MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

22 Nov 2008

Fatwa Council: yoga with worshipping, chanting is prohib


+++video setakat ini sahaja+++







Baca selanjutnya...

Cadangan DAP Ubah Nama Jalan Silibin Kepada Jalan P. Patto di Perak dibatal

IPOH, 22 Nov (Bernama) -- Kerajaan negeri Perak akhirnya membatalkan cadangan menukar nama Jalan Silibin di sini kepada nama mendiang Pengerusi DAP Perak P. Patto ekoran kontroversi yang tercetus apabila pelbagai pihak menyuarakan bantahan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri Ngar Kor Ming berkata kerajaan negeri sebaliknya akan mencari jalan lain yang lebih sesuai untuk dinamakan Jalan P. Patto.

Bercakap kepada pemberita di pejabat DAP di sini beliau berkata cadangan itu menimbulkan banyak bantahan daripada pelbagai pihak dan keluarga mendiang turut menerima bahangnya apabila menerima cemuhan dan sebagainya.

Sidang akhbar itu turut dihadiri isteri mendiang Patto, S. Mary, 59, dan dua anak perempuan mereka Shaalani Anne, 27 dan Kasthuri Raani, 29.

Beliau yang juga Ketua Pemuda DAP itu berkata DAP Perak telah membuat keputusan untuk menamakan sebuah pusat kajian yang akan ditubuhkan parti itu sebagai Pusat Kajian P.Patto dan ia akan beroperasi di Wisma DAP di sini.

"Ia sebagai mengenang jasanya membantu parti itu berkembang di negara ini...pimpinan negeri telah bersetuju dengan cadangan itu dan kerja-kerja pengubahsuaian wisma itu akan dijalankan pada bila-bila masa," katanya.

Sementara itu, Mary merayu orang ramai menghentikan segala tohmahan yang dilempar terhadap keluarganya ekoran hasrat kerajaan negeri menamakan Jalan Silibin sempena nama P. Patto

Beliau berkata keluarganya tidak pernah meminta sebarang tugu peringatan atau apa-apa dibina untuk mengenang jasa Patto.

Dalam perkembangan lain, Nga berkata kerajaan negeri tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap seorang Ahli Majlis Perbandaran Taiping yang ditahan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan cetak rompak DVD dan VCD kerana tiada dakwaan dibuat terhadapnya.

Ahli majlis berusia 40-an itu ditahan dalam serbuan bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan polis di sebuah rumah di Taman Hijau, Taiping pada petang Khamis lepas.

Dalam serbuan itu, sebanyak 11 kotak VCD dan DVD kosong, dua buah komputer dan dua mesin pencetak dirampas.

sumber -bernama



Baca selanjutnya...

PRS Nafi Sebarang Pakatan Dengan PKR

BINTULU, 22 Nov (Bernama) -- Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Seri Dr James Jemut Masing menafikan khabar angin bahawa parti itu mempunyai hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Ia merupakan satu pembohongan besar," katanya kepada pemberita selepas mempengerusi mesyuarat majlis tertinggi PRS di sini.

Beliau berkata Majlis Tertinggi PRS telah membincangkan isu itu di dalam mesyuarat dan anggota yang hadir telah berikrar untuk taat setia dengan Barisan Nasional.

"Kita tidak berbincang dengan mereka (PKR) dan tidak bercadang (mengadakan perbincangan dengan PKR)," katanya.

Kesemua anggota majlis tertinggi parti menghadiri mesyuarat kecuali Setiausaha Agung Datuk Dublin Unting yang kini berada dalam keadaan koma dan sedang dirawat di sebuah pusat perubatan di Kuching selepas diserang angin ahmar Mei lepas.

sumber - bernama


Baca selanjutnya...

Pulau Pinang teruskan rancangan walaupun dikritik

Atas-papan tanda asal tulisan Melayu dan Jawi. Bawah- Tulisan Jawi dibuang diganti dengan dengan bahasa Cina.


Pulau Pinang teruskan rancangan walaupun dikritik



PULAU PINANG 21 Nov. – Kerajaan Pulau Pinang akan meneruskan cadangan untuk menamakan jalan pada papan tanda dalam satu bahasa lain di samping bahasa Melayu bagi mempromosikan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, nama jalan itu akan ditulis sama ada dalam bahasa Inggeris, Tamil, Cina, Arab dan jawi sementara dalam bahasa Melayu tetap dikekalkan sebagai menghormati ia sebagai bahasa kebangsaan.

“Kita mahu meningkatkan industri pelancongan Pulau Pinang dan ini sebahagian daripada usaha untuk menarik lebih ramai pelancong melawat Georgetown setelah UNESCO mengiktirafnya sebagai Tapak Warisan Dunia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penamaan jalan pada papan tanda di Lebuh Acheh di sini hari ini.

Beliau berkata, nama jalan pada papan tanda dalam pelbagai bahasa boleh membantu ramai pelancong mengetahui bahawa Georgetown adalah sebuah bandar raya yang mempunyai penduduk berbagai-bagai bangsa, kebudayaan dan agama.

“Kita mahu mempromosikan Georgetown dan pada masa yang sama tidak mengurangkan status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,” kata beliau.

Ditanya mengenai kritikan selepas pemasangan papan tanda dalam pelbagai bahasa, Guan Eng berkata, ia telah dilakukan di banyak bandar raya termasuk Kuala Lumpur yang menambah nama jalan dalam bahasa lain seperti Arab dan jawi dan mengekalkan nama dalam bahasa Melayu.



“Kita tidak boleh jadi satu “masyarakat tertutup” jika kita mahu hidup dan bersaing global,” katanya sambil menambah bahawa lima bahasa berlainan yang dipasang pada papan tanda di sepanjang Lebuh Acheh berharga setiap satu kira-kira RM300.

Mengenai dakwaan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam bahawa Guan Eng sepatutnya menyedari mengenai garis panduan UNESCO yang kini boleh menjejaskan pengisytiharan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia, Guan Eng berkata, perkataan yang digunakan Mohd. Ali tidak boleh dipercayai.

“Mohd. Ali pernah berkata, bahawa Shah Rukh Khan akan ke Melaka pada 29 November untuk menerima anugerah negeri yang membawa gelaran Datuk tetapi dibatalkan.

Ini menunjukkan bahawa Mohd. Ali tidak tahu apa yang dikatakan dan tidak menyatakan apa yang dimaksudkan,” kata beliau.

Rabu lepas, Guan Eng dilaporkan berkata, garis panduan UNESCO mengenai pengisytiharan Tapak Warisan Dunia tidak dimaklumkan dengan meluas apabila ia dalam proses pengisytiharan, sambil menambah ia hanya diketahui ketika status Georgetown itu diluluskan oleh UNESCO, barulah kerajaan menyedari garis panduan tersebut

sumber - Utusan Malaysia

Baca selanjutnya...

Anwar yakin satukan parti pembangkang Sabah & Sarawak



KOTA KINABALU: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin dapat menyatukan semua parti utama dalam barisan pembangkang di Sabah dan Sarawak untuk meletakkan seorang calon sahaja menentang calon Barisan Nasional (BN) di setiap kawasan pada pilihanraya umum akan datang.

Katanya formula seumpama itu, yang diilhamkan oleh PKR, DAP dan Pas di semenanjung, ternyata telah membawa kejayaan yang besar kepada pakatan pembangkang dalam pilihanraya umum lepas.


"Di Sabah dan Sarawak, memang ada calon (daripada pakatan) yang bersaing sesama sendiri yang mengakibatkan perpecahan undi untuk parti pembangkang.


"Inilah yang kita mahu elakkan," katanya selepas merasmikan pusat khidmat masyarakat untuk kawasan Kota Kinabalu di Jalan Damai, Luyang dekat sini hari ini.


Menjawab soalan, Anwar berkata usaha mempelawa Parti Maju Sabah (SAPP), yang keluar daripada BN baru-baru ini, untuk menyertai Pakatan Rakyat sedang dibuat dan mengesahkan yang beliau sudah menemui presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee hari ini.


"Apa yang penting, kita mahu wujudkan pakatan pembangkang yang kuat di Sabah dan Sarawak seperti yang diperlihatkan oleh Pakatan Rakyat di semenanjung pada pilihanraya Mac lepas," katanya.


Mengenai persediaan menghadapi pilihanraya kecil parlimen Pensiangan, Anwar berkata sekiranya pilihanraya kecil itu diadakan, PKR akan tetap meletakkan calon untuk bertanding bagi kerusi itu

sumber -Mstar online


Baca selanjutnya...

Perjalanan Seorang Missionari Amerika ke Dunia Islam

Dari kiri C. Holland Taylor, CEO LibForAll. Misinya di Indonesia mendapat sokongan penuh daripada dua tokoh muslim tempatan iaitu Abdurrahman Wahid (Gus Dur) yang dilantik sebagai penaung LibForAll dan Ahmad Dani dari Kumpulan Muzik Dewa19. Selain itu, LibForAll turut dianggotai oleh Yeni Wahid (anak Gus Dur) yang menjadi Pengarah Wahid Institute dan Abdul Munir Mulkhan, dari kelompok Islam Muhammadiyah, Indonesia.sumber foto klik di sini


Perjalanan Seorang Missionari Amerika ke Dunia Islam


oleh C. Holland Taylor (Seorang Kristian Amerika, pro-Zionis)


Winston-Salem, NC – Walaupun nenek moyang saya selama lebih dari tiga abad hidup di Amerika Syarikat, sepanjang hidup saya secara peribadi hidup dalam perantauan dan bekerja di berbagai-bagai Negara Muslim. Pada usia sembilan tahun, saya berpindah ke Iran bersama dengan keluarga saya dan menghayati budaya Parsi selama tiga tahun, dari 1965-68. Suara azan, seruan bagi umat Muslim untuk melakukan solat, menjadi sebahagian dari zaman kehidupan kanak-kanak saya, begitu juga dengan kehidupan Islam yang majmuk, toleran, dan spiritual, yang dipraktikkan oleh kebanyakan masyarakat Iran.

Ketika sekolah menengah di Jerman pada awal tahun tujuh puluhan, saya dua kali melalui perjalanan darat melintasi Timur Tengah, bahkan ke Turki, Iran, Afghanistan, dan Pakistan – di sana lah saya mengenali lebih jauh keragaman ekspresi budaya Islam dan kekayaan warisan seninya.

Pada tahun 1990-an, saya menjadi Pengarah sebuah syarikat Telekomunikasi Internasional Amerika yang menjual saham strategis kepada syarikat transportasi nasional di Indonesia. Pengalaman ini mendorong saya mengundurkan diri dari industri telekomunikasi, dan berpindah ke Jawa untuk mempelajari sejarahnya, serta menubuhkan yayasan LibForAll("Liberty for All") Foundation bersama dengan Presiden Indonesia pertama yang terpilih secara demokratik, iaitu Abdurrahman Wahid.


Rabbi Marvin Hier(kanan), Presiden Simon Wiesenthal Center (SWC),sedang memberi “Medal of Valor” iaitu "Medal Keberanian Yahudi" kepada Abdurrahman Wahid (Gus Dur) sambil diperhatikan oleh C. Holland Taylor (tengah), CEO LibForAll Foundation, pada 6 Mei 2008, di Beverly Wilshire Hotel, 9500 Wilshire Blvd., Beverly Hills, Los Angeles. Simon Wiesenthal Center, adalah sebuah badan Zionisme, ditubuhkan 1977, beribu pejabat di Los Angeles, California, Amerika Syarikat. Badan ini merupakan "satu organisasi hak asasi manusia Yahudi antarabangsa yang menjalankan misi melawan kumpulan antisemitisme, teroris Islam, menggalakkan hak asasi manusia dan membentuk kader-kader yang bermampu bersama-sama berganding bahu dengan Israel, mempertahankan keselamatan kaum Yahudi di seluruh dunia, serta mengindoktrinisasi fahaman "Holocaust" kepada semua generasi.



Terletak di pinggiran Timur dunia Islam, Indonesia telah lama dikenali mempraktikkan versi yang paling liberal dan toleran dari sudut agama. Tetapi, di negara-negara kota Muslim baru di sepanjang pantai utara telah mundur kembali seperti abad keenam belas, kerana menghancurkan kerajaan-kerajaan tempatan Hindu-Buddha akibat kerakusan memperluaskan kekuasaan mereka hingga pedalaman, yang menyebabkan berlaku pergolakan besar.

Mabuk dengan kemenangan, para penganut fanatik (Muslim) agama baru tersebut – yang kebanyakannya keturunan Arab atau Cina – menyebarkan fahaman teroris sambil membasmi warisan kebudayaan kuno di tanah itu. Lawan mereka adalah suku bangsa pribumi Jawa –dipimpin oleh para sunan dan tokoh politik Muslim, seperti Sunan Kalijogo –yang mencari kesinambungan dan landasan persamaan antara berbagai-bagai agama (pluralisme).



Foto atas : Forum Tolenransi Antara Agama ("Tolerance Between Religions: Rahmatan lil Alamin") untuk siaran Q TV. Dari kiri Father Muji Sutrisno, S.J., professor di Dwiyakara College of Philosophy; Dr. Komaruddin Hidayat, Pengarah Syarif Hidayatullah, Universiti Islam Negeri (UIN) Jakarta; Soegang Sarjadi, pemilik stesen television Q TV; Rabbi Abraham Cooper (Yahudi) dari Simon Wiesenthal Center, dan C. Holland Taylor Pengerusi LibForAll Foundation. Portal Jerusalem Post (akhbar internet Yahudi) berbangga dengan kehadiran Rabbi Cooper yang dianggap sebagai pemimpin Yahudi Amerika Pertama yang berjaya muncul di kaca TV Indonesia.Rabbi Cooper juga merupakan pengarah the Pardes Institute of Jewish Studies di Jerusalem. Foto bawah : Holland Taylor dan Rabbi Cooper melawat Abdurrahman Wahid di rumahnya. Mereka sempat berbincang mengenai agenda terorisme dan pluralisme di Indonesia. sumber foto klik di sini



Selama hampir seratus tahun, kekuatan yang saling berlawanan tersebut berjuang merebut jiwa Jawa – dan, akhirnya, Islam Indonesia – dalam sebuah perang yang perjuangannya ditentukan tidak hanya di medan pertempuran, tetapi juga di dalam hati dan fikiran masyarakat. Dalam konflik antara para ekstremis agama dan Muslim Sufi ini, ideologi spiritual Sufi– dimasyarakatkan oleh para sunan, dalang, dan pemuzik – yang memainkan peranan sangat penting jika dibandingkan dengan kekuatan tentera dalam mengalahkan ekstremisme keagamaan di Jawa. Saya terlibat sepenuhnya dalam warisan spiritual yang kaya dengan Sufisme, atau Islam mistik, yang terletak di jantung kebanyakan masyarakat Muslim di seluruh dunia. Semakin meningkat apresiasi saya terhadap salah satu tradisi keagamaan besar di dunia ini.

Pada akhirnya, sebuah dinasti baru, yang menetapkan rasa keberagamaan sebagai aturan hidup dan menjamin kebebasan nurani kepada semua orang Jawa – jauh sebelum gagasan yang sama berakar kuat di Barat. Orang yang terlibat membina dinasti tersebut adalah seorang Sufi Jawa bergelar Senopati ing Alogo, yang kemenangannya ditentukan oleh kemahiran berpidato tentang kemerdekaan, keadilan, dan spiritualiti batin yang mendalam.




Foto atas : Tujuh pemimpin Islam Indonesia bersama Presiden Shimon Peres di Kediaman Presiden, Israel. Mereka memegang tangan bersama-sama tanda "Kedamaian" - dia antara Muslim dan Israel.Foto bawah : Duta Israel Ruth Kahanoff menyambut kedatangan wakil Islam dari Indonesia di Kementerian Luar Negara. Program lawatan tujuh pemimpin Islam Indonesia ini adalah ditaja sepenuhnya oleh LibForAll Foundation dengan kerjasama Simon Wiesenthal Center dan wahid Institute. Holland Taylor juga turut kelihatan dalam foto di atas sebagai pengiring muslim Indonesia itu . Banyak Lagi foto dapat dilihat.., klik di sini



Setelah peristiwa 11/9 dan serangkaian serangan teroris di Indonesia, Presiden Abdurrahman Wahid dan saya menubuhkan LibForAll Foundation – diilhami oleh metode yang digunakan oleh Presiden Abdurrahman Wahid sendiri iaitu mempertahankan budaya Jawa dari ekstremisme keagamaan lima abad silam.

Di Indonesia, kami telah membentuk sebuah jaringan para pemikir dalam bidang agama, pendidikan, budaya popular, pemerintah, peniaga, dan media yang bekerja untuk mempertahankan budaya mereka serta mendorong toleransi antara umat beragama dalam menghadapi gelombang baru ekstremisme yang melanda di seluruh dunia Muslim.

Kami juga sibuk memperluaskan usaha LibForAll di Indonesia untuk mewujudkan wajah Islam yang penuh dengan senyuman, dengan menghubungkan para pemimpin "Muslim Moderat dalam sebuah jaringan di dalam dunia Muslim yang akan mendorong terciptanya semnagat toleransi dan kebebasan berfikir serta beribadah" (Associated Press).

Sebagai hasilnya, wilayah operasi LibForAll telah meluas hingga ke Asia Selatan, Timur Tengah, Afrika Utara, Eropah, dan Amerika Syarikat.


Rabbi Daniel Landes (kanan),Ketua agama Yahudi & Pengarah the Institute of Jewish Studies di Jerusalem, Abdurrahman Wahid, Ketua Nahdatul Ulama (NU) & bekas Presiden Indonesia (tengah) dan Sri Sri Ravi Shankar, ketua agama Hindu dari India sedang berdiskusi menghadiri persidangan "religious summit". Program itu anjuran LibForAll dengan kerjasama Wahid Institute (think tank Gus Dur) di Pulau Bali, pada 12 Jun 2007 yang dinamakan Gus Dur sebagai program "jaringan Rahmatan lil 'Alamin".Dalam program itu Gus Dur mengecam Mahmud Ahmadinejad, Presiden Iran kerana mengatakan Peristiwa Holocaust (pembunuhan beramai-ramai Yahudi zaman Nazi) tidak wujud dan hanya propaganda Yahudi. Gus Dur yang berpengaruh dalam Nahdatul Ulama Indonesia mengesahkan peristiwa Holocaust benar-benar wujud, kerana berdasarkan pengalamannya dalam lawatan ke seluruh dunia, termasuk ke Israel. Klik di sini dan di sini



Kunci kejayaan dalam perjuangan global mendorong para pemikir Muslim dari setiap golongan bersatu menyeru slogan bahwa "sang raja tidak mengenakan sehelai benangpun" (maksudnya, Islam radikal tidak memiliki kebenaran teologi - agama), dan kerana itu mendorong "majoriti umat Muslim besar mendiamkan diri" untuk menolak ideologi kebencian dan kekerasan golongan ekstremis itu.

Analogi 'sang raja tidak mengenakan sehelai benang pun' sangat tepat, dan merupakan kunci strategi LibForAll. Setelah pelbagai usaha mereka untuk membenarkan ideologi kebencian agama menghiasi diri sendiri dengan "pakaian Rasul", kaum Muslim radikal sesungguhnya merupakan pewaris gerakan Kharijite – sebuah mazhab yang penuh kekerasan dan penghianat yang telah membunuh menantu Nabi, 'Ali, karena dianggap "kurang Muslim".

Holland Taylor, CEO LibForAll (kiri), bersama Once vokalis Dewa (tengah) dan Ahmad Dhani (kanan), sedang menyusun lirik ke dalam bahasa Inggeris untuk lagu Laskar Cinta ("Warriors of Love"). Once adalah seorang Kristen manakala Ahmad Dhani adalah Muslim pro-Israel. Menurut Holand Taylor, lagu Laskar Cinta membawa mesej penting untuk menuetralkan kumpulan teroris Islam Indonesia. Kajian yang dibuat sebelum ini mendapati di Indonesia, kaedah yang paling berkesan untuk mempengaruhi rakyat Muslim adalah muzik, tetapi kaedah itu tidak sesuai di Malaysia. Kaedah yang paling berkesan di Malaysia adalah melalui pendekatan ilmu dengan menggunakan tokoh-tokoh orientalis dari universiti Amerika.





Tujuan kami secara tepat telah dirumuskan secara singkat oleh Presiden Abdurrahman Wahid ketika dia menulis: "Umat Muslim sendiri dapat dan harus menyebarkan pemahaman Islam yang 'benar', dan kerananya menolak ideologi ektremis. Untuk memenuhi tugas ini memerlukan pengertian dan sokongan dari pelbagai individu, organisasi, dan pemerintahan yang memiliki pemikiran yang sama di seluruh dunia. Kita harus mencerahkan hati dan pemikiran kemanusiaan, dan menawarkan pandangan alternatif yang meyakinkan tentang Islam sebagai sebuah agama penuh cinta Ilahiah dan toleransi yang mengusir ideologi kebencian fanatis kembali ke tempat asalnya, ke dalam kegelapan."

###

* C. Holland Taylor adalah ketua dan CEO LibForAll Foundation, www.libforall.org, sebuah badan tanpa keuntungan, bermarkas di Indonesia dan Amerika yang bekerja untuk melawan ekstremisme keagamaan dan menolak penggunaan terorisme. Artikel ini disebarluaskan oleh Common Ground News Service (CGNews) dan dapat dibaca di www.commongroundnews.org.


AIDC menterjemah artikel commongroundnews.org, diterjemah ke bahasa Indonesia klik di sini yang diambil dari tulisan asal C. Holland Taylor, bertarikh 09 Februari 2007. Klik di sini

Artikel lain yang berkaitan :

1. Gus Dur perintis jambatan diplomatik Indonesia - Israel ?

2. Gus Dur kata Al-Qur’an sama kitab porno ?

3. Badan pemikir Gus Dur- The Wahid Institute- Kembangkan Pluralisme




Baca selanjutnya...

21 Nov 2008

Tan Sri Khalid: Kaji semula pelantikan Dr Tan Yee Kew



Tan Sri Khalid: Kaji semula pelantikan Dr Tan Yee Kew


Ahli-ahli, penyokong dan pendokong keADILan sangat mengalu-alukan kehadiran serta kemasukan bekas Timbalan Ketua Wanita MCA, Datuk Paduka Dr Tan Yee Kew sebagai ahli parti. Kemasukan ahli baru serta keberanian rakyat mengangotai Parti Keadilan Rakyat khusunya di Negeri Selangor juga Negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan rakyat memang amat ketara.

Pentadbiran dan pengurusan parti seharusnya membuat program khas serta khusus bagi ahli-ahli yang baru mengangotai parti. Proses pengenalan serta pendidikan kepada dasar perjuangan parti mesti terlebih dahulu dibuat.

Kita lihat bagaimana parti pesaing kita BN tidak mudah untuk menerima masuk mana-mana ahli daripada parti lawan untuk terus diserap dalam struktur parti, proses pendidikan serta ketaatsetiaan mesti dibuat terlebih dahulu. Kita bukan hendak meniru BN tetapi ini proses biasa dalam mana-mana urusan dimana tempoh ’berpantang’ sebagaimana wanita Melayu yang baru melahirkan anak mesti dibuat.

Sekarang menjadi persoalan serta tanda tanya bagaimana kaedah keADILan ni tak ada tatacara serta peraturan langsung, satu ketika dulu semasa parti baru ditubuhkan parti cukup berhati-hati sehingga setiap kali hendak bernesyuarat terpaksa mengubah beberapa kali kerana kuatir dimasuki oleh perisik juga pengintip tapi sekarang semua berlaku tanpa pantang larang.

Ahli parti serta pendokong parti cukup bimbang kisah serta episod sebagaimana kes dan isu Saiful Sumpah yang boleh bolos dalam pejabat Ketua Umum akan berlaku lagi dalam pentadbiran keseluruhan parti.


Perlantikan Dr Tan Kew sebagai Ketua Penerangan keADILan Negeri Selangor amat tidak sesuai kerana beliau begitu baru dalam parti. Dr Tan memang seorang ahli politik yang dikenali umum, namum dalam parti beliau tetap orang baru, bagaimana beliau boleh memahami dasar-dasar perjuangan parti, bagaimana beliau dapat menghayati semangat pengorbanan pejuang parti, mampukah beliau mengenali pendokong-pendokong parti.

Seharusnya pimpinan Selangor tidak memilih beliau sebagai Ketua Penerangan kerana agenda penerangan merupakan agenda utama parti. Seharusnya Tan Sri Khalid selaku Pengerusi Perhubungan Negeri mendapatkan pandangan akar umbi dahulu walaupun hak melantik pegawai parti memang hak beliau. Sekiranya Tan Sri Khalid perlukan khidmat Dr Tan bagi meningkatkan imej parti di mata media lantik sahaja Dr Tan sebagai penasihat kepada pengerusi perhubungan.


Ahli-ahli akar umbi serta para pendokong parti amat bimbang dengan pentadbiran parti yang tidak langsung melihat kehendak serta kerisauan ahli khususnya pendokong parti yang bersusah payah menubuhkan parti di peringkat cawangan dan bahagian sejak tahun 1998.

Bak pepatah Melayu ’ Mendengar guruh di langit air ditempayan di curah jangan’ . Seandainya pimpinan parti sering mengunkapkan Politik BN mencerminkan politik ala Michievelli bercirikan ’matlamat menghalalkan cara’ dalam menghancurkan lawan, maka seharusnya pimpinan Parti Keadilan Rakyat Selangor harus memikir semula perlantikan Datin Paduka Dr Tan Yee Kew.

SIMON NG
AJK JDM Kayu Ara

sumber - Tranungkite

Baca selanjutnya...

Undang-undang di Malaysia larang umat Islam tukar agama - bekas hakim Mahkamah Tinggi



Undang-undang di Malaysia larang umat Islam tukar agama - bekas hakim Mahkamah Tinggi


Semasa membentangkan kertas kerjanya bertajuk “Melayu dan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan” dalam Seminar Antarabangsa Mengenai Undang-undang Perbandingan 2008, bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Faiza Tamby Chik menyebut:

Undang-undang sedia ada melarang seseorang Islam menukar agama selagi dia masih berketurunan Melayu seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 160(2), Perlembagaan Persekutuan.

Manakala dalam hal seseorang bukan Melayu pula apabila dia telah memeluk Islam dan tiba-tiba mahu meninggalkan agama tersebut, beliau perlu merujuk kepada pihak berkuasa agama negeri terlebih dahulu bagi memperolehi kebenaran.

Dalam erti kata lain konsep kebebasan agama yang dipopularkan oleh Barat dan para orientalis sesungguhnya tidak terpakai bagi umat Islam di negara ini.

Mungkin mereka yang tidak Islam memandang ini sebagai suatu bukti betapa tertutup dan radikalnya Islam terhadap para peganutnya, tetapi bagi sesiapa yang memilih untuk menjadi seorang Islam itulah tanggungjawab yang perlu diterimanya.

Saya percaya kawalan yang sedia ada sebagaimana yang disebut oleh Datuk Faiza itu menunjukkan betapa para pembuat undang-undang kita menyedari bahawa Islam adalah suatu agama dan anutan hidup yang serius dan memerlukan komitmen sepanjang hidup.

Siapa sahaja memeluk Islam perlu sedar dan disedarkan darihal prinsip ini. Jangan memeluk Islam semata-mata atas tuntutan nafsu, ingin kahwin, ingin kontrak, harta dan seumpamanya, apalagi mencuba-cuba. Kerana sebaik memilih Islam, sipemilih tadi telah dengans sendirinya berikrar akan teguh dan terus berada dalam agama ini sampai akhir hayat, sebarang perubahan akan mengakibatkan ia berpaling tadah terhadap Islam dan terdedah kepada hukuman.

Kerana itu kita mengharapkan pihak berkuasa agama dan badan-badan dakwah dan NGO yang berkenaan agar memberi pendidikan dan pemahaman yang sewajarnya terhadap mereka yang mahu memeluk Islam atas apa alasan sekalipun. Biar mereka sedar bahawa Islam bukan agama main-mainan, Islam adalah komitmen dunia-akhirat, jika mereka tidak sanggup atau was-was maka lebih baik mereka tidak memilih untuk menjadi Islam.

Dan begitu juga kepada orang-orang Melayu. Jangan kerana hambatan nafsu mereka tiba-tiba memilih mahu meninggalkan agama ini, kerana bagi mereka sebenarnya tiada pilihan. Datuk Faiza memetik penghakiman dalam kes Lina Joy (wanita Melayu yang memohon untuk murtad) yang menyatakan:

"Orang Melayu tetap seorang Islam hingga mati, ia tidak dibenarkan langsung meninggalkan agamanya melalui surat ikatan pol dan memohon perisytiharan berdasarkan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan,"

(Ini keputusan yang terpakai di Malaysia walaupun Perkara 18 Persiytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia 1948 (UDHR) memberikan hak kepada semua orang memilih agama yang ia kehendaki)

Dalam hal itu jugalah maka sewajarnya penganut atau mubaligh agama lain jangan sekali-kali menghampiri atau memujuk seorang Islam khasnya orang Melayu untuk meninggalkan dan menukar agamanya, kerana ia bukan sekadar akan mencetuskan konflik yang besar malah dilarang oleh perlembagaan dan undang-undang negeri-negeri.

Memang Malaysia mengamalkan kebebasan beragama, walau bagaimanapun kebebasan itu tiada bagi seorang Melayu atau Islam. Ini satu hakikat yang perlu diterima semua pihak dalam negara ini. Jangan lagi ada kekeliruan selepas ini sehingga mencetuskan ketegangan yang akhirnya akan merugikan semua pihak.

sumber - Roslan SMS



Baca selanjutnya...

Yahudi Di Belakang Anwar



Yahudi Di Belakang Anwar


Oleh Yahaya Ismail

Mereka yang arif dalam mainan politik sedar ada sesuatu yang tidak menyenangkan dari keangkuhan dan keberanian Anwar yang luar biasa itu. Ada yang menganggap sebahagian besar orang Melayu, terutama sekali di kalangan generasi muda, menjadi penyokong kuatnya. Mereka inilah yang menjerit reformasi tanpa menilai apakah reformasi yang diluah oleh Anwar itu membawa kebahagiaan atau kesengsaraan kepada rakyat. Orang muda menganggap Anwar sebagai simbol pemimpin muda yang bersikap terbuka, yang menghirup kebebasan dan kemerdekaan yang bebas lepas. Ini yang mereka rindui seolah-olah tanah air kita yang tercinta ini dengan kepimpinan yang ada tidak lagi mewakili semangat dan aspirasi golongan muda.

Mereka menganggap Mahathir mencerminkan generasi tua yang ketinggalan zaman tanpa menyedari bahawa sebahagian besar dari reformasi sosial, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya adalah cetusan dan dasar radikal dari kepimpinan Mahathir. Mereka tidak menghayati sejarah dan seperti Si Tenggang yang mungkar dan angkuh mereka mencemuh pemimpin yang memulihkan kembali maruah dan penghormatan bangsa Malaysia.

Anwar seperti Si Tenggang yang cepat lupa asal usulnya, budi dan jasa orang yang memberi dia kedudukan, kuasa dan penghormatan yang tidak pernah ia mimpikan sebelum disintuklimau oleh Mahathir dan dijemput dalam kabinet. Seperti Si Tenggang dia merasakan dirinya besar, berkuasa dan terkenal kerana orang ramai dan para pemimpin luar mengagumi retorika kosongnya yang disemai dengan kata-kata mantra, ayat-ayat Al-Quran dan hadis Nabi untuk melipatgandakan keyakinan rakyat Melayu dan Islam kepadanya.

Seperti Si Tenggang dia sanggup memaki hamun “ayahnya” dan memandang remeh terhadap jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh “sang ayah” terhadapnya. Derhaka tidak ada dalam kamus politiknya. Yang ada hanya memburu kuasa dan dengan secepat kilat memimpin kerajaan. Tapi Allah tidak merestuinya dan dengan kuasa Allah juga ia hilang semua jawatan kerajaan dan parti dan kini sebagai banduan pula.

Si Tenggang hanya melihat kehebatan dan kepentingan dirinya. Bukan orang lain. Tapi dia sanggup memperalatkan siapa saja yang boleh menolong mempercepatkan dia memperoleh kuasa politik dengan apa cara sekali pun. Seperti komunis yang mengamalkan konsep politik “Tujuan menghalalkan cara” Anwar sanggup bersahabat dengan tauke judi, menerima derma syarikat judi sambil memperagakan diri sebagai pemimpin intelektual yang berakhlak mulia, seorang yang warak dan dikagumi rakyat. Berbagai-bagai jenis topeng digunakan menurut masa, tempat dan masyarakat yang mahu mendengar retorika-retorika dan idea-idea maha besar yang bermain dalam otaknya tetapi tidak dilaksanakan kebanyakannya.

Siapakah sebenarnya di belakang mimpi reformasi Anwar? Yahudi di belakangnya. Jangan terkejut dengan pandangan ini. Bukankah Anwar sendiri mendewa-dewakan kepada penyokong-penyokongnya bahawa pemimpin-pemimpin besar dari Amerika Syarikat di belakangnya?

Antara mereka yang terkemuka ialah Madeline Albright (Setiausaha Negara), William Cohen (Setiausaha Pertahanan) dan James Rubin (Setiausaha Perbendaharaan). Memang hebat sokongan asing terhadapnya.

Malah beberapa orang senator Amerika juga di belakangnya, Anwar, seperti kata Chris Patten, bekas gavernor Hong Kong, "Anwar is the darling of the West".

Siapa yang pernah membaca buku "Protocol of the Zion" tahu betapa hebatnya pengaruh dan kuasa Yahudi ke atas masyarakat Barat dan bagaimanakah jalinan network Yahudi untuk menguasai dunia. Walau pun jumlah Yahudi kecil di Amerika tetapi mereka sudah menguasai politik, ekonomi dan media di negara tersebut. Tidak ada Presiden Amerika yang akan kekal memimpin negara tersebut sekiranya tidak berpihak kepada cita-cita dan matlamat Yahudi. Israel menggila dan terus mengancam dunia Arab sejak tahun 1948 hingga sekarang oleh sebab Amerika di belakangnya dan di belakang Washington berkuasa Yahudi.

Salah seorang pemimpin Islam yang lantang memperjuangkan hak hidup rakyat Palestin dan sahabat karib Yasser Arafat ialah Mahathir. Mahathir juga pemimpin Dunia Ketiga yang terserlah dan berpengaruh, dan dia dengan lantang mengkritik berbagai dasar Amerika yang cuba menguasai dan menekan negara-negara kecil di dunia dan menjadikan mereka sebagai boneka Amerika. Amerika membenci Mahathir.

Yahudi tidak senang dengan kepimpinan Mahathir yang pro Palestin dan Islam serta menjadi juara negara-negara Selatan-Selatan. Mahathir tidak hanya dianggap sebagai pemimpin Dunia Ketiga yang berpengaruh tetapi seorang tokoh politik yang berjaya membawa reformasi dan tranformasi masyarakat dan ekonomi yang dinamik di Asia Tenggara. Lebih dari itu Mahathir juga dianggap sebagai sdeorang pemimpin Islam yang berjaya memberi pemikiran baru dalam kerjasama ekonomi dan politik dunia, sesuatu yang tidak pernah dicapai oleh mana-mana pemimpin Islam sebelumnya. Ini yang tidak disenangi Amerika dan Yahudi.

Mereka tidak mahu kemunculan seorang pemimpin Islam yang berpengaruh di pentas politik antarabangsa yang anti Amerika, anti Yahudi dan anti Barat. Juga mereka tidak mahu kewujudan sebuah negara asing (bukan kulit putih) yang kuat ekonominya dan stabil politiknya tanpa bantuan Barat. Kejayaan Mahathir dan Malaysia menjadi duri dalam daging bagi Amerika dan Yahudi. Oleh itu Malaysia dan Mahathir mesti dihancurkan.

Demikianlah Amerika yang dibayangi Yahudi melihat Anwar sebagai alternatif untuk diberi dukungan dan sokongan apa saja untuk mengambil alih kepimpinan Mahathir tersebut. Amerika sudah berjaya menjadikan Thailand, Filifina dan Indonesia sebagai bonekanya kerana negara-negara tersebut tidak mempunyai pemimpin yang berjiwa besar yang boleh membangunkan ekonomi negara mereka dengan baik.

Mereka terpaksa mengemis kepada Amerika dan kini menjadi hamba kepada IMF. Hanya Mahathir dan Malaysia yang masih degil dan tidak mahu tunduk kepada tekanan Amerika dan IMF. Lain dengan Anwar. Dia sanggup menjadi budak suruhan Amerika dan tanpa malu dan segan mengemis nasihat dan tunjuk ajar dari IMF untuk menangani kegawatan ekonomi Malaysia walaupun negara kita tidak meminta pinjaman dari IMF.

Lalu IMF dan Bank Dunia menggula-gulakan Anwar melalui perlantikannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia / IMF untuk mengeluskan ego pemimpin dari Ceruk Tok Kun yang tidak mempunyai ijazah di bidang ekonomi seolah-olah dia mempunyai pengalaman yang super hebat di bidang kewangan dan ekonomi dunia!

Lucu bin malu setelah dia dipecat dari kabinet maka hilanglah glamornya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia / IMF itu yang disangkutkan kepadanya atas kedudukannya sebagai Menteri Kewangan!

Walau pun Anwar kini menjadi banduan namun sokongan Amerika dan Yahudi terhadapnya tidak luntur. Melalui media Barat yang juga dikuasai Yahudi Anwar diberi layanan yang paling istimewa melalui manipulasi dan laporan yang berat sebelah terhadap Malaysia.

Yahudi sudah bertapak di Singapura dan sekiranya Amerika berjaya menghancurkan Mahathir dan ekonomi Malaysia maka pengaruh Amerika dan Yahudi akan berjaya menguasai politik dan ekonomi negara kita secara tidak langsung seperti mana yang berlaku di setengah negara Arab yang menjadi boneka Amerika dalam Perang Teluk itu.

Yahudi dan Amerika tahu kelemahan moral Anwar dan mereka kan berjuang habis-habisan memberi sokongan kepadanya demi masa depan Amerika dan Yahudi di dunia sebelah sini Amerika dan Yahudi memang terkenal menyokong berbagai-bagai diktator, pemimpin-pemimpin yang korup, gila betina dan juga homoseksual di berbagai-bagai negara di dunia.

Walau pun pemimpin-pemimpin tersebut dibenci rakyat, kejam dan rakus namun mereka tetap dipertahankan Amerika kerana mereka sanggup menjadi boneka Washington dengan bayangan Yahudi di belakangnya.

Barangkali kebanyakan mereka yang mimpikan reformasi tidak dapat menjelma mainan Yahudi di belakang Amerika dan bagaimana Yahudi membantu dan mengelus Anwar dari belakang. Anwar dikhayalkan oleh elusan Yahudi itu kerana ia terlalu ghairah hendak menjadi Perdana Menteri dengan segera. Dia sanggup menjadi boneka Amerika dan Yahudi demi kepentingan politiknya.

Bukankah dia bersikap liberal dalam segala bidang termasuk soal seks dan homoseksual? Apakah penyokong-penyokong Anwar sanggup menerima seorang pemimpin yang menjadi boneka Amerika dan Yahudi? Apakah mereka mahu Yahudi menguasai politik dan ekonomi negara kita secara langsung atau pun tidak lansung sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri?

Ini tanah air kita yang tercinta, udara segar yang kita hirup adalah hasil dari pengorbanan, tenaga dan air mata dari bapak-bapak pejuang kemerdekaan di masa lalu.
Apakah kita sanggup menggadaikan maruah bangsa maruah diri, maruah agama dan masa depan generasi kita untuk menjadi boneka Amerika dan Yahudi?

Ingat-ingatlah pesanan datuk nenek kita jangan hanya menang sorak kampung halaman dan negara tergadai. Oleh sebab marahkan pejat kelambu dibakar. Kalau kita sayangkan negara dan cintakan agama dan ada maruah tentulah kita tidak sanggup menjadi hamba Amerika dan Yahudi yang hanya mahu mempurak-purandakan negara kita.

Wahai para patriot sekalian, di manakah letaknya semangat keperwiraanmu sebagai anak watan dan pejuang bangsa dan agama yang berjuang atas landasan yang benar, menentang kekufuran dan kemunafikan, mencari keredaan Allah kalau kalian membiarkan diri dan jiwa diperkosai hantu dan syaitan Amerika dan Yahudi? Apakah kalian sebagai patriot bangsa tidak dapat mentafsir sokongan Yahudi dan Amerika terhadap Anwar? Apakah kalian sanggup menjadi hamba kepada orang asing dan tanah air kita yang tercinta sebagai bonekanya? Biarlah kita sendiri yang menentukan nasib negara dan bangsa kita dan bukan orang asing. Bukan Amerika atau Yahudi.

Seluruh rakyat menjadi lebih terkejut lagi bila George Soros, penyangak mata wang yang memporak-perandakan nilai mata wang serta kejatuhan merudum beberapa bursa saham negara-negara Asia Timur seperti Malaysia, Thailnad, Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan dan Indonesia, kini secara biadab menggesa supaya Mahathir digulingkan dan digantikan dengan Anwar!

George Soros juga menyokong Amerika yang mahukan Anwar menggantikan Mahathir walaupun kita mengadakan pilihan raya yang bebas setiap lima tahun sekali. Tidaklah hairan sekiranya Anwar terlalu over confident menentang kerajaan Malaysia yang sah oleh sebab Amerika dan Yahudi menjadi penyokong kuatnya di luar negara.

Hubaya-hubaya bila terdapat pemimpin yang sanggup memperhambakan diri dan jiwa kepada orang asing dan sanggup pula memperjudikan nasib generasi akan datang hanya kerana mementingkan diri sendiri menurut runtunan nafsu peribadi yang mengaibkan.


AIDC memetik buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk "62 Dalil Mengapa Reformasi Anwar Gagal", Penerbitan Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1999.

Artikel Yahaya Ismail yang lain :

1. Anwar Tak Berani Bersumpah Dengan Al-Quran

2. Anwar juga penganut nepotisme


Baca selanjutnya...

High Court sets Feb 5-6 for Anwars sodomy case



+++video ini setakat ini sahaja+++






Baca selanjutnya...

20 Nov 2008

Apa muslim harapkan kepada Barrack Obama ?


+++video ini setakat ini sahaja+++






Baca selanjutnya...

Jika Anwar jadi PM, modelnya di Selangor...



Jika Anwar jadi PM, modelnya di Selangor..


Marahkan nyamuk, habis kelambu dibakarnya…..

Sejak dari zaman persekolahan lagi, kita sudah dididik mempelajari pelbagai peribahasa dan simpulan bahasa yang mempunyai maksud tersirat disebalik sesuatu yang tersurat.

Apakah selama ini semua tindakan dan kelakuan yang mencetuskan kemarahan kaum melayu dinegeri Selangor kita melihatkan sebagai langkah sumbang dan juga kesilapan Menteri Besarnya bernama Abdul Khalid Bin Ibrahim? Begitulah juga persoalannya apabila kita terikut-ikut dengan alunan irama Kopi Dangdut seorang Jeneral upahan Anwar Ibrahim, apakah kita dikira bijak merumuskan bahawa semua yang telah berlaku adalah dengan niat mahu menguji tahap kesabaran orang melayu khususnya dinegeri Selangor.…?

Natijahnya nanti apabila kita marahkan semua keputusan dan kelakuan si Khalid, maka akan berlakulah pelbagai bentuk bantahan yang dikemukakan, sedikit sebanyak peribahasa diatas tadi membayangkan keadaan ini…

Mari kita senaraikan disini satu per satu diantara keputusan dan tindak tanduk Khalid yang telah menjadi isu kontrovesi dan mainan media disamping mendapat reaksi negatif rakyat melayu Selangor;-



1. Mengumumkan projek ternakan babi secara besar besaran


2. Tidak melantik Timbalan MB walaupun pihak istana telah maklumkan bahawa calon mestilah dikalangan wakil rakyat melayu supaya mampu menjadi wakil kepada Sultan atau pun MB dalam sebarang acara hal ehwal agama islam, ada yang melihat keputusan MB sebagai menjaga hati DAP dan sanggup melihat Dr Hassan Ali berputih mata.


3. Disebaliknya, melantik Theresa Kok sebagai Exco paling kanan dan tempat duduk Yb Kinrara itu dalam Dewan Undangan Negeri pula bersebelahan dengan MB, apakah bermakna Khalid mengiktiraf Theresa sebagai Timbalan MB?


4. Memberikan portfolio portfolio yang penting kepada Exco Exco kerajaan Selangor bukan melayu sebagai contoh – Perlaburan, Perindustrian & Perdagangan [Theresa Kok], Kerajaan Tempatan [Ronnie Liu], Pelancongan [Elizabeth Wong], Pembangunan Kampung Baru [Ean Yong Hian Wah].




5. Membiarkan salah seorang Exco, Dr Xavier membuat kenyataan bahawa rumah ibadat semua agama dibenarkan pembinaannya seluas 10,000 kaki per segi dalam kawasan perumahan di Selangor.


6. Mencadangkan kuota sebanyak 10% untuk bukan bumiputera memasuki UiTM.


7. Membiarkan beberapa Exco bukan melayu yang diketuai oleh Ronnie Liu mengambil keputusan untuk mengantung Timbalan YDP MPAJ, Abdul Hamid Hussain daripada tugas setelah beliau melaksanakan tanggungjawabnya merobohkan kuil Sri Maha Kaliamman di Ampang dimana tindakan untuk menggantung Abdul Hamid ini telah dipertikaikan sendiri oleh salah seorang Exco, Iskandar Abdul Samad yang menyatakan bahawa tidak ada sebarang mesyuarat Exco diadakan bagi mencapai keputusan tersebut [menjadi tanda tanya apakah ada kuasa Exco mencampuri soal pentadbiran PBT ataupun mereka telah melanggar bidang Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor?]


8. Khalid Ibrahim dengan angkuh dan sombongnya membuat kenyataan bahawa pemimpin tidak perlu membuang masa menziarah rakyat yang ditimpa kecelakaan dalam tragedi ribut melanda sebuah penempatan perumahan di Klang yang didiami oleh majoriti kaum melayu, tindakannya itu telah mendapat bantahan keras daripada seorang Ahli Parlimen PKR sendiri yang mendesak Khalid memohon maaf diatas kenyataan tersebut.


9. Mencipta sejarah dengan melantik seorang bukan melayu, Low Siew Moi sebagai pemangku Pengurus Besar PKNS yang belum pernah terjadi dalam pentadbiran anak syarikat kerajaan negeri Selangor sebelum ini.

Itulah adalah diantara kontrovesi beberapa isu panas yang dicipta oleh Khalid Ibrahim semenjak bergelar Menteri Besar Selangor. Sedar atau tidak bahawa apa yang telah dilaksanakannya itu juga boleh merupakan suatu percaturan politik, besar kemungkinan mendapat tunjuk ajar daripada Anwar Ibrahim.

Kalau dikupas daripada perkiraan sifir politik Anwar Ibrahim, parti tunggangannya itu bersama Pakatan Rakyat sudah tidak boleh lagi mengubah selera daripada kaum melayu yang tidak mepercayai perjuangan serta kekuatan gabungan Pakatan Rakyat. Dikalangan pemimpin yang mahu menjadi gurkha gurkha Anwar yakin bahawa hanya dokongan berterusan daripada kaum bukan melayu sahaja boleh menjamin mereka kekal mendapat sokongan tambahan seterusnya memungkinkan mereka merampas kerajaan pusat dalam pilihanraya akan datang.

Adalah lebih munasabah jika dikatakan tafsiran Tsunami Pilihanraya baru baru ini hanya boleh kita berikan kepada peralihan undi kaum bukan melayu. Ini terbukti dengan tersungkurnya ramai pemimpin pemimpin ternama BN seperti Koh Tsu Koon, Samy Vellu, Kaveyas dan ramai lagi Yb Yb daripada MCA dan MIC hilang gelaran tersebut pada Pilihanraya ke 12.

Kalau dikira daripada prestasi parti komponen BN, masih ramai lagi wakil rakyat daripada UMNO kekal samada di DUN atau Parlimen dan ini jelas membuktikan bahawa undi kaum melayu masih tidak beralih arah kepada Pakatan Rakyat.

Oleh yang demikian, semua tindak tanduk Khalid Ibrahim selama ini adakah mungkin sekadar mahu menguji kesabaran melayu di Selangor supaya berterusan memprotes dan dalam waktu yang sama senario ini akan menjadikan kaum bukan melayu terutamanya yang masih bersama MCA dan MIC akan melabelkan melayu dan UMNO hanya mahu memperjuangkan nasib satu kaum sahaja. Ini amatlah berbeza dengan PKR yang pada awal mukadimah oleh Anwar Ibrahim sendiri sudah memberikan jaminan akan menghapuskan Dasar Ekonomi Baru sekiranya menduduki tampuk pimpinan kerajaan pusat.

Sebagai contoh dalam isu PKNS, lihat sahajalah komen daripada beberapa pimpinan MCA yang berada dalam komponen BN….

Adakah perlu sebuah parti yang bertunjangkan melayu, UMNO khususnya untuk melatah dan mempamerkan kemarahan kepada semua tindakan Khalid Ibrahim…? Apakah disebalik sebarang reaksi negatif pimpinan UMNO dan NGO NGO melayu ini kesudahannya nanti akan terperangkap dengan muslihat politik Anwar, bermakna Pakatan Rakyat terus mendapat sokongan daripada kaum bukan melayu untuk memberikan kemenangan lebih besar kepada mereka pada Pilihanraya akan datang. Lihatlah kesannya apa yang terjadi keatas undi kaum cina pada pilihanraya kecil Permatang Pauh setelah Anwar dan Khalid berjaya mainkan isu cadangan 10% - 20% kemasukan kaum bukan melayu kedalam UiTM.

Agak mustahil untuk diterima akal bahawa Khalid Ibrahim sanggup berterusan membuat keputusan demi keputusan yang mengundang kontrovesi serta api kemarahan kaum melayu di Selangor.

Semoga UMNO akan lebih berhati hati dengan sifir politik Anwar Ibrahim….., sebarang tindakan daripada Khalid Ibrahim selepas ini haruslah diperhalusi sebaik mungkin!


sumber - medan-info-kita




Baca selanjutnya...

Mahkamah Tinggi tangguh Februari dengar semakan kes liwat Anwar



Mahkamah Tinggi tangguh Februari dengar semakan kes liwat Anwar


Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan untuk mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan pada 5 dan 6 Februari depan berhubung permohonan pendakwa raya untuk semakan bagi membatalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang tidak membenarkan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Keputusan itu diputuskan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.


Pihak pembelaan diwakili Sulaiman Abdullah memohon supaya Anwar dikecualikan daripada menghadiri sesi berkenaan kerana hanya melibatkan prosedur undang-undang.


Mahkamah membenarkan permohonan tersebut tanpa bantahan pihak pendakwa.


Hakim menetapkan keputusan mendengar semakan tersebut pada Februri depan dengan alasan kesukaran mencari tarikh yang sesuai kerana jadualnya yang padat sehingga penguhujung tahun ini.


Terdahulu, Anwar tiba di mahkamah pada jam 9 pagi bersama isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.


Mahkamah mula bersidang jam 9.12 pagi.


Anwar ketika ditemui di luar mahkamah berkata, beliau akur dengan keputusan penangguhan tersebut.


"Saya mahu kes ini diselesaikan dengan cepat...tak mahu tangguh-tangguh.


"Jadi strategi mereka berjaya sebab suka tangguh-tangguh," katanya ringkas.


Minggu lalu, Hakim Mahkamah Sesyen S. M. Komathy Suppiah memerintahkan kedua-dua pihak mendapatkan arahan dan perintah daripada Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini berhubung permohonan pendakwa raya bagi semakan serta penangguhan semua prosiding sementara menunggu keputusan Mahkamah Tinggi.


Ia dijadual didengar hari ini dan esok.


Anwar, 61, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lalu.


Pada 7 November lalu, Komathy menolak permohonan pihak pendakwaan agar kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi selepas memutuskan sijil untuk memindahkan kes yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail adalah tidak sah.


Abdul Gani sedang disiasat Badan Pencegah Rasuah berhubung satu laporan oleh Anwar kononnya Abdul Gani memalsukan keterangan dalam siasatan insiden "mata lebam" semasa Anwar ditahan polis pada 1998.


Pendakwaan memfailkan semakan terhadap keputusan itu pada 10 November atas beberapa alasan antaranya tindakan Abdul Gani menandatangi sijil itu hanyalah sebagai memainkan fungsi tadbir dan bukannya memainkan fungsi kehakiman atau kuasa kehakiman kerana pendakwa raya bukannya menghakimi apa-apa pertikaian di antara pihak-pihak.


Mahkamah Sesyen juga telah menetapkan 14 November lalu bagi sebutan untuk pihak pendakwaan menyerahkan dokumen tertentu seperti laporan perubatan, kimia dan polis berhubung kes itu kepada pihak pembelaan.


Bagaimanapun ketika mahkamh bersidang minggu lalu, Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwaan, memaklumkan mahkamah bahawa mengikut Seksyen 35(2) Akta Mahkamah Kehakiman 1964, Mahkamah Tinggi, selepas memohon mana-mana rekod, semua prosiding di mahkamah lebih rendah berhubung perkara itu perlu ditangguhkan sementara menunggu arahan selanjutnya daripada Mahkamah Tinggi.


Mohamed Yusof berkata ini bermakna semua dokumen yang diperlukan peguam bela Anwar tidak boleh dibekalkan sehingga Mahkamah Tinggi mengeluarkan perintah atau membuat keputusan.

Sumber - Mstar.online


Baca selanjutnya...

Kes liwat: Permohonan pendakwaan didengar 5,6 Februari 2009



KUALA LUMPUR 20 Nov. - Permohonan semakan oleh pihak pendakwaan untuk memindahkan perbicaraan kes Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan akan didengar di Mahkamah Tinggi di sini pada 5 dan 6 Februari tahun depan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan tarikh itu selepas menimbangkan permohonan pihak peguam bela mewakili Anwar yang memohon menangguhkan pendengaran semakan kes itu.

Peguam Sulaiman Abdullah yang mengetuai barisan pembelaan memberitahu bahawa pihaknya meminta penangguhan dengan alasan jadual pembelaan mereka adalah sangat ketat.

Prosiding hanya mengambil masa kira-kira 15 minit pagi ini.

Anwar hadir pada pukul 9 pagi ditemani isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Pada 14 November lalu, Hakim Mahkamah Sesyen, S.M. Komathy Suppiah yang mendengar sebutan kes terhadap Anwar menangguhkan untuk menetapkan perbicaraan kes itu pada tarikh yang akan diberitahu kelak.

Pada prosiding tersebut Ketua Bahagian Pendakwaan, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden memberitahu bahawa perbicaraan terhadap Anwar harus dihentikan sementara kerana pihaknya telah mengemukakan permohonan semakan di bawah Seksyen 323 Kanun Tatacara Jenayah terhadap keputusan hakim Mahkamah Sesyen itu yang menolak permohonannya untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi,

Komathy telah menolak permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi dengan alasan sijil perakuan di bawah Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak sah.

Pada prosiding Jumaat lalu, Mohd. Yusof juga telah memberitahu bahawa pihaknya menangguhkan penyerahan salinan dokumen yang diminta oleh peguam bela mengikut peruntukan Seksyen 35(2) Akta Mahkamah Kehakiman sehingga permohonan semakan itu selesai.

Anwar, 61, kini Ketua Pembangkang di Parlimen didakwa meliwat Mohd. Saiful pada 26 Jun 2008 antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu dituduh di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

sumber - Utusan Malaysia



Baca selanjutnya...

Kenapa Reformis mahu berbogel ?



Kenapa Reformis mahu berbogel ?


Saya dilanda kecewa apabila melihat isu kezaliman kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor terhadap penyewa Program Perumahan Rakyat (PPR) kini diremehkan oleh isu Reformis yang syok ingin membogelkan diri! Sehingga semua organisasi yang tersentuh isu ini, baik akhbar harian, pihak kerajaan negeri malah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sendiri rancak memperkatakan niat protes bogel pula!

Soalnya, kenapakah cadangan protes tak senonoh ini diketengahkan? Bukankah lebih penting bagi semua pihak memberi lebih perhatian terhadap kezaliman kerajaan PR Selangor yang bakal menaikkan sewa penduduk PPR, yang amnya dari golongan miskin, lebih dua kali ganda dari RM124 ke RM250? Dahlah tu, nak dinaikkan sewaktu kemelesetan ekonomi dan inflasi melanda rakyat tersebut pula!


Bukankah pemimpin yang menzalimi rakyat, terutama golongan berkeperluan, lebih berat dosanya dari membogelkan diri wahai ilmuan JAIS?


Bukankah peranan akhbar mewar-warkan berita dan memantau isu yang penting untuk rakyat, bukan sensasi sahaja wahai pemberita?


Bukankah ini masa untuk pemimpin kita bersuara menentang kezaliman, dari membiar isu dicuri oleh 'Reformis' yang terlihat mengejar glamer sahaja?
Manalah tak ketinggalan masyarakat Malaysia amnya dan Melayu khususnya, kiranya begini lekehnya kita memantau dan menangani isu masyarakat...

sumber - thoughtsintangents.blogspot.com


Baca selanjutnya...

Anwar Tak Berani Bersumpah Dengan Al-Quran



Anwar Tak Berani Bersumpah Dengan Al-Quran


Oleh Yahaya Ismail

Anwar banyak bermain sandiwara mengenai tingkah lakunya sebagai pemimpin. Banyak topeng yang dipakainya hingga setengah orang menjadi keliru dan tidak tahu apakah dia seorang pejuang nombor wahid ataupun seorang homoseks yang menggerunkan rakyat.

Walaupun Perdana Menteri Mahathir telah menyatakan alasan pemecatannya namun Anwar tetap berdegil dan menganggap dirinya bersih lagi bersih, putih lagi putih dari sabun Fab. Dia mengatakan itu semua fitnah, suatu konspirasi yang didalanginya Mahathir kerana Mahathir takut kepadanya. Kononnya dia kini sudah menjadi duri dalam daging kepada Mahathir dan kroni-kroni Mahathir.

Kita faham mengapa Anwar berhempas-pulas menafikan dia seorang homoseks. Dia berhak untuk menafikannya kerana sekiranya benar dia akan tersisih dari arus sejarah dan akan diketepikan oleh orang Melayu dan Islam sebagai pemimpin mereka. Dia tahu sejarah kehancuran kaum Lut dalam al-Quran. Dia juga sedar bahawa orang Melayu tidak akan menerimanya lagi sebagai pemimpin mereka. Malaysia bukan Amerika Syarikat.

Melayu bukan masyarakat Barat yang menghalalkan homoseksualiti. Dia juga mempunyai enam orang anak dan seorang isteri yang akan menanggung segala kesengsaraan batin sekiranya dia benar-benar seorang homoseksual. Di manakah dia akan meletakkan mukanya kalau anak-anaknya mengetahui segala rahsia hubungan sejenis itu?

Isterinya yang setia 1000% juga akan menghadapi tekanan jiwa yang parah kalau suami yang tercinta rupa-rupanya mempunyai hubungan sulit dengan berbagai-bagai lelaki seola-olah dia sebagai isteri dan wanita tidak lagi menimbulkan keghairahan yang melemaskan.

Lalu dia menjerit seluruh alam bahawa itu semuanya fitnah belaka. Kalau itu dianggap fitnah mengapakan dia amat gerun dan bimbang bila hendak dihadapkan ke mahkamah?

Mengapakah dia memperalatkan golongan remaja yang emosional dan tidak matang dalam politik menjadi pendindingnya hingga mencetuskan rusuhan dan demonstrasi liar di ibukota saban minggu? Pemimpin yang berwibawa dan bermaruah sanggup menghadapi cabaran dan sanggup menghadapi siapa saja sebagai kesatria. Dia tidak akan memperalatkan orang lain untuk menjamin kepentingan politik peribadinya seperti mana yang dilakukan Anwar sekarang.

Kalau alasan Mahathir memecatnya dianggap fitnah apakah yang bukan fitnah? Apakah alasan ”Mahathir takutkan pengaruh Anwar” dianggap alasan yang super bagus untuk menyakinkan rakyat bahawa Anwar bukan seorang homoseksual?

Mahathir yang memberi peluang kepada Anwar menikmati kuasa sebagai menteri, melindunginya dari berbagai kelemahannya dalam bidang pentadbiran dan pengurusan kewangan sewaktu menjadi menteri kabinet kini dianggap terlalu takut terhadap Anwar?

Masyaallah! Tanpa Mahathir Anwar hanya berkokok di luar pagar kuasa dan akan menjerit dan melolong sebagai pemimpin ABIM dan mudir Yayasan Anda. Ini realitinya.

Lalu dia berkata bahawa ada konspirasi dari pucuk pimpinan UMNO dan kerajaan untuk menggagalkan yang berusaha untuk menghapuskan korupsi dan penyelewengan dalam kerajaan yang kononnya melibatkan orang-orang Mahathir!

Ya Tuhan, benarkan orang-orang Mahathir sahaja yang mengamalkan korupsi dan penyelewengan tetapi Anwar dan kroni-kroninya super bersih dari amalan yang mungkar itu? Betulkah dia bersih lagi bersih? Kata dulang paku serpih, kata orang aku yang lebih.

Demikianlah dia melemparkan tuduhan konspirasi untuk menolak dakwaan Mahathir bahawa dia seorang homoseksual – sesuatu yang sukar diterima oleh mereka yang tahu secara mendalam lakonan politik Anwar selama menikmati kekuasaan dan kekayaan dalam kabinet.

Mereka yang arif dalam perundangan Islam berkata mesti ada empat orang saksi yang baik untuk membuktikan kesalahan Anwar tersebut. Saksi-saksi itu pula mestilah terdiri dari mereka yang berakhlak mulia dan barangkali tidak ada rekod buruk langsung. Tapi yang paling penting mata mereka jangan rabun. Apakah ada tukang intip yang melihat perbuatan terkutuk itu?

Ini bukan mainan seks di celah-celah batu atau dalam semak samun, atau di tepi perigi buta atau dalam semak samun, atau di tepi perigi buta atau dalam kebun getah di mana terdapat mereka yang hobinya intip-mengintip cara kampung tidak ada. Bilik apartmen atau kondo dibuat dengan batu. Malah nak masuk ke kondo dan apartmen atau kondo pun terpaksa menemui pengawal.


Tidak ada mata manusia yang lebih dari 20-20 boleh menembusi dinding batu yang pejal untuk melihat berbagai adegan seks yang mengikut tabii atau pun yang luar dari tabii. Barangkali jin, syaitan dan afrit serta malaikat sahaja yang boleh melihat adegan ”perjuangan yang super hebat” itu kerana mereka hidup dalam alam ghaib!

Tentulah kita tidak boleh menjadikan jin, syaitan dan malaikat sebagai saksi sebab kita sendiri pun tidak dapat melihat mereka. Lagi pula kita sendiri tidak tahu bagaimanakah hendak berkomunikasi dengan mereka untuk meminta menjadi saksi kerana mereka makhluk lain dari kita.

Manusia yang ada intelek dan bijaksana masih boleh menjamin keadilan dan kesejahteraan untuk ummah. Hari ni pengetahuan teknologi yang super canggih boleh dimanfaatkan untuk membuka rahsia alam dan juga manusia. Orang boleh menggunakan kamera video digital dan alat perakam suara yang juga super canggih dapat merakamkan segala perilaku manusia dalam keadaan yang tersembunyi dari makhluk ramai.

Barangkali Nalla Karuppan tahu menggunakan alat-alat ini sebagai salah seorang pengusaha filem tempatan. Memang Anwar tak tahu mengendalikan gadget ini sebab dia lebih berminat menjadi pelakon di pentas politik tanah air dan antarabangsa. Bayangkan sperma Clinton yang kering kuntang terlekat pada jaket Monica Lewinsky berbulan-bulan itu pun dapat dianalisa dan dipastikan kepunyaan Presiden Amerika inikan pula video dan filem.

Malah menurut kajian forensik pihak pakar dapat menganalisa secara sainstigik dubur yang kena main dan barangkali juga batang yang ganas dalam hubungan homoseksualiti. Inilah hasil dari pengetahuan teknologi manusia yang boleh dimanfaatkan

Banyak orang berpendapat amatlah bahagia dan melegakan perasaan orang ramai yang memuja dan menyanjung tinggi ketokohan Anwar sebagai pejuang Islam yang berakhlak mulia agar dia bersumpah di masjid dengan menjunjung al-Quran di hadapan alim ulama dan para penonton dari berbagai lapisan hidup untuk menjernihkan suasana.

Biarlah kuasa Allah Ta’ala menentukan kebenaran seseorang. Mintalah Allah Ta’ala menunjukkan kebenaran agar seluruh rakyat Malaysia khasnya dan masyarakat Islam sedunia tidak ditimpa malu yang amat sangat akibat pemecatan Abang Anwar (panggilan manja yang sering diucapkan Wan Azizah dalam ceramah-ceramah politiknya).

Dalam isu pemecatan Anwar yang dikatakan terlibat dalam homoseksualiti maka kita menyeru kepada seluruh umat Islam mengadakan sembahyang hajat beramai-ramai dan memohon kepada Allah agar menunjukkan kebenaran dan melindungi negara serta rakyat Malaysia dari bencana kemnurkaanNya. Kita tidak membela Mahathir atau pun Anwar dalam sembahyang hajat. Yang kita pohon bersama dengan penuh kyusyuk dan tawaduk ialah KEBENARAN. Hanya Allah yang menentukannya.

AIDC memetik buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk " 62 Dalil Mengapa Reformasi Anwar Gagal", Penerbitan Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1999.


Artikel lain yang berkaitan :

1. Anwar dan Teori Konspirasi - Ibrahim Ali

2. Anwar Ibrahim menjawab isu liwat dan homoseksual di dateline

3. Muslim Moderat Halalkan Homoseksual ?



Baca selanjutnya...

19 Nov 2008

Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP), Parti Islam Turki?

Erdogan bersama bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert



Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP), Parti Islam Turki?


Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) tidak boleh dipisahkan dari Parti Refah yang sudah dibubarkan. Pengalaman masa lalu membuatkan Erdogan mengubah strategi dan tidak lagi mendukung politik pro-Islam secara terus terang untuk menghindari pertikaian dengan kelompok sekular.

Kemenangan AKP dalam pilihanraya Turki terlalu janggal disebut sebagai kemenangan Islam. Walaupun Recep Tayyip Erdogan dilihat sebagai berpewatakan Islam, namun dia sebenarnya mudah tunduk kepada tekanan hingga sanggup mengadaikan prinsip-prinsip Islam. Baru-baru ini Erdogan mendukung demontrasi yang membawa sepanduk berbunyi: “No to a military coup, no to Sharia (Islamic) Law. (Reuters, 15/5/2007).

Erdogan juga menegaskan, AKP bukan parti agama, tetapi parti yang ingin menciptakan kesejahteraan bagi rakyat Turki. “Tidak ada peranan agama dalam parti politik dan juga tidak ada parti agama dalam politik,” tegas Erdogan.

“Saya bukan politikus Islam dan tidak pernah selama karier politik saya, saya melaungkan, saya politikus Islam; tetapi saya Muslim yang akan memberi komitmen menjalankan ajaran Islam,” lanjutnya.




Seterusnya, Erdogan menegaskan, beliau bersedia mempertahankan hubungan saling menguntungkan di antara Turki dan Israel. Tentang rancangan serangan Amerika Syarikat (AS) terhadap Iraq, Erdogan hanya berkata terlalu awal untuk membahas isu itu. Namun, Erdogan tetap mengkritik larangan hijab di kampus Turki.




Dia begitu megah mengutarakan kekagumannya terhadap amalan sekularisme di AS yang memberi kebebasan para penganut agama menjalankan ajaran agamanya.

Menurutnya, jika partinya boleh membentuk pemerintahan tanpa campuran dengan parti politik lain, pemerintahannya nanti bersedia berunding dengan IMF untuk program penyelamatan ekonomi Turki yang sebelum ini dibantu oleh IMF sebanyak 16 milion dolar AS. Dia juga berjanji akan mempercepatkan proses kemasukan Turki ke dalam UE (Kesatuan Eropah) serta memperkuatkan interaksi ekonomi Turki dengan ekonomi dunia terutamanya membuka pintu Turki kepada para pelabur asing.

Erdogan dan Paul Wolfowitz


Untuk menghilangkan kebimbangan di kalangan sekular Turki, Erdogan juga berjanji akan membawa rakyat agar tetap memegang komitmen prinsip sekularisme di Turki sepertimana yang tertera dalam perlembagaan.

Erdogan bersama Angela Merkel, pemimpin parti Christian Democratic Union (CDU), Jerman. Parti CDU ini merupakan penaja utama Konrad Adeneur Foundation (KAF) yang menjadi penaja demokrasi dan pluralisme di seluruh dunia, termasuk Malaysia.


Erdogan yang kini menjawat jawatan sebagai PM Turki mengatakan bahawa sudah sewajarnya kerajaan, atau siapapun, memberi komitmen dengan sistem sekular Turki, sebagaimana dalam perkataannya : “Pemerintah harus komitmen untuk memelihara undang-undang dasar negara dan harus terus mempertahankannya.” [Farid Wadjdi, dari berbagai sumber]

AIDC menterjemah artikel Hizbul Tahrir Indonesia. Artikel asal klik di sini

Artikel pilihan :

1. Anwar model Islam Amerika Asia Tenggara



Baca selanjutnya...

Retreat PR, tidak sentuh pelan bentuk kerajaan



Retreat PR, tidak sentuh pelan bentuk kerajaan


oleh G. MANIMARAN dan ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Retreat Pakatan Rakyat malam tadi, yang pertama sejak pilihan raya umum ke-12 tidak menyentuh soal sasaran rancangan pembangkang untuk membentuk kerajaaan persekutuan yang tidak menjadi kenyataan dua bulan lalu.

Sebaliknya, pertemuan kira-kira dua jam itu yang berlangsung di ibu negara, telah membincangkan perkembangan semasa membabitkan parti-parti komponen Pakatan Rakyat.


Difahamkan ia juga ada menyentuh perkembangan semasa dalam Barisan Nasional (BN) dan Umno.


Hasil perkembangan retreat itu, Pakatan Rakyat akan mengadakan pertemuan kedua seumpama dalam tempoh dua minggu lagi.


Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berkata, pihaknya telah membincangkan mekanisme untuk memperkukuhkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.


"Wakil-wakil yang hadir telah mencadangkan pelan dan struktur memantapkan hubungan dalam Pakatan Rakyat. Sehingga kini hubungan sesama komponen Pakatan Rakyat tetap kekal seperti biasa tanpa masalah," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Batu ketika dihubungi malam tadi.


Pertemuan sulung Pakatan Rakyat itu, yang dihadiri kira-kira 60 ahli Parlimen dan 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) turut menyentuh perkembangan politik tanah air termasuk perkembangan dalam Umno dan BN, kata Tian Chua.


Namun beliau enggan mengulas lanjut aspek tersebut.


Bagaimanapun jelas beliau, antara lain pertemuan tersebut telah memutuskan untuk menubuhkan jawatankuasa mengenai hak asasi manusia.


Sementara itu, ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini berkata, pertemuan komponen Pakatan Rakyat semalam adalah bagi mewujudkan kerjasama erat antara komponen pembangkang itu.


"Ini adalah satu perjumpaan muhibbah antara pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang berbilang bangsa dan kami semua seperti sebuah keluarga.


"Selain itu kami mahu hubungan erat pelbagai masyarakat dalam Pakatan Rakyat ini menjadi contoh kepada kerajaan Barisan Nasional dan Umno," katanya.


Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada pertemuan semalam turut membincangkan tentang peralihan kuasa.


Bagi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau tutut enggan mengulas mengenai perkara-perkara yang dibincangkan dalam pertemuan di ibu negara semalam.


Pertemuan itu dihadiri Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.


Ia dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang di Parlimen dan Ketua Umum Pakatan Rakyat.Pakatan Rakyat terdiri daripada PKR, DAP dan PAS.


Ketua Menteri dan Menteri-menteri Besar kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat tidak hadir.


Dalam pada itu, Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Kubang Kerian dan Ketua Pemuda PAS yang turut hadir enggan mengulas atas alasan pertemuan diadakan secara tertutup.


Semalam Pengarah Strategi PKR, Saifuddin Nasution berkata, pertemuan informal itu antara lain bertujuan membincangkan usaha merapatkan ikatan wakil-wakil rakyat pembangkang.


Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, pertemuan peringkat Pakatan Rakyat ini adalah susulan retreat yang diadakan PAS di Langkawi dua minggu lalu dan PKR di ibu negara minggu lalu.


Pakatan Rakyat diumumkan pembentukannya selepas pembangkang menafikan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.


Anwar pula dipilih Ketua Pembangkang menggantikan isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selepas memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos lalu

sumber - Mstar online

Retreat sulung Pakatan di ibu negara hari ini


Oleh G.MANIMARAN


PETALING JAYA: Pakatan Rakyat, ikatan pembangkang yang ditubuhkan April lalu, mengadakan retreat - yang pertama sejak pilihan raya umum ke-12, di ibu negara hari ini.

Pertemuan informal itu yang disertai ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat, antara lain bertujuan membincangkan usaha merapatkan ikatan wakil-wakil rakyat pembangkang.


mStar Online difahamkan pertemuan ini bertujuan menyusun strategi Pakatan Rakyat untuk menghadapi beberapa isu semasa termasuk isu sasaran 16 September dijangka menjadi tumpuan.


Ia merupakan siri pertemuan dua kali. Pertemuan kedua dijadual diadakan minggu depan.


"Pertemuan hari ini adalah retreat yang pertama sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai Ketua Pembangkang... mahu adakan group binding, bertujuan merapatkan kerjasama di kalangan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat," kata Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution kepada mStar Online.


Saifuddin yang juga anggota Sekretariat Pakatan Rakyat berkata, majoriti ahli Parlimen pembangkang akan menghadiri pertemuan hari ini.


"Kira-kira 10 ahli Parlimen tidak dapat hadir hari ini, ada yang kini berada di luar negara.. di Kuwait, Paris dan sebagainya," katanya.


Pakatan Rakyat diumumkan pembentukannya selepas pembangkang menafikan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.


Anwar pula dipilih Ketua Pembangkang menggantikan isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selepas memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos lalu.


Anggota komponen Pakatan Rakyat kini terdiri daripada PKR, DAP dan PAS melibatkan 81 anggota.


PKR mempunyai 31 anggota di Dewan Rakyat, DAP (28) dan PAS pula 22.


Kini, Barisan Nasional (BN) mempunyai 138 kerusi. Tiga lagi kerusi adalah milik Bebas termasuk dua yang dipegang Parti Maju Sabah (Sapp).


Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, pertemuan peringkat Pakatan Rakyat ini adalah susulan retreat yang diadakan PAS di Langkawi dua minggu lalu dan PKR di ibu negara minggu lalu.


"Ini retreat peringkat Pakatan Rakyat, melibatkan ahli-ahli Parlimen," katanya.


Bagaimanapun beliau enggan menyatakan sama ada pertemuan hari ini akan membincangkan aspek-aspek berbangkit, yang berkaitan dengan soal sasaran menubuhkan kerajaan persekutuan yang tidak menjadi kenyataan 16 September lalu.


"Itu saya tidak mahu saya sebut," katanya.


sumber - Mstar online



Baca selanjutnya...

Anwar Ibrahim dakwa Dipenjara Akibat Bersahabat dengan Amien Rais ?



Anwar Ibrahim dakwa Dipenjara Akibat Bersahabat dengan Amien Rais?


Gunawan Mashar - detikNews

Jakarta - Mantan, Timbalan Perdana Menteri, laysia Anwar Ibrahim memuji figur Amien Rais sebagai seorang pejuang. Bahkan dia juga mengatakan salah satu sebab dia dipenjara kerana bersahabat dengan Amien Rais.

Hal ini diceritakan Anwar Ibrahim saat menghadiri pelancaran Buku Amien Rais "Selamatkan Indonesia!" di Wisma Serba Guna Glora Bung Karno, Senayan, Jakarta, Selasa (13/5/2008).

"Pada tahun 1998, ketika saya ditangkap saya ditanya, kenal Amien Rais atau tidak? Jadi ada saham sedikit dari Amien Rais kenapa saya dipenjara," kata Anwar dalam pidato sambutannya disambut tawa dan tepuk tangan hadirin.

Kehadirannya dalam program itu menurut Anwar sebagai bentuk penghormatan kepada dirinya dalam ertikata bersahabat. Anwar menilai Amien sebagai seorang pejuang Indonesia.

"Saya datang di sini khusus untuk memberi penghormatan kepada sahabat, yang saya anggap sebagai keluarga bahkan juga sebagai pejuang Indonesia," ujar Anwar.

Anwar juga sempat menyentuh faktor kemarahan negara Islam kepada kekejaman pemerintahan Amerika. "Saya faham sebab kemarahan rakyat. Bukan hanya di Malaysia, atau di Indonesia, tetapi di semua negara-negara Islam" kata Anwar.(mly/fay)

AIDC menterjemah artikel detiknews.com. Artikel asal klik di sini.

Artikel lain berkaitan :

1. Apa konspirasi Anwar Ibrahim & Amin Rais, produk Amerika ?






Baca selanjutnya...

Anwar juga penganut nepotisme



Anwar juga penganut nepotisme


Oleh Yahaya Ismail

Anwar juga menuduh Mahathir mengamalkan nepotisme, memperkayakan anak beranaknya dan kaum keluarganya terutama sekali keluarga sebelah isterinya. Malah ada anak-anak Mahathir yang menggunakan alamat Sri Perdana dalam prospektus syarikat masing-masing. Betul. Tapi apakah Anwar tidak mengamalkan nepotisme?

Dia sering berkata dia tidak membenarkan mana-mana pihak, termasuk kerajaan negeri, memberi apa saja projek atau tanah balak dan sebagainya kepada kaum keluarganya. Kononnya dia ingin membuktikan kepada rakyat dia tidak mengamalkan nepotisme. Betul ke?

Ayahnya, Datuk Ibrahim A Rahman, menjadi Pengerusi IOI. Sebelum Anwar menjadi Menteri, sewaktu menjadi mudir Yayasan Anda, nama ayahnya sebagai tokoh korporat tidak timbul. Bila Anwar menjadi menteri, terutama sekali sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri tuah Pak Ibrahim melonjak naik. Kini IOI mempunyai hartatanah yang banyak di berbagai-bagai negeri. Malah di Sabah saja dikatakan hartatanah IOI melebihi 50,000 hektar.

Sewaktu Anwar menikah lari dengan Wan Azizah di Siam, Datuk Wan Ismail hanya seorang pengarah di bidang perang urat saraf di Jabatan Perdana Menteri. Waktu menikah dengan anaknya Anwar bukan seorang menteri. Cuma mudir Yayasan Anda. Pada waktu itu dia dikatakan tidak merestui perkahwinan anaknya yang menikah dengan pejuang Islam nombor wahid.

Anwar dianggap sebagai musuhnya kerana dianggap sebagai anti kerajaan dan peranan Wan Ismail ialah sebagai anti kerajaan dan peranan Wan Ismail ialah melumpuhkan golongan-golongan pelajar di kampus yang anti kerajaan.

Tiba-tiba anak gadis sendiri sudah muhabbatkihe dengan pejuang Islam. Ada semacam filem Hindustan sedikit tema percintaan dan ketegangan antara menantu dengan bapak mertua. Dengan bantuan Dollah Badawi kedua pihak, menantu dengan bapak mertua, kembali berdamai. Bila menantu jadi menteri, tambah-tambah lagi sebagai Menteri Kewangan merangkap Timbalan Perdana Menteri luka lama hilang serta-merta.

Kini Datuk Wan Ismail dikatakan juga kaya-raya berkat tuah menantu yang pernah dia musuhi di masa lalu. Barangkali dia menjadi kaya raya tanpa minta projek dari menantunya. Cukuplah sebagai bapak mertua pintu rezeki dan peluang terbuka luas. Tidak perlu lagi mencari lampu Aladdin yang ajaib yang ada kuasa jin afrit untuk membantu mereka.

Begitu juga dengan abang-abang dan adik-adik Anwar. Semua menjadi kaya raya walaupun kelayakan akademik tidak seberapa dan pengetahuan perniagaan yang mendalam tidak pernah dimiliki sebelum Anwar menjadi menteri. Boleh jadi juga mereka ini menjadi cerdas dan bijak berniaga hingga menjadi kaya raya setelah Anwar menjadi menteri. Boleh jadi juga mereka ini menjadi cerdas dan bijak berniaga hingga menjadi kaya raya setelah Anwar menjadi menteri. Barangkali inilah kelebihan mereka yang tidak dimiliki oleh rakyat marhaen yang lain. Apakah tangkal azimat yang dipakai mereka?

Sudah pasti mereka tidak menggunakan khidmat nasihat hantu raya, polong atau pun raja toyol. Yang nyata mereka menjadi kaya raya setelah Anwar menjadi menteri. Sebelum itu adik beradiknya ada yang menjadi guru, kerani kapal, pembantu makmal, photographer tapi kini boleh dikatakan semua mereka kaya raya walaupun kononnya Anwar tidak membantu mereka. Hebat, hebat sungguh keluarga Pak Berahim dan Wan Ismail ini!

Kalau dibandingkan kelayakan akademik anak-anak Mahathir mempunyai kelulusan akademik dan profesional yang tinggi. Semua memiliki ijazah antaranya dalam bidang finance dan mendapat pendedahan yang cukup baik dalam dunia korporat. Kalau mereka mengendalikan beberapa syarikat korporat yang besar itu dianggap wajar memandangkan kebolehan dan kemampuan mereka. Kalau mereka mendapat itu juga dianggap wajar. Tentulah tidak wajar mengatakan kedudukan sang ayah sebagai Perdana Menteri tidak membantu anak-anaknya dalam perniagaan dfan perusahaan.

Tapi bagaimanakah adik-beradik Anwar yang tidak pernah terdedah dalam dunia korporat sebelum Anwar menjadi menteri tiba-tiba kini menjadi pengerusi berbagai-bagai syarikat yang disenaraikan BSKL dan juga syarikat sendirian berhad yang lain? Barangkali otak dan kemampuan mereka sebagai tokoh-tokoh korporat adalah lebih baik dari anak-anak Mahathir. Sama-sama mengamalkan nepotisme.

Rakyat tidak marah kalau membantu anak buah sedikit sebanyak. Rakyat hanya benci dan marah menyinga kalau nepotisme itu keterlaluan hingga mengancam rezeki dan peluang mereka yang bukan ada pertalian darah dengan kedua-duanya.


AIDC memetik buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk " 62 Dalil Mengapa Reformasi Anwar Gagal", Penerbitan Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1999.


Baca selanjutnya...