Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit: Klik di sini
NOTIS
Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com
Dari kiri, Dr. Irmgard Schwaetzer, Anwar Ibrahim, Hubertus Von Welck dalam persidangan tahunan FNF di Kuala Lumpur. Dr. Irmgard Schwaetzer adalah Ahli Lembaga Pengarah FNF, Jerman. Hubertus Von Welck adalah Pengarah Serantau FNF Untuk Timur Dan Asia Tenggara
FNF memperkasakan Demokrasi Liberal di negara - negara Islam
Friedrich Naumann Foundation (FNF) membahaskan sumbangan-sumbangannya bagi demokrasi liberal di dalam masyarakat-masyarakat Islam semasa mesyuarat dalaman FNF di Malaysia. Sebanyak 21 kakitangan perwakilan dari 12 negara berkongsi pengalaman-pengalaman mereka. Mereka membincangkan kaedah-kaedah projek dan matlamat-matlamat yang ingin dicapai. Kejadian-kejadian pengeboman di Afghanistan, Iraq, Palestin, Chechnya, Indonesia dan Sudan adalah contoh-contoh konflik di antara negara-negara Islam dan juga di kalangan masyarakat-masyarakat Islam.
Serangan pengganas di New York, Madrid, London dan Paris menunjukkan bahawa konflik-konflik tersebut turut memberi kesan kepada negara-negara Barat.
Ramai ahli-ahli politik Barat di Eropah dan Amerika melihat bahawa idea-idea mengenai kebebasan dan demokrasi sering diserang. Selalunya, mereka bersedia untuk mengorbankan kebebasan awam demi melindungi masyarakat mereka.
Dalam waktu yang sama, ramai Muslim percaya bahawa Islam adalah agama yang mengongkong. Mereka menjustifikasikan hipotesis ini berdasarkan pandangan mereka terhadap negara mereka yang sekular, namun mempunyai kerajaan yang memerintah secara kuku besi. Sebagai contoh, The Egyptian Muslim Brotherhood memperjuangkan pemerintahan yang saksama dan ekonomi pasaran bebas.
Garisan konflik tidak wujud di antara nilai liberal dan Islam atau lain-lain kepercayaan. Tetapi ia adalah berkaitan dengan pengenalan demokrasi, hak asasi manusia dan pasaran ekonomi.
Memandangkan apa yang telah disebut di atas merupakan objektif-objektif utama yang menjadi matlamat FNF, maka satu mesyuarat di Kuala Lumpur telah dianjurkan bagi membincangkan pengalaman-pengalamannya di Mesir, Palestin, Jordan, Lebanon, Syria, Iraq, Morocco, Algeria, Tunisia, Turkey, Bosnia, Kosovo, Azerbaijan, Uzbekistan, Malaysia, Indonesia, Bangladesh, India, Pakistan dan Afghanistan.
Zainah Anwar, Sister In Islam (SIS) bersama Hubertus von Welck (tengah) Pengarah Serantau FNF Untuk Timur Dan Asia Tenggara. FNF menaja Zainah dan SIS untuk perjuangkan pluralisme agama di Malaysia
Mesyuarat tersebut telah diperkukuhkan dengan pengisian daripada pakar-pakar Malaysia yang unggul: Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim, Dr. Mohamed Ariff, Cik Zainah Anwar (Sister In Islam), Prof. Norani Othman, Dr. Patricia Martinez, dan Peguam Malik Imtiaz.
Dari kini, Profesor Noraini Othman, pensyarah IKMAS UKM dan aktivis Sister In Islam (SIS); Dr. Patricia Martinez, Penyelidik Kanan Untuk Agama Dan Budaya Di Institut Asia Eropah, Universiti Malaya dan Malik Imtiaz Sarwar, peguam Bar Council. Noraini Othman adalah aktivis IKMAS dan SIS Bukunya bertajuk "Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism" yang diterbitkan oleh SIS, diharamkan KDN baru-baru ini kerana bercanggah dengan akidah Islam. Dr. Patricia Martinez merupakan penganut Kristian yang membuat PHD berkenaan Islam. Dia aktivis persefahaman Muslim dan Kristian.Dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Projek Islam dan Pluralism, Indonesia. Malik Imtiaz adalah penguam Bar Council yang terkenal membela kes kebebasan beragama. Antara kes yang dikendalikan termasuk pembawa ajaran sesat Ayah Pin,Abdul Kahar Ahmad, kes murtad Subashini Rajasingam dan Lina Joy.Dia juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Ke Arah Pembentukan Suruhanjaya Antara Agama-Agama di Malaysia, aktivis Inter-Faith Commission (IFC).
Dalam perbincangan tersebut, merumuskan bahawa program-program FNF bagi komuniti-komuniti Islam mestilah secara amnya memberi respon kepada tiga senario yang menggalakkan ekstremisme Islam di kalangan penduduk dan penolakan mereka terhadap libralisme dan pluralism.
Kebanyakan masalah-masalah serius itu wujud di regim kuku besi, di mana penduduk Muslim bertukar menjadi pejuang-pejuang Islam sebagai cara lain bagi mendapatkan keadilan dan pemerintahan yang lebih baik. Situasi ini wujud dikebanyakan negara-negara Arab dan pada satu tahap, Malaysia turut menjadi salah satu negara contoh.
Senario kedua ialah keadaan masyarakat selepas berlakunya konflik, terutamanya di Yugoslavia sebelum ini. Di sana, rakyat berada di dalam trauma mencari-cari standard-standard moral selepas berlakunya perang saudara dengan segala bentuk kekejaman yang berlaku di sekeliling mereka.
Berlawanan dengan latarbelakang ini, cara kehidupan yang digalakkan oleh Wahabisme Saudi telah mendapat kesedaran rakyat. Proses tersebut dipermudahkan dengan bantuan Saudi Arabia melalui sumbangan kepada masjid-masjid, pendidikan agama dan program-program kebajikan.
Buku Noraini Othman yang diterbitkan oleh Sister In Islam diharamkan oleh KDN baru-baru ini.
Yang terakhir, peminggiran komuniti-komuniti Islam di dalam masyarakat-masyarakat demokrasi, seperti Perancis dan England menggalakkan respon terhadap panggilan-panggilan tidak liberal dan tidak demokratik kepada ekstremis Islam, kerana mereka telah membina perasaan dengki, rasa tertindas dan dipinggirkan.
Kumpulan-kumpulan ini adalah sama dengan anti globalis yang takut kehilangan identiti dan kebajikan sosial di dalam dunia yang semakin besepadu dan penuh dengan persaingan.
Tempoh bertukar-tukar pengalaman selama 3 hari, dari 12-15 Jun telah membantu kakitangan FNF untuk memperolehi pendekatan yang lebih berinformasi bagi projek-projek nasional mereka.
Ini akan turut disokong dengan pembentangan kertas konsep bagi hasil kerja FNF dalam masyarakat-masyarakat Islam.
Mesyuarat tersebut juga berperanan untuk mengenengahkan perbahasan mengenai forum dialog antarabangsa bagi isu kebebasan dan demokrasi di dalam dunia Islam.
Nota : AIDC menterjemah artikel dari laman FNF Malaysia, salah satu cabang daripada yayasan pusat yang berpengkalan di FNF Jerman. Artikel asal bertajuk "Strengthening liberal democracy in Muslim societies". Klik di sini dan di sini
Presiden Suharto, Indonesia terpaksa tunduk kepada Pengerusi IMF ketika itu, Micheal Camdesus yang begitu angkuh sambil berpeluk tubuh ketika menyaksikan majlis menandatangani perjanjian IMF-Indonesia untuk mendapatkan pinjaman pada tahun 1998.
Konspirasi Asing Hancurkan Indonesia
Jakarta, PAB-Online, 30 Agos 2008 : Terdedahnya campurtangan badan Lembaga dana asing dalam pembentukan Undang-Undang Minyak dan Gas (Migas) telah memudaratkan rakyat membuktikan penjajahan bentuk baru (neokolonialisme) wujud di negara ini . Kerana itu, kerajaan dan DPR (Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia ) harus membatalkan segera perjanjian undang-undang tersebut. Jika tidak, Indonesia akan jatuh ke lembah kerjasama “penjajahan” yang lebih serius dan akan tertinggal ke belakang dalam era globalisasi.
Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Gabungan Anti-Hutang, Dani Setiawan dan Pengarah Yayasan Lembaga Bantuan Hukum Indonesia (YLBHI), Patra M Zein, ketika dihubungi secara berasingan di Jakarta, Sabtu (30/8).
“DPR mesti bertindak segera. Minyak dan gas bukan hanya kerana perbezaan harga, tetapi juga berkait dengan melanggar peraturan perlembagaan secara sistematik. Para korporat ingin menjadikan Indonesia di bawah tekanan pihak asing secara terus menerus,” kata Dani.
Dia menambah, Jawatankuasa Khas Penyelidikan DPR juga harus memanggil segera kesemua pihak Lembaga dana asing Amerika Syarikat iaitu USAID (United States Agency for International Development) , Bank Dunia (World Bank), dan Bank Pembangunan Asia (Asian Development Bank-ADB).
Ketiga lembaga dana asing itu telah campur tangan dalam bidang ekonomi, sehingga sektor minyak dan gas menyebabkan rakyat semakin sengsara.
Konspirasi jahat lembaga dana asing itu bermula pada 1998–1999 dengan menggunakan label reformasi di sektor tenaga.
USAID dan ADB berkerjasama untuk membuat draf undang-undang Minyak dan Gas, sedangkan Bank Dunia memberikan pinjaman untuk sektor reformasi tenaga sahaja, serta menguatkuasakan semua peraturan liberalisasi yang menguntungkan pihak mereka.
Dani menjelaskan, dalam dokumen USAID yang boleh dilihat dilaman rasminya, menyebutkan secara jelas bagaimana peranan USAID sebagai dana bilateral utama dan Asian Development Bank (ADB) yang memberikan pinjaman untuk melakukan "reformasi sektor tenaga" di Indonesia.
Peranannya tidak setakat membuat undang-undang Minyak dan Gas, USAID, ADB dan Bank Dunia juga turut serta menyediakan cadangan harga tenaga dan menghapuskan subsidi serta menyediakan analisis teknikal unjuran ekonomi mikro dan makro sektor tenaga itu.
“Dokumen tersebut dengan jelas menyebutkan bahawa USAID helped draft new oil and gas policy legislation submitted to Parliament in October 2000, maka jelaslah semakin besar pengaruh asing khususnya USAID dalam pembuatan undang-undang Minyak dan Gas bernombor 22/2001,” katanya.
Menurutnya, liberalisasi Minyak dan Gas juga telah dirancang oleh Bank Dunia sejak badan itu melakukan penyelidikan minyak dan gas di Indonesia pada Jun 2000. Penyelidikan tersebut mencadangkan agar draf Undang-undang Minyak dan Gas yang dikemukakan pada parlimen tahun 1999 hendaklah berlandaskan semangat pertandingan bebas, berorientasi pasaran bebas, menghilangkan campurtangan kerajaan, serta konsisten menurut peraturan-peraturan antarabangsa.
Kemudian dilanjutkan lagi pada program energy and mining development, Loan No. 4712-IND tahun 2003 melalui pinjaman hutang luar negara sebanyak US$ 141 juta untuk "Java Bali Power Sector Restructuring and Strengthening Project" serta mendorong kerajaan menghilangkan subsidi BBM (bahan bakar minyak) secara berperingkat-peringkat.
“Tujuan projek yang akan berakhir pada bulan Disember 2008 ini, adalah untuk mendorong kerajaan menghilangkan subsidi BBM serta membangun tapak sektor tenaga secara komersil,” katanya.
Penghapusan subsidi mengakibatkan naiknya harga keperluan asas yang ditanggung oleh masyarakat, sedangkan projek gas juga ditandatangani dengan pinjaman Bank Dunia akan menimbulkan kesan kenaikan harga gas untuk sektor rumah tangga.
Tambahan pula rakyat miskin Indonesia juga harus menanggung beban hutang yang perlu dibayar kembali. Di samping itu, pasaran bebas Minyak dan Gas akan memberikan keuntungan kepada penguasaha-pengusaha asing multinasional yang bergerak di sektor itu.
Patra Zein menjelaskan, pada dasarnya, semua undang-undang di sektor ekonomi tidak memperkasakan Undang-Undang Dasar Indonesia 1945. Undang-undang itu adalah Undang-undang Minyak dan Gas, Undang-undang Tenaga Elektrik, Undang-undang Sumber Air dan Undang-undang Hutan Lindungan.
Undang-undang Minyak dan Gas (yang dibuat oleh lembaga dana asing) bertentangan dengan Undang-undang 1945, kerana menggunakan peraturan kewangan antarabangsa.
“Itu semua memperlihatkan kaedah bagaimana pasaran bebas dilaksanakan secara sistematik. Keuntungan yang seharusnya untuk negara tidak ada sama sekali,” katanya.
Dia menegaskan dengan terdedahnya campur tangan asing ini seharusnya menyedarkan kerajaan dan Dewan Perwakilan Rakyat untuk tidak tunduk kepada peraturan asing.
Penolakan terhadap pengaruh asing tersebut bukan bererti negara ini anti-asing, tetapi untuk melihat siapa yang lebih untung, apakah rakyat Indonesia atau segelintir pemilik modal asing yang berkerjasama dengan pemilik modal dalam negeri.
“Kita bukan anti-asing, tapi persoalannya siapa yang lebih untung dari kerjasama seperti itu. Vietnam dan China tidak anti-asing, tapi kedua negara itu mengambil keuntungan lebih banyak untuk rakyat dalam negara berbanding dengan asing,” katanya.
.................................
Nota : AIDC terjemah artikel PAB-Online, 30 Agos 2008. Sumber asal klik di sini
ANWAR Ibrahim mengumumkan cadangan Bajet 2009 Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen semalam. Bersama beliau Ahli Parlimen DAP Ipoh Timur, Lim Kit Siang (kiri) dan Ahli Parlimen PAS Tumpat, Kamarruddin Jaafar.
Tukar kerajaan : Masa belum sesuai atau masa emas sudah terlepas
Oleh G. MANIMARAN dan NURUL AIN MOHD HUSSAIN
ANALISIS: SELEPAS dua minggu Dewan Rakyat bersidang, semalam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sebelum ini lantang mendakwa Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan pusat, memberi penekanan yang jelas - masanya belum sesuai untuk berbuat demikian. Dua minggu lalu ketika ditemui di Kota Bharu, Ketua Umum Pakatan Rakyat itu meminta penyokong-penyokongnya supaya bersabar, kemungkinan sasaran tersebut akan menjadi kenyataan sebelum sambutan Aidiladha ini.
Jika sebelum Parlimen bersidang kembali ramai menganggap Pakatan Rakyat akan merealisasikan matlamat tersebut ketika Dewan Rakyat mengadakan persidangannya, tumpuan kembali kepada Anwar apabila beliau mula membahaskan ucapan Bajet 2009 pada 13 Oktober lalu.
Ia merupakan ucapan pertama beliau sebagai Ketua Pembangkang, jawatan yang disandangnya selepas memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos lalu.
Pada 13 dan 14 Oktober lalu Anwar berucap hampir enam jam. Ucapannya menyentuh banyak isu tetapi ramai melihat ia kurang menyengat, malah kurang menyentuh naluri kebanyakan pihak.
Anwar mendedahkan nama rasmi ikatan pembangkang pada 1 April - tiga minggu selepas pilihan raya umum 2008. Sasaran membentuk kerajaan 16 September diumumkan.
Semalam, ketika masih ramai penyokong meletakkan harapan menggunung tinggi pada Anwar dan pemerhati ingin melihat sejauh Anwar akan menggerakan caturan politik di Parlimen, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, sekarang bukan masa yang sesuai untuk membincangkan usaha pembangkang mengambil alih kerajaan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.
"Cukuplah membincangkan perkara itu... kami sedang berusaha ke arah itu... Kami mahu ia menjadi satu kejutan," katanya.
Malah semalam beliau memberikan taklimat mengenai Saranan Pakatan Rakyat Untuk Belanjawan 2009 di Bangunan Parlimen.
Anwar mendakwa pihak kerajaan seolah-olah mempersendakan rancangan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kerajaan secara aman dan sah mengikut saluran perlembagaan yang betul.
Di sebalik perkembangan itu, beberapa penganalisis politik berpendapat isu-isu yang disuarakan oleh parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) lewat kebelakangan ini memberi kelebihan Anwar.
Prof. Madya Dr Admad Nidzammudin Sulaiman berpendapat Anwar akan mengeksploitasi isu-isu tersebut untuk memancing mereka menyertai Pakatan Rakyat dalam usaha merealisasikan usaha membentuk kerajaan perikatan pembangkang itu.
Jelasnya, parti seperti MCA mahu Akta Keselamatan Dalam Negeri dihapuskan manakala MIC mahu pemimpin Hindraf dibebaskan.
Kedua-dua itu, katanya, menunjukkan tiada kesepakatan dalam BN.
"Isu-isu sebegini memberi kelebihan Anwar kerana dia pasti akan cuba memujuk wakil-wakil rakyat BN ini untuk menyertai mereka dengan menjanjikan kesaksamaan dan keadilan dalam pentadbiran mereka kelak," kata beliau kepada mStar Online.
Ditanya adakah isu-isu berkenaan memberi kesan kepada Anwar dan Pakatan Rakyat, Ahmad berkata: "Sudah pasti ia memberi kesan secara tidak langsung. Apabila isu-isu tersebut diluahkan secara vokal ia jelas menunjukkan keretakan yang timbul akibat rasa tidak puas hati parti-parti komponen dalam BN."
Tambahnya, isu-isu tersebut menjadi faktor yang memberi kelebihan kepada Anwar dalam usahanya merealisasikan misi membentuk kerajaan Pakatan Rakyat.
"Anwar ibarat menangguk di air yang keruh. Peluang sebegini memang dinanti-nantikannya," katanya.
Pensyarah sains politik dari Universti Sains Malaysia, Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk juga berpendapat isu-isu yang diketengahkan oleh parti komponen BN akan menjadi duri dalam daging yang akan memusnahkan BN.
"Isu-isu tersebut menunjukkan BN tidak lagi mempunyai kesepakatan dalam menyelesaikan perbalahan sesama mereka," katanya.
Jelas beliau, perkara sebegitu akan memberi kelebihan kepada Anwar kerana memerlukan isu seperti itu untuk menutup kelemahannya selama ini.
Ditanya apa kelemahan yang dimaksudkan itu, Azeem berkata:
"Isu lompat parti dan bentuk kerajaan hanyalah gimik politik Anwar... jadi bila timbul isu ISA dan Hindraf, dia akan memanfaatkannya untuk menarik sokongan daripada parti komponen BN tersebut."
Menurutnya, Anwar sedang bermain perang saraf dengan penyokongnya dalam usaha meyakinkan pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat.
"Ini satu bentuk perang saraf yang dicipta Anwar untuk meyakinkan penyokongya tentang proses menukar kerajaan BN," katanya.
Tambah Azeem, isu-isu yang diketengahkan oleh parti-parti komponen BN memberi political milege kepada Anwar.
Tambahnya, keadaaan sedemikian menunjukkan kedudukan BN sudah rapuh kerana tiada lagi mampu mencapai kata sepakat dalam isu yang diketengahkan. "Di sini Anwar punya kelebihan dalam usaha merealisasikan kerajaan yang diperkatakannya selama ini," katanya.
Di sebalik perkembangan-perkembangan sejak 16 September lalu ramai juga sudah mula mempersoalkan sama ada Anwar benar-benar mempunyai angka dan jumlah sokongan.
Adakah Anwar mempunyai cukup bilangan untuk mengubah kedudukan di Parlimen.
Anwar dan Pakatan Rakyat mahu membantu kerajaan menyelamatkan ekonomi daripada kesan kemelesetan global. Anwar mempunyai peranan. Begitu juga Pakatan Rakyat yang sudah menguasai pemerintahan di lima kerajaan negeri.
Anwar dan Pakatan Rakyat perlu membuktikan kepimpinan di Parlimen dan di kelima-lima negeri berkenaan. Anwar dan Pakatan Rakyat mungkin sudah menyedari keperluan ini daripada membentuk kerajaan menerusi jalan belakang.
Pun begitu teka-teki Anwar berterusan.
"Kami telah kehilangan dua opsyen... (tetapi) masih ada 10 opsyen lagi. Kami sedang mempertimbangkannya," kata Anwar.
"Kami belum terdesak sangat (untuk membentuk kerajaan) khususnya dalam suasana krisis ekonomi sekarang, kami perlu bersama dengan pemimpin-pemimpin kerajaan bagi memastikan mereka mengambil pendekatan yang betul (untuk mengatasi masalah ekonomi," katanya.
Sejak dikaitkan dengan cerita akan tinggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ekoran tindakannya yang dilihat tidak sehaluan dengan parti itu terutama dalam soal kebebasan, Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin semakin menunjukkan ‘belangnya’ yang sebenar. Zulkifli yang dikecam banyak pihak yang memperjuangkan soal kebebasan termasuk kalangan pimpinan PKR sendiri kerana melakukan demonstrasi membantah forum ‘Masuk Islam’ yang dianjurkan oleh Majlis Peguam Ogos lalu kerana forum tersebut cuba untuk mencampuri urusan agama Islam, hari Khamis melepaskan ‘peluru penaburnya’ yang terkena kepada semua pihak.
Baik kerajaan mahupun pembangkang termasuk parti yang diwakilinya iaitu PKR, semua tidak terlepas daripada ‘serangan’ beliau yang tajam dan tepat pada sasarannya.
Ini jelas apabila beliau melahirkan rasa kesalnya kerana PKR menyoal ketuanan Islam dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) pula menuntut dibenarkan orang Islam keluar daripada agama Islam dan mahu agama Islam mengikut agama-agama lain.
Serentak dengan itu beliau menyifatkan pihak kerajaan dan pembangkang seolah-olah tidak mempertahankan Islam.
Sedangkan katanya, kekuatan orang Melayu terletak pada agamanya tetapi hari ini orang Melayu serta Islam telah diserang oleh pelbagai pihak.
‘‘Tindakan itu seolah-olah menunjukkan Islam tidak wujud langsung, mereka mem pertikaikan adab, hal ehwal agama Islam, mempertikaikan soal azan serta tulisan jawi dan menghantar memorandum supaya tulisan jawi tidak dilaksanakan,” katanya.
Kenyataannya itu jelas merujuk kepada tindakan rakan parti pembangkangnnya yang membangkitkan isu-isu yang disebutkannya itu.
Tambahnya, terdapat juga pihak yang mempertikaikan tentang kuliah-kuliah di masjid yang kononnya mengganggu mereka.
Dalam nada tegas Zulkifli berkata, “Walaupun ada suara yang kata saya menyokong parti lain bila bersuara begini tapi saya hanya berjuang untuk Islam. Saya tidak peduli orang nak kata apa kerana saya hanya menjawab kepada Allah”.
Kelantangan Zulkifli itu menyebabkan tidak ada kalangan Ahli Parlimen pembangkang yang bangun dan cuba menyanggah pendiriannya.
Namun, selepas ini apakah kelantangan beliau di Dewan Rakyat akan menerima nasib yang sama dengan tindakannya menghadiri perhimpunan membantah forum ‘Masuk Islam’ anjuran Majlis Peguam iaitu dipanggil memberi keterangan kepada Jawatankuasa Disiplin PKR.
Atau akan bersuarakah golongan yang memperjuangkaan kebebasan termasuk soal agama dalam PKR dan pakatan pembangkang berhubung pendirian Zulkifli itu.
Paling menarik PAS sendiri sebagai parti yang menggunakan nama Islam tidak mempunyai wakil yang berani bangun mempertahankan Islam seperti mana yang dilakukan oleh Zulkifli. – 23/10/2008
Rakan-rakan Pakatan berusaha memahami Anwar Baru - Muslim Moderate..
Oleh Abdar Rahman Koya
Sejak kepulangannya pada 31 Oktober selepas menjalani pembedahan tulang belakang di Jerman, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim telah memancing kumpulan besar ke mana sahaja dia pergi. Dengan imej seorang Perdana Menteri dan kemahiran pidato Bahasa Melayu yang dieksploitasi oleh penyokong untuk menarik orang ramai. Anwar, yang dipecat secara dramatik ditahan 6 tahun lalu, mencetuskan krisis politik Malaysia paling buruk sejak kemerdekaan telah mengejar masanya yang telah hilang dengan menemui penyokong, peminatnya dan menemui semula popularitinya yang lalu.
Anwar menghabiskan masa hampir sebulan berada di Hospital Munich selepas tuduhannya digugurkan pada 2 September. Pembebasannya mencetuskan rasa bimbang terhadap arahan politik pada masa akan datang daripada parti UMNO, yang telah hampir dipimpinnya sebelum pemecatannya oleh Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.
Permintaan dibuat mendesak Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk menyekatnya daripada menyertai UMNO walaupun tiada hasrat seperti itu dinyatakan oleh Anwar.
Kebimbangan yang dinyatakan oleh ahli politik yang memerintah berasas : laluan untuk menjadi Perdana Menteri sememangnya melalui UMNO, yang mempunyai pakatan dengan dua parti Cina dan India dan telah memerintah Malaysia selama berdekad-dekad.
Sama ada Anwar mempunyai keupayaan dalam mengubah tradisi masih dinantikan, tetapi sebarang cadangan untuk dia kembali kepada UMNO akan menjadi penghujung kepada karier politik beberapa pemimpin yang baru muncul.
Tiga daripada mereka merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri, termasuk Mahathir, dan mungkin akan tewas sekiranya Anwar kembali kepada UMNO. Setakat ini, Anwar telah memilih untuk tidak menyertai UMNO dan bersama pembangkang.
Semasa kepulangannya daripada umrah di Mekah pada 31 Oktober, Anwar berjanji untuk bekerjasama dengan semua pihak, termasuk kerajaan sekarang.
Sementara dia masih belum mengumumkan secara terbuka seperti memutuskan hubungan dengan rakan-rakannya yang berada dalam kabinet, dia menghadapi kesukaran untuk menerangkan kepada penyokongnya dan media tentang pendiriannya, jaminan bekerja keras untuk ‘pembangkang yang boleh dipercayai’.
Sama ada betul atau tidak entiti seperti itu termasuk dalam parti-parti pembangkang pada masa ini tidak jelas. Tetapi untuk masa sekarang, Anwar menjadi topik utama perbualan di antara ahli politik kedua-dua belah pihak.
Sewaktu berada di Hospital Munich, pemerhati dan penyokongnya memberikan pandangan sepintas lalu terhadap Anwar ‘baru’ seperti yang dikatakan di mana dia baru sahaja menghabiskan masa selama 6 tahun di belakang tirai besi.
Personaliti yang melawatnya, daripada bekas presiden Indonesia seperti Abdurrahman Wahid, BJ Habibie, intelektual Islam seperti Yusuf Qaradawi dan sebagainya, kepada pembuat-keputusan politik kanan Eropah dan AS, dan juga temu ramahnya bersama media Barat, telah mendedahkan gambaran serupa Anwar sebagai seorang Muslim ‘Moderate’ yang telah dipelihara oleh inkubator media Barat.
Kenyataan ‘kritikan’ lembut terhadap perang Iraq, dipadankan dengan reaksi umum sekarang tersebar luas di kalangan sesetengah Muslim – seperti mendesak ‘perang ke atas keganasan’ Amerika untuk dilaksanakan di peringkat psikologi untuk tidak menggalakkan tindakan militan Muslim – telah membantunya untuk dilihat dengan lebih positif.
Layanan terhadapnya sebagai ‘tetamu diraja’ pemerintah Saudi juga telah menimbulkan persoalan tentang mereka yang menjadi kenalannya dan kesannya untuk satu perhubungan yang rapat dari perspektif gerakan Islam.
Pada masa gambaran terhadapnya sebagai seorang yang ‘Moderate’ dan seorang calon bagi ‘dialog menghubungkan Barat-Islam yang berpecah’ mungkin sesuatu yang amat tidak berkaitan, imej yang diberikan kepadanya tidak mengejutkan.
Media Barat telah mempunyai tabiat untuk membina imej mana-mana pemimpin Muslim yang mereka rasakan pada suatu ketika nanti akan memegang kuasa di negara Muslim.
Rasa sangsi ini ditambah lagi dengan pertemuan Anwar di Munich bersama Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika, Paul Wolfowitz, seekor ‘pemangsa’ dalam pentadbiran Bush dan arkitek serangan AS ke atas Iraq tahun lepas.
Standard yang sama kritikan Muslim ‘Moderate’ dinyatakan oleh Anwar semasa pertemuan itu.
Pada masa yang sama, ramai penyokong dari pembangkang, Parti Islam (PAS) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), diketuai oleh isteri Anwar Dr Wan Azizah Ismail, telah memilih untuk menunjukkan populariti Anwar.
Pada peringkat ini, pembantu Anwar mempunyai masalah dalam memperbetulkan imej Anwar yang merupakan seorang yang terlalu rapat dengan pegawai-pegawai Barat dan juga tidak menghiraukan kepada ketidakadilan kritikan politik semasa 16 tahun berada dalam kabinet Mahathir.
Sumber yang rapat dengan Anwar telah memberitahu Crescent International bahawa Anwar telah dinasihatkan mengenai bahaya kerana telah dilihat sebagai seseorang yang disukai oleh Amerika, dalam pandangan Muslim secara umumnya benci kepada AS.
Satu pertemuan tertutup selepas iftar bersama pemimpin parti pada 7 November telah mendedahkan Anwar di ‘sebelah yang lain’, jauh dari paparan media Barat, dan dia jarang mengitik ‘keras’ terhadap dasar AS.
Beberapa pertemuan umum yang berikutnya dianjurkan dalam usaha untuk memahami lelaki yang telah mencipta gelombang dalam politik Malaysia walaupun tidak mempunyai kuasa politik – satu fenomena yang jarang berlaku di Malaysia.
Dalam satu majlis, apabila ditanyakan mengenai pandangannya terhadap PAS, Anwar mengatakan agenda ‘reformasinya’ tidak pernah dimasukkan tentang sebuah negara Islam atau pelaksanaan hukum hudud, tetapi menambah : “Sebagai Muslim saya tidak boleh mempersoalkan hukum hudud yang telah ditentukan dalam Al-Quran yang suci. Anda tidak boleh meminta saya mempersoalkan hudud. Tetapi sama ada ianya boleh dilaksanakan di Malaysia adalah soalan yang lain sama sekali, ”
katanya, menambah : “Saya tidak berminat kepada sekularisme kerana ianya mengandungi kandungan sejarah Barat yang menentang nilai keagamaan. Saya boleh mengambil pendirian popular pada masa sekarang dan mengatakan bahawa saya bersetuju dengan sekularisme.....tetapi kemudiannya saya akan berbohong, di mana saya enggan untuk melakukannya.”
Pada masa parti pembangkang dan NGO dari kedua-dua pihak, sekular dan Islamik bersetuju bahawa Anwar adalah harapan terbaik untuk menyatukan pembangkang, ini juga bermaksud dia mempunyai terlalu ramai orang untuk dilayan dalam usaha untuk dilihat sebagai faktor penyatuan dalam Malaysia yang mempunyai politik Islam yang kompleks dan pelbagai agama.
Dilema seperti ini mungkin akan menjadi berita buruk kepada kredibiliti seorang ahli politik untuk jangka masa panjang.
Penjelasan yang diberikan dalam pelbagai topik, bermula dari agenda negara Islam PAS kepada sekularisme, telah membuatkan mereka yang tidak selesa dengan imej ‘Moderate’ (dalam istilah Barat) telah memberikan faedah kepada Anwar di atas kesangsian mereka itu.
Akan datang, karisma Anwar bersama orang ramai – satu aset yang diinginkan oleh kem pembangkang yang semakin ditinggalkan semenjak pemergian Mahathir dari dunia politik – akan digunakan sepenuhnya.
Sekarang Anwar dibebaskan, penyokong tidak lagi merahsiakan ‘eksploitasi’ seperti ini : “Kita mesti menggunakan sepenuhnya pembebasan Anwar dalam kempen kita untuk mempertahankan hak asasi manusia di negara ini,” kata Saari Sungib, bekas pembantu Anwar berkata pada 24 November, apabila dia mengumumkan permulaan kempen untuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA) : yang merupakan alat yang digunakan oleh Mahathir semasa dua dekad pemerintahannya untuk mengekang penentangan, dan penghapusannya merupakan satu galakan yang hebat untuk aktivis di semua peringkat di Malaysia. [nota sekarang Saari Sungip telah keluar PKR dan sertai PAS]
KUALA LUMPUR: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mahu lagi bercakap mengenai perancangan untuk mengambil alih kerajaan seperti yang diuar-uarkannya sebelum ini.”Cukuplah mengenai perkara itu, kita akan fokuskan kepada pembangunan ekonomi,” katanya dalam sidang media selepas taklimat mengenai Bajet Pakatan Rakyat 2009. Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan media mengenai perkembangan terbaru berkaitan rancangannya untuk mengambil alih kerajaan.
Sebelum ini semasa berucap di Kota Bharu pada 9 Oktober lalu, Anwar meletakkan sasaran terbaru untuk mengambil alih kerajaan iaitu sebelum hari Raya Aidiladha Disember depan.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, beliau merasakan matlamat untuk mengambil alih kerajaan tidak sesuai untuk dibincang pada ketika ini.
Tambahnya lagi, kerajaan Barisan Nasional (BN) seolah-olah mempersendakan rancangan pakatan pembangkang untuk melakukan proses peralihan kuasa secara aman dan mengikut saluran yang betul.
Sumber berita : mStar Online 23/10/08
—————————————————————————–
Apa sudah jadi DS Anwar?
Yang nyata.. penyokong-penyokong Pakatan Rakyat sudah tentu kecewa dengan berita ini. Eloklah tu, lebih baik tumpu kepada kerja dari membuat ‘chaos’ dan huru-hara dalam negara. Cukuplah, pelabur asing pun sudah naik gerun dengan kenyataan Anwar mahu ambil-alih kerajaan.. lepas itu disalahkan pula kepada kerajaan kerana tak pandai urus ekonomi, padahal beliaulah yang jadi punca huru-hara.
Apa yang pasti, keputusan ini ada kaitan dengan kenyataan Majlis Raja-Raja baru-baru ini..
Anwar dan DAP sudah mati punca untuk memainkan isu perkauman dan keadilan untuk semua kaum. Mahu cakap lebih-lebih lagi, kena ISA lah jawapnya. Keadaan sekarang cukup memihak kepada kerajaan, yang pasti.. Raja-Raja Melayu bersetuju ‘Kontrak Sosial’ jangan dijadikan isu.
Isu apa lagi yang tinggal? Yang tinggal hanya isu ‘kebobrokan’ DS Najib dan UMNO untuk diputarkan. Andaikata DS Najib berjaya mengurus soal ekonomi dengan baik, Anwar mati kutu.. yang tinggal, isu lama.. Mongolia, tapi itu cerita basi dan tidak sahih. Lama-kelamaan rakyat sudah boleh menilai siapa Anwar sekarang. Kuat berjanji, tapi habuk pun tarak.. Banyak cakap, tapi banyak putar belit..
Lebih baik jika Anwar mengajar rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat untuk memperkemaskan pentadbiran dan memenuhi manifesto pilihanraya dinegeri-negeri jajahan mereka. Buatlah kebajikan kepada rakyat terlebih dahulu (seperti yang dijanjikan sebelum ini).. tunggu PRU 13 sajalah. Sempat ke? Dengar khabar.. kes mahkamah belum selesai lagi, agak-agak boleh lepaskah?
-ps- Dengar cerita, kawan Anwar (Gus Dur) masuk You Tube.. ‘dibaptiskan’ oleh paderi Kristian. Kata orang, nak kenal seseorang.. lihatlah dengan siapa kawan-kawannya. Harap-harapnya, Anwar tidak akan gadai agama dan negara semata-mata cita-cita politiknya.
Anwar Ibrahim, Malaysia's opposition leader, speaks during an interview at his office in Parliament, in Kuala Lumpur, Oct. 22, 2008. Photographer: Goh Seng Chong/Bloomberg News
Anwar Says Options for Taking Power in Malaysia Are Diminishing
By Ranjeetha Pakiam and Haslinda Amin
Oct. 23 (Bloomberg) -- Malaysia's opposition leader Anwar Ibrahim said he's running out of options to unseat the government, seven months after reducing the ruling coalition's majority to the smallest since independence in 1957. Anwar, 61, missed deadlines he set to have coalition lawmakers defect to the opposition and parliament conduct a vote of confidence in Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi. The premier's response was to accelerate a power handover to his deputy, Najib Razak.
``I'm not saying we have no options left, but I'm saying it's getting to be much more difficult,'' Anwar said in an interview yesterday in his parliamentary office in Kuala Lumpur. His three-party People's Alliance remains confident it can woo the 30 coalition lawmakers it needs to form a majority after taking control of 5 of 13 states in the March elections, he said.
Anwar's assessment, the most pessimistic since the election, suggests the transfer of power to Najib will be smooth, removing the uncertainty that has contributed to a 37 percent decline in the benchmark stock index this year.
``It's only right for Anwar to clarify the People's Alliance stand to the public,'' regarding their diminishing options, said Tricia Yeoh, director of the Centre for Public Policy Studies, an independent research institute in Kuala Lumpur. ``They should focus on administering the five states well and strengthening the bonds within the parties. This will demonstrate that they can be a formidable alternative federal government.''
Missed Deadlines
Anwar failed to meet his Sept. 16 deadline to oust Abdullah, timed to coincide with the anniversary of the founding of the Federation of Malaysia. He was also unable to persuade the prime minister to recall parliament for a confidence vote or even meet with Abdullah to discuss a change of government.
The opposition has pledged to end Malaysia's system of preferences in employment and education for ethnic Malays and to reduce corruption. The ruling National Front, headed by the United Malays National Organisation, adopted a race-based system known as the New Economic Policy in 1971.
Anwar said he is exploring other options for a takeover that would be ``peaceful and orderly'' and adhere to the constitution, without elaborating.
Abdullah, 68, agreed this month to hand over power to Najib, the son of Malaysia's second prime minister, in March. Previously the transition had been planned for June 2010, three years before the next general election must be held.
Cause for Regret?
``The opposition wants Abdullah to carry on, because they believe if he leads the party in the next election, their chances would be enhanced,'' former Prime Minister Mahathir Mohamad said in a separate interview yesterday. Mahathir, the nation's longest-serving leader, handpicked Abdullah as his successor, a decision he said he now regrets.
Anwar, a former deputy leader of UMNO, returned to parliament in a by-election on Aug. 26. He was fired as deputy prime minister by Mahathir in 1998 and jailed on charges of having illegal sex with a man and abuse of power. The sodomy conviction was overturned in 2004.
Anwar is currently facing similar sex charges after a 23- year-old former male aide filed a complaint with police.
``They don't have a case. That I know for a fact,'' Anwar said. ``What they want to do is to embarrass me.''
To contact the reporters on this story: Ranjeetha Pakiam in Kuala Lumpur at rpakiam@bloomberg.net; Haslinda Amin in Singapore at hamin1@bloomberg.net
KOTA BHARU: Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggubal satu kaedah khusus mengenai sumpah laknat (mubahalah) dalam usaha mengelak timbul kacau bilau di kalangan umat Islam negara ini. Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata Majlis Fatwa Kebangsaan mendapati ramai masyarakat Islam tidak memahami mengenai isu serta konsep sumpah mubahalah sehingga boleh memberi kesan buruk kepada umat Islam.
Sehubungan itu, katanya majlis sudah mengadakan perbincangan mengenai isu berkenaan dan mencapai persetujuan menyerahkan perkara berkenaan kepada Jakim bagi menghasilkan satu peraturan khusus mengenainya.
"Majlis Fatwa Kebangsaan mengesan banyak isu berkaitan dengan sumpah mubahalah disiarkan dalam akhbar tempatan dan masa sama, ramai umat Islam tidak faham mengenai perkara ini.
"Hasil mesyuarat majlis hari ini, memutuskan untuk menyerahkan kepada Jakim bagi menyediakan satu penjelasan atau kaedah khusus mengenai perkara yang dikatakan sumpah mubahalah, sumpah dalam dan luar mahkamah dan pelbagai isu berkaitan dengan sumpah," katanya selepas Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-83, di sini, hari ini.
KUALA LUMPUR: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mahu lagi bercakap mengenai perancangan untuk mengambil alih kerajaan seperti yang diuar-uarkannya sebelum ini.
"Cukuplah mengenai perkara itu, kita akan fokuskan kepada pembangunan ekonomi," katanya dalam sidang media selepas taklimat mengenai Bajet Pakatan Rakyat 2009.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan media mengenai perkembangan terbaru berkaitan rancangannya untuk mengambil alih kerajaan.
Sebelum ini semasa berucap di Kota Bharu pada 9 Oktober lalu, Anwar meletakkan sasaran terbaru untuk mengambil alih kerajaan iaitu sebelum hari Raya Aidiladha Disember depan.
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membidas kenyataan beberapa ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak yang mendakwa beliau mengabaikan kepentingan rakyat negeri itu sewaktu berkhidmat dalam kerajaan terutamanya ketika memegang jawatan Menteri Kewangan. Anwar yang merupakan ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, sepanjang beliau memegang portfolio sebagai Menteri Kewangan, banyak peruntukan telah diluluskan untuk pembangunan di Sabah dan Sarawak.
"Tapi oleh kerana prasangka buruk begitu, ini semua (peruntukan) dinafikan.
"Dibangkitkan juga kononnya saya abaikan rakyat di sana...mungkin waktu itu beliau masih di bangku sekolah," katanya.
Semalam, Salleh Kalbi (BN-Silam) mendakwa Anwar bersikap bermuka-muka dalam membela nasib rakyat Sabah dan Sarawak dan berkata sikap prihatin yang ditunjukkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu sekarang adalah semata-mata ingin meraih simpati dan sokongan daripada rakyat negeri itu.
Anwar membuat penjelasan tersebut ketika sesi perbahasan Bajet 2009 oleh Johari Abdul (PKR-Sungai Petani).
Jelasnya, sepanjang menjadi menteri dalam kerajaan dan sejak Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia sehingga beliau disingkirkan dari kerajaan pada tahun 1998, beliau telah meluluskan peruntukan paling besar kepada rakyat negeri itu.
"Malah dalam tempoh satu tahun, ada tambahan RM800 juta kepada Sabah dan RM200 juta kepada Sarawak," katanya.
Anwar juga menyelar tindakan beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang bersuara secara sembunyi mempertikaikan kredibilitinya sewaktu menjadi menteri dahulu.
"Mereka jerit macam pelesit, menyorok di sebalik pembesar suara...memang itu bukan pahlawan.
"Kalau benar dia itu pendekar dan pahlawan, bangun berucap dan jawab, bukan berselindung di balik meja," katanya.
Anwar sempat berseloroh sambil berkata: "Perangai macam tu hodoh, kalau benar-benar pendekar yang mulia lagi amin, bangunlah jawab."
Kata-kata Anwar itu menyebabkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mencelah: "Yang itu sudah Yang Dipertua...dan cuma satu-satunya."
Celahan Pandikar Amin itu mengundang tawa ahli-ahli Dewan.
Penulis buku politik terkenal, SH Alattas, mempersoalkan kenapakan majalah Yahudi, Newsweek memilik tajuk "Anwar Pulang Dari Neraka" : ‘To Hell And Back’ Anwar Ibrahim was Asia’s most celebrated young leader before he was sent to jail. Now, he has a second chance. - Newsweek. Klik di sini
Dunia Muslim-Barat berpecah dalam fikiran Anwar
Oleh Thomas Fuller
MUNICH : Semasa dia diyakini, seorang timbalan perdana menteri yang sering melawat ke seluruh dunia, Anwar Ibrahim sentiasa dipanggil wajah baru Islam moden. Sekarang setelah 6 tahun di penjara – dan pembebasannya yang tidak dijangka pada Khamis – dengan lemah,suara yang perlahan, membongkok di atas kerusi, tetapi Islam dan tempatnya di dunia masih menjadi keinginannya untuk berbicara.
Dia menghabiskan kebanyakan masanya di penjara, dia berkata, merenung pemisahan antara dunia Islam dan Judeo(Yahudi)-Christian, jurang yang semakin luas sewaktu dia dipenjarakan, dan dia yakin bahawa kedua-dua belah pihak perlu berubah.
Dia bercakap sewaktu temu ramah selama sejam setengah di bilik hotelnya di sini pada malam Ahad, tidak jauh dari klinik di mana dia menjalani pembedahan pada Isnin kerana sakit belakang.
Dia mendapat kritikan keras daripada pemimpin moden Islam, dan juga rayuan untuk lebih memahami daripada ramai rakannya di Barat.
Osama ben Laden dan Saddam Hussein menjadi mangsa pertama kecaman Anwar yang dianggap teroris pegebom bangunan WTC, 11 September 2001. Kecamannya dalam Majalah TIME dan Majalah International Herald Tribune, New York, 2001. Beliau menulis mengecam kedua-dua tokoh Islam ini ketika masih di penjara Sungai Buloh.
"Muslim adalah hipokrit kerana berdiam diri mengenai kekejaman Saddam Hussein di Iraq, dan dalam bersungut mengenai pengaruh Amerika di dunia tetapi mengabaikan masalah mereka sendiri", katanya.
“Ini merupakan satu kegagalan Muslim yang paling besar pada ketika ini,” katanya.
“Anda tidak perlu menjadi pemimpin yang dipercayai, anda tidak ada suara hati yang sebenar.”
Muslim tidak pernah menyalahkan diri mereka sendiri untuk masalah mereka, katanya.
“Ianya Amerika dan Yahudi dan Kristian,” dia berkata. “Kami masih berada dalam keadaan menafikan.”
"Begitu juga, walaupun, Amerika Syarikat dan negara Barat yang lain mesti memahami punca keganasan", katanya.
“Perang keganasan adalah perang hati dan minda,” katanya.
“Pertama sekali anda mesti berhadapan dan memberitahu kepada Muslim dan mencabar mereka sama ada masyarakat yang tidak mempunyai prinsip- prinsip seperti demokrasi, masyarakat yang bertamadun dan toleransi adalah dibenarkan Islam.”
Kelihatan penat, dan hanya menunjukkan sedikit karisma yang dimilikinya semasa memegang kuasa di dalam kerajaan, Anwar tersekat-sekat dalam menyebut beberapa nama yang dikenalinya, dan dia dilihat senang untuk mengingati kembali peraturan penjara Malaysia daripada ketokohannya di masa lalu.
Dia memakai selipar hotel dan penyokong belakang, gambaran seorang lelaki yang pada 6tahun lepas memimpin 50,000 penunjuk perasaan di tengah-tengah Kuala Lumpur yang merupakan demonstrasi anti-kerajaan terbesar dalam sejarah Malaysia.
Dia masih menghadapi kesulitan untuk melaksanakan perubahan yang menyebabkan kerajaan Malaysia memenjarakannya dia atas ancaman keselamatan 6 tahun yang lalu dan kemudiannya menuduhnya dengan liwat. Anwar telah lama menyatakan bahawa tuduhan liwat merupakan salah satu bahagian dalam konspirasi terhadapnya selepas dia dipecat daripada kerajaan.
"Malaysia pada hari ini perlu bekerja keras untuk menjadi suara yang liberal dalam dunia Islam", kata Anwar.
“Ia tidak lagi boleh menjadi negara agama,” dia berkata mengenai negara yang mempunyai populasi 60 peratus Muslim.
Dia memuji janji kepada lebih keterbukaan oleh Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Badawi, yang mengambil alih kuasa daripada Mahathir bin Mohamad, perdana menteri yang telah lama berkhidmat dan juga yang memecat Anwar.
“Saya tidak menidakkan kemungkinan untuk menyokong apa-apa perubahan dasar yang positif yang telah dimulakan oleh Abdullah,” kata Anwar.
Ditanya sama ada dia mengetepikan untuk menyertai parti pemerintah, dia memilih perkataan yang berhati-hati.
“Untuk sekarang,” katanya. “Saya tidak memberikan sebarang perhatian yang serius terhadap perkara tersebut.”
Sehingga kini banyak soalan masih menjadi tanda tanya sama ada Anwar mempertimbangkan untuk kembali semula ke dalam politik.
Bolehkah dia membuang imej sesumpah politik yang bercakap mengenai toleransi dan demokrasi kepada hadirin Barat dan undang-undang Islam yang lebih ketat kepada pengikut Melayu?
Apakah dia menjadikan kritikan terhadap rasuah dan pemerintahan kuku besi sebagai asas karier politiknya pada masa hadapan sedangkan pada suatu ketika dulu dia berasa senang untuk menjadi sebahagian daripada sistem tersebut?
Anwar berkata, dia akan kembali kepada politik, dan barangkali berhadapan dengan soalan-soalan tersebut, hanya selepas dia menjalani pembedahan dan sembuh.
Sedang dia berehat di bilik hotelnya, lengannya kelihatan lemah dan pucat, mukanya kurus kering, rambutnya semakin menipis dan janggutnya sejemput itu semakin beruban.
Dia berkata kecederaan belakangnya disebabkan pada 1998 di mana dia dipukul oleh ketua polis pada ketika itu, Abdul Rahim Noor.
Pertemuan bersejarah Anwar Ibrahim, Gus Dur dan Paul Wolfowitz di Munich, Jerman, pada 2004, sebaik sahaja Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh.
Sejak pembebasannya, dia telah menerima bayak panggilan telefon yang bertali arus, daripada pelbagai kumpulan rakan dan kenalan, katanya. Antara mereka adalah Paul Wolfowitz, timbalan setiausaha pertahanan Amerika , Paul Martin, Perdana Menteri Kanada, Abdullah Gul, Menteri Luar Turki, dan Abdurrahman Wahid, bekas Presiden Indonesia.
Cythia Gabriel (Pengarah Eksekutif SUARAM - tajaan NED), Sivarasa Rasiah (Naib Presiden PKR), Nurul Izzah dan wakil Madeline Al Bright di KLIA.
Nurul Izzah Anwar di Konvensyen Demokratik di Boston
Nurul Izzah dan Mary Robinson. Mary Robinson bekas Presiden Ireland banyak membantu Anwar menjalankan kempen di peringkat antarabangsa terutamanya ketika beliau memegang jawatan Amnesty International. Robinson juga penasihat untuk untuk kempen Homosexual Law Reform bersama David Norris di Kolej Triniti
Semasa dipenjarakan, keluarganya masih menghubungi ahli politik Barat yang menyokongnya. Madeleine Albright, yang merupakan Setiausaha Negara Amerika telah bercakap mengenai Anwar yang dipenjarakan, menjemput salah seorang anak perempuannya (Nurul Izzah) untuk menjadi pemerhati di Konvensyen Demokratik di Boston pada Julai.
Anwar bercakap mengenai kehidupannya di penjara, bilik sel yang kecil, rutin hariannya dan jadual membaca yang ketat. Dia menceritakan mengenai bagaimana keluarganya dan peguamnya menyeludup durian, buah tropika yang mempunyai bau yang sangat tajam, ke dalam selnya.
Katanya sel tersebut merupakan 6 kaki kali 12 kaki, atau lebih kurang 1.8 meter kali 3.6 meter, dan terdapat sebuah katil, sebuah kerusi dan satu kamera video pengawasan.
Setiap pagi dia akan bangun di antara jam 4:30 dan 5:30 dan tidur selepas tengah malam. Pada siang hari dia membaca campuran karya non-fiksyen klasik dan kontemporari.
“Saya menghabiskan keseluruhan koleksi Shakespeare sebanyak 4 kali,” katanya.
Rakannya menghantar buku dan seseorang memberikannya senaskhah majalah The New Yorker. Dia membaca pelbagai buku dipilih atau diperoleh yang terbaik daripada berbagai-bagai sumber yg berlainan dan berkaitan dengan perbandingan agama dan klasik China, dan juga karya non-fiksyen kontemporari seperti Thomas Friedman's "The Lexus and the Olive Tree."
Semasa 6 tahun pemenjaraannya dia kadang kala mengikuti perkembangan dunia luar dengan berbual-bual pendek dengan pengawal penjara.
Dia pertama kali mendengar mengenai 11 September 2001, serangan pengganas, apabila seorang atendan penjara menyebut sesuatu mengenai pengeboman menara di New York.
Tetapi dia belum melihat rakaman video pesawat menyerang bangunan-bangunan. Televisyen, dan juga telefon, Internet dan lawatan daripada sesiapa yang bukan ahli keluarga terdekat dan peguamnya, dilarang di penjara.
“Saya tidak menonton televisyen selama 6 tahun,” kata Anwar.
Dia memberitahu isterinya, Azizah, untuk menyusun satu simpanan pita video.
“Saya kata, ‘Terdapat beberapa perkara yang saya perlu lihat : video 11 September , rakaman ketika saya ditahan, dan sudah tentu bahang 9/11. Ini semua merupakan keutamaan.”
Nota : Nota : AIDC menterjemah artikel tulisan Thomas Fuller dari International Herald Tribune, 7 September 2004. Artikel asal bertajuk, "Muslim-West divide is on Anwar's mind : Return of a Malaysian". Klik di sini dan di sini.
Bila kita browsing sebuah website www.peres-center.org, lalu klik about us, tak lama akan tampil di layar monitor senarai nama pendiri Shimon Peres Foundation. Di urutan kelima dari baris terbawah tertera nama, Abdurrahman Wahid. Maka tak heran jika ulang tahun Israel yang ke 60 Shimon Peres mengundang Gus Dur untuk menghadiri perhelatan akbar ini. Sederet nama tersohor tercatat dalam daftar undangan, mulai dari George W Bush, Tony Blair, Mikhail Gorbachev, Henry Kissinger, Ruppet Murdoch hingga Barbra Streisand.
Topik perhelatan kali ini adalah, “Kontribusi Israel untuk kemanusiaan.”
Sebelum melakukan perjalanannya ke Israel, terlebih dahulu mantan ketua PB NU ini terbang ke Amerika Serikat untuk menerima tiga penghargaan. Antara lain dari Simon Wiethemthal Center yang berkedudukan di New York atas kontribusinya dalam Human Right Prevention, penghargaan dari Mebel Valor di Los Angeles berkat jasanya membela kaum minoritas sekaligus meresmikan Abdurrahman Wahid Building di University of California, serta anugerah sebagai tokoh lintas agama dan kepala bidang studi Islam yang diberikan oleh George Washington University.
Kepada wartawan Gus Dur mengatakan, Peres mengundangnya ke Israel dan ia berharap agar berangkat dan kembali dengan selamat.
Masih dalam hitungan minggu, tibanya kembali Gus Dur di tanah air sudah menggulirkan sensasi. Ketua Umum Dewan Syuro PB NU ini mengecam keras aksi penyerbuan yang dituduhkan telah dilakukan Front Pembela Islam (FPI) terhadap Aliansi Kebangsaan untuk Kebebasan Beragama dan Berkeyakinan. (AKKBB). Gus Dur menuntut aparat penegak hukum untuk membubarkan Front Pembela Islam.
Peristiwa demi peristiwa berkelindan silih berganti. Penodaan terhadap agama dibela. Penginjak-injakkan iman dan keyakinan didukung demi kebebasan beragama yang sudah dijamin konstitusi. Akidah yang salah dilindungi hanya semata atas nama Hak Asasi Manusia. Tak berlebihan bila akhirnya muncul sejumlah opini, bahwa tentakel Zionis makin menggurita dan membidani segenap peristiwa yang tercatat dalam sejarah manusia.
Dalam menancapkan kukukuku pengaruhnya, Zionis aktif melakukan persekutuan baik dengan kaum Kristen fundamental maupun dengan umat Islam yang berpaham liberal. Politikus, birokrat hingga para intelektual banyak yang telah terperangkap dan akhirnya terjerat konspirasi dengan Zionis untuk berbagai kepentingan.
Sejak masih menjabat sebagai Presiden RI, Gus Dur telah membangun poros Jakarta-Israel. Kendati menuai badai protes. Abdurrahman Wahid tetap melenggang, mengukuhkan hubungannya dengan Zionis Israel. Situasi makin memanas ketika Rauven Horesh yang saat itu menjabat sebagai Menteri Perdagangan dan Industri Israel berkunjung ke Jakarta menemui Gus Dur.
Lewat mereka gagasan liberal berkembang dan merebak subur di Indonesia. Dan Gus Dur memang sejak awal telah menjadi tokoh penuh kontroversi. la pernah mengatakan bahwa al-Qur’an kitab paling porno sedunia, menggulirkan ide pembubaran MUI, penolakan RUUAPP, gugatannya terhadap KPU, pembelaannya pada Ahmadiyah.
Gus Dur sering menyuarakan pernyataan yang dinilai sangat memojokkan Islam. Ketika mengunjungi Institut Mahatma Gandhi di Bali, ia mengatakan, “Saya menjadi seorang Muslim yang juga menganut paham Mahatma Gandhi. Semua agama itu sama. Di Islampun banyak orang berkelahi karena agama.”
Jadi jelas, umat Islam harus bersatu padu, meluruskan shaf, merapatkan barisan serta bergandengan tangan sehingga melahirkan kekuatan yang tak terkalahkan dalam membendung musuh-musuh Islam. Tapi sebelum kita membendung virus liberal yang aktif bertebaran, ada baiknya melakukan riset, penelitian, kajian, serta menggali data tentang seluk beluk kaum ini.
Bagaimana Islam akan berjaya bila umatnya masih banyak yang mengalami distorsi pemikiran. Sejatinya, Islamisasi ilmu merupakan tonggak untuk menciptakan umat yang berwibawa dan berperadaban di tengah hegemoni sekular liberal. Seandainya hal itu terealisasi, Insya Allah tak akan ada infiltrasi serta konspirasi dari pihak manapun yang berpotensi menghancur-leburkan persatuan umat.
Akhirul kalam, perlu kita renungkan kembali firman Allah,
“Orangorang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong"
Umat Islam, jangan terpedaya! Kaum Yahudi Zionis tak akan pernah tinggal diam menebar jala menjerat umat agar senantiasa mengabdi demi hajat sang durjana.
Wallahu A’lam bi Shawab.
Sumber : Majalah Islam, Salibi - Membela Sang Pembela No.25 THXV 26 JUNI 2008/22 Jumadil Ahkir 1429
Saya hanya seorang pengarang. Ini pandangan saya. Seorang pengarang.
Mula-mula terima babi, akhirnya PAS akan memperakukan Lina Joy. Saya akan beritahu anda bagaimana ini bakal berlaku. Sila bersabar.
Ini pandangan saya. Seorang pengarang kecil. Bahasa politik melibatkan apa yang dinamai orang Jerman sebagai machtvorming iaitu menghimpun kekuasaan, dan machtaanwending iaitu menggunakan kekuasaan. Nah, suka? Saya juga boleh menggunakan jargon-jargon hebat dalam bahasa Jerman seperti Anwar Ibrahim, memandangkan seluruh dunia termasuk Jerusalem Post memuji beliau, maka saya wajar menjadikan beliau contoh. Sekadar contoh. Saya boleh membawa contoh pengguna jargon politik seperti pencipta kata 'glokal', tetapi macam tak relevan. Saya juga boleh menggunakan jargon bahasa Turki kalau mahu, tetapi ya, saya bukan orang politik.
Oleh kerana bahasa politik adalah menghimpun kekuasaan maka di Indonesia, sempena majlis memperingati 100 tahun Hamka saya boleh berkata begini, “Buku Buya Hamka, Tafsir Al Azhar menemani saya selama dua kali di penjara”.
Kemudian kerana saya lebih sastera daripada seluruh orang sastera di dunia ini saya akan berpesan pula dengan penuh kekudusan “Sastra itu baik, dan harus dimulai dari kecil.”
Hebat bukan cara saya memuja ulama besar Indonesia, Profesor Haji Abdul Malik Karim Amrullah alias Buya Hamka? (sila lihat TEMPO Interaktif Rabu, 09 April 2008). Saya beri saudara apa yang saudara mahu, saudara mahu Islam dan ulama? Saya beri. Dengan jargon hebat yang melongokan. Disuntik sedikit emosi: arghhh hari-hari lampau yang menyedihkan itu...
Jua oleh kerana bahasa politik ialah menggunakan kekuasaan, saya akan berkata begini pula di khalayak yang lain, katakanlah di Australia: “I see Shakespeare as a major figure of international and humanitarian dimension. In the solitude of my prison cell clearly Shakespeare appeared to me as a brilliant genius of all times and for all cultures. I am in debt to Shakespeare in that sense because I was able to fly away from that small constraint of those four walls during incarceration to become this major spectator of this classic work of that great genius.”
Begitu lah bunyi 'keynote di VIII World Shakespeare Congress' (Rujuk The VIII World Shakespeare Congress, Brisbane City Hall, July 16-21 2006)
Suka bukan? Kerana saudara mahu Barat, saya beri saudara seorang tokoh jenius Barat. Dan untuk lebih membikin hati sayu, saya suntik sedikit kesyahduan untuk membangkitkan keterharuan.
Latar sama. Tapi tema lain-lain. Bergantung apa yang saudara mahu dengar.
Begitulah bahasa yang saya gunakan. Orang akan terpana. Begitu bahasa politik. Untuk khalayak berbeza saya akan 'temberang' beza.
Bahasa politik beginilah yang akan memperdayakan PAS untuk mula-mula mempertahankan babi, akhirnya ya siapa tahu mungkin Salman Rushdie, opsss silap...Lina Joy. Bagaimana?
Bahasa politik. Ia adalah permainan politik. Lebih pragmatik bahasa itu, lebih indah karya seni itu. Dan lebih memukau pembaca. Lebih mempersona penganalisis. Rakyat? Damn you rakyat.
Apa yang telah berlaku selepas PRU 12? Penghargaan.
Begini, untuk memberi penghargaan dan ucapan terima kasih, kita mesti mendahulukan yang telah 'memberi', yakni yang telah meletakkan kita di 'tempat kekuasaan' (walaupun kata Fran, sekadar di pinggiran). Pengundi, dan 'big boss' yang 'memberi' ini harus diberi hadiah.
Perak telah beri. Pulau Pinang telah beri. Kemudian giliran Selangor.
Saya tidak kata salah hal ladang babi itu. Tidak salah, tambah-tambah kalau betul caranya. Pengikut Theresa Kok makan babi tiga ekor dalam kenduri kemenangan mereka pun saya tak marah. Makanlah. Makan sampai tercekik dan senak pun saya tak larang. Siapa pula marah. Siapalah saya. Harakah dan Timbalan Presiden PAS pun sokong ladang babi. Sampai sanggup pekak telinga rungutan dan rasa marah jijik PAS kawasan Sepang.
Bukan begitu Dr Halimah? Tak akan tak ada muslimat Sepang bisik-bisik? Bohonglah kalau tak ada.
Oleh kerana kita bersungguh-sungguh mahu 'mendahulukan' kepentingan mereka, kita telah mengajar mereka ini mua. Tahu mua? Buka kamus. Lagipun blog ini temanya 'sastera'.
Kemudian setelah babi, beri betis hendak paha tentunya. Akan ada permintaan lain. Itu ini. Atas nama hak asasi maka akan masuk gereja untuk memberitahu, ya ini hak asasi. Kita pun mahukan kesamarataan. Mahu guna perkataan Allah di gereja? Sila...lagipun ini sekadar bahasa. Kebetulan kata Tuhan dalam bahasa Arab itu Allah.
Tak salah masuk gereja. Siapa kata salah. Sebelum think tank PAS masuk gereja saya dah terlebih dahulu masuk. Di Jerman dulu saya masuk gereja. Bukan gereja biasa tapi gereja Dr Luther. Saya mahu memahami pertelingkahan Protestan dan Katholik. Saya keluar masuk gereja di Munster. Kemudian, saya tulis Tuhan Manusia. Saya beritahu pembaca yang Protestan mula-mula moderat, atau liberalis kemudian jadi esktrimis. George Bush itu Protestan. Paul Wolfowitz sang neo-con Protestan ke? Saya tak pasti.
Boleh tanya Timbalan Presiden PAS, dia dokong ladang babi Sepang. Mungkin dia akan dokong juga Wolfowitz dengan agenda ekonomi US supremacy. Kenapa? Sebab itu bahasa politik si 'dia'. Jaga hati ketua, beri wala' kepada sang strategis yang memungkinkan semua ini, bukankah afdhal?
Kita utamakan kepentingan mereka dahulu. Kepentingan orang Islam? Ala, kemudianlah. Macam-macam alasan diberi. Maka PAS pun terperangkap. Kasihan Halimah Ali, masuk PAS lalu jadi exco, lalu jadi pembela babi. Tentu dia tak dapat tidur malam.
PAS terperangkap dalam jerat hak asasi, kesemarataan, atau hadiah pemberian. Rai dan rai dan rai segala keraian. Jangan bimbang, atas nama menjaga kesemarataan, atas nama harapan baru, dan berkebajikan maka mungkin Lina Joy yang lain pun kita dapat raikan. Lina Joy yang hari tu dah end of the story. Tambah-tambah alasan hak asasi itu akan jadi lebih berkesan dan munasabah kalau 'si pengguna jargon politik' datang dan temberang, PAS pun malu alah. PAS pun segan. Maklum, dapat kuasa sedikit-sedikit ini pun kerana pakatan sama-sama.
Bahasa politik. Celaka. Sungguh celaka bahasa politik ini tuan-tuan. Dengan bahasa politik kelak, tuan-tuan akan mengkhianati kata hati tuan-tuan (meski tuan-tuan tahu kebenaran entri saya ini) dengan alasan seperti; satu - 'ala ft cuma novelis, dia bukan tahu apa' atau dua - 'ala budak tu pelik, dia asyik kata nak ikut ahlul bait' atau macam-macam lagi bentuk diskredit lain. Bahasa politik sentiasa celaka. Teman saya seorang pomen kereta kata, 'bahasa politik itu babi'. Bezanya pada kata-kata sahaja.
Macam beza bahasa politik untuk Majlis Silaturahim Antara Agama (IRGC) dengan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang mendapat bantahan daripada pelbagai pihak sebelum ini.
Saya janji akan selalu bangun malam dan maki hamun bahasa politik yang merebut kekuatan Islam ini dalam doa. Jangan perlekehkan doa saya. Tak percaya tanya 'lima orang ulama' itu. Mereka lebih arif, itu pun kalau mereka tak tahu malu. Kita semua tahu ke mana arah tujuan semua ini. Tak akan berhenti setakat babi. Kesamarataan ini yang Ali Taqi lawan dalam Tuhan Manusia, tetapi PAS akan menobatkan apa yang Ali Taqi lawan. Ali Taqi putus asa? Tidak.
PAS sudah kalah. Dengan melihat bahasa politik iaitu menghimpun kekuasaan dan menggunakan kekuasaan, PAS sudah tidak boleh diharap dengan FASAL 5 nya lagi. Saya pun tidak harap lagi. Meski sejak tahun 87 dulu (seperti syarat parti yakni sebaik sahaja baligh) saya tertarik dengan FASAL 5 itu. Hari ini, tahun 2008 saya tahu FASAL 5 itu hiasan sahaja. FASAL 5 sudah terkorban. Pembetulan: FASAL 5 sudah dikorban.
Kenapa sampai orang PAS kena tipu dengan bahasa politik yang cakap lain sana cakap lain sini? Satu, silibus usrah PAS sudah ketinggalan zaman. Dua, PAS memang sudah tinggalkan usrah. Boleh tanya berapa kerat cawangan yang ada usrah. Tiga, orang PAS tidak peduli falsafah. Macam post-moden, bahasa politik cakap sana lain, cakap sini lain itu ialah bahasa politik post-moden. Orang PAS yang tidak mahu berfikiran global dan asyik mencari massa secara sentimen semata-mata tak dapat menanggapi sepak terajang ala post-moden. Jadi, masuk perangkap semuanya. Dengan tok-tok guru sekali.
Memang jijik bahasa politik ini. Macam Presiden PAS, dua kali sudah saya dengar beliau mengajak ahli-ahli parlimen BN masuk Pakatan Rakyat. Katanya, mereka yang akan jadi katak lompat ini tidak akan dibayar. Fuhh, sudah pandai bahasa politik Machiavelli rupanya. Lompat parti samada berbayar atau tidak berbayar adalah keji, adalah satu korupsi. Ia salah. Yang bermaruah, beretika dan tidak keji ialah letak jawatan dan bertanding sekali lagi. Baru jantan. Aneh, ada ulama mengulang bahasa politik begini. Sudah macam watak Azman dalam drama saya, MISI. Disuruh jalan itik, dia jalan itik, disuruh menyalak, dia pun menyalak. Engku Daffa menunggang Subra, Mary dan Azman. Begitulah semuanya kena tunggang, oleh bahasa politik. Sudahnya Azman yang ingin merawat, jadi korup juga. Jadi penjenayah. Ah persis!
Siapa mengajar? Tolong jawab, siapa ajar tok guru kita jadi korup begini? Pak Syeikh mana? Abuya mana?
Mengapa orang PAS sokong korupsi ini? Ini korupsi moral dalam berpolitik. Sungguh jengkel!
Jangan bersedih. Masih ada harapan.
Saya menunggu lebih 500 orang pembeli Tuhan Manusia di Pesta Buku minggu lalu. Saya menunggu pembaca Tuhan Manusia edisi lalu. Lebih tiga ribu naskah terjual. Campur-campur, ada dalam empat ribu orang. Terima kasih. Saya tak perlu banyak. Dapat 12 orang pun jadi. Kalau lebih, bagus lagi. Mereka ini faham Ali Taqi. Mereka faham bahasa pluralisme yang digunakan oleh liberalis. Faham bahasa politik yang bak kata Ziana Zain penuh madah berhelah. Bahasa di mana di depan khalayak suka Islam adalah bahasa Hamka, dan bila bahasa depan khalayak khayal Barat adalah Shakespeare.
Yang saya tidak sangka ialah PAS membiarkan dirinya ditunggangi ke tahap ini. Membiarkan diri ditunggang atau diperbodohkan sepertinya siaran ulangan yang menimpa Masjumi, Jabhah Islam lil Inqas, Ikhwanul Muslimin dan Jamaat Islami (di mana semua gerakan Islam ini berjuang, berjuang, berjuang tetapi last-last kemenangan mereka kena 'curi'). Orang mukmin konon tak akan masuk dalam lubang yang sama dua kali. Kasihan orang PAS sudah lupa ini semua. Kerana kurangnya bahasa usrah dan tarbiyyah sejak bahasa politik mengambil tempat. Tahniahlah.
Kalau tuan-tuan dalam state of denial, tuan-tuan akan buat alasan untuk menolak kebenaran dalam entri ini. Alasan seperti, ala FT tu ikut sekian-sekian. Apa teguran saya sedikit pun tak mahu difikirkan. Sebab? Kepentingan diri. Apa lagi? Kalau nak kata kepentingan Islam, tunjuk mana Islamnya ajak lompat parti?
PAS sudah kalah dan terkehel dari jalan FASAL 5 tak apa. Nak harap ada pimpinan PAS yang berani melakukan 'syahid politik' menentang arus belum tentu. Tak apalah. Saya tahu kumpulan Ali Taqi ini akan melawan, tambah-tambah melihatkan PAS sudah kalah begini, atau mengalah begitu. Seperti Ali Taqi, protagonis Tuhan Manusia mereka akan matang cepat.
Saudara yang bijak menggunakan jargon politik, saudara ingat saya seorang?
SAUDARA, PAK SYEIKH, BIG BOSS, BRO...apa sahaja gelarnya, SAUDARA SILAP. KAMI TAK AKAN BERI SAUDARA JALAN MUDAH.
Semasa krisis 1998 dahulu.. saya amat menyokong Anwar Ibrahim!!
Pada saya.. Anwar Ibrahim nampak ‘lebai’ dan membawakan perwatakkan seorang pemimpin yang memperjuangkan Islam, hati jadi terpaut.. Malahan kami sekeluarga menyumpah-seranah kepada Mahathir kerana menzalimi Anwar. Perasaan benci itu terbawa-bawa sehingga ke tahun 2008.. apa jua cerita mengenai keburukkan Anwar saya tidak percaya. Apa jua berita dari akhbar pro-kerajaan saya tolak mentah-mentah.. apa jua pemimpin BN katakan saya pekakkan telinga..
Malahan.. sehingga ke hari ini saya masih berhati-hati untuk menerima apa jua cerita negatif tentang Anwar..
Saya meragui Anwar Ibrahim hanya 2 perkara..
1. Kenapa Anwar Ibrahim tidak mahu bersumpah ??
2. Kenapa Amerika beria-ia menyokong Anwar Ibrahim ???
———————————————————————————–
Bercerita tentang sumpah.. tidak timbul samada ianya fitnah atau tidak. Kita boleh menerima ianya satu konspirasi BN.. itu saya boleh terima, ..Saiful diupah oleh Najb pun saya boleh terima..memang boleh diterima dari segi logik akal..
Saya cuba mengguna-pakai ilmu taksir.. menilai keadaan tersebut keatas diri kita sendiri, sepertimana yang diajar oleh orang tua-tua.
Dalam realiti kehidupan.. sekiranya saya dituduh oleh seseorang bahawa saya mencuri dan si penuduh pula bersumpah mengatakan saya pencuri.. sudah tentu saya akan menafikannya, dan saya juga akan turut bersumpah demi menegakkan kebenaran diri saya.
Kalau dia tidak bersumpah.. saya pun tidaklah mahu bersumpah juga. Hal itu sekiranya terjadi kepada diri saya, orang lain saya tidak tahu..
Soal orang mahu percaya kepada orang itu atau saya.. terpulanglah.. Yang penting saya mahu memberi mesej kepada orang sekeliling, saya tidak mencuri. Kalau masih tidak berpuas hati.. kita pergi balai polis, biarlah polis yang menyiasat siapa betul atau salah..
Tetapi, saya melihat Anwar sangat payah untuk bersumpah.. suka cakap itu-ini, alih isu sana-sini. Padahal, dia disokong pula TG Nik Aziz.. seorang ulama yang saya hormati. Payah sangatkah hendak bersumpah demi meyakinkan orang-orang Islam seperti saya ini?
Habis ulama dalam dan luar negeri dibawa masuk agar beliau wajar tidak bersumpah.. padahal tidak perlu jadi begitu bercelaru hanya kerana sumpah. Kalau tak buat, nak takut apa !! Mari.. kita sama-sama buat sumpah.. kita tengok sapa yang kena nanti. Maruah diri ini penting.. apatah lagi jika dituduh minat sama kaum sejenis.
Saya pasti.. sekiranya Anwar bersumpah bersaksikan TG Nik Aziz, saya akan meyokong Anwar habis-habisan.. Saya berharap dalam hati agar Anwar melakukan sumpah juga suatu hari nanti, tetapi hampa..
Sejak dari itu.. hati saya berdesis.. ada sesuatu yang tidak kena dengan Anwar ! Saya ketika itu.. sedikit pun tidak terpengaruh dengan dakyah BN.. itu lahir dari kata hati saya sendiri, tidak terpengaruh dengan sesiapa.
————————————————————————————
Kedua, pada tahun 1998.. Al-Gore menyokong reformasi Anwar. Kerana dilambung ombak kebencian yang teramat sangat kepada Mahathir, saya mengiyakannya.. tapi terlintas juga dalam hati, kenapa Amerika tiba-tiba mahu menyokong reformasi ini ?? Padahal.. sepatutnya, Amerika juga mesti menyokong PAS.. kerana PAS juga menentang BN.
Masa itu saya boleh terima.. Mahathir dicop anti-yahudi, patutlah Amerika marah.. Saya boleh terima dari segi logik akalnya. Tak kisahlah.. itu cerita dulu.
Tahun 2008.. Amerika sokong lagi, pelik?.. Pak Lah pun anti-Yahudi juga ke?? Saya perhatikan Malaysia dah banyak juga buat bisnes dengan Israel dan Yahudi, Khairy pun baik dengan Singapura.. ‘anak emas Amerika’ di Asia Tenggara. Amerika nak marah apa lagi..
Setahu saya.. Amerika sokong Sung-Kyi di Myammar.. itu negara komunis. AS sokong Saddam lawan Iran.. itu negara Islam, AS sokong golongan demokrasi di China.. itu juga negara komunis. Begitu juga di Indonesia.. Venezuala.. Pakistan.. Iran.. Rusia..
Pendek kata.. AS sokong golongan yang memperjuangkan demokrasi di negara-negara komunis dan Islam. Negara-negara yang tidak jadi ‘pak angguk’ kepada AS..
Dari segi logik akalnya.. tentulah AS ada kepentingan atau objektif tertentu disini kerana Malaysia ini negara Islam. Soal Anwar itu agen-yahudi atau tidak.. belakang kira !! Soalnya.. kenapa AS berminat dengan Malaysia??
Minat AS bermaksud ada udang sebalik batu.. Malaysia sudah 5 orang Perdana Menteri, satu pun AS tidak sokong.. tetapi Anwar ini belum lagi jadi PM.. sudah bertubi-tubi memberikan sokongan. Kenapa AS tidak sokong Tun Ghafar Baba dulu.. kenapa tidak sokong Tg Razaleigh Hamzah.. kenapa tidak sokong Tun Musa Hitam.. mereka itu semua bukankah lawan Mahathir??
Akal saya mengatakan.. ada sesuatu yang tidak kena dengan AS ini, samada Anwar bukan sekadar sahabat AS ataupun AS mahu mempergunakan Anwar.. hati saya mula gelisah. Bukan gelisah kerana baca berita Utusan Meloya.. Berita Hairan dan sebagainya, tetapi atas logik akal memerhatikan keadaan semasa.. Kalau saya taksub kepada Anwar, mungkin saya tidak terfikir pun hal ini..
Sekiranya AS tidak bersuara menyokong Anwar.. saya berprasangka baik kepada beliau.
Akal membenarkan, hati mengiyakan.. Ulama mengatakan ‘budi’. Saya sama sekali tidak menyokong Anwar Ibrahim.. Lantaklah apa orang nak kata !! orang lain saya tidak tahu apa dia fikir.. dan saya tidak suruh pun mereka berfikir seperti saya..
Ini undi aku.. ikut suka akulah nak undi siapa.
———————————————————————————–
Hendak sokong UMNO.. BN dah teruk ! Perjuangan Pakatan Rakyat lebih terbuka dan relevan.. tetapi hanya kerana Anwar ada disitu, saya jadi teragak-agak dan terbantut untuk menyokong perjuangan mereka.. Malahan saya melompat gembira Pakatan Rakyat menang dalam PRU 12.. ketika itu Anwar tiada pun..
Kalau saya orang Cina.. mesti saya dah masuk DAP. Tetapi saya sebagai orang Melayu, cuma ada 2 pilihan.. UMNO dan PAS.
Hendak sokong PAS.. mereka bersama Anwar. Lainlah kalau PAS tidak bersama Anwar.. sudah tentu saya berdiri teguh dibelakang PAS. Harap-harapnya UMNO boleh berubah.. senanglah saya hendak membuat keputusan nanti..
Kalau UMNO tidak berubah ??.. hmm.. baik aku undi orang yang korup tetapi tidak menggadaikan agama dan negara, dari orang berselindung di sebalik agama tapi penggadai bangsa dan agama.. seperti kata Raja Petra, orang yang berselindung disebalik agama untuk menjalankan kerja-kerja gelapnya.
Wallahualam.. mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayat-Nya kepada hamba-Mu ini yang lemah lagi tidak terdaya.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen dari Sabah hari ini mengkritik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Dewan Rakyat yang dianggap seperti kereta terpakai yang kononnya masih boleh berkhidmat dan berjuang untuk rakyat di negeri itu. Salleh Kalbi (BN-Silam) berkata, Anwar yang muncul kembali di Parlimen selepas 11 tahun, sebelum ini tidak pernah memberi perhatian serius terhadap Sabah ketika beliau dalam kerajaan.
Beliau berkata, sikap prihatin terhadap Sabah yang kini ditunjukkan pemimpin pembangkang itu hanya untuk mendapatkan sokongan rakyat negeri itu.
"Ketika saya menjadi pelajar, kami pernah bertanyakan mengenai biasasiswa untuk pelajar Sabah, tapi Anwar ketika itu berkata tiada peruntukan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk pelajar Sabah," katanya ketika membahas Bajet 2009.
Beliau dengan nada sinis bertanya kepada Anwar, mengapa kini mahu menjadi hero kampung di Sabah dan Sarawak.
Salleh berkata, tindakan Anwar itu menunjukkan yang beliau seorang bersikap talam dua muka dalam mencapai cita-citanya.
Katanya, rakyat Sabah dan Sarawak sudah mengenali siapa sebenarnya Anwar dan kerana itu apabila beliau ke dua negeri itu, tiada sesiapa memberi perhatian kepadanya.
"Ketua pembangkang ini seperti kereta terpakai yang masuk ke Dewan Rakyat," katanya.
Bagaimanapun, ketika itu kedengaran suara Ahli Parlimen pembangkang mencelah dengan berkata, 'kereta terpakai tapi enjin baru'.
Kami sedang mengumpul dana untuk server AIDC blog. Sesiapa yang berminat boleh salur sumbangan anda ke no akaun BANK ISLAM - 1303 5010 0580 99 (TETUAN AIDC MANAGEMENT).