Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit: Klik di sini
NOTIS
Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com
Kenangan lampau : Gus Dur ketika menjadi Presiden Indonesia (1999-2001). Gus Dur melawat Presiden Clinton di White House, US. Gus Dur juga berdailog dengan Madeline Albright, Ketua National Security Council, Samuel Berger dan Menteri Keuangan, Laurence Summers. Dalam dailog itu Gus Dur menyatakan Gus Dur bersedia membuka pintu untuk mendukung demokrasi Amerika.
Gus Dur Tetap Mahu Jadi Calon Presiden Indonesia 2009
Oleh Mohd Nasir Yusoff
JAKARTA, 15 Nov (Bernama) -- Walaupun didesak banyak pihak supaya tidak mencalonkan diri pada pilihan raya presiden pada tahun 2009, bekas presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid atau lebih dikenali sebagai Gus Dur, tetap berkeras mahu menjadi calon, menurut agensi berita Antara, pada Sabtu. "Saya ini kan ceritanya dijegal (dihalang) untuk maju sebagai capres (calon presiden) oleh Presiden SBY (Susilo Bambang Yudhoyono) dan Wakil (Naib) Presiden JK (Jusuf Kalla) dan juga oleh semua Parpol (parti politik) kecuali PKB (Parti Kebangkitan Bangsa).
"Biar saja mereka jegal saya, tidak mengapa. Saya malah gembira. Kita lihat saja nanti," kata Gus Dur di Jakarta Timur di sini.
Gus Dur mengaku bahawa setiap kali mengadakan dialog dengan masyarakat baik secara lisan mahupun menerusi telefon, beliau merasakan dirinya disokong orang ramai dan sekaligus yakin menang.
"Saya yakin saya menang," ujarnya, yang menambah bahawa sehingga ini 14 orang calon presiden sudah meminta sokongannya untuk pilihan raya itu kelak.
"Saya katakan kepada mereka, saya akan dukung kalau nanti saya tidak "nyalon" (menjadi calon)," katanya.
CHICAGO: Senator Hillary Clinton semalam disebut-sebut sebagai calon pilihan untuk jawatan Setiausaha Negara Amerika di bawah pentadbiran baru pimpinan Barack Obama, beberapa bulan selepas beliau tewas dalam persaingan sengit pencalonan jawatan presiden parti Demokrat. Penganalisis berpendapat pelantikan Clinton yang juga isteri kepada bekas Presiden Bill Clinton ke jawatan berkenaan, akan membantu 'menyembuhkan luka' dan mengatasi jurang perbezaan yang masih wujud selepas persaingan itu.
Obama tidak melantik Hillary sebagai calon Naib Presiden sebaliknya memilih Senator Joe Biden sebagai gandingan, keputusan yang menimbulkan kemarahan penyokong setianya dan menyebabkan kedua-dua mereka terpaksa berusaha keras untuk mengatasinya.
Pemilihan Hillary sebagai diplomat kanan Amerika juga bermakna pelaksanaan dasar luar yang lebih agresif daripada apa yang pernah dinyatakan Obama ketika berkempen.
Sepanjang tempoh berkempen, Clinton dilihat lebih keberatan untuk menetapkan jangka waktu yang tepat mengenai pengunduran askar Amerika dari Iraq.
Bagaimanapun, Obama dan Clinton mempunyai keazaman yang sama untuk meningkatkan imej Amerika di mata dunia dan memperbaiki apa yang mereka sifatkan sebagai 'dasar gagal' di bawah pentadbiran Bush.
Clinton dilaporkan berlepas ke Chicago semalam atas urusan peribadi. Tiada kenyataan sama ada daripada pihak Clinton atau Obama yang mengesahkan beliau menemui bakal Presiden itu bagi membincangkan pelantikan jawatan berkenaan.
"Sebarang spekulasi mengenai Kabinet atau pelantikan jawatan adalah di dalam bidang kuasa bakal presiden untuk menentukannya," kata penasihat kanan Philippe Reines.
Sementara itu stesen televisyen NBC dan akhbar The Washington Post melaporkan, Clinton sedang dipertimbangkan untuk jawatan itu. Reuters
Liberalisme adalah satu faham yang berkembang di Barat. Dalam tesis Ahmad Suhelani, MA yang berjudul “Pemikiran Politik Barat” menjelaskan prinsip-prinsip pemikiran ini. Pertama, prinsip kebebasan individu. Kedua, prinsip kontrak sosial. Ketiga, prinsip masyarakat pasaran bebas. Keempat, perinsip meyakini wujudnya Pluraliti Sosio - Kultural dan Politik Masyarakat. (Gado-Gado Islam Liberal; Sabili no 15 Thn IX/81). Islam dan Liberal adalah dua istilah yang antagonis, iaitu saling bertentangan dan tidak mungkin bersatu. Namun begitu dengan adanya sekelompok manusia di Indonesia menamakan dirinya dengan Jaringan Islam Liberal (JIL), menunjukan terdapat sekumpulan manusia yang mempunyai agenda tersendiri.
Islam adalah pengakuan bahawa apa yang mereka suarakan adalah haqq(benar) tetapi pada hakikatnya suara mereka itu adalab batil (palsu) kerana liberal tidak sesuai dengan Islam dan apa yang mereka suarakan adalah bid'ah yang ditawarkan oleh orang-orang yang ingkar kepada Muhammad Rasulullah.
Maka dalam rencana ini akan kita huraikan asal usul firqah (fahaman) liberal (kelompok Islam Liberal atau Kelompok kajian Utan Kayu), visi, misi agenda dan bahaya mereka.
Asal-usul Firqah Liberal
Islam liberal menurut Charles Kurzman muncul sekitar abad ke-18 ketika kerajaan Turki Utsmaniyah Dinasti Shafawi dan Dinasti Mughal (India) berada diambang keruntuhan. Pada saat itu tampillah para ulama untuk mengadakan gerakan permurnian, kembali kepada al-Qur'an dan sunnah.
Pada saat ini muncullah tunas fahaman liberal awal melalui Syah Waliyullah (India, 1703-1762), menurutnya Islam harus mengikuti adat lokal suatu tempat sesuai dengan keperluan penduduknya. Hal ini juga terjadi di kalangan Syi'ah. Muhammad Bihbihani (Iran, 1790) mulai berani membuka pintu ijtihad.
Idea ini terus tergelincir. Rifa'ah Rafi' al-Tahtawi (Mesir, 1801-1873) memasukkan unsur-unsur Eropah dalam pendidikan Islam. Shihabuddin Marjani (Rusia, 1818-1889) dan Ahmad Makhdun (Bukhara, 1827-1897) memasukkan mata pelajaran sekular ke dalam kurikulum pendidikan Islam. (Charless Kurzman: xx-xxiii)
Dari kiri, Sir Sayyid Ahmad Khan (India), Syed Amir Ali (India), Muhamad Abduh(Mesir) dan Qasim Amin (Mesir)
Di India muncul Sir Sayyid Ahmad Khan (1817-1898) yang memujuk kaum muslimin agar bekerjasama dengan penjajah Inggeris. Pada tahun 1877 dia membuka kelas pengajian yang kemudian menjadi Universitas Aligarh (1920).
Sementara Syed Amir Ali (1879-1928) melalui buku "The Spirit of Islam" berusaha mewujudkan seluruh nilai liberal dalam Islam sepertimana yang dipuja di Inggeris pada masa Ratu Victoria. Amir Ali memandang bahawa Nabi Muhammad adalah Pelopor Agung Rasionalisme. (William Montgomery Waft: 132).
Di Mesir muncullah Muhamad Abduh (1849-1905) yang banyak menceduk pemikiran mu'tazilah dalam menafsirkan Islam dengan cara yang bebas dari pengaruh salaf. Lalu muncul Qasim Amin (1865-1908) kaki tangan Eropah dan pelopor emansipasi wanita, penulis buku Tahrir al-Mar'ah(emansipasi wanita). Lalu muncul Ali Abd. Raziq (1888-1966), yang menentang sistem khilafah, menurutnya Islam tidak memiliki dimensi politik kerana Muhammad hanyalah pemimpin agama. Lalu diteruskan oleh Muhammad Khalafullah (1926-1997) yang mengatakan bahawa yang dikehendaki oleh al-Qur'an hanyalah sistem demokrasi dan tidak yang lain. (Charless: xxi,l8).
Di Algeria muncul Muhammed Arkoun (lahir 1928) yang menetap di Perancis. Dia memulakan tafsiran al-Quran model baru yang berdasarkan kepada pelbagai disiplin Barat seperti dalam lapangan semiotika (ilmu tentang fenomena tanda), antropologi(kajian sosio-budaya masyarakat), falsafah (pemikiran) dan linguistik (bahasa). Intinya dia ingin menelaah Islam berdasarkan ilmu-ilmu pengetahuan Barat moden. Dan ingin mempersatukan keanekaragaman pemikiran Islam dengan keanekaragaman pemikiran di luar Islam. (Mu'adz, Muhammad Arkoun Anggitan tentang cara-cara tafsir al-Qur'an, Jurnal Salam vol.3 No. 1/2000 hal 100-111; Abd. Rahman al-Zunaidi: 180; Willian M Watt: 143).
Di Pakistan muncul Fazlur Rahman (lahir 1919) yang menetap di Amerika dan menjadi pengarah di Universiti Chicago. Ia mempelopori tafsir konstekstual, satu-satunya model tafsir yang adil dan terbaik menurutnya. Ia mengatakan al-Qur'an itu mengandung dua aspek: peraturan spesifik dan idea moral dan yang dituju oleh al-Qur'an adalah idea moralnya kerana itu ia yang senang untuk diterapkan. (Fazlul Rahman: 21; William M. Watt: 142-143).
Di Indonesia muncul Nurcholis Madjid (murid dari Fazlur Rahman di Chicago) yang memelopori gerakan firqah liberal bersama dengan Djohan Efendi, Ahmad Wahid dan Abdurrahman Wahid (Gus Dur). (Adiyan Husaini dalam makalah Islam Liberal dan misinya menukil dari Greg Barton, Sabili no. 15: 88).
Nurcholis Madjid telah memulakan gagasan pembaharuannya sejak tahun l970-an. Pada saat itu dia telah menyuarakan pluralisme agama dengan menyatakan: “Rasanya toleransi agama hanya akan tumbuh di atas dasar fahaman kenisbian (relativisme) bentuk-bentuk formal agama ini dan pengakuan bersama akan kemutlakan suatu nilai yang universal, yang mengarah kepada setiap manusia, yang kiranya merupakan inti setiap agama” (Nurcholis Madjid: 239)
Lalu sekarang muncullah apa yang disebut JIL (Jaringan Islam Liberal) yang mengusung idea-idea Nurcholis Madjid dan para pemikir-pemikir lain yang secocok dengan pemikirannya.
Demikian sanad Islam Liberal menurut Hamilton Gibb, William Montgomery Watt, Chanless Kurzman dan lain-lain. Akan tetapi kalau kita uruti maka pokok fikiran mereka sebenarnya lebih tua dari itu. Fahaman mereka yang rasionalis dalam beragama kembali pada guru besar kesesatan iaitu Iblis Ia'natullah ‘alaih. (Ali Ibn Abi aI-'Izz: 395) kerana itu JIL boleh disamakan dengan “Jalan Iblis Laknat”. Sedangkan faham sekularis dalam bermasyarakat dan bernegara berakhir sanadnya dengan masyarakat Eropah yang meniru tokoh-tokoh gereja yang melahirkan moto 'Render Unto The Caesar what The Caesar's and to the God what the God's' (Serahkan apa yang menjadi hak Kaisar kepada kaisar dan apa yang menjadi hak Tuhan kepada Tuhan). (Muhammad Imarah: 45)
Kerana itu ada yang mengatakan: “Cak Nur (Nurcholis Madjid) cuma meminjam pendekatan Kristian yang membidani lahirnya peradaban barat”
Sedangkan fahaman pluralisme yang mereka agungkan bersambung sanadnya kepada lbn Arabi (468-543 H) yang mencadangkan keimanan Fir'aun dan mengunggulkannya atas nabi Musa 'alaihis salam (Muhammad Fahd Syaqfah: 229-230)
Misi Firqah Liberal
Misi Firqah Liberal adalah untuk menghalang (tepatnya: menghancurkan) gerakan Islam fundamentalis (www.islamlib.com). mereka menulis: “sudah tentu, jika tidak ada usaha-usaha untuk mencegah dominannya pandangan keagamaan yang militan (fundamentalis) itu, dalam waktu yang panjang, pandangan-pandangan kelompok keagamaan yang militan ini boleh menjadi dominan. Hal ini jika terjadi, akan mempunyai akibat buruk buat usaha memantapkan demokrasi di Indonesia. Sebab pandangan keagamaan yang militan biasanya menimbulkan ketegangan antara kelompok-kelompok agama yang ada. Sebut saja antara Islam dan Kristian. Pandangan-pandangan kegamaan yang terbuka (inklusif) plural, dan humanis adalah salah satu nilai-nilai pokok yang mendasari suatu kehidupan yang demokratis.”
Menurut bekas Presiden Amerika Serikat, Richard Nixon (Muhammad Imarah : 75) yang dimaksud dengan Islam Fundamentalis yang menjadi lawan firqah liberal adalah orang yang memiliki lima ciri-ciri berikut;
1. mereka yang digerakkan oleh kebencian yang mendalam terhadap Barat,
2. mereka yang bertekad mengembalikan peradaban Islam masa lalu dengan membangkitkan kembali sejarah masa lalu itu
3. mereka yang bertujuan menerapkan syariat Islam
4. mereka yang mempropagandakan bahawa Islam adalah agama dan negara,
5. mereka menjadikan masa lalu itu sebagai petunjuk untuk masa depan.
Agenda dan Gagasan Firqah Liberal
Dalam tulisan berjudul “Empat Agenda islam Yang Membebaskan"; Luthfi AsySyaukani, salah seorang pelopor JIL yang juga guru di Universiti Paramadina Mulya memperkenalkan empat agenda Islam Liberal.
Pertama, agenda politik. Menurutnya urusan negara adalah murni urusan dunia, sistem kerajaan dan demokrasi.
Kedua, mengangkat kehidupan antara agama. Menurutnya perlu dipraktikkan teologi pluralisme kerana semakin majmuknya kehidupan bermasyarakat di negera Islam.
Ketiga, emansipasi wanita dan
Keempat kebebasan berpendapat (secara mutlak).
Sementara menurut Greg Bertan, (Gagasan Islam Liberal di Indonesia, Pustaka Antara Paramadina 1999: XXI) empat agenda tambahan agenda mereka adalah :
1. pentingnya konstekstualisasi ijtihad 2. komitmen terhadap rasionaliti dan pembaruan 3. penerimaan terhadap pluralisme sosial dan pluralisme agama-agama 4. permisahan agama dari parti politik dan adanya bahagian non-wilayah negara
Bahaya Firqah Liberal
Mereka tidak menyuarakan Islam yang diridhai oleh Allah , tetapi menyuarakan pemikiran-pemikiran yang diridhai oleh Iblis, Barat dan para Thaghut lainnya.
Mereka lebih menyukai lambang-lambang fasik daripada gelaran-gelaran keimanan kerana itu mereka benci kepada kata-kata jihad, sunnah, salaf dan lain-lainnya dan mereka rela menyebut Islamnya dengan Islam Liberal. Allah berfirman:
"Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman". (QS. Al-Hujurat 11)
Mereka beriman kepada sebahagian kandungan al-Qur'an dan meragukan kemudian menolak sebahagian yang lain, supaya penolakan mereka nampak sopan dan ilmiah mereka menciptakan “jalan baru” dalam menafsir al-Qur'an. Mereka menyebutnya dengan Tafsir Kontekstual, Tafsir Hermeneutik, Tafsir Kritis dan Tafsir Liberal
Sebagai contoh, Musthofa Mahmud dalam kitabnya al-Tafsir al-Ashri 1i alQur'an menafsir ayat ( -Faq tho 'u aidiyahumaa- ) dengan makna “maka putuslah usaha mencuri mereka dengan memberi santunan dan mencukupi keperluannya.” (Syeikh Mansyhur Hasan Salman, di Surabaya, Senin 4 Muharram 1423).
Dan tafsir seperti ini juga diikuti di Indonesia. Maka sebab itu mengapa rasulullah bersabda:
"Yang paling saya khuatirkan adalah orang munafik yang pandai bicara. Dia membantah dengan Al-Qur'an."
Orang-orang yang seperti inilah yang merosak agama. Mereka mendakwa diri mereka sebagai pembaharu Islam padahal merekalah perosak Islam, mereka mengajak kepada kepada Al-Qur'an padahal merekalah yang mencampakkan Al-Qur'an. Mengapa demikian ? Kerana mereka bodoh terhadap sunnah. (Lihat Ahmad Thn Umar al-Mahmashani: 388-389)
Mereka menolak paradigma keilmuwan dan syarat-syarat ijtihad yang ada dalam Islam, kerana mereka merasa rendah berhadapan dengan budaya barat, maka mereka melihat Islam dengan hati dan otak orang Barat.
Mereka tidak mengikuti jalan yang ditempuh oleh Nabi , para sahabatnya dan seluruh orang-orang mukmin. Bagi mereka pemahaman yang hanya percaya pada ketentuan teks-teks normatif agama serta pada bentuk-bentuk formalisme Sejarah Islam paling awal adalah kurang memadai dan agama ini akan menjadi agama yang ahistoris (berlawanan dengan sejarah) dan eksklusif (tertutup) (Syamsul Arifin; Menakar Otentitas Islam LiberaL .Jawa Pos 1-2-2002). Mereka lupa bahwa sikap seperti inilah yang diancam oleh Allah:
"Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya. dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mu'min, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia kedalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruknya tempat kembali." (QS. An-Nisaa' 115).
Mereka tidak memiliki ulama dan tidak percaya kepada ilmu ulama. Mereka lebih percaya kepada nafsunya sendiri, sebab mereka mengaku sebagai “pembaharu” bahkan “super pembaharu” iaitu neo-modernis. Allah berfirman:
Dan bila dikatakan kepada mereka, "Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi," mereka menjawab, "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan." Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak sedar. Apabila dikatakan kepada mereka, "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman," mereka menjawab, "Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang bodoh itu telah beriman." Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak tahu.(QS. Al-Baqarah 11-13).
Kesamaan cita-cita mereka dengan cita-cita Amerika, iaitu menjadikan Turki sebagai model bagi seluruh negara Islam. Prof. Dr. John L. Esposito menegaskan bahawa Amerika tidak akan rela mengiktiraf negara Islam sebelum seluruh negara-negara Islam tampil seperti Turki.
Mereka memecah belah umat Islam kerena gagasan mereka adalah bid'ah dan setiap bid'ah pasti memecah belah.
Mereka memiliki asas pendidikan yang banyak melahirkan pemikir-pemikir liberal, memiliki media yang cukup dan jaringan antarabangsa dan dana yang cukup.
Mereka tidak memiliki manhaj(jalan) yang jelas sehingga gagasannya wujud “asbun” dan asal “kotor” Lihat saja buku Charles Kurzman, Rasyid Ridha yang salafi (revivalis) itupun dimasukkan ke dalam kelompok liberal, begitu juga Muhammad Nasir (tokoh Masyumi) dan Yusuf Qardhawi (tokoh Ihwan al-Muslimin).
Bahayanya, mereka tidak boleh diam, padahal diam mereka adalab emas, memang begitu berat jihad menahan lisan. Tidak akan mampu melakukannya kecuali seorang yang mukmin.
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah ia mengucapkan yang baik atau hendaklah ia diam." (HR. Bukhari dan Muslim)
(Lihat Husain al-Uwaisyah: 9 dan seterusnya).
Ahlul batil selain menghimpun kekuatan untuk memusuhi ahlul haq. Allah ta'ala berfirman:
"Adapun orang-orang yang kafir, sebagian mereka pelindung bagisebagian yang lain. JIka kamu (hai para muslimin) tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah itu, niscaya akan terjadi kekacauan di muka bumi dan kerusakan yang besar." (QS. Al-Anfaal 73).
Sementara itu Ustaz Hartono Ahmad Jaiz menyebut mereka merbahaya sebab mereka itu “sederhana” tidak memiliki landasan keilmuwan yang kuat dan tidak memiliki aqidah yang kuat. (lihat Bahaya Islam Liberal: 40, 64-65)
AIDC menterjemah artikel tulisan Abu Hamzah Agus Hasan Bashari dari geocities.com. Artikel asal klik di sini
Diskusi geng Liberal Malaysia-Indonesia : dari kanan, Hishamuddin Rais, Faisal Mustaffa (moderator/bekas exco Angkatan Muda PKR),Yoshi Fajar Kresno Murti, Aktivis Kampung-Kota Yogyakarta, Indonesia, Ngurah Termana, Aktivis Komunitas “Taman 65” Bali, Indonesia, pada 13 November 2008, di Dewan Perhimpunan Cina Selangor & Kuala Lumpur, Jalan Maharajalela Kuala Lumpur, anjuran Pusat Penyelidikan dan Maklumat Strategik (SIRD). SIRD adalah salah satu badan pemikir PKR yang aktif dalam penerbitan buku dan penganjuran forum bertemakan liberalisme.
Sepuluh tahun selepas reformasi...
Jimadie Shah Othman | Nov 14, 08 2:58pm Selepas 10 tahun, gerakan reformasi pada tahun 1998 yang tercetus ekoran pemecatan timbalan perdana menteri ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim, disifatkan "mendapat kemenangan kecil di sebalik kekalahan besar". Aktivis reformasi Hishamuddin Rais berkata, gerakan reformasi yang menggerakkan puluhan ribu rakyat Malaysia turun ke jalanraya itu, gagal menuntut "perubahan struktural" melibatkan perubahan dalam sistem dan dasar-dasar ekonomi.
"Kini Pakatan Rakyat memerintah lima negeri. Apa yang perlu dilakukan kalau reformasi ingin terus dikembangkan - daripada kemenangan-kemenangan kecil kepada kemenangan besar pada 8 Mac - adalah membincangkan perubahan struktural.
Beliau berkata demikian dalam forum bertajuk 'Reformasilah: Membincangkan (lagi) 10 Tahun Reformasi Malaysia dan Indonesia' anjuran Pusat Penyelidikan dan Maklumat Strategik (SIRD) di ibunegara malam tadi.
Bagaimanapun, Hishamuddin berkata, gerakan reformasi berjaya membuatkan orang Melayu buat pertama kali bangun menentang penggunaan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA).
Tindakan itu katanya, berbeza dengan tindakan mereka daripada zaman 1971 hingga 1974, yang hanya membiarkan orang Cina sahaja menuntut penghapusan akta kontroversi itu.
Perubahan struktur
Beliau turut mengkritik Anwar yang didakwanya "tidak pernah mengajukan reformasi" sebelum dipecat oleh perdana menteri ketika itu Tun Mahathir Mohamad.
Hishamuddin mentafsirkan reformasi pada 1998 sebagai pertembungan 'borjois kecil dan borjois besar'.
"Ia hanya pertembungan kelas, tidak ada kena mengena dengan perubahan struktur," katanya.
Pada masa itu, katanya, ramai yang berharap Anwar menjadi perdana menteri dalam masa terdekat dan mengalihkan tauke-tauke besar itu supaya tempat itu dapat diganti mereka.
Turut bercakap dalam forum tersebut ialah aktivis budaya Indonesia Yoshi Fajar Kresno Murti (Aktivis Kampung-Kota Yogyakarta, Indonesia)
Bercakap dalam konteks kebudayaan, beliau mendakwa, reformasi di Indonesia membawa perubahan dalam aspek politik tetapi tiadak perubahan dalam gerakan sosial dan budaya.
Novel erotis
Menurutnya lagi, ini disebabkan proses 'pembodohan' yang lama sewaktu pemerintahan bekas presiden Soeharto yang lama.
Sementara itu, aktivis Taman 65 Bali, Ngurah Termana pula mendakwa reformasi telah berjaya menjadikan rakyat berani mempersoalan dasar-dasar pemerintah.
Namun, tambahnya, dari aspek yang lain, lahir pula golongan fundamentalis moral yang cenderung kepada keganasan seperti Front Pembela Islam (FPI).
Ditemui selepas forum, beliau berkata, golongan-golongan FPI yang melihat suasana kebebasan selepas reformasi 1998 sebagai sesuatu yang negatif.
Akhirnya, tambah Ngurah, golongan penulis seperti Ayu Utami yang terkenal dengan novel bercorak erotisnya dan penerbitan Play Boy Indonesia menjadi mangsa suasana baru ini.
Kejayaan ideologi populis Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya lalu umpama mimpi menjadi realiti. Majoriti pengundi Pakatan Rakyat percaya Anwar mampu memberikan mereka satu era baru dalam politik negara ini. Anwar pada tanggal 9 April 2008 umpama “phoenix rise from its ashes.” Mati hidup semula kata Jamal Abdillah. Para pentaksub Anwar mengiyakan apa sahaja kata-kata Anwar selepas itu kerana keajaiban telah berlaku.Mereka melihat keajaiban yang berlaku bukan kerana protes rakyat, bukan kerana pengundi dan bukan kerana kelemahan kerajaan pimpinan Barisan Nasional. Sebaliknya mereka melihat kemenangan Pakatan Rakyat adalah atas kebijaksanaan dan keajaiban Anwar bin Ibrahim.
Kemenangan Anwar dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh yang lalu tambah meyakin para sebahagian rakyat bahawa hanya masa yang akan menentukan bila Anwar akan menjadi Perdana Menteri. Justeru itu, Apabila Anwar mendakwa ia akan mengambil alih kepimpinan pada 16 September, ramai yang percaya terhadap kata-kata indah Anwar ini. Malangnya di sinilah bermulanya kesilapan Anwar.
Ahli silap mata yang hebat juga kadang-kala melakukan kesilapan. Kata orang sepandai-pandai tupai melompat, pasti sekali sekala jatuh juga ke tanah. Tindakan beliau meletakkan satu tarikh yang terlalu hampir menyebabkan kehebatannya tercalar dengan cepat. Apabila beliau gagal menubuhkan kerajaan pada 16 September seperti yang beliau janjikan, imej dan kredebiliti beliau mula goyang. Kemudian beliau berjanji lagi bahawa kalau bukan 16 September pun, akan berlaku dalam masa yang terdekat lagi. Malangnya ia juga tidak berlaku.
Anwar hari ini yang bercita-cita mahu masuk ke Parlimen sebagai Perdana Menteri, hari ini terpaksa menjadi Ketua Pembangkang. Anwar sudah kehilangan magis yang menyatukan ahli-ahli politik ektrem dalam Pakatan Rakyat. Anwar sudah kehilangan magis yang berjaya menukarkan parti-parti ekstrem kepada parti-parti liberal.
Siapa pernah sangka ahli Parlimen Pas (Khalid Samad) akan berucap dalam Gereja di Shah Alam menyokong penggunaan nama Allah dalam Bible bahasa Melayu. Suatu ketika dahulu jangan kata membenarkan penggunaan nama Allah dalam bible, membenarkan Bible dalam bahasa Melayu juga boleh meyebabkan munculnya Ibrahim Libya kedua.
Siapa pernah sangka magis Anwar berupaya menjadikan Pas melupakan perjuangan hududnya dan sekarang bercakap soal hak asasi manusia ala barat dan sanggup bertakbir ketika kafir seperti DAP berceramah memfitnah orang Islam lain. Siapa pula sangka magis Anwar berupaya menukar Pas dari membela nasib golongan teraniaya atau mangsa kepada menyokong kemungkaran Anwar.
Malangnya, hari ini magis Anwar sudah hilang. Pakatan rakyat sedang berantakan dari dalam. Wakil-wakil rakyat mereka yang dipilih secara semberono telah mula menunjukkan belang. Selain skandal seks dan rasuah di Perak, EXCO Selangor pula sudah dihadapkan ke mahkamah kerana menghalang polis menutup pusat pelacuran.Di Pulau Pinang sendiri orang Melayu penyokong Anwar boleh melihat sama ada Anwar yang hebat atauLim Guan Eng yang berkuasa.
Suara-suara protes dari dalam sudah kedengaran. ia bukan lagi soal apakah ada krisis antara parti Pakatan Rakyat. Sebaliknya persoalannya bila krisis tersebut akan meletup keluar. Imej-imej kehebatan Anwar sedikit demi sedikit sedang terhakis. Buih-buih yang dicipta untuk merakamkan kehebatan dan karismatik Anwar sedang mula berpecah dan berantakan sehingga menjelmakan wajah sebenar Anwar. Biarpun para penyokongnya di media internet sedang bertungkus lumus melakukan “Kawalan Kemusnahan” (damage control), namun ia sekadar membeli masa.
ANWAR bersama Azizah di Mahkamah Sesyen hari ini. -foto The Star oleh AZMAN GHANI
Kes liwat Anwar: Pendakwaan dan pembelaan terus bertelagah, Mahkamah Tinggi dengar rayuan 20 dan 21 Nov
KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan dan pembelaan bagi kes liwat Datuk seri Anwar Ibrahim terus bertelagah mengenai urusan pemindahan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi walaupun Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah 1, S.M Komathy Suppiah mendapati sijil pemindahan yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak sah. Sesi sebutan kes yang dijadual bermula hari ini terpaksa ditangguhkan apabila pihak pendakwaan memfailkan semakan semula terhadap keputusan hakim berkenaan buat kali kedua ke Mahkamah Tinggi.
Pada awal sesi sidang mahkamah hari ini, Peguam R. Sivarasa yang mewakili pihak pembelaan mempersoalkan tentang pelanggaran akujanji pihak pendakwaan yang diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang berjanji akan menyerahkan dokumen berkaitan kepada pihak pembelaan sebelum perbicaraan bermula.
Sivarasa berhujah berdasarkan peruntukan Seksyen 51(A) yang menjelaskan bahawa pihak segala dokumen yang berkaitan mestilah disediakan sebelum tarikh perbicaraan.
"Yang Arif, pihak pendakwa telah melanggar akujanji yang mengatakan bahawa mereka akan menyerahkan dokumen tersebut sepatutnya pada hari ini sebelum perbicaraan bermula," katanya.
Bagaimanapun Mohamed Yusof memaklumkan kepada mahkamah peruntukan seksyen 35 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 terutamanya bagi sub-seksyen 35(2) yang memperuntukan bahawa memandangkan ada permohonan semakan semula, semua prosiding di mahkamah rendah hendaklah digantung.
"Oleh itu kami meminta supaya semua prosiding berhubung dengan kes ini ditangguhkan sementara menunggu apa-apa keputusan dan arahan Mahkamah Tinggi berhubung dengan semakan semula kes tersebut," katanya.
Pada 11 November lalu, pihak pendakwaan telah memfailkan semakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap keputusan yang dibuat Komathy pada 7 November lalu.
Kemudian pada 12 November, Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi (Bahagian Jenayah) memaklumkan bahawa Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan 20 hingga 21 November depan untuk mendengar penghujahan kedua-dua pihak berhubung semakan tersebut.
Alasan yang diberikan Mohamed Yusof masih tidak memuaskan hati pihak pembelaan yang tetap menggesa pihaknya mengemukakan dokumen yang berkaitan kerana kes tersebut akan tetap dibicarakan.
"Kami memerlukan dokumen tersebut untuk buat persediaan dalam kes ini, walaubagaimanapun kes ini akan tetap dibicarakan," kata Sivarasa.
Oleh yang demikian, Mohamed Yusof memaklumkan mahkamah bahawa pihaknya tidak mempunyai masalah untuk menyerahkan segala dokumen yang diperlukan itu.
Menurutnya, dokumen berkenaan akan diserahkan pada petang ini atau selewat-lewatnya esok.
BERITA TERDAHULU
KUALA LUMPUR: Sidang sebutan kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Sesyen mula dibicarakan pukul 9.48 pagi ini.
Anwar tiba di mahkamah bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan keluarga pada pukul 9.28 pagi ini.
Pada 7 November lalu, Hakim S.M Komathy Suppiah memutuskan untuk mendengar kes itu di Mahkamah Sesyen selepas mendapati sijil untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak sah.
Anwar, 61, menghadapi perbicaraan atas tuduhan dengan sukarela melakukan liwat ke atas bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun.
Jika sabit kesalahan, beliau menghadapi hukuman penjara hingga 20 tahun di bawah Sekseyen 377B kanun Keseksaan. Beliau sekarang bebas dengan bon peribadi RM20,000.
Pasukan pendakwana diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden iaitu ketua unit pendakwaan di Jabatan Peguam Negara. Beliau dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Farhan Read dan Shamsul Sulaiman.
Pasukan peguam bela terdiri daripada Sulaiman Abdullah, R. Sivarasa, Sankara N.Nair, Leela Jesuthasan, Edmund Bon, Saiful Idham Ramli, Amer Hamzah Arshad, Latheefa Koya dan Mohd Radzlan Jalaludin.
Kes tersebut, yang kedua melibatkan Anwar dalam satu dekad ini, pertama kali disebutkan awal Ogos lalu.
Kemudian pendakwa mohon ia dipindahkan ke Mahkamah Tinggi,
Minggu lalu, sebelum tarikh ditetapkan, timbalan pendakwa raya Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, ketua unit pendakwaan di Jabatan Peguam Negara, meminta mahkamah menetapkan tarikh pendengaran.
Bagaimanapun Sulaiman, peguam utama Anwar, memberitahu mahkamah pendakwa perlu mengemukakan dokumen tertentu seperti laporan perubatan dan kimia berkaitan kes kepada pihak pembelaan sebelum perbicaraan bermula.
Ketika menolak permohonan pendakwaan untuk kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi, Komathy memutuskan oleh kerana sijil itu ditandatangani sendiri oleh Abdul Gani, ia melanggar ekspektasi undang-undang Anwar bahawa Abdul Gani tidak akan terlibat dalam kes itu.
Pada Selasa lalu, pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang memutuskan kes ini tetap dibicarakan di mahkamah itu tanpa perlu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Rayuan itu difailkan di pejabat pendaftaran Mahkamah Sesyen.
Nov 14, 08 10:45am Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 20 November ini untuk mendengar rayuan pihak pendakwa bagi memindahkan perbicaraan kes liwat yang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sehubungan itu, Hakim S M Komathy Suppiah menangguhkan untuk menetapkan tarikh perbicaraan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.
Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden memberitahu mahkamah bahawa pihaknya telah memfailkan rayuan dan semakan terhadap keputusan yang dibuat oleh Komathy menolak permohonan memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi pada 7 November lalu.
Oleh itu, ujar Mohd Yusof, pihak pendakwaan memohon agar perbicaraan kes itu ditangguhkan sehingga rayuan untuk memindahkan perbicaraan ke Mahkamah Tinggi selesai.
Mahkamah Sesyen yang bersidang pagi ini dijadual menetapkan tarikh untuk perbicaraan kes tersebut didengar oleh Hakim SM Komathy Suppiah.
Bagaimanapun, pihak pendakwa mengemukakan permohonan untuk menangguhkan prosiding kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga selesai rayuannya terhadap keputusan tersebut di Mahkamah Tinggi.
Jumaat lalu Komathy menolak permohonan pihak pendakwa untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.
Komathy memutuskan bahawa perintah pemindahan kes tersebut yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail adalah tidak sah.
Katanya, kes itu menimbulkan situasi yang unik di mana pembabitan peguam negara akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap pentadbiran keadilan jenayah.
Bagaimanapun, pagi ini, pihak pendakwa mengemukakan permohonan kepada Komathy supaya tidak menetapkan tarikh perbicaraan kes ini sehingga rayuan mereka terhadap keputusannya itu, diputuskan.
Peguam Anwar membantah permohonan pendakwa itu. Mereka juga mengadu tidak menerima beberapa dokumen dari pihak pendakwaraya seperti yang dijanjikan minggu lalu.
Komathy belum membuat sebarang keputusan berhubung permohonan pihak pendakwa itu.
KUALA LUMPUR 14 Nov. – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan pada 20 November ini untuk mendengar semakan pihak pendakwa bagi memindahkan perbicaraan kes liwat yang dihadapi oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sehubungan itu, Hakim S.M. Komathy Suppiah menangguhkan untuk menetapkan tarikh perbicaraan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.
Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden memberitahu mahkamah bahawa pihaknya telah memfailkan rayuan dan semakan terhadap keputusan yang dibuat oleh Komathy pada 7 November lalu.
Oleh itu, ujar Mohd. Yusof, pihak pendakwaan memohon agar perbicaraan kes itu ditangguhkan sehingga rayuan untuk memindahkan perbicaraan ke Mahkamah Tinggi selesai.
Mahkamah Sesyen hari ini sepatutnya menetapkan tarikh perbicaraan terhadap Anwar yang didakwa meliwat Mohd. Saiful Buikhari Azlan, 23 di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, di antara pukul 3.01 dan 4.30 petang, 26 Jun lalu.
Pada 7 November lalu, Komathy telah menolak permohonan pihak pendakwa untuk memindahkan perbicaraan itu dengan alasan beliau mendapati sijil perakuan di bawah Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak sah.
Menurut Komathy, Abdul Gani tidak seharusnya mencampuri kes liwat tersebut memandangkan beliau masih disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung laporan polis yang dibuat oleh Anwar dalam insiden ‘’mata lebam’’ pada 1998.
Peguam bela, R.Sivarasa yang mewakili Anwar hari ini membantah terhadap tindakan pihak pendakwa yang enggan menyerahkan salinan dokumen yang berkaitan untuk pihaknya menyediakan pembelaan.
Nov 14, 08 10:29am Anwar Ibrahim's sodomy trial looks set to be delayed again following an application by the prosecution today for a stay of proceeding pending their application to appeal for the matter to be moved to the High Court. The Sessions Court this morning was to have fixed a date for the trial to be heard before Sessions judge SM Komathy Suppiah.
Last Friday Komathy had dismissed an application by the prosecution to have the case transferred to the High Court.
Her ruling was based on her finding that the transfer order signed by Attorney-General Abdul Gani Patail was invalid.
"This case raises a unique situation where it is evident that any involvement by the AG in this case would seriously undermine public confidence in the administration of criminal justice," she had said.
However the prosecution had filed an appeal against the decision on Nov 11.
This morning the prosecution applied to Komathy not to fix a date pending their appeal against her decision.
Anwar's lawyers have objected the stay application. They have also complained that they have not received several documents from the prosecution as promised last week.
Lead prosecutor Yusof Zainal Abiden however gave his undertakings that the documents would be given soon.
Komathy has not decided on the prosecution's application for a stay.
Anwar was charged three months ago with sodomising his former aide, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23.
If convicted, he could face up to 20 years in jail. He is currently out on a RM20,000personal bond.
PETALING JAYA: Kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah ditetapkan untuk dibicarakan di Mahkamah Sesyen akan disebut semula hari ini.
Pada 7 November lalu, Hakim S.M Komathy Suppiah memutuskan untuk mendengar kes itu di Mahkamah Sesyen selepas mendapati sijil untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak sah.
Anwar, 61, menghadapi perbicaraan atas tuduhan dengan sukarela melakukan liwat ke atas bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun.
Jika sabit kesalahan, beliau menghadapi hukuman penjara hingga 20 tahun di bawah Sekseyen 377B kanun Keseksaan. Beliau sekarang bebas dengan bon peribadi RM20,000.
Pasukan pendakwana diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden iaitu ketua unit pendakwaan di Jabatan Peguam Negara. Beliau dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Farhan Read dan Shamsul Sulaiman.
Pasukan peguam bela terdiri daripada Sulaiman Abdullah, R. Sivarasa, Sankara N.Nair, Leela Jesuthasan, Edmund Bon, Saiful Idham Ramli, Amer Hamzah Arshad, Latheefa Koya dan Mohd Radzlan Jalaludin.
Kes tersebut, yang kedua melibatkan Anwar dalam satu dekad ini, pertama kali disebutkan awal Ogos lalu.
Kemudian pendakwa mohon ia dipindahkan ke Mahkamah Tinggi,
Minggu lalu, sebelum tarikh ditetapkan, timbalan pendakwa raya Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, ketua unit pendakwaan di Jabatan Peguam Negara, meminta mahkamah menetapkan tarikh pendengaran.
Bagaimanapun Sulaiman, peguam utama Anwar, memberitahu mahkamah pendakwa perlu mengemukakan dokumen tertentu seperti laporan perubatan dan kimia berkaitan kes kepada pihak pembelaan sebelum perbicaraan bermula.
Ketika menolak permohonan pendakwaan untuk kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi, Komathy memutuskan oleh kerana sijil itu ditandatangani sendiri oleh Abdul Gani, ia melanggar ekspektasi undang-undang Anwar bahawa Abdul Gani tidak akan terlibat dalam kes itu.
Pada Selasa lalu, pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang memutuskan kes ini tetap dibicarakan di mahkamah itu tanpa perlu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Rayuan itu difailkan di pejabat pendaftaran Mahkamah Sesyen.
Esok, 14 November (Jumaat), pasukan pendakwaraya dijangka kemukakan bukti Anwar meliwat Saiful
Hakim S.M Komathy Suppiah memutuskan esok, 14 November (Jumaat),jam 9 pagi, tarikh sebutan pihak pendakwa mengemukakan bukti kes liwat Anwar ke atas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun lalu. Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai unit pendakwaan telah memohon mahkamah menetapkan tarikh untuk sebutan dalam perbicaraan pada 7 November lalu.
Bagaimanapun ketua pembelaan Anwar, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan perlu menghantar beberapa dokumen tertentu seperti laporan perubatan dan ahli kimia kes itu kepada pihak pembelaan sebelum sebutan kes dimulakan.
Sebelum ini, pasukan penguambela Anwar Sulaiman Abdullah mengambil masa yang begitu lama untuk mengemukakan hujah-hujah kenapa kes itu perlu dikekalkan di Mahkamah Seksyen termasuk menggunakan alasan tandatangan Abdul Ghani Patail tidak boleh diambil kira kerana kononnya Peguam Negara itu masih dalam siasatan BPR ekoran kes "mata lebam" Anwar 10 tahun lepas.
Perbicaraan kes Anwar bermula pada 7 Ogos lalu, di Mahkamah Sekyen Jalan Duta, tetapi hingga ke hari ini sebutan kes belum dapat dikemukakan lagi.
Anwar, 61, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 1151, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lepas.Jika disabit kesalahan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, dia boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun. Anwar kini dibebaskan dengan bon peribadi RM20,000.
Mohamed Yusof yang mengetuai pasukan pendakwaan dibantu oleh timbalan pendakwa raya Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Farhan Read dan Shamsul Sulaiman.
Sulaiman pula dibantu oleh peguam R.Sivarasa, Sankara N.Nair, Leela Jesuthasan, Edmund Bon, Saiful Idham Ramli, Amer Hamzah Arshad, Latheefa Koya dan Mohd Radzlan Jalaludin.
Projek 16 Sept: Perwakilan PKR akan tuntut penjelasan
Jimadie Shah Othman | Nov 13, 08 10:54am Kongres Nasional Tahunan PKR yang akan berlangsung hujung bulan ini dijangka menjadi medan bagi para perwakilan untuk mendapatkan penjelasan mengenai projek peralihan kuasa 16 September yang diusahakan penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Ia akan menjadi landasan bagi memulihkan keyakinan rakyat yang agak kecewa dengan projek 16 September," kata ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu Khalid Jaafar.
Menurutnya, penjelasan tersebut penting bagi menangani persepsi rakyat apabila rancangan untuk mengambil alih kuasa pada tarikh tersebut, tidak menjadi kenyataan.
Projek mengambil alih kuasa itu, menurut Khalid, telah menjadi wacana dalam masyarakat dan terdapat tuntutan supaya perkara itu disegerakan.
"Selama ini mereka prnah bincang tentang proses (peralihan kuasa). Sekarang ini, bukan saja berbincang tentang proses (mengambil alih kuasa), tetapi kalau boleh hendak cepat," kata Khalid yang juga bekas setiausaha akhbar Anwar.
Kira-kira 2000 perwakilan PKR daripada lebih 160 bahagian akan bersidang pada 29 dan 30 November ini di Stadium Melawati Shah Alam.
Kongres kali ini menjadi tumpuan kerana ia adalah yang pertama diadakan selepas pilihanraya umum Mac lalu.
Gerak tenaga parti
PKR adalah parti dominan dalam gabungan Pakatan Rakyat yang memerintah di lima negeri yang dimenanginya dalam pilihanraya umum lalu.
Dihubungi Malaysiakini semalam, Khalid berkata, peralihan kuasa dalam Umno juga dijangka turut disentuh dalam ucapan Anwar.
"Saya difahamkan Anwar akan buat beberapa pembaharuan dalam aspek tema dan cara organisasi parti.
"Kongres ini bukan sekadar acara tahunan, tetapi mesti menggerakkan tenaga parti kerana kita akan menghadapi suasana getir Mac 2009 di mana berlaku peralihan kuasa dalam Umno.
"Saya percaya, bukan sahaja PKR, ia turut memberi kesan terhadap parti-parti lain dalam Pakatan," katanya yang juga ketua bahagian Bukit Katil, Melaka.
Sementara itu, Timbalan Setiausaha Agung PKR, Abdul Halim Mohamed Yusof berkata kongres bertemakan "Harapan Baru" itu akan memfokuskan isu pemantapan parti dari aspek keahlian.
Katanya, perkara itu menjadi keperluan bagi menghadapai kemungkinan pembubaran Parlimen apabila peralihan kuasa kelak.
Beberapa pindaaan teknikal terhadap cawangan juga akan dibuat, tambahn Abdul Halim.
Video MEMRI TV ini adalah diusahakan oleh kumpulan Yahudi yang memantau ucapan-ucapan pemimpin Islam Timur Tengah serta menyuarakan suara-suara terpencil yang mengkritik Islam. MEMRI merupakan projek penyelidikan Zionis Amerika untuk menawan minda Islam Timur Tengah
Ivy Josiah and Friends Advocating Gender Confused Soceity?
I read a report a local newspaper where Ivy Josiah expressed her utmost dissatisfaction with the recent “fatwa” issued by the National Fatwa Council (NFC) on the issue of “pengkik”. “Pengkik” can simply be defined as the opposite of “transvestites”. In other words, girls/women who acts and adopts the demeanor of boys/men. Ivy thinks that such fatwa makes Malaysia a laughing stock of the international community. I beg to differ seeing that the laugh is on those advocating gender confused society such as Ivy Josiah and her friends.
The National Fatwa Council has hit the nail right on the head when they view this phenomenon in our society as a problem. The “pengkik” phenomenon is a disturbing signal in our society where gender confused values have begun to be compromised by our society. If no action is taken, only God knows how this phenomenon will spread and mutate in the future. If any, Malaysians should thank the National Fatwa Council for taking bold move to stem immoral and unhealthy trends in our society.
A gender confused society is a society that is sick. It will lead to the destruction of the family institution and the disintegration of the society as a whole. A family cannot function properly if the roles of mothers and fathers are not observed properly. A father has his role in a family and so does a mother. In a gender confused society, both roles of fathers and mothers will be confused as well, thus leading to the destruction of the family institution in a society.
It’s no wonder that Western societies are beginning to show signs of strains when liberalism of morality was adopted by them. Problems such as high divorce rates, single motherhood, teenage pregnancies, homosexuality and many more are so common among them that it is now accepted as a trend. The old maxim “if u can’t fight them, join them” comes into mind.
Extension of Support for Homosexuality
It is an open secret that groups represented by Ivy Josiah openly supports homosexuality. The “pengkik” phenomenon is at par with the rise of homosexuality culture in our society. When Nationl Fatwa Council decided to act against “pengkik” they are actually taking steps towards stemming rise in homosexuality in our society.
Homosexuality is a mental disorder and as such it can be cured. There are testimonies by so many former gays and lesbians towards their rehabilitation. What has been discovered is the fact that rise in homosexuality is very strongly connected to the rise in rate of divorce and family disintegration. If any, to stem the tide, the rate of divorces must be lowered. A child having both their mothers and fathers will grow up to become healthy and normal individuals and not adopt homosexuality in their lives.
Masking Immorality with Women’s Rights
We have seen so many examples how Women’s Rights movement is always at the forefront when defending immoral and irreligious values and practices. It is true in the West and it is true here in Malaysia.
It seems Women’s Right is convenient tool to be used in order to undermine religion and decency. Many-a-time, it is also used as a tool to defend revolting and nauseating practices such as adultery, promiscuousness, homosexuality and, yes, “pengkik”.
In truth, that’s what Women’s Right is all about: a. To undermine the family institution in a society, b. To promote sick and negative values in a society, c. To promote social reengineering agenda in a certain society.
The betterment of women is just a sideline to the Women’s Right movement. In truth, women are better off when they have a healthy and happy family to take care of them. Of course there are irresponsible husbands, but just because 20% of husbands are irresponsible, the other 80% should not be punished.
I always say that if we want to follow a Women Right’s leader, she should be married and have actually raised children. Only a mother whom had raised sons and daughters knows what’s good for the society. They are more realistic and in tune with nature. Listening to unmarried and childless leaders may be good, but it’s a big risk to take.
I for one have been blessed with twin daughters and I would not want my daughters to grow up and become “pengkik”. I want them to be a well balanced woman and mother. Therefore, I shall make sure that my twin daughters do not grow up and get their mind poisoned by the likes of Ivy Josiah and friends.
Setelah "Reformasi" tumbangkan "diktator" : Berjayakah projek liberalisme di Indonesia ?
*Liberalisasi menjadi jalan bagi penguasaan seluruh kekayaan alam Indonesia sekaligus menghadang politik Islam tampil memimpin negeri ini.*
Ada seorang perempuan muslimah taat beragama di Jakarta. Pakaiannya panjang sampai mata kaki dan longgar (jilbab). Tudungnya pun panjang ke bawah dan lebar. Ibadahnya rajin. Siapa yang bertemu dengannya pada saat itu tentu akan mencitrakan dirinya sebagai seorang muslimah yang taat. Namun, siapa sangka dalam beberapa waktu kemudian dia berubah 360 darjat. Pada mulanya dia mengubah gaya pemakaian menjadi trend terkini. Memakai jeans dan baju ketat. Tudungnya pun tak lagi panjang dan lebar. Lama-kelamaan ditanggalkan tudungnya. Bajunya pun mulai memperlihatkan bahagian-bahagian tertentu tubuhnya. Siapapun yang melihat, pasti mencitrakannya bukan lagi sebagai muslimah yang taat.
Perubahan itu terjadi secara mendadak setelah dia menyertai NGO Hak Asasi Manusia (HAM) di Jakarta. Perempuan itu didoktrin (dibrainwash) dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia (HAM) ala Barat yang mengagungkan kebebasan serta membebaskan manusia dari aturan Ilahi. Sedikit demi sedikit pemahaman Islamnya luntur diganti dengan pemikiran sekular. Seperti aktivis-aktivis HAM lainnya, kini dia menjadi pejuang HAM yang mendewakan Barat dengan segala kebebasannya.
Kisah perempuan itu hanya satu contoh kecil dari proses serangan pemikiran kepada kaum Muslim. Liberalisasi dalam segala bidang berlangsung secara meluas pelbagai bidang; melalui pendidikan di sekolah formal, media massa, dan ceramah-ceramah oleh kalangan aktivis sekular-liberal di pelbagai tempat.
Liberalisasi Politik
Liberalisasi politik berlaku secara besar-besaran sejak reformasi pada tahun 1998. Pilihanraya umum yang biasanya hanya disertai oleh tiga parti sejak tahun 1971 telah berubah. Sekarang individu mudah menubuh parti politik. Parti politik yang dulu wujud pada era Orde Baru telah berpecah-belah. Parti-parti politik baru pun tumbuh bak cendawan di musim hujan. Mereka menikmati keseronokan reformasi. Pilihanraya pertama di era reformasi pada tahun 1999 disertai 48 parti politik. Pujian demi pujian pun datang dari Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah.
Selepas zaman reformasi, Gus Dur dinaikkan oleh Amerika melalui proksinya Amin Rais menjadi Presiden Indonesia dari tahun 1999-2001. Foto di atas Gus Dur menghadiri World Economic Forum Annual Meeting Davos 2000.
Proses pilihanraya tersebut didahului dengan proses perubahan undang-undang politik. Di sinilah proses liberalisasi politik bermula. Barat mengawal proses ini dengan serius.
Menteri Luar Negara Australia, Alexander Downer, mengutarakan agenda tersebut dalam pernyataannya di depan World Economic Forum, di Davos, Swiss tahun 1999, “Hal ini (Pilihanraya akan datang), secara fundamental, merupakan suatu jangka waktu yang sangat penting untuk Indonesia. Pilihanraya mendatang di Indonesia harus berjaya. Pilihanraya itu selayaknya menjadi ‘alat keselamatan’ untuk meredakan gejolak dan tekanan dalam negara. Tetapi, apabila pilihanraya yang diyakini gagal diselenggarakan dengan baik, maka potensi ketidakstabilan akan bertambah besar dan integriti negara akan dipersoalkan.”
Di dalam negara mula ditubuhkan NGO CETRO (Centre for Electoral Reform) atau Pusat Reformasi Pilihanraya yang mendapat dana asing melalui pelbagai institusi penaja asing yang beroperasi di Indonesia seperti USAID (United States Agency for International Development) dan UNDP (United Nations Development Programme).
Keputusan pilihanraya ini kemudian mencetuskan rombakan politik secara besar-besaran. Ini dimulakan dengan amandemen (pindaan) Undang Undang Dasar 1945. Akhirnya, Indonesia berubah secara fundamental (dasar) menjadi sangat liberal dalam semua sektor.
Secara politik, Indonesia yang pada mulanya menjalankan sistem kesatuan, secara perlahan-lahan melaksanakan sistem yang mirip federasi (pembahagian kuasa). Kuasa Otonomi daerah dibuka. Ketua daerah menjadi raja-raja kecil di daerahnya. Hubungan dengan kekuasaan di pusat seolah-olah hanya sekadar hubungan pentadbiran. Akibatnya, birokrasi pemerintahan tidak dapat dilaksanakan harmoni.
Pilihanraya yang diikuti oleh banyak parti politik tidak mampu melahirkan kestabilan politik. Para perancang pembangunan pula beranggapan ini disebabkan presiden kurang mendapat sokongan rakyat. Keputusannya, presiden dan wakil presiden serta seluruh ketua daerah harus dipilih oleh rakyat. Akhirnya, Pilihanraya tak cukup hanya memilih wakil rakyat, tetapi juga presiden dan wakil presiden serta para ketua daerah.
Namun, hingga 10 tahun proses liberalisasi politik ini, rakyat belum mencapai impiannya, iaitu mahukan pemerintah yang mampu mensejahterakan mereka. Presiden sejak dari zaman "reformasi" hanya sekadar berganti orang, sementara wakil-wakil rakyat ramai yang mengkhianati rakyat. Mereka hanya memikirkan diri sendiri dan kelompoknya demi survival jawatan dan kekuasaan. Akibatnya, kepercayaan rakyat terhadap kerajaan dan wakil rakyat kian hari kian menurun.
Liberalisasi Ekonomi
Yang paling menonjol dari perubahan tersebut adalah liberalisasi ekonomi. Undang-undang Dasar Indonesia 1945 yang baru membuka peluang seluas-luasnya kepada masuknya pelabur asing. Tak menghairankan jika kemudian lahir Undang-Undang Migas(minyak dan gas), Undang-undang Kelistrikan (eletrik), Undang-undang Sumber Daya Air, dan undang-undang Penanaman Modal sebagai kesan langsung daripada pindaan Undang-undang Dasar 1945. Pihak asing boleh menguasai sektor-sektor yang sebelum ini milik rakyat (bumiputera).
Liberalisasi ekonomi ini wujud atas kesepakatan kerajaan Soeharto dengan IMF (International Monetary Fund) sebagai jalan penyelesaian menangani krisis ekonomi Indonesia sejak 1997. Resepi IMF itu adalah: Menghentikan subsidi harga, subsidi kerajaan, dan dilucutnya segala halangan yang sebelum ini menyukarkan pelabur asing.
Jelas liberalisasi ekonomi yang paling ketara kepada rakyat adalah kenaikan harga bahan bakar minyak (BBM). Berdasarkan Undang-undang Migas No 22 Tahun 2001, harga BBM disesuaikan dengan harga pasar BBM dunia. Pertamina (Perusahaan Tambang Minyak Negara) tidak boleh lagi menjadi penentu tunggal di sektor hilir. Kesannya, perlahan-lahan kerajaan mencabut subsidi BBM.
Tahun 2005, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menaikkan harga BBM hingga 125 persen. Tahun ini kerajaan menaikkan lagi sekitar 30 persen. Rancangan kenaikan itu akan terus dilakukan hingga harga BBM dalam negera sama dengan harga BBM internasional.
Bahkan Bappenas (Badan Perencanaan dan Pembangunan Nasional) telah menyusun jadual untuk menaikkan harga BBM ini setiap bulan. Jika harga BBM sudah sesuai dengan harga pasaran internasional, pihak asing akan turut serta dalam perniagaan BBM.
Ini sesuai dengan kenyataan Menteri Energi Sumber Daya Mineral, Purnomo Yusgiantoro, “Liberalisasi sektor hilir migas membuka kesempatan kepada pelabur asing untuk terlibat dalam perniagaan migas…Namun, liberalisasi ini menaikkan harga BBM yang disubsidi kerajaan. Sebab, kalau harga BBM masih rendah kerana disubsidi, pelabur asing enggan terlibat"(Kompas, 14 Mei 2003).
Walaupun harga BBM masih belum selaras dengan pasaran antrabangsa, namun para pelabur asing telah meminta izin untuk membuka stesen pengisian bahan bakar untuk umum (SPBU).
Menurut Dirjen Migas Dept. ESDM, Iin Arifin Takhyan, terdapat 105 syarikat yang sudah mendapat keizinan untuk menjalankan perniagaan di sektor hilir migas, termasuk membuka stesen pengisian BBM untuk umum (SPBU) (Trust, edisi 11/2004). Di antaranya adalah perusahaan migas raksasa seperti British Petroleum (Amerika-Inggris), Shell (Belanda), Petro China (RRC), Petronas (Malaysia), dan Chevron-Texaco (Amerika).
Masuknya syarikat multinasional ke sektor hilir migas kian menambah cengkaman asing di sektor itu. Sebelum ini mereka hanya menguasai sektor hilir (eksplorasi dan penambangan). Hingga tahun 2008, berdasarkan data dari Syarikat Pekerja Pertamina, syarikat asing menguasai sekitar 90 persen migas Indonesia. Bahkan penguasa tambang emas terbesar di dunia di Timika, Papua, adalah Freeport Mcmoran (AS).
Di sektor lain, kerajaan melalui Undang-undang Sumber Daya Air memberikan kesempatan kepada pelabur asing masuk ke dalam penguasaan air di Indonesia. Privatisasi air ini dimulakan dengan wujudnya dua syarikat asing di Ibu kota negara, iaitu Thames (Inggeris) dan Lyonase (Prancis).
Beberapa syarikat asing lain telah menjalin kerjasama dengan PDAM (Perusahaan Daerah Air Minum) di daerah. Bahkan Perusahaan Air Kemasan terbesar di Indonesia kini telah jatuh ke tangan Danone dari Prancis.
Syarikat-syarikat asing telah berjaya menguasai Indosat iaitu perusahaan yang mengendalikan satelit dan seluruh bidang komunikasinya. Hutan-hutan Indonesia pun menjadi milik mereka, termasuk perkebunan kelapa sawit. Beberapa perusahaan simen milik kerajaan juga telah berpindah kepada asing.
Terakhir, syarikat asing mahu memiliki Krakatau Steel, salah satu perusahaan strategik dan syarikat baja terbesar di Indonesia.
Proses liberalisasi ekonomi ini menjadi semakin ketara dengan pindaan Undang-undang Penanaman Modal. Undang-undang itu tidak lagi menghalang siapa pun yang mahu menjalankan perniagaan di Indonesia, lokal mahupun antarabangsa. Malah, dengan Undang-undang itu, pihak asing boleh mendapatkan hak guna usaha (HGU) selama 95 tahun! Padahal pada zaman VOC (Vereenigde Oostindische Company)- zaman pemerintahan Belanda lagi hak guna usaha ini semaksima 75 tahun sahaja.
Liberalisasi Sosial
Tidak cukup hanya bidang politik dan ekonomi, liberalisasi pun menjalar di bidang sosial. Ini nampak jelas daripada penentangan terhadap Rancangan Undang-Undang Antipornografi dan Pornoaksi (RUUAPP). Lebih dari 7 tahun RUUAPP itu tidak berjaya disahkan menjadi undang-undang. Di kalangan liberal tidak mahu Indonesia menjadi lebih baik. Mereka berharap Indonesia bebas sehingga semua produk pornografi dan pornoaksi boleh masuk ke Indonesia dengan berleluasa.
Majalah Playboy Indonesia pernah ditentang hebat oleh Muslim Indonesia
Perlu diingat, produk ini merupakan salah satu barang yang paling besar keuntungannya di dunia. Bahkan survey yang dilakukan oleh pejabat berita Associate Press (AP) menunjukkan, Indonesia berada diurutan kedua setelah Rusia yang menjadi syurga untuk pornografi. (Republika, 17/7/03).
Beberapa waktu lalu, kalangan sekular telah menggugat undang-undang Perfileman. Mereka mahu lembaga penapisan filem dihapuskan kerana dianggap menghina kreativiti insan perfileman. Para pendokong kebebasan itu menginginkan filem Indonesia seperti filem di Amerika, tidak ada tapisan. Selama ini mereka kesal kerana adegan-adegan lucah dipotong oleh lembaga penapis filem.
kebelakangan ini muncul pula kempen penggunaan kondom. Bahkan beberapa mesin ATM kondom didirikan di pusat membeli belah di kota-kota besar. Sesetengah pihak berpendapat ini bukan sekadar kempen penggunaan kondom semata-mata, tetapi lebih dari itu, merupakan kempen seks bebas di kalangan remaja.
Menurut budayawan Taufik Ismail, semua itu terjadi kerana Indonesia sedang dikepung apa yang disebutnya sebagai Gerakan Syahwat Merdeka (GSM). Gerakan ini menyebabkan hilangnya rasa malu rakyat Indonesia. Dia khuatir hilangnya rasa malu ini lambat laun meruntuhkan bangunan bangsa.
“Gerakan Syahwat Merdeka ini tak berupa organisasi rasmi dan jelas tidak berdiri sendiri, tetapi bekerjasama, bahu-membahu melalui jaringan dunia, dengan kapital raksasa yang menajanya. Ideologi gabungan yang menyokongnya, dan banyak media massa sama ada cetak dan eletronik menjadi lidah suaranya,” kata Taufiq.
Taufik menyebut sekurang-kurangnya terdapat 13 pihak yang menjadi pendukung fanatik gerakan ini. Pertama, amalan seharian kehidupan peribadi dan kelompok seks bebas hetero dan homoseksual, sama ada secara terang-terangan atau sembunyi-sembunyi. Kedua, para penerbit majalah dan tabloid lucah secara haram dan tidak perlunya SIUPP (permit penerbitan). Ketiga, produser, penulis skrip, dan pengiklan televisyen.
“Semua pihak tahu betapa kuatnya pengaruh televisyen. Setiap tayangan televisyen ditonton kira-kira 170 juta orang. Untuk website porno kini mencecah pelawat 4.2 juta di dunia dan 100 ribu di Indonesia. Untuk mengaksesnya tidak perlu dibayar, sama mudahnya dilakukan baik dari San Fransisco, mahupun Klaten,” tegasnya.
Pendukung keempat adalah penulis, penerbit, dan propagandis buku-buku sastera dan bukan sastera. Di Malaysia, penulis buku-buku lucah adalah lelaki. Di Indonesia sebaliknya. Penulis yang asyik menulis wilayah ’kangkang dan sekitarnya’ majoriti adalah perempuan. Ini membuat para penulis di negera jiran itu heran.
Kelima, penerbit dan pengedar komik lucah. Keenam, produser VCD/DVD porno. Ketujuh, syarikat kilang alkohol. Kelapan, produser, pengedar, dan pengguna dadah. Kesembilan, Kilang, pengiklan, dan penghisap rokok. Hal ini berlatarbelakang kenyataan dalam masyarakat tolenransi, interaksi antara seks, dadah, dan nikotin akrab sekali; sukar dipisahkan.
Selanjutnya, komponen ke-10 adalah para pelacur perempuan dan lelaki panggilan. Ke-11, ibu ayam dan pelanggan pelacur. Ke-12 adalah bomoh dan doktor menjalankan aktiviti penggugguran anak secara haram.
“Bayangkan data menunjukan angka penggugguran anak di Indonesia mencapai 2.2 juta setahun. Maknanya, setiap 15 detik seorang calon bayi di suatu tempat di negeri kita meninggal di suatu tempat akibat dari salah satu atau gabungan faktor-faktor di atas,” tandas Taufik.
Bahkan bahana liberalisasi sosial ini melebihi negara penaja idea itu sendiri iaitu, Amerika. Will Tuchrello, Direktor Perpustakaan Kongres AS Perwakilan Indonesia, menyatakan di Amerika tidak ada tayangan seperti yang ada di televisyen Indonesia ketika ini. Tayangan berbau pornografi dan pornoaksi ditayangkan pada waktu pagi jam 03.00. Di Indonesia tayangan ini mendapatkan tempat di prime time/jam tayangan utama (pukul 19.00-21.00). Tak mengherankan jika generasi muda rosak kerananya.
Liberalisasi Agama
Satu perkara lagi yang menjadi serangan kaum liberal, adalah liberalisasi agama, khususnya Islam. Pelbagai usaha dilakukan agar Islam boleh menerima penafsiran baru yang datang dari luar Islam. Mereka membawa Islam ke arah ‘Islam moderat’, yakni Islam yang lebih pro-Barat dan tercabut dari akar pemahaman Islam yang sebenarnya.
Buku perancangan membina rangkaian Muslim Moderat yang diterbitkan Rand Corporation. Menurut strategi Rand Corporation sekiranya lebih ramai rangkaian Muslim Moderat berjaya dibina, dengan sendirinya Muslim Fundamentalis yang dilabel Muslim Radikal berjaya ditumpaskan. Di dalam kata pengantar, Rand Corporation mengucapkan terima kasih kerana semua pendokong Islam Liberal Indonesia dan Malaysia yang telah menyumbangkan pemikiran untuk menjayakan penerbitan buku itu.. Nama wakil Malaysia yang disebut dalam buku itu ialah Anwar Ibrahim. klik di sini
Munculnya Ahmadiyah merupakan salah satu jalan untuk menggugat pemahaman Islam. Dengan pelbagai cara, kaum liberal mendukung kewujudan aliran sesat ini, termasuk aliran sesat lainnya seperti Salamullah (Lia Eden), Bahai, dan Al-Qiyadah (Mosadeq). Ini adalah projek besar. Jika Ahmadiyah diakui sebagai sebahagian dari Islam, maka ini menjadi pintu masuk untuk merosak bahagian-bahagian Islam lainnya.
Projek liberalisasi agama ini muncul dari cendekiawan yang telah dididik di Amerika dan Barat. Pemahaman menyimpang itu masuk melalui beberapa perguruan tinggi Islam dan program biasiswa kepada anak bangsa yang belajar ke Amerika dan Barat. Aktiviti mereka didukung sepenuhnya oleh media massa.
Akhirnya, kesan dari projek liberalisasi di segala bidang itu, maka berjayalah penjajahan Barat di negeri-negeri Muslim. Mereka menciptakan situasi yang kondusif agar mereka boleh berleluasa mengaut sumberdaya alam Indonesia tanpa dihalang.
Selain itu, Amerika dan Barat berusaha mencegah Islam politik tampil ke permukaan sebagaimana jatidiri Islam yang sebenarnya. Dokumen Rand Corporation makin memperjelaskan tujuan itu.
Pemerhati intelijen Wawan Purwanto, menegaskan, Barat tak ingin Islam wujud di Indonesia secara kaffah, kerana kalau itu terjadi, kekuatannya tidak dapat dihalang. Inilah yang sangat ditakuti oleh Barat. [Mujiyanto]
AIDC menterjemah artikel dari website musliminsuffer.wordpress.com. Artikel asal klik di sini
Nov 12, 08 6:39pm Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) memandang berat tindakan pihak-pihak tertentu menganjurkan protes umum atau membuat kritikan terbuka terhadap fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai pengharaman perlakuan tomboy atau pengkid serta fatwa mengenai Yoga yang sedang dipertimbangkan. Presiden Abim, Yusri Mohamad berkata, Majlis Fatwa Kebangssaan merupakan sumber rujuk utama bagi umat Islam di negara ini untuk mencari penyelesaian tentang sebarang kemusykilan mengenai hal-hal agama.
"Fatwa yang dikeluarkan, akan melalui proses perbincangan yang teliti dan bersandarkan kepada sumber-sumber hukum sahih serta kaedah-kaedah perundangan Islam yang muktabar.
"Oleh sebab itu, fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tidak patut dipertikaikan dengan mudah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jika pertikian tetap timbul, tambahnya, ia hendaklah disalurkan ke proses perbincangan yang tertutup.
Yusri berkata ia sama sekali tidak sesuai menjadi perbahasan di kalangan masyarakat awam, lebih-lebih lagi jika dijadikan bahan untuk menganjurkan protes umum atau demonstrasi.
"Abim juga khuatir tindakan pihak-pihak tertentu, terutama sekali pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan bukan Islam, melakukan protes terbuka terhadap fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan, akan mencetuskan suasana ketegangan dan perselisihan di kalangan umat Islam khususnya dan masyarakat amnya di negara ini," katanya.
Abim, tambah Yusri, berpendapat bahawa pendekatan terbaik untuk menangani sebarang kemusykilan dan pertikaian mengenai fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan adalah dengan disalurkan secara sihat melalui perbincangan ilmiah tertutup yang disertai oleh pihak ataupun individu yang mempunyai kepakaran dalam isu yang dibincangkan.
"Pada yang sama, Abim mencadangkan agar Majlis Fatwa Kebangsaan atau pihak berkuasa agama yang berkenaan, mengambil inisiatif lebih agresif untuk menjelaskan kepada masyarakat umum, rasional fatwa pengharaman tomboy atau pengkid, untuk meningkatkan kefahaman masyarakat pelbagai agama di negara ini mengenai isu tersebut.
SHAH ALAM 12 Nov. — Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri hari ini meminta keluarga bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang Datuk Zakaria Md Deros mengosongkan tanah seluas 2,269 meter persegi yang melibatkan halaman banglo di Pandamaran, Klang dalam tempoh sebulan. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah diarahkan untuk memberitahu keluarga Allahyarham supaya mengosongkan tanah itu, halaman kediaman mereka yang kini dipagar, dalam tempoh yang ditetapkan dan kompaun akan dikeluarkan kerana kesalahan menceroboh tanah kerajaan.
Jika gagal berbuat demikian, kerajaan negeri akan membawa kes ini ke mahkamah kerana didakwa menceroboh tanah kerajaan, katanya kepada pemberita di sini selepas mesyuarat EXCO yang tamat pada pukul 7 malam.
Katanya tapak banglo itu seluas 4,049 meter persegi sendiri tidak termasuk dalam arahan pengosongan tersebut tetapi denda RM19,373 telah dikenakan MPK terhadap Zakaria kerana pembinaan premis itu pada awal 2006 dilakukan tanpa kelulusan pelan bangunan pihak berkuasa tempatan.
Mengikut rekod, Jawatankuasa Tanah Daerah pada 14 Dis tahun lepas telah menolak permohonan pemilikan tanah halaman itu dan membuat keputusan jika ada sebarang rayuan ia hendaklah dikemukakan kepada EXCO kerajaan negeri.
Beberapa jam sebelum 13 Mei 1969, orang-orang Melayu yang prihatin di Kg. Baru memenuhi rumah Datuk Harun Idris, berkumpul untuk bersatu hati, menghadapi ancaman DAP yang mahu meMalaysiankan Malaysia. Di Johor Bahru, pasukan Selendang Merah sudah bersedia ke Kuala Lumpur untuk jihad mempertahankan agama Islam dan tanah air daripada kerakusan DAP yang ketika itu didalangi oleh PAP.
Perarakan demi Perarakan yang dibuat oleh DAP di segenap jalan di Kuala Lumpur menidakkan Ketuanan Melayu ketika itu, bandar Kuala Lumpur ketika Perarakan DAP itu sudah umpama bandar Hong Kong dan Singapura.
Penamatnya, dengan berkat perpaduan bangsa Melayu yang kemudiannya menyatukan pula Tun Razak dengan Datuk Asri, maka terselamatlah bangsa Melayu & umat Islam daripada tersingkir, dihina dan diusir daripada tanah airnya sendiri.
Ketika itu di mana Anwar? Anwar sibuk membuat demonstrasi membantah Papan Tanda dan Iklan di Kuala Lumpur yang dipenuhi oleh tulisan Cina & bahasa Inggeris. Hari ini kenapa Anwar tidak membantah isu Tulisan Jawi, Bahasa Melayu yang dipermain-mainkan oleh Teresa Kok dan DAP?
Anwar juga sibuk membuat memorandum bantahan kerana Pencerobohan Russia ke atas Afghanistan. Hari ini Amerika menceroboh Iraq, Israel menceroboh Palestin dan Lubnan, Amerika nak serang Syria dan Iran...mana Memorandum bantahan daripada Anwar Ibrahim? Sanggupkah Anwar membuat Demostrasi menentang Keganasan & Pencerobohan Amerika di Iraq, Israel di Palestin dan Lubnan?
Yang mana pilihan Anwar, menyakiti hati rakan-rakan Amerikanya atau menyakiti hati umat Islam di Iraq,Iran, Syria, Lubnan dan Palestin. Dan...Kenapa Anwar Ibrahim hadir dalam Perjanjian Mienapollis tentang penjajahan di Iraq dan Timur Tengah oleh Amerika? Apakah nak tunjuk sokongannya kepada Yahudi Amerika terhadap dasar-dasar Yahudi Amerika di Timur Tengah? Bacalah buku " Mereka Berani Bersuara" oleh seorang mantan ahli Republikan Amerika tentang peranan Yahudi Amerika (American Jewish) di seantero benua, termasuklah J. Biden yang menyokong Anwar baru-baru ini.
Tatkala Haji Hadi Awang dan Nik Aziz (Kepimpinan Ulama) Menentang Forum Memeluk Islam, kenapa Anwar memilih jalan SongSang menyokong Forum itu? Adakah Irene Fernandez yang pernah menjemput Anwar dalam satu Forum IFC (agama semua sama rata) telah mengikat suara Anwar daripada mempertahankan kesucian agama Islam. Apa perasaan anda jika dalam forum itu ahli forum bertanya kepada ahli panel benda-benda yang sensitif terhadap hukum hakam, halal haram , dosa pahala,dan sebagainya. Siapa lebih berkredibeliti soal agama Islam, kenyataan Anwar atau Kenyataan Hj Hadi/Nik Aziz? Anwar ulamakah?
Anwar tahun 1970 dengan Anwar tahun 1980 amat jauh berbeza, jika Muzakarah UMNOPAS 1986 Allahyarham Hj Fadhil Nor mengatakan Anwar penyebab utama Menggagalkan Muzakarah itu? Muzakarah UMNOPAS 2008 tatakala Hj Hadi sudah bersetuju dan Kepimpinan Ulama PAS dah bersetuju, orang kuat Anwar dalam PAS Kamarudin Jaafar dan Husam menentang keras. Dan amat memalukan Ketua Penerangan PAS memohon ampun dan maaf, tidak pernah dalam sejarah PAS! Betapa cacamerbanya PAS sekarang.
Anwar tahun 1990 dengan Anwar tahun 2008 sangat jauh berbeza, malah Anwar tahun 1970 dengan Anwar tahun 2008 sangat jauh berbeza, sudah tiada Roh Islam (tak kisah menyokong Forum Memeluk Islam ) walaupun Haji Hadi/Nik Aziz dan majoriti orang Islam membantah, sudah tiada Roh Melayu (DEB hapuskan dan tukar kepada AEM). Anwar yang ada hari ini sangat kaya raya, sangat berbeza dengan zaman demonstrasi kemiskinan Baling dahulu. Apakah kita nak gadaikan seluruh kepentingan bangsa dan agama kita untuk menjayakan cita-cita orang yang kaya raya nak jadi PM?
Kesimpulannya, mari kita pandang 20 tahun akan datang. Dengan keadaan dan tekanan dari dalam dan luar, bangsa Melayu dan umat Islam semakin tersepit di tanah air ini. Anwar sudah 60 tahun, Anwar sudah tidak Relevan lagi. Mari kita cari Pemimpin baru yang lebih Relevan untuk memimpin negara ini. Pemimpin yang boleh mengembalikan rasa hormat-menghormati antara kaum (Cina/India/Melayu ) tanpa merampas hak-hak masing-masing.
KUALA LUMPUR: Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu ditahan di Shah Alam hari ini dan dibawa ke mahkamah di Petaling Jaya tengah hari ini atas dakwaan menganggu tugas penjawat kerajaan, tahun lalu.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandamaran itu dikatakan mengganggu tugas pegawai Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).
Rupa-rupanya kemenangan calon Demokrat Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke 44 bukan sahaja mengujakan kaum kulit hitam di Amerika, tetapi turut mengujakan kaum kulit putih di Malaysia. Penasihat DAP, Lim Kit Siang menganggap kejayaan Obama seorang kulit hitam sebagai Presiden Amerika Syarikat seharusnya dijadikan teladan politik di Malaysia.
Mereka ini berpendapat Amerika Syarikat telah menunjukkan kepada dunia bahawa kaum minoriti mempunyai peluang bersaing dengan kumpulan majoriti malah telah mengatasi halangan besar bagi memenangi jawatan tertinggi negara itu.
Apakah ini bermakna, secara diam-diam selama ini, Lim Kit Siang bercita-cita untuk menjadi PM ? Sebelum ini tidak diluahkan secara terang, tetapi setelah kemenangan Obama, wakil kaum kulit putih di Malaysia pun secara terbuka mengumumkannya.
Sebelum ini yang kencang menawarkan diri bukan Lim Kit Siang tetapi Anwar Ibrahim dengan segala perancangan yang kononnya rapi, target 16 September, tetapi tidak menjadi kenyataan.
Apa pula perasaan Anwar apabila seorang lagi rakan pakatannya menawarkan diri menjadi PM ? Sudah tidak percaya dengan kewibawaan Anwar kah, hingga terpaksa calon alternatif berkulit putih pula menawarkan diri ?
Begitulah resam pakatan rakyat, sentiasa mencari peluang untuk kepentingan diri. Walau nampak manis di depan, tetapi di belakang belum tahu. Walaupun pada permukaan bersetuju melantik Anwar sebagai bakal PM, tetapi di dalam hati, di belakang belum tentu.
Siapa tidak mahu jadi PM, semua orang politik tergila-gila jadi PM, walaupun tidak layak.
Anwar Ibrahim sendiri, sudah menawarkan diri jadi PM sejak tahun 1998. Ketika itu, satu tangga lagi, nak sampai ke takhta PM, tetapi jatuh tergolek terpaksa menjadi 'PM' di Sungai Buloh.
10 tahun berlalu, tetapi cita-cita Anwar mahu jadi PM tidak pernah luput. Beritahu semua penyokong bahawa akan jadi PM pada 16 September. Beritahu seluruh dunia, 16 September yang lepas sepatutnya telah jadi PM, tetapi masih seperti dahulu, cita-cita hanya tinggal cita-cita, masih tidak kesampaian.
Ada orang berkata Anwar tidak boleh jadi PM, kerana terlalu angkuh, kerana mengambil kuasa Tuhan boleh menentukan tarikh bilakah akan jadi PM. Kata orang lagi, jika Anwar tidak angkuh dan mampu bersabar serta berserah kepada Tuhan, mungkin 10 tahun lepas, dia telah menjadi PM.
Ketika Anwar laungkan mahu jadi PM, 16 September, orang yang tidak menyokongnya ialah Ibrahim Ali. Sepatutnya Ibrahim Ali menyokong Anwar jadi PM, 16 September kerana mereka berdua pernah berkawan baik dan sama-sama dipenjarakan di Kemunting.
Sepatutnya orang yang pernah sama-sama berdemonstrasi, sama-sama menginap di Kemunting akan lebih kenal mengenal dan saling bantu membantu kerana dulu perjuangannya sama. Sama berdemo, sama dipenjara, sama masuk UMNO, sama dipecat UMNO, sama pandai berpidato, tetapi tidak sama tentukan siapa bakal PM.
Jadi kalau kawan baik sendiri seperti Ibrahim Ali, tidak sokong Anwar jadi PM, bermakna ada sesuatu yang tidak kena dalam fikiran kawan baiknya itu, tetapi tidak diluahkan, demi menjaga air muka.
Secara lantang, Ibrahim Ali melaungkan dia akan sokong Haji Hadi jadi PM, walaupun dia tahu, Anwar dan para penyokongnya menobatkan pemimpin defacto PKR itu jadi PM.
Haji Hadi lebih bijak, walaupun disokong Ibrahim Ali jadi PM, tetapi Hadi membalas dengan tersenyum, "Saya tak mahu menjadi PM Mat Jenin".
Obama menawarkan diri jadi Presiden Amerika buat pertama kali dan terus berjaya, tetapi Anwar mengambil masa 10 tahun dengan beberapa kali percubaan tetapi masih gagal. Setelah Anwar masih gagal, muncul pula Obama II berkulit putih, Lim Kit Siang pula menawarkan diri.
Bolehkah Anwar memberi laluan kepada Obama II berkulit putih dari Malaysia itu menjadi PM, sedangkan Anwar siang malam bermimpikan istana Putrajaya ?
JIL, CIA, Asia Foundation rancak serang Muslim Indonesia
Oleh: Thoriq Penulis adalah mahasiswa Syari'ah Islamiyah Universitas Al Azhar Cairo Mesir
Dari segi idea besarnya, JIL (Jaringan Islam Liberal) lebih mirip menyambung lidah imperalisme Barat ke atas dunia Islam. Dari segi politiknya, ada sambungan tali temali benang merah dengan CIA. Benarkah begitu ? Setelah beberapa tahun JIL mendeklarasikan kewujudannya -didirikan sekitar Mac 2001 (tahun akhir Gus Dur menjadi Presiden Indonesia)—kini, mulai nampak tanda-tanda keberhasilannya.
Setidak-tidaknya, fenomena baru ini sudah nampak semakin jelas - yang pada mulanya sembunyi-sembunyi — kini sudah terkesan kewujudannya. Salah satu impak penting yang timbul dari lahirnya gudang pemikiran itu adalah wujudnya suasana kurang ajar di kalangan pengikutnya dengan istilah “kekritisan berfikir”.
Suasana baru kaum terpelajar muslim itu, seakan-akan perubahan mendadak. Terutama cara mereka berfikir dan berhujah. Tiba-tiba mereka begitu bersemangat ‘mengkritik’ Al-Qur’an, menolak beberapa nash hadits-hadits shahih, serta menuduh para ulama’ sebagai kelompok konservatif.
Anak-anak muslim ‘terpelajar’ itu juga dilihat sangat aktif berbicara, berdiskusi, berseminar, berbengkel, bertemu sesama ahli untuk membahas tema-tema demokrasi, kebebasan berekspresi, sekularisasi, pluralisme, dan kesetaraan gender.
Mereka teramat sibuk bergelut dengan rujukan-rujukan liberal. Bacaan-bacaan wajib mereka, "Tahrirul Mar’ah" (emansipasi wanita) milik Qasim Amin (1), "The Spirit of Islam", ditulis oleh (Sir Sayyid)Amir Ali,(2) dan "Al Islam wa Ushul Al Hukmi"(Islam dan Dasar Pemerintahan) karya Ali Abdul Raziq.(3). Sesungguhnya buku Ali Raziq ini diciplak dari tulisan orientalis Inggeris bernama Thomas W. Arnold.
Nama-nama seperti, Sayid Ahmad Khan, Arkoun, Ali Abdul Raziq, Charles Kuzman, Fatimah Marnissi, Nasir Hamid Abu Zaid dan Fadzlur Rahman seolah-olah “kitab suci” yang melekat di otak mereka.
Dalam ketika sama, mereka mulai nampak malas menelaah Al-Qur’an, bahkan boleh jadi mereka muak jika mendengar dalil-dalil dari hadits. Yang jelas, mereka begitu percaya diri dengan identiti itu, dan begitu berbangga jika mereka disebut "liberal".
Satu persoalan penting yang kerap bermain di minda masyarakat adalah; “Apakah program-program JIL warisan daripada imperialisme barat? Apakah identiti Islam hanya 'topeng' untuk membenarkan ideologi kapitalis?.
Warisan Imperialis Barat
Secara jujur, sebenarnya, idea-idea besar JIL dapat dipahami dalam kerangka warisan imperalisme Barat ke atas Dunia Islam. Kalau kita amati tentang agenda-agenda JIL, maka kita akan menemukan perkaitan antara imperialisme barat dan agenda JIL.
Luthfi Asy-Syaukanie, salah satu aktivis JIL pernah menyebut secara jujur, empat agenda utama lahirnya Islam Liberal. Pertama, agenda politik, Kedua, agenda toleransi agama, Ketiga, agenda emansipasi wanita, dan Keempat, agenda kebebasan berekpresi (menyuarakan pendapat).
Dalam agenda politik, kaum muslimin “diarahkan” oleh JIL untuk mempercayai sekularisme, dan menolak sistem pemerintahan Islam (Khilafah). Dalam agenda plurarisme, kelompok ini menyeru bahawa semua agama adalah benar, tidak boleh ada 'truth claim'. Agenda emansipasi wanita, adalah menyamaratakan secara total peranan hak lelaki dan wanita, dan agenda kebebasan berekspresi, seperti hak untuk tidak beragama, tak jauh bezanya dengan agenda politik di atas.
Semua idea-idea ini pada akhirnya, kembali kepada ideologi dan kepentingan imperialis.
Kerana itu, sukar sekali-untuk untuk tidak mengatakan - mencari akar pemikiran-pemikiran tersebut dari Islam secara murni, kecuali setelah melalui menyelewengkan teks-teks Al-Qur’an dan As-Sunnah. Misalnya teologi pluralisme menganggap semua agama benar, sebenarnya berasal dari hasil Konsili Vatikan II 1963-1965 yang menciplak prinsip extra ecclesium nulla salus (di luar Katolik tak ada keselamatan) menjadi teologi inklusif-pluralis, yang menyatakan keselamatan mungkin berada di luar Katolik. (Islam Liberal: "Sejarah, Konsepsi dan Penyimpangannya", Adian Husaini dan Nuim Hidayat).
Selain itu, dari kerangka ideologi, idea-idea JIL dapatlah dinyatakan sebagai idea-idea kapitalisme. Luthfi Asy-Syaukanie dalam bukunya "Wajah Liberal Islam di Indonesia" (2002) telah berhasil menyajikan deskripsi dan peta idea-idea JIL.
Jika diterperincikan, kesimpulannya adalah banyak persamaan dengan ideologi kapitalisme. Tentu ada kreativiti dan modifikasi. Khususnya pencarian ayat atau hadits atau sejarah lampau yang kemudian ditafsirkan secara sewenang-wenang agar sesuai dengan kapitalisme.
Idea-idea besar kapitalisme itu antara lain; (1) sekularisme, (2) demokrasi, dan (3) kebebasan. Dukungan kepada sekularisme -pengalaman partikular Barat- nampak begitu serius melakukan penolakan terhadap bentuk sistem pemerintahan Islam (khilafah), dan penolakan terhadap syariat Islam. Tetapi mereka bersemngat menerima semua gagasan demokrasi tanpa penyelidikan kritis. Mereka cepat-cepat bersemnagt jika mengkritik Islam, tapi berpura-pura buta jika sumber-sumber itu datangnya dari Barat.
Kentalnya idea-idea pokok kapitalisme itu hingga mereka menjadikan ideologi kapitalisme sebagai standard pemikiran. Meminjam bahasa Al Jawi, idea-idea kapitalisme diterima terlebih dulu secara taken for granted dan dianggap benar secara total, tanpa diberi peluang untuk didebat (ghair qabli li an-niqasy) dan tanpa ada kesempatan untuk diubah (ghair qabli li at-taghyir). Lalu ide-ide kapitalisme itu dijadikan cara berfikir (dan hakim!) untuk menilai dan mengadili Islam.
JIL Asia Foundation dan CIA
The Asia Foundation adalah yayasan raksasa yang markas besarnya di San Fransisco. Yayasan ini memiliki 17 cawangan di seluruh Asia, termasuk Washington, D.C. Pada tahun 2003, The Asia Foundation menyumbangkan bantuan sebanyak 44 juta USD dan menderma 750 ribu buku dan risalah pendidikan yang nilainya sekitar 28 juta USD di seluruh wilayah Asia.
Sebagaimana yang dipetik dari website rasmi kerajaan AS, http://usinfo.state.gov, Oktober lalu –beberapa hari menjelang pilihanraya di Afghanistan- The Asia Foundation, menjalankan program The Mobile Theater Project, tayangan filem keliling. Dengan alasan pendidikan demokrasi -atau lebih tepat lagi sebagai propanganda demokrasi— mereka mengelilingi kampung untuk menayangkan filem yang telah ditonton seramai 430, 000 orang.
Di Indonesia, dalam Pilihanraya 2004, seperti yang diakuinya di website http://www.asiafoundation.org/, yayasan ini telah menaja JPPR (Jaringan Pendidikan Pemilih Untuk Rakyat) dengan mengambil 141,000 sukarelawan dan melakukan training kepada lebih 70 ribu orang. Mereka turut memanfaatkan radio dengan anggaran 25 juta pendengar, memanfaatkan TV yang ditonton 74 juta penintin, serta menguasai media cetak yang dibaca 3 juta orang.
Di Indonesia, yayasan ini wujud sejak tahun 1970. Mereka berselindung di balik program-program ternama; training keagamaan, studi gender, HAM (hak Asasi Manusia) dalam Islam, civic education di institusi-institusi Islam, pusat pembelaan perempuan untuk Islam (Muslim Women Advocacy), dan program-program pluralisme, seiring dengan program-program JIL.
Jika dilihat dari segi agenda dan kegiatannya selama ini, terdapat hubungan langsung antara agenda-agenda JIL dengan yayasan raksasa bernama The Asia Foundation itu.
Tidak boleh disangkal, bahawa kehidupan kelompok ini amat bergantung kepada bantuan dana dari The Asia Foundation. Dan kerana tajaan yang amat besar dari yayasan ini, maka JIL dalam waktu yang singkat boleh mendirikan Radio satelit pertama di Indonesia, Radio 68H, yang siarannya dibenarkan oleh puluhan pemancar radio di Indonesia, mampu membeli satu halaman penuh akhbar Jawa Post, bahkan mampu menayangkan iklan-iklan di televisyen dengan masa yang panjang, misalnya iklan “Islam Warna-Warni” yang akhirnya dihentikan tayangannya akibat teguran MMI (Majelis Mujahidin Indonesia), bahkkan mampu menjalankan kegiata-kegiatan mereka walaupun memerlukan perbelanjaan yang besar.
Jika dikaji dari sponsor utama (The Asia Foundation) yang selama ini menjadi penaja utama pendanaan JIL, boleh disimpulkan bahawa semuanya berpusat kepada agenda The Asia Foundation. Dengan bahasa lain, JIL adalah ‘karyawan’ The Asia Foundation yang bertugas di lapangan, untuk melaksankan misi besar yayasan itu.
Yayasan ini banyak menaja kegiatan-kegiatan dalam rangka penyebaran fahaman kapitalisme dan seangkatannya. Yang paling nampak jelas penglibatan The Asia Foundation dalam membantu kumpulan PUG (Tim Pengarasutaman Gender) yang dibentuk oleh Departemen (Jabatan) Agama, yang kemudian berjaya menyusun draf Kompilasi Hukum Islam (KHI) (4) yang isi kandungannya telah menimbulkan kontroversi.
Merujuk sebuah rencana yang berjudul "CIA's Hidden History in the Philippines", , Roland G. Simbulan (Coordinator, Manila Studies Program University of the Philippines) telah menyampaikan ceramahnya di University of The Philipinnes (18 Ogos, 2000), dengan memetik tulisan seorang sosiologi Amerika, James Petras, (dari Journal of Contemporary Asia), yang menggambarkan, bagaimana operasi sulit yayasan besar dijalankan -jika tidak didukung oleh kerajaan Amerika - maka yayasan tertentu akan melaksanakannya dengan dibantu oleh agen-agen rahsia atau CIA yang terlibat secara penyamaran. Yang dimaksudkan oleh Petras, kewujudan agen-agen rahsia (CIA) untuk menghindari konflik akibat pertembungan secara langsung dengan struktur rasmi kerajaan serta menghindari tuduhan wujudnya penjajahan dan eksploitasi kapitalis.
Roland G. Simbulan juga menjelaskan bahawa yang memainkan peranan CIA yang paling ketara di Manila adalah The Asia Foundation. Pernyataan ini dianggap bukti yang sah , kerana berdasarkan pernyataan seorang anggota Jabatan Birokrasi Amerika,iaitu William Blum.
Dalam ulasan buku yang berjudul "Asia Foundation is the principal CIA front", seorang jurnalis penyiasatan majalah Times, Raymond Bonner, menulis rencana berjudul: "Waltzing with a Dictator: The Marcoses and the Making of American Policy", menyatakan bahawa “Asia Foundation adalah dibentuk oleh CIA!”.
Bukti ini semakin diperkukuhkan melalui bukti wawancara Roland G. Simbulan dengan seorang bekas pegawai penyiasat CIA yang beroperasi di Philipina pada tahun 1996, yang mengesahkan dia aktif menggunakan yayasan ini (The Asia Foundation) sebagai agen.
Bahkan secara terang-terangan pula ditulis dalam laporan tahunan The Asia Foundation, tahun 1985, yang menyebut kenyataan Victor Marchetti (salah seorang Timbalan CIA), bahawa “Asia Foundation didirikan oleh CIA dan masih mendapat subsidi dari tahun 1967” (Asia Foundation Annual Report, 1985).
Sudah jelas, bahawa The Asia Foundation memang dibentuk oleh CIA, didirikan sebagai alat untuk memperluas dan mempermudah proses imperialisme Amerika Syarikat ke atas negara-negara lain di kawasan Asia Pasifik dengan cara tidak konfrantasi.
Dari susur galur itu, boleh jadi, JIL - setelah dilihat dari dasar idea yang dipopularkannya, serta rakan kongsinya - bahwa sesungguhnya asasnya tidak ada hubungannya dengan Islam, tidak bersangkut-paut dengan perbezaan metode penafsiran nash, pembaharuan, pencerahan, atau sifat kritis.
Kegiatan JIL -boleh jadi - tak lain, tidak bukan merupakan aktiviti intelejen (intelligence) asing yang hendak mencengkam kuku-kuku imperialismenya di bumi umat Islam umumnya dan Indonesia khususnya. Benarkah demikian? Wallahu a’lam.
Nota :
(1) Buku "Tahriirul Mar’at" (Emansipasi Wanita), tulisan Qasim Amin (Mesir), banyak mendapat kecaman dari para ulama di Mesir, Syam dan Iraq dan telah dihukum murtad. Tidak lama kemudian dia menulis sebuah buku lagi berjudul "Al-Mar’atu Al-Jadiidatu "(Wanita Modern), maksudnya adalah menyeru wanita muslimah berubah menjadi wanita Eropah.
(2) Buku "The Spirit of Islam", (Roh Islam) tulisan Amir Ali (India) berusaha mewujudkan seluruh nilai liberal selaras dengan kehendak Ratu Victoria Inggeris. Dalam buku itu, beliau merumuskan Nabi Muhammad adalah Pelopor Agung Rasionalisme.
(3) Buku "Al-Islam Wa Usul al-Hukm" (Islam dan Dasar Pemerintahan) tulisan Ali Abdul Raziq (Mesir) diterbitkan pada 1926, saat berkembangnya gerakan Islam yang cuba mempertahankan negara-negara Arab dari kuasa imperalis Barat selepas kejatuhan Empayar Uthmaniyah pada awal 1920-an. Menerusi buku ini, Ali Raziq merumuskan tesis bahawa tidak ada asas atau gesaan membina sebuah negara Islam (daulah Islamiah) dalam sumber utama Islam iatu Al-Quran dan Hadith. Beliau merumuskan bahawa agama dan negara wajib dipisahkan. Beliau juga mengemukakan ayat-ayat Al-Quran yang menunjukkan bahawa Rasul tidak diutuskan untuk menubuhkan negara dan menjadi ketua negara.
(4) KHI (Kompilasi Hukum Islam) ditubuhkan sejak 1991 yang berfungsi menyelaraskan hukum-hukum Islam di Indonesia. Sejak program Pengarusutamaan Gender (PUG) iaitu program untuk menyamarata hak lelaki dan perempuan diperkenalkan pada tahun 2000 (semasa pemerintahan Gus Dur) terhadap sembilan bidang sektor pembangunan negara. Salah satu sektor terbabit adalah sektor agama (hukum). Satu kumpulan yang dinamakan "Tim Pengarusutamaan Gender",Departemen Agama telah dibentuk untuk mengkaji semula KHI yang diperkenalkan sebelum ini. Satu draf KHI baru telah diperkenalkan dengan memasukkan beberapa elemen baru iaitu 'gender', 'pluralisme', 'hak asasi manusia', dan 'demokrasi'. Eelemen baru ini sebenarnya idea kapitalis yang diperjuangkan oleh The Asia Foundation dan disuntik ke dalam Departemen Agama Indonesia.
AIDC menterjemah artikel bertajuk, "JIL, CIA, Asia Foundation dan Imperialisme Barat" dari laman web swaramuslim.net. Artikel asal klik di sini
Kami sedang mengumpul dana untuk server AIDC blog. Sesiapa yang berminat boleh salur sumbangan anda ke no akaun BANK ISLAM - 1303 5010 0580 99 (TETUAN AIDC MANAGEMENT).