel ADUN tersebut selesai.


Pada pagi 25 Februari, Khalid telah menghadap Sultan Selangor bagi mendapatkan nasihat baginda berhubung isu hasrat peletakan jawatan Wong sebagai ADUN dan Exco.


Baginda bagaimanapun menyerahkan kepada Khalid untuk membuat keputusan mengenai isu itu memandangkan kes Wong masih dalam siasatan polis dan sebagai Sultan Selangor, baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik.

sumber - Mstar.online


Baca selanjutnya...

Penggunaan Allah tidak boleh untuk bukan Islam - Taib Azemuddin

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Dewan Rakyat Khamis diberitahu bahawa nama Allah berdasarkan kepercayaan (tauhid) orang Islam tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

Taib Azamudden Mat Taib (PAS-Baling) berkata ini kerana Allah yang dimaksudkan oleh agama lain adalah berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam.

Taib Azamudden, yang juga bekas Imam Besar Masjid Negara berkata demikian setelah Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta beliau memberi penjelasan mengenai isu penggunaan nama Allah, yang agak hangat dibincangkan oleh beberapa anggota Dewan Khamis.

Ahmad Zahid, yang ketika itu menggulung perbahasan usul ucapan terima kasih titah ucapan diraja, kemudian berkata penjelasan oleh anggota Parlimen Baling itu selari dengan pegangan kerajaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Terdahulu ketika membincangkan isu itu, Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan Khalid Samad (PAS-Shah Alam) memberi pendapat yang berbeza.

Dr Dzulkefly dalam hujahnya berkata persoalan mengenai penggunaan nama Allah tidak harus timbul kerana telah diakui dalam al-Quran bahawa kalimah Allah turut digunakan oleh bukan Islam.

Khalid pula menyokong pandangan Dzulkefly dengan membaca sepotong lagi ayat al-Quran yang menunjukkan orang bukan Islam mengakui bumi ini diciptakan Allah.

Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) pula mencadangkan supaya satu jawatankuasa ditubuh bagi membincangkan perkara itu untuk mengelakkan salah faham dan emosi.

Sidang Dewan disambung Selasa.


sumber - bernama


Baca selanjutnya...

Ketua Angkatan Muda dedah penyelewengan PKR

Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Kepala Batas, Amizudin Ahmat ketika sidang akhbar di Bukit Mertajam, hari ini, berhubung pendiriannya menggunakan media bagi mendedahkan penyelewengan membabitkan individu tertentu dalam parti itu agar pucuk pimpinan dapat bertindak. - Foto Bernama

BUKIT MERTAJAM: Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Kepala Batas, Amizudin Ahmat, berkata beliau terpaksa menggunakan media bagi mendedahkan penyelewengan membabitkan individu tertentu dalam parti itu supaya pucuk pimpinan dapat bertindak.

"Pendedahan melalui media bertujuan memberi tekanan kepada pucuk pimpinan parti," katanya susulan kenyataan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim, yang menegurnya kerana membangkitkan isu itu di media tanpa memaklumkan perkara itu kepada beliau terlebih dahulu.

Amizudin berkata, beliau dipanggil oleh jawatankuasa khas siasatan parti itu untuk disoal siasat pada Sabtu ini berhubung dakwaannya pada 26 Februari lalu, kononnya beliau mempunyai bukti mengenai pemimpin parti itu yang menerima wang daripada pengusaha kuari.



Katanya, beliau terkilan kerana dituduh mendedahkan perihal dalaman PKR Pulau Pinang kerana jawatannya sebagai Ahli Majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai, tidak disambung.

Amizudin berkata, beliau kecewa kerana tiada tindakan diambil terhadap pemimpin yang berkenaan walaupun beliau sudah menyerahkan dokumen berhubung isu itu kepada presiden parti pada 8 Januari lalu.

sumber - Berita Harian




Baca selanjutnya...

Hanya sekadar menegakkan kebenaran - Saiful Bukhari



KENYATAAN MEDIA:

LAPORAN POLIS ( Pahangdaily.blogspot.com)

1) Setelah bersabar untuk sekian lama, saya dan seluruh keluarga merasakan adalah wajar bagi kami membuat satu laporan polis memandangkan sudah lebih kurang 6 artikel berunsur fitnah dan berniat jahat telah ditulis dan disiarkan oleh pahangdaily.blogspot.com ini dari September 2008 hingga ke hari ini. Pahangdaily.blogspot.com ini adalah portal berita yang dipercayai didalangi oleh sebuah parti politik dan beroperasi di negeri Pahang.

2) Saya juga dengan ini menafikan sekali lagi bahawa saya kononnya sedang sakit tenat oleh kerana termakan sumpah laknat. Tahap kesihatan saya adalah amat baik.

3) Pembohongan besar yang disiarkan oleh Pahangdaily.blogspot.com seperti :

Difahamkan “Anu”nya kini telah semakin bernanah dan beliau sukar untuk membuang air kecil. Tambah parah lagi beliau juga kini termaksa menggunakan “tiub” yang dipasang pada badannya untuk membolehkan beliau membuang air besar dan sebagainya. (Artikel penuh disini) sini, sini atau sini.

Ini adalah satu contoh pembohongan besar dan fitnah jahat yang tidak benar samasekali.

4) Saya memohon agar pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan dengan segera ke atas penulis dan pengendali laman web tersebut dan berharap agar blogger yang lain supaya lebih beretika dan bertanggungjawab diatas penulisan masing-masing. Begitu juga kepada yang menyebarkannya melalui email berantai.

5) Saya juga dalam proses meneliti segala maklumat yang ada sebelum memfailkan tindakan saman keatas pihak Pahangdaily.blogspot.com


MAHKAMAH

6) Mengenai keputusan Mahkamah 5hb Mac ini, saya redha dengan apa jua keputusan kerana saya yakin bahawa Allah s.w.t itu Maha Mengetahui, dan setiap yang berlaku itu saya pasti ada hikmah disebaliknya. Saya hanya mampu bersabar, berdoa dan berserah sepenuhnya kepada-Nya.

7) Sebagai mangsa, saya hanya mohon untuk diberikan keadilan dan peluang bagi saya menunaikan tanggungjawab saya iaitu memberi keterangan ketika perbicaraan penuh kelak.



IMAM RAMLANG PORIGI

8) Di dalam wawancara bersama Malaysiakini pada awal Februari lalu, beliau telah menyatakan bahawa Pengarah Jawi pula yang mengatur sumpah tersebut. Ia jelas bertentangan dengan pendedahan beliau sebelum ini yang mengatakan bahawa kononnya Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri Prof Madya Khairil Annas yang mengatur sumpah tersebut.

9) Saya yakin Imam Ramlang Porigi sedar bahawa beliau telah melakukan kesilapan. Saya percaya bahawa beliau telah dihasut oleh pihak-pihak tertentu supaya melakukan Fitnah tersebut.

10) Justeru, saya doakan agar beliau kembali ke jalan yang benar serta mendapat taufiq dan hidayah dari Allah s.w.t. Amin. (Pendedahan saya sebelum ini)

SAIFUL BUKHARI

sumber - Saiful Bukhari Azlan


Baca selanjutnya...

Mahkamah Tinggi dengar kes liwat, Anwar rayu


PEGUAM kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair ketika ditemuramah wartawan di luar Mahkamah Tinggi di sini, hari ini. --foto The Star oleh Norafifi Ehsan


Oleh ZANARIAH ABD. MUTALIB

Selepas tujuh bulan menjadi perhatian, kes liwat Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan perkara tersebut kira-kira pukul 9.50 pagi tadi.


Anwar, yang dituduhkan meliwat Mohamad Saiful Bukhari Azlan, di Desa Damansara Condominium, Bukit Damansara 26 Jun lalu, tiada di mahkamah ketika keputusan diumumkan.


Sebelum Mohamad Zabidin mengumumkan keputusannya, beliau bertanya kepada peguam yang mengetuai pasukan pembelaan, Sulaiman Abdullah sebab Anwar, yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen, tidak hadir di mahkamah hari ini.

Sulaiman berkata, Anwar dikecualikan daripada hadir kerana prosiding hari ini adalah hanya untuk kajian semula dan hal itu seterusnya disokong oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden.


Sulaiman memberi jaminan bahawa Anwar akan hadir apabila kes itu disebut semula di Mahkamah Sesyen Selasa ini.


Sehubungan itu, mahkamah menetapkan Selasa ini untuk sebutan semula kes itu di Mahkamah Sesyen, sekali gus menetapkan tarikh perbicaraan di Mahkamah Tinggi.


Dalam penghakimannya, Mohamad Zabidin berkata, Hakim Mahkamah Sesyen S.M Komathy Suppiah telah terkhilaf dalam memutuskan sijil pemindahan kes yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai tidak sah.


Katanya, Abdul Gani hanya menjalankan fungsi pentadbiran dengan menandatangani sijil tersebut dan bukan menjalankan fungsi penghakiman atau separa-penghakiman.


"Oleh itu, beliau bukan melaksanakan fungsi kehakiman atau separa kehakiman. Beliau sematamata menjalankan tugas pentadbiran yang ada dalam kuasanya dan yang perlu dilaksanakannya sendiri," katanya.


Mohamad Zabidin berkata, selain laporan polis yang dibuat oleh Anwar, tidak ada keterangan lain yang menunjukkan bahawa pengeluaran sijil pemindahan itu didorong oleh elemen berat sebelah.


Beliau berkata, Mahkamah Sesyen tidak ada bidang kuasa untuk menentukan sama ada sijil itu sah atau tidak dan tindakan memutuskan sijil itu sebagai tidak sah sekaligus menandakan yang Komathy telah membuat satu perintah pengisytiharan.


"Perintah perisytiharan oleh beliau bererti membatalkan keputusan pihak pendakwaan agar kes itu didengar di Mahkamah Tinggi sedangkan ia hanya boleh diperoleh menerusi perintah certiriori," katanya.


Berhubung jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa Abdul Gani tidak akan terlibat dalam kes itu, Mohamad Zabidin berkata, hal itu perlu dilihat daripada segi Anwar diber jaminan tidak akan dianiaya dan siasatan serta perbicaraan terhadapnya dijalankan secara adil mengikut undang-undang dan prosedur.


Anwar sebelum ini mempertikaikan kesahihan sijil pemindahan kes itu dengan alasan Abdul Gani tidak sepatutnya menandatanganinya kerana beliau sedang disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) berhubung dakwaannya yang Abdul Gani memalsukan keterangan dalam insiden "mata hitam" yang dialami Anwar 10 tahun lalu.


Sementara itu, salah seorang peguam Anwar, Sankara Nair berkata, pihaknya kecewa dengan keputusan tersebut, namun terpaksa menerimanya.


Beliau berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan esok bagi semakan semula keputusan Mahkamah Tinggi hari ini.


Pada 7 November lalu, Hakim Mahkamah Sesyen, S.M. Komathy menolak permohonan pihak pendakwaan agar kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi selepas memutuskan sijil untuk memindahkan kes yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail adalah tidak sah.


Berikutan itu, pendakwaan memfailkan semakan terhadap keputusan itu pada 10 November atas beberapa alasan antaranya tindakan Abdul Gani menandatangi sijil itu hanyalah sebagai memainkan fungsi tadbir dan bukannya memainkan fungsi kehakiman atau kuasa kehakiman kerana pendakwa raya bukannya menghakimi apa-apa pertikaian di antara pihak-pihak.


Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23 di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lalu.


Jika sabit kesalahan, Anwar, 62, boleh dipenjara sehingga 20 tahun di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Beliau kini bebas dengan ikat jamin seorang penjamin sebanyak RM20,000.

sumber - Mstar

Baca selanjutnya...

Peguam Saiful sambut baik pindah kes liwat Anwar



Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN


PETALING JAYA: Peguam Mohd Saiful Bukhari Azlan, Zamri Idrus hari ini menyambut baik pemindahan kes liwat Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi.

"Ini satu perkembangan yang baik dan akan mempercepatkan tarih perbicaraan penuh kelak.Saiful pasti gembira dengan perkembangan ini,"katanya kepada mStar Online hari ini.


Menurut Zamri, anak guamnya juga sudah bersedia memberi keterangan pada hari perbicaraan penuh nanti.


Mahkamah Tinggi pagi tadi memutuskan kes liwat Anwar dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.


Ia diputuskan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah sebentar tadi.


Hakim turut menetapkan 10 Mac ini untuk sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen untuk menetapkan tarikh perbicaraan kes di Mahkamah Tinggi.


Anwar dituduh meliwat Saiful di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30petang pada 26 Jun.


Selasa lalu, Saiful muncul di Balai Polis Damansara bagi membuat laporan polis berhubung enam artikel berunsur fitnah dan berniat jahat yang disiarkan sebuah blog mendakwa dia kononnya sakit tenat akibat sumpah laknat yang dibuatnya tahun lalu berkata dia bersedia menerima apa jua keputusan yang ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi.


"Saya reda dengan apa jua keputusan kerana saya yakin bahawa Allah s.w.t. itu Maha Mengetahui, dan setiap yang berlaku ada pasti hikmah disebaliknya. Saya hanya mampu bersabar, berdoa dan berserah sepenuhnya kepada-Nya.


"Sebagai mangsa, saya hanya mohon untuk diberikan keadilan dan peluang menunaikan tanggungjawab saya iaitu memberi keterangan ketika perbicaraan penuh kelak," katanya.

sumber - Mstar.online




Baca selanjutnya...

Kes liwat Anwar dipindah ke Mahkamah Tinggi

Oleh ZANARIAH ABD. MUTALIB


[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Kes liwat Ketua Umum Patakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.


Ia diputuskan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah sebentar tadi.

Mohamad Zabidin memutuskan perkara itu selepas menerima permohonan semakan kehakiman oleh pihak pendakwaan untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang menolak kesahihan sijil yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk memidahkan kes itu dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.


Hakim turut menetapkan 10 Mac ini untuk sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen untuk menetapkan tarikh perbicaraan kes di Mahkamah Tinggi.


Sementara itu, peguam Anwar, Sankara Nair berkata pihaknya kecewa dengan keputusan itu namun terpkasa menerimanya.


Mereka akan memfailkan rayuan untuk semakan semula keputusan Mahkamah Tinggi.


BERITA TERDAHULU


Rabu lalu, Mahkamah Tinggi menolak bantahan awal Anwar terhadap rayuan pasukan pendakwaan untuk memindahkan kes liwatnya ke Mahkamah Tinggi.


Mohamad Zabidin turut memutuskan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden kekal mengetuai pasukan pendakwaan kes liwat Ketua Pembangkang di Parlimen itu ekoran keputusan pihak pembela untuk menarik balik permohonan menggugurkan beliau.


Pada 7 November lalu, Hakim Mahkamah Sesyen, S.M. Komathy menolak permohonan pihak pendakwaan agar kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi selepas memutuskan sijil untuk memindahkan kes yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail adalah tidak sah.


Berikutan itu, pendakwaan memfailkan semakan terhadap keputusan itu pada 10 November atas beberapa alasan antaranya tindakan Abdul Gani menandatangi sijil itu hanyalah sebagai memainkan fungsi tadbir dan bukannya memainkan fungsi kehakiman atau kuasa kehakiman kerana pendakwa raya bukannya menghakimi apa-apa pertikaian di antara pihak-pihak.


Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23 di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lalu.


Jika sabit kesalahan, Anwar, 62, boleh dipenjara sehingga 20 tahun di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Beliau kini bebas dengan ikat jamin seorang penjamin sebanyak RM20,000.


sumber - Mstar.online


Baca selanjutnya...

Pindah kes liwat Anwar ke Mahkamah Tinggi diketahui hari ini

Oleh ZANARIAH ABD. MUTALIB

PETALING JAYA: Keputusan sama ada kes liwat Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal dipindahkan ke Mahkamah Tinggi ataupun kekal didengar di Mahkamah Sesyen akan diketahui pagi ini.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan perkara itu pada Khamis lalu dengan menjelaskan bahawa beliau memerlukan masa untuk mendengar hujah-hujah dikemukakan pihak pendakwaan dan pembelaan pada selama dua hari bermula Rabu lalu.

Pada Rabu lalu juga, Mahkamah Tinggi menolak bantahan awal Anwar terhadap rayuan pasukan pendakwaan untuk memindahkan kes liwatnya ke Mahkamah Tinggi.

Mohamad Zabidin turut memutuskan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden kekal mengetuai pasukan pendakwaan kes liwat Ketua Pembangkang di Parlimen itu ekoran keputusan pihak pembela untuk menarik balik permohonan menggugurkan beliau.

Pada 7 November lalu, Hakim Mahkamah Sesyen, S.M. Komathy menolak permohonan pihak pendakwaan agar kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi selepas memutuskan sijil untuk memindahkan kes yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail adalah tidak sah.

Berikutan itu, pendakwaan memfailkan semakan terhadap keputusan itu pada 10 November atas beberapa alasan antaranya tindakan Abdul Gani menandatangi sijil itu hanyalah sebagai memainkan fungsi tadbir dan bukannya memainkan fungsi kehakiman atau kuasa kehakiman kerana pendakwa raya bukannya menghakimi apa-apa pertikaian di antara pihak-pihak.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23 di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lalu.

Jika sabit kesalahan, Anwar, 62, boleh dipenjara sehingga 20 tahun di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Beliau kini bebas dengan ikat jamin seorang penjamin sebanyak RM20,000.

sumber: mStar Online

Baca selanjutnya...

Anwar Dalang Sidang Bawah Pokok?



Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang) dalam satu kenyataan dalam Utusan Malaysia, 4 Mac 2009 "Bukan kehendak Speaker untuk mengadakan sidang DUN di bawah pokok. Sidang DUN yang diadakan pada hari ini sah dan mereka mempunyai agenda. (baca sini)".

Siapa Anwar untuk sahkan sidang tersebut? Apakah kuasa Anwar melebihi kuasa Sultan? Patutlah Sivakumar berani buat begitu. Sivakumar tidak boleh membuat sidang DUN tersebut jika merujuk kepada Artikel 36 (1) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Menurut Artikel 36 (1), hanya Sultan sahaja yang boleh memberi perkenan untuk sidang DUN diadakan. Tanpa perkenan dari Sultan maka, sidang tersebut adalah tidak sah.

Tindakan ini jelas merupakan satu perbuatan derhaka kepada Sultan. Selepas Nizar menderhaka pada 4 Februari 2009 dengan mengumumkan kepada media bahawa DUN dibubarkan tanpa perkenan Sultan. Pada 3 Mac 2009, giliran Speaker pula menderhaka dengan membuat "sidang bawah pokok" tanpa perkenan Sultan.

Apakah Anwar yang menjadi pembakar semangat kepada Nizar dan Sivakumar untuk berbuat begitu? Ketua pembangkang yang berbangsa Melayu ini boleh biarkan sahaja perbuatan derhaka berlaku pada Sultan Melayu?

Tindakan tegas dari segi perundangan harus diambil terhadap Nizar dan Sivakumar. Mereka sudah jelas mempermainkan institusi raja.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

sumber - anginperubahan






Baca selanjutnya...

04/03/2009

Anwar di Doha : Ucapan memperkasa misi Obama - bau racun demokrasi, liberalisme & pluralisme..



Anwar sewaktu Sidang Pleno Forum Dunia Islam-AS yang diadakan di Doha, Qatar dikenali sebagai Menteri Parlimen Persekutuan Malaysia klik sini . Antara isi ucapan beliau di Sidang Pleno yang berlangsung pada 14 Februari 2009, di Hotel Hotel Four Seasons, Qatar teks asal ialah mengajak umat Islam supaya memberi sokongan kepada Presiden Barack Obama dalam usaha merapatkan hubungan antara Amerika Syarikat dan dunia Islam

Soalnya di atas kapasiti apa Anwar mengajak umat islam supaya memberi ruang kepada Obama, atas kapasiti Menteri Parlimen persekutuan Malaysia?, atau Anwar sudah bertukar kerjaya dengan menjadi jurucakap tidak rasmi kepada Obama. Kenapa agaknya beliau beria-ia benar melobi Obama kepada dunia islam, sedangkan kita mengetahui mana-mana Presiden Amerika pun kesemua perlu mempunyai hubungan baik dengan orang Yahudi dan Israel.

Apatah lagi Obama yang mwakili Parti Demokrat yang sebenarnya lebih bahaya dari apa yang dilakukan Bush, mungkin hanya cara sahaja yang berbeza. Semenjak Obama menjadi Presiden Amerika polisi yang beliau lakukan lebih menguntungkan dunia islam? yang pasti antara yang dilakukan beliau ialah merapatkan hubungan dengan Israel seperti yang dinyatakan oleh Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton.


Adakah hanya dengan menutup penjara Guantanamo sudah menandakan Obama ini Pro Negara Islam, sedangkan umum mengetahui kebanyakkan tahanan-tahanan Guatanamo sebenarnya adalah puak radikal yang pada peringkat permulaan adalah dibiayai oleh Amerika sendiri untuk mengalahkan musuh lain, bila keadaan tidak terkawal barulah Amerika mengelarkan pejuang yang Pro-Taliban ini adalah pengganas. Malah yang menyedihkan imej Islam telah tercemar gara-gara wujudnya puak ini.


Dalam Sidang tersebut juga Anwar memuji apa yang berlaku di Indonesia pada tahun 1998, sedangkan kita mengetahui sejak era Reformasi hingga kini Indonesia masih merangkak untuk menempatkan dirinya kembali dalam kuasa ekonomi di Asia, bayangkan negara yang punya penduduk 220 juta hanya mampu menarik sekadar 6 juta pelancong dalam kempen Visit Indonesia pada tahun 2008 sedangkan target adalah 7 juta orang.

Harga reformasi di Indonesia terlalu mahal apabila ramai rakyat Indonesia yang terbunuh dalam pertelagahan sesama sendiri dan semakin ramai rakyat Indonesia jatuh miskin. Betul Anwar kata tiada campur tangan tentera asing, tetapi secara jelas Anwar tidak memberitahu Amerika telah mula masuk mencampuri hal ehwal Politik Indonesia semenjak reformasi tersebut.

Sebenarnya apa kaitan Indonesia dengan Anwar dan Obama ini, adakah Anwar ingin memberitahu dunia bahawa Amerika melalui Presiden Bill Clinton dari parti demokrat yang memainkan peranan utama menjatuhkan ekonomi Indonesia melalui George Soros, atau Anwar ingin memberitahu kepada dunia bahawa Indonesia seharusnya berterima kasih kepada Amerika kerana memperkenalkan demorasi yang sebenar.


Selepas jatuhnya pemerintahan Golkar di Indonesia , Gusdur telah dilantik menjadi Presiden Indonesia, semenjak itu sehingga sekarang tidak ada apa yang boleh dibanggakan dengan Indonesia malah yang menyedihkan saat dan ketika itu juga Timur Timor terlepas dan menjadi negara terpisah dari negara Indonesia secara rasmi pada Mei 2002 dengan dikenali sebagai dengan Timor Leste. Adakah ini yang ingin dibanggakan oleh Anwar?

Anwar juga sekali lagi memuji kerajaan Turki dalam ucapannya di Sidang Pleno tersebut, menurut Anwar, Turki merupakan negara Muslim yang paling matang dalam Demokrasi di dunia. Apa yang matang kerajaan Turki bila mereka masih mengadakan hubungan diplomatik dengan Isarel dan maih menyerang kaum Kurdis di Utara Iraq?

Adakah Anwar ingin meyakinkan kepada pihak Amerika bahawa Presiden Turki dan Perdana Menterinya sekarang adalah Pro-Amerika. Dan seharusnya Amerika menjaga Turki? kerana ia merupakan model baru kerajaan moderat islam di seluruh dunia.


Cara Anwar berpolitik semakin hari semakin mendedahkan sikap munafiknya, dan tidak salah kiranya dikatakan Anwar telah dijadikan platform oleh Amerika untuk membentuk satu model masyarakat baru dalam dunia islam agar mengenepikan segala perbezaan nilai yang ada termasuk nilai agama dan sebagainya, semata-mata membolehkan Amerika terus menguasai dunia.

sumber - pochongmenulis



Baca selanjutnya...

Kenapa Majlis Gereja hanya iktiraf Melayu-Islam bernama Anwar Ibrahim ?




Sebagai pembuka ayat dalam Church Times, yang ditulis pada 14 March, 2008 Peter Riddell mengatakan "Pilihan raya ke-12 itu telah melemahkan Islamisasi di Malaysia". Peter Riddell atau nama sebenar Dr Peter G. Riddell, adalah Profesor dan Dekan di Pusat Kajian Islam & Kepercayaan-kepercayaan Lain di Kolej Kitab Bible Victoria, di Australia.

Kata-kata pembuka bicara profesor Kristian itu ditulis dalam artikel bertajuk "Satu titik perubahan untuk Malaysia" (A watershed for Malaysia) sebagai mengulas kemenangan Pakatan Rakyat (PR) yang diketuai oleh Anwar Ibrahim dalam PRU 12 Mac lalu.

Dakwa Peter Riddell; Kemenangan itu didorong oleh rasa tidak puas hati rakyat Malaysia yang berbilang agama dengan dasar kerajaan. Minoriti agama lain, yang mempunyai 40 peratus undi telah menyuarakan protes. Komuniti Kristian, yang menyumbang sembilan peratus undi telah dilayan secara tidak adil dengan dakwaan kerajaan Malaysia adalah sebuah negara Islam.

Tulis Peter Riddell lagi; Pihak berkuasa Islam di Malaysia telah mengharamkan penggunaan perkataan "Allah" untuk penganut Kristian dalam sembahyang dan penerbitan-penerbitan mereka. Masyarakat Kristian di Malaysia berhujah perkataan "God" itu merujuk kepada "Allah" jika diterjemah Kitab Bible ke Bahasa Melayu.

Dakwa penulis itu lagi, dasar-dasar ketidakadilan kerajaan dalam pembahagian ekonomi menyebabkan penganut agama Hindu dan Buddha di Malaysia telah bersama-sama menyuarakan bantahan. Akibat perobohan kuil-kuil, beribu-ribu penganut Hindu telah berdemonstrasi di jalan-jalan ibu kota pada November lalu.

Penulis itu merumuskan kejayaan besar PR di Malaysia kerana faktor Anwar Ibrahim yang memiliki karisma tinggi. Anwar Ibrahim yang membawa imej Islam Moderat dalam partinya (PKR) telah berjaya menyatukan pembangkang dan dalam masa sama PKR menumpukan sepenuh perhatian kepada pengundi bukan Islam.

Hasilnya PKR berjaya menghantar 31 wakil di parlimen dan menjadi rakan kongsi senior dalam kerajaan campuran di tiga negeri yang dimenangi oleh PR.

Tulisnya lagi, Golongan bukan Islam sangat gembira dengan keputusan itu berasaskan beberapa faktor. Pertama, tiada lagi dominasi Islam kerana PAS juga termasuk dalam PR yang bersedia menggugurkan konsep "Negara Islam" diganti dengan "Negara Kebajikan". Kedua, tiada lagi perlumbaan menjadi jaguh agama dalam PR tetapi diganti dengan sifat pluralist dan Islam-friendly kerana diketuai oleh PKR yang bercakap kepelbagaian etnik dan persamaan pelbagai agama.

Anwar Ibrahim pula berkata; "Orang ramai telah mengundi dengan tegas untuk satu era baru di Malaysia, di mana kerajaan mesti benar-benar menyeluruh, dan mengiktiraf semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, budaya atau agama, kerana mereka adalah sebuah negara bangsa Malaysia."

Menyentuh mengenai PAS, profesor Kristian itu menulis seperti berikut; Golongan lama PAS, yang diwakili oleh Mursyidul Am, Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, telah dipaksa menyebut dalam syarat-syarat serupa dan mengisytiharkan: "Kita akan menghampiri kemenangan daripada satu sudut pandangan Islam, dan ini bermaksud semua orang adalah sama rata. Semua adalah bersaudara. Sepatutnya tiada lagi pembahagian rakyat berasakan perkauman."

Mengapa Anwar terkenal dalam masyarakat Kristian?

Nama Anwar Ibrahim bukanlah asing kepada Dr Peter G. Riddell, Profesor di Pusat Kajian Islam Kolej Kitab Bible Victoria, Australia itu kerana sebelum ini, pada tahun 2006, Anwar pernah menghadiri dailog antara agama anjuran Majlis Gereja-gereja Victorian, di Australia.

Rev Dr Duncan Reid dari Majlis Gereja-gereja Victorian menulis laporan mengenai ucapan Anwar dalam majlis itu.

Tulisnya, Anwar memberitahu, sepanjang tempohnya, 6 tahun di penjara, beliau bukan hanya menghafal surah-surah dalam Al-Quran, tetapi juga membaca kitab Shakespere sebanyak empat kali setengah, "dan jika Perdana Menteri membenarkan saya tinggal dipenjara untuk tempoh 6 bulan lagi, jumlah tersebut akan menjadi lima kali".

Dakwa Anwar, "Mengapa tidak kita sebagai Muslim, Kristian, Hindu dan Buddha menjadi lebih matang? Ini adalah lebih dari dialog kepercayaan antara agama yang merangkumi nilai dan budaya, malah mengenai manusia secara menyeluruh. Konsep utama bukan setakat tolak ansur, tetapi bagaimana untuk mengetahui, memahami dan menghargai antara satu sama lain, termasuk kepercayaan masing-masing."

Semasa Anwar Ibrahim diwawancara oleh majalah Aliran Monthly, pada 5 Jun 2007, beliau secara tegas mengatakan hanya dengan IFC (Interfaith Council) dapat mewujudkan keharmonian antara agama.

Kata Anwar, "Kita mesti bergerak ke arah itu (IFC). Tiada pilihan. Bagaimana, dalam apa bentuk sekalipun, untuk mendapatkan kumpulan yang lebih mesra mestilah bermula daripada perbincangan - itulah yang telah saya usaha dengan dialog di kalangan Muslim. Saya tidak tahu sama ada anda melihat bahagian dalam resolusi di mana isu komitmen kepada demokrasi dan kebebasan bersuara dipersetujui oleh semua pihak. Atau isu toleransi dan bagaimana ia diikat dengan urus tadbir dan tanggungjawab. Ini adalah isu-isu yang lebih luas, kita perlu mempunyai komitmen yang bersatu".

Terence Netto menulis di Malaysiakini pada 2 Februari 2008, mengenai pertemuan tertutup Anwar Ibrahim dengan 200 paderi dan aktivis Kristian dari Persekutuan Kristian Malaysia di Petaling Jaya, menjelangnya saat-saat akhir PRU 12.

Kehadiran Anwar dan wan Azizah sebagai tetamu jemputan Ketua Biskop Kristian Murphy Pakiam pada 25 Disember 2007, di Rumah Terbuka anjuran Christian Federation of Malaysia di Bukit Nanas, dilihat sebagai satu gambaran positif kepada penganut agama Kristian di Malaysia.

Kunjungan balas, wakil Persekutuan Kristian Malaysia mengunjungi Rumah Terbuka Anwar sempena hari raya aidilfitri.

Pertemuan tertutup ini ekoran daripada kunjungan Anwar dan Azizah sebagai tetamu jemputan Majlis Rumah Terbuka Perayaan Christmas, Catholic Archbishop Murphy Pakiam yang dianjurkan oleh Christian Federation of Malaysia pada 25 Disember 2007.

Dalam pertemuan itu Anwar telah berjanji empat perkara utama kepada masyarakat Kristian.

Pertama : Walaupun beliau beragama Islam, tetapi pegangan Islam beliau bukan penghalang kepada pembelaannya untuk membangunkan sebuah negara Malaysia yang bebas dan demokratik serta berpegang teguh kepada Perlembagaan Merdeka.

Kedua : PKR akan menjadi 'orang tengah' untuk menuetralkan sekularisma yang didukung oleh Democratic Action Party(DAP) dengan prinsip Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Manakala dasar PKR secara tegas menolak Negara Islam.

Ketiga : Sekiranya PR membentuk kerajaan, penganut Kristian Malaysia boleh dibenarkan menggunakan perkataan 'Allah' kerana rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium komunikasi.

Keempat : Mahkamah Syariah hanya terhad kepada muslim sahaja khusus dalam Undang-undang Keluarga Islam dan pewarisan tetapi Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa ke atas masyarakat bukan Islam.

Sebenarnya hubungan baik Anwar dengan Kristian bukanlah sesuatu yang asing. Pada tahun 1990-an, beliau pernah dianugerahkah ijazah kedoktoran kehormatan oleh sebuah universiti Kristian di Filifina iaitu Ateneo de Manila University dan anugerah presiden oleh Universiti Kristian Amerika, Georgetown University.

Selepas dibebaskan dari penjara Malaysia, Anwar telah berhijrah ke Amerika dan menjadi pensyarah pelawat di Pusat Persefahaman Muslim dan Kristian, Universiti Georgetown di bawah seliaan gurunya John Esposito.

Pada tahun 2007, semasa di Amerika, Anwar merupakan salah seorang aktivis Muslim yang menandatangani surat kepada Pemimpin-pemimpin Kristian seluruh dunia meminta diadakan perdamaian dan persefahaman. Surat itu dinamakan "A Common Word Between Us and You".

Suara Politik
Taminsari

sumber - belantan


Baca selanjutnya...

Macam negeri Pasir Dua Butir daa...




“Apa di bawah pokok tu,” tanya Re seraya dijawab oleh Mi “Agaknya di bawah pokok sana tu orang jual ais krim tak”. Balas si Re “Ais krim nenek kau” ...itulah antara dialog yang diungkapkan oleh Re dan Mi setibanya mereka ke negeri Pasir Dua Butir setelah dibawa oleh tikar pandan terbang yang dikemudi oleh Do dari negeri Pasir Berdengung dalam filem Laksamana Do Re Mi arahan Tan Sri P. Ramlee.

Rupa-rupanya di bawah pokok itu adalah kerajaan negeri Pasir Dua Butir.

Jika dialog dan senario itu berlaku dalam filem yang diterbitkan pada tahun 1972, kini setelah 37 tahun berlalu, drama bawah pokok benar-benar terjadi dalam politik tanah air apabila Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar mengadakan sidang tergempar DUN di bawah pokok kira-kira 150 meter dari pagar utama bangunan Perak Darul Ridzuan, di Ipoh.

Sidang itu dihadiri oleh 27 ADUN pembangkang bermula pada jam 10.20 pagi dan berlangsung kira-kira 15 minit.

Walaupun telah dimaklumkan oleh Penasihat Undang-Undang Negeri dan Setiausaha DUN bahawa sidang tergempar itu tidak sah kerana tidak mendapzt perkenan Sultan Perak, Sivakumar tetap meneruskan rancangannya itu dan lebih menarik ‘sidang bawah pokok’ itu meluluskan tiga usul.

Usul-usul itu ialah mengesahkan keputusan Sivakumar melarang Menteri Besar Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam EXCOnya daripada menghadiri sidang DUN, sokongan kepada Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar dan usul untuk membubarkan DUN Perak.

Drama itu tidak terhenti setakat itu sahaja apabila ‘Menteri Besar bawah pokok’ memaklumkan kepada wartawan, beliau akan menghadap Sultan Perak bagi memaklumkan keputusan yang dibuat oleh sidang tergempar DUN bawah pokok untuk membubarkan dewan.

Untuk rekod, bulan lalu Sultan Perak telah menitahkan agar Nizar meletakkan jawatan kerana baginda telah mendapatkan pengesahan dan bukti, Nizar telah hilang sokongan majoriti daripada ADUN apabila tiga ADUN kerajaan campuran DAP, PKR dan PAS sebelum ini keluar parti masing-masing.

Malah Tuanku Sultan Perak berdasarkan undang-undang tubuh negeri telah melantik Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang baru.

Sidang tergempar bawah pokok diadakan selepas para wakil rakyat pembangkang tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan DUN Perak.

Keputusan menghalang mereka memasuki perkarangan bangunan tersebut dibuat kerana pihak Setiausaha Kerajaan Negeri berpegang kepada undang-undang tubuh negeri Perak bahawa sebarang sidang DUN yang hendak diadakan mestilah mendapat perkenan Sultan Perak.

Malah, Barisan Nasional (BN) pada sebelah petang Selasa memperolehi perintah Mahkamah Tinggi Ipoh menghalang Sivakumar daripada mengadakan sebarang sidang DUN termasuk sidang tergempar kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak.

Apa yang jelas, drama bawah pokok yang berlangsung itu dilihat sebagai usaha terdesak pembangkang untuk mengelirukan masyarakat berhubung isu sebenar.

Tambahan pula pihak pembangkang sendiri telah membawa soal kedudukan Menteri Besar dan kedudukan tiga ADUN bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang yang keluar meninggalkan parti masing-masing ke mahkamah.

Adalah pelik untuk pembangkang mengambil tindakan sendiri sedangkan pada masa yang sama mahkamah belum pun membuat sebarang keputusan.- 3/3/2009

sumber - Agendadaily



Baca selanjutnya...

'Najib bakal PM terakhir' kata DAP




'KUALA LUMPUR – Pakatan Rakyat (PR) mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak bakal menjadi Perdana Menteri terakhir kerajaan Barisan Nasional (BN) sekiranya Timbalan Perdana Menteri itu tidak dapat memenuhi harapan rakyat selepas mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Setiausaha DAP, Lim Guan Eng berkata, Najib yang bakal ditabalkan sebagai Perdana Menteri keenam negara hujung bulan ini perlu bersedia menjayakan dan melalui lima cabaran utama sekiranya mahu rakyat menerima kepimpinan beliau.

Menurutnya, cabaran pertama adalah untuk mengembalikan amalan prinsip demokrasi di negara ini selepas kejadian di negeri Perak yang didakwa Pakatan Rakyat (PR) sebagai satu rampasan kuasa daripada kerajaan BN.

Beliau berkata, kredibiliti Najib sebagai bakal Perdana Menteri tercalar dengan keadaan di Perak kerana mendakwa Pengerusi Badan Perhubungan BN Perak itu adalah perancang utama kepada adegan rampasan kuasa itu.

“Demokrasi sepatutnya prinsip undang-undang di mana majoriti mengatasi minoriti, ini (keadaan di Perak) merupakan fakta jelas beliau telah melanggar prinsip amalan demokrasi,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, semalam.

Kedua, katanya, Najib perlu mengembalikan kekayaan hasil bumi negara ini kepada rakyat di mana hasil kekayaan Petronas yang mengaut keuntungan beratus bilion wajar disalurkan kepada rakyat Malaysia.

"Ketiga, Najib perlu bersedia untuk menghormati dan meningkatkan kualiti, kuantiti peguam dan pegawai undang-undang serta memantau proses undang-udang di negara ini.

“Beliau harus memastikan sesiapa sahaja terlibat dalam kes berprofil tinggi dikenakan tindakan. Contohnya isu pendedahan video Lingam, kenapa tidak ada tindakan sampai sekarang?” katanya.

Menurutnya, peranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga katanya perlu diperhalusi lagi kerana mendakwa ketika ini suruhanjaya itu membuat penyiasatan terpilih untuk kepentingan pihak tertentu sahaja.

Menurutnya, Najib juga perlu perlu bersedia membersihkan isu rasuah dan kroni-kroni dalam BN dan UMNO.

“Beliau mempunyai pilihan sama ada mahu membersihkan rasuah dan kroni-kroni walaupun menanggung risiko melenyapkan BN dan UMNO atau tidak berbuat demikian untuk menyelamatkan BN dan UMNO tetapi memusnahkan negara ini,” katanya.

Guan Eng berkata, Najib selepas menjadi Perdana Menteri nanti perlu bersedia meletakkan perpaduan dalam negara di tahap tertinggi.

sumber - Sinar harian




Baca selanjutnya...