Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit: Klik di sini
NOTIS
Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com
Janji Anwar di depan pelabur asing Hong Kong & Singapura
Pada 25 September lalu, Anwar sekali lagi pergi ke Hong Kong, berceramah di Forum Pelabur CLSA-Asia-Pasific-Markets yang ke 15. Klik di sini
Kata Anwar forum tersebut dihadiri lebih dari 1,000 pelabur dari 29 buah negara dan sebelum pulang ke Malaysia, beliau sempat menemui kumpulan pelabur dan pengurus dana serta mengadakan sidang media. Klik di sini Anwar dakwa agen Yahudi dalam forum ekonomi ?
Daripada keseluruhan ucapan Anwar di Hong Kong, penulis itu lebih gemar memilih sudut pengakuan Anwar tentang 'agen Yahudi' berbanding dengan topik ekonomi lain. Kenapa penulis itu (Bruce Einhorn, Yahudi dari BusinessWeek) lebih gemar fokus isu Yahudi dan kaitan dengan Anwar ? Itu persoalannya, sedangkan forum itu untuk pelabur-pelabur asing yang barangkali kebanyakannya Yahudi ?
Penulis memilih petikan kata-kata Anwar seperti berikut:
"Saya selalu dipanggil sebagai "agen Yahudi" atau "agen Amerika", tetapi saya fikir semua itu telah berlalu,” keta beliau kepada hadirin CLSA, menurut seseorang yang turut sama hadir"
"Dengan penuh harapan, beliau menambah “Kami sekarang bergerak ke arah zaman pluralistik, dunia kepelbagaian budaya. Pergerakan ini menyebabkan saya menjadi seorang yang optimis.”
Kemudian penulis membuat kesimpulan kata-kata Anwar seperti berikut; "Jadi, untuk mengambilkira formula terdahulu, (dituduh agen Yahudi), adakah Anwar Ibrahim baik dari kacamata Yahudi ?. Mungkin..
Apa motif Anwar membangkitkan isu beliau dituduh sebagai "Agen Yahudi", di depan pelabur asing ? Bukan kali pertama beliau menyebut perkara ini, bahkan kerap kali, setiap kali menyertai forum di luar negara. Apa maksudnya diulang-ulang sendiri, tuduhan itu ke atas dirinya ?
Kemudian, Anwar sendiri memberi jawapannya, bahawa tuduhan itu tidak memberi apa-apa kesan kepadanya dan mendakwa masyarakat di Malaysia yang majoriti Melayu - Islam telah menerima tuduhan itu secara positif, kerana tidak lagi fanatik kepada agama, sebaliknya telah menjadi masyarakat pluralistik (sama rata termasuk dalam agama).
Anwar turut mendakwa masyarakat Melayu - Islam sudah semakin pluralistik (tiada lagi Islam mendominasi agama lain atau bangsa Melayu mendominasi bangsa lain) dan atas premis itu, beliau semakin optimis (yakin positif) dengan usaha-usaha yang dilakukan di Malaysia.
Berdasarkan kata-kata Anwar itu, penulis BusinessWeek membuat kesimpulan dengan persoalan yang memberi maksud tersirat. Kata penulis, dengan kata-kata Anwar yang mendakwa dirinya sebagai agen Yahudi, adakah kata-kata itu positif kepada golongan Yahudi? Penulis tulis, MUNGKIN.
Satu lagi unsur tersirat yang tidak dinyatakan dalam tulisan penulis itu, dengan kata-kata Anwar itu yang dakwa dirinya dituduh "agen Yahudi" dan tidak dinafikannya, adakah bermaksud ANWAR benar-benar AGEN YAHUDI ? Jawabnya MUNGKIN.
Untuk memahami maksud sebenar, Bruce Einhorn, penulis dari Businessweek terhadap Anwar, klik di sini.
Kenapa BusinessWeek tidak kupas ucapan ekonomi Anwar ?
Setelah membaca keseluruhan teks ucapan Anwar bertajuk "Keynote address on US financial turmoil and the future prospects for Asean economies", baru saya faham kenapakah penulis BusinessWeek itu tidak berminat mengupas idea-idea Anwar berkenaan dengan kegawatan ekonomi Amerika dan kesannya kepada ASEAN.
Sama seperti komen-komen pelawat laman AnwarIbrahimblog, mengkritik ucapan Anwar itu tidak ada keistimewaan, penuh dengan prejudis dan ilusi, menggunakan ayat bombastik, tanpa fakta yang bernas.
Membaca teks itu, kita merasakan teks itu bukan dibuat oleh bekas Menteri Kewangan Malaysia, sebaliknya dibuat oleh seorang tokoh politik yang mementingkan retorik politik tanpa asas yang kukuh.
Beberapa komen daripada pelayar yang membaca teks itu juga menyimpulkan, pidato Anwar lebih kepada 'angkat bakul sendiri' tetapi gagal menyediakan resolusi untuk menangani kesan kemelesetan ekonomi di Amerika ke atas ASEAN.
Atas premis ini, baru saya faham kenapa penulis BusinessWeek tidak berminat mengupas intipati ucapan Anwar, sebaliknya lebih berminat menyorot persoalan semasa sesi soal jawab apabila peserta bertanya berkaitan Anwar dan Yahudi.
Klik ucapan Anwar di sini. Buat analisis sendiri dan baca semua komen-komen yang telah diberikan.
Latar belakang penganjur ?
Penganjur forum ini adalah CLSA-Asia-Pasific-Markets, yang beribu pejabat di Hong Kong.
CLSA-Asia-Pasific-Markets ditubuhkan pada tahun 1986 oleh Gary Coull,warganegara Kanada yang menetap di Amerika dan Jim Walker ,warga Scotland, dibesarkan di Australia
Kedua-dua mereka adalah bekas wartawan News Corporation milik Rupert Murdoch
Siapa Rupert Murdock ? Beliau adalah Yahudi Australia yang menetap di Amerika. Syarikatnya merupakan pemilik media antarabangsa termasuk; "The New York Times", "The Wall Street Journal", "The Washington Post", "The Times", "The Daily Express", "The News Chronicle", "The Daily Mail", "The Observer", "The Mirror", "The Sun" "The Times", "Majalah Time", "Newsweek", "U.S. News", "World Report" dan lain-lain.
Beliau pernah mendapat hadiah Bintang David, sebuah penghargaan tertinggi yang disampaikan oleh warga Yahudi-Israel. Klik di sini
Kedua anak buah Rupert Murdock ini kemudianya menubuhkan CLSA dengan bantuan kewangan dua buah bank Perancis Credit Lyonnais, dan Crédit Agricole.
Selain di Hong Kong, CLSA mempunyai ofis di London dan New York.
CLSA adalah satelit badan pemikir kumpulan Parti Demokrat Amerika di Asia di bawah Clinton 'Global Initiative', kepunyaan bekas Presiden Amerika, Bill Clinton. Klik di sini. dan di sini
Hakikat sebenar di belakang CLSA adalah peniaga-peniaga Yahudi Amerika melalui syarikat Morgan Stanley dan Goldman Sachs Group menjalankan perniagaan di Asia.
Siapa di belakang Morgan Sanley dan Goldman Sachs Group ?
Bukan menjadi rahsia lagi di belakang kedua-dua syarikat gergasi ini adalah neo-konservatif Amerika yang sedang memiskinkan dunia melalui manipulasi kawalan harga minyak dunia. klik di sini.
Adakah ini bermakna Anwar bersuhabat dengan pedagang Yahudi yang memanipulasikan harga minyak dunia ?
Janji-janji Anwar kepada pelabur asing
Kedatangan Anwar dalam forum CLSA di Hong Kong, 25 September lalu bukanlah kali pertama. Beliau dijemput semula selepas pengumuman mengenai "projek 16 September" menemui kegagalan.
Dalam ucapan Anwar menakutkan pelabur asing dengan mengambarkan ekonomi Malaysia sangat teruk disebabkan isu pentadbiran dan korupsi. Dakwanya, ekonomi Malaysia akan pulih semula sekiranya beliau berjaya menjadi PM.
Kata Anwar, "Our agenda for Malaysia is clear. Revive the lagging economy by adopting market friendly policies and take decisive action to cure the festering sore of corruption and cronyism that has decimated the judiciary, rendered the anti-corruption impotent and leeched billions of dollars from the state coffers – by Morgan Stanley’s account in the amount of at least $10 billion per year. Restore faith in the institutions of governance both domestically and internationally so that investors will once again find the country an attractive destination for their long-term investments. Among other things, this means strict adherence to the rule of law and an immediate end to draconian statutes that would allow the powers that be to detain their adversaries willy-nilly and without due process"
Anwar di CLSA, Singapura, 20 Mei 2008
Kali pertama Anwar hadir dalam program CLSA yang diadakan di Singapura pada 20 Mei 2008. Ketika itu Anwar menyampaikan ceramah bertajuk "Malaysia’s Defining Moment and the New Economic Agenda". Klik di sini.
Dalam program itu, Anwar telah berjanji kepada pelabur-pelabur asing, sekiranya beliau berjaya memerintah Malaysia, satu dasar terbuka kepada pelabur-pelabur luar akan diperkenalkan. Caranya dengan menghapuskan sistem yang menjaga hak kaum Bumiputera (DEB) dan diperkenal dasar baru yang dinamakan New Economic Agenda (NEA).
Kata Anwar, "A New Economic Agenda has been crafted borne of a long-term strategic vision to develop Malaysia into a prosperous and dynamic society competitive not just in the region, but in the world. We are not talking about knee-jerk reactions or strategies calculated to gain political mileage. This Agenda is a comprehensive program that we earnestly believe is sustainable in the long run"
Untuk menggambarkan apakah yang dimaksudkan Agenda Ekonomi Barunya itu, Anwar menjelaskan begini;
"That is why our New Agenda is not purely economic. Its viability depends very much on observing the principles of democracy, socio-economic justice, equal economic opportunities and religious freedom."
Bermakna menurut Anwar Agenda Ekonomi Barunya bukan sekadar perubahan dari segi ekonomi semata-mata iaitu membuka hak sama rata antara Bumiputera dan bukan Bumiputera tetapi juga sama rata dari segi agama.
Apakah maksud "religous freedom" (kebebasan beragama) yang dimaksudkan Anwar di depan pelabur asing di Singapura itu ?
Persoalan mengenai kebebasan beragama menjadi keutamaan Anwar, kerana semasa di Hong Kong, beliau sekali lagi menegaskan bahawa beliau merencana ke arah masyarakat "pluralistik" (persamaan antara agama).
Apakah maksud Anwar apabila beliau menulis begini di dalam blognya, "Saya telah bertemu dengan ramai pengurus dana di rantau ini, yang mewakili aset yang berjumlah USD 1 trillion dan mereka telahpun menyatakan sokongan mereka kepada perubahan menyeluruh di Malaysia termasuklah kebebasan kehakiman, media dan pihak polis serta agensi pencegah rasuah yang lebih professional, juga peraturan yang mesra pelabur dan jaminan tiadanya campur tangan ahli politik di dalam pengurusan Bank Negara" klik di sini
Apakah ini ada kaitan dengan janji Anwar kepada calon-calon BN yang mahu melompat parti, boleh berunding dengannya di Hong Kong atau Singapura ? Klik di sini
Berdasarkan intipati ucapan Anwar seperti di atas dan tulisannya, apakah yang pihak pelabur asing fikirkan tentang Anwar dan kenapakan Anwar pula membuat janji-janji besar terhadap dasar-dasar Malaysia kepada pelabur asing ?
Dan apa pula kita sebagai rakyat Malaysia fikirkan tentang Anwar ? klik di sini
AIDC 12 Oktober 2008 http://aidc-editor.blogspot.com aidceditor@yahoo.com
Anwar selalu mendabik dada mencabar buktikan beliau ada kroni semasamen jadi menteri dahulu .Buktikah beliau gagal semasa menjadi menteri kewangan dahulu dan timbalan perdana menteri. Jarang orang terlalu yakin diri mereka sebagai 'zero mistake' atau ' super clean'. Namun itulah Anwar Mr Super Clean. Saya sebenarnya kecimpung dalam dunia politik secara direct semasa Anwar menjadi menteri dan semasa umno dan gang umnonya menhentam PAS kiri dan kanan.
Saya membesar dan hidup dizaman PAS difitnah, diugut, dihina dan di bunuh semasa Anwar Ibrahim menjadi menteri. Saya merasai semuanaya dan hanya kerana beliau mahu sekali lagi mendaki untuk menjadi PM , saya tidak akan hilang fokus tentang kualiti dirinya yang sebenar.
Saya merasa sedih kerana beliau menjadi mangsa politik ganas UMNO tetapi simpati ini tidak akan menghilangkan fokus saya terhadap kualiti Anwar sebagai pemimpin yang gagal dalam semua bidang.
Saya tak pernah dengar pun Anwar minta maaf kepada rakyat tentang kesilapannya. Anwar terlalu yakin bahawa Melayu Mudah Lupa. Anwar adal general Mahathir dan kalau Mahathir jahat dan ganas maka Anwar lah yang menolong nya menjadi jahat dan ganas semasa ia bermaharaja lela
Berikut adalah satu interview menarik 10 tahun dahulu yang mungkin masih menjadi tabiat Anwar sekarang.
Soalan : Katanya, imej Anwar di peringkat antarabangsa diakui masih hebat?
Mohd Sabu; Apabila saya pergi ke Pakistan, pemimpin-pemimpin Jamaat Islami di peringkat atasan begitu menghormati Anwar. Tetapi apabila saya menceritakan kepada mereka...daripada 4 jenis judi dikeluarkan tetapi apabila Anwar menjadi Menteri Kewangan, judi yang telah dihalalkannya telah bertambah menjadi 9 jenis termasuk judi lumba kuda. Dahulu ada tiga tempat judi lumba kuda iaitu Ipoh, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Apabila dia menjadi Menteri Kewangan . ia telah bertambah di Sabah sehingga menimbulkan kemarahan ahli-ahli Parlimen di sana dan juga menimbulkan bantahan di Sarawak apabila judi lumba kuda juga hendak diwujudkan di sana.Begitu juga Genting Highlands menjadi pusat judi ke-3 terbesar di dunia. Apabila saya ceritakan kepada Jemaat Islami itu, mereka terkejut. Katanya: We have a different view!”...sambung saya lagi. ” Kami tidak pernah mendengar cerita-cerita seperti ini....Sambung saya lagi, Anwar mempunyai hubungan yang baik dengan taukeh judi, Lim Goh Tong. Pada masa dia menjadi Ketua Pemuda, Anwar mudah mendapat bantuan Yayasan Gerak Bakti daripada taukeh judi..Akhirnya kata ketua Jumaat Islami,” kita ada gambaran yang lain selama ini”.
Nota : Al Muslimin adalah NGO Islam - Membela Ummah dan Mustadafeen. Laman Web Al Muslimin adalah portal berita dan komunikasi untuk membincangkan isu berkaitan ummah dan mustadafeen. Matlamat kami ia penyatuan ummah dan menegakkan kebenaran Islam. Al Muslimin juga adalah tempat pertemuan Ummah di alam cyber untuk meningkatkan ukhwah Islamiyah.
Anwar Ibrahim terus menerus berangan hendak menjadi Perdana Menteri lagi. Sesudah tiga kali ramalannya untuk menjadi PM tidak menjadi iaitu pada 16 September, 23 September dan 1 Oktober. Anwar menetapkan pula tarikh yang keempat iaitu pada 8 Disember 2008, iaitu sebelum Hari Raya Aidiladha untuk menjadi Perdana Menteri. Selepas ini akan ada tarikh yang lain pula kalau tidak jadi 8 Disember? Anwar mengumumkan tarikh 8 Disember dalam satu ceramah Perdana Aidilfitri di Padang Perdana, Kota Bharu. Saksinya ialah Husam Musa dan Nik Aziz Nik Mat. Apa akan berlaku jika tarikh yang keempat ini juga tidak menjadi kenyataan? Apakah Anwar akan terus menerus menyalahkan pihak lain sebagai kegagalannya untuk menjadi PM?
Sehingga kini Anwar masih belum lagi menyahut cabaran PAS untuk mengemukakan senarai nama 31 orang ahli parlimen yang bakal melompat. Sampai bila orang orang PKR dan PAS akan terus mempercayai Anwar? Mengapa beriya iya benar Anwar hendak menjadi PM? Tidak bolehkah tunggu sehingga pilihan raya umum seterusnya? Seharusnya daripada terus berangan angan hendak menjadi PM, Anwar laksanakan dulu tanggungjawab sebagai ahli parlimen di Permatang Pauh.
AZRINIZAM IBRAHIM Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
Membela Islam akan dikenakan tindakan tatatertib oleh PKR ?
Berikut merupakan trankrit wawancara Stevan Gan (Malaysiakini) dengan Anwar Ibrahim yang disiarkan oleh Malaysiakini.com, 14 Ogos 2008.
Malaysiakini : Isu Majlis Peguam - adakah anda fikir ini telah menimbulkan masalah dalam Pakatan memandangkan sesetengah elemen di dalam PKR dan PAS lebih terbuka dalam menentang forum?
Anwar Ibrahim : Ya, saya fikir itu telah memberikan satu pengajaran kepada kami bahawa sesetengah keputusan kami perlu difahami dengan lebih baik oleh peringkat bawahan (di dalam parti). Mungkin kami tidak menjelaskannya dengan baik. Tetapi kenyataan saya cukup jelas - sebelum itu - untuk mengatakan bahawa, sebagai satu prinsip, kita mesti benarkan (forum) ini. Kami telah memberikan pandangan kami kepada Majlis Peguam, dan PAS telah mengeluarkan kenyataan- (Pemimpin PAS) Hadi (Awang) telah menjelaskan-bahawa kita mesti benarkan, tetapi ianya harus dibuat secara tertutup.
Itu juga merupakan pandangan peribadi saya pada masa sekarang kerana sekiranya anda tidak mampu menyelesaikan masalah ini... Saya cuba meminta pemimpin Muslim untuk menghargai fakta bahawa kita mesti benarkan perbincangan.
Sekiranya kita tidak yakin, itu bermakna (terdapat) sesuatu yang salah dengan kepercayaan dan pegangan kita. Anda mesti yakin untuk menunjukkan dan, tentang dan menyatakan tidak setuju. Sekiranya anda tidak gembira bahawa wakil Islam (di dalam forum) tidak cukup, tidak mahir, kemudian anda harus menghantar mereka yang cukup, mahir ke sana.
Malahan, saya telah berbincang dengan (Pensyarah Undang-Undang) Mehrun (Siraj), yang berada di sana, dan dia menyatakan sesuatu yang mengejutkan - apabila perkara ini dibincangkan, wanita ini sedang memberikan pandangan, yang bukan sahaja bukan Muslim, tetapi Muslim, juga mendengarnya. Jadi kita telah hilang peluang itu.
Malaysiakini : Di manakah sebenarnya (Ahli Parlimen PKR dan ketua protes Majlis Peguam) Zulkifli Nordin?
Saya cuba berhubung dengannya.
Malaysiakini : Anda yakin anda tidak tahu di mana dia berada?
Saya telah diberitahu, (dan) dia telah berjanji untuk menghubungi saya jadi saya akan lihat samada dia berbuat demikian. Saya tidak berhubung dengan dia beberapa hari yang lepas. Tetapi kami mengatakan kami bersetuju dengan apa yang telah dikatakan oleh (Timbalan Presiden PKR) Syed Husin (Ali).
Malaysiakini : Adakah tindakan akan dikenakan ke atas Zulkifli?
Syed Husin, telah mengeluarkan kenyataan yang mewakili kedudukan parti, dan saya telah bercakap dengannya (Zulkifli) untuk memaklumkannya dan beberapa soalan dan tindakan akan diambil. Saya fikir, untuk lebih adil, memandangkan kami tidak dapat menghubunginya secara terus, kami terpaksa tunggu sehingga kami mampu berbuat demikian.
Malaysiakini : Tetapi beberapa tindakan akan diambil?
Ya, secara jelasnya, dia perlu faham dasar parti, kedudukan parti juga mesti diberikan sokongan.
Malaysiakini : Apakah jenis tindakan?
Tepulang kepada Syed Husin yang mengetua Jawatankuasa Disiplin dan Lembaga Disiplin, yang lebih bebas daripada parti.
Malaysiakini : Jadi, dia akan dibawa menghadap Lembaga Disiplin?
Jadi, keputusannya, kami perlu bertanya kepadanya apakah yang telah berlaku.
Artikel ini ditulis khas buat semua pembaca. Tujuan artikel ini adalah bagi menyalurkan maklumat dan menyedarkan kita semua tentang siapa individu atau dalang di sebalik keceluparan mempertikai kuasa Mahkamah Syariah apabila melibatkan kepentingan dan kedaulatan Islam. Isu "Forum Peluk Islam" dan "Subashini & Shamala Revisited" telah menyentak ramai pihak. Ramai tertanya-tanya tentang apa sebenarnya motif utama forum sensitif ini dibuat secara terbuka.
Siapa aktivis yang mempertikai segala keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Syariah sehinggakan Majlis Peguam merasakan 'perlu' diadakan forum ini. Siapakah suara pendesak yang begitu lantang sehinggakan Majlis Peguam begitu ego untuk meneruskan juga forum walhal dibantah sebegitu ramai umat Islam?
Majoritinya adalah aktivis PKR & DAP. Majlis Peguam yang didominasi oleh aktivis PKR/DAP/HINDRAF dalam menganjurkan forum yang membincangkan isu yang sensitif.
Isu ini bukannya isu baru, tetapi sudah lama dan ditimbulkan kerana ketidakstabilan politik di negara kita. Tengok siapa individu dan parti mana di sebalik aktivis ini?
Berikut saya nyatakan segala bukti dan fakta yang bakal menyedarkan semua yang hanya tahu menyokong berdasarkan politik persepsi.
Anne James pertikai keputusan Mahkamah Syariah berhubung kes S Shamala, Lina Joy, M Moorthy and R Subashini.. Klik sini
R Sivarasa (Naib Presiden PKR) bersama isteri, Anne James melihat persiapan kempen di Bilik Gerakan PKR, Kota Damansara
Siapa Anne James?..Anne James ialah isteri kepada YB R Sivarasa. Siapa Sivarasa dalam PKR? MP & Peguam. Bukti klik di sini
Peter Ooi pertikai keputusan Mahkamah Syariah kes Subashini. Klik di sini
Siapa Peter Ooi? ..Peter Ooi ialah aktivis DAP/PKR. Bukti klik di sini dan di sini
Norman Fernandez mempertikai keputusan Mahkamah Syariah. Klik di sini
Siapa Norman Fernandez?...Norman Fernandez ialah seorang peguam & Naib Pengerusi DAP Johor & calon DAP DUN Stulang 2004. Bukti klik di sini
Bukalah minda dan hati anda. Jangan tertipu dengan laungan Ketuanan Rakyat (baca Malaysian Malaysia) yang Pakatan Rakyat dan mereka-mereka ini laungkan.
Pakatan Rakyat hanyalah platform bagi pihak tidak bertanggungjawab ini melaksanakan agenda tersembunyi mereka. Mereka menjadi MP yang mempunyai kuasa menggubal dan mengubah landskap politik dan kedudukan Islam.
Tiada guna jika majoriti dalam negara tapi kuasa menggubal di Parlimen dikuasai mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab ini. War-warkanlah kepada rakan kita semua agar berhati-hati dengan taktik licik mereka-mereka ini.
Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah. Kepada rakan yang sudah tahu kebenaran, sebarkanlah pada rakan agar kepentingan Islam tidak diinjak-injak oleh pihak yang berselindung di sebalik Pakatan Rakyat.
PsyTroopers dari blog kembarapolitik. blogspot.com mendedahkan dalang-dalang Forum Peluk Islam yang dikaitkan dengan Anne James , Peter Ooi, dan Norman Fernandez.
Barangkali penulis bukan mahu menonjolkan nama Anne James, kerana dia hanya sekadar proksi kepada suaminya Sivarasa Rasiah, Naib Presiden PKR. Begitu juga bukan mahu ditonjolkan Norman Fernandez, sebagai seorang peguam atau aktivis Kristian, tetapi yang lebih mustahak adalah jawatan parti yang disandangnya sebagai Naib Pengerusi DAP Johor. Bermakna dalang di belakang forum itu adalah dua parti politik pembangkang iaitu PKR dan DAP.
Siapa godfather sebenar ?
Baik PKR atau DAP, parti itu tidak akan bersikap kurang ajar kepada hal-hal yang bersangkutan dengan agama Islam, jika tidak mendapat green light daripada ketua mereka yang semestinya juga Melayu - Islam.
Baik Sivarasa atau Norman Fernandez, mereka adalah tokoh politik yang berusaha untuk meraih populariti di kalangan pengikutnya dan penganut agama sealiran dengannya tetapi akan akur serta memberhentikan penganjuran sesuatu forum yang boleh mencetuskan sensitiviti umat Islam di negara ini, jika dilarang oleh godfather mereka yang dianggap tokoh berkarisma beragama Islam itu.
Persoalannya siapakah godfather mereka yang berstatus Melayu - Islam itu ?
Anne James dan Sivarasa sekadar proksi ?
Kita katakan Anne James sekadar proksi kepada Sivarasa Rasiah kerana Anne hanya aktivis masyarakat dan isteri kepada Sivarasa. Bermakna pemain sebenar di belakang Anne adalah suaminya, Sivarasa Rasiah, seorang peguam dan penjawat penting dalam PKR.
Persoalannya Sivarasa Rasiah proksi kepada siapa pula ?
Beranikah Sivarasa bertindak sendirian, walaupun bukan atas kapasiti jawatan dalam parti, sedangkan YB Zulkifli Nordin, ahli Parlimen PKR Bandar Baru Kulim, menggunakan alasan 'bertindak sendirian dan bukannya mewakili parti' menentang forum itu, tetapi masih dikenakan tindakan disiplin oleh PKR.
Anwar sendiri dalam wawancara dengan Malaysiakini, bersama Stevan Gan (Kristian ?), berkomunikasi dalam bahasa Inggeris mengakui YB Zulkifli bertindak salah, mencemar imej PKR kerana menentang forum itu dan sewajarnya bekas peguam liwat Anwar itu patut dikenakan tindakan tatatertib oleh parti. Klik di sini
Persoalannya YB Zulkifli yang bertindak sendirian boleh dikenakan tindakan tatatertib dengan alasan mencemar imej PKR menentang forum itu, bagaimanakah pula dengan Sivarasa Rasiah yang menyokong forum itu menggunakan isterinya sebagai proksi ?
Kalau PKR mahu berkecuali daripada forum itu sama ada menentang atau menyokong, sepatutnya kedua-duanya dikenakan tindakan tatatertib dan bukannya beban hanya ditanggung oleh peguam Islam PKR yang menentang sahaja.
Persoalannya berkecualikah kenyataan Anwar sebagai pemimpin de facto PKR dalam wawancara dengan Malaysiakini itu ? klik di sini
Bukankah ini bermaksud, Anwar lebih mustahak menjaga hati Sivarasa Rasiah, Naib Presiden PKR, yang beragama Kristian berbanding dengan Zulkifli Nordin yang beragama Islam serta banyak berjasa membela kes liwatnya sejak tahun 1998 lagi ?
Malah, tiada siapa dapat menyangkal, peranan Sivarasa sangat penting dalam mempengaruhi pemikiran politik Anwar termasuk penting sebagai penasihat undang-undang sama ada dalam kes politik atau kes peribadi.
Sebab itu, dalam kes liwat Anwar 2008, Sivarasa Rasiah diambil sebagai salah seorang daripada barisan sembilan orang penguambela Anwar, serta melupuskan nama Zulkifli Nordin, yang sebelum ini berpengalaman dalam mengendalikan kes liwat Anwar 1998. Bacaan lanjut klik di sini.
Bukan rahsia lagi, Sivarasa juga merupakan master mind penghubung Anwar dengan Bar Council yang menjadi dalang penganjuran forum itu dan sebelum ini penaung aktif dalam melaksanakan Suruhanjaya Antara Agama-Agama (IFC).
Anwar kata forum itu mendapat kebenaran Presiden PAS ?
Dalam wawancara Anwar bersama Malaysiakini itu, (lihat video di atas), beliau dakwa penganjuran forum itu telah mendapat kebenaran Presiden PAS, ustaz Hadi Awang.
Anwar kata beliau bersetuju penganjuran forum itu dan mendakwa beliau telah bercakap dengan ustaz Hadi Awang sendiri melalui telefon dan Presiden PAS itu telah menyatakan persetujuan dengan penganjuran forum itu ?
Persoalannya benarkah Presiden PAS bersetuju dengan pengajuran forum itu seperti didakwa Anwar, sedangkan majoriti yang hadir semasa menentang forum itu adalah ahli PAS yang diketuai oleh Salahuddin Ayub, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat ?
Anwar dakwa beliau berkecuali (?),tetapi sebahagian besar aktivis yang menggerakkan forum itu terdiri daripada aktivis PKR dan rangkaian Anwar, termasuk Bar Council. Malah Zulkifli Nordin, aktivis PKR yang menentang forum itu turut dikenakan tindakan disiplin oleh PKR kerana menentang penganjurannya.
Anwar dakwa Presiden PAS bersetuju dengan penganjuran forum itu, tetapi sebahagian besar yang hadir semasa demonstrasi menantangnya adalah majoriti ahli-ahli PAS dan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS juga turut hadir memberikan ucapan penentangan.
Malah lebih tragis lagi, Salahuddin yang hadir atas kapasiti PAS juga dicadangkan agar turut dikenakan tatatertib oleh aktivis PKR.
Bolehkah cakap Anwar dipercayai
Sebelum ini, Anwar dakwa beliau tidak mahu bersumpah tidak meliwat Saiful kerana mendengar nasihat daripada ulama luar negara yang turut disebut nama Dr Yusuf Qardawi.
Tetapi, benarkah pandangan Dr Yusof Qardawi terhadap Anwar tidak seperti yang diucapkan Anwar ?
Dalam salah satu tulisan bekas webmaster Tranungkite, Songkok Putih, mendedahkan bahawa Pertemuan PAS dengan Ikhwan (turut hadir Dr Yusof Qardawi) di luar negara menyebut secara jelas pesanan Dr Yusof Qardawi agar berhati-hati dengan Anwar Ibrahim. Bukti klik di sini
Kenapa Dr Qardawi memesan kepada PAS agar berhati-hati dengan Anwar Ibrahim ? Begitu mendalam maksud ulama tersohor di Mesir itu, sekiranya boleh berpesan sedemikian rupa.
Adakah pesanan ulama tersohor itu, menunjukkan beliau telah dapat menghidu kegiatan sebenar Anwar di Amerika Syarikat ?
Jimadie Shah Othman | Oct 10, 08 5:57pm Mufti Perak mengakui mengadakan pertemuan empat mata dengan Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mencadangkan penubuhan kerajaan campuran antara Umno dan PAS di negeri itu. Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, cadangan itu dikemukan bagi mewujudkan pemerintahan yang dikuasai sepenuhnya oleh orang Melayu dan Islam.
“PAS kalau campur dengan Umno lagi bagus. Umno ada 27 kerusi. Kalau campur dengan PAS, seratus peratus orang Melayu-Islam memerintah,” katanya.
Beliau bagaimanapun menafikan desas-desus di Internet bahawa beliau mengadakan pertemuan kedua untuk tujuan itu.
Mufti berpengalaman itu didakwa "menangis dan merayu" Nik Aziz untuk memastikan kerajaan campuran PAS-Umno.
Harussani menambah, beliau menemui Nik Aziz dua hari selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu di rumah tokoh PAS di Kota Bharu, Kelantan.
Harussani berkata, dalam pertemuan yang disifatkannya sebagai “sembang-sembang” itu, pandangnnya itu tidak diterima oleh Nik Aziz.
“Nik Aziz kata itu bukan bidang kuasa dia. Beliau kata beliau hanya mursyidul am saja,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.
“Dah dia tidak terima, tidak mengapa. Tidak apalah,” katanya.
KOTA BHARU:Tempoh dua bulan akan datang menjelang hari Raya Aidiladha kini menjadi sasaran Pakatan Rakyat membentuk kerajaan baru Persekutuan?
Sasaran hari raya Korban pula dibayangkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini semalam.
"Sasaran 16 September, ia masih landasan. Tak minggu ini, minggu depan. Jangan bimbang satu dua tahun berlaku."
"Mungkin sebelum Hari Raya Haji," kata beliau yang juga ketua pembangkang pada ceramah di Padang Perdana di sini.
Ini kali pertama Anwar mengadakan ceramah sejak dipilih sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh Ogos lalu.
Anwar diminta hadiri, kira-kira 12,000 sebab sasaran 16 September gagal dikotakan.
Apabila hadirin bersorak "jawab, jawab", Anwar memberitahu, sasaran 16 September memang menjadi, tetapi Perdana Menteri, Datuk seri Abdullah Ahmad Badawi enggan menemui Pakatan Rakyat dan menolak permintaan sidang khas Parlimen pada 23 September lalu.
Anwar sekali lagi mendakwa mempunyai jumlah wakil rakyat yang mencukupi di samping mahu mengikut lunas Parlimen untuk menggantikan kerajaan Barisan Nasional.
Berdasarkan pandangan yang dipegang oleh al-Malikiyyah yang turut dipegang oleh Ibn Hamdan dari kalangan ulama al-Hanabilah, replika Anwar adalah dibenarkan oleh Syarak. Ini kerana patung yang diharamkan oleh Syarak berdasarkan ijtihad fuqahak di atas adalah apabila mempunyai keseluruhan ciri-ciri dibawah:
Patung yang dibuat adalah berbayang (tiga dimensi). Ini dijelaskan oleh kata-kata Ibnu Hamdan yang merupakan salah seorang ulama daripada al-Hanabilah :
المراد بالصّورة أي : المحرّمة ما كان لها جسم مصنوع له طول وعرض وعمق dikehendaki dengan makna gambar yang diharamkan ialah satu jisim yang dicipta mempunyai panjang , lebar dan dalamnya ( 3 dimensi )
Sekiranya tidak mempunyai tiga dimensi, maka hukumnya tidaklah haram sebaliknya hanyalah makruh.
Patung yang mempunyai tiga dimensi tersebut adalah patung yang sempurna yang seandainya hidup, dia akan boleh hidup. Maka sekiranya patung 3 dimensi tersebut hanyalah kepala sahaja, atau kepala dan dada sahaja, atau patung tanpa kepala, maka hukumnya tidak sampai ke peringkat haram kerana tiada seorangpun yang mampu untuk hidup sekiranya dia hanya mempunyai kepala, atau hanya mempunyai kepala dan dada atau tidak mempunyai kepala.
Namun sekiranya patung tiga dimensi tersebut hanyalah tidak mempunyai tangan dan kaki contohnya, maka hukumnya adalah haram kerana manusia ataupun haiwan dapat hidup sekalipun tanpa tangan dan kaki.
Patung yang mempunyai 2 ciri di atas dibuat daripada benda yang kekal seperti kayu, batu, besi dan sebagainya. Sekiranya ia dibuat daripada benda yang tidak kekal seperti kulit buah tembikai, lilin, ulian tepung dan sebagainya, maka hukumnya adalah tidak haram.
Replika tersebut tidak mempunyai bayang. Bayang yang dimaksudkan di sini adalah berbentuk tiga dimensi. Ia hanyalah seperti lukisan manusia di atas kertas, tenunan di atas kain dan ukiran yang dipahat di atas batu ataupun kayu.
Walau bagaimanapun hukum replika Anwar adalah makruh disebabkan seluruh jasad Anwar digambarkan. Namun sekiranya replika Anwar hanyalah kepala sahaja ataupun bahagian-bahagian jasad yang sekiranya dianggap hidup, ia tidak akan mampu hidup, maka hukum makruh tadi akan hilang. Ini bermakna sekiranya gambar replika Anwar hanyalah gambar kepala hingga ke dada sahaja, hukumnya adalah tidak makruh di sisi mazhab al-Malikiyyah.
Replika Anuar Dalam Pandangan Mazhab Yang Lain
Dalam mazhab al-hanafiyyah, al-Shafieyyah dan al-Hanabilah, hukum membuat replika Anwar adalah haram sama sekali. Ini kerana berdasarkan dua mazhab ini, sebarang lukisan atau arca yang menggambarkan makhluk yang bernyawa adalah haram.
Kesimpulan:
1. Dalam masalah replika Anwar , para ulama berbeza pandangan dalam masalah ini. Maka adalah satu tindakan yang salah untuk kita memaksa manusia mengharamkan replika Anwar demi untuk meraikan khilaf fuqaha dalam berijtihad. Kaedah mengatakan:
الاجْتِهَادُ لاَ يُنْقَضُ بِالاجْتِهَادِ Ijtihad tidak terpadam dengan ijtihad yang lain
2. Replika Anwar di sisi al-Malikiyyah tetap hukumnya makruh.
3. Masyarakat perlu dijelaskan bahawa dasar perjuangan bukanlah disebabkan individu. Perjuangan adalah dengan berdasarkan wahyu.
Rasulullah pernah bersabda:
أَلا إِنَّ رَحَى الإِسْلامِ دَائِرَةٌ فَدُورُوا مع الْكِتَابِ حَيْثُ دَارَ[1] Ketahuilah , sesungguhnya roda Islam itu senantiasa berputar maka hendaklah kamu berputar( bergerak ) bersama al quran mengikut putaran Islam
Sayyidina Ali pernah berkata:
لا تَعْرفِ الحقَّ بالرجال . اعْرِفِ الحقَّ تعرفُ أهلَه[2] Jangan engkau kenali kebenaran itu melalui orangnya ( yg mendakwa ia benar ) tetapi kenali kebenaran itu sendiri nescaya engkau akan kenal siapa orangnya yang benar .
4. Tindakan mendewa-dewakan seseorang bukanlah satu sikap yang baik. Islam mengajar manusia agar bersikap adil terhadap menilai manusia. Sokongan terhadap seseorang hanyalah apabila kebenaran bersamanya. Allah Taala berfirman:
"Hai orang - orang yang beriman , hendaklah kamu jadi orang - orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah swt. , menjadi saksi dengan adil . Dan janganlah sekali - kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum , mendorong kamu untuk berlaku tidak adil . Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa . Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan" - Al Maaidah Ayat : 8
Cadangan saya terhadap Dato' Seri Anwar
Berkait isu replika ini , sebagaimana yang telah saya jelaskan di atas , ia termasuk dalam urusan khilaf di kalangan ulama'. Namun bagi pihak Dato' Seri Anwar demi mengelak berlakunya taasub dan mendewa - dewakan sesama manusia khasnya terhadap dirinya sendiri , beliau boleh menasihatkan agar orang - orangnya segera menurunkan replika beliau.
Justeru replika tersebut sangat berbeza dengan iklan atau gambar yang berada pada billboard. Pasti sahaja iklan - iklan tersebut biarpun besar saiznya tidak fokus kepada membesar dan memuliakan gambar orang tertentu melainkan fokus kepada suatu yang diklankan .
Tetapi replika Dato' Seri Anwar tidak merujuk kepada suatu yang lain melainkan kepada zat Dato' Seri Anwar sendiri . Saya juga tidak melihat keperluan lain replika itu didirikan sedemikian besar dan tingginya kecuali lahir dari rasa terlalu memuliakannya.
Lantaran itu saya cadangkan agar Dato' Seri Anwar sendiri meminta agar replika tersebut diturunkan sebelum gejala mendewa - dewakan pemimpin kian membarah dan akhirnya menyumbang kepada pemujaan yang merosakkan aqidah . So isunya buka replika tetapi kesan dari pemasangan replika tersebut , pula dibangunkan di Batu Caves.
Zaman kegemilangan dan kejatuhan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) seperti diikat oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Sekarang krisis terburuk UMNO berakhir dengan tamatnya kisah Anwar Ibrahim, segala petunjuk bahawa sokongan terhadap PAS semakin merosot, dengan pada masa yang sama pemimpin parti menjadi lebih bersikap mempertahankan diri apabila cuba menjawab kepada tuduhan- tuduhan bahawa parti tersebut sudah hilang arah. Sekiranya perbualan bersama dengan penyokong PAS dan maklum balas dihantar ke internet sebagai petunjuk, kemerosotan ini memang jelas. Asas kewujudan PAS - untuk mendirikan sebuah negara Islam di Malaysia - berada dalam ancaman kerana memandangkan PAS bersedia untuk memperolehi semula sokongan dengan kisah Anwar Ibrahim.
Permergian kisah Anwar Ibrahim dan ketua pemain, Mahathir Mohamad, daripada perhatian politik telah meletakkan PAS kembali kepada asal : di pinggiran sistem, hanya sebagai sebuah parti politik pembangkang bersama pemimpin dan pandangan tersendiri.
Sekarang Mahathir telah pergi, soalannya apakah yang boleh dilakukan oleh PAS untuk membawanya kembali ke arus utama politik. Pada masa sekarang tiada sebarang tanda bahawa perkara ini akan terjadi, kecuali pemimpinnya dilihat sedang menguatkan ikatan takdir parti politik itu dengan Anwar Ibrahim, lelaki yang tidak dipercayai oleh kebanyakan penganalisis politik walaupun sebagai bakal Perdana Menteri, sama ada melalui pembangkang atau melalui pemerintah UMNO, parti yang yang telah memulaukannya.
Dengan memberikan ingatan ringkas dalam politik, mana-mana senario adalah mungkin.
Anwar perlu berpuas hati dengan kem pembangkang buat masa ini. Berada di sebelah bahagian yang lain setelah sekian lama berada dalam kerajaan adalah sesuatu yang amat berat untuk dilakukannya, mempercayai bahawa pembangkang tidak boleh memegang kuasa, sekurang-kurangnya dalam tempoh hayatnya.
Dengan idea yang kurang tentang apa yang perlu beliau lakukan, Anwar sedang menangguhkan perancangannya yang segera dengan menumpukan lebih perhatian terhadap topik-topik seperti “dialog antara ketamadunan” dan syarahan “demokrasi” dan “kebebasan” dalam masyarakat Islam.
Secara jelas, bayangannya sebagai seseorang yang mengambil berat mengenai isu global telah dibayangi dengan cita-citanya dalam negara, dan kebanyakan pendengarnya ingin mengetahui mengenai perancangannya di Malaysia berbanding minatnya yang terbaru dalam “menghubungkan Barat-Islam yang terpisah”.
Suka atau tidak, Anwar dan parti yang beliau menjadi penasihat sekarang telah mengadakan hubungan dengan PAS, sebagai apa yang dikenali sebagai Barisan Alternatif. Ini memberikan banyak masalah kepadanya secara peribadi, terutamanya kerana beliau merasakan beliau perlu terlibat dalam kepentingan dunia, sebagai contoh bertemu dengan pemimpin berhaluan kanan dari Washington dan kumpulan pemikir dari Barat, yang kesemuanya akan membentuknya sebagai seorang “pemimpin Muslim yang sederhana”.
Lawatan Anwar ke seluruh dunia untuk bertemu dengan pemimpin politik dan rakan-rakannya yang memegang jawatan penting di Washington dan Eropah mempunyai dua matlamat dan objektif menang-menang : Peranan Barat dalam membentuknya sebagai seorang agen perubahan sebelum beliau memegang kuasa; dan untuk menjelaskan bahawa PAS bukan sebuah parti ‘pengganas’ Islam, seperti yang ditakuti oleh pemimpin Barat, tetapi sebuah parti yang bebas dan demokratik yang mana Barat mampu “bekerjasama bersama” untuk memegang kuasa.
Ikatannya dengan PAS adalah salah satu daripada halangan yang perlu dilepasi untuk kepentingannya atau jika tidak lebih daripada hubungan mesranya dengan pemimpin Barat.
Sementara Anwar mungkin menggambarkan PAS sebagai liabiliti memandangkan beliau sentiasa berkunjung ke Washington dan Eropah, kerana beliau mampu “ dipanaskan ” di atas hubungannya dengan kumpulan pengganas, parti anti-Barat seperti PAS, di Malaysia.
Beliau dilihat seperti berada di kem yang sama dengan PAS kerana parti tersebut menjuarai isu berkaitan Anwar semasa dipenjarakan selama 6 tahun, semasa parti tersebut bergerak di atas simpati orang ramai dengan Anwar melalui akhbar PAS yang terkenal satu ketika dahulu iaitu Harakah.
Itu suatu ketika dahulu, sekarang keadaan sudah berubah. Dengan krisis yang sudah hampir berlalu daripada masyarakat, PAS sekali lagi dipinggirkan untuk menjaga diri sendiri.
Setelah memegang kuasa politik apabila mengambil alih dua negeri dan hampir membentuk kerajaan negeri di dua negeri yang lain, PAS telah mengalami kekalahan teruk pada pilihanraya tahun lepas (2004). Sekarang, dengan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan, yang dipimpin oleh isteri Anwar dan penyokong setia dari pelbagai latarbelakang ), PAS merasakan berada di bawah tekanan yang semakin meningkat untuk memformulasikan semula agendanya, dan pada masa yang sama menimbangkan kembali penubuhan sebuah Negara Islam.
Ramai yang menyifatkan dokongan politik PAS terhadap sebuah Negara Islam (terutamanya ketika Pilihanraya Umum) sebagai punca utama kenapa parti pembangkang tidak dapat disatukan sebagai sebuah pakatan memerintah, dan sebab kenapa pakatan pembangkang sentiasa berpecah dalam masa yang singkat selepas pilihanraya.
Ahli politik bukan Islam, Muslim sekular dan bekas pemimpin UMNO, yang tidak berpuashati dengan kepimpinan pada masa ini, sekarang berkempen kepada PAS untuk menukar pendiriannya dalam aspirasi untuk sebuah Negara Islam; dalam kata lain, untuk berfikir mengenai undi dengan serius.
Sesetengah pemimpin keADILan, termasuk ANwar, telah mengambil tanggungjawab tersebut untuk bercakap mewakili PAS, cuba untuk mempertahankan agenda negara Islam PAS, terutamanya semasa temuramah dengan media Barat dan dalam ceramah di negara Barat, dan di majlis perhimpunan tempatan yang dihadiri oleh “Muslim yang sederhana” dan bukan Muslim.
Pada 10 Mei, Anwar Ibrahim telah ditemuramah oleh BBC dalam program Hardtalk. Perubahan Anwar yang disifatkan sebagai “pemimpin Islam yang hebat” kepada “Muslim yang sederhana” menggalakkan “dialog di antara Muslim dan Barat” yang diadakan secara terbuka buat pertama kalinya mencabar.
Hubungannya dengan sayap kanan Pentadbiran Bush (terutamanya Paul Wolwofitz), dan bagaimana beliau menerangkannya kepada penyokongnya yang berada di Malaysia, antara perkara yang dipersoalkan kepadanya.
Apabila ditanya sama ada beliau bersetuju dengan usaha PAS untuk sebuah Negara Islam, dalam kebanyakan soalan disebutkan bahawa Negara Islam bermaksud penafian terhadap kebebasan kepada bukan Islam untuk mengamalkan kepercayaan mereka, jawapan Anwar hanya menekankan kepada persepsi seperti : Beliau berkata PAS perlu bekerja dalam lingkungan sebuah “jaminan perlembagaan” dalam kebebasan beragama kepada bukan Muslim, memandangkan sekiranya tiada terdapat jaminan seperti itu dalam Islam.
Ketika semua ini sedang berlaku, kepimpinan PAS telah berdiam diri. Kebanyakan penganalisis dan penyokong telah beranggapan sikap ini sama seperti kekosongan kepemimpinan, khususnya selepas ketiadaan arwah Fadzil Noor, Presiden PAS sebelum ini, pada 2002, tetapi terdapat beberapa sebab lagi : Di kalangan mereka adalah sikap obsesi PAS dengan mengambil alih kuasa daripada UMNO, yang telah memerintah Malaysia semenjak negara ini dibentuk. Di puncak populariti PAS, kesemuanya disebabkan oleh kemarahan masyarakat awam terhadap Mahathir berhubung layanannya terhadapa Anwar, soal kepimpinan PAS bukan satu isu.
Memandangkan pilihanraya dalaman parti semakin hampir, ahli-ahli akan memilih pemimpin mereka, peringkat bahagian terlantar bukan disebabkan oleh perbezaan umur tetapi disebabkan oleh jurang kematangan politik.
Sesiapa yang telah dicalonkan untuk jawatan tertinggi termasuk pemimpin muda, tugas mereka hanya penting ketika pilihanraya disebabkan oleh cara berkempen mereka yang agresif.
Pemimpin ‘tradisional’ seperti Abdul Hadi Awang dan Nik Abdul Aziz terkecuali, ramai di dalam PAS bersetuju bahawa pemimpin mereka tidak berada benar-benar di dalam rentak yang sama dengan perspektif politik parti.
Hadi dan Nik Aziz, seperti allahyarham Fadzil Noor, telah memainkan peranan dengan baik sebagai kuasa penyatu dan mampu terlibat berbahas dengan pemimpin kerajaan.
Pemimpin yang baru muncul, sesetengahnya dipanggil ulama disebabkan latarbelakang pendidikan Islam mereka di bumi Arab, mengambil risiko dengan memaksa PAS menimbang semula agendanya dengan memujuk “Muslim sekular ” yang enggan untuk mengundi PAS berbanding musuh mereka iaitu UMNO.
Khabar angin sudah merebak bahawa sekumpulan “ulama” dan “profesional” baru, yang menyertai PAS disebabkan layanan buruk terhadap Anwar, akan mengambil alih kepimpinan parti ; terdapat juga perbicangan mengenai kerjasama yang lebih rapat dengan Anwar, atau pada masa yang sama membawa Anwar masuk ke dalam PAS dengan diberikan jawatan.
Bagaimana PAS akan berhadapan dengan naungan Anwar dan tokoh yang tidak jujur dari Washington serta kepentingan politik Barat terhadap Anwar.
Sesetengahnya dijawab dengan fakta bahawa sesetengah pemimpin PAS telah mula bercakap mengenai ‘image’ (satu obsesi di kalangan sesetengah Muslim semenjak September 2001), daripada peranan PAS sebagai sebuah gerakan yang menekan kerajaan dalam sebuah negara majoriti Islam.
Sesetengah pemimpin PAS sedang mengadakan perbincangan secara tertutup dengan diplomat Amerika Syarikat dan Australia, dan terdapat seperti keengganan pemimpin utama dalam demonstrasi anti-AS untuk hadir bersama.
Tekanan terhadap PAS dalam menggugurkan cita-cita Negara Islam akan atau tidak akan mengubah landskap politik Malaysia, isu Islam dan Bangsa telah memastikan pakatan memerintah masih berada di tampuk pemerintahan walaupun cabaran daripada yang menentangnya.
Soalan sama ada pemimpin sekarang dan aktivis dalam PAS, sama seperti “darah muda”, akan mampu untuk menyelesaikan cabaran tersebut dalam ruang lingkup intelektual Islam, daripada politik kasar dan pertikaian kosong.
Negara Islam tidak boleh dikeluarkan daripada agenda oleh mana-mana pergerakan Islam; apa yang berbeza adalah cara dan apa yang membentuk Negara Islam dijangka perlu diambil kira.
Adalah lebih bijak untuk PAS berhati-hati dengan tekanan, dan menilai semula aspirasinya dengan tidak bersikap apologetic tetapi dengan satu pandangan terhadap asas Negara Islam untuk muncul dalam realiti yang kompleks seperti yang berlaku di Malaysia.
Dalam demokrasi seperti Malaysia, jumlah kerusi Parlimen dan kelompok peserta dalam ceramah umum boleh digunakan untuk mengukur sokongan sesebuah parti. Walaupun kesemua ini adalah rendah buat masa ini untuk PAS, kepimpinannya perlu sedar bahawa kedua-dua perkara tersebut tidak boleh digunakan sebagai kayu ukur sejauh mana parti itu bergerak berdasarkan hasil kerja yang sebenar.
Hanya keupayaannya untuk bergerak di atas landasan intelektual yang tinggi yang dapat membawa PAS ke satu ruang yang dihormati di mata umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.
Anwar Ibrahim jawab isu Yahudi kepada pelabur asing di Hong Kong
Oleh : Bruce Einhorn
Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan sekarang merupakan tokoh pembangkang hebat, telah berada di Hong Kong semalam untuk memberikan ucapan dalam satu persidangan pelabur CLSA. Selama bertahun-tahun, Anwar merupakan seorang yang amat setia kepada Mahathir Mohamad (terkenal dengan nama buruk kerana menyalahkan golongan Yahudi di atas kemelesetan Malaysia semasa krisis kewangan pada akhir 90-an). Kemudian beliau dan Dr. M berkelahi secara terbuka dan Anwar dihantar ke penjara selama beberapa tahun sebelum mahkamah tinggi negara mengarahkan beliau dibebaskan.
Berbalik soal politik selepas memenangi satu pilihan raya kecil bulan lepas, sekarang Anwar telah menggambarkan dirinya sebagai seorang yang menyokong perubahan dalam penyatuan dan bukannya perpecahan.
“Saya selalu dipanggil sebagai "agen Yahudi" atau "agen Amerika", tetapi saya fikir semua itu telah berlalu,” keta beliau kepada hadirin CLSA, menurut seseorang yang turut sama hadir.
Dengan penuh harapan, beliau menambah “Kami sekarang bergerak ke arah zaman pluralistik, dunia kepelbagaian budaya. Pergerakan ini menyebabkan saya menjadi seorang yang optimis.”
(Nota : Istilah pluralistik sering digunakan oleh kumpulan Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia, yang dipopularkan oleh Prof Dr Nurcholish Madjid pengasas Yayasan Paramadina Indonesia. Yayasan itu ditaja oleh badan penaja Amerika iaitu Ford Foundation dan The Asia Foundation untuk mewujudkan masyarakat Islam Indonesia yang sama rata dari segi agama - pluralisme agama. Maklumat lanjut klik artikel 1 dan artikel 2)
Jadi, untuk mengambilkira formula terdahulu, (dituduh agen Yahudi), adakah Anwar Ibrahim baik dari kacamata Yahudi ?. Mungkin.. (nota : walaupun penulis artikel ini tahu jawapannya, tetapi dia meninggalkan persoalan dengan perkataan "mungkin")
Tetapi Anwar merupakan seorang ahli politik yang tahu untuk menyampaikan mesejnya kepada pendengarnya, memberitahu golongan Barat tentang sesuatu (yang lain) dan kepada rakyat Malaysia perkara yang lain pula.
Satu contoh yang ringkas : Saya pernah menemuramahnya di bilik istirahatnya di Kuala Lumpur 10 tahun lepas, sebaik sahaja beliau bergaduh dengan Dr. M. Dengan wakil media berada di sekelilingnya, Anwar duduk bersama saya dan beberapa wartawan asing yang lain dan merungut bahawa kerajaan menggunakan taktik Gestapo terhadapnya.(Nota : Gestapo merujuk kepada polis rahsia Jerman yang kejam semasa Nazi - Masyarakat Barat terutamanya Amerika dan Yahudi benci kepada kekejaman Nazi khususnya pembunuhan beramai-ramai Yahudi di Jerman - 'holocoust')
Pada hari berikutnya, beliau bercakap dalam satu perhimpunan awam (majoriti Melayu)dan merungut dengan cara yang sama tentang penindasan yang dihadapinya. Kecuali pada kali ini, beliau menyatakan kerajaan sedang menggunakan taktik Mossad terhadapnya. (Nota : Mossad merujuk kepada polis rahsia Israel yang terkenal melakukan tindakan kotor ke atas dunia Islam khususnya di Palestin - Masyarakat Melayu beragama Islam benci kepada kekejaman Israel)
Lucu, bagaimana ungkapan berubah apabila beliau sedang bercakap dengan masyarakat tempatan dan bukan wartawan Barat.
[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Selepas tiga hari pihak pembelaan berhujah berhubung bantahan mengenai kesahihan sijil pemindahan ke Mahkamah Tinggi yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, Mahkamah Sesyen hari ini memutuskan untuk menyambung sesi penghujahan pada 31 Oktober depan.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim S.M. Komathy Suppiah setelah mempertimbangkan pemintaan pihak pembelaan yang diketuai Sulaiman Abdullah kerana anak guamnya akan menghadiri persidangan Dewan Rakyat bermula Isnin depan.
Hakim juga mengarahkan supaya arahan yang dikeluarkan semalam bagi mengenepikan afidavit Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk laporan-laporan akhbar yang memetik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar yang mengatakan Peguam Negara tidak boleh terlibat dalam kes liwat ini agar tidak disiarkan di media ditarik balik.
Keputusan itu dibuat selepas mahkamah kembali bersidang pada pukul 3.10 petang tadi.
Sebelum itu, prosiding pada sebelah pagi tadi bermula dengan Sulaiman berhujuah untuk meminta hakim menarik balik arahan kepada media yang dilarang menyiarkan afidavit Anwar mengenai pertuduhan terhadap Abdul Gani.
Bagaimanapun Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata arahan itu hanya digunapakai hingga prosidingnya selesai.
Alasan yang diberikan pihak pendakwa itu ialah terdapat media yang salah melaporkan fakta di dalam prosiding bantahan awal permohonan pendakwa raya untuk memindahkan kes liwat ini ke Mahkamah Tinggi.
Sulaiman akan kembali berhujah pada 31 Oktober depan.
KUALA LUMPUR 9 Okt. – Mahkamah Seksyen petang ini memutuskan mengubah perintah larangan terhadap media untuk menyiarkan pernyataan tuntutan dalam afidavit kes Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hakim S.M. Komathy Suppiah membuat keputusan itu dengan mengguna pakai Kaedah 41, Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1990 bahawa pernyataan-pernyataan tuntutan dalam afidavit Ahli Parlimen Permatang Pauh itu diterima sebagai keterangan oleh mahkamah.
Beliau berkata, sehubungan itu perintah yang beliau keluarkan semalam itu digugurkan.
Pada prosiding kes liwat Anwar yang masuk hari keenam hari ini, peguam bela Anwar, Sulaiman Abdullah memohon supaya mahkamah mengubah semula keputusan yang telah dibuat semalam.
Hujahan berhubung perkara itu mengambil masa sepanjang prosiding pada sebelah pagi.
KUALA LUMPUR 9 Okt. – Prosiding perbicaraan kes liwat yang dihadapi Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Sesyen di sini ditangguhkan sehingga 31 Oktober ini.
Hakim, S. M. Komathy Suppiah menetapkan tarikh sambung bicara itu selepas dimaklumkan bahawa Anwar akan menghadiri sidang Parlimen mulai Isnin depan.
Prosiding dalam kes Anwar masih di peringkat hujah bantahan terhadap permohonan untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.
Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden tidak membantah permohonan penangguhan itu memandangkan Anwar harus hadir ke Parlimen.
Serentak hari yang sama, Mahkamah Tinggi Shah Alam akan memutuskan perbicaraan di akhir kes pendakwaan dalam kes profil tinggi melibatkan penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda dan dua anggota polis dalam kes bunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu. - Utusan
KUALA LUMPUR: Pasukan pembelaan dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Mahkamah Sesyen, di sini menarik balik larangan yang dikenakan ke atas media daripada melaporkan kandungan bahan bukti berhubung kejadian 'mata lebam' Anwar.
Peguambela utama Anwar, Sulaiman Abdullah, berkata media tidak seharusnya dihalang berbuat demikian kerana kandungan bahan bukti itu dibaca di mahkamah terbuka, menjadikan afidavit Anwar yang mengandungi bahan bukti itu sebagai dokumen awam.
Anwar memfailkan afidavit bagi menyokong permohonannya untuk membantah langkah pihak pendakwaan untuk memindahkan perbicaraan kes itu ke Mahkamah Tinggi.
Beliau mempersoalkan kesahan sijil pemindahan itu yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang sedang disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) berikutan laporan polis yang dibuat oleh Anwar berhubung pemalsuan keterangan.
Sulaiman berhujah di hadapan Hakim S M Komathy Suppiah bahawa tiga bahan bukti berkenaan iaitu dua pernyataan tuntutan yang masing-masing difailkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan pegawai penyiasat kes Anwar pada 1998 Anwar, Datuk Mat Zain Ibrahim serta laporan akhbar mengenai kejadian itu yang dibaca di mahkamah terbuka. - Bernama
[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Peguam kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sulaiman Abdullah akan menyambung hujahnya pada pukul 2.30 petang ini selepas beliau menyampaikan hujahnya lebih empat jam bermula semalam.
Terdahulu, Mahkamah Sesyen hari ini menyambung sesi penghujahan pihak pembelaan bermula jam 10.17 pagi tadi bagi membantah status pemindahan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi.
Hakim Mahkamah Sesyen S.M. Komathy Suppiah semalam menangguhkan sidang hingga pukul 10 pagi ini bagi memberi peluang kepada ketua pihak pembelaan, Sulaiman Abdullah menyambung hujahan pada hari ketiga terhadap kesahihan sijil pemindahan yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
KUALA LUMPUR 9 Okt. - Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam untuk tidak bertanding jawatan presiden UMNO sebagai tidak mengejut.
Menurutnya, ini kerana Abdullah sebelum ini telah berulang kali memberi bayangan bahawa beliau akan berbuat demikian.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri prosiding kes liwat terhadapnya di Mahkamah Jalan Duta di sini yang berhenti rehat tengah hari ini.
KUALA LUMPUR 9 Okt. – Mahkamah Seksyen akan membuat keputusan pada pukul 2.30 petang ini berhubung permohonan peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengubah keputusan mahkamah itu yang mengeluarkan perintah melarang media menyiarkan beberapa kandungan pernyataan sebutan dalam afidavit ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Pada prosiding kes liwat Anwar yang masuk hari keenam hari ini, Sulaiman Abdullah memohon supaya mahkamah mengubah semula keputusan yang telah dibuat semalam.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden menjelaskan beliau tidak menyatakan untuk mendapat perintah larangan terhadap media.
Sebaliknya, beliau hanya meminta supaya mahkamah melarang media menyiarkan kandungan pernyataan yang masih belum diterima pakai oleh mahkamah sebagai bahan bukti.
Hujahan berhubung perkara itu mengambil masa sepanjang prosiding pada sebelah pagi.
Pada sebelah petang pula, Sulaiman akan menyambung semula hujah bantahan berhubung pemindahan kes Anwar ke Mahkamah Tinggi.
KUALA LUMPUR – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memahami mengapa replika dirinya setinggi 12.2 meter berhadapan Wisma Keringat, Batu Caves, dekat sini dijadikan isu, berikutan ia sekadar gambar dan bukannya patung.
Beliau menambah, replika tersebut dijadikan isu kerana melibatkan dirinya sebagai pembangkang, yang mana perkara sama dianggap tidak mengapa jika melibatkan pemimpin negara seperti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Yang haram semua kena saya. Tapi kalau gambar Abdullah boleh pula halal. Kalau gambar pun tidak boleh dan perlu diturunkan, gambar Abdullah pun kena turunlah,” katanya selepas menghadiri prosiding mahkamah berhubung kes liwatnya di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, semalam.
Selain itu, beliau yang mengetahui pembinaan replika itu melalui akhbar menambah, tidak akan mencampuri urusan menurunkan replika tersebut kerana lebih memfokuskan perkara lain yang lebih penting.
Justeru, keputusan untuk menurunkan replika yang memakan belanja RM5,000 akan diserahkan kepada mereka yang bertanggungjawab membinanya.
Isnin lalu, Sinar Harian melaporkan kenyataan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menasihatkan supaya replika gambar yang diilhamkan para aktivis dan reformis serta penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Caves perlu dihapuskan dengan segera kerana dikhuatiri akan membawa unsur keberhalaan.
Sementara itu, pada sidang media sama, Anwar menambah beliau akan kembali beraksi sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen Isnin depan.
“Saya akan menyentuh masalah besar yang dihadapi negara iaitu masalah ekonomi, pengurusan ekonomi yang salah, rasuah dan pembelian kepentingan tambahan Maybank (Malayan Banking Bhd) dalam PT Bank Internasional Indonesia (BII) yang bersifat skandal,” tambahnya.
Ditanya tentang mesyuarat PKR Selasa lalu, Anwar menjawab, ia adalah mesyuarat biasa dan tidak menyentuh isu 13 Oktober, sebaliknya bagi membincangkan strategi dan pembangunan parti tersebut.
Pada perkembangan lain, Anwar berkata, negara akan terjerumus ke dalam bencana ekonomi yang teruk sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri.
“Datuk Seri Najib secara jelas menyatakan beliau sebagai Perdana Menteri akan meneruskan agenda ekonomi pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi.
“Kenyataan beliau bahawa Malaysia tidak akan terkesan dengan perkembangan krisis ekonomi dunia sangat membimbangkan dan mempamerkan kegagalan beliau untuk menangani cabaran yang akan dihadapi oleh negara pada masa depan,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.
Menurut Anwar, Najib yang juga Menteri Kewangan juga tidak menunjukkan komitmen untuk memastikan Agenda Perubahan berlaku demi memulihkan keyakinan rakyat terhadap Badan Kehakiman dan bertindak memerangi rasuah.
“Rakyat mahukan Agenda Perubahan dan ini telah mereka tunjukkan dengan jelas pada pilihan raya umum 8 Mac dan pilihan raya kecil Permatang Pauh,” katanya.
KUALA LUMPUR 9 Okt. - Mahkamah Sesyen di sini hari ini akan terus mendengar hujahan pihak pembelaan mengenai nas undang-undang berhubung bantahan terhadap sijil perakuan pemindahan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Hujahan tersebut dibentangkan oleh peguam bela mewakili Anwar, Sulaiman Abdullah di hadapan hakim S.M. Komathy Suppiah agar permohonan pihak pendakwa untuk memindahkan kes itu ditolak.
Sijil perakuan itu dipersoalkan oleh pihak pembelaan kerana ia ditandatangani oleh Abdul Gani sedangkan Peguam Negara itu kini disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) setelah Anwar membuat laporan polis terhadapnya.
Pihak pendakwaan melampirkan sijil itu dalam permohonannya untuk memindahkan perbicaraan kes liwat Ahli Parlimen Permatang Pauh itu ke Mahkamah Tinggi di bawah peruntukan Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah.
Anwar, 61, kini Ketua Pembangkang di Parlimen mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, pada 26 Jun 2008 antara pukul 3.01 dan 4.30 petang di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini.
Prosiding hari ini adalah hari yang keenam. - Utusan
Anwar Ibrahim (gambar kecil bawah, kanan) dalam program forum meja bulat CIPE pada 28 Mac 2007. CIPE adalah cabang kepada NED. Anwar dilantik Ahli jawatankuasa panelis NED. Rencana ini sangat menarik untuk dibaca untuk memahami peranan NED dan kaitannya dengan Anwar Ibrahim. Sumber foto klik di sini dan di sini
Mengenali modus operandi politik “demokratik” NED
Oleh Thierry Meyssan
Dalam ucapannya dalam Kesatuan Amerika Syarikat (State of the Union) 2004, Presiden Bush telah mengumumkan niatnya untuk menggandakan perbelanjaan untuk National Endowment for Democracy (NED).
Organisasi ini telah ditubuhkan oleh Ronald Reagan untuk meluaskan aktiviti rahsia CIA dengan menyediakan tajaan kewangan dan mengawal kesatuan sekerja, persatuan dan parti-parti politik. NED berbangga kerana telah mendesak dan memanipulasi kesatuan sekerja Poland (Solidarnosc), Charter 77 dan banyak lagi kumpulan lain. Di bawah arahan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) dan berhubung kait dengan Parti Republikan dan Demokratik, bersama Lembaga Pemegang Amanah dan kesatuan sekerja, NED telah bertemu dengan ramai individu dan institusi “penggerak” di seluruh dunia, termasuk di Perancis.
Vin Weber (Yahudi), pengerusi NED sedang mendengar ucapan Presiden Bush mengenai peranan NED terhadap luar negara
Semasa ucapan terakhirnya di Kesatuan Amerika Syarikat, pada 20 Januari 2004, Presiden Bush telah mengumumkan niatnya untuk menggandakan perbelanjaan untuk National Endowment for Democracy (NED) dan ianya merupakan “peranan terbarunya dalam menumpukan galakan terhadap pilihan raya yang bebas, pertukaran bebas, kebebasan media dan kebebasan kesatuan sekerja di Timur Tengah”.
Untuk Rumah Putih (White House) , kesemuanya merupakan pelengkap kepada tindakan ketenteraannya di beberapa wilayah bersama dengan meningkatkan campur tangan dalam hubungan dalam negeri di beberapa buah negara.
Pada awal 1980-an, Presiden Ronald Reagan melabelkan Kesatuan Soviet sebagai “Empayar Kejahatan” dan memikirkan langkah-langkah baru untuk menentangnya. Kemudian, usaha yang mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menyahstabilkannya dengan pergerakan “masyarakat awam” telah dimasukkan ke dalam “kekangan” ketenteraan dan diplomatik.
Selepas aktiviti rahsia CIA didedahkan oleh beberapa siri Suruhanjaya Siasatan dan dikutuk oleh pendapat awam, National Security Council(Majlis Keselamatan Negara) mengambil keputusan untuk meneruskan tugasnya dengan cara yang kurang kotor dan menggunakan nama lain. Yang paling penting, struktur yang baru perlu dilindungi dari peralihan politik melalui satu arahan yang melibatkan kerjasama antara dua parti politik.
Secara rasminya ditubuhkan pada 6 November 1982, National Endowment for Democracy (NED) mempunyai status yang sah dari sudut undang-undang sebagai sebuah organisasi yang tidak berlandaskan keuntungan. Bagaimanapun, perbelanjaannya diluluskan oleh Kongres sebagai sebahagian daripada peruntukan Jabatan Negara AS untuk US Agency for International Development (USAID).
Penaja utama NED : United States Agency for International Development (USAID). Ditubuhkan pada 1961 oleh Presiden Amerika John F. Kennedy. Menurut Jane Perlez dalam New York Times (August 2006) Presiden Bush telah menambahkan peruntukan kepada USAID untuk mewujudkan "Moderate Muslim" di seluruh dunia Islam seperti Pakistan, Afghanistan, Egypt, Iraq dan Indonesia . Klik di sini
Penaja NED - The Smith Richardson Foundation (SRF). SRF juga menaja Center for Strategic and International Studies, American Enterprise Institute (AEI); Paul H. Nitze School of Advanced International Studies (SAIS) di Universiti Johns Hopkins; Brookings Institution; RAND Corporation; Hudson Institute, National Institute for Public Policy ; Urban Institute; Freedom House; Inc. dan Council on Foreign Relations. Klik di sini
Penaja NED - The John M. Olin Foundation - Yayasan ini juga turut menaja 15 buah universiti termasuk Georgetown, George Mason dan Stanford. Juga menaja 15 badan pemikir Amerika termasuk, Heritage Foundation; American Enterprise Institute (AEI); Hudson Institute; Council on Foreign Relations (CFR); Foreign Policy Research Institute; Brookings Institution; Woodrow Wilson International Center for Scholars dan Cato Institute; Project for the New American Century (PNAC). Senarai penuh tajaan yayasan ini klik di sini.
Penaja NED : Lynde and Harry Bradley Foundation. Yayasan ini turut menaja The American Enterprise Institute (AEI); The Foreign Policy Research Institute (FPRI) and Middle East Forum; The Institute on Religion and Democracy; Project for the New American Century (PNAC); Heritage Foundation; The Council on Foreign Relations (CFR); Hoover Institution ; Hudson Institute. Senarai penuh klik di sini
Dalam menjadikannya kelihatan seperti sebuah organisasi persendirian, NED juga menerima sumbangan daripada tiga persatuan, pada masa yang sama, secara tidak langsung dibiayai oleh kontrak persekutuan iaitu Smith Richardson Foundation (Yayasan Richardson Foundation), John M. Olin Foundation (Yayasan John M. Olin) dan Lynde and Harry Bradley Foundation (Yayasan Lynde dan Harry Bradley).
Kebanyakan tokoh-tokoh yang terlibat dalam tindakan rahsia CIA, dalam beberapa sudut, telah menjadi ahli Majlis Pentadbiran NED atau Lembaga Pengarah : Antaranya adalah Otto Reich, John Negroponte, Henry Cisneros atau Elliot Abrams.
Pada masa ini, ianya dipengerusikan oleh Vin Weber (Yahudi), bekas ahli Kongres Republikan daripada negeri Minnesota,pengasas "ultrakonservatif" Persatuan Empower America dan terlibat dalam mengutip sumbangan untuk kempen presiden bagi George W. Bush pada tahun 2000.
Pengarah Eksekutifnya, adalah Carl Geshman (Yahudi), merupakan bekas pengikut fahaman Trotskyite telah menjadi individu yang bertanggungjawab kepada Sosial Demokrat AS dan merupakan ahli kepada aliran neo-konservatif. [1]
NED secara ringkasnya merupakan kesinambungan kepada tindakan rahsia CIA melalui cara lain, dan oleh sebab itu, United Kingdom dan Australia menjadi rakan bersekutu kepada aktivitinya daripada manfaat perjanjian peringkat tertinggi yang menentukan hubungan di antara perkhidmatan rahsia tentera mereka.
Surat pujian peranan NED daripada rakan sekutu Amerika paling rapat iaitu Tony Blair, United Kingdom.
Prinsip utama NED adalah “Apa yang bagus untuk Amerika adalah bagus untuk dunia.”
Oleh yang demikian, dana diuruskan oleh sebuah Majlis Pentadbiran yang diwakili oleh Parti Republikan, Parti Demokratik, US Chamber of Commerce (Dewan Perdagangan AS) dan kesatuan sekerja AFL-CIO.
Setiap daripada mereka mencadangkan aktiviti yang perlu diterima oleh dua pertiga daripada ahli. Setelah bantuan kewangan diperuntukkan, ianya akan melalui institusi yang dikawal oleh salah satu daripada ahli Majlis Pentadbiran NED.
Secara praktikal, melalui proses ini, NED menentukan negara mana yang akan menjadi sasaran tindakan, di mana ia akan menaja parti dan rakan sosial untuk menumbangkan kerajaan dan meletakkan individu tertentu berkuasa bergantung kepada “kepentingan Amerika” dan tidak bergantung kepada kepentingan mana-mana ahlinya.
Walaupun ianya ditubuhkan untuk menentang komunisme, secara tepatnya selepas kejatuhan Soviet Union, barulah NED menikmati keadaan yang selesa. Sewaktu ia berpura-pura untuk terlibat dalam menggalakkan demokrasi, sebenarnya ia menguasai negara-negara yang kepentingan bercanggah dengan kelas memerintah Amerika.
Dari sudut pandangan ini, mungkin NED bertanggungjawab terhadap krisis demokrasi di seluruh dunia : Ia tidak berhenti daripada menyalahkan mekanisme institusi dan menerapkan demokrasi kepada “pentadbiran yang baik” melalui mereka yang mengambil alih pentadbiran tersebut melalui NED.
Sementara itu, penggunaan institusi yang mempunyai pelbagai aliran politik berselindung daripada pandangan awam, punca dana dan motif yang menentukan pembahagian mereka.
Dalam banyak negara, mereka yang mendapat faedah daripada “bantuan” ini dipergunakan tanpa mereka sedari, walaupun ketika individu yang berunding mengenai peruntukan dana tersebut amat menyedari tentang jalan yang mereka pilih untuk bekerjasama.
Satelit NED : Pembiaya utama NED adalah United States Agency for International Development (USAID). Di bawah cabang NED terbahagi kepada 4 agensi lain iaitu ACILS, CIPE, NDI dan IRI
Empat institusi satelit NED adalah :
1. American Center for International Labor Solidarity (ACILS) atau Pusat Amerika untuk Penyatuan Buruh Antarabangsa. Lebih dikenali sebagai Solidarity Center. Dipengerusikan oleh John J. Sweeney yang bertugas sebagai Setiausaha Agung Kesatuan Sekerja AFLC-CIO. [nota AIDC : sekarang dipengerusikan oleh Ellie Larson. Klik di sini]
Transparency International Malaysia (TIM) adalah jaringan NED di bawah cabang CIPE . Dari kiri Tan Sri Ramon Navaratnam, (Presiden TIM/board of directors of Monash University Malaysia's) ; Professor Robert Bignall (pro vice-chancellor, Universiti Monash Malaysia) ; Tunku Abdul Aziz Ibrahim, bekas president TIM / telah menyertai DAP) ; da Mr Lee Chong San, executive director of operations, TIM. Kesemua aktivis TIM ini berkumpul di Universiti Monash Malaysia.
2. Center for International Private Enterprise (CIPE) atau Pusat Keusahawanan Persendirian Antarabangsa. Dipengerusikan oleh J. Donohue yang bertugas sebagai Presiden US Chamber of Commerce (Dewan Perdagangan AS), yang juga merupakan “ketua kepada ketua yang lain” [2].(nota; Pengarah CIPE pula adalah John D Sullivan)
3. International Republican Institute (IRI) atau Institut Republikan Antarabangsa. Dipengerusikan oleh John McCain, yang tewas dalam pilihan raya utama 2000 kepada George W. Bush dan pada masa sekarang merupakan penyokong kuat Kongres untuk perang global menentang keganasan. ( Nota Presiden IRI pula adalah Lorne Craner )
4. National Democratic Institute for International Affairs (NDI) atau Institut Demokratik Negara untuk Hubungan Antarabangsa. Dipengerusikan oleh bekas Setiausaha Negara, Madeleine K. Albright. (Nota - Presiden NDI pula adalah Kenneth Wollack )
Berikut merupakan foto AJK Pusat NED yang mempunyai 4 cabang iaitu ACILS, CIPE, NDI dan IRI : Anwar Ibrahim -kedudukan paling kiri - Jawatan Panelis-Bangsa Melayu ; Lorne Craner - kedudukan no 5 dari kiri - Jawatan Presiden IRI - AJK USAID - bangsa Yahudi; Ellie Larson - kedudukan no 9 dari kiri - Jawatan Pengarah Eksekutif Solidarity Center/ACILS - Bangsa Yahudi; Carl Gershman - Kedudukan no 7 dari kanan - di depan patung - Jawatan Presiden NED - Bangsa Yahudi; Kenneth Wollack - Kedudukan no 3 dari kanan - Jawatan Presiden NDI - AJK USAID/AIPAC - Bangsa Yahudi ; John D Sullivan Kedudukan no 2 dari kanan - Jawatan Pengarah Eksekutif CIPE - AJK USAID. Sumber foto klik di sini. AJK USAID klik di sini.
Sistem institusi satelit telah diinspirasikan oleh Amerika Syarikat di Jerman, sebagai askar penjajah, bersama Friedrich Ebert Stiftung (Yayasan Friedrich Ebert), Friedrich Naunmann Stiftung (Yayasan Friedrich Naunmann), Hans Seidal Stiftung (Yayasan Hans Seidal), dan Heinrich Boell Stiftung (Yayasan Heinrich Boell), kesemuanya digunakan untuk menyalurkan bantuan kewangan di negara tertentu.
Friedrich Naumann Foundation (FNF), penaja sekutu Amerika yang berpengkalan di Jerman : Di Malaysia FNF memilih untuk menaja Anwar Ibrahim dan PKR dalam mewujudkan masyarakat yang "Liberalisme" dalam agama, politik dan ekonomi. Bukti klik 1, klik 2, klik 3, klik 4, dan klik 5.
Anwar bersama salah satu penajanya FNF. Dari kiri, Dr. Irmgard Schwaetzer, Anwar Ibrahim, Hubertus Von Welck dalam persidangan tahunan FNF di Kuala Lumpur beberapa tahun lepas. Dr. Irmgard Schwaetzer adalah Ahli Lembaga Pengarah FNF, Potsdam, Jerman. Hubertus Von Welck pula Pengarah FNF untuk Wilayah Timur dan Asia Tenggara.
Dengan menggunakan prinsip yang sama, NED telah menemui beberapa koresponden di beberapa buah negara sekutu, ahli NATO atau ahli kepada bekas ANZUS, di antara mereka adalah Westminster Foundation for Democracy atau Yayasan Westminster untuk Demokrasi (United Kingdom), International Center for Human Rights and Democratic Development atau Pusat Antarabangsa untuk Pembangunan Hak Asasi dan Demokratik (Kanada), Fondation Jean Jaurès (Yayasan Jean Jaurès), Fondation Robert Schuman atau Yayasan Robert Schuman (Perancis), International Liberal Center atau Pusat Liberal Antarabangsa (Sweden) dan Alfred Mozer Foundation atau Yayasan Alfred Mozer (Holland).
NED bekerjasama dengan rangkaian penaja di seluruh dunia. Rangkaian-rangkaian penaja ini merupakan sekutu Amerika yang beroperasi di seluruh dunia.
Dalam majlis ulang tahun ke-20, NED telah melakukan satu penilaian tindakannya yang mendedahkan bahawa pada masa ini, ia telah menaja dan memberikan arahan kepada lebih daripada 6000 pertubuhan sosial dan politik di seluruh dunia.
NED mengesahkan telah menubuhkan secara lengkap kesatuan sekerja Solidarnosc di Poland, Charter 77 di Czechoslovakia dan Otpor di Serbia.
Ia juga berbangga kerana telah mewujudkan Radio B29 dan akhbar Oslobodjenje di bekas Yugoslavia dan juga beberapa cawangan akhbar yang “bebas” di negara “merdeka” Iraq.
NED telah menerbitkan Journal of Democracy (Jurnal Demokrasi), yang telah diedarkan ke seluruh dunia dan majalah Encuentro (Mesyuarat), khusus untuk Cuba, dan juga buku-buku kolektif.
Ia juga telah menganjurkan persidangan yang berprestij dengan menaja ahli intelektual (sebagai contoh, ahli sejarah François Furet dan ketua media di Perancis Jean Daniel).
Akhirnya, NED “membentuk” kesatuan sekerja dan tokoh-tokoh politik terkenal di seluruh dunia, semuanya berkaitan dengan pelaksanaan “demokrasi”.
Secara rasminya, perbelanjaan NED meningkat kepada 50 juta dolar. Bagaimanapun, penajaan bersama yang besar diterima dan diperuntukkan dalam menguruskan operasinya.
Sumbangan luar tersebut, yang meningkat beberapa juta dolar setahun, kebanyakannya datang daripada Jabatan Negara AS, Jabatan Perbendaharaan AS dan secara rahsia dari CIA.
Thierry Meyssan Wartawan dan penulis, Presiden Voltaire Network
Nota : Terjemahan AIDC ini daripada rencana asal bertajuk "NED: National Endowment for Democracy-The networks of "democratic" interference",7 Oktober 2008. Artikel asal klik di sini
NOTA KAKI :
[1] Jangan dilupakan bahawa kebanyakan penganut fahaman neo-konservatif merupakan tokoh-tokoh Trotskyite yang bergabung dengan CIA menentang fahaman Stalinisme. Aliran “idealis sayap kiri” ini, yang sebelum ini diuruskan oleh Ahli Demokrat, Henry Scoop Jackson, telah menyertai Parti Republikan dan pada masa ini mempunyai pengaruh intelektual terhadap White House dan Pentagon.
[2] CIPE melaksanakan tindakan menentang rasuah melalui Transparency International dan menentang eksploitasi buruh kanak-kanak melalui Social Accountability International atau Akauntabiliti Sosial Antarabangsa.
Kami sedang mengumpul dana untuk server AIDC blog. Sesiapa yang berminat boleh salur sumbangan anda ke no akaun BANK ISLAM - 1303 5010 0580 99 (TETUAN AIDC MANAGEMENT).