MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

1 Nov 2008

Bolehkah cakap Anwar dipegang ?



Bolehkah cakap Anwar dipegang ?


Oleh Ahmad Lutfi Othman

Agak ramai juga yang berkata, Anwar tidak boleh dipegang dengan kata-katanya. Anwar pandai berbelit dan bermain dengan kata-kata. Bagi pihak penyokong Abdullah Badawi pula merasakan selemah-lemah Pak Lah, beliau tidak begitu suka memberi janji-janji kosong dan jaminan tidak berasas, hanya untuk mendapat publisiti. Tuduhan terhadap Anwar ini tentulah tidak patut. Tidak boleh dipegang dengan kata-kata seolah-olah bermaksud menuduh Anwar selalu berbohong.

Kalau seseorang itu tidak boleh dipegang dengan kata-katanya, apa lagi yang boleh mengikatnya. Manusia bukannya ada ekor yang boleh ditarik ekornya. Lainlah dengan kuda, itu pun tidak boleh ditarik ekornya sesuka hati, nanti ditendang buruk padahnya.

Bagaimanapun agak menarik kalau kita perhatikan terjemahan bebas wawancara khas Malaysian Business bersama Anwar Ibrahim selepas beliau dilantik menjadi Menteri Pendidikan :

Apa perasaan saudara mengenai perlantikan baru yang boleh dikatakan sebagai satu bayangan konotasi politik dalam jawatan Menteri Pendidikan ini.

Ia hanya pertukaran tugas. Mengenai konotasi politik, sebenarnya saya tidak tahu-menahu mengenai hal itu. Terdapat orang yang berjaya dari pendidikan tetapi terdapat juga orang yang gagal. Tapi ia satu pertukaran yang menyenangkan. Saya sedang belajar dengan cepat dan saya ingin membuat beberapa perubahan terutamanya dengan mendengar dan bercakap. Saya tidak fikir perancangan dan polisi pendidikan semestinya diputuskan bulat-bulat oleh Kementerian Pendidikan. Ia sepatutnya disepakati oleh para pendidik, ahli akademik dan profesional serta disokong oleh kementerian.

Jadi, saya banyak menghabiskan masa untuk mendengar... dan terdapat banyak isu. Mereka bercakap mengenai kemerosotan mutu akademik, kemerosotan disiplin di sekolah, polisi sistem pendidikan yang lebih liberal, dan ada juga yang bercakap mengenai pendemokrasian di institusi-institusi pengajian tinggi.... la memberi lebih faedah kepada saya secara peribadi.

Seorang tokoh akademik berkata bahawa "sebab utama Akta Universiti (AUKU)diwujudkan ialah kerana adanya orang seperti Anwar Ibrahim". Apa komen saudara ?

Saya tidak fikir itu benar kerana Akta itu diperkenalkan pada tahun 1971 dan dipinda pada 1975. Pada 1971, saya menjadi pemimpin pelajar, 1975 saya dalam tahanan.

Malahan sebelum itu, terdapat beberapa peruntukan ... saya masih ingat lagi dengan jelas...perkara-perkara seperti kelulusan yang bersesuaian, yang mengawal kebebasan akademik : bagaimanapun itu semua tidaklah begitu muktamad seperti perubahan pada tahun 1975. Sekarang ada beberapa hal yang saya tidak setuju.

Terdapat ahli akademik dan pelajar yang menggunakan akta itu untuk menutup kegagalan mereka sendiri. Orang ramai bercakap mengenai kemerosotan mutu akademik, kekurangan penyelidikan, kemerosotan pencapaian pelajar... saya tidak fikir akta itu boleh digunakan untuk mengukur perkara-perkara ini.

Tetapi saya boleh katakan akta itu perlu disemak semula, ia sepatutnya lebih liberal, ahli akademik perlu dibiarkan sendiri untuk menumpukan terhadap penyelidikan dan membuat kenyataan mereka sendiri agar mereka berasa lebih rileks untuk mengeluarkan pandangan mereka dalam isu-isu akademik dan kebangsaan. Begitu juga pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar memang secara semulajadi begitu kritikal terhadap pembangunan.

Kita sepatutnya bersikap liberal untuk bertoleransi dan saya tidak fikir kita perlukan peraturan-peraturan yang ketat seperti pindaan 1975. Malahan sekarang pun, saya telah mengarahkan semua Naib Canselor supaya bersikap lebih liberal dalam tafsiran mereka terhadap akta itu sementara satu kajian yang menyeluruh mengenai implikasi semakan itu... peruntukan apa yang perlu dipinda. Saya fikir itu adil.

Orang ramai cenderung untuk melabel saudara sebagai antipembangunan sebelum ini. Bagaimana sekarang?

Lebih baik saya katakan saya seorang yang kritikal terhadap isu-isu kemiskinan, pentadbiran yang lemah dan pecah amanah. Saya tetap seperti dahulu.

Dahulu saudara seorang pengkiritik. Sekarang saudara di pihak kerajaan. Bolehkan saudara menerima dengan lebih baik kedudukan pengkritik dalam masyarakat?

Ya, perlu saling menerima. Pengkritik patut menerima halangan-halangan dan masalah-masalah praktikal, realiti dan tanggungjawab mereka yang berada dalam kerajaan.

Adalah perlu wujud perasaan saling menghormati antara mereka di dalam masyarakat. Bagi diri saya, saya yakin perlu diadakan dialog antara kedua-dua pihak dan saya pernah melakukannya. Contohnya, dengan Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Mereka membuat persediaan rapi dan kami berbincang sepanjang hari mengenai beberapa isu berkaitan. Atau ABIM dan ramai ahli akademik dari universiti. Atau isu-isu seperti kemiskinan dan pemulihan tanah.

Saya telah berbincang dengan ramai orang antaranya... Husin Ali, Jomo, Tengku Shamsul, David Gibons dan dua minggu lepas (sehingga waktu wawancara diadakan) saya telah berbincang dengan ramai profesor..... termasuk yang mengkritik kerajaan.

Bagaimanapun sesetengah orang lebih kritikal. Apa yang anda harapkan? Apakah mereka fikir saya mengubah semuanya yang mereka rasa menekan di dalam akta itu?


la adalah kerana saudara begitu kritikal terhadapnya sebelum ini... Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), contohnya?

Saya tidak fikir begitu. Saya memang menentang perbuatan itu, saya begitu prihatin terhadap cara perlaksanaannya. Saya rasa terdapat penganiayaan ... pemimpin pelajar ... orang ditangkap kerana perbezaan politik. Tetapi, anda tahu, terdapat beberapa masalah yang kami hadapi. Pertamanya, militan komunis yang kita hadapi.

Kemudian mungkin kamu ingin tahu mengapa kami menangkap pemimpin tertentu PAS di bawah ISA?

Ini kerana mereka secara terbuka menggalakkan rusuhan, mereka memanggil kami kafir.

Kritik dari para elit yang liberal menyebut, "bawa mereka ke mahkamah terbuka supaya pengadilan dapat dilakukan". Tetapi bagaimana boleh membawa mereka dibicarakan di mahkamah terbuka dengan beribu-ribu orang berteriak "Allahu Akbar" di luarnya?


Mungkin saudara ingin menerangkan dengan lebih lanjut hubungan antara PAS dan UMNO.

Saya telah bercakap dengan mereka. Mereka takut untuk berbincang dengan kami kerana takut penyokong-penyokong mereka tidak akan menerimanya. Itulah yang terjadi dalam dialog atau muzakarah antara Mahathir dan Yusof Rawa. Mereka tidak boleh menerangkan kepada penyokong-penyokong mereka.

Saya ke Pulau Pinang untuk mengatur perjumpaan terakhir, kesemuanya mesti secara diam-diam, secara rahsia. Kenapa? Kerana mereka tidak boleh menerangkan perkara ini kepada penyokong-penyokong mereka.

Kenapa mereka perlu begitu takut untuk berjumpa kami? Kit Siang boleh datang dan berjumpa kami bila-bila masa ... walaupun hakikatnya beliau memang penentang kuat kerajaan. Tetapi mereka tidak boleh, kerana mereka telah memberitahu penyokong-penyokong mereka bahawa kami kafir, kami membelakangkan Islam. Mereka seolah-olah akan bergaduh.


Adakah saudara dianggap boleh diterima oleh PAS?

(Terhenti sebentar) ... Saya tidak fikir begitu. Saya bertolak ansur dengan mereka. Saya kata... anda boleh berbincang dengan saya, anda boleh tidak bersetuju dengan saya... tidak mengapa ... cuma jangan berbunuh sesama sendiri. Itulah keseluruhan idea, intipati utama dialog itu.


Bagaimana dengan status UMNO sekarang, perpecahan antara Dr Mahathir dan Datuk Musa?

Iya, ini memang amat malang, ia sesuatu yang tragis. Saya tidak mahu membuat sebarang andaian mengenainya ... tetapi saya mengekalkan hubungan baik dengan kedua-duanya.

Bagaimana dengan krisis Sabah dan PBS?

Ia suatu situasi yang sukar. Dalam pilihan raya yang baru berlangsung, masyarakat bukan Melayu secara umumnya menyokong PBS tetapi orang Melayu berasa tidak patut menyokong PBS pada saat Islam sedang berkembang di Sabah ... kerana tiada wakil Islam yang mencukupi dalam PBS ketika itu. Bagaimanapun, kita terperangkap. Jadi, adalah bagus ... biarkan rakyat membuat keputusan ... dengan meyakinkan mereka mendapat dua pertiga majoriti bersama wakil Islam.

Jadi, pada senario sekarang ini, tiada siapa boleh berkata, dengan membenarkan PBS memasuki Barisan, kita telah mengabaikan orang Islam di Sabah. Itulah dilema kita. Apabila anda berada di dalam kerajaan, anda kena mengambil berat kedua-duanya.


Terdapat persepsi meluas mungkin oleh akhbar luar, bahawa pentadbiran kerajaan ini telah mendapat kritikan dalam pelbagai isu seperti rasuah dan ketidakcekapan pentadbiran, perkara yang sama pernah saudara kritik sebelum ini. Apa komen saudara?

Anda perlu lebih khusus. Saya tidak nafikan terdapat rasuah. Tetapi terdapat banyak tuduhan yang tidak tepat. Ahli perniagaan yang gagal mendapat tender atau kontrak biasanya akan menuduh mereka yang mendapatnya melakukan rasuah. Dalam keadaan ini, adalah sukar untuk mengira bagaimana rasuah itu berlaku.

Bagaimanapun, saya percaya kempen-kempen menentang rasuah perlu dipertingkatkan. Saya percaya Badan Pencegah Rasuah perlu diperkuatkan. Ini tidak bermaksud kami begitu bertolak ansur atau rileks terhadap perbuatan rasuah. Apa yang pihak media luar negara cuba ambil tahu, situasinya agak kompleks.

Memang Dr Mahathir seorang yang kritikal, beliau telah menunjukkan sikap tidak setuju terhadap banyak polisi Barat.

Apabila mereka mengkritik penerapan nilai-nilai Islam, beliau mengingatkan mereka tentang Spanish Inquisition .... Apabila tiba hal perdagangan, beliau meminta mereka untuk bertanggungjawab terhadap perlindungan kepada perusahaan dalam negeri.

Terdapat banyak kritikan, yang kebanyakannya telah membangkitkan perasaan bermusuhan dengan media luar negara yang kemudian mereka menjadi begitu mahir terhadap apa yang berlaku di Malaysia. Tetapi saya rasa media perlu bersikap lebih liberal. Kerajaan perlu bersikap lebih bertolak ansur.


Encik Anwar, secara jujur, adakah saudara percaya bahawa sesetengah rencana oleh Asia Wall Street Journal baru-baru ini adalah sebahagian daripada kempen yang dibuat untuk menjatuhkan kerajaan?

Sengaja dibuat, saya tidak pasti tetapi perasaan untuk menentang kerajaan sudah tentu ada ... terhadap beberapa rancangan. Pertama, kita adalah kerajaan yang kuat di antara negara-negara Dunia Ketiga dengan satu reputasi pencapaian kemajuan.

Pada masa yang sama kita mengambil pendirian untuk berdikari dari Barat. Dan kita telah mengambil beberapa rancangan yang tidak menyerupai ciri-ciri Barat.

Salah satu daripadanya ialah Rancangan Penerapan Nilai-nilai Islam. Oleh itu, pada pendapat mereka rancangan itu mestilah kasar dan menekan ... kerana mereka tidak tahu apa yang sedang berlaku. Mereka melabelkan kesemuanya Islamik .... Saya telah membaca banyak majalah dan surat khabar - dari Amerika Syarikat hingga ke Australia -dan akan dapat dilihat kebencian mereka ... bagaimana mereka telah menerima maklumat yang salah.

la sama ada kita tidak bertolak ansur atau fanatik atau membuat perkara-perkara ini untuk meredakan kebangkitan Islam di negara ini. Mereka tidak boleh memahami kedudukan sebenar apa yang kita buat di sini... yang sebenarnya tidak langsung menafikan kedudukan bukan Islam di negara ini.

Ambil kes BMF sebagai contoh. Saya menyifatkannya sebagai satu peristiwa yang tragik ... satu daripada skandal membabitkan wang dalam jumlah terbesar pernah berlaku dalam abad ini di negara ini. Tetapi kami tidak duduk diam. Satu siasatan menyeluruh dijalankan dan laporannya diumumkan kepada masyarakat.

Boleh anda namakan negara-negara Dunia Ketiga yang lain yang bersedia untuk melakukannya? Sudah tentu ada sebilangan yang tidak berpuas hati. Mengapa? Kerana mereka ingin melihat Perdana Menteri dan menteri-menteri kanan yang lain untuk terlibat sama ... kerana mereka telah mempunyai kedudukan politik dan itulah yang berlaku ... beberapa pemimpin terlibat dalam rasuah dan mereka perlu dilibatkan sama walaupun mereka tidak mempunyai sebarang bukti untuk menyokong pendirian atau tuduhan mereka itu.

Saya tidak berminat dengan kedudukan politik. Saya lebih berminat dengan kebenaran dan mereka yang bertanggungjawab dihukum. Saya tidak peduli jika beberapa individu atau golongan tertentu pergi sama ada secara berpuas hati atau tidak.


Tetapi bagaimana pula layanan terhadap Tan Sri Ahmad Noordin? Ramai orang rasa beliau telah difitnah.

Kita memang berterima kasih kepadanya. Saya secara personal berterima kasih kepada Tan Sri Ahmad Noordin ... beliau telah melakukan kerja yang cemerlang. Tetapi terdapat juga masalah ... orang ramai menjadi begitu emosional dengan isu itu. Dokumen itu bukan satu hukuman, ia hanya satu laporan. Mengapa orang ramai tidak boleh menerima keadaan itu?

Sama ada Ahmad Noordin atau penyokong-penyokongnya atau para pengkritik tidak patut memikirkan laporan itu sebagai begitu sempurna. Ini tidak bermakna semua tuduhan itu benar. Ia hanya laporan akauntan. Terdapat beberapa kenyataan tidak tepat dari beberapa menteri. Tetapi adakah ini bermakna kerajaan secara moralnya telah merosot atau bercakap tanpa prinsip?

Anda perlu memberi penghargaan pada tempatnya... kami menunaikan janji kami... kami menerbitkan laporan itu. Tetapi kami mengambil masa, kami perlu pastikan bahawa ia adalah sahih dan betul terhadap semua tuduhan yang dilemparkan. Dan tiada siapa dapat menafikan bahawa ... ramai orang yang tidak bersalah tetapi menerima akibat yang tidak baik.

Sama juga keadaannya kerajaan yang ingin menghukum mereka yang bertanggungjawab dan melindungi mereka yang tidak bersalah. Ia dilakukan bukanlah sekadar atas desakan ramai atau tekanan dari pihak tertentu.

Encik Anwar, soalan yang terakhir. Sekarang ini, seolah-olah wujud perasaan meragui kerajaan secara umum. Mengapa?

Mungkin ahli-ahli perniagaan. Mereka seolah-olah meragui kerajaan sekarang, tetapi tiga tahun lalu, mereka adalah orang suruhan kepada kebanyakan ahli politik. Mereka tidak bercakap mengenai prinsip-prinsip, tiada soal moral terbabit. Apa yang penting ialah apa yang mereka dapat, bila tidak dapat, mereka mengutuk.

Saya bukannya ingin membela mana-mana individu atau sikap melampau yang mereka lakukan, tetapi saya rasa seseorang perlu diberi peluang yang adil untuk menerangkan kedudukan sebenar. la bukan sekadar apa yang masyarakat rasakan secara umum, tetapi satu kebenaran. Siapa mereka ini dan apakah yang mereka perkatakan?

Apa yang mereka perkatakan adalah mengenai tender atau mutu kontrak, kalau mereka mendapat tanah atau sesuatu yang mereka perolehi dari seseorang, lalu mereka menyokong orang itu.

Perkara-perkara seperti itu adalah dahsyat. Saya sendiri susah hati. Anda tahu apa sebabnya? Saya tiada kaitan langsung dengan kontrak atau tender. Saya menolak untuk dikaitkan dengan itu semua, dalam Kementerian Pertanian dan sekarang. Orang datang berjumpa saya untuk mendapat kontrak .... Saya kata, pergi jumpa pegawai yang berkaitan.

Kalau mereka merayu, saya akan beri perhatian dengan bertanya jawatankuasa yang berkaitan, lembaga berkaitan tender. Jika mereka tuduh terdapat rasuah, saya kaji dan jika benar berlaku, saya serahkan kepada pihak BPR untuk membuat keputusan. Sekarang tersebar luas soal meragui kerajaan datang dari siapa?

Saya pergi banyak tempat dan saya tidak fikir ia datang dari kampung-kampung. Sudah tentu terdapat pengaruh PAS, tetapi kebanyakan pembangkang di bandar. Kemudian, mungkin golongan elit yang liberal. Mereka memang sentiasa mengkritik: Ketika saya di kampus, saya pernah bersama mereka dalam keadaan tertentu. Beritahu saya, akta mana yang mereka pernah setujui, beritahu kami rancangan mana yang popular, beritahu kami Perdana Menteri mana yang mereka sukai atau sokong? Tetapi mereka lebih lantang sekarang. Kerana Dr. Mahathir bersikap liberal. Jadi, orang berasa lebih bebas untuk mengeluarkan pendapat mereka.

Sekarang, golongan yang lebih kritikal selain dari golongan ini ialah ahli-ahli perniagaan, ataupun mereka yang bermasalah dan kebanyakannya dibuat sendiri. Lihat senarai pinjaman mereka dengan beberapa bank. Mereka menyusahkan diri mereka sendiri dan meminta kerajaan untuk menjamin mereka. Saya tidak berkata semua tuduhan itu tidak adil. Terdapat sungutan yang berasas, tetapi secara keseluruhan, ini adalah kerana mereka tidak mendapat kontrak. Apa yang kami lakukan? Kami tidak mempunyai banyak kontrak lagi sekarang.


Nota : Rencana ini ditulis oleh Ahmad Lutfi Othman dalam buku "Anwar lawan Ghafar ?", Penerbitan Pemuda, 1993. Sekarang beliau merupakan ketua pengarang Harakah.





Baca selanjutnya...

Gus Dur kata Al-Qur’an sama kitab porno ?



Gus Dur kata Al-Qur’an sama kitab porno ?


assalaamu’alaikum wr. wb.

Ceritanya begini. Pada suatu hari, JIL (Jaringan Islam Liberal) menugaskan Guntur Romli untuk mewawancara salah seorang pendokong JIL yang paling terkenal, iaitu Abdurrahman Wahid alias Gus Dur. Arah wawancaranya adalah untuk mendapatkan sikap (atau fatwa) dari Gus Dur untuk bersama-sama menolak RUU APP (Rancangan Undang-Undang Antipornografi dan Pornoaksi) dan berbagai-bagai peraturan daerah (Perda) yang ‘berbau syariat Islam’. Hasil wawancara itu kemudian diterbitkan di website resmi JIL.

Golongan penentang penguatkuasaan Rancangan Undang-Undang Antipornografi dan Pornoaksi (RUU APP)sedang melakukan demonstrasi. Mereka anggap RUU APP tidak perlu kerana dianggap sebagai 'akta moral yang bertentangan dengan hak asasi manusia. Penentang undang-undang ini terdiri daripada kumpulan pro Islam Liberal. Mereka adalah Gus Dur, WS Rendra, Lily Chadidjah Wahid, Adnan Buyung Nasution, Goenawan Mohamad, Putu Wijaya, Shahnaz Haque, Jajang C Noer, Ayu Utami, Rahman Tolleng, Muslim Abdurachman, Musdah Mulia dan lain-lain. Manakala golongan penyokong penguatkuasa undang-undang pula terdiri daripada kumpulan agama seperti KH Abdurrasyid Abdullah Syafii, Ketua MUI Pusat KH Ma'ruf Amien, Dra Hj. Tuty Alawiyah AS, Ustadz Hari Moekti, Inneke Koesherawati, Astri Ivo, Henki Tornado, Prof. Dr. Dien Syamsuddin, KH Husein Umar, Habib Rizieq Shihab (FPI), H. Muhammad Ismail Yusanto (HTI), H. Mashhadi (FUI), KH Zainuddin MZ (PBR), H. Rhoma Irama (PAMMI), Hj. Nurdiati Akma (Aisyiyah), Habib Abdurrahman Assegaf, KH Luthfi Bashori (DIN) dan lain-lain.



Dalam wawancara tersebut, Gus Dur mengatakan (sebagaimana tertulis dalam website JIL tadi) bahawa Al-Qur’an adalah Kitab porno. Contoh ayat yang dikatakan porno adalah ayat berkenaan ibu yang menyusukan anaknya. Gus Dur bahkan menyebut Al-Qur’an sebagai Kitab paling porno sedunia.

Tidak disangka-sangka, ramai pelawat memberi reaksi terhadap hasil wawancara tersebut. Salah satunya adalah saya sendiri, dan tanggapan peribadi saya terhadap pernyataan-pernyataan Gus Dur tersebut saya tulis dalam artikel saya yang berjudul “Lucunya Gus Dur”. Selain saya, ramai lagi yang menganalisa hasil wawancara tersebut dan memberikan tanggapan terhadapnya, antara lain adalah majalah Hidayatullah dan akhbar Duta Masyarakat.



Selepas itu, tiba-tiba muncul pula ‘serangan balik’ dari pihak penyokong Gus Dur dan JIL. Guntur Romli sebagai orang yang bertanggungjawab menginterbiu pun menjawab di majalah Tempo. Menurutnya, Gus Dur sama sekali tidak pernah menyebut Al-Qur’an sebagai Kitab paling porno sedunia. Sebaliknya, Gus Dur menegaskan bahawa pada fikiran orang-orang yang selalu berfikiran lucah, Al-Qur’an pun dianggap sebagai porno. Jawapan balas ini menimbulkan tanda tanya kerna sebelum ini telah ramai yang membaca (artikel asal) dan menjadi saksi bahawa transkrip wawancara dengan Gus Dur di website JIL benar-benar menyebut bahawa Al-Qur’an sebagai Kitab paling porno.


Lebih lanjut lagi, para penyokong Gus Dur kemudiannya berjuang menuntut ganti rugi milion rupiah kepada pihak akhbar Duta Masyarakat di atas ‘berita bohong’ yang telah disebarluaskannya. Hal ini sudah tentu mengejutkan ramai pihak. Benarkah Gus Dur difitnah? Benarkah para pengkritiknya itu tersalah tafsir ?

Saya sendiri sempat dihujani pelbagai komentar oleh salah seorang pendukung Gus Dur dan saya dituduh telah melakukan provokasi serta melakukan kefasikan.

Keadaan semakin berlarutan dengan kejadian di Purwakarta, di mana Gus Dur kononnya diusir oleh hadirin dari organisasi massa (ormas) Islam ketika sedang berbicara dalam sebuah forum diskusi antara agama. Alasannya, mereka sebut kerana Gus Dur mengkritik aktivis-aktivis Islam itu sebagai ‘pengawal berjubah’. Akibat disebarkan berita ini oleh berbagai-bagai media massa, maka para pendukung Gus Dur pun bertindak balas seperti ketika Gus Dur hendak diturunkan dari jawatan Presiden Indonesia dahulu. Semuanya marah dan mahu berkelahi.


Setelah itu, berita pun menjadi simpang-siur. Ada saksi yang berkata bahawa Gus Dur sama sekali tidak diusir. Yang terjadi sebenarnya (menurut saksi tersebut) adalah Gus Dur ‘melarikan diri’ setelah ada pihak bertanyakan kepada Gus Dur (dalam forum diskusi tersebut) mengenai ucapannya yang menyebut Al-Qur’an sebagai Kitab paling porno sedunia. HTI (Hizbut Tahrir Indonesia) – sebagai salah satu organisasi massa Islam yang dituduh telah mengusir Gus Dur – mencabar Akhbar Tempo kerana telah menyebarkan berita bohong tanpa mendapat pengesahan terlebih dahulu. Yang mengejutkan, akhirnya Gus Dur sendiri memberitahu bahawa dirinya tidak diusir oleh siapa pun.


Kembali kepada permasalahan utama : benarkah Gus Dur telah menyebut bahawa Al-Qur’an sebagai Kitab paling porno sedunia? Gus Dur kata tidak, Guntur Romli juga kata tidak. Sedangkan begitu ramai orang yang menjadi saksi bahawa Gus Dur memang pernah berkata sedemikian, sesuai dengan transkrip wawancara di website JIL.


‘Keajaiban’ terjadi tidak berapa lama kemudian apabila semua mata kembali tertumpu kepada titik awal daripada semua masalah ini, iaitu website JIL. Ketika disemak kembali ke transkrip wawancara yang dimaksudkan, ternyata kenyataan kontroversi tadi telah dipadamkan.

Apakah para pengkritik Gus Dur (termasuk saya) memang memiliki mata yang benar-benar tidak dapat dipercayai?


Dalam hal ini kita terhutang budi kepada saudara Harry Sufehmi. Dalam salah satu jurnal di blog-nya – yang kemudian disebar dari email ke email – dia menunjukkan tindakan pembohongan luar biasa yang telah menipu orang ramai dan mencetuskan begitu banyak fitnah. Akar dari semua permasalahan ini adalah pembohongan JIL, bertindak balas apabila ramai yang membantah keras terhadap hasil wawancara Guntur Romli dengan Gus Dur tadi.


Saudara Harry Sufehmi telah melakukan proses pencarian melalui archive.org dan google.com, namun database dalam website-website tersebut telah diupdate, sehingga tidak menunjukkan penyebutan Al-Qur’an sebagai Kitab paling porno sedunia.

Pencarian tersebut kemudian berjaya ketika Harry Sufehmi mencari melalui yahoo.com. Ternyata, yahoo.com ketika itu belum mengupdate databasenya sehingga masih dapat dilihat dengan jelas ucapan Gus Dur yang kontroversi itu. Kerana bimbang hasil pencarian itu akan ‘berubah’, maka dia pun menyimpannya dalam bentuk screenshot (jika tidak bisa dibuka, klik disini).


Sekarang, sudah jelas kebenarannya. Para pengkritik Gus Dur jelas tidak salah, kerana mereka telah membaca secara terus di dalam website rasmi JIL. Kalau benar Gus Dur tidak pernah menyebut Al-Qur’an sebagai Kitab paling porno sedunia, maka sewajarnyalah dia (dan para pendukungnya) menfailkan saman kepada JIL dengan tuntutan gantirugi yang banyak, bahkan kalau perlu Gus Dur perlu mendesak agar JIL dibubarkan.

Kalau benar JIL telah memfitnah Gus Dur, maka saya yakin para pengkritik ucapan Gus Dur tadi (termasuk saya) akan berbalik arah menyokong Gus Dur habis-habisan untuk membubarkan JIL.


Saya menutup huraian ini dengan mencatat kalimat terakhir dalam salah satu jurnal di blog saudara Harry Sufehmi yang ditujukan kepada JIL dan para pendukungnya : “Mengubah artikel sendiri, lalu menuntut orang lain yang membuktikannya – wow that’s REALLY low.”

Ya, memang serendah itulah perbuatan JIL dan kawan-kawan seperjuangannya. Jika Anda merasa telah bersiap sedia untuk menjual seluruh harga diri, bolehlah anda membela mereka.

wassalaamu’alaikum wr. wb.

Nota : AIDC menterjemah artikel akmal.multiply.com bertajuk, "Antara Kami, Gus Dur dan JIL : Siapa yang Bohong ?"

Artikel berkaitan

1. Inti ideologi Jaringan Islam Liberal

2. Ancaman Liberalisme Islam di Indonesia

3. Liberalisma dan Pluralisma Agama Ancaman Baru Islam di Malaysia.

4. Islam Liberal Menyerang PKR?

5. Anwar Ibrahim : Global Convivencia - John Esposito








Baca selanjutnya...

Tiba masanya tamatkan riwayat racun demokrasi liberal..




Tiba masanya tamatkan riwayat racun demokrasi liberal..


ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH !

BismiLlahi Rahmaan nir Rahiim

Alhamdu liLlahi wa salamun 'ibadihil ladhi-n-astafa Rabbi zidni 'ilma, war zuqni fahma

RABBI A’UUZUBIKA MIN HAMAZAATIS SHAYAATIIN, WA A’UUZBIKA RABBI AN YAHDURUUN!

Firman Allah subhahanhu wata’ala;
“Apakah kamu tidak melihat orang-orang yang telah diberi bahagian dari Al Kitab ? Mereka membeli [memilih] kesesatan [berbanding dengan petunjuk] dan mereka bermaksud supaya kamu tersesat [menyimpang] dari jalan [yang benar]. (44) Dan Allah lebih mengetahui [daripada kamu] tentang musuh-musuhmu. Dan cukuplah Allah menjadi Pelindung [bagimu]. Dan cukuplah Allah menjadi Penolong [bagimu]. (45)
(Surah An-Nisa)

Tidak ada dari mereka yang terpengaruh dengan pembawaan Demokrasi Liberal di saat Kejatuhan Khilafah Islamiyyah Othmaniyyah kecuali mereka itu adalah dari aliran-aliran yang secara sah dan sahihnya terkeluar dari ikatan Ahl Sunnah Wal Jama’ah (ASWJ) yakni kelompok yang dijamin selamat oleh RasuluLLah sallaLLahu ‘alaihi wassalam.

Ini adalah fakta yang amat jelas yang telah terpahat di dalam sejarah yang ianya tidak mungkin dapat dipertikaikan pembuktiannya dan saat Allah subhanahu wat’ala menzahirkan haqq kebenaran di segenap pelusuk mukabumi ini telahpun datang. Itulah kesimpulan yang akan kita temui jika kita melakukan kajian mendalam terhadap sumber-sumber keilmuan golongan yang terkeluar dari ASWJ ini yang telah mencetuskan Gerakan Anti-Khilafah dan Anti-ASWJ di saat Khilafah ditekan dari luar.

Aliran-aliran inilah kemudiannya yang bertanggungjawab menyumbangkan kepada Kejatuhan Khilafah dari dalam sama ada dalam bentuk apa sekalipun mereka itu dan mereka ini pasti akan dipertanggungjawabkan !.

Mereka mungkin datang dalam bentuk kesatuan politik kepartian, pergerakan haraki, persatuan akademis intelektual, ahli-ahli sasterawan budaya, para-para seniman, aktivis kewartawanan, para pemikir, ahli-ahli ekonomi dan sosio-politik serta berbagai-bagai cabang pergerakan kemasyarakatan itu sendiri. Dan, pasti mereka ini akan dipertanggungjawabkan !, kerana pengkhianatan dan kesombongan mereka.

Setiap dari mereka pasti telah meneguk propaganda-propaganda serta menganut fahaman-fahaman yang telah dicipta oleh Yakjuj Makjuj Imperialis Barat yang kemudiannya dijadikan mereka sebagai alat penyuntik pengaruh dan idealisma mereka yang tersasar itu kepada para pengikut mereka di bumi Khilafah di saat itu. Mereka membuang sunnah yang paling penting yang sepatutnya mereka warisi dari generasi Ahl Sunnah Wal Jama’ah yang terdahulu yakni menjadi PENYERU-PENYERU KEPADA ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA DAN AL-QUR’AN dengan berubah menjadi penyeru kepada agenda, idealisma dan akal fikiran mereka yang sempit.

Nah !, lihatlah hasil dari kerja tangan manusia-manusia ini. Mereka tenggelam di dalam kekeliruan dan kesesatan yang amat dalam dan tidak pula dilindungi oleh Allah subhanhu wata’ala.

Firman Allah subhanhu wata’ala, maksudnya;
“Mereka berkata: "Hai kaum kami, sesungguhnya kami telah mendengarkan kitab [Al Qur’an] yang telah diturunkan sesudah Musa yang membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya lagi memimpin kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus. (30) Hai kaum kami, terimalah [seruan] orang yang menyeru kepada Allah dan berimanlah kepada-Nya, niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu dan melepaskan kamu dari azab yang pedih. (31) Dan orang yang tidak menerima [seruan] orang yang menyeru kepada Allah maka dia tidak akan melepaskan diri dari azab Allah di muka bumi dan tidak ada baginya pelindung selain Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata". (32)”
(Surah Al-Ahqaf)

Mereka menggantikan ketaatan dan kepatuhan mereka yang sepenuh-penuhnya kepada Khilafah yang merupakan Amir Penguasa di kalangan mereka yang merupakan penjaga kepada Ahl Sunnah Wal Jama’ah penyeru kepada Allah subhanhu wata’ala dan Al-Qur’an Al-Hakim kepada ketaatan kepada individu-individu dan kelompok-kelompok masing-masing untuk mencari kuasa.

Firman Allah subhanahu wata’ala, maksudnya;
“Ta’at dan mengucapkan perkataan yang baik [adalah lebih baik bagi mereka]. Apabila telah tetap perintah sesuatu urusan [mereka tidak menyukainya]. Tetapi jika mereka benar [imannya] terhadap Allah [Al-Qur’an Al-Hakim, RasulNya sallaLlahu ‘alaihi wassalam dan Khilafah], niscaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka. (21) Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerusakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan (meninggalkan warisan Ahl Sunnah Wal Jama’ah) ? (22) Mereka itulah orang-orang yang dila’nati Allah dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya penglihatan mereka. (23) Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Qur’an ataukah hati mereka terkunci? (24) Sesungguhnya orang-orang yang kembali ke belakang [kepada kekafiran] sesudah petunjuk itu jelas bagi mereka, syaitan telah menjadikan mereka mudah [berbuat dosa] dan memanjangkan angan-angan mereka [seolah-olah mereka berada dalam haqq kebenaran]. (25) Yang demikian itu karena sesungguhnya mereka itu berkata kepada orang-orang yang benci kepada apa yang diturunkan Allah: "Kami akan mematuhi kamu dalam beberapa urusan", sedang Allah mengetahui rahasia mereka. (26)(Surah Muhammad)


Siapakah orang-orang yang benci kepada apa yang diturunkan Allah subhanahu wata’ala di zaman ini kalau mereka itu bukannya Yakjuj Makjuj Imperialis Barat dan Al-Masih Ad-Dajjal Zionis Israel ?.

Maka bagaimanakah kita boleh tertipu sedangkan kita membaca Al-Qur’an Al-Hakim ?.

Mereka yang memanggil kepada membengkalaikan apa yang telah dikatakan oleh generasi ulama-ulama Muslimin (rahmatuLlah ‘alaihim ajmaiin) sebenarnya telah memusnahkan keseluruhan ketamaddunan sebuah warisan kehidupan bernegara, yang mana jutaan tenaga keilmuan yang benar-benar adil dan mukhlisin telah diusahakan, dengan pengalaman-pengalaman praktikal yang begitu panjang yang telah matangkannya. Mereka-mereka yang telah melahirkan prasangka kepada nilai-nilai warisan tradisi Ahl Sunnah Wal Jama’ah ini adalah tidak sebanding walaupun dengan mereka yang terendah dari kalangan ilmuan yang telah menyumbang itu.

Adakah kita hendak membengkalaikan warisan yang telah diwujudkan oleh ulama-ulama besar ini, dan memulakan penciptaan warisan syariat yang baru?. Mereka inilah yang berselindung di sebalik tuduhan taqlid buta terhadap warisan itu walhal jika mereka siasati diri dan hal mereka dengan adil maka didapati bahawa ada unsur-unsur lain yang sebenarnya yang telah mempengaruhi mereka melalui interaksi-interaksi mereka dengan mereka yang memusuhi Agama.
'
Firman Allah subhanhu wata’ala, maksudnya;
Apakah tiada kamu perhatikan orang-orang yang telah dilarang mengadakan pembicaraan rahasia [interaksi, perancangan dsbnya], kemudian mereka kembali [mengerjakan] larangan itu dan mereka mengadakan pembicaraan rahasia untuk berbuat dosa, permusuhan dan durhaka kepada Rasul [dan Khilafahnya]. Dan apabila mereka datang kepadamu, mereka mengucapkan salam kepadamu dengan memberi salam yang bukan sebagai yang ditentukan Allah untukmu. Dan mereka mengatakan pada diri mereka sendiri: "Mengapa Allah tiada menyiksa kita disebabkan apa yang kita katakan itu?" Cukuplah bagi mereka neraka Jahannam yang akan mereka masuki. Dan neraka itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. (8) Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu mengadakan pembicaraan rahasia, janganlah kamu membicarakan tentang membuat dosa, permusuhan dan durhaka kepada Rasul. Dan bicarakanlah tentang membuat kebajikan dan takwa. Dan bertakwalah kepada Allah yang kepada-Nya kamu akan dikembalikan. (9) Sesungguhnya pembicaraan rahasia itu adalah dari syaitan, supaya orang-orang yang beriman itu berduka cita, sedang pembicaraan itu tiadalah memberi mudharat sedikitpun kepada mereka, kecuali dengan izin Allah dan kepada Allah-lah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakkal. (10)
(Al-Mujadilah)
'
Pakatan Golongan yang terkeluar dari ASWJ yang tidak mempunyai ketaatan kepada Khilafah Islamiyyah ini, secara dasarnya terdiri dari 2 kelompok yang paling besar, iaitu kumpulan yang bertindak secara revolusioner dan kumpulan yang bertindak secara halus tetapi kritikal terhadap Khilafah. Kumpulan yang paling merbahaya adalah kelompok kedua yang menjalankan makar mereka secara halus dengan menyelewengkan pandangan Agama yang disesuaikan dengan keinginan mereka sehingga ramailah dari Ummat Islam yang termakan dengan seruan mereka itu. Merekalah yang banyak mengadakan perbincangan-perbincangan dan pembicaraan-pembicaraan secara rahasia atas dasar membuat dosa, permusuhan dan durhaka kepada Khilafah RasuluLLah sallaLlahu ‘alaihi wassalam yakni Khilafah Islamiyyah Othmaniyyah.

Matlamat mereka adalah sama iaitu untuk mengusir Khilafah dari tampuk kekuasaan Ummat Islam dan menggantikannya dengan taat setia kepada sistem yang mereka beriman kepadanya yang mereka yakini sebagai lebih layak dari penguasaan Khilafah RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wassalam. Itu lah niat mereka, yakni, mengusir Khilafah dari Ummat Islam. Walau siapapun individu yang menjadi Khalifah, selama mana Khalifah itu membawa Agama maka dia adalah manusia yang wajib diusir. Syari’at Agama yang mentadbir itu mesti diganti dengan kehendak dan kemahuan mereka.
'
Firman Allah subhanahu wata’ala, maksudnya;
“Dan betapa banyaknya negeri-negeri yang [penduduknya] lebih kuat dari [penduduk] negerimu [Muhammad dan Khilafahnya] yang telah mengusirmu itu. Kami telah membinasakan mereka; maka tidak ada seorang penolongpun bagi mereka. (13) Maka apakah orang yang berpegang pada keterangan yang datang dari Tuhannya [Syari’at Allah] sama dengan orang yang menjadikan dia memandang baik perbuatannya yang buruk itu dan mengikuti hawa nafsunya? (14)”
(Surah Muhammad)
'
Apabila diselidiki latarbelakang setiap manusia-manusia sesat yang mengepalai Pakatan Gerakan Anti-Khilafah dan Anti-ASWJ ini, maka kita akan menemui di belakang mereka para fasilitator dari musuh Allah subhanahu wata’ala dari Athiest Yakjuj Makjuj Imperialis Barat.

Mereka ini yang berfungsi sebagai pembuka jalan yang membawa kepada pengembangan ideologi-ideologi nasionalis atau fanatik aliran-aliran sesat berkenaan sebagaimana juga yang berlaku di Barat. Inilah yang digelar mereka sebagai Semangat Kebebasan atau Liberty yang sejati. Pengikut para fasilitator Athiest Yakjuj Makjuj Barat ini kadang-kala berwatak seolah-olah sebagai para anti-Imperialis Barat pada kulitnya. Mereka begitu bersemangat mengistihar diri mereka sebagai penyelamat dan partiot Agama dan Negara tetapi di masa yang sama mereka adalah Anti-Khilafah dan Anti-ASWJ. Mereka sebagaimana para fasilitator mereka ingin bebas sebagaimana bebasnya rakan-rakan mereka di Barat juga iaitu bebas untuk memilih mazhab-mazhab atau aliran-aliran ideologi yang mereka rasa bersesuaian dengan keinginan jiwa mereka.

Di belakang mereka pasti terselit musuh Khilafah, yakni Yakjuj Makjuj Imperialis atau orang-orang yang mengambil sumber yang diambil dari jalan yang dipertikaikan oleh ASWJ yang bahkan sesetengahnya telah dikira terkeluar dari landasan Agama. Mereka pada asalnya lagi, sebenarnya, adalah golongan yang terbuang dari ASWJ. Ketika Khilafah kuat dan kukuh mereka menjalankan aktiviti-aktiviti subversif masing-masing secara rahsia kerana takut dikenakan tindakan dan sentiasa pula mereka ini mencari setiap peluang-peluang yang ada untuk kepentingan Semangat Kebebasan mereka.

Apabila sahaja Khilafah tertekan maka kita melihat taring-taring mereka mula keluar dan dengan tidak malu-malu lagi untuk menyerang Khilafah dan ASWJ dengan berbagai tuduhan. Mereka juga tidak malu-malu untuk bersekutu dan bersumpah setia dengan setiap elemen-elemen dalam masyarakat yang memusuhi Khilafah RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wassalam.

Sheikh Sa’id Hawwa rahmatuLlah ‘alaih ketika membahaskan karangannya berhubung dengan Tuntutan Syahadah dan Gejala Murtad (Riddah) menerangkan sebagaimana berikut selepas mengungkap beberapa ayat-ayat Al-Qur’an Al-Hakim dan Hadith dari RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wassalam; “Dengan memahami beberapa firman Allah subhanahu wata’ala dan sabda RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wassalam di atas, menjadi gambaran kepada kaum Muslimin akan matlamat segala usaha penyesatan dari orang-orang Yahudi dan Kristian. Hal demikian telah ditetapkan oleh Allah subhanhu wata’ala, maka menjadi satu keanehan apabila kaum Muslimin mempercayai mereka dalam dialog kerja yang berkaitan dengan akidah, dalam penyusunan sistem kemasyarakatan, dalam kepintaran ekonomi dan politik, ataupun dalam usaha-usaha kebajikan manusia pada umumnya.

Orang Islam yang terlibat dengan aktiviti seperti itu bersama Yahudi dan Kristian, tidak lain akan menggiringnya keluar dari jalur Islam dan tergelincir ke lembah kesesatan. Itulah Muslim yang alpa”.
'
Reformis Iran Mirza Malkum Khan di Iran yang sezaman dengan Jamalud-Din Al-Afghani Al-Masuni, sebagai contohnya, adalah di antara kumpulan manusia-manusia yang sujud kepada agenda yang dibawa oleh para fasilitator Yakjuj Makjuj Imperialis Barat.

Professor Hamid Algar, seorang Pakar Sejarah Muslim, ada menulis di dalam buku beliau “Mirza Malkum Khan: A Biographical Study in Iranian Modernism” berhubung dengan kegiatan Mirza Malkum Khan ini.

Hamid Algar menyatakan, “Sebagai bukti keatas keprihatinan kepada reformasi yang menghinakan diri sendiri, dalam bulan Februari 1891, dia (Mirza Malkam Khan) menyampaikan syarahan di Chelsea di rumah Paderi N.R.Haweis yang kemudiannya diterbitkan di dalam Contemporary Review di bawah tajuk, “Tamaddun Parsi.”
'
Pada permulaan syarahannya kerana takjubnya terhadap Barat dia mengemukakan persoalan: “Mengapakah orang-orang Eropah telah berjaya mencapai kemajuan yang begitu hebat dan menarik, sedangkan kaum-kaum Asia, yang merupakan mereka yang memperkenalkan tamaddun, telah mundur dengan begitu jauh ke belakang?”

Dalam jawapannya, beliau menyangkal kemungkinan tentang inferioriti kaum dan juga tanggungjawab keAgamaan sebagai sebab kemunduran Asia. Qur’an hanyalah “sama seperti Injil yang telah dipinda,” yang tidak mengandungi apa-apa pun “yang secara langsung yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Agama Kristian.” Islam itu sendiri bukanlah satu Agama, tetapi “hanyalah hikmah-hikmah yang terkumpul dari sebelah Timur,” “ianya adalah lautan di mana anda boleh menemui segala-galanya yang baik untuk diketahui,” yang menawarkan “bermacam-macam kemudahan bagi memajukan manusia.”

Dalam keadaan sebegitu, halangan dari orang-orang Islam bagi usaha-usaha untuk “maju” hanya dapat dijelaskan dik kerana takut dan salah-faham mereka. Pengambilan Tamaddun Eropah dianggap sebagai menggantikan Islam dengan Kristian dan dengan itu ditentang hebat. Satu-satunya jalan bagi mengalihkan rintangan ini adalah dengan mengemukakan “prinsip-prinsip ketamaddunan” itu melalui sokongan dari pandangan-padangan yang punca dari Islam sendiri.”
'
Jaringan pemikiran dan amali Mirza Malkum Khan adalah sama dengan lain-lain reformis Demokrasi Liberal yang memiliki matlamat yang sama yang bertuhankan kepada idealisma-idealisma yang dibawa oleh Imperialis Barat. Mereka bersatu dalam pemikiran dan gerakan. Mereka adalah manusia-manusia yang takjub kepada musuh-musuh Khilafah yang ditemui dan dijadikan wali oleh agen-agen fasilitator Yakjuj Makjuj itu.

Nama-nama mereka dipuja dan dipuji oleh musuh-musuh Allah subhanahu wata’ala ini. Wilfird Scawen Blunt, Perisik Diplomatik British, banyak mengambil tunjuk-ajar dari Mirza Malkum Khan Al-Masuni dan Jamalud-Din Al-Afghani Al-Masuni dalam menentukan pergerakannya yang seterusnya untuk menanam bibit-bibit perpecahan dan kebencian kepada Khilafah agar momentum penentangan berterusan dan sedia diterima oleh angkatan kedua reformis.

Kisah khianat mereka ini dapat dibaca di dalam “Secret History of the English Occupation of Egypt” yang ditulis oleh beliau. Rangkaian mereka pula kemudiannya berhubung-kait pula dengan para pembawa ajaran Bahai dan Teosofi yang bercita-cita untuk meletakkan Dunia ini di bawah pengaruh Agama Falsafah yang menerima semua Agama sebagai satu Agama.

Tidak akan menjadi satu keanehan jika kita kemudiannya mendapati wujudnya seruan-seruan pembaharuan Agama yang kemudiannya dibawa oleh manusia-manusia seperti Muhammad Abduh Al-Masuni (yang juga telah menelan racun dari musuh-musuh Khilafah itu) yang kemudiannya mengambil Liberalisma sebagai asas kepada ijtihad songsang atau pembawaan Islam Baru ini.

Prinsip Dasar Agama Islam yang diijtihadkan secara songsang oleh Muhammad Abduh Al-Masuni dalam bukunya Al-Islam Din al-Ilmi wa al-Madaniyyah (diterjemah sebagai Islam, Ilmu Pengetahuan dan Masyarakat Madani) amat jauh sejauh-jauhnya dari pegangan haqq Ahl Sunnah Wal Jama’ah. Abduh Al-Masuni menyenaraikan 8 Prinsip Dasar Islam atas tujuan untuk memudahkan penyerapan idea-idea Liberal Demokratik kemudiannya serta melahirkan polemik sesama Umat Islam bagi mempastikan penguasaan Falsafah terhadap warisan Keilmuan Islam yang haqq.

Prinsip Dasar itu berkaitan dengan keutamaan penggunaan pertimbangan akal ke atas Syari’at, penentuan batas-batas Kekufuran yang dipermudah-mudahkan, kekuasaan Agama dihadkan dengan membolehkan ijtihad oleh sesiapa sahaja, batas hubungan yang amat fleksibel antara seorang Islam dan Bukan Islam serta keperluan mendahulukan kehendak kehidupan ke atas Agama.


Tidakkah kemudiannya kita sendiri dapat menyaksikan dengan mata-kepala kita sendiri melalui neraca sejarah tentang ketidakberhasilan dan rosaknya Ummat hasil dari seruan-seruan songsang ini ?.

Ummat menjadi jauh dari kekuatan mereka sendiri yakni kekuatan yang diwariskan kepada Ummat itu sendiri melalui jalan Ahl Sunah Wal Jama’ah. Penyeru-penyeru Pembaharuan Agama sehingga ke hari ini, yakni selepas lebih 100 tahun, tidak dapat membuktikan kebenaran jalan yang mereka wariskan sesama mereka. Bahkan dari masa ke semasa, muncul pula berbagai-bagai aliran-aliran yang bercabang-cabang yang masing-masingnya berada di dalam kekeliruan yang semakin lama semakin mendalam pula kekeliruannya. Mereka hinggalah ke hari ini masih tunduk dan sujud kepada musuh Allah subhanahu wata’ala dan masih merancang untuk melakukan kebodohan yang sama.
'
Penulis membaca sebuah kajian yang dibuat oleh RAND Corporation dengan ditaja oleh Smith Richardson Foundation yang merupakan jentera-jentera Polisi Luar Negeri Imperialis Barat yang bertajuk, “BUILDING MODERATE MUSLIM NETWORK”, yang diterbitkan pada tahun 2007.

Kajian tersebut dibuat oleh para Ilmuan Yakjuj Makjuj Imperialis Amerika bernama Angel Rabasa, Cheryl Benard, Lowell H. Schwartz dan Peter Sickle. Tujuan Kajian mereka adalah sama dengan kajian klasik yang telah di buat oleh Yakjuj Makjuj Imperialis British dahulu bersama-sama dengan munafiq-munafiq di ketika itu.

Mereka berhasrat, “untuk mengambil iktibar-iktibar dari pengalaman ketika Perang Dingin, menentukan penggunaannya dengan keadaan realiti Dunia Islam sekarang, dan membangunkan satu “Pelan Kerangka Perjalanan” bagi pembinaan rangkaian para Muslim Liberal dan Muslim Sederhana” (to derive lessons from the experience of the Cold War, determine their applicability to the conditions of the Muslim world today, and develop a “road map” for the construction of moderate and liberal Muslim networks).


Sungguh menakjubkan !, Pelan Kerangka Perjalanan Ummat Islam dirangka oleh manusia-manusia bukan Islam dan musuh terbesar Ummat Islam yang membunuh jutaan manusia Muslim yang tidak berdosa !.

Mereka mahu menentukan perjalanan Agama Islam yang mulia ini supaya mengikuti Pelan Kerangka Perjalanan yang mereka tulis dengan tangan-tangan sesat mereka. Maka, pelan yang manakah yang lebih teguh dan kukuh ?.

Pelan musuh-musuh Allah subhanahu wata’ala ataukah Pelan yang telah disusun rapi dengan pencahayaan Al-Qur’an Al-Hakim dan Sunnah RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wassalam melalui pewaris Ilmu Nubuwwah dari Ahl Sunnah Wal Jama’ah ?.

Dan yang paling menakjubkan pula, manusia-manusia yang membantu dan memberi idea-idea kepada para Ilmuan Sesat itu adalah manusia-manusia yang memiliki kesedaran yang sama juga dengan mahaguru-mahaguru mereka yang lalu seperti Jamalud-Din Al-Afghani Al-Masuni, Mirza Malkum Khan, Muhammad Abduh, Ya’akub Sanua, Rashid Rida dan sebagainya.

Inilah generasi angkatan baru Liberal Demokrat yang hendak dilahirkan oleh para Yakjuj Makjuj Imperialis Barat bagi menyempurnakan agenda Demokrasi Liberal mereka keatas Agama Umat Islam. Nama-nama masyhur seperti Bekas Pengerusi Muhammadiyah Indonesia Ahmad Syafii Maarif; Pengerusi Pemuda Pusat Muhammadiyah Abdul Mu’ti; Rektor Universiti Islam Negeri Azyumardi Azra; bekas Ketua Jaringan Liberal Ulil Abshar-Abdalla; M. Syafi’i Anwar, Pengarah Eksekutif Pusat Islam dan Pluralisma Antarabangsa; Jusuf Wanandi dan Rizal Sukma dari Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa Jakarta; di Filipina, Carolina Hernandez, Presiden Institut Kajian Strategik dan Pembangunan; Amina Rasul-Bernardo dari Majlis Islam dan Demokrasi; Carmen Abubakar dari Institut Kajian Islam Universiti Filipina; dan Taha Basman dari Majlis Islam Filipina; di Singapura Duta Tommy Koh; penganalisa Islam Sue-Ann Lee; Suzaina Kadir; dan, Bekas Perdana Menteri Malaysia; Anwar Ibrahim.

Dalam mencari rakan-rakan baru mereka bagi membesarkan jaringan rangkaian Islam Liberal golongan-golongan intelek Liberal dan Sekular Muslim, Ulama-Ulama Muda yang Moderat, Aktivis-Aktivis Komuniti, Kumpulan Wanita yang memperjuangkan hak mereka dan para karyawan adalah merupakan kumpulan sasaran mereka ini.

Kini, kita telah melihat dengan mata kepala kita sendiri dengan keyakinan yang sebenar-benarnya bahawa setiap daya usaha kaum Yakjuj Makjuj Imperialis Barat ini yang disokong oleh Al-Masih Ad-Dajjal Zionis Yahudi adalah usaha yang gagal dan yang paling buruk keberhasilannya. Kemusnahan dan kerosakan zahir berlaku hampir di setiap pelusuk muka bumi disebabkan oleh kerjatangan mereka. Ini samaada di sudut ekonominya, alam-sekitarnya, kemanusiaannya, perhubungan manusianya, keagamaannya dan lain-lain bidang kehidupan manusia.

Sesungguhnya bagi mereka yang masih ada pertimbangan yang benar dalam dirinya maka pastilah dia akan kembali merujuk kepada sumber yang haqq yakni sumber yang telah lama ditinggalkannya iaitu Sumber Warisan Keilmuan Ahl Sunnah Wal Jama’ah dan mengembalikan Khilafah untuk mentadbir. Ianya jelas lebih teguh dan tahan uji sehingga berjaya bertahan melebihi 12 abad dengan keadilan yang tiada tolok-bandingnya.

Semoga kita diberi petunjuk oleh Allah subhanahu wata’ala.

Firman Allah subhanahu wata'ala, maksudnya;

"Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya, dan begitu [pula] pada hari ini kamupun dilupakan". (126) Dan demikianlah Kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak percaya kepada ayat-ayat Tuhannya. Dan sesungguhnya azab di akhirat itu lebih berat dan lebih kekal. (127) Maka tidakkah menjadi petunjuk bagi mereka berapa banyaknya Kami membinasakan umat-umat sebelum mereka, padahal mereka berjalan [di bekas-bekas] tempat tinggal umat-umat itu? Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal. (128) Dan sekiranya tidak ada suatu ketetapan dari Allah yang telah terdahulu atau tidak ada ajal yang telah ditentukan, pasti [azab itu] menimpa mereka. (129) Maka sabarlah kamu atas apa yang mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya dan bertasbih pulalah pada waktu-waktu di malam hari dan pada waktu-waktu di siang hari, supaya kamu merasa senang. (130) Dan janganlah kamu tujukan kedua matamu kepada apa yang telah Kami berikan kepada golongan-golongan dari mereka, sebagai bunga kehidupan dunia untuk Kami cobai mereka dengannya. Dan karunia Tuhan kamu adalah lebih baik dan lebih kekal. (131) Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan shalat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezki kepadamu, Kamilah yang memberi rezki kepadamu. Dan akibat [yang baik] itu adalah bagi orang yang bertakwa. (132)"
(Surah Taha)
'
SadaqaLlahu Maulan al-Adziim !

WassallaLlahu ‘ala Sayyidina Muhammad waalihi wasohbihi ajamaiin
WabiLlahi tawfiq wal hidayah.
Wassalamu'alaikum warohmatuLlah
Wal hamduliLlahi Rabbil ‘alamiin

"Tidaklah kami lupakan sesuatu pun di dalam Al-Kitab [Al-Qur’an]” (38)(Surah Al-An’am)
'
AL-FAQIR ILALLAH KORBANDEMOKRASI
27hb Syawal 1429 H (27hb Oktober 2008M)

sumber- korban-demokrasi



Baca selanjutnya...

Catatan September Dalam Hidup Anwar : Dari Penjara ke Munich


+++video setakat ini sahaja+++






Baca selanjutnya...

31 Okt 2008

Permohonan pindah kes liwat Anwar ditangguh 7 November

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

Jumaat Oktober 31, 2008


KUALA LUMPUR: Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, ditangguh sehingga 7 November depan bagi Hakim S. Komathy Suppiah membuat keputusan sama ada untuk memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi.

Komathy menetapkan untuk membuat keputusan bagi mengesahkan sama ada sijil perakuan yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sama ada sah atau tidak.


Beliau membuat keputusan itu sebelum menangguhkan sidang pada pukul 4.30 petang tadi.


Peguam bela yang diketuai Sulaiman Abdullah mengemukakan hujah tambahan berhubung isu campur tangan Abdul Gani yang telah menandatangani surat kuasa memindahkan kes tersebut.


Sementara itu, pasukan pendakwa raya turut mengemukakan hujah tambahan berkaitan isu tersebut.


Hakim menangguhkan sidang sehingga pukul 3 petang ini.


Mahkamah bersidang kira-kira tiga jam sejak pukul 9.15 pagi tadi.


Mahkamah kini mendengar permohonan pendakwa raya untuk memindahkan kes liwat ini ke Mahkamah Tinggi.


Kes Anwar menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan masuk hari ketujuh di Mahkamah Sesyen Jalan Duta hari ini selepas ditangguhkan pada 8 Oktober lalu.


Perbicaraan kes liwat Anwar masih berada di peringkat awal dengan mahkamah mendengar hujah bantahan pihak pembelaan berhubung permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.


Hujah bantahan oleh pihak pembelaan melibatkan persoalan mengenai tandatangan Peguam Negara pada sijil perakuan yang dilampirkan kepada mahkamah untuk memindahkan kes tersebut di bawah Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah.


Persoalan itu timbul kerana Abdul Gani kini disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) setelah Anwar membuat laporan polis terhadapnya.


Terdahulu Anwar tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada pukul 9 pagi bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

sumber - Mstar online


Baca selanjutnya...

Kes Liwat Anwar: Peguam Negara layak tandatangan sijil pindah kes Anwar

31/10/2008 2:24pm

Oleh KAMARIAH AHMAD

KUALA LUMPUR 31 Okt. - Pihak pembela mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan hujahnya di Mahkamah Sesyen pagi ini.

Dalam hujah peguam Sulaiman Abdullah memberitahu, Anwar telah memfailkan afidavit keduanya dan satu lagi afidavit oleh isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Ismail berhubung bantahan yang mendakwa penglibatan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menandatangani sijil untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.


Hakim S.M. Komathy Suppiah yang mendengar hujahan itu diberitahu oleh Sulaiman bahawa jawapan afidavit Peguamcara Negara, Datuk Idrus Harun adalah tidak memadai untuk memberi alasan yang Abdul Gani tidak terlibat secara langsung dalam siasatan dan pendakwaan kes liwat yang dihadapi Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Afidavit jawapan Idrus itu juga mengandungi alasan bahawa kes Anwar adalah luar biasa memandangkan beliau seorang Ahli Parlimen, Ketua Pembangkang dan bekas Timbalan Perdana Menteri.

Kes ini juga menarik perhatian awam dalam dan luar negara serta kehadiran para penyokong yang memerlukan kawalan ketat oleh pihak polis.

Sulaiman berhujah tiada sebarang sebab yang jelas dalam afidavit yang difailkan oleh Penguamcara Negara tersebut.

Sementara itu, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden sebagai Timbalan Kanan Pendakwa Raya yang mengambil giliran membalas hujah menegaskan bahawa Abdul Gani sebagai orang yang layak dari segi undang-undang untuk tandatangani sijil di bawah Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah.

Mohd. Yusof menangkis dakwaan bahawa tindakan Peguam Negara itu melibatkan suatu perbuatan memihak dalam kes terhadap Anwar.

Penghujahan bersambung pukul 3 petang ini.

Sumber: Utusan Online


Baca selanjutnya...

Kes 'mata lebam' Anwar: BPR selesai siasat

KUCHING: Badan Pencegah Rasuah (BPR) sudah selesai menjalankan siasatan kes insiden "mata lebam" Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa dalam tahanan 10 tahun lalu.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan tidak dapat menyatakan dengan tepat bila siasatan itu selesai.


Kata beliau, kertas siasatan sedang dalam proses penelitian. "Daripada segi siasatan dah selesai tapi sekarang sedang dikaji oleh panel bahagian pendakwaan kita," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah tugas Pengarah BPR Sarawak yang baru di sini hari ini. Samsiah Abu Bakar yang sebelum ini bertugas di Perak menggantikan Mohamad Yusoff Akope yang ditukarkan ke pejabat BPR di Putrajaya.

Anwar membuat laporan polis awal Julai lalu berhubung insiden tersebut.

Mengenai bila keputusan siasatan tersebut akan diketahui, Ahmad Said berkata, ia terserah kepada panel bahagian pendakwaan untuk menentukan.

Pada 15 Oktober lepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menafikan dakwaan bahawa siasatan kes insiden 'mata lebam' Anwar sudah selesai dan hasil laporan itu mendapati terdapat elemen penyalahgunaan kuasa oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Mohamed Nazri menjelaskan, siasatan kes itu dijalankan BPR dan bukan oleh Pejabat Peguam Negara seperti yang didakwa anggota Parlimen DAP bagi Ipoh Timur, Lim Kit Siang.

Mengenai kes kehilangan wang bukti berjumlah RM40,000 dalam peti keselamatan di pejabat BPR Sibu pada September lepas, Ahmad Said berkata, kes itu diserahkan kepada polis untuk siasatan manakala BPR turut menjalankan siasatan dalaman.

"Seorang pegawai (BPR Sibu) yang disyaki terlibat telah pun dipindah ke Kuala Lumpur dan sedang disiasat ," katanya.

Sementara itu, beliau menafikan dakwaan kononnya pemindahan Samsiah ke negeri ini ada kaitan dengan kes berprofil tinggi yang membabitkan tokoh politik di Perak sebaliknya ia merupakan prosedur biasa.

Sumber: mStar Online


Baca selanjutnya...

Kes Liwat Anwar: Permohonan pindah kes ditangguh jam 3 petang

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang disambung semula pagi ini, ditangguhkan sehingga pukul 3 petang ini selepas pasukan peguam bela menyampaikan hujah tambahan meminta Hakim S. Komathy Suppiah tidak memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi.

Peguam bela yang diketuai Sulaiman Abdullah mengemukakan hujah tambahan berhubung isu campur tangan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang telah menandatangani surat kuasa memindahkan kes tersebut.


Sementara itu, pasukan pendakwa raya turut mengemukakan hujah tambahan berkaitan isu tersebut.

Hakim menangguhkan sidang sehingga pukul 3 petang ini.

Mahkamah bersidang kira-kira tiga jam sejak pukul 9.15 pagi tadi.

Mahkamah kini mendengar permohonan pendakwa raya untuk memindahkan kes liwat ini ke Mahkamah Tinggi.

Kes Anwar menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan masuk hari ketujuh di Mahkamah Sesyen Jalan Duta hari ini selepas ditangguhkan pada 8 Oktober lalu.

Perbicaraan kes liwat Anwar masih berada di peringkat awal dengan mahkamah mendengar hujah bantahan pihak pembelaan berhubung permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Hujah bantahan oleh pihak pembelaan melibatkan persoalan mengenai tandatangan Peguam Negara pada sijil perakuan yang dilampirkan kepada mahkamah untuk memindahkan kes tersebut di bawah Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah.

Persoalan itu timbul kerana Abdul Gani kini disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) setelah Anwar membuat laporan polis terhadapnya.

Terdahulu Anwar tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada pukul 9 pagi bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Sumber: mStar Online


Baca selanjutnya...

Prosiding kes liwat Anwar lancar

KUALA LUMPUR 31 Okt. - Polis berjaya memastikan prosiding kes liwat yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini berjalan lancar tanpa insiden yang tidak diingini.

Kawalan trafik menghala ke kompleks itu turut lancar dan tiada jalan yang ditutup.

Kira-kira 30 pegawai dan anggota polis ditugaskan sejak kira-kira pukul 8 pagi bagi mengawal keselamatan di sekitar kompleks mahkamah tersebut.

Bagaimanapun, hanya kira-kira 20 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang hadir memberi sokongan kepada Anwar di pekarangan mahkamah itu.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh tiba di Mahkamah Sesyen di sini bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta peguamnya, S.N. Nair pada pukul 8.55 pagi bagi menghadiri prosiding kes tuduhan liwat yang dihadapinya.

Mahkamah Sesyen hari ini mendengar hujahan lanjut yang dibentangkan oleh peguam bela Anwar bagi membantah permohonan pihak pendakwa untuk memindahkan perbicaraan kes liwat terhadap Ahli Parlimen Permatang Pauh itu ke Mahkamah Tinggi di sini.

Anwar, 61, yang kini ketua pembangkang di Parlimen didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun lalu, antara pukul 3.01 dan 4.30 petang di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini.

sumber - Utusan Malaysia


Baca selanjutnya...

Liwat: Rayuan Dr Munawar ditolak

Sukma Darmawan (adik angkat), Dr Munawar (penulis ucapan) dan Anwar.


Liwat: Rayuan Dr Munawar ditolak


Oct 30, 08 11:23am
Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Dr Munawar Ahmad Anees berhubung kesnya diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, 10 tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Tun Azmi menolak permohonan peguam pengarang itu Manjeet Singh Dhillon agar mahkamah menggunakan bidang kuasa semakan mengembalikan rayuan Munawar ke Mahkamah Tinggi.

Beliau yang bersidang bersama hakim-hakim Datuk Nik Hashim Nik Ab. Rahman dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin menjelaskan, alasan penghakiman tersebut akan diberikan kemudian.

Manjeet memohon mahkamah tertinggi itu mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung penolakan rayuan Dr Munawar di Mahkamah Tinggi.

Peguam itu berhujah bahawa hakim Mahkamah Tinggi, Ahmad Maarop telah menolak rayuan Dr Munawar tanpa mendengar merit kes tersebut dan Mahkamah Rayuan pula menolak rayuannya tanpa memberikan sebarang alasan.

Dr Munawar, bekas penulis ucapan Anwar, dipenjarakan selama enam bulan pada 1998 selepas mengaku bersalah membiarkan mantan timbalan perdana menteri itu meliwatnya.

(Selepas dibebaskan dan kemudian tinggal di Amerika Syarikat, pengarang itu bagaimanapun menyatakan beliau didera dan dipaksa membuat pengakuan tersebut.)

sumber - Malaysiakini.com

Baca selanjutnya...

Kes liwat Anwar - Saiful masih belum terurai simpulan..



Kes liwat Anwar - Saiful masih belum terurai simpulan..


Hari ini, 31 Oktober, prosiding kes liwat Anwar - Saiful disambung kembali setelah ditangguh 8 Oktober lalu. Bermula dari tarikh laporan polis oleh Saiful, 28 Jun; tarikh didakwa di Mahkamah Sekyen Jalan Duta, 7 Jun hingga ke hari ini, 31 Oktober, pelbagai 'drama selingan' mewarnai perbicaraan tersebut.

Kronologi tarikh-tarikh itu adalah seperti berikut :

Laporan polis oleh Saiful dan serangan semula Anwar ke atas bekas pembantunya

28 Jun: Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis terhadap Anwar Ibrahim kerana mendakwa dirinya telah diliwat oleh Penasihat PKR itu.

29 Jun: Anwar lari mendapatkan perlindungan sementara di Kedutaan Turki (Barlas Ozener – Duta Turki) di Jalan U-Thant, Kuala Lumpur pada pukul 3.00 petang, dari Ahad.





30 Jun: Anwar keluar dari Kedutaan Turki pada jam 6.45 petang, selepas berlindung selama 36 jam. Beliau ditemani oleh Wan Azizah Wan Ismail ; Naib Presiden PKR, Azmin Ali dan Sankara Nair (peguam peribadi)




1 Julai: Anwar buat laporan polis terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara. Tom Casey , Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat keluar kenyataan bela Anwar serta kecam Malaysia menganggap isu liwat adalah hak asasi individu. Klik di sini

Tom Casey, Jabatan Negara Amerika



2 Julai: Saiful beri keterangan di Ibu Pejabat Polis Brickfileds. Manakala Mufti Perlis, Dr Mohd Asri cabar Anwar dan Saiful bersumpah untuk membersihkan diri kedua-dua belah pihak. Cabaran itu dibuat oleh Mufti Perlis ketika menyampaikan Kuliah Hadis di Masjid Alwi, Kangar.

4 Julai - Dr. Rais Yatim, Menteri Luar Negara Malaysia) hantar surat bantahan kepada Jabatan Negara Amerika Syarikat. Surat tersebut telah dihantar kepada Condolezza Rice dengan menyatakan rasa dukacita kerajaan Malaysia berhubung kenyataan yang dibuat oleh Tom Casey itu. Klik sini


8 Julai: Anwar buat laporan menuntut tindakan undang-undang syariah diambil ke atas Saiful di bawah peruntukan qazaf.


11 Julai : Anwar hantar surat tuntutan kepada Menteri Dalam Negeri Syed Hamid Albar supaya memohon maaf kerana memanggilnya "tukang lapor" Amerika Syarikat. Anwar juga menuntut RM100 juta.







14 Julai - Anwar tidak hadir beri keterangan kepada polis dan waran tangkap


Temujanji yang dibuat antara Anwar dan Polis, 2.30 petang di IPK tidak ditunaikan oleh pihak Anwar.

Pada 13 Julai, Anwar berjanji akan hadir ke IPK untuk beri keterangan dakwaan kes liwatnya tetapi mengubah fikiran untuk tidak hadir ke IPK kerana dakwa tiada arahan lengkap daripada polis.

Polis pula dakwa telah beri notis lengkap kepada Anwar dan menunggu sehingga pukul 5 petang tetapi Anwar gagal menghadirkan diri. Ekoran daripada itu polis telah mengeluarkan waran tangkap kerana Anwar tidak bekerjasama dalam membantu siasatan dakwaan kepadanya.






15 Julai: Anwar menyertai program debat dengan Menteri Penerangan, Ahmad Shabery Cheek anjuran Agendadaily.



16 Julai - Temujanji kedua Anwar - polis dan ditahan


10:05 pagi : Anwar pergi ke Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) Putrajaya untuk beri keterangan aduannya terhadap Peguam Negara dan Ketua Polis Negara.

12:10 tengah hari : Anwar selesai memberi keterangan kepada BPR. Sidang media bersama wartawan.

1:00 tengah hari : Anwar ditahan polis berdekatan dengan rumahnya di Bukit Segambut kerana sepatutnya Anwar hadir ke IPK selepas selesai di BPR Putrajaya.

1:15 tengah hari : Anwar dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontigen Kuala Lumpur (IPKKL).

2.30 petang : Anwar mula beri kenyataan kepada polis berhubung kes liwatnya dengan pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

3:15 petang : Wan Azizah dan peguam Anwar, Sankara Nair beri kenyataan kepada pihak media yang menunggu di luar IPKKL.

8.35 malam : Anwar dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani ujian DNA.

8.45 malam : Anwar tiba bersama kenderaan polis di Hospital Kuala Lumpur.

10.30 malam : Peguam Anwar berkata, Anwar menjalani pemeriksaan biasa di HKL kerana Anwar tidak membenarkan sampel DNAnya diambil.

12.35 tengah malam: Sivarasa memaklumkan polis akan menyambung mengambil keterangan daripada Anwar pukul 7.30 pagi (Khamis) dan akan memutuskan pada pukul 1 tengah hari sama ada dihadapkan di mahkamah ataupun sebaliknya.



Sokongan padu Amerika dan sekutu ke atas Anwar


16 Julai - Lorne Craner, President of the International Republican Institute-IRI dan Kenneth Wallock, President of the National Democratic Institute-NDI hantar surat sokongan kepada Anwar. Klik di sini . Majalah "Islamica Magazine" yang beroperasi di Amerika dinaungi oleh John Esposito dan Anwar telah lancar kempen sokong Anwar. Klik sini



Dari kiri : Lorne Craner, Kenneth Wallock, John Esposito, Joe Biden dan Simon Zadek



17 Julai - Senator Joe Biden, calon Naib Presiden Parti Demokrat Amerika dan Simon Zadek, Chief Executive Accountability hantar surat sokongan kepada Anwar.Klik sini


17 Julai: Anwar dibebaskan daripada tahanan reman polis.


18 Julai - Gareth Evans (President & CEO ICG), Thomas R. Pickering (Co-chair ICG) dan Lord Patten (Co-chair ICG) dari International Crisis Group (ICG) hantar surat sokongan kepada Anwar. Klik sini.


21 Julai: Ketua Polis Negara, Musa Hassan failkan saman terhadap Anwar berhubung laporan polis yang mendakwa beliau dan Peguam Negara, Abdul Gani Patail mereka-reka keterangan dan menyembunyikan fakta mengenai serangan fizikal yang dialami Anwar semasa menjadi tahanan polis pada tahun 1998.


21 Julai: Anwar hadir semula di BPR untuk memberi keterangan dan menyerahkan dokumen kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaannya terhadap Ghani Patail (Peguam Negara) dan Musa Hassan (Ketua Polis Negara). Beliauditemani oleh dua peguam iaitu Param Cumaraswamy serta Sivarasa Rasiah.


21 Julai : Kenyataan media bapa Saiful Bukhari cabar Anwar beri kerjasama.





23 Julai - Sekitar jam 11.30 pagi bertempat di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Anwar beri taklimat kepada wakil-wakil kedutaan asing di Malaysia. Taklimat sesi tertutup yang dihadiri 38 duta dan wakil-wakil kedutaan asing, bertujuan menerangkan kes liwat yang dihadapinya. Klik sini

24 Julai - Tiga serangkai sekutu Amerika dan Zionis telah membuat kenyataan bersama untuk sokong Anwar. Mereka desak Malaysia agar gugurkan dakwaan liwat terhadap Anwar. Mereka adalah Paul Martin (bekas Presiden Kanada, 2003-2006), Michel Camdessus (bekas Pengarah Urusan & Pengurus IMF) dan James Wolfensohn (bekas Presiden Bank Dunia). Klik sini

Dari kiri Condoleeza Rice, Paul Martin, Michel Camdessus dan James Wolfensohn



24 Julai - Condoleeza Rice (Setiausaha Negara Amerika Syarikat) menggesa Malaysia supaya bertindak telus dan mematuhi lunas undang-undang dalam mengendalikan tuduhan liwat Anwar. Amerika anggap isu Anwar bukan isu dalaman tetapi isu antarabangsa. Klik sini



Anwar kempen hentikan siasatan dan gugurkan kes


28 Julai : Raja Petra (Blogger Malaysia Today) telah menyiarkan satu laporan doktor dari Hospital Pusrawi tentang pemeriksaan Saiful Bukhari Azlan. Pemeriksaan tersebut telah dilakukan oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid dan Anwar dakwa laporan itu menunjukkan beliau tidak bersalah, walaupun dalam laporan itu doktor yang sama menasihati mangsa menjalani rawatan lanjut di Hospital Kuala Lumpur.

30 Julai: Anwar hadir ke JAWI untuk memberi keterangan susulan. Kenyataan rasmi daripada Hospital Pusrawi menafikan Dr Mohamaed Osman sebagai doktor pakar yang layak memeriksa mangsa. Beliau hanya seorang doktor biasa.





31 Julai: Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar memberitahu, siasatan kes liwat terhadap Anwar sudah selesai dan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara. Wan Azizah Wan Ismail letak jawatan ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding semula.


1 Ogos - Al-Gore, bekas Naib Presiden Amerika hantar perutusan sokongan terhadap Anwar. Klik sini



Anwar kena dakwa meliwat Saiful di Mahkamah Seksyen Jalan Duta


6 Ogos: Anwar menerima sapina meminta beliau hadir di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Jalan Duta untuk menghadapi tuduhan meliwat pada 7 Ogos.

Anwar dapat sapina untuk hadir didakwa meliwat di Mahkamah Sekyen, Jalan Duta



7 Ogos : Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur atas tuduhan melakukan hubungan seks luar tabii (meliwat) Mohd Saiful Bukhari. Anwar mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkenaan dan beliau kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000. Mahkamah menetapkan 10 September tarikh perbicaraan.

15 Ogos : Saiful Bukhari angkat sumpah diliwat oleh DSAI di Masjid Wilayah Persekutuan. Beliau ditemani bapanya, Azlan Mohd Lazim dan ahli keluarganya, disaksikan imam masjid itu, Ramlang Porigi serta beberapa iman lain pada 6.15 petang.

16 Ogos : Anwar hantar borang penamaan calon bagi Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.

17 Ogos : Anwar adakan sidang media di Bilik Gerakan Utama, PKR di Penanti, Permatang Pauh. Dalam sidang media tersebut, beliau tidak akan memenuhi desakan mana-mana pihak supaya bersumpah atas al-Quran sebagaimana dilakukan oleh bekas pembantunya.






19 Ogos : Penggubalan Rang Undang-Undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri.

19 Ogos : Saiful Bukhari memberi keterangan berhubung dakwaan liwat oleh DSAI kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

24 Ogos : Ustaz Ramlang Porigi (saksi sumpah Saiful) berucap dari satu pentas ke pentas PKR dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh mengaku dirinya diarah untuk menjadi saksi. Tindakannya dianggap sebagai bahan kempen memenangkan Anwar saat-saat akhir.


26 Ogos : Anwar menang dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.

28 Ogos : Anwar angkat sumpah sebagai ahli Parlimen pada jam 10.03 pagi di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia dan mengumumkan perlantikan sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.


28 Ogos : Anwar diwawancara oleh Al-Jazeera (101 East). Beliau dakwa yakin akan jadi PM pada 16 September, dan turut dakwa berlaku peralihan kuasa kerana telah mempunyai majoriti yang cukup yang bakal melompat parti.

10 September : Sambungan kes liwat Anwar. Mahkamah Sesyen menangguhkan prosiding kepada 24 September.

12 September : Rombongan PKR ke Taiwan kononnya untuk pujuk ahli Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak melompat parti. Tian Chua (Ketua Penerangan PKR) menyatakan bahawa beliau amat yakin peralihan kuasa berlaku pada 16 September.

16 September : Tiada pertukaran kerajaan. Sidang Akhbar di Pejabat PKR, Petaling Jaya, Anwar sekali lagi mendakwa sudah mencukupi bilangan yang cukup dan melebihi 31 ahli Barisan Nasional yang bersedia masuk PKR.






Prosiding perbicaraan kes liwat Anwar-Saiful


7 Ogos : Anwar Ibrahim didakwa meliwat Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Hakim SM Komathy membenarkan Anwar dibebaskan dengan bon peribadi sebanyak RM20,000. Perbicaraan disambung 10 September. Klik sini

10 September : Mahkamah Sesyen menangguhkan prosiding kepada 24 September ini untuk mendengar hujahan sama ada kes dikekalkan di Mahkamah Sekyen atau dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Hakim menetapkan tarikh itu selepas timbul bantahan daripada peguam bela yang ingin meneruskan perbicaraan di Mahkamah Seksyen.





24 September : Mahkamah mendengar prosiding hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan bagi memutuskan sama ada memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi ataupun terus kekal di Mahkamah Sesyen. Pada awal prosiding pihak pendakwa telah mengemukakan bantahan awal terhadap pihak pembelaan yang membantah keras kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Kes ditunda pada 7 Oktober.






7 Oktober : Hakim Komathy Suppiah memutuskan bahawa beliau mempunyai budi bicara untuk mendengar hujahan berhubung bantahan pembelaan yang mempersoalkan kesahihan sijil yang dikemukakan oleh pendakwaan untuk memindahkan kes liwat terhadap Anwar ke Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan telah berhujah bahawa adalah mandatori bagi Mahkamah Sesyen mengikut Seksyen 418A (3) Kanun Prosedur Jenayah untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi sebaik sahaja sijil pindah dikeluarkan oleh pendakwaan.

Pembelaan telah membantah permohonan pendakwaan dengan menyatakan sijil pemindahan itu tidak sah kerana ia ditandatangani Peguam Negara, Abdul Gani Patail yang sedang disiasat oleh BPR.


8 Oktober : Mahkamah Sesyen mendengar hujahan lanjut ketua peguam bela Anwar, Sulaiman Abdullah berhubung bantahan kesahihan sijil perakuan yang ditandatangani oleh Peguam Negara. Kes ditunda pada 9 Oktober.


9 Oktober : Mahkamah Sesyen masih terus mendengar hujahan pihak pembelaan bantahan terhadap sijil perakuan pemindahan oleh Peguam Negara.

Ketua penguam bela, Sulaiman Abdullah berhujah agar permohonan pihak pendakwa untuk memindahkan kes itu ditolak.

Hakim Komathy Suppiah menetapkan tarikh sambung bicara ditunda pada 31 Oktober, selepas dimaklumkan bahawa Anwar akan menghadiri sidang Parlimen.

Prosiding dalam kes Anwar masih di peringkat hujah bantahan terhadap permohonan untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.



AIDC
31 Oktober 2008
http://aidc-editor.blogspot.com
aidceditor@yahoo.com


Artikel berkaitan :

1. Kes Liwat - Anwar kata tiada kes, tetapi kenapa peguambelanya berhempas pulas ?

2. Anwar & Saiful mencongak tarikh 26 Jun & 24 September..

3. Kes Liwat : Perlukan Anwar minta sokongan badan antarabangsa?

4. Anwar tumbang kerana seorang lelaki ?

5. Misteri hubungan Anwar & Saiful ?

6. Anwar : Kenapa 'berlindung' di kedutaan asing ?
































Baca selanjutnya...

Anwar court case to be mentioned 31.10.2008

Anwar The charge against Anwar Ibrahim will be mentioned at Kuala Lumpur Sessions Court, Jalan Duta 31st October at 9:30am

Sessions Court judge SM Komathy Suppiah will deliver her decision tomorrow on whether the matter can be moved up to the High Court as applied by the prosecution.

Komathy had allowed Anwar to be released on a personal bond set at RM20,000 without surety after his defence lawyers pleaded for him to be released on personal bond under Section 388 (ii) of the Criminal Procedure Code while the prosecution argued for bail to be set at RM20,000 on 7th August this year.

Earlier this month, Komathy dismissed a preliminary objection raised by the prosecution that she had no choice but to transfer the case to a higher court. Komathy then ruled to hear the merits of an objection raised by Anwar’s legal team against the transfer notice.

Office of Anwar Ibrahim
30 Oct 08




Baca selanjutnya...

30 Okt 2008

Prosiding perbicaraan kes liwat Anwar disambung hari ini, 31 Oktober..

Prosiding perbicaraan kes liwat yang dihadapi Ahli Parlimen Permatang Pauh, Anwar Ibrahim akan disambung semula hari ini, 31 Oktober, di Mahkamah Sesyen, Jalan Duta.

Prosiding dalam kes Anwar masih di peringkat hujah bantahan terhadap permohonan untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden tidak membantah permohonan penangguhan itu memandangkan Anwar harus hadir ke Parlimen.

Anwar, 61, kini Ketua Pembangkang di Parlimen mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, pada 26 Jun 2008 antara pukul 3.01 dan 4.30 petang di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini.

Jika sabit kesalahan, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menghadapi hukuman penjara maksimum 20 tahun mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang juga memperuntukkan hukuman sebatan tetapi hanya terpakai kepada seseorang yang berumur bawah 50 tahun.

Anwar dibebaskan dengan bon peribadi RM20,000 tanpa penjamin.

Hakim S.M.Komathy Suppiah berkata Mahkamah Sesyen mempunyai bidang kuasa untuk menentukan kesahihan sijil yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Catatan berita AIDC


Baca selanjutnya...

Pemuda PAS tidak wajar bantah pelantikan Low Siew Moi di PKNS kata DAP




Pemuda PAS tidak wajar bantah pelantikan Low Siew Moi di PKNS kata DAP


DAP menyifatkan bantahan Pemuda PAS terhadap cadangan supaya dimansuhkan 30 peratus pemilikan bumiputera dalam syarikat tersenarai sebagai berpunca daripada salah faham walaupun berniat baik.

Begitu juga dengan bantahan PAS Selangor terhadap pelantikan Low Siew Moi sebagai pemangku pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), kata setiausaha publisiti DAP kebangsaan, Tony Pua.

Menurutnya, ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Salahuddin Ayub berkata ekuiti 30 peratus itu mesti dikekalkan dan "perlu dipertahankan walaupun jika sasarannya telahpun dicapai".

"Menurut beliau, sebelum tahun 1969, ekuiti orang Melayu adalah hampir kosong dan selepas 40 tahun, ia hanya mencapai 19 peratus. Jika ini berterusan, kita memerlukan 20 tahun lalu untuk mencapai
sasaran 30 peratus itu," kata Pua yang juga ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.

Menurut Pua lagi, kegagalan bumiputera untuk mencapai sasaran 30 peratus ekuiti - walaupun hampir 40 tahun Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan - hanya membuktikan bahawa pencapaian ekuiti menerusi pengawalan peraturan, tidak akan mencapai matlamat untuk meningkatkan kekayaan bumiputera dalam tempoh masa yang singkat.

"Malah, 19 peratus sasaran pemilikan kekayaan itu, jika tepat, tidak berganjak sejak tahun 1990-an," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Pua berkata, untuk membolehkan bumiputera mencapai sasaran 30 peratus pemilikan kekayaan negara itu, maka adalah penting bagi pasaran modal diliberalisasikan untuk menarik modal global.

'Rakyat Malaysia rugi'

Menurutnya lagi, matlamat negara untuk menjadi pusat kewangan serantau sejak 1980-an telah terjejas kerana Malaysia telah ketinggalan di belakang banyak pusat-pusat kewangan yang lain di rantau ini.

Pua berkata, Bursa Saham Kuala Lumpur, sehingga 1993, merupakan bursa saham kedua terbesar di rantau Asia-Oceania, tetapi hari ini ia telah terkeluar daripada senarai 10 bursa teratas, dan ketinggalan kepada pasaran kewangan di Singapura, India, China, Taiwan, Korea Selatan, Australia dan New Zealand.

Akibatnya, kata beliau, bukan sahaja syarikat asing tidak berminat dengan bursa Malaysia, malah syarikat di Malaysia sendiri juga beralih kepada pasaran kewangan yang lebih menarik.

Akhirnya, tegas Pua, yang rugi adalah rakyat Malaysia sendiri.

Oleh itu, katanya, langkah progresif ke arah meliberalisasikan pasaran kewangan, akan membolehkan perkembangan ekonomi yang lebih dinamik, dan disertai dengan pewujudan kekayaan yang lebih besar.

"Pasaran yang lebih liberal juga akan memangkin tenaga kerja yang lebih produktif, yang mampu bersaing secara sama rata dalam ekonomi global," katanya.

Pelantikan Low

Menurut Pua lagi, PAS Selangor juga salah faham dalam reaksinya terhadap pelantikan Low sebagai pemangku pengurus besar PKNS.

Katanya, ini kerana Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah pun menyatakan dengan jelas bahawa buat masa ini, Low adalah individu paling layak untuk mengisi jawatan tersebut.

Dengan itu, tegas Pua, ia bermakna Low mampu menguruskan PKNS secara lebih berkesan dan cekap, yang seterusnya akan memberi faedah kepada negeri Selangor.

Selaras dengan dasar-dasar kerajaan Pakatan Rakyat, katanya, rakyat termiskin di Selangor, yang sebahagian besarnya bumiputera, akan mendapat manfaat daripada faedah tersebut.

"Keturunan pengurus besar tersebut tidak patut dipersoalkan sama sekali. Adalah mengecewakan apabila bantahan (terhadap pelantikan Low), dibuat berasaskan perspektif kaum dan tidak dari segi kualitinya," kata Pua.

Dalam hal ini, beliau berharap, PAS tidak akan hanya melihat pada perkara yang kecil semata-mata, tetapi juga turut mengambil kira soal yang lebih besar daripada itu.

sumber- Malaysiakini.com





Baca selanjutnya...