MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

5 Okt 2009

Kenapa Majalah The Economist gelarkan Anwar "Chameleon'



Dari Egroup AIDC

Tanpa disangka-sangka sebuah majalah The Economist, milik Yahudi (keluarga Rothschild) yang berpengkalan di London boleh berpaling tadah dan menggelarkan Anwar sebagai seekor binatang "The Chameleon'.

Dalam bahasa Melayu "The Chameleon" adalah binatang "Sesumpah" yang boleh bertukar warna, mengikut keadaan dan tempat.

Kita tidak tahu apakah motif majalah milik Yahudi itu menggelarkan Anwar sedemikian rupa. Chameleon atau sesumpah adalah binatang yang tidak boleh dipercayai kerana berubah watak mengikut tempat dan keadaan. Maknanya binatang itu tidak mempunyai pendirian yang jelas.

Dalam Utusan Malaysia, 5 Oktober 09, turut menyiarkan tulisan bekas pembantu Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengatakan Anwar kepanikan apabila majalah Yahudi menggelarkannya sebagai 'Malaysia's Chameleon' atau 'Sesumpah Malaysia', sehingga terpaksa ke Amerika Syarikat untuk membersihkan namanya.

Amerika mengharapkan beliau (Anwar) membawa dan mengekalkan imej Islamik (bagi menarik sokongan masyarakat Islam terhadap AS) namun yang terjadi sebaliknya.

"Kini, dikhabarkan beliau (Anwar) sedang cuba meyakinkan mereka (AS) kembali serta memohon pertolongan daripada mereka untuk kes moralnya, buat kali kedua," katanya dalam blognya, http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kini dilaporkan masih berada di AS sejak beberapa hari selepas Hari Raya Aidilfitri yang lalu untuk bertemu dengan beberapa pemimpin di sana termasuk bekas Naib Presiden negara itu, Al Gore.
Klik di sini

Apa yang ingin disampaikan dalam laporan itu adalah Anwar gagal melaksanakan misinya di Malaysia untuk menarik majoriti kaum di Malaysia (Melayu/Islam) supaya menyokong Amerika Syarikat.

Anwar dan Parti Keadilan Rakyat dilihat oleh majoriti rakyat Malaysia sebagai parti yang pro bukan Melayu yang merupakan kaum minoriti di negara ini, manakala kaum Melayu secara perlahan-lahan telah menolak Anwar dan partinya. Anwar juga menyedari perkara ini dan lebih berminat menarik kumpulan bukan Melayu, manakala kumpulan Melayu diserahkan sepenuhnya kepada PAS.

Kalau inilah andaiannya, mungkin logik. Kerana majoriti kaum di Malaysia adalah Melayu dan Anwar gagal memikatnya, sebaliknya Anwar berjaya memikat kaum minoriti iaitu Cina dan India serta kumpulan Kristian. Sedangkan majoriti kaum Melayu diserahkan kepada PAS yang diketahui umum sebagai anti Amerika Syarikat.

Kegagalan Anwar yang paling ketara apabila gagal mengotakan janjinya untuk mengambilalih kerajaan persekutuan dan menjadi PM, pada 16 September 2008. Sehingga ke hari ini, janji Anwar hanya tinggal janji sahaja.

Apakah ini yang dimaksudkan majalah The Economist sebagai 'Malaysia's Chameleon' ?

Apakah dengan menggelarkan Anwar sebagai 'Malaysia's Chameleon' itu bermulalah siri serangan media Yahudi ke atas Anwar ?

Kenapa pula media Yahudi perlu menyerang Anwar, sedangkan media rangkaian Yahudi termasuk Time, pernah menobatkan Anwar sebagai 100 manusia paling berpengaruh di dunia ? Klik di sini

Malah, The Jerusalem Post, sebuah akhbar harian Israel pernah meramalkan Anwar sebagai 'Bakal Perdana Menteri Malaysia' pada 20 Mac tahun lalu. Klik di sini

Tetapi apabila rencana terbaru majalah The Economist pada 30 Julai 2009, yang mula menyindir Anwar sebagai sesumpah, tentunya akan mengundang seribu persoalan.

Adakah ini petanda, bermulanya ketidakpercayaan Yahudi kepada Anwar yang gagal melaksanakan misinya ?

Apakah Anwar berjaya menyakinkan semula rangkaian Yahudi, setelah berkampung lebih daripada seminggu di Amerika Syarikat ? Dan sehingga sekarang Anwar masih belum pulang ke Malaysia, meninggalkan semua acara penting di Malaysia, termasuk mengadakan 'Rumah Terbuka' (yang setiap tahun dilakukan) dan meninggalkan acara mengiringi calon PAS di Bagan Pinang, walaupun sepatutnya Anwar hadir sebagai komitmen sebagai ketua PR

Apa yang sebenarnya dilakukan oleh Anwar di Amerika Syarikat, sehingga sanggup berkampung lebih daripada seminggu ? Kenapa Anwar begitu terdesak berkampung di Amerika Syarikat dan meninggalkan semua urusan politik di Malaysia ?

Semua ini menimbulkan tanda tanya..

sumber - egroup AIDC


Tiada ulasan: