MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

18 Okt 2008

The National Endowment for Democracy(NED)


+++video ini setakat ini sahaja+++






Baca selanjutnya...

Isu lompat parti :Minggu pertama sidang Parlimen berlalu sepi



Isu lompat parti : Minggu pertama sidang Parlimen berlalu sepi


Mereka yang berminat dengan isu pembangkang nak tawan Putrajaya menerusi lompat parti Ahli Parlimen Barisan Nasional mungkin akan dapat ‘ feel ‘ suasana semasa jika berada di Parlimen sepanjang minggu lalu.

Pada waktu ada yang merasakan tentunya timbul excitement bila Dewan Rakyat mula bersidang balik pada Isnin 13 Oktober suasananya hingga ke hari Khamis bila sidang ditangguhkan untuk sambung ke minggu depan boleh kata biasa-biasa saja.

Ini mengenangkan kehangatan cerita Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Perdana Menteri supaya adakan sidang tergempar Parlimen kerana pembangkang macam dah tak sempat-sempat nak buat usul tidak percaya terhadap kerajaan atas dakwaan ‘ sudah ada jumlahnya ‘ Ahli Parlimen Barisan Nasional yang nak melompat.

Malah sebilangan pemerhati yang berkunjung ke Parlimen dan para wartawan yang membuat liputan hairan melihat senario relaks dan tak wujud keadaan resah gelisah di kalangan para Ahli Parlimen BN serta tanda-tanda red alert macam kerajaan nak terbalik bila-bila masa saja disambar oleh pembangkang.

Lebih menarik dari tinjauan Agendadaily isu lompat parti ini semacam tidak diambil peduli dan tidak diperbualkan sangat oleh kalangan ahli parlimen baik BN maupun pembangkang.

“Hairan juga tengok isu yang sebelum 16 September dulu macam nak meletup dunia punya riuh dah sejuk macam tak ada apa-apa,”kata seorang aktivis politik yang dua tiga kali melawat parlimen untuk melihat suasananya.

Katanya mungkin mereka yang di luar sana menduga macam-macam tetapi suasana di parlimen nyata adalah sebaliknya.

Hakikatnya kalau nak tahu isu itu tengah mengelegak atau tidak suasana di Parlimen dimana semua Ahli Parlimen berkumpul dan bersidang adalah penentu suhunya.



Apakah gambar ‘ penghulu’ Parlimen yakni Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz boleh duduk bersembang dan bergelak ketawa dengan Anwar yang juga Ketua Pembangkang sambil kena teh tarik di ruang rehat para Ahli Parlimen petang Khamis ini dapat memberi indikasi kepada senario itu.

Turut sama menyertai mereka ialah ahli Majlis Tertinggi UMNO yang bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik yang datang melawat beberapa rakan di Parlimen petang itu.

Lain-lain yang ada di situ ialah Ahli Parlimen PKR Machang Saifuddin Nasution dan Ahli Parlimen PKR Subang N Sivarasah dan Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali- 17/10/2008

sumber - Agendadaily.com


Baca selanjutnya...

Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasat Anwar



Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasat Anwar


1. Memandangkan Anwar Ibrahim mendakwa, beliau bakal mengambilalih jawatan PM sebelum hari raya Aidil Adha ini, maka wajar Suruhanjaya Diraja dibentuk untuk menyiasat sejauh manakah kebenaran dakwan bekas pembantunya, Saiful Bukhari bahawa dia diliwat.

2. Rakyat perlu kesahihan dakwaan ini dahulu, sebelum Anwar benar - benar layak mancalonkan diri sebagai PM. Rakyat Malaysia mahukan bakal PM mereka yang bersih daripada tuduhan liwat, kerana Malaysia yang agama rasminya Islam, tidak mahu berketuakan pemimpin yang didakwa sebagai gay. Bersihkan tuduhan ini dahulu sebelum layak dicalonkan sebagai PM.

3. Memandangkan Saiful Bukhari telah bersumpah dengan lafaz 'wallahi, wabillahi wattalahi' mengatakan dia diliwat, maka tiada kaedah lain untuk memastikan sumpah laknat Saiful tidak benar, kecuali Anwar juga turut bersumpah dengan kalimah yang sama untuk menafikannya.

4. Memandangkan keputusan Mahkamah Sekyen, Jalan Duta, sentiasa menangguhkan perbicaraan kes liwat Anwar yang masih di peringkat asas iaitu menentukan status mahkamah manakah Anwar patut dibicarakan menyebabkan rakyat ternanti-nanti sejauh manakah kebenaran tuduhan itu.

5. Justeru itu, memandangkan Anwar menawarkan diri menjadi PM sebelum Aidil Adha, tetapi dalam masa yang sama Anwar menghadapi tuduhan liwat; Saiful Bukhari telah bersumpah dengan nama Allah, tetapi Anwar enggan bersumpah; Mahkamah Seksyen terpaksa ditunda-tunda dalam jangka masa lama, maka tiada cara lain yang lebih sesuai dicadangkan kecuali menubuhkan Suruhanjaya Diaraja.

6. Dengan adanya Suruhanjaya Diraja menyiasat kebenaran Saiful diliwat, akan mempercepatkan proses penghakiman dan mengetahui status kebersihan rekod peribadi Anwar.

7. Laporan Suruhanjaya Diraja yang telah diberi jangka masa luput siasatan itu jalan penyelesaian terbaik untuk mengetahui status keperibadian Anwar.

8. Selepas hasil siasatan dikeluarkan, barulah rakyat boleh menentukan Anwar layak atau tidak dicalonkan sebagai PM.

AIDC
18 Oktober 2008



Baca selanjutnya...

Ahli PKR dihadap atas dakwaan rasuah seks

Fairul Azrim Ismail dibawa oleh anggota polis selepas didakwa atas tuduhan rasuah seks di Mahkamah Sesyen di Ipoh, semalam. - Gambar HANAFI KHAMIS, Utusan Malaysia


Ahli PKR dihadap atas dakwaan rasuah seks


IPOH 17 Okt. – Seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sebelum ini mengaku mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita China dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana didakwa melakukan perbuatan tersebut secara rasuah.

Tertuduh, Fairul Azrim Ismail, 30, didakwa menerima daripada Mohamad Imran Abdullah suapan wanita tersebut bagi tujuan mengadakan hubungan seks.


Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada 14 Ogos lalu kira-kira pukul 8.10 malam di No. 401, Tingkat 4, Sri Sayang Apartmen (Seaview Agency), Jalan Batu Feringgi, Pulau Pinang.

Suapan seks itu adalah sebagai dorongan kepada tertuduh yang merupakan seorang kontraktor bagi membantu Mohamad Imran mendapatkan satu projek iaitu cadangan membangunkan tanah seluas 36.42 hektar bernilai RM180 juta di pusat bandar Seri Iskandar dekat sini secara usaha sama dengan Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT).

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta yang sama.

Hakim Rasidah Chik yang mendengar kes tersebut kemudian membenarkan Fairul Azrim dibebaskan dengan jaminan RM3,000.

Beliau juga membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Badan Pencegah Rasuah (BPR), How Mei Ling supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen 3 Ipoh.

Langkah itu dibuat bagi membolehkan kes itu dibicarakan serentak dengan kes rasuah berkaitan membabitkan empat lagi tertuduh termasuk dua Exco Kerajaan Negeri Perak.

Selepas kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Sesyen 3, Hakim Tan Hooi Ling yang akan mendengar perbicaraan itu juga bersetuju menetapkan ia dibicara serentak dengan kes rasuah berkaitan iaitu pada 10, 11 dan 12 Februari depan.

Tertuduh diwakili peguam Mohd. Asri Othman.

Fairul Azrim pada 23 September lalu mengaku membuat hubungan seks dengan seorang wanita China dalam satu surat aduan kepada Jabatan Agama Islam Perak.

sumber - Utusan Malaysia



Baca selanjutnya...

If Anwar Ibrahim becomes the PM, disaster for Malaysia



If Anwar Ibrahim becomes the PM, disaster for Malaysia


PETALING JAYA: "If Datuk Seri Anwar Ibrahim becomes the prime minister, it will be an unmitigated disaster for Malaysia."

That was the unhesitating reply of former Parti Keadilan Nasional deputy president Prof Dr Chandra Muzaffar who broke his silence on his years as Anwar's trusted lieutenant when asked a question on the opposition Parti Keadilan Rakyat's de facto leader at a forum here yesterday.

Asked why he was breaking his silence now, Chandra said it appeared that people were being deceived by Anwar.

"It is something for which I am prepared to go on record now so that people will not be deceived," he said.

Chandra, an academician who founded the reform movement Aliran and has also previously been detained under the Internal Security Act (ISA), was among many professionals and intellectuals who formed Keadilan because they were enraged with Anwar's sacking as deputy prime minister, his beating at the hands of then Inspector-General of Police Tan Sri Rahim Noor and his subsequent charge for sodomy.


He was deputy president to Anwar's wife, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail from April 1999 until he quit over differences with the party in December 2005. He contested the 1999 general election as a Keadilan candidate but lost.

Since then, Chandra has refused to publicly state his reasons for leaving the party nor voice his differences with Anwar.

Yesterday, Chandra said that while Anwar was an engaging orator, he was now "speaking differently" from when he was in government.

Chandra said many non-Malays in the country were being gulled by Anwar's multi-ethnic stand.

"Today he is taking a totally different image and it is sad that quite a lot of non-Malays believe in this man. He is saying today that he wants to abolish the NEP (New Economic Policy) and that is music to their ears.

"We are so communal that we cannot evaluate a person objectively," said Chandra, who was one of five speakers at The Star-Asian Centre for Media Studies Public Forum on the 2008 general election held at Menara Star yesterday.

Chandra said when Anwar was education minister he had forced a change in the nomenclature from Bahasa Malaysia to Bahasa Melayu, which set back national integration.

"Tunku Abdul Rahman wanted the use of Bahasa Malaysia to bring all the communities together and he (Anwar) forced Bahasa Melayu upon the school system," he said.

The government reverted to use of the term Bahasa Malaysia last year.

"Anwar (when he was Education Minister) was also responsible for appointing non-Chinese administrators in Chinese schools, which led to a political crisis in 1987," Chandra said.

He said many people did not remember the role Anwar played in resolving the Kampung Jawa clash between the Hindus and Indian Muslims in Penang.

"He said he would make sure the temple bells would not ring in the country anymore if his dictum was not accepted," Chandra said.

Speaking about the future of Malaysia, Chandra said the most important quality of a leader in a multi-ethnic country was honesty and consistency.

"When a leader speaks on sensitive ethnic issues he must say the same thing to the non-Malays as he does to Malay audiences. You cannot play games because it is very dangerous," he said.

Chandra also said that although the Barisan Nasional was flawed, there was no other viable coalition in the country.

He recalled his "bitter experience" trying to form an opposition alliance called the Barisan Alternative comprising Pas, the DAP, Parti Keadilan and Parti Rakyat Malaysia, whereby his task was to form a Just Malaysia manifesto for the 1999 election.

"The BA did very well and it was one of the best performances by the opposition but after the election Pas decided to pursue an ultraconservative Islam in Terengganu and this made it difficult for us.

"The DAP emphasised an aggressive type of secularism which does not understand the role of religion in the country. A deep chasm developed and the opposition could not hold a middle ground and I don't think they can for many, many years," Chandra said.

source - warong-kopi.blogspot.com


Baca selanjutnya...

17 Okt 2008

Strategi Anwar nak jadi PM


+++video setakat ini sahaja+++






Baca selanjutnya...

Raja-Raja Melayu bersuara, apa Anwar nak kata?



Raja-Raja Melayu bersuara, apa Anwar nak kata?


Dalam Malaysiakini, ada dilaporkan bahawa Raja-Raja Melayu telah berunding dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke 125 di Istana Maziah, Kuala Terengganu. Berikutan dengan perjumpaan tersebut, satu kenyataan media khas telah telah dikeluarkan. Baca kenyataan penuh di sini..

Antara intipati kenyataan media khas Raja-Raja Melayu :-

1) “Raja-Raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.”

Ampun Tuanku.. apa kata YB Anwar dan YB Teresa Kok? apakah mereka ini tidak akan terasa hati dengan titah Tuanku nanti? Yang mereka sibuk-sibuk kata Melayu ini rasis apa halnya pulak? Raja-Raja Melayu sudah memberi jaminan bahawa kaum-kaum lain TIDAK DIPINGGIRKAN.


2) “Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.”

“Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.”


Ampun Tuanku.. pada siapa Tuanku ajukan kenyataan tersebut? Setahu patik, parti DAP sememangnya tidak puas hati sejak dahulu lagi kerana konsep Malaysian Malaysia tidak diterima, dan ini disuarakan dengan lantang pula oleh YB Teresa dan YB Tan Lian Hoe. Malangnya, Majlis Peguam juga cuba menjadi juara dalam undang-undang dan diiktiraf oleh DS Anwar Ibrahim.. dan sesetengah YB Pas mengangguk setuju walaupun YB Zulkifli mahu dikenakan tindakan displin kerana membantah forum tersebut.


3) “Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakarang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini. Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini.

“Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.


Ampun Tuanku.. adakah Tuanku bermaksud Anwar, Teresa Kok dan lain-lain penyokong fanatik Pakatan Rakyat itu bodoh-bodoh belaka? Tetapi patik musykil Tuanku.., kerana mereka-mereka ini mengatakan UMNO telah memanipulasikan fakta-fakta sejarah? Adakah UMNO juga telah menipu Raja-Raja Melayu dan orang Melayu sejak dahulu lagi? Masakan YB-YB Pakatan Rakyat boleh bodoh, mereka ini golongan terpelajar dari ‘oversea’ dan ramai kawan di Amerika, Turki, Dubai dan Indonesia.. Anwar kata rakyat kena lawan kerajaan dengan buat rusuhan dan demonstrasi, kalau takut.. usah bicara pasal perjuangan. Apakah Tuanku bermaksud Pilihanraya Umum itu tidak sah dan membuang masa sahaja?


4) “Justeru, adalah perlu Majlis Raja-raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain. Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai ‘Social Contract’.

‘Social Contract’ ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-Raja Melayu wajar mempertingkatkan supaya isu berkaitan ‘Social Contract’ tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.


Ampun Tuanku.. YB-YB Pakatan Rakyat mengatakan ‘Social Contract’ ini sudah lapuk dan ketinggalan zaman, malahan mereka juga mencadangkan agar Artikel 153 dirombak semula.. malahan YB Permatang Pauh juga bersetuju dan tidak membantah kata-kata mereka. Bukankah ini bertentangan dengan kenyataan Tuanku?

Apakah Tuanku bermaksud kaum-kaum lain selain kaum Melayu boleh cari makan dan mengumpulkan harta sebebas mungkin dinegara Malaysia selama ini? Apakah Tuanku bermaksud orang-orang bukan Islam bebas menganuti agama masing-masing tanpa sekatan? Tetapi kenapakah mereka kata hak-hak mencari rezeki dan beragama telah dinafikan dan disekat?

Perlukah patik berjumpa dengan YB Teresa Kok dan Bar Council untuk menyampaikan pesanan Tuanku ini?


5) “Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era pra kemerdekaan, berfikiran dalam berpandangan jauh. Raja-Raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi Raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka. Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak Kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga. Institusi Raja Berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku.

Ampun Tuanku.. parti Pakatan Rakyatkah yang membawa bersama Raja-Raja berunding dengan British untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu? Kenapakah YB-YB Pakatan Rakyat berkata UMNO telah menipu rakyat tentang fakta kemerdekaan? Mereka mendakwa Parti Komunis juga berjuang untuk kemerdekaan negara, adakah ini benar Tuanku?

Ampun sekali lagi Tuanku.. apakah tindakan Anwar cuba menjadi PM Malaysia dengan main lompat-lompat tanpa pilihanraya umum mendapat perkenan Tuanku? Apakah Tuanku sudah memberi perkenan kepada Anwar untuk memberi tarikh 16 Sept, 1 Okt dan 31 Dis untuk beliau menjadi PM? Apakah Tuanku sudah memberi ‘lampu hijau’ secara berahsia atau melalui isyarat ‘kenyit mata’ agar Anwar dilantik sebagai PM? Patik musykil Tuanku, kerana YB-YB Pas sudah yakin dan mendakwa sudah mendapat persetujuan Istana.. mereka-mereka ini lebai, masakan mereka mahu bercakap bohong?


6) “Majlis Raja-Raja juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok”.

Ampun Tuanku.. YB-YB Pas kata UMNO ini parti kafir dan sekular, kerana itulah jamuan makan UMNO tidak boleh dihadiri kerana haiwan sembelihan mereka tidak sah dan juga melalui sumber rasuah. YB-YB Pas juga mendakwa hanya mereka Melayu-Islam yang sejati. Orang lain tidak pandai sembahyang, berzikir dan berbuat baik kerana tidak selari dengan Islam acuan Pas. Mereka rela bekerjasama dengan syaitan dari UMNO, kerana UMNO akan masuk neraka dan mereka akan masuk syurga kerana pangkah PAS. Mereka juga kata Majlis Ulama dalam UMNO tidak relevan, hanya mereka sahaja yang berhak memperjuangkan Islam.


Apakah Allah memandang parti atau ketakwaan peribadi untuk diletakkan dalam timbangan di akhirat, Tuanku? YB-YB Pas juga pandai ‘makan komisen’, tebang balak untuk dijual, memohon tanah-tanah anugerah kerajaan untuk harta peribadi dan ada sikit kroni-kroni.. apakah mereka ini ‘maksum’, Tuanku?


7) “Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.”

“Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara.”


Ampun Tuanku.. patik tak puas hati lagi. YB PR kata Artikel 153 telah menghakis hak-hak mereka, mereka telah dinafikan untuk mencari rezeki.. dinafikan menganut agama masing-masing.. dinafikan mengumpul harta.. dinafikan kebebasan mengamalkan budaya nenek-moyang.. dan lain-lain, sehingga mereka mengatakan kerajaan membuat dasar kepupusan etnik mereka secara terancang. Ada pula YB PR yang beroleh keistimewaan dari artikel tersebut sudah bosan dan bersetuju artikel tersebut dirombak.

(Termenung) Ooo.. fahamlah patik Tuanku..

Rupa-rupanya Pakatan Rakyat tidak berjuang untuk mengekalkan prinsip dan sejarah kemerdekaan Tanah Melayu. Mereka sudah ‘open-minded’ dan moden, kerana itulah Artikel 153 sudah dianggap lapok dan ketinggalan zaman. Fahamlah patik kenapa mereka suka mencaci-maki kerajaan kerana mereka sudah ‘advance’ dan orang lain itu bodoh dan tidak betul. Hanya mereka yang pandai berfikir dan betul belaka..

Fahamlah patik.. rupa-rupanya kaum Cina dan India sebenarnya telah memperolehi kebebasan sewajarnya untuk bersama-sama menjadi warga Malaysia, apa yang diperlukan ialah sedikit hormat, kesabaran, pengorbanan dan toleransi kepada kaum Melayu kerana Melayu agak ketinggalan dalam serba-serbi bidang hasil dari penjajahan British dahulu. Mereka boleh memperjuangkan nasib kaum masing-masing mengikut saluran masing-masing dengan berhemah dan patuh kepada perlembagaan dan peraturan.

Fahamlah patik Tuanku.. Melayu harus bersatu-padu dan tolong-menolong antara satu sama lain tanpa mengira ideologi politik dan mahu menunjuk pandai berhujah isu agama. Melayu yang kaya harus menolong Melayu yang miskin, Melayu yang bodoh wajib menimba ilmu sedaya yang boleh.. Melayu juga patut menghormati perasaan kaum-kaum lain kerana mereka juga rakyat Malaysia. Melayu juga jangan lalai dengan Islam sebagai panduan hidup.

Fahamlah patik kenapa 5 pemimpin tertinggi Pas dipanggil dalam mesyuarat PR. Rupa-rupanya mereka cuma mengemas-kinikan carta organisasi dan memperkemaskan dasar parti (yang sebelum ini berterabur dan kelam-kabut), bukannya mahu mengambil-alih kerajaan.. Rupa-rupanya segala strategi dan propaganda, lompat-melompat, usul tidak percaya dan tarikh-tarikh yang ‘gempak’ dan ‘jom-heboh’ tidak membawa makna apa-apa jika tiada perkenan YDP Agung Malaysia.

Fahamlah patik.. YDP Agung hanya mahu menerima nasihat dari PM yang dilantik secara sah melalui Pilihanraya Umum sahaja !!

sumber - Cekka


Baca selanjutnya...

Cerpen Bodoh? Novel Bodoh Tetapi Pengarangnya Dipanggil 'Profound' Bagaimana?



Cerpen Bodoh? Novel Bodoh Tetapi Pengarangnya Dipanggil 'Profound' Bagaimana?


Oleh Faisal Tehrani

Nah,

Fasis, kata segelintir orang terhadap sebuah cerpen yang diakhiri dengan pembunuhan terhadap YB Josephine.

Kalau Nabi Muhammad digambarkan dalam novel sebagai orang gila yang melanggani pelacur, bagaimana? Kurang ajar dan terlaknat bukan? Elok dihukum mati bukan?

Tidakkah pengarang itu juga fasis, bodoh, keterlaluan dan membodohkan pembaca.

Sekarang, mudahkah hal ini difahami?

Nah, wajarkah dia dipanggil profound walau apa pun alasannya?

Sastera tidak boleh menyebar kebencian. Sastera harus memurnikan. Sastera harus begitu. Itulah yang Sastera Islam kemukakan tetapi bagaimana kalau ada yang mempertahankan kebencian dan kebiadaban? Tidakkah itu menjengkelkan? Dan ingatan: politikus tertakluk dalam lingkungan kemanusiaan, maka, juga jangan menyebar kebencian!

sumber - Faisal Tehrani

Artikel tulisan Faisal sebelum ini :

1. Replika Tebus Annapolis Summit?

2. 'Menjelang Hari Fitrah Mendatang, Hentikanlah Perang Propaganda Ini'

3. Politik Realisme Magis

4. Tuju Lagu Musalmah Lebar: Ikhlas Dariku (Ustaz Akil Hayy) Ditujukan Untuk Pakatan Siplis

5. Biar Saya Beritahu Anda Kenapa Tulisan Jawi Tercatat di Papan Tanda Itu..

6. Memuji Setan Sebagai 'Profound'

7. Selamat Datang ke Ipoh

8. Alas Nasi Lemak Musalmah Lebar: 'Siapa Kena Tipu?'

9. Tuan Guru Presiden Yang 'Disepit'

10. Majlis Syura: Apa Kata Muqabalah dengan Condy Rice?

11. PAS: Buang 'Nasha' atau Buang 'Orang Itu'

12. Apa kata blogger Faisal Tehrani tentang Anwar Ibrahim?




Baca selanjutnya...

Kenyataan Khas Mesyuarat Majlis Raja-raja Ke-215

KUALA TERENGGANU, 16 Okt (Bernama) -- Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 yang berlangsung di Istana Maziah di sini hari ini mengeluarkan satu kenyataan akhbar khas berhubung beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin berangakat menghadiri mesyuarat itu dengan diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mesyuarat dua hari itu yang berakhir hari ini dipengerusikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Berikut adalah salinan penuh kenyataan akhbar khas berkenaan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah hari ini.

"Kenyataan Akhbar Yang Dikeluarkan Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan.

"Raja-raja Melayu yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah berunding mengeluarkan kenyataan akhbar khas bersama pada hari ini.

"Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.

"Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.

Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak paus hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.

"Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakarang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini. Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini.

"Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.

"Justeru, adalah perlu Majlis Raja-raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain. Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Social Contract.

Social Contract ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-raja Melayu wajar mempertingkatkan supaya isu berkaitan Social Contract tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.

"Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era pra kemerdekaan, berfikiran dalam berpandangan jauh. Raja-raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi Raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka. Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak Kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga. Institusi Raja Berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku.

"Majlis Raja-raja juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok.

"Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

"Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara."

Kesemua Sultan dan Yang Dipertua Negeri menghadiri mesyuarat itu kecuali Pahang, Johor, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan.

Sultan Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Sultan Johor diwakili Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar dan Sultan Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.

Negeri Sembilan diwakili Pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Jaafar dan Perlis diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Turut hadir menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri kecuali Sarawak yang diwakili Menteri II Perancangan dan Pengurusan Sumber Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan.

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah berkata, perkara-perkara berkaitan pertahanan, keselamatan, kedudukan ekonomi negara, Biasiswa Yang diPertuan Agong termasuk cadangan pelantikan Ketua Hakim Negara Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya telah dibincangkan dalam mesyuarat itu.

sumber - bernama. com


Baca selanjutnya...

16 Okt 2008

Apabila Iraq dan Afghanistan diserang, Anwar jadi Office Boy Amerika



Apabila Iraq dan Afghanistan diserang, Anwar jadi Office Boy Amerika


Oleh AhmadHadeed, Al Muslimin

Mungkin anda mengatakan keterlaluan apabila saya berkata begitu tetapi itu lah hakikatnya. Akibat desakan hidup kerana baru keluar dari penjara akibat di fitnah, Anwar mencari kerja di Universiti America sebagai pensyarah dan mengambil bahagian dalam forum dan seminar untuk menjustifikasi dasar USA mengeksport demokrasi secara paksa ke Iraq , Afghanistan dan mengikut perancangan ke seluruh dunia ummat Islam.

Anwar begitu aktif di forum yang di sponsor oleh parti republikan dan neo con untuk menceritakan betapa teruknya dasar negara ummat Islam dan betapa perlunya democracy disebarkan ke negara ummat Islam.

Di antaranya ucapannya dalam forum anjuran Parti Republikan laknatullah di USA, President International Republican Institute Center .

Semua ini berlaku semasa USA telah kehabisan peluru untuk menjajah penduduk Islam Iraq dan Afghanistan dan yang tinggal hanya peluru perang psikologi ke atas minda ummat Islam kelas menengah dan liberal yang mungkin lebih susceptible kepada idea yang liberal.

Sekarang Anwar berada di Malaysia namun laras bahasanya berbalut sedikit supaya tidak nampak sangat beliau adalah sealiran dengan kawan kawannya di America. Mungkin di Malaysia Anwar telah menemui troskyte dan neo con tempatan yang sudah begitu tidak puas hati dengan apa yang ada di bumi Ummat Islam Malaysia.

Rencana ini ditulis supaya kita mengenal dengan sebenarnya bakal PM yang bercita cita untuk berfungsi bila bila masa lagi.

Dibawah ini ucapan President International Republican Institute Center for the Study of Islam & Democracy mengalu alukan pembentang kertas kerja Anwar Ibrahim dalam forum yang sama sebagai tetamu kehormat :

Democracy in the Muslim World: Achievements and the Road Ahead By Lorne Craner, President International Republican Institute Center for the Study of Islam & Democracy Sixth Annual Conference April, 22, 2005


I want to start by saying thank you to Radwan and to the Center for the Study of Islam and Democracy (CSID), and to let you all know that it has always been a pleasure to be associated with you and your very fine work. I very much appreciate the opportunity to speak again this evening.

I say again because two years ago, when I was assistant secretary of state for democracy, human rights and labor, I had the pleasure of addressing this conference. I then had the honor of being on the same platform as Saad Edin Ibrahim.

Tonight, I am on the same platform as Anwar Ibrahim. The best part of being in my line of work is the people you get to meet, the heroes of our time.

Anwar Ibrahim is a hero of our time. I also have the pleasure this evening of following Gretchen Birkle. Gretchen and I have had the opportunity now to work together twice, first at the International Republican Institute (IRI) and then at the State Department.

You will not find a more intelligent or passionate advocate for democracy than Gretchen. And if you doubt that change is possible, speak to Gretchen, who labored for many years to bring democracy to Ukraine. I would follow Gretchen anywhere.

When I spoke before you two years ago, it was a very different time. In early 2003, those of us who believed freedom and democracy could come to the Muslim world were regarded as an oddity, and we were still trying to justify our point of view.

There was a ferocious debate, from Washington to the Middle East, about the compatibility of Islam and democracy. There was little reason to be optimistic about the Israeli-Palestinian conflict.

Many people said our invasion of Iraq had so damaged America’s reputation that Washington’s talk of human rights actually hurt the cause. Even aside from Iraq, skepticism about the U.S. commitment to promoting democracy and human rights in the Muslim world was widespread.

In my May 2003 speech, I said that Washington’s policy change favoring human rights and democracy in the region was not a passing fad, that we would remain committed.

To those who doubted the compatibility of Islam and democracy, I recalled how, in Latin America and Central Europe and Asia and elsewhere, we who believed in democracy faced great skepticism from “regional experts” who told us, “it [democracy] can’t happen here.”

Well, anyone who still believes democracy can’t happen in the Middle East has been asleep these past two years. Tonight, I want to note briefly some of important events, achievements, since my last speech before you. I’m not going to talk as a triumphalist, because we have a long way to go. So I also want to talk about what I think needs to be emphasized on the road ahead.

Nota : Al Muslimin adalah NGO Islam - Membela Ummah dan Mustadafeen. Laman Web Al Muslimin adalah portal berita dan komunikasi untuk membincangkan isu berkaitan ummah dan mustadafeen. Matlamat kami ia penyatuan ummah dan menegakkan kebenaran Islam. Al Muslimin juga adalah tempat pertemuan Ummah di alam cyber untuk meningkatkan ukhwah Islamiyah.


sumber - Al Muslimin



Baca artikel lain tulisan AhmadHadeed :

1. Persepsi terhadap Anwar 10 tahun dahulu

2. Malaysia Baru Anwar : Zul Nordin mangsa pertama

3. Kerana Amerika, Anwar sanggup burukkan Islam

4. 10 sifat Anwar yang bahaya kepada umat Islam

5. Rampasan kuasa : Anwar tak perlu heret Yang Dipetuan Agong

6. Anwar suka cakap besar

7. Taktik Peperangan Anwar Ibrahim

8. Anwar dengan politik casanova

9. Anwar tak layak jadi ahli politik Malaysia

10. Estada kawan rapat Anwar gesa perang besar ke atas MILF

11. Anwar Ibrahim: Dari pejuang Islam ke pejuang sekular

12. AL-MUSLIMIN: Analisa Politik Ummah Semakin Menarik




Baca selanjutnya...

Lagu untuk Azizah - Anwar


++++video setakat ini sahaja++++






Baca selanjutnya...

Agenda 'Muslim Moderate' Anwar dan kesannya kepada PAS

Anwar Ibrahim menerima anugerah Muslim Moderate 2005, di Washington.


Agenda 'Muslim Moderate' Anwar dan kesannya kepada PAS


oleh Abdar Rahman Koya

Sejak pembebasannya tahun lepas (2004) sebaik sahaja menghabiskan masa 6 tahun di penjara Malaysia, Anwar Ibrahim telah menjadi kesayangan barat disebabkan oleh promosinya dalam Islam yang dirujuk sebagai ‘sederhana’ dan bersahabat baik dengan Barat. ABDAR RAHMAN KOYA (Mei 2005) melaporkan dari Kuala Lumpur.


Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang dibebaskan September tahun lepas, amat sinonim dengan politik semasa Malaysia. Beliau pernah menjadi pemimpin pelajar, amat dikenali dalam kelompok Islam di seluruh dunia ; kegemilangan dan kejatuhannya diikuti rapat oleh rakannya dan aktivis.

Apabila beliau dibuang, ditahan, dipenjarakan dan dituduh dengan tuduhan yang berjaya dibuktikan, ramai Muslim di Malaysia dan mereka yang mengambil berat dengan gerakan Islam telah melihat proses ini adalah satu sifat politik sekular. Tambahan pula, ramai di dalam gerakan Islam global tidak terkejut dengan drama yang telah menyelubungi keadaan politik Malaysia bermula September 1998, apabila beliau dipecat, kepada pembebasannya 6 tahun kemudian.

Dalam keadaan huru-hara ini, Anwar Ibrahim telah muncul sebagai satu ikon yang latar belakang peribadinya dan pengalaman politik telah membawa bersama pelbagai jenis latar belakang rakyat – penganut Islam, yang 'moderate' (sederhana) serta sesetengah parti yang agenda anti-Islam amat sukar untuk disembunyikan.

Satu fakta yang perlu diakui : Secara politiknya Anwar adalah seorang yang mempunyai kemahiran, dan mempunyai keupayaan untuk kembali semula sebagai pemimpin yang popular. Sama ada ini disebabkan oleh karismanya atau kepimpinannya, kepintaran politiknya, atau disebabkan oleh kemahiran pidatonya yang menarik perhatian.

Sekarang beliau semakin dilaungkan sebagai ‘moderate’ di sesetengah kelompok barat; diarinya dipenuhi dengan temu janji ceramah di institusi akademik dan politik sama ada di Barat atau ditaja oleh Barat.

Tidak mengejutkan, “dialog antara peradaban”, tajuk yang tidak mempunyai risiko untuk ahli politik mendapat imej yang baik di kalangan pemimpin Barat, adalah salah satu temanya ke mana sahaja beliau berceramah.

Mungkin disebabkan hasil kemajuan ini, ramai yang berada di dalam gerakan Islam sangsi terhadap kejujuran Anwar kepada gerakan (dialog antara peradaban) ini, walaupun latar belakangnya sebagai seorang pemimpin pelajar Islam ‘radikal’ yang telah beri kesan besar ke atas keadaan politik Malaysia pada masa lalu.

Keraguan ini sah, dan kenyataan dan tindakannya yang terbaru dan telah menambahkan lagi keraguan ini.

Pengambilannya oleh Mahathir pada 1981 untuk “dasar Islamisasi” telah menghasilkan ramai kawan dan musuh kepadanya : ramai melihatnya sebagai seorang yang menguasai kemahiran politik, dalam kata lain lelaki sepanjang zaman, tahu menyesuaikan diri dengan keadaan.

Dengan mempertimbangkan bahawa beliau dilihat sebagai seorang pemimpin “Muslim radikal” pada tahun 70-an, dan penyokongnya pernah sekali menggempur kedutaan AS, Anwar Ibrahim terjun ke acuan Islam yang berlainan telah dilihat sebagai dramatik seperti kemunculannya dalam kabinet Mahathir.

Dengan sejarah seperti ini, sukar untuk gerakan Islam mengabaikannya, dan lebih sukar untuk gerakan Islam dalam bahasa lainnya - untuk tidak mengenalinya.

Agen perubahan Amerika ke dunia Islam

Sejak kebelakangan ini, Anwar Ibrahim berkunjung ke seluruh dunia, dengan kebanyakan rakannya berada pada kedudukan tertinggi mengalu-alukannya, walaupun pada hakikatnya beliau tidak memegang apa-apa jawatan rasmi dalam kerajaan Malaysia.

Di Amerika, beliau telah menyampaikan banyak syarahan dalam tugasnya sebagai jurucakap untuk “dialog antara peradaban”.


Foto di atas, pertemuan bersejarah Paul Wolfowitz melawat Anwar di Munich, 2004. Pertemuan ini dianggap detik penting untuk mempakejkan Anwar dari label 'Islam Radikal' kepada 'Islam Moderate'. Foto bawah, pertemuan susulan Anwar melawat Paul Wolfowitz, Timbalan Setiausaha Amerika di Pentagon, Washington. Selepas pertemuan susulan ini, Anwar dicaturkan menjadi 'agen perubahan' ke dunia Islam bersandarkan jawatan pensyarah pelawat Universiti John Hopkins dan Georgetown, Amerika.



Sejurus selepas pembebasannya beliau telah disambut di Munich, Jerman, tempat beliau dirawat kecederaan tulang belakang, yang tidak lain tidak bukan adalah Paul Wolfowitz, arkitek perang AS ke atas Iraq.

Proses mempakejkan Anwar dari Islam Radikal ke Islam Liberal

Oleh yang demikian bermula satu usaha ‘mempakejkan’ semula Anwar Ibrahim : beliau berhenti daripada menjadi 'pemimpin kebangkitan' sehingga 1998, dan beliau telah menjadi seseorang yang bersahabat dengan 'mentor' (Paul Wolfowitz) dari Barat -mereka ini dijadikan penghubung masa depan politik oleh 'bakal pemimpin Asia Tenggara – adalah sesuatu yang tidak ternilai kepada Barat dalam pencarian terdesak mereka untuk “agen perubahan” dalam dunia Muslim.

Sekurang-kurangnya dari pembinaan imejnya, dari cara berpakaian kepada kenyataan berhati-hati yang dibuatnya tentang hegemoni (dominasi Amerika sebagai kuasa tunggal)AS dan Barat, beliau telah memperoleh status sebagai “kesayangan Barat”.


Foto atas : Anwar menerima gelaran tokoh “Muslim Moderate of the Year Award 2005" anjuran CSID dan ditaja dana Amerika NED. Foto ini menunjukkan anggota-anggota CSID, Amerika, dari kiri, Antony Sullivan, (Vice-Chair CSID), Radwan Masmoudi (President CSID), Anwar Ibrahim dan yang tidak bertudung ialah Asma Afsaruddin (Chair CSID).Foto bawah, Carl Gershman (Presiden NED) turut serta dalam perbincangan Islam dan Demokrasi yang dibentangkan Anwar. CSID atau Center for the Study of Islam and Democracy, Amerika pun boleh ditaja oleh dana yang didalangi Yahudi iaitu NED, NDI, IRI dan USAID, bermakna pengaruh Zionis mula menyusup ke dalam pertubuhan berlabel "Islam" tetapi disuntik dengan "Demokrasi".



Dalam stail yang sama, pelbagai perkataan telah digunakan oleh kelompok Barat untuk menggambarkannya : Anwar adalah seorang yang 'moderate', seorang pemikir, seorang reformis : Beliau seorang 'Muslim liberal', seorang 'Muslim demokrat' ; istilah yang Anwar sendiri mungkin tidak selesa, tetapi kepada sesiapa yang menggunakannya untuk Anwar, mereka tiada apa yang perlu dipersalahkan kecuali kepada diri Anwar sendiri.

Anwar : Sahabat atau musuh Islam ?

Siapa kawan sebenar Anwar menjadi soalan yang sentiasa diajukan sejak pembebasannya : soalan seperti ini boleh diabaikan dalam semangat realiti diplomatik antarabangsa apabila beliau berada dalam kedudukan teratas dalam kerajaan. Tetapi sekarang beliau tidak mempunyai jawatan politik, ramai yang tertanya-tanya kenapa beliau bertemu dengan orang seperti Wolfowitz, dan dialu-alukan di Pentagon.

Secara jelasnya, beliau dipersiapkan oleh Washington dan wartawan Barat sebagai “suara Islam yang sederhana”.

Pada 11 April, pada satu persidangan di Qatar, dianjurkan oleh Forum Dunia Al-Islam (sebuah badan yang ditaja oleh beberapa kepentingan Amerika) Anwar Ibrahim mengatakan bahawa beliau “mengakui” bahawa serangan AS ke atas Iraq telah menandakan permulaan baru untuk “suara kebebasan”, dan tidak bersetuju bahawa ianya satu perang menentang rakyat Iraq atau Muslim.

Anwar dilantik sebagai AJK Pusat NED. NED mempunyai 4 cabang iaitu ACILS, CIPE, NDI dan IRI : Keterangan foto Anwar Ibrahim satu - satunya Melayu Islam dari Asia berada di tengah - tengah kaum Yahudi Zionist Amerika . Lorne Craner (no 5 dari kiri), Presiden IRI ; Ellie Larson (no 9 dari kiri), Pengarah Eksekutif Solidarity Center/ACILS ; Carl Gershman (no 7 dari kanan), Presiden NED; Kenneth Wollack (no 3 dari kanan), Presiden NDI; John D Sullivan (no 2 dari kanan), Pengarah Eksekutif CIPE. Kebanyakan Zionist pemegang jawatan dalam NED ini turut memegang jawatan dalam USAID dan CIA.



Memandangkan kenyatan itu tidak dapat membangkitkan perasaan gembira dan rasa puas hati Uncle Sam (Presiden Bush), Anwar mengumumkan sokongan untuk pencalonan Paul Wolfowitz untuk mengetuai Bank Dunia, bertentangan dengan protes sekutu AS Eropah.

Kepelbagaian kenyataan ‘kritikan yang dibuatnya sendiri’, sekarang mengikut stail di kalangan Muslim ‘moderate’, di samping teguran lembut terhadap dasar Amerika, memberikan kepercayaan kepada anggapan bahawa inilah lelaki yang dipersiapkan oleh Barat untuk mengetuai salah sebuah kerajaan Muslim yang hebat di dunia.

Dr Muzaffar Iqbal menjelaskan fenomena ini : ‘Muslim Moderate’ adalah “jenis yang kritikal terhadap diri sendiri”, seperti yang ditulisnya, “mengulangi mantera kesukaan mereka : kita mesti berhenti menyalahkan orang lain terhadap nasib malang kita, masalahnya berada dalam kita”.

Ini sebenarnya jenis ‘keterbukaan’ dan ‘pendekatan yang memandang ke dalam’ yang dimahukan oleh Amerika. ‘Intelektual Muslim’ ini merupakan kesayangan Washington kerana Amerika mahu kita percaya bahawa kita kembali ke zaman batu disebabkan kesilapan kita sendiri.” (lihat “The West’s intellectual agents in the Muslim world”, Crescent International, Oktober 2004). Klik di sini

Sekarang Anwar Ibrahim muncul untuk menjadi “agen perubahan ”, selagi dibenarkan oleh Barat ; beliau bercakap tentang demokrasi dalam dunia Muslim tetapi tidak sampai kepada mengkritik rakannya dalam dunia Arab, terutamanya keluarga pemerintah Saudi, (kerana) beliau telah menikmati hubungan yang mesra semenjak Kerajaan Saudi berkempen dalam dunia Muslim menentang Revolusi “Shi’ite” di Iran.

Anwar mampu tambah undi, tetapi liabiliti kepada PAS ?

Kepada pembangkang di Malaysia, khususnya Parti Islam (PAS), yang berhubungan rapat dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR), dipimpin oleh isteri Anwar, pendirian ini dipilih oleh lelaki yang mereka sahkan secara terbuka sebagai masalah yang disebabkan lagak atau gaya kepimpinan laksana seorang Perdana Menteri, tetapi ramai pemimpin pembangkang (dan juga isteri Anwar) memilih untuk tidak mengendahkannya dengan menyatakan ia merupakan “pandangan peribadi” Anwar.

Pembangkang berada di satu persimpangan yang bukan benar-benar persimpangan : Anwar merupakan satu aset kerana kebolehannya untuk membawa tambahan undi, tetapi boleh menjadi liabiliti kerana hubungannya dengan kepentingan politik Barat, bersama dengan pandangannya yang pro-AS.

Untuk PAS, yang telah lama dilihat sebagai simbol gerakan Islam Malaysia, Anwar tidak berbeza dengan ramai pemimpin parti memerintah yang berkempen untuk menentang PAS dengan memperkenalkan secara meluas “Islam Hadhari” – tema politik Perdana Menteri Abdullah Badawi. Anwar pula sibuk mempromosikan “demokrasi dan perubahan” di kalangan Muslim.

Bentuk gerakan Islam di Malaysia pada hari ini merupakan hasil daripada kisah 1998. Pengalaman pahit Anwar menghasilkan perkongsian pelik dalam pembangkang Malaysia, dengan kedua-dua elemen Islamik dan anti-Islamik bergabung tenaga untuk membentuk satu pakatan bagi memenangi pilihan raya.

PAS merasakan beliau tidak mempunyai pilihan kecuali untuk menyertai pihak yang disokong oleh ramai pihak, supaya ia tidak disalahkan kerana tidak merebut peluang apabila ramai bukan Islam telah beralih kepada mereka untuk beberapa bentuk kepimpinan menentang Mahathir.

Begitu juga, di luar Malaysia, organisasi hak asasi manusia, tokoh-tokoh agama, pemimpin Eropah dan personaliti Amerika yang menyokong teguh dasar perang membela Anwar, sesetengahnya disebabkan oleh tindakannya mewujudkan rangkaian penyokong yang luas.

Sekarang, dengan pengalaman pahit penghakimannya di Malaysia pudar ditelan masa, begitu juga dengan kritikan Barat terhadap Malaysia, sebuah negara yang ekonominya menawarkan prospek yang cerah untuk keuntungan pelaburan barat.

Sebahagiannya disebabkan oleh Kerajaan Malaysia yang melibatkan pakar perhubungan awam bukan sahaja untuk tujuan pelaburan luar, tetapi juga untuk memperlihatkan dirinya sebagai sebuah negara Muslim sederhana.

Sokongannya untuk ‘perang ke atas keganasan’, menawarkan sokongan logistik dan moral kepada Washington walaupun lantang menyuarakan suara anti-Amerika, juga telah membawa kepimpinan Malaysia kembali kepada imej yang baik untuk pelobi Amerika, yang sebaliknya akan mempengaruhi dasar-dasar di Capitol Hill.

Anwar : Lelaki Islam pro - Barat

Anwar Ibrahim, lelaki yang jelas disukai oleh Washington untuk memimpin negara Muslim Asia tenggara ini, sekarang berada dalam pembangkang walaupun beliau enggan untuk memegang apa-apa jawatan parti.

Tetapi Amerika dan kumpulan pemikir Baratnya tidak berada dalam keadaan terdesak : kepimpinan yang ada sekarang mampu memberikan kerjasama, tetapi untuk ‘perang ke atas keganasan’ memberikan hasil yang ketara, Amerika memerlukan seorang lelaki dengan kombinasi kualiti yang perlu : Islam yang masih pro-barat, dan oleh yang demikian senang untuk berunding - bagi mencapai kejayaan secara berperingkat dalam kedudukan peringkat tertinggi kerajaan.

Kesan kesemua ini ke atas Muslim di Malaysia telah kelihatan : kumpulan pemikir Barat dan NGO yang ditaja oleh kepentingan Barat sudah terlibat dengan pembangkang, khususnya PAS , dalam pelbagai isu yang tidak berkaitan Muslim biasa secara terus.

Ini termasuk perkara-perkara seperti “kebebasan peribadi” ; sesetengah kelas sekular elit telah meminta kuasa pegawai penguat kuasa Islam di Malaysia dihapuskan.

Perkara ini timbul apabila kanak-kanak dan saudara-mara beberapa ahli politik baru-baru ini ditahan kerana mengambil minuman keras dan lain-lain kelakuan tidak Islamik di sebuah disko di Kuala Lumpur.

Kumpulan ini juga cuba untuk mempengaruhi kerajaan untuk mewujudkan satu “Suruhanjaya Antara Agama” kononnya supaya semua agama dipertimbangkan mengikut dasar kebangsaan.

Kemunculan secara tiba-tiba tuntutan ‘liberal’ ini ada kena mengena dengan timbulnya golongan elit yang sekular di kalangan Melayu Muslim, yang kebanyakannya mempunyai hubungan dengan ‘kerabat diraja’ dan ahli politik yang berpengaruh di negara lain, banyak persamaan dengan generasi disko Pakistan dan golongan elit sekular Turki yang cuba untuk memperlihatkan kehidupan mereka yang tidak Islamik, sementara pada masa sama menghadkan kebebasan Muslim untuk memilih masa depan mereka.

Anwar bersama salah satu penajanya FNF (Friedrich Naumann Foundation). Dari kiri, Dr. Irmgard Schwaetzer, Anwar Ibrahim, Hubertus Von Welck dalam persidangan tahunan FNF di Kuala Lumpur beberapa tahun lepas. Dr. Irmgard Schwaetzer adalah Ahli Lembaga Pengarah FNF pusat, di Jerman. Hubertus Von Welck adalah Pengarah FNF Kawasan Timur dan Asia Tenggara .



Satu kumpulan pemikir, Friedrich Naumann Foundation , yang berpangkalan di Jerman, telah menaja program-program politik pembangkang, juga telah menyediakan platform untuk PAS, di sebelah pihak, dan beberapa wakil NGO, di sebelah pihak yang lain, untuk mendebatkan isu yang dibangkitkan oleh kumpulan ini.

Seminar ala pemasaran seperti ini dan forum untuk ‘terlibat’, ‘menjinakkan’ dan 'menyusup masuk' ke dalam gerakan Islam biasa berlaku di negara Muslim yang lain, dan merupakan satu tindakan untuk mengalihkan perhatian gerakan Islam, untuk menghalang perhatian aktivis menumpukan perhatian terhadap isu yang lebih penting.

Ramai mempertikaikan bahawa dalam kes Malaysia, PAS perlu ‘dijinakkan’ kerana ianya merupakan satu bahagian yang amat penting untuk melengkapkan pembangkang dan tidak boleh dipinggirkan, dalam persediaan untuk Anwar kembali memegang kerajaan.

Lawatan Anwar ke beberapa institusi di Barat, seperti ke Universiti Oxford dan Universiti John Hopkins, juga boleh dibaca dengan cara yang sama : satu amalan perhubungan awam untuk menarik perhatian Washington bahawa pembangkang Malaysia “bersahabat dengan semua”.

Bercakap di John Hopkins di Washington awal bulan lepas, Anwar memberikan petunjuk bahawa beberapa bentuk tekanan Barat perlu dikenakan untuk meringankan beban pembangkang (ingat bahawa tekanan seperti ini telah kelihatan di Lubnan dan Venezuela).

Anwar menyuarakan kekesalan kerana pujian terbaru Washington terhadap kerajaan Malaysia : “Ia merupakan satu sindiran apabila Washington, sebagai contoh, mengiktiraf amalan seperti ini [‘amalan tidak demokratik’] kerana ia hanya benar-benar menunjukkan sikap tidak peduli dan tidak konsisten anda dalam berurusan dengan negara seperti ini,” katanya kepada hadirin.

Anwar juga sukar untuk meyakinkan hadirin Amerika bahawa PAS, sekutu utamanya dalam pembangkang, akan mengkaji semula aspirasi negara Islam, menambah bahawa agenda PAS tidak dapat dipertahankan dalam masyarakat pelbagai agama seperti Malaysia.

“Mereka telah bersetuju untuk mengkaji perkara ini dan saya telah memberitahu yang lain bahawa saya boleh diyakinkan. Tetapi ramai bukan Muslim, ramai Muslim Liberal mungkin tidak dapat diyakinkan kerana mereka memikirkan bahawa apabila anda bercakap demikian sekarang, anda mungkin merampas agenda tersebut selepas pilihan raya... Anda tidak boleh menyamakan Parti Islam atau menghukum mereka sepenuhnya di atas propaganda parti memerintah. Mereka bukan Taliban. Mereka mempunyai pandangan yang lebih liberal.”

Walaupun tidak sepenuhnya benar bahawa PAS mengkaji semula pendiriannya terhadap Negara Islam, hakikatnya ia gagal untuk menyebarkannya secara meluas dengan bijak.

Semenjak Mahathir membina semula imejnya selepas 1998, pengaruh PAS secara perlahan-lahan merosot. Ini menjadi semakin buruk dengan ketiadaan ustaz Fadzil Noor, di mana kepimpinan PAS telah memastikan bahawa parti masih menjaga kerjasama secara ideal dengan yang lain untuk membawa perubahan.

Ramai pemimpin lain yang tidak berpuas hati sehingga kini terlibat dengan golongan elit pemerintah telah menyertai PAS. Sesetengah daripada mereka bangkit di dalam parti mengisi jawatan penting. Mereka ini merupakan ahli perniagaan dan profesional yang amat dikenali di kalangan kakitangan kerajaan.

Namun sumbangan mereka dalam menyebarkan Islam – untuk meletakkan asas sebuah Negara Islam atau berdakwah dalam masyarakat pelbagai agama di Malaysia- telah menjadi minimum. Kebanyakan sumber parti digunakan untuk memenangi pilihan raya, yang tidak dapat diuruskan dengan baik disebabkan oleh peraturan kempen dan pilihan raya yang ketat.

Ketiadaan kepimpinan PAS yang berkebolehan mungkin salah satu sebab kenapa hala tuju PAS dikuasai oleh Anwar. Sekarang PAS lebih suka menjadi pemerhati dalam perdebatan yang menyentuh mengenai Negara Islam, dan sambutan pemimpinnya kepada cabaran-cabaran telah dibawa bersama oleh kem yang kononnya ‘liberal’ semakin suram.

Kebanyakan perdebatannya berada dalam ruang rangka politik nasional, seperti jawapan yang diberikan apabila soalan berkaitan ‘liberal’ diajukan dalam menguatkuasakan perlakuan moral di kalangan Muslim. Presiden PAS, Abdul Hadi Awang hanya memberi amaran kepada mereka yang melanggar perlembagaan persekutuan dan kuasa sultan.

Nafas PAS sebagai gerakan Islam untuk menyuarakan semangat Islam di Malaysia mungkin dalam pertaruhan, memandangkan dirinya terperangkap di dalam sistem yang dipilihnya, dan cuba untuk ‘menjenamakan semula’.

Nampaknya sekarang PAS mahu bernafas sebagai satu parti politik yang ‘mesra pasaran’, dan dengan melibatkan dirinya dengan Anwar, yang telah dijangka sebagai Perdana Menteri.

Ini mungkin akan menyebabkan kerosakan jangka panjang kepada gerakan Islam, dan risiko mengubah satu-satunya gerakan Islam dalam negara kepada satu parti politik ‘Islam’ ala Turki yang muncul kebanyakannya untuk undi dan beberapa perkara kecil yang lain.

Nota : AIDC menterjemah tulisan Abdar Rahman Koya, bertajuk "Implications of Anwar Ibrahim’s promotion of a moderate and west-friendly Islam" dari Muslimedia.com, Mei 2005

Artikel lain yang berkaitan :

1. Masih berbisakah tangan Anwar dalam PAS ?

2. Anwar model Islam Amerika Asia Tenggara

3. Anwar Ibrahim Malaysia : Pisau Milik Wolfowitz di Belakang Negara Asia






Baca selanjutnya...

Anwar kena tempelak di parlimen



Anwar kena tempelak di parlimen


1. Hari ke-2 di Parlimen, Anwar sekali-sekala merujuk teks ucapannya, kadang membaca saja catatannya, kadang-kadang nada Anwar bergetar-getar, terketar-ketar, wajahnya menjadi bengis seperti hendak makan orang, tetapi bahasanya menyindir MP BN supaya bercakap cara sopan & beradab, bukan biadap ( penulis rasa Anwar mengata dirinya sendiri ).

2. Anwar memberi contoh Nabi Allah Yusuf yang dikurniakan 7 tahun subur dengan hasil pertanian kemudian Anwar menyamakan kisah nabi Joseph dalam Bible 7 tahun yang senang dan 7 tahun yang sukar. Adakah Islam serupa dengan Kristian? Anwar memberi Intrepetasi Islam sama saja dengan Bible. Kata Anwar lagi perbelanjaan negara harus merujuk kisah ini. Apabila YB Non Muslim PKR kata semua agama sama saja,..Anwar diam tidak membantah.

3. Anwar menuduh kerajaan masih melaksanakan dasar kontrak untuk keluarga dan kenalan, tidak telus tidak melalui tender. Namun apabila Dr Puad Zarkashi bertanya apa yg dia lakukan semasa menjadi TPM dengan memberi kontrak2 kepada kroninya seperti Syarikat Abrar,MRCP dll Anwar diam tidak menjawab!

4. YB Bintulu persoal siapa Menteri Pendidikan tahun 1980an kerana semasa itu orang Cina sgt susah dapat peruntukan membina sekolah Cina walaupun diminta beberapa kali. Semasa jadi Menteri Kewangan juga sgt susah memohon projek untuk pembangunan di Sarawak, tetapi hari ini menjadi Ketua Pembangkang Kerajaan semuanya salah belaka. Anwar terduduk diam menundukkan mukanya apabila MP Bintulu membalas hujah-hujah Anwar.

5. Kemudian MP Bintulu menempelak lagi Anwar kerana Anwar hari ini mengambil contoh konon perbelanjaan mengurus Taiwan lebih rendah berbanding Malaysia,MP Bintulu bertanya kenapa dulu sewaktu menjadi Menteri Pelajaran, Anwar tidak iktiraf pun lulusan Taiwan, tapi hari ini Anwar suruh pula contohi Taiwan/China konon sgt canggih.

Wajah Anwar kemerah-merahan!

6. Anwar menghujah konon Malaysia ini negara bertamadun dan ISA perlu dihapuskan tetapi,apabila Dr Puad Zarkashi mengingatkan satu forum mengenai ISA yg dihadiri oleh Ustaz Hadi Awang, ketika itu Anwar menyatakan ISA mesti dipertahankan kerana ISA penting untuk keselamatan negara. Anwar membela Teresa yg ditahan 7 8 hari di Kamunting, tetapi tidak membela Datuk Ibrahim Ali yg ditahan ISA dahulu, malah Anwar menentang penghapusan ISA.

7. Penulis dapati Anwar memang tidak boleh berhujah dengan konkrit,bahasa Anwar penuh dengan bunga2. Anwar bijak bercakap pasal rasuah, ketirisan, kronisma, salahguna kuasa, suruhanjaya itu suruhanjaya ini...malangnya Anwar tidak menghuraikan intipati semua itu.Yang Anwar huraikan ialah kerajaan rasuah, kerajaan tiris,kerajaan kroni, kerajaan salahguna kuasa...Anwar tak huraikan siapa dia? Bila? Dimana? Berapa jumlah?Siapa penerima siapa pemberi? Anwar hanya cakap Menteri pemberi kroni keluarga penerima!( Anwar seolah-olah bercakap pasal dirinya sendiri semasa menjadi TPM merangkap Menteri Kewangan suatu ketika dahulu ).

Sebab itulah penulis tidak hairan kenapa sebelah petangnya dewan hampir tak cukup korum, bisik punya bisik rupanya MP PR pun bosan dengan celoteh Anwar? Siapa MP PR itu adalah Rahsia penulis! YB Zulkifli pun tiada di tempat duduknya sejak sebelum Ramadan lagi.

sumber - Jentayubaka



Baca selanjutnya...

15 Okt 2008

Siapa Benar Anwar Atau Mufti Perlis ?


++++video setakat ini sahaja++++






Baca selanjutnya...

Hak Keistimewaan Bumiputra akan dihapus dalam Agenda Ekonomi Baru, kata Anwar



Hak Keistimewaan Bumiputra akan dihapus dalam Agenda Ekonomi Baru, kata Anwar


PETALING JAYA : Masyarakat bumiputera bersedia kepada perubahan di bawah Agenda Ekonomi Baru kerana ia akan diteruskan dengan didasari oleh tindakan tegas untuk membantu yang miskin dan yang dipinggirkan, kata pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata bahawa Agenda Ekonomi Baru menghargai komposisi pelbagai kaum di Malaysia, dan oleh yang demikian, ia diperkukuhkan dengan satu dasar untuk menggalakkan dan memelihara satu masyarakat yang toleran dan pelbagai.

“Kebimbangan seperti agenda seperti itu akan menghakis hak bumiputera ada tetapi disebabkan oleh soal perkauman yang dimainkan berulang kali oleh sesetengah pemimpin UMNO, ini akan menjadi faktor utama kegagalan agenda baru ini.

“Biar saya ulangi bahawa tiada tolak ansur untuk kepentingan bumiputera kerana kita komited dalam membina sistem baru yang adil dan saksama. Tiada siapa yang akan ditinggalkan di belakang berdasarkan kaum atau agama.” Katanya pada Selasa dalam ucapan dasar di CLSA Corporate Access Forum, Singapura.

Dalam memberikan gambaran pelan tindakan ekonomi Pakatan Rakyat apabila mereka menubuhkan Kerajaan Persekutuan, Anwar menambah bahawa “ tidak seperti skim semasa, Agenda Baru akan meletakkan mekanisme di tempatnya bagi memastikan bantuan ekonomi sampai kepada mereka yang paling memerlukan.”

Kepada pengkritik yang menyatakan bahawa langkah ke arah ekonomi pasaran bebas yang tidak lagi dikawal oleh peraturan akan menyebabkan instrumen sosial akan dipinggirkan, beliau menjawab mereka tidak berniat untuk tidak menunaikan janji pilihan raya yang turut mengandungi penggalakan keadilan sosial.

“Bila-bila masa yang sesuai, kami ringankan beban akibat pasaran bebas dengan dos yang sesuai melalui campur tangan negara untuk memperbaiki ketidakadilan sosial yang disebabkan oleh permainan kuasa pasaran yang sebenar.

“ Kami fikir kami tidak perlu memohon maaf di atas sokongan terhadap dasar untuk minyak, penjagaan kesihatan dan pendidikan yang diambil kira untuk meringankan beban kenaikan sara hidup,”katanya.

“Kami namakan ini ekonomi berperikemanusiaan.”

Anwar juga mengatakan bahawa Pakatan rakyat tiada niat untuk menghapuskan prinsip tindakan bersungguh-sungguh yang digariskan dalam Dasar Ekonomi Baru, “tetapi kami akan menggunakannya untuk semua kaum berdasarkan keperluan,” katanya.

Nota : Artikel terjemahan AIDC daripada TheStar online, 21 Mei 2008. Tajuk asal artikel ini, >"New Economic Agenda will not compromise rights of bumiputras, says Anwar"



Baca selanjutnya...

Blog Saiful persoal Anwar lantik pekerja "kurang berkelayakan"



Blog Saiful persoal Anwar lantik pekerja "kurang berkelayakan"


PETALING JAYA: Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengadu dia diliwat majikan Jun lalu, terus mengisi blognya dengan tulisan baru tentang Ketua Umum Pakatan Rakyat itu.

Kali ini, Saiful mempersoalkan sebab Anwar gemar mengambil "pekerja-pekerja yang kurang berkelayakan?"


Tulisannya kali ini tidak panjang berbanding dua pengisian sebelum ini.


"Bermula sebagai sukarelawan di pejabat DSAI (Anwar) pada awal Mac, sebulan selepas pilihan raya saya terus dinaikan pangkat sebagai pembantu sulit/peribadi oleh DSAI sendiri.


"Pada masa yang sama Rahimi (yang juga seorang drop out) yang sebelum ini pembantu khas dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha Sulit baru mengantikan saudara Nik Nazmi yang (bertanding) menang dalam pilihan raya lepas," kata tulisannya.


Saiful mengakhiri tulisannya dengan berkata: "Bersambung kemudian..."


Tetapi blognya mengisi salinan surat letak jawatan yang diemelkan kepada Anwar.


Dalam tulisannya sebelum ini, Saiful menyifatkan perkembangan terbaru dalam hidupnya sebagai "perjuangan belum selesai" dan masih bersemangat untuk menegakkan kebenaran.


"Maklumlah perjuangan belum selesai. Akan tetapi, ini tidak sama sekali melunturkan semangat saya dalam perjuangan untuk menegakkan kebenaran.


"Allamdullilah saya sihat walafiat. Walaupun sedih tidak dapat menyambut lebaran tetapi semangat saya tetap utuh untuk berjuang semasa perbicaraan nanti," katanya.


Saiful menyatakan demikian dalam tulisan terbaru blognya sempena Aidilfitri.


sumber - mstar online


Baca selanjutnya...

Siapa dalang Suruhanjaya Antara Agama-Agama (IFC) ?



Siapa dalang Suruhanjaya Antara Agama-Agama (IFC) ?


Malik Imtiaz, Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Suruhan Antara Agama-agama disiarkan dalam Aliran Monthly Vol 25, 2005 (kenyataan penuh dilampirkan di bawah) berusaha menjawab penentangan ACCIN (Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs), TERAS (Teras Pengupaya Melayu) dan PAS (Parti Islam Malaysia) berkenaan dengan cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama - Agama (IFC).

Tetapi jawapan-jawapan balas Malik Imtiaz mengenai "Apakah Suruhanjaya Antara Agama (IFC)?", "Apakah benar IFC tiada agenda tersembunyi ?" dan "Apakah benar IFC tidak anti Islam" dan "apakah matlamat penubuhan IFC" tidak cukup menyakinkan, bahkan menimbulkan menimbulkan banyak persoalan lain.

Secara keseluruhannya Pengerusi Jawatan Pemandu IFC amat bersetuju dengan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama-Agama, bersetuju dialog antara agama - agama perlu diteruskan dan bersetuju dengan pendapat MCCBCHS (Malaysian Consultative Council on Buddhism, Chistianity, Hinduism and Sikhism ) berbanding dengan pendapat majoriti pendapat Islam diwakili ACCIN, TERAS dan PAS.

Persoalan misteri Suruhanjaya Antara Agama - Agama

Ruang misteri yang gagal dijawab oleh Malik Imtiaz adalah untuk apa Suruhanjaya Antara Agama - Agama (IFC) ditubuhkan sejak 2001, sedangkan kedudukan Islam telah diwartakan dalam Perkara 3(1), 11(1) & (4), 121(1A), Perlembagaan Malaysia sejak 1957 ? rujuk artikel 1 dan artikel 2

Benarkah tindakan Malik Imtiaz ini bukan usaha terancang untuk mengugat kedudukan Islam yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, siapa Malik Imtiaz apakah Malik hanya proksi dan siapa dalang sebenar IFC ?

Siapa Malik Imtiaz ?

Malik Imtiaz Sarwar beragama Islam keturunan Punjabi. Bapanya bernama Ghulam Sarwar Yousof, seorang profesor kajian teater di Universiti Malaya.

Lina Joy (kiri) dan peguam pemerhati Bar Council, Malik Imtiaz Sarwar. Malik juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Ke Arah Pembentukan Suruhanjaya Antara Agama-Agama (IFC) di Malaysia.


Beliau adalah seorang peguam yang mempunyai firma guaman sendiri (tetuan Malik Imtiaz Sarwar), di Kuala Lumpur. Beliau kelulusan LL.B daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA) , LL.M dari Universiti Hong Kong, dan MST Antarabangsa Dalam Hak Asasi Manusia, di Universiti Oxford.

Daripada 2002 beliau menjadi aktivis yang aktif Bar Council (Majlis Peguam Malaysia). Beliau juga Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Malaysia (HAKAM) klik sini.

Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Ke Arah Pembentukan Suruhanjaya Antara Agama-Agama di Malaysia, aktivis Inter-Faith Commission (IFC). Klik di sini dan penggerak kumpulan Artikel 11. Klik di sini

Pada Oktober 2005, beliau dijemput menjadi pembentang kertas kerja anjuran Christian Federation of Malaysia (CFM) di Hotel Corus, Kuala Lumpur. Klik sini

Malik Imtiaz merupakan peguam 'popular' di Bar Council berkaitan dengan kes-kes hak asasi manusia dan kebebasan beragama (murtad).

Pada 2006, beliau menjadi peguam pemerhati mewakili Bar Council untuk membela Lina Joy, seorang Melayu yang telah masuk Kristian dan memohon menukar identiti Islam kepada Kristian di dalam kad pengenalannya. Kes itu dibawa ke Mahkamah Persekutuan, tetapi Lina Joy gagal dalam permohonannya. Klik sini

Akibat pembelaannya kepada kes Lina Joy, Malik Imtiaz dakwa dirinya pernah menerima ancaman bunuh daripada pihak tertentu (yang disyaki beragama Islam). Klik sini

Beliau juga peguam kepada kes murtad, Subashini Rajasingam, (klik sini ), peguambela ajaran sesat yang dakwa jadi Rasul, Abdul Kahar Ahmad, (klik sini )dan peguam penghina Islam, Raja Petra Raja Kamaruddin (RPK). Klik di sini

Selain itu, beliau juga menjadi peguambela kes Ayah Pin dan kes Zaid Ibrahim cabar Kerajaan Kelantan (Hudud). Klik di sini

Kawan rapatnya adalah Haris Ibrahim, Edmund Bon , Sivarasa Rasiah dan Zaid Ibrahim. Kesemuanya adalah peguam Bar Council. Klik di sini dan di sini

Malik Imtiaz dan IFC

Interfaith Commission (IFC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti SUHAKAM iaitu sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang berkaitan dengan pertikaian antara agama.

Sebelum ini IFC dikenali sebagai Inter Religious Council (IRC) dan Interfaith Commission (IFC) tetapi ditukar nama kepada IFC setelah dicadangkan penubuhannya oleh MCCBCHS (Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism) melalui memorandumnya kepada Bar Council pada 21 Ogos 2001.

Manakala sebuah Jawatankuasa Pemandu Suruhan Antara Agama-agama yang diketuai oleh Malik Imtiaz (yang juga Presiden HAKAM) merupakan pihak yang memainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan IFC.

Bermakna empat badan yang memainkan peranan aktif menjayakan IFC adalah Bar Council, Jawatankuasa Pemandu Suruhanjaya Antara Agama- agama, HAKAM dan MCCBCHS.

Selain daripada MCCBCHS yang diketuai oleh Sardar V. Harcharan Singh, ketiga-tiga badan lain iaitu Bar Council, Jawatankuasa Pemdandu IFC dan HAKAM mempunyai kaitan rapat dengan Malik Imtiaz.

Kronologi cadangan penubuhan IFC

1. Tahun 2000 - Jawatankuasa Hak Asasi (the Human Rights Committee - HRC ), Bar Council dan HAKAM telah memberi perhatian terhadap kebebasan beragama dengan menganjurkan "Forum on freedom of religion" pada December 2000.

2. Dalam 2001, Bar Council menubuhkan satu sementara jawatankuasa (pro-tem committee) untuk cadangan pembentukan sebuah badan berkanun yang dipanggil Inter-Religious Council (IRC). Presiden Bar Council adalah Haji Sulaiman Abdullah.

3. Pada 8 Disember 2001, Bar Council menganjurkan satu perayaan 'Festival of Rights' dengan tema 'Kebebasan Beragama'.

4. 10 Disember 2001, Bar Council menganjurkan forum mengenai 'Kebebasan Beragama' dan menerbitkan satu artikel khusus tentang kebebasan agama yang dinamakan jurnal INSAF.

5. 17 Mei, 2003, Bar Council menganjurkan bengkel satu hari diadakan dan diwujudkan Jawatankuasa Pemandu Suruhanjaya Antara Agama - Agama untuk menguruskan persidangan kebangsaan dan mencadangkan usul.Presiden Bar Council adalah Mah Weng Kwai. Kecuali Sisters In Islam, kesemua NGO Islam termasuk ABIM, ACCIN, JUST (diketuai Dr. Chandra Muzaffar) menarik diri serta membantah cadangan usul tersebut.

6. Pertengahan tahun 2004, satu persidangan penubuhan IRC telah dibentuk. Presiden Bar Council adalah Kuthubul Zaman Bukhari

7. 24- 25 Februari 2005, Jawatan Pemandu Suruhanjaya Antara Agama - Agama dengan kerjasama Bar Council, Malaysian Interfaith Network (MIN) dan ditaja Konrad Adeneur Foundation (KAF)telah mengadakan persidangan peringkat Kebangsaan, di Hotel Equatorial, Bangi Selangor. Satu Plenary Statement dan Bil Draf telah diambil daripada wakil-wakil, serta memberi mandat kepada jawatankuasa pemandu untuk membawa tindakan selanjutnya. Turut hadir sebagai peserta Dr. Patricia Martinez, Teresa Kok dan Sivarasa Rasiah. Bukti klik sini dan di sini.

8. Februari 2005, Jawatankuasa pemandu dan Bar Council menghantar Plenary Statement dan Bil Draf kepada kepada pihak kerajaan, tetapi cadangan itu tidak dilayan. Bar Council ketika itu diketuai Khutubul Zaman Bukhari.

9. 25 Februari 2005, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Abdullah Md Zin membidas Majlis Peguam kerana mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. klik di sini

Maklumat lanjut, sila klik di sini dan di sini


Siapa di belakang IFC ?

Terdapat dua badan yang baru muncul semasa Persidangan Peringkat Kebangsaan, Jawatankuasa Pemandu IRC di Hotel Equatorial, Bangi Selangor pada 24- 25 Februari 2005, iaitu Konrad Adeneur Foundation (KAF) dan Malaysian Interfaith Network (MIN)

Kedua-dua badan ini muncul ketika saat terakhir ketika Jawatankuasa Pemandu IFC telah menyiapkan Bil Draf IFC untuk dihantar kepada kerajaan.

Dari kiri Dato Anwar Fazal, Presiden Malaysian Interfaith Network (MIN), Datuk Kuthubul Zaman Bukhari dan Haris Ibrahim. Haris merupakan kawan rapat Malik Imtiaz yang sama-sama menggerakkan IFC dan Kumpulan Artikel 11. Manakala Kuthubul Zaman merupakan bekas Presiden Bar Council yang menghantar draf usul IFC kepada kerajaan. Beliau juga merupakan bekas Presiden Rotary Club, Johor. (Rotary Club merupakan rangkaian pertubuhan Yahudi seluruh dunia)



Adakah kedua-dua badan ini turut merupakan penaja utama yang menggerakkan agenda IFC secara tersembunyi sebelum ini dan akan muncul secara semuanya selesai ?

Peter Schier, wakil KAF di Malaysia dalam wawancaranya dengan The Sun, mengakui badannya telah menaja IFC sejak tahun 2003, tetapi telah dinasihati oleh Malik Imtiaz (Jawatankuasa Pemandu IFC) agar jangan muncul lagi kerana beliau sedang berusaha memujuk NGO Islam menyokong usaha itu.

Menurut Malik Imtiaz, sekiranya KAF muncul bersama-sama NGO Islam, hasrat memujuk mereka akan gagal, kerana latar belakang KAF, sebuah yayasan Kristian dari Jerman yang turut mendapat dana daripada AJC (American Jewish Committee). Klik di sini

Tetapi apabila semua NGO Islam (kecuali Sister In Islam) menarik diri, KAF & MIN telah muncul pada program Bar Concil pada tahun 2005.

Kata Peter Schier, "Kami telah menyokong usaha untuk merangka satu usul untuk menubuhkan Suruhanjaya Antara Agama sejak akhir 2003. Saya telah diminta untuk menyokong usaha ini pada peringkat awal tetapi sesetengah pihak meminta saya untuk tidak telibat kerana, menurut mereka, pendekatan yang digunakan oleh Jawatankuasa Penaja Terhadap Penubuhan Suruhanjaya Antara Agama Malaysia, mungkin merupakan satu strategi berunding dengan kumpulan Islam ‘aliran utama’, dan oleh yang demikian, saya tidak menyatakan dengan jelas pendirian yayasan ini secara jelas menyokong usaha itu. Pada peringkat seterusnya, permintaan yang lain telah dibuat untuk sokongan" klik di sini

MIN pula sebuah badan yang ditubuhkan khusus pada 15 Februari 2003 bertujuan untuk menjayakan agenda pluralisme agama di Malaysia. Badan ini dipengerusikan oleh Dato Anwar Fazal yang merupakan bekas aktivis United Nations Development Programme (UNDP) projects – Asia Pacific. Klik di sini.

MIN mempunyai 20 badan gabungan termasuk KAF, Institut Kajian Dasar (IKD), Sister In Islam, MCCBCHS, Council of Churches of Malaysia, Rotary Club, Taiping (pertubuhan rangkaian Yahudi) dan lain-lain. Klik di sini

MIN mendapat dana daripada "The Pluralisme Project, Havard University" Amerika yang ditaja oleh dua badan Yahudi Amerika terkemuka iaitu Ford Foundation dan Rockefeller Foundation. Bukti klik di sini


Siapa dalang sebenar IFC ?

Berdasarkan huraian di atas, jelas menunjukkan KAF (Yayasan Kristian Jerman) dan MIN (Tajaan yayasan Yahudi Amerika) menggunakan prokasi Malik Imtiaz dari Bar Council dan HAKAM merupakan dalang sebenar cadangan penubuhan IFC.

Tetapi benarkah Malik Imtiaz merupakan target utama KAF dan MIN, atau beliau sekadar perantara yang boleh dikambinghitamkan ?

Mungkinkah dalang sebenar, tidak muncul dalam pertemuan-pertemuan di atas, sepertimana, KAF dinasihatkan tidak muncul dalam pertemuan IFC 2003, kerana hendak menjaga sensitiviti Islam ?

Untuk mencari jawapan, perlu dilihat kaitan di antara badan - badan itu.

Malik Imtiaz merupakan Presiden HAKAM. Antara pengasas awal HAKAM adalah dua orang aktivis pelajar hak asasi Australia iaitu Tian Chua dan Elizabert Wong.

Tian Chua adalah Ketua Penerangan PKR manakala Elizabert Wong pula Ketua Penerangan wanita PKR merangkap exco kerajaan PKR Selangor.

Peter Schier, wakil KAF Malaysia (kiri), Kamaruddin Jaafar (tengah) dan Khalid Jaafar (kanan). KAF menaja badan pemikir Anwar sejak 1984, ketika itu dipengerusikan oleh Kamaruddin Jaafar (kawan rapat Anwar dalam ABIM). Selepas Anwar dipecat UMNO, Kamaruddin masuk parti PAS dan jawatannya di IKD telah diambilalih oleh Khalid Jaafar (bekas Setiausaha Akhbar Anwar) hingga sekarang.



Menurut Peter Schier (KAF Malaysia), yayasan itu telah bertapak di Malaysia sejak 30 tahun lalu menaja badan pemikir, Anwar Ibrahim, IKD, sejak tahun 1984, sehinggalah Anwar muncul tokoh politik terkemuka di tanah air sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Walaupun Anwar dipenjarakan di Sungai Buloh, KAF tidak berhasrat menghentikan penajaan kepada badan pemikir Anwar (IKD) itu, sebaliknya tajaan diteruskan hingga ke hari ini. Klik di sini

Semasa Anwar di penjara, KAF berusaha mencari tokoh baru yang rapat dengan pejabat TPM. Tokoh yang dimaksudkan itu adalah Abdul Razak Baginda yang mempunyai badan pemikirnya sendiri dinamakan Malaysian Strategic Research Centre (MSRC).

Razak Baginda dan MSRC pula digembar-gemburkan sebagai badan pemikir TPM, Najib.

Malangnya Razak Baginda menghadapi kes di mahkamah dan bantuan KAF terpaksa dihentikan. Tetapi dalam masa sama, KAF masih meneruskan tajaan kepada IKD.

Bermakna agenda KAF dan badan penaja asing adalah berusaha menembusi 'orang no 2' dalam kerajaan Malaysia, kerana apabila bakal PM itu telah ditaja sepenuhnya maka agenda penaja untuk mewujudkan masyarakat pluralisme dan IFC akan berjaya.

Jadi siapakah dalang sebenar IFC ?. Kalau hanya bergantung kepada Malik Imtiaz, karismanya tidak hebat, kerana beliau hanya seorang Presiden HAKAM dan peguam Bar Council yang tidak mampu mengubah sistem politik dan pentadbiran negara.

Sama ada Yayasan Kristian (KAF) atau Yayasan Yahudi Amerika (MIN), mereka memerlukan seorang pemimpin politik negara yang berkarisma yang bakal menjadi PM.

Tidak guna kedua-dua badan itu melabur wang begitu banyak tanpa hasil yang setimpal.




Bacaan lanjut klik artikel 1, artikel 2 ,artikel 3 dan artikel 4.


AIDC
15 Oktober 2008
http://aidc-editor.blogspot.com
aidceditor@yahoo.com



...................................................


Berikut merupakan pandangan Malik Imtiaz, Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Suruhan Antara Agama-agama disiarkan dalam Aliran Monthly Vol 25 (2005): Issue 6 .2005 bertajuk "INTER-RELIGIOUS DIALOGUE-We are committed to dialogue-A response to criticism of the Interfaith Commission Initiative".

Kami Komited Dailog Antara Agama - Malik Imtiaz

Oleh Malik Imtiaz Sarwar


Ia merupakan tidak berasas bahawa sesetengah pihak telah memilih untuk memberikan gambaran yang salah terhadap usaha Jawatankuasa Pemandu dan usaha itu sendiri.

Kesemua gambaran yang salah ini adalah dibuat secara semberono dan diterbitkan dengan tidak mengendahkan kepada kebenaran. Mereka mahukan kesan yang tidak menguntungkan dalam melemahkan satu keperluan dan usaha yang bernilai oleh masyarakat awam.

Kesemua tuduhan dan gambaran yang salah ini telah memanjangkan kesan yang dikesali dalam mewujudkan ketegangan yang tidak pernah wujud sebelum ini.

Tujuan kenyataan ini adalah untuk menerangkan usaha dan draf Usul, yang merupakan hasil akhir daripada Persidangan yang telah diadakan di Bangi pada Februari 2005.

Apakah Suruhanjaya Antara Agama ?

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pemuda PAS (Perlis), Suruhanjaya Antara Agama adalah :

“…sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: Islam) akibat desakan penganut agama lain. Badan ini berfungsi mirip sebuah Mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit.”

Ini adalah khayalan. Suruhanjaya yang dicadangkan dengan apa-apa cara sekalipun bukan sebuah badan yang dapat membuat keputusan secara formal. Ia merupakan sebuah badan penasihat, perundingan dan perdamaian, dan ini telah dinyatakan berulang kali di dalam laporan media dan juga di Persidangan Usaha ke Arah Suruhanjaya Antara Agama Malaysia.

Fakta bahawa Suruhanjaya yang dicadangkan ini tidak mempunyai kuasa membuat keputusan secara formal telah dinyatakan secara jelas dalam draf Usul seksyen 4(2), yang dibaca:

“Suruhanjaya pada sepanjang masa akan melaksanakan fungsinya secara bebas sebagai sebuah badan penasihat, perundingan dan perdamaian.”

Ini telah diperkukuhkan lagi dengan kuasa Suruhanjaya yang dicadangkan seperti yang telah disyorkan di bawah draf Usul. Di antara kuasa utamanya seperti yang dicadangkan adalah kuasa :

“untuk menggalakkan kesedaran terhadap rukun dan kepercayaan pelbagai agama dan kepercayaan di dunia.....” (seksyen 5(i)(a))

“untuk menasihati Kerajaan atau Pihak berkuasa yang berkaitan aduan kepada pihak berkuasa yang berkenaan dan mencadangkan kepada pihak berkuasa tentang langkah sesuai yang perlu diambil” (seksyen 5(1)(b))

“untuk menyelesaikan sebarang pertikaian atau memperbetulkan sebarang tindakan atau kegagalan tindakan, datang daripada atau membentuk satu pelanggaran keharmonian undang-undang dengan cara perantaraan, perundingan atau perdamaian” (seksyen 5(1)(i))

Ini dijernihkan dengan peruntukan yang dijalankan, sebagai contoh, seksyen-seksyen tersebut yang menterjemahkan kuasa lebih meluas atau kecekapan kepada tindakan.

Berhubung perkara ini, Bahagian III meletakkan peruntukan yang dijalankan. Kesemua ini dihadkan kepada soal-jawab yang dikendalikan atau menganjurkan sesi perantaraan, perundingan atau perdamaian dan mencadangkan kes tersebut mungkin, sama dengan ruang lingkup kuasa SUHAKAM, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia. Tiada peluasan bidang kuasa. Yang utama, tiada kuasa untuk mengubah rukun agama. Tiada kuasa untuk mencampuri kuasa Mahkamah Syariah.

Kenapa Suruhanjaya Antara Agama perlu ?

Secara ringkas, tiada satu proses formal yang wujud untuk dialog antara agama pada waktu ini. Juga tiada sebarang mekanisme untuk membentuk dasar antara agama yang berhubungan dalam negara.

Tambahan pula, satu-satunya cara penyelesaian pertikaian adalah dengan tindakan undang-undang di mahkamah untuk kepentingan keamanan untuk wujud bersama, perlu dijadikan cara terakhir dalam menyelesaikan pertikaian. Hakikatnya kekal bahawa dengan adanya pelbagai budaya dan pelbagai agama.

Terdapat sempadan yang akan mewujudkan pergeseran seperti dengan wujudnya konflik kepercayaan dan budaya. Pergeseran ini tidak berlegar di sekitar isu-isu murtad tetapi melibatkan isu lain seperti pembinaan dan penyelenggaraan rumah ibadat dan isu penyebaran agama lain.

Peserta Persidangan Nasional menyedari perkara ini, selanjutnya satu langkan yang membina dan konkrit perlu diwujudkan untuk berhadapan dengan pergeseran dan bukan secara konfrontasi serta tidak berkaitan politik.

Oleh yang demikian, persidangan tersebut telah mengesahkan Suruhanjaya yang dicadangkan sebagai satu-satunya jalan penyelesaian kepada masalah untuk diterima dan disalurkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk resolusi, yang secara dinamiknya sama seperti SUHAKAM, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia.

Kewujudan Suruhanjaya yang dicadangkan ini akan mengesahkan sikap ambil berat kesemua mereka yang berkenaan. Selanjutnya, statusnya yang bebas akan menimbulkan keyakinan. Pada akhirnya, dapat menggalakkan perpaduan nasional yang sebenar.


Dialog Antara Agama telah dicadangkan sebagai satu alternatif kepada Suruhanjaya yang dicadangkan, dan sudah tentu satu daripada objektif Suruhanjaya (yang dicadangkan), dialog mempunyai batasannya. Dialog antara agama merupakan satu langkah penting dengan meneruskan hubung kait dalam memelihara persefahaman dan interaksi walaupun terdapat perbezaan di antara agama.

Suruhanjaya yang dicadangkan, bagaimanapun, dijangka sebagai melengkapkan usaha-usaha seperti hanya dalam bidang ‘dialog’ sahaja, tidak akan menyelesaikan masalah sebenar. Dalam maksud ini, seperti yang dinyatakan di atas, Suruhanjaya yang dicadangkan akan menjadi saluran untuk mengetengahkan masalah kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk perhatian dan penyelesaian.

Adakah sebarang agenda tersembunyi ?

Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) atau Jawatankuasa Penyelaras Bersekutu NGO Islam mengemukakan bahawa terdapat satu agenda tersembunyi dalam penganjur Usaha.

ACCIN menyatakan AGENDA TERSEMBUNYI IFC :

• IFC cuba untuk melangkau dan merampas kuasa Badan Agama Islam Negeri

• IFC akan melangkau Mahkamah Syariah

• IFC mahu menggunakan Mahkamah Sivil untuk menentukan Perkara Berkaitan Agama Islam

• Pembentukan IFC merupakan satu campur tangan dalam Hubungan Intra-Muslim (BUKAN Hubungan Antara Agama)

• IFC pada akhirnya akan melanggar hak Muslim untuk mengamalkan Islam dengan berpandukan kepada Pengajaran Quran Yang Suci dan Hadis


Bermaksud, ACCIN dan yang lain hanya memberikan jawapan tentang rasa bimbang tersebut tidak menghuraikan kenapa mereka percaya kepada tuduhan tersebut.

Kebenarannya adalah secara keseluruhannya tiada asas kepada mana-mana tuduhan itu. Ini dapat dilihat daripada perkara berikut.

Pertama, draf Usul tidak mengandungi sebarang peruntukan untuk Suruhanjaya yang dicadangkan untuk melangkau Badan Agama Islam Negeri atau Mahkamah Syariah. Tiada peruntukan dalam mensasarkan untuk membenarkan Suruhanjaya yang dicadangkan untuk menggunakan Mahkamah Sivil untuk menentukan. Tiada peruntukan untuk melemahkan Islam.

Kedua, tiada penjelasan telah diberikan seperti bagaimana Suruhanjaya yang dicadangkan akan campur tangan dalam hubungan Intra-Islam atau bagaimana Suruhanjaya akan melanggar hak-hak untuk mengamalkan Islam. Kesemua tuduhan ini disensasikan dan dimanipulasi daripada pandangan awam menentang usaha ini.

Ketiga, terdapat banyak organisasi dan individu yang menyokong usaha ini, termasuk Muslim. Dengan mengatakan bahawa, tiada persetujuan telah dicapai ke atas pelbagai perkara. 173 peserta telah menghadiri Persidangan dan mengesahkan draf Usuk seperti yang dipersetujui pada akhirnya.

Draf Usul merupakan hasil akhir persetujuan peserta Persidangan. Ini termasuk Muslim. Cadangan ini tidak munasabah. Para peserta dengan merujuk kepada semua agama dan percaya kepada hak yang lain untuk menyatakan keyakinan terhadap agama mereka sendiri. Peserta tidak mengaitkan diri mereka dengan draf usul sekiranya ia seperti yang digambarkan oleh ACCIN dan kritikan lain.

Keempat, draf Usul hanyalah satu draf. Ia bukanlah undang-undang sehingga Parlimen menjadikannya sebagai undang-undang. Ini berkaitan dengan perkara yang berkaitan Parlimen dan Kerajaan. Kritikan telah memberikan tanggapan bahawa Suruhanjaya yang dicadangkan telah diwujudkan dan ini melalui cara fait accompli (sesuatu keputusan yang sudah ditetapkan, dengan membiarkan mereka yang terlibat tiada pilihan kecuali untuk menerima). Ini tidak masuk akal.

Banyak yang telah diperkatakan terhadap memorandum yang dikeluarkan oleh Malaysian Consultative Council on Buddhism, Chistianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS) atau Majlis Perundingan Malaysia ke atas Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh dan peranan utama yang dimainkan oleh MCCBCHS dalam Usaha itu.

MCCBCHS hanya satu daripada pelbagai organisasi yang menyokong. Ketika wakil daripada MCCBCHS mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan mereka, peluang yang sama telah diberikan kepada semua yang hadir ketika mesyuarat Jawatankuasa Pemandu.

Ia telah dijelaskan sepanjang masa kepada NGO Islam bahawa mereka bebas untuk menghadiri mesyuarat seperti itu dan menyuarakan pandangan mereka. Apa yang menyedihkan mereka memilih untuk tidak, dan mengutuk usaha itu walaupun sebelum ini memberikan peluang kepada mereka untuk menghargai sepenuhnya.

Memorandum yang dirujuk telah diterima oleh Jawatankuasa Pemandu yang terdahulu, Jawatankuasa Pro-Tem, yang mensasarkan untuk menganjurkan satu bengkel bagi mengukur reaksi masyarakat awam terhadap usaha seperti ini.

Memorandum- memorandum lain yang diterima termasuk satu daripada kumpulan Muslim. Kesemua ini cuma meningkatkan dan memberi peringatan tentang kebimbangan masyarakat yang diwakili oleh kumpulan ini. Memorandum- memorandum ini bukan cuba untuk melemahkan Islam atau mencabar rukunnya.

Pada apa-apa keadaan, ia tidak benar untuk menggambarkan memorandum MCCBCHS sebagai mewakili usaha pada mana-mana peringkat.

Bengkel yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pro-Tem berjaya. Lebih kurang 100 individu, termasuk Muslim, menghadiri dan sebulat suara bersetuju bahawa satu persidangan nasional perlu untuk mempertimbangkan cara yang terbaik untuk melaksanakan cadangan tersebut.

Bengkel tersebut juga memberikan mandat kepada Jawatankuasa Pemandu untuk menganjurkan persidangan nasional dan mengambil langkah-langkah yang wajar. Persidangan dan draf Usul dibentangkan merupakan hasil kerja Jawatankuasa Pemandu dan masyarakat awam yang luas.

Adakah Usaha ini anti-Islam ?

Untuk menjadi anti-Islam ianya secara keseluruhan memfokuskan ke atas memusnahkan agama dan kesemua prinsip yang dipegangnya. Tiada asas untuk tuduhan ini untuk dijadikan tentangan terhadap individu dan organisasi dalam usaha. Juga tidak sama seperti yang dinyatakan oleh draf Usul.

Tuduhan tersebut menguatkan lagi kejahilan secara keseluruhan usaha, penyokongnya atau konteksnya, dan kurangnya kesanggupan untuk memahami atau bertanya, atau niat untuk memanipulasi persepsi umum.

Terdapat beberapa cara di mana ini boleh dilihat :

Draf Usul tidak membuat sebarang rujukan kepada mana-mana agama, Islam dan sebagainya. Oleh yang demikian ia tidak memfokuskan kepada Islam. Sekiranya ia tidak memfokuskan kepada Islam, ianya tidak boleh dikatakan ‘anti’.

Kritikan telah cuba untuk memberikan asas kepada tuduhan mereka dalam beberapa cara :

ACCIN menyatakan :

“Pihak Penaja jelas menunjukkan sikap yang anti-Islam. Ini adalah kerana beberapa memorandum yang dikeluarkan oleh mereka sebelum ini seperti berikut:

Seseorang Muslim patut diberi hak untuk meninggalkan Islam walaupun agama Islam tidak membenarkannya;

Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan seharusnya digunapakai dalam menentukan hak seseorang Muslim memilih untuk murtad, dan bukannya undang-undang syarak;

Untuk memudahkan proses murtad Mahkamah Sivil dan bukannya Mahkamah Syariah yang seharusnya diberi kuasa menentukan hak seorang Muslim itu keluar dari agamanya;

Usaha yang diambil oleh Pihak Berkuasa Syariah Negeri memulihkan orang-orang yang bakal murtad dipertikaikan;

Istilah “Muslim” di bawah Undang-undang Enakmen Negeri terlalu luas walaupun didapati konsisten dengan undang-undang Syariah;

Seseorang itu tidak harus dianggap Muslim hanya disebabkan kedua Ibu bapanya Muslim atau beragama Islam atau dalam keadaan lain berdasarkan Undang-undang Syariah. Individu berkenaan sepatutnya membuat pilihan atas kehendaknya sendiri;

Agama seseorang Muslim itu tidak sepatutnya tercatat pada Kad Pengenalannya.”


Dengan gaya yang sama, TERAS menyatakan dalam laman webnya :

“4. Apakah matlamat penubuhan IFC?

Matlamat IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran asas Islam yang bakal merugikan orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang-orang bukan Islam.

5. Apakah tuntutan orang-orang bukan Islam yang dibuat melalui IFC?

• Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

• Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

• Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

• Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

• Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam.

• Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

• Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

• Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pesakanya selepas kematiannya.

• Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid. Kerajaan juga perlu membenarkan pembinaan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam tanpa perlu adanya peraturan-peraturan tertentu.

• Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

• Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

• Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

• Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

• Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

• Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.”


Perkara-perkara ini secara jelas menunjukkan kurangnya pemahaman dan niat usaha ini. Kesemua perkara ini tidak diangkat oleh Jawatankuasa Pemandu juga oleh draf Usul sendiri. Tuduhan tersebut tidak berasas.

Secara hakikatnya perkara tersebut dibangkitkan oleh TERAS dilihat lebih kepada aduan dengan merujuk kepada mana-mana dan setiap isu dan ia dipercayai untuk dijadikan sebahagian daripada mandatnya untuk melontarkan pandangan. Bagaimana kesemua ini berkaitan dengan usaha ini masih menjadi misteri.

Tiada apa yang boleh dilakukan oleh Suruhanjaya yang dicadangkan untuk menyatakan perkara-perkara yang dinyatakan oleh ACCIN, TERAS dan lain-lain memandangkan ia hanya sebuah badan penasihat dan perundingan.

Dalam mana-mana keadaan, kesudahannya Pesuruhjaya - pesuruhjaya yang dilantik sepatutnya mempertimbangkan cara terbaik untuk bergerak ke hadapan dalam lingkungan undang-undang. Perkara-perkara yang ditimbulkan oleh ACCIN, TERAS dan lain-lain merupakan satu putar belit kebenaran.

Ringkasan Dialog

Jawatankuasa Pemandu (sebelum ini Jawatankuasa Protem) dengan tegas percaya kepada dialog. Terdapat banyak dialog di antara semua individu yang menghadiri mesyuarat dengan mewakili organisasi mereka atau sebagai individu.

Jawatankuasa telah menggunakan masa mereka untuk menjelaskan segala kebimbangan bahawa Jawatankuasa membuka pintu untuk dialog di atas apa jua perkara yang menimbulkan kebimbangan.

Jawatankuasa Pemandu masih lagi komited kepada dialog, terutamanya dengan organisasi-organisasi seperti ACCIN, TERAS dan PAS dan mengalukan kemungkinan organisasi tersebut mengambil peluang untuk melakukan perkara sedemikian.

Jawatankuasa Pemandu percaya bahawa Usaha ini adalah satu keperluan, sangat berharga dan tidak ternilai ke arah melangkah ke hadapan dalam evolusi masyarakat kita. Ia merupakan cara untuk lebih merapatkan kita kepada Bangsa Malaysia yang kita semua harapkan. Ruang konfrontasi yang telah diambil hanya akan terus memecahkan kita.








Baca selanjutnya...