MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

2 Nov 2009

Wakil parti politik, NGO, hadir sokong bekas Mufti Perlis

Oleh ZIEMAN dan SITI AZIRA ABD AZIZ

KUALA LUMPUR: Lebih 100 individu memenuhi perkarangan Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, di sini, pagi ini, untuk memberi sokongan terhadap bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang hadir untuk memberikan keterangan berhubung dakwaan dipercayai mengajar ilmu agama tanpa tauliah.

Antara yang hadir ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Azman Shafawi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungib, Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin dan pengasas Sister In Islam, Zainah Anwar.

Turut kelihatan ialah wakil kepada Senator Datuk Jamil Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, wakil-wakil Umno, PAS dan PKR; serta beberapa orang peguam.

Mohd Asri ketika dihubungi berkata, beliau tiba di pejabat tersebut sekitar pukul 9 pagi tadi, namun sehingga kini, masih belum ada sebarang pegawai yang muncul untuk mengambil keterangannya.

"Beberapa peguam yang hadir juga ada menawarkan diri untuk memberikan khidmat guaman kepada saya," ujarnya.

Mohd Asri ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tengah malam tadi, namun dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 1.10 pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam apabila sekumpulan anggota JAIS memasuki sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika Mohd Asri memberikan ceramah kepada lebih 300 pengikut.

Sementara itu, Thalia Rohaina Abdul Latif yang merupakan salah seorang peguam yang hadir di pejabat agama tersebut berkata, Mohd Asri kemungkinan akan dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 119 berkaitan ajaran ilmu agama yang dibuat tanpa tauliah.

Namun begitu, kata Thalia lagi, perkara ini tidak sepatutnya terjadi dan JAIS sepatutnya membuat siasatan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang penahanan.

"Mereka (JAIS) datang menyerbu beliau di premis rakannya dan pada waktu itu beliau sedang menikmati makan malam, dan bukannya sedang memberikan ceramah seperti yang didakwa.

"JAIS sepatutnya siasat dulu sebelum membuat tuduhan," katanya.

sumber - mstar


1 ulasan:

Panglima Perang Cyber berkata...

Wehh Thalia.

baca berita dalam akhbar betul2

JAIS dah siasatlah ngokkk ...ko baca di sini.

ingat diorang baru kerja ka?




Jais tahan Asri cetus kekecohan

HULU KELANG - Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atas tuduhan cuba menyebarkan fahaman Wahabi ketika menyampaikan ceramah agama di rumah milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay di sini, malam tadi.

Menurut sumber, pegawai Jais terlebih dulu menyamar dan menyelinap masuk ke dalam rumah berkenaan untuk mendapatkan maklumat kira-kira jam 9 malam.

Sekitar jam 12 tengah malam, pihak Jais dengan bantuan sepasukan polis bertindak menahan Asri.

Sejurus penahanan itu berlaku sedikit kekecohan apabila orang ramai yang hadir pada ceramah berkenaan mempertikaikan tindakan Jais yang tidak mengemukakan waran dan mengganggu ceramah agama berkenaan.

Sinar Harian difahamkan ceramah agama itu dihadiri kira-kira 100 orang.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Asri dibawa ke Balai Polis Hulu Kelang, Taman Keramat, dipercayai untuk diambil keterangan.

Sehingga jam 1 pagi tadi, Asri masih ditahan di balai polis berkenaan.