MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

4 Okt 2008

Sejarah Anwar Ibrahim (1947-2007)


Sejarah Anwar Ibrahim (1947-2007)


Datuk Seri Anwar bin Datuk Ibrahim Abdul Rahman (lahir 10 Ogos 1947) merupakan seorang ahli politik Malaysia, bertindak sebagai penasihat Parti Keadilan Rakyat dan ketua Pakatan Rakyat. Semasa awal kerjaya politiknya, beliau merupakan 'anak didik' Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, tetapi kemudiannya tampil sebagai seorang pengkritik Tun Dr. Mahathir yang lantang.

Dalam tahun 1999, beliau telah dijatuhkan hukuman penjara sehingga enam tahun kerana didapati bersalah di atas kesalahan penyalahgunaan kuasa.

Pada tahun 2000, iaitu selama sembilan tahun kerana didakwa melakukan kesalahan di luar tabii (liwat).

Walau bagaimanapun, dalam tahun 2004, mahkamah tertinggi Malaysia, Mahkamah Persekutuan telah membalikkan sabitan kesalahan kedua dan beliau telah dibebaskan.

Pada bulan Julai 2008, beliau telah didakwa sekali lagi atas tuduhan dakwaan meliwat bekas penolongnya.

Setelah boleh kembali berpolitik, Anwar telah berjaya memenangi kerusi Permatang Pauh pada pilihan raya kecil 26 Ogos 2008. Beliau menang dengan majoriti lebih 15 ribu undi, menewaskan calon BN yang juga ADUN Seberang Jaya, Arif Shah Omar Shah dan calon AKIM Hanafi Mamat.

Biodata Anwar

Beliau dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Anwar bermaksud 'bercahaya'.

Ayahnya Datuk Haji Ibrahim bin Abdul Rahman adalah merupakan bekas ahli Parlimen dan Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Malaysia.

Manakala ibunya Che Yan Hussein merupakan ahli pidato Pergerakan Wanita UMNO. Anwar sering dibawa ke majlis-majlis ceramah wanita.

Pendidikan

Semasa kecil, beliau bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Stowell, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kemudian, beliau meneruskan pengajian persekolahan menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966. Semasa di MCKK, beliau aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu dan wakil pemidato sekolahnya. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Pengawas MCKK.

Semasa di MCKK, Anwar mengenali Sanusi Junid, Kamaruddin Jaafar dan Yahaya Ahmad. Selepas itu pada tahun 1967, beliau melanjutkan pelajaran tinggi di Universiti Malaya dalam Pengajian Melayu (Sastera).

Zaman belia

1968 menjadi Presiden Kesatuan Bahasa Melayu 1968. 1968 juga menjadi Presiden Kesatuan Kebangsaan Penuntut Muslim Malaysia.

1969 Anwar berganding dengan Dr Mahathir Mohamad berdiri di pentas PAS menghentam Tunku Abdul Rahman dan menyebarkan surat layang .

1971 menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia , ABIM dengan rakan-rakan daripada MCKK dahulu.

1973 Penasihat Majlis Belia Bangsa-Bangsa Bersatu.

1979 Menerima Pingat Utama Iqbal 100 Tahun oleh Presiden Zia Ul Haq, Presiden Pakistan.

1978 berkahwin dengan Dr Wan Azizah Datuk Ismail seorang penuntut Royal College of Surgeons, Dublin, Ireland. Azizah bertugas di Klinik Mata di Hospital Universiti , Petaling Jaya.

Ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri,(ISA) 1974-1976 kerana demonstrasi jalanan di Universiti Malaya berhubung kemiskinan tragis di Baling, Kedah. Penduduk pedalaman Baling dibiarkan 'reput' kerana dipercayai tempat persembunyian komunis.

Anwar pernah berada di pentas PAS dan mengkritik Tunku Abdul Rahman berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Pertubuhan, kemiskinan, ekonomi dan lain-lain.


Meninggalkan ABIM

Anwar Ibrahim meninggalkan Angkatan Belia Islam Malaysia ( ABIM ) pada 29 Mac 1982 untuk menyertai UMNO. Terdapat 40000 ahli ABIM ketika itu.

Sesetengah pemimpin ABIM bertindak menjauhkan diri daripada ABIM kerana menganggap ABIM tidak mempunyai maruah lagi, pengasasnya mudah dibeli.

Tidak menyertai PAS

Anwar pernah dianggap sebagai 'Pemimpin al Khahfi' oleh ahli-ahli PAS dan benar-benar berharap Anwar akan menyertai PAS.

Subki Latif dalam bukunya "Siapa Ganti Asri" menamakan Anwar Ibrahim akan mengambil teraju PAS daripada Datuk Mohd Asri Haji Muda. Calon ini layak kerana idealisme dan prinsip perjuangan yang sama dengan PAS.

Dalam pilihan raya umum 1978, Anwar dan ABIM pernah membantu Datuk Mohd Asri Haji Muda mempertahankan kerajaan PAS di Kelantan.

Beberapa pemimpin kanan ABIM menyertai PAS menjelang pilihan raya dan bertanding atas tiket PAS. Antaranya ialah Nakhaei Haji Ahmad, Datuk Fadzil Noor, Abdul Halim Arshad, Haji Abdul Hadi Awang, dan Ustaz Yahya Othman.

Keengganan Anwar menyertai PAS menyebabkan ada yang menuduh Anwar sebagai kecewa dan mengaku kalah sebelum berperang dengan UMNO.

Malahan Datuk Asri sanggup mengundurkan diri dari jawatan Yang diPertua PAS untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim. Tindakan Anwar ini dianggap tidak syar'ie.

Penglibatan dengan politik UMNO

Anwar terjun kedunia politik dan bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh di atas tiket UMNO dalam dalam tahun 1982. Beliau menang dengan majoriti yang besar. Beliau kemudian dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Dalam tahun yang sama Anwar menewaskan Haji Suhaimi Kamarudin, penyandang, untuk menjadi ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Anwar kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi menteri penuh sebagai Menteri Belia, Kebudayaan dan Sukan.

Dua tahun kemudian Anwar dipindahkan kepada portfolio Kementerian Pertanian. Dalam tahun 1987 memenangi jawatan Naib Presiden UMNO dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Pendidikan. Beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan dalam tahun 1991.

Dalam tahun 1993 Anwar menewaskan Ghafar Baba untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO dan kemudian dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Anwar pernah dipilih menjadi Presiden Persidangan Tahunan UNESCO dan Pengerusi Jawatakuasa Pembangunan dalam mesyuarat besama Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).

Kerana sumbangannya terhadap kesefahaman antara kebudayaan beliau di anugerahkah ijazah kedoktoran kehormatan oleh Ateneo de Manila University dan anugerah presiden oleh Georgetown University.

Jawatan dalam kerajaan

1982 - 1983 Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
1983 - 1985 Menteri Belia dan Sukan
1985 - 1986 Menteri Pertanian
1986 - 1990 Menteri Pendidikan
1990 - 1998 Menteri Kewangan
1993 - 1998 Timbalan Perdana Menteri

Bertanding kali pertama

29 Mac 1982 menyertai UMNO dan bertanding di kawasan parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang. Penyertaannya berjaya menyekat pengaruh Yusuf Rawa, Mahfuz Omar, dan Mohamad Sabu di Pulau Pinang khususnya.

Difahamkan Datuk Ibrahim Ali dan Tengku Razaleigh Hamzah membawa Anwar Ibrahim berjumpa dengan Dr Mahathir Mohamad di Seri Perdana, Kuala Lumpur.

Dalam Pilihan raya umum 1982, Anwar mendapat 18,849 undi di kawasan parlimen Permatang Pauh. Haji Zabidi Ali (PAS) hanya 4497 undi dan Tan Ah Huat (DAP) 1825 undi. Sebelum ini termasuk Pilihan Raya Umum 1978, kawasan ini dikatakan sebagai sebuah kubu PAS.

Kemasukan Anwar telah menyisihkan Tengku Razaleigh Hamzah, Ghafar Baba, Sanusi Junid, Abdullah Ahmad Badawi, dan lain-lain. Keluarnya Sanusi Junid dari ABIM dan menyertai UMNO pernah ditentang hebat oleh Anwar Ibrahim sendiri.

1982 menang dalam pertandingan jawatan Ketua Pemuda UMNO dengan majoriti 10 undi. Beliau menewaskan Datuk Haji Suhaimi Kamarudin dan Hang Tuah Arsad. Anwar dapat 183 undi, Suhaimi Kamarudin 173 undi dan Hang Tuah Arshad 3 undi sahaja.


1984 Perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO. Anwar dapat 226 undi, Suhaimi Kamaruddin dapat 137. Slogannya 'Pemuda Penggerak Zaman'. Majoriti 89 undi.

1986 menewaskan Syed Hamid Jafar Albar. Anwar dapat 303 undi dan Syed Hamid dapat 109undi.

24 April 1987 menduduki kerusi Naib Presiden UMNO bersama Datuk Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Wan Moktar Ahmad.

1990 mengekalkan jawatan Naib Presiden UMNO dengan majoriti terbanyak, 1067 undi. Sanusi Junid dapat 953 undi dan Abdullah dapat 750 undi.

1993 Anwar sekali didesak oleh Team Wawasan untuk mencabar Ghafar Baba. Isu Grand Design dan politik wang digembar-gemburkan sehingga imej Anwar Ibrahim tercalar.


Kementerian Kewangan

Ramai yang meragui kemampuannya kerana tiada asas kewangan.

Dilantik Pengerusi Jawatankuasa Bank Dunia / Dana Kewangan Antarabangsa pada 1 April 1998. Beliau mula berkenalan dengan Presiden Bank Dunia, James Wolfenson dan Ketua Pengarah Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Michael Camdessus.

Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan dilihat berjaya menangani kemelesetan ekonomi dan jatuhnya mata wang 1997.


Terlalu gopoh mahu kuasa

Semasa pemimpin ABIM , Anwar dikatakan pernah memijak bendera UMNO tetapi segera dinafikan.

Beliau tidak hanya ditentang oleh Tengku Razaleigh Hamzah, Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Tun Razak kerana bergerak terlalu pantas dalam kepimpinan UMNO.


1993 Anwar IBrahim bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO menentang Ghafar Baba kerana Ghafar hanyalah tokoh sementara yang dilantik oleh Dr Mahathir selepas 'kekosongan' yang ditinggalkan oleh Datuk Musa Hitam.

Ghafar Baba bukanlah calon yang sesuai untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Golongan muda mahu Anwar berbanding Ghafar sebagai tokoh veteran sahaja. Anwar telah menguasai setiap sendi .

Ghafar tidak jadi bertanding kerana tidak bersedia dan kemenangan percuma diberikan kepada Anwar Ibrahim.

Dalam Perhimpunan Agung UMNO 1997 tersebar surat layang setebal 30 halaman berkaitan salah laku Anwar. Anwar Buat laporan polis pada 15 Ogos 1997.

Kemasukan semula Tengku Razaleigh Hamzah selaku pemimpin Parti Semangat 46 ke dalam UMNO dilihat menggugat peluang Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

Zahid Hamidi selaku Ketua Pemuda UMNO dan Datin Siti Zaharah Sulaiman selalu Ketua Wanita UMNO / Timbalan Menteri Kesihatan dilihat menyokong Anwar.

Tahun 1993 95 % ahli UMNO menyokong Anwar. 137 daripada 145 mencalonkan Anwar. Ghafar hanya 7 bahagian sahaja.


Krisis politik dan pemecatan keluar dari UMNO

Anwar dipecat pada 1998 atas dakwaan rasuah dan liwat, dan beberapa bulan selepas itu, ditahan atas tuduhan perbuatan homoseksual.

Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudiannya disabitkan kesalahan di atas empat tuduhan rasuah berhubung penyalahgunaan kuasa dengan campur tangan dalam penyiasatan polis terhadap dakwaan salah laku seksual.

Beliau menjalani hukuman enam tahun penjara sebelum dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan.

Dalam tahun 2004 Mahkamah Persekutuan menerima rayuan Anwar terhadap pensabitan atas tuduhan liwat dan beliau seterusnya dibebaskan.

Selepas dibebaskan beliau pergi ke Munich, Jerman untuk menjalani pembedahan dan rawatan. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ahli Bersekutu Kanan di Kolej Santo Anthony, Universiti Oxford. Selepas tamat tugasnya di Oxford beliau pergi ke Washington untuk mengambil jawatan sebagai profesor pelawat di School of Advanced International Studies (SAIS) dan kemudiannya di Universiti Georgetown.


Sukan

Sukan yang diminatinya ialah menunggang kuda dan bermain bot ski. Anwar pernah jatuh dari kuda dan menerima rawatan beberapa bulan . Beliau merupakan pernah menjadi pengerusi Persatuan Equestarian Malaysia.


email daripada

Dewi Balqis Hassan






Baca selanjutnya...

916 : Kenapa Anwar bertukar nada?


916 : Kenapa Anwar bertukar nada?


Oleh : Cekka

Selepas kemenangan besar dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.. Anwar dengan lantangnya mengatakan kerajaan baru akan tertubuh pada 16 Sept, yang nyata.. tiada apa-apa yang berlaku. Kemudian tarikh baru diumumkan pada 23 Sept.. tetapi jawapannya masih sama, tiada apa yang berlaku.

Pada 24 Sept.. kita diberi tarikh baru lagi, iaitu pada 1 Oktober. Kali ini, tarikh tersebut dinyatakan oleh Tian Chua bukannya dari mulut Anwar sendiri. Malahan Tian Chua pula yang ditegur kerana membuat pernyataan tanpa merujuk kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Yang peliknya.. sebelum ini Tian Chua tidak pernah ditegur walaupun telah banyak kali telah membuat kenyataan media secara sendirian, saya maksudkan sebelum 23 Sept.. terutamanya dalam peristiwa memburu MP BN ke Taiwan.

Tian Chua juga merupakan orang kuat Anwar dalam melaksanakan kerja-kerja sampingan dan kerja-kerja disebaik tabir selain Saifudin Nasution. Malahan Tian Chua juga pernah mengamuk kepada Anwar kerana tidak mahu berjumpa dengan YDP Agung.


“Kami akan meneruskan usaha dengan penuh hemah dan berhati-hati demi mencapai matlamat dan telah mencapai kata sepakat untuk tidak melayan sebarang provokasi mahupun pendekatan yang tidak bertanggungjawab serta membawa kepada ketidakstabilan dan ketidaktentuan buat negara.”

Begitulah kenyataan Anwar kepada media.. disamping menyatakan ‘deadline’ bukan satu isu kepada Pakatan Rakyat untuk mengambil-alih pemerintahan.

Saya berpendapat.. Anwar mula menukar strategi agar tidak dilihat sebagai pemain utama dalam keadaan sekarang.. Memandangkan Pak Lah dan Syed Hamid Albar berulang-kali menyatakan Anwar penyebab utama kekacauan politik dan ancaman kepada ekonomi, maka Anwar tidak mahu mengambil risiko untuk ditahan dibawah ISA ataupun didakwa dibawah Akta Hasutan.

Penukaran strategi Anwar itu ada kena-mengena dengan kegagalan 16 Sept dan faktor kemerosotan populariti terhadap beliau sejak kebelakangan ini. Hal ini terbukti dengan bilangan kehadiran penyokong beliau di mahkamah pada 24 Sept baru-baru ini.. malahan tiada pun kelibat kepimpinan tertinggi parti komponen PR pada hari tersebut dan suara-suara tidak puas hati dari penyokongnya sendiri sudah mula dilemparkan terhadap dirinya.

Anwar nampaknya memilih jalan selamat agar perjuangan cita-cita peribadinya tidak tersangkut gara-gara amaran awal dari Pak Lah dan BN, dengan penahanan 2 orang proksi beliau baru-baru ini. Tian Chua yang dikenali sebagai seorang yang lurus dan ‘betul bendul’ ternyata mendedahkan kerja-kerja sebalik tabir Anwar.. dan penafian dibuat oleh Anwar kepada media agar beliau dilihat tidak lagi menjadi ancaman kepada BN.

sumber - cekka.wordpress.com


Baca selanjutnya...

Gambar Anwar Disembur Cat


Gambar Anwar Disembur Cat


oleh : MSO

GAMBAR Penasihat PKR dan juga bakal Perdana Menteri ke-6, Anwar Ibrahim di papan tanda mengucap selamat hari raya yang di pasang di peersimpangan jalan ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ke Jalan Lama Bentung telah disembur dengan cat sehingga tidak menampakan langsung mukanya.

Dua lagi gambar Ahli Parlimen Gombak, Mohd Azmin Ali dan ahli Parlimen Kuala Krai. Dr Mohd Hatta Ramli bagimana pun tidak diapa-apakah.

Apakah motif pengkhinatan berkenaan? Dan siapakah yang bertanggungjawab melakukannya. Perbuatan itu bukan saja vandalisme politik namun mereka yang tidak bertamadun dan tidak tahu profesionalisme dalam politik.

Dalam pada itu pemasangan papan tanda berkenaan menimbulkan tanda tanya kepada umum apabila gambar ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta turut sama terpampang di situ tanpa dimasukkan sama gambar Bulan Purnama penuh iaitru lambang partinya. Apakah relevannya gambar Bendahari Agung Pas itu turut sama tertera di papan tanda berkenaan yang terletak jauh dari kawasannya?

Beliau sepatutnya memasang papan tanda bagi mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dan Idul Fitri di kawasannya di Kuala Krai dan bukannya menempel di papan tanda Keadilan itu.

Di Kuala Krai semasa saya lewati bandar berkenaan malam tadi tidak ternampak satu pun papan tanda seumpama itu yang tertera gambar Dr Hatta mengucapkan selamat hari raya kepada pengguna jalan raja Gua Musang - Kuala Krai. Apakah ketiadaan itu menandakan Dr Hatta akan bertukar kawasan tidak lama lagi atau selewat-lewatnya dalam pilihan raya akan datang? [gn kel 1:50 pm 30/09/08]

sumber : msomelayu.blogspot.com

Baca selanjutnya...

Hindraf commotion at govts Raya open house


+++video ini setakat ini sahaja+++






Baca selanjutnya...

Persoalan Zionist : Joseph Biden, Gus Dur dan Anwar



Persoalan Zionist : Joseph Biden, Gus Dur dan Anwar


oleh Suarapolitik dan AIDC

Joseph Biden adalah seorang calon Presiden USA, seorang Zionist tulen. Sejak terpilihnya dia sebagai senator maka lawatan pertamanya adalah ke Israel . Dia sering membantu semua keperluan Israel di Amerika, menjadi agen rasmi Israel dalam parlimen USA, bekerja dengan semua Perdana Menteri Israel bermula dari Goda Meir hingga Olmert. Dia mengatakan bahawa Israel adalah “the single greatest strength America has in the Middle East ".

Pada satu pihak dia juga menyatakan bahawa: “"you don't have to be a Jew to be a Zionist."

Maka, apa yang dilakukan oleh orang seperti Gus Dur di Indonesia dan Anwar Ibrahim di Malaysia adalah bukti dari apa yang dikatakan oleh Joseph Biden ini. Mereka sebenarnya adalah Zionist yang ada di tanah air bukan Israel , tetapi semua keperluan Israel akan mereka jaga, kerana inilah misi dari Zionist. Dengan adanya orang seperti Gus Dur (Ina) dan Anwar (Mly), bukan saja keperluan material Israel yang akan diperkuatkan tetapi kehancuran nilai kemanusiaan akan segera hilang.

Di Indonesia, seorang wanita bergelar Professor Doktor bernama Siti Musdah Mulia telah mengeluarkan suatu pendapat bahawa homoseksual dibenarkan dalam Islam (“Moderate Muslim scholars said there were no reasons to reject homosexuals under Islam, and that the condemnation of homosexuals and homosexuality by mainstream ulema and many other Muslims was based on narrow-minded interpretations of Islamic teachings.”), tetapi pada waktu yang sama dia mengharamkan perkahwinan empat (poligami) yang sudah ditetapkan kebenarannya di dalam Islam.

Permasalahan bukan sahaja pada penentangan hukum yang telah ditetapkan Islam, tetapi umat Islam perlu melihat bagaimana hal ini boleh terjadi. Bagaimana seorang Musdah Mulia menjadi seorang Doktor dan kemudian Profesor?.

Kerana beginilah semua sejarah berjalan sehingga manusia kehilangan apa yang semestinya dimilikinya. Dengan membaca apa yang terjadi maka kita perlu berfikir untuk menentukan masa depan kita (baca: manusia) semua.

Fakta yang ada: Nahdatul Ulama yang dipimpin oleh Abdurrahman Wahid (baca:Gus Dur) telah berhubungan erat dengan The Asia Foundation (TAF) yang ditaja oleh Amerika (baca: Zionisme). Mungkin untuk orang yang tidak mengetahui hakikat dari NGO ini maka mereka akan melihat bahawa yayasan ini merupakan satu yayasan kemanusiaan yang baik.

Memang ianya adalah NGO yang berurusan dengan manusia, tetapi tidak bererti ianya tidak bertentangan dengan nilai kemanusiaan. Misi yang dilakukan oleh yayasan ini sangat merbahaya, iaitu melepaskan manusia dari kemanusiaannya, mendidik manusia untuk menjadi satu keberadaan yang keluar dari kriteria dirinya sendiri.

Kalau saja manusia mengenal Islam maka manusia itu akan mengenal dirinya dengan baik, tetapi dengan misi TAF maka akan terjadi sebaliknya. Dengan adanya organisasi ini di Negara- Negara Asia maka umat Islam terpaksa wajib menghadapi pandangan dan juga nilai Islam yang sedang dirosakkan dengan menggunakan ulama yang ada dalam kehidupan umat Islam itu sendiri. Maka tidak hairan kalau ada orang seperti Gus Dur dan Anwar Ibrahim.

Gus Dur dan Anwar Ibrahim adalah dua keberadaan yang tidak dapat dipisahkan, kerana keduanya terikat dengan struktur yang ada di bawah gerakan Amerika dan Zionis. Gus Dur di Indonesia dekat dengan TAF dan Anwar di Malaysia terikat dengan IFC atau FFF.

IFC adalah suatu badan khusus di bawah World Bank, dan FFF (Foundation For The Future) secara langsung di bawah USA. Sehingga apa yang berlaku ialah model “freedom” yang hendak dimunculkan di tanah rantau ini adalah “freedom” ala Amerika.

Memang deklarasi yang dibuat indah, tetapi kalau diperhatikan dengan sungguh - sungguh apa di sebalik itu maka akan didapati betapa besar malapetaka yang akan ditimpa oleh manusia di dunia ini.

Dengan slogan “freedom”, Amerika telah membuat contoh yang sangat jelas hari ini, iaitu petaka sebahagian besar di Timur Tengah, mulai dari Lebanon hingga Iran , juga petaka besar (kalau tidak hendak mengatakannya sebagai Holocaust abad 21) di Iraq dan Afghanistan.

Belum lagi kalau kita hendak membahas semua pengertian “freedom” yang Amerika bawa di Venezuela, Colombia hingga Negara - Negara Afrika seperti Sudan, Ethopia dan Nigeria… apa yang tersisa dari manusia dengan ungkapan “Freedom” ala Amerika itu..

Lihatlah apa yang dilakukan oleh Prof Dr Musdah Mulia di Indonesia atas nama kemodenan dia menghilangkan hukum Allah dengan ungkapan modennya.

Anwar Ibrahim dengan menggunakan kata Social Justice hendak membuka pintu Malaysia ke pintu “Freedom” bagi Amerika. Jadi permasalahan bukan hanya sekadar hubungan sistem keorganisasian Anwar Ibrahim dengan Amerika, tetapi hubungan manusia dengan kerosakan yang sedang dibuat dan disepakatinya sekarang.

Dengan meletakkan Anwar Ibrahim sebagai tokoh politik bererti adanya penerimaan untuk satu potensi ke arah kehancuran manusia, kehilangan identiti manusia..atau minimum umat Islam akan kehilangan Islamnya, yang ada adalah Islam ala Amerika dengan semua slogan dan semboyan yang nampak indah itu.

Semua kita belum buta melihat demokrasi yang dibawa ke Iraq hingga Iraq jadi seperti sekarang. Kita dapat melihat semua erti demokrasi di tanah Arab yang tidak meninggalkan makna demokrasi itu. Atau bagaimana kita hendak menerima pengertian perdamaian dan kebebasan ketika melihat Afghanistan dan Sudan. Yang ada adalah manusia yang dibunuh setiap hari dan yang paling tragis adalah kaburnya nilai Islam di manapun, termasuk sekarang di Indonesia dan Malaysia .

Identiti Islam untuk seorang muslim bukan hanya sekadar apa yang dimilikinya tetapi juga nilai komitment yang ada padanya, sehingga ketika identiti ini menghadapi krisis maka yang terjadi adalah krisis komitment dengan nilai yang ditetapkan dalam identiti itu…..hal ini berkenaan dengan semua agama dan dengan nilai apa pun…

Maka tidak ada jalan lain untuk menghadapi hal ini melainkan menghilangkan semua hal yang membawa manusia ke arah kehancuran dan kehilangan identitinya, iaitu menjauhkan dan menolak semua yang datang dari program Amerika yang hendak dijalankan di tanah air tercinta ini..menolak orang seperti Gus Dur dan Anwar sebagaimana kewajipan menolak orang seperti Musdah Mulia…

Suarapolitik

Baca artikel asal tulisan suarapolitik klik di sini.

---------------------------------------------------


Ulasan AIDC

Laman Suarapolitik telah mengagaskan satu hipotesis yang sangat menarik iaitu persoalan zionist dari kaca mata tiga tokoh iaitu Joseph Biden, Gus Dur dan Anwar Ibrahim.

Persoalannya, kenapakah Joseph Biden dan Gus Dur dikaitkan dengan Anwar, adakah mereka saling berkaitan ?

Siapa Joseph Biden di sisi Anwar

Sebelum ini, ramai di kalangan rakyat Malaysia, tidak faham, kenapa Senator Joseph Biden, begitu bersungguh-sungguh menghantar surat sokongan membela Anwar dalam kes liwat terbarunya bersama Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantunya.

Untuk melihat sokongan Joseph atau Joe Biden bersama Islamica Magazine, The International Crisis Group(ICG) AccountAbility, International Republican Institute (IRI) and the National Democratic Institute (NDI), sila klik di sini.

Badan-badan yang telah menyatakan sokongan kepadanya, kesemuanya berkepentingan dengan beliau. Anwar memegang jawatan seperti berikut dalam badan-badan tersebut ; sebagai Ahli lembaga penasihat dalam Islamica Magazine, Ahli Jawatankuasa kehormat ICG,Presiden Kehormat AccountAbility dan Ahli Jawatankuasa Panel dalam NED, IRI & NDI.

Persoalannya wajarkah badan-badan yang dianggotainya sendiri menyatakan sokongan kepada dirinya ? Bukankah ini menunjukkan Anwar seorang yang sering menyalahgunakan kuasa, menggunakan badan-badan yang berkaitan dengannya untuk menyokong kepentingannya ?

Persoalan kedua, kenapa semua badan yang menyatakan sokongan kepada Anwar semuanya berpaksikan Amerika dan sekutunya, mana sokongan terhadap Anwar dari negara musuh Amerika seperti China, Iran, Syria dan sebagainya?

Untuk melihat perkaitan badan-badan ini dengan Anwar, sila baca artikel sebelumnya, bertajuk, Kes Liwat : Perlukan Anwar minta sokongan badan antarabangsa ? dan "Bagaimana IRI bantu Anwar Ibrahim jadi PM, 16 September? "

Apa motif sokongan Joe Biden ?

Bagaimana pula dengan sokongan Joe Biden ke atas Anwar, adakah Anwar berkepentingan dengan Joe Biden, sebagaimana Anwar bekepentingan dengan Islamica Magazine, ICG, AccountAbility, NED, IRI dan NDI ?

Ahli Senat Joe Biden (kiri), Senator Frank Church (tengah) dan Presiden Mesir, Anwar Sadat selepas menandatangani Perjanjian Damai Mesir–Israel, 1979.



Blogger tersohor Malaysia yang menetap di Amerika, Bakri Musa menamakan Anwar Ibrahim sama seperti Anwar Sadat, selepas mendengar ceramah Anwar di Stanford University pada 11 Oktober 2006 bertajuk "Democracy and the Muslim World".

Kalau Joe Binden mengagumi Anwar Sadat, Presiden Mesir yang mengusahakan Perjanjian Damai, Mesir-Israel (1979), bagaimana pula tanggapan Joe Binden kepada Anwar, bakal PM Malaysia yang turut menyokong usaha damai Palestin-Israel (2007) ?

Hanya berstatuskan sebagai bekas TPM dan bakal Perdana Menteri Malaysia, Anwar sudah mengiktiraf Negara Isreal yang sah, bagaimana pula jika Anwar benar-benar diangkat oleh PAS menjadi PM Malaysia, adakah dengan kuasa PM, Anwar akan buka hubungan diplomatik Malaysia-Israel yang selama ini dikunci ?






Joe Biden adalah Pengerusi Committee on Foreign Relations merupakan badan mengenalpasti tokoh-tokoh luar negara yang pro- Amerika Syarikat. Misalnya Joe Biden terlibat sama menyokong usaha Presiden Mesir, Anwar Sadat menandatangani Perjanjian Damai Mesir–Israel, pada tahun 1979.

Joe Biden menyokong perjanjian Damai Palestin-Israel 2007.Perjanjian itu dinamakan Annapolis Summit, yang mengiktiraf Israel sebagai sebuah Negara Sah. Anwar juga turut menandatangani deklarasi sokongan Annapolis Summit yang diusahakan oleh Presiden Bush itu. Bukti penglibatan Anwar dalam Annapolis Summit, klik di sini.

Tetapi hubungan sentimental Anwar & Joe Biden, bermula sejak 90-an, apabila Anwar sebagai TPM telah menyokong penuh parti Demokrat Amerika, pimpinan Bill Clinton dan Al Gore. Perlu diingatkan Senator Joseph Biden adalah warisan Bill Clinton dan Al Gore yang menawarkan diri sebagai calon Naib Presiden, bersama dengan Barak Obama, calon Presiden, Amerika Syarikat.

IIIT alat parti Demokrat ?

Bukti ini diperkuat dengan penglibatan aktif Dr. Jamal Barzinji, kawan rapat Anwar yang bersama-sama menubuhkan IIIT (The International Institute of Islamic Thought) pada 1981.

Jamal Barzinji adalah warganegara Amerika, dianggap sebagai 'American businessman' dan 'Political operative' atau pelobi kempen kepada kumpulan Demokrat.

Selepas Parti Republican, Pimpinan Presiden Bush berjaya mengalahkan Parti Demokrat, nama Jamal Barzinji dan IIIT disenaraihitamkan sebagai teroris dalam 'Operation Green Quest'2001. Nama Anwar Ibrahim turut disebut sebagai salah seorang teroris, tetapi ketika operasi itu (2001), Anwar berada di Penjara Sungai Buloh.

Parti Repulican juga menuduh parti Demokrat menerima sumbangan kewangan daripada teroris yang merujuk kepada peranan Jamal Barzinji dan IIIT.

Menyedari rangkaian IIIT telah disenaraikanhitamkan oleh Parti Republican, Anwar dari penjara Sungai Buloh, telah mengutus surat meminta pertolongan daripada Paul Wolfowitz,(kawan rapat Anwar) yang asalnya dari Parti Demokrat telah berpindah ke parti Republican.

Bermakna perangai Paul Wolfowitz, sama dengan Anwar, seorang 'opportunist', ketika Parti Demokrat berkuasa di Amerika, mereka berdua menjadi penyokong kuat Demokrat. Ketika, Parti Republican kembali berkuasa, mereka berdua meninggalkan Demokrat dan menjadi penyokong kuat Parti Republican pula.

Dalam surat kepada Wolfowitz itu, Anwar menuduh Saddam Husin sebagai diktator serta menyokong tindakan Paul Wolfowitz, Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika, dari parti Republican menyerang Iraq yang dianggap punca tercetusnya pengeboman World Trade Center (WTC) dan Pentagon.

Sebagai membuktikan Anwar menyokong parti Republican, pimpinan Bush, dari penjara Sungai Buloh juga, Anwar menulis artikel kepada majalah Majalah TIME bertajuk "Who Hijacked Islam?", mengecam seorang lagi tokoh Islam iaitu Osama bin Laden sebagai pengganas.

Kecaman Anwar ke atas tokoh-tokoh Islam turut dihantar kepada Majalah International Herald Tribune, New York pada 11 Oktober 2001 dalam tulisannya bertajuk "Growth of Democracy Is the Answer to Terrorism".

Bermakna dalam membuktikan sikapnya pro-Amerika dan pro-Zionist, Anwar sanggup melakukan apa sahaja, termasuk mengkritik dan mengkambinghitamkan tokoh-tokoh Islam yang tidak terbukti bersalah.

Barangkali, sikap Anwar seperti inilah amat disukai oleh Zionist, kerana Anwar 'berani' bermusuh dan mengkritik tokoh Islam yang lain (yang dibenci oleh Amerika). Anwar mengkritik dan menyenaraihitamkan Sadam Hussein, Osama Laden, Mohammed Atta atau sesiapa sahaja yang dilabel 'teroris' oleh Amerika, tetapi dalam masa sama memuji-muji tokoh-tokoh bukan Islam yang dipuja oleh Amerika termasuk Aung San Suu Kyi (Burma), Gloria Macapagal-Arroyo (Filipina), Manmohan Sign (India) dan lain-lain lagi.

Dengan usaha bersungguh-sungguh Anwar memerangi 'penganas-penganas Islam', menyebabkan Paul Wolfowitz 'terhutang budi' hingga sanggup meluang masa melawat Anwar di Munich, selepas dibebaskan dari penjara Sungai Buloh 2004.

Perbincangan selama tiga jam di Munich, telah menyakinkan Wolfowitz, sehingga Zionist yang digelar 'arkitek perang ke atas negara Islam' itu telah mengatur masa depan Anwar sebagai penyokong kuat, parti Republican dan Presiden Bush, Amerika Syarikat. Bacaan lanjut klik artikel 1 dan artikel 2.

Untuk memahami lebih lanjut, kaitan Anwar dengan Parti Demokrat dan Republican serta IIIT, sila klik artikel 1, dan artikel 2.

Persoalan Zionist; Joe Biden, Gus Dur dan Anwar

Kata Joe Biden "saya adalah seorang rakyat Yahudi, bermakna saya secara automatik menjadi ahli Zionist. Jika anda mahu menjadi ahli Zionist, anda tidak semestinya rakyat Yahudi, kerana menjadi ahli Zionist terbuka kepada sesiapa sahaja". Klik di sini.

Berdasarkan kata-kata Joe Biden di atas, menjadi ahli Zionist tidak semestinya terhad kepada bangsa Yahudi dan warganegara Isreal, tetapi terbuka kepada sesiapa sahaja, dengan syarat menyokong dasar-dasar yang dilakukan oleh Zionist khususnya dalam menubuhkan Negara Israel yang sah.

Dalam konteks ini bagaimana dengan kedudukan Gus Dur dan Anwar Ibrahim, apakah mereka juga boleh digelar zionist ?

Gus Dur sendiri pro-Zionist. Beliau mendapat anugerah “Medal of Valor” iaitu medal keberanian dari Shimon Wiesenthal Center, sebuah badan pro zionisme di Amerika Syarikat pada 6 Mei 2008.

Gur Dus juga menyokong penjajahan Israel ke atas wilayah Palestin. Pada 7 hingga 12 Mei 2008, Gus Dur telah menghadiri majlis “Peringatan 60 Tahun Israel”. Dalam masa yang sama Gus Dur telah mengadakan pertemuan sulit dengan Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush.

Jelas Gus Dur; “Saya banyak teman di Israel, termasuk (mantan) Presiden Shimon Peres yang mengundang saya untuk menghadiri peringatan ini.” Klik di sini.

Majalah The Australia / Israel Review merupakan majalah yang ditaja oleh Australia / Israel & Jewish Affairs Council (AIJAC) telah menggelarkan Gus Dur sebagai “Israel’s Asian Friend kerana idea dan pemikiran yang sekular dan radikal terhadap Islam.

Bagaimana pula dengan Anwar Ibrahim, kerana Gus Dur merupakan kawan rapatnya yang sanggup datang ke Malaysia untuk membantu Anwar memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh ? Klik di sini

John Esposito, seorang orientalis Amerika yang dikatakan sangat 'pakar soal Islam' dan juga guru Anwar, telah menamakan Anwar dan Gus Dur sebagai "Islam Moderate" dalam bukunya "Makers of Contemporary Islam" terbitan tahun 1996.

Apatah lagi, Gus Dur dan Anwar merupakan "dua tokoh Islam" yang banyak memberi pandangan Islam kepada Paul Wolfowitz di Hospital Munich, Jerman pada 2004 sehingga mendorong si Zionist itu membunuh beribu-ribu rakyat Islam di Iraq.

Apakah ini bermaksud 'tokoh Islam' yang digelar orientalis sebagai Islam Moderate adalah pro-Zionist dan Amerika ?

Bukankah Anwar bersekongkol dengan Paul Wolfowitz, 'si arkitek perang' yang dibenci oleh Islam dan bukan Islam itu sudah menunjukkan bukti Anwar pro-Zionist ?

Persoalannya kenapa kumpulan Zionist seperti Joe Biden, Paul Wolfowitz, Carl Gershman, Elliot Abrams, Madeleine K. Albright, Al Gore, Kenneth D. Wollack, Lorne Craner begitu bersungguh-sunguh membela Anwar, sedangkan tokoh-tokoh Islam seperti Ahmadinejab (Iran) dan Ismail Haneyya (HAMAS) berdiam diri ?



AIDC
4 Oktober 2008
http://aidc-editor.blogspot.com
aidceditor@yahoo.com



Baca selanjutnya...

30 Sep 2008

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin








Warga AIDC mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pelawat blog ini. Insya Allah kita akan berjumpa lagi selepas raya ke-3 nanti. Amin.


*******END********






Baca selanjutnya...

29 Sep 2008

Masa depan Islam dan PAS di tangan Anwar Ibrahim?

Anwar Ibrahim (kiri sekali) termasuk salah seorang anggota ahli panel NED. Hanya Anwar dan Zainab Bangura (perempuan berkulit hitam dan bertudung),yang beragama Islam, sedangkan majoriti yang lain adalah Yahudi dan Nasrani. Turut kelihatan dalam foto adalah Lorne Craner, Presiden IRI (berdiri di belakang, no 5 dari kiri), Carl Gershman, Presiden NED (berdiri di tengah di depan patung). NED dan IRI merupakan dana Amerika yang dikawal oleh Yahudi, Neo-Konsevatif, Amerika, sebagai alat baru menakluk negara tanpa peperangan. Di negara-negara Islam, NED membawa agenda "Islam dan Demokrasi' dengan memberi bantuan kepada NGO, individu dan parti yang disokongnya


Masa depan Islam dan PAS di tangan Anwar Ibrahim?


oleh Cekka dan AIDC

Menurut Hernando Calvo Ospina, penulis buku, “Bacardi: the Hidden War” NED merupakan alat instrumen kerajaan Amerika untuk menguasai dunia menggunakan slogan ‘Demokrasi’. Penulis merumuskan, “Alat ini (NED) mempunyai tujuan yang sama seperti CIA iaitu untuk menimbulkan suasana huru hara kerajaan yang tidak mempunyai hubungan baik dengan Amerika Syarikat (AS) dengan memberikan pembiayaan kewangan kepada pihak pembangkang”

Sebelum wujudnya NED, peranan itu dimainkan oleh Central Intelligence Agency (CIA) dan United States Agency for International Development (USAID). CIA berwajah ‘hitam’ kerana dikaitkan dengan keganasan dan taktik kotor, manakala USAID berwajah ‘kelabu’ kerana boleh menggunakan taktik kotor dan menjadi berwatak putih sebagai penyumbang derma.

Oleh kerana CIA dan USAID telah dilabelkan sebagai konspirator dunia, berwatak ‘hitam’ dan ‘kelabu’ maka tindakannya sudah tidak berkesan.

Pada tahun 1983, Presiden Amerika, Ronald Reagan telah menubuhkan NED, yang kelihatan berwatak ‘putih’. Sejak NED ditubuhkan, badan itu sering digunakan untuk menaja program-program demokrasi di sesebuah negara yang disasarkan oleh Amerika. Anggota CIA dan USAID akan berselindung di sebalik tabir NED.

Pada tahun 2004, NED telah membelanjakan USD $325,493 atau RM 1.2 juta untuk bantuan NGO dan pelbagai program di Malaysia.

Bantuan NED itu disalurkan kepada Asian Network for Free & Fair Elections (ANFREL) ; Asian Human Rights Commission (AHRC) , diketuai Mr Basli Fernando; Center for Independent (CIJ) diketuai Sonia Randhawa ; Southeast Asian Press Alliance (SEAPA), diketuai Kavi Chongkittavorn (Thai Journalist Association); Malaysian For Free Election (MAFREL) diketuai Abdul Malek Hussin; Open Dialogue Centre (ODC) diketuai Nurul Mu’az Omar; Malaysiakini.com , diketuai Steven Gan dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) diketuai Yap Swee Seng.

Menariknya semua NGO itu menyokong Anwar Ibrahim..

Anda boleh mengikuti artikel oleh AIDC yang bertajuk “Dari Permatang Pauh ke Putrajaya : Anwar Jadi PM Pada 16 September?”

Persoalan yang menjadi tanda tanya..

Apakah tujuan dan niat Anwar berbaik-baik dengan agensi-agensi tajaan NED ini?
Adakah Anwar tidak sedar peranan NED/Amerika atau saja-saja je buat tak tahu agar sokongan untuk Anwar berkuasa akan dicapai.

Tidakkah kisah Saddam-Iraq boleh dijadikan panduan buat Anwar agar berhati-hati.

Apakah Anwar benar-benar ‘agen’ Amerika untuk meneutralkan proses Islamisasi di Malaysia dan mengamalkan falsafah Liberalisme ?

Ini bukan sahaja bahaya kepada Islam bahkan juga bahaya kepada agama Kristian, Buddha dan Hindu.

Ini akan menggalakkan fahaman ‘free thinker’ seperti Raja Petra Kamarudin dan ‘atheisme’ atau fahaman tiada tuhan.

Fahaman ‘free thinker’ boleh mencetuskan permasalahan sosial yang serius dengan berselindung di sebalik hak asasi manusia dan kebebasan berindividu.

Sekiranya Anwar berjaya menjadi PM, mungkin penglibatan Amerika dalam politik Malaysia akan lebih terjamin dan berterus-terang.

Sebelum menjadi PM pun sudah nyata, apatah lagi bila menjadi orang No.1 Malaysia.. Ini yang Amerika mahu, Anwar akan jadi boneka mereka nanti.

Setidak-tidaknya, BN masih ada had berurusan dengan Barat dan mempelbagaikan jalinan antarabangsa dengan kuasa besar dunia seperti China dan Rusia.

PAS pula dengan Dasar Pandang ke Asia Barat tetapi Anwar ini ’sudah terang lagi bersuluh’ mengamalkan Dasar Pandang ke AS.

Anwar juga ada jalinan dengan negara-negara Arab tetapi negara Arab proksi AS seperti Turki, Jordan dan beberapa lagi.. Negara Arab yang tidak mengamalkan kehidupan beragama tetapi berfahaman sekular.

Sekiranya Anwar menjadi PM, dengan menjadi boneka AS, tidakkah Anwar juga akan kena tendang dek AS apabila berurusan dengan Singapura. Padahal, Singapura lebih menjadi ‘anak emas’ kepada AS berbanding Anwar yang ada nama ‘bin’ seperti Osama bin Laden. Jadilah kisah Malaysia-Singapura sepertimana kisah Iraq-Kuwait.

Dengan lokasi Malaysia-Singapura yang strategik, AS boleh mengawal minyak di kawasan Asia Tenggara yang meliputi negara-negara pengeluar minyak seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei. Ketiga-tiga negara ini adalah negara Islam. Dengan mengawal minyak Malaysia, AS mendapat bonus cari-gali minyak di 33 buah negara di bawah seliaan Petronas.

Bagaimanapun, kita harus berbaik sangka dengan Anwar.. Apa yang mampu kita doakan agar Malaysia tidak menerima musibah pada masa akan datang.. pada zaman anak-cucu kita.

Na’uzubillah Min Zalik.. Semoga Allah turunkan kepada kita pemimpin yang betul.

Anda boleh mencaci saya jika saya bukan pro-Anwar, bahkan saya bukan pro-BN atau pro-PR juga. Saya lebih pro-Malaysia dan pro-Islam. Adalah tanggungjawab saya berpesan-pesan dengan kebenaran kepada saudara-saudara saya, adalah tanggungjawab saya menjaga keharmonian Malaysia.. tempat tinggal saya.

Sekiranya artikel saya tidak berguna.. jangan pakai. Tetapi renung-renungkanlah apa akan terjadi kepada Malaysia nanti.

Pada masa itu, isu kaum Melayu, Cina dan India tiada guna lagi. Semua kaum akan mengemis di negara kelahiran mereka, Malaysia. Kepada mereka yang mempunyai banyak kewarganegaraan.. ini mungkin bukan masalah besar.

Lantak pii lah depa.. aku boleh cabut lari.

Cekka

Nota : Artikel yang ditulis cekka ini sebahagian daripada artikel lengkapnya. Untuk membaca artikel penuh, sila klik di sini

-------------------------------------------



Ulasan AIDC

Terima kasih Cekka, kerana sudi memetik sumber blog AIDC sebagai rujukan dengan analisis serta pandangan penulis yang baik. Sekiranya anda berminat tulisan-tulisan Cekka, sila lawati lamannya, klik di sini.

Saya hanya ingin berkongsi pandangan mengenai satu persoalan utama yang dikemukakan oleh Cekka iaitu adakah Anwar sedar atau tidak bahawa beliau diperalatkan oleh NED dan Amerika serta apakah kesannya kepada Islam agama rasmi Malaysia ?


Apakah Anwar sedar beliau diperalatkan Amerika ?

Jawabnya Anwar memang sedar dan tahu akibatnya serta mencari jalan supaya masyarakat Melayu Islam Malaysia tidak mengetahuinya. Dalam erti kata lain, beliau memang bekerjasama secara rela hati untuk mengharapkan pertolongan Amerika, tetapi dalam masa yang sama berusaha menyembunyikan identitinya supaya tidak dicop sebagai pro- Amerika, kerana mahu menjaga survivalnya sebagai ahli politik Malaysia.

Kalau sekiranya Anwar seperti Abdolkarim Soroush ( warga Iran ), beliau boleh mengaku secara terus terang sebagai pro- Amerika kerana beliau (Abdolkarim) adalah seorang akademia, manakala Anwar adalah seorang politikus ternama di Malaysia.

Realitinya, Anwar sebagai ketua Parti Pembangkang Malaysia, berhadapan dengan satu masalah besar iaitu PAS. Parti PAS secara jelas menolak Amerika kerana sedar di belakang kuasa besar itu adalah kumpulan Zionis yang dikenali sebagai Neo- Konservatif.

Prinsip PAS ini memang dipegang sejak dari dulu lagi. Malah PAS sentiasa curigai dengan gerak geri Amerika menakluk Iraq, Afghanistan dan menjadikan Osama Ladin sebagai mangsa terorist.

Malah pada tahun 1997, Mahfuz Omar (Ketua Dewan Pemuda PAS) dan Salahuddin Ayub (Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS) sanggup ditahan polis, semata-mata berdemonstrasi membantah kedatang pasukan ping pong Israel ke Malaysia. Kedua-dua aktivis PAS itu ditahan di perkarangan Masjid ar Rahman, berhampiran dengan Universiti Malaya. Klik di sini

Itu baru pemain ping pong Israel yang datang, PAS sudah tunjuk reaksi yang sedemikian rupa, kalau yang datang ke Malaysia nanti adalah perancang perang ke negara Islam, sudah tentu lebih hebat tentangannya.

Begitulah sentimen kebencian PAS kepada Israel dan kumpulan pemikir Israel yang paling berpengaruh adalah berpengkalan di Amerika dalam American Israel Public Affairs Comittee ( AIPAC ), American Institute Enterprise (AEI)dan World Jewish Congress (WJC).

Di sinilah muncullah watak-watak Zionis yang paling berpengaruh dalam pentadbiran Amerika seperti Paul Wolfowitz, Richard Pearle, Carl Gershman, Elliot Abrams, Rita Katz, Madeleine K. Albright, Kenneth D. Wollack, Lorne Craner, George Soros dan lain-lain. klik di sini.

Walaupun Israel benci kepada Iraq dan Iran, tetapi Israel tidak mampu melawan kedua-dua negara negara Islam itu tanpa pertolongan ketenteraan dan kewangan daripada Amerika. Di sinilah peranan Zionis Amerika seperti Paul Wolfowitz yang pernah memegang jawatan Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika, bagaimana beliau merancang dan menghancurleburkan bumi Iraq, hingga mengorbankan orang awam Islam yang tidak berdosa.

Sebab itu selepas berjaya menakluk Iraq, Paul Wolfowitz dipindahkan menjadi Presiden Bank Dunia. Bermakna kedudukan Zionis Amerika sentiasa ditempatkan di dua kedudukan paling strategik iaitu pertahanan dan kewangan. Sebab itu Zionis seperti Paul Wolfowitz dianugerahkan "Zionis Amerika paling berjaya pada tahun 2002" oleh sebuah organisasi Yahudi berpengaruh di Amerika yang dinamakan JINSA ( The Jewish Institute for National Security Affairs)

Maka apa bezanya Israel dan Amerika kerana Amerika sendiri dikawal oleh kumpulan Zionis yang berasal dari Israel ?

Hubungan Anwar dengan Zionis Amerika

Persoalannya bagaimana pula hubungan Anwar Ibrahim dengan tokoh-tokoh Zionis Amerika seperti Paul Wolfowitz, Carl Gershman, Kenneth D. Wollack, Lorne Craner dan George Soros ini. Anwar bukan setakat bergambar dan bertemu mereka ini, tetapi Anwar menjadi alat untuk menjayakan cita-cita mereka dalam mewujudkan PNAC (Project for the New American Century )

Bermakna yang Anwar berhubung dan bekerja bukan Yahudi biasa, tetapi Yahudi Zionist yang bercita-cita mengukuhkan kuasa Amerika sebagai kuasa tunggal di dunia dan mengesahkan Negara Israel secara negara yang sah.

Zionis yang pernah merancang menakluk Afghanistan, Iraq dan Iran semata-mata untuk mengukuhkan kedudukan mereka serta mencari telaga minyak. Maknanya Anwar berkawan dengan Zionis perancang perang ke atas umat Islam, bukannya sekadar Yahudi biasa yang hanya mentelaah di gedung Universiti John Hopkin atau Georgetown.

Buktinya Anwar menjadi alat Zionis, apabila beliau sendiri turut menandatangani Deklarasi Annapolis Summit 2007 iaitu satu perjanjian yang diusahakan oleh Presiden Bush Amerika untuk mewujudkan sebuah Negara Israel yang sah. Lihat bukti klik di sini

Jadi, adakah sikap Anwar yang pro Amerika dan pro-Zionis itu tidak berlawanan dengan prinsip PAS yang memegang konsep Negara Islam ?. Atau mungkinkah Mahfuz Omar dan Sallahuddin Ayub, yang pernah menentang Israel dan Amerika pada tahun 1997 dulu,kini telah membuang prinsip anti Amerika dan Zionis setelah memegang Ketua Penerangan PAS (Mahfuz) dan Ketua Pemuda (Salahuddin) ?

Saya kira dilema itulah yang sedang dihadapi oleh Anwar sebagai seorang politikus, menghadapi PAS yang secara jelas anti-Zionis. Bagaimana Anwar dan PAS boleh bermain tarik tali dalam menghadapi kemelut ini. Semua itu terpulang kepada percaturan dan kebijaksaan masing-masing.

Bacaan lanjut, sila ,artikel 1, dan artikel 2

Sikap pro-Amerika Anwar dan kesannya ke atas Malaysia

Sikap Anwar yang pro-Amerika membolehkan beliau mendapat tajaan daripada pihak Amerika terutamanya NED, NDI dan IRI serta bantuan daripada sekutu Amerika terutamanya KAF, FNF dan SPF.

Untuk mengetahui secara jelas bagaimanakah modus operandi Amerika dan sekutunya membantu Anwar di Malaysia sila lihat artikel sebelum ini. Klik artikel 1 dan artikel 2

Di sini saya akan menyentuh kesan yang paling penting adalah ke atas agama Islam yang menjadi agama rasmi Malaysia.

Pada umumnya agenda terakhir badan-badan penaja yang disenaraikan di atas adalah untuk melemahkan dominasi Islam di Malaysia dengan menjayakan program pluralisme agama (persamaan antara agama).

Misalnya KAF yang membantu Anwar dan think tanknya IKD sejak 1980-an lagi, bermatlamat untuk menjayakan IFC (Interfaith Council) yang berhasrat mewujudkan Mahkamah Antara Agama-agama bagi membendung dominasi Mahkamah Syariah.

Lihat pengakuan Peter Schier, wakil KAF di Malaysia dalam menjayakan usaha pluralisme ini. Klik artikel 1 dan artikel 2.

Bantuan KAF kepada Anwar pada hakikatnya telah mengigit Islam secara diam, seumpama api dalam sekam. KAF dan IKD telah berusaha meracuni pemikiran umat Islam di Malaysia melalui virus-virus "Islam Liberal". Bacaan lanjut klik di sini


Anwar Muslim Moderate adalah Muslim Liberal ?

Anwar Ibrahim dianugerahkan "Muslim Moderate 2005". Pemberi anugerah itu adalah CSID (Center for the Study of Islam and Democracy). Penaja CSID pula adalah IRI, NED dan USAID. Bermakna CSID, IRI, NED dan USAID adalah alat Amerika untuk merosakkan Islam secara halus melalui perantaraan orang Islam sendiri.

Sebab itu tidak hairan semasa Anwar menerima anugerah "Muslim Moderate" tetamu yang menyaksikan adalah Andrew Natsios (Pegawai Tadbir USAID), Carl Greshman (Presiden NED) dan Lorne Craner (Presiden IRI).

Nama Carl Greshman dan Lorne Craner pula adalah kawan rapat Anwar yang termasuk dalam senarai Zionis (rujuk senarai di atas) yang bercita-cita menubuhkan Negara Israel.

Jadi sekiranya Zionis yang menobatkan Anwar sebagai "Muslim Moderate" apakah agenda akhir mereka ke atas dunia Islam ?

Apakah ini bermaksud "Muslim Moderate" merupakan nama lain kepada "Islam Liberal" ?

Untuk menjawab persoalan ini lebih baik dilihat watak yang sama dengan Anwar yang diiktiraf Amerika sebagai "Muslim Moderate 2004" iaitu Abdolkarim Soroush

Abdolkarim Soroush menjadi pensyarah pelawat di Universiti Georgetown Amerika, tempat yang sama Anwar menjadi pensyarah pelawat. Pada tahun 2005, Time Magazine menamakan beliau sebagai the world's 100 most influential people klik di sini, manakala Anwar pula dicalonkan oleh majalah sama pada tahun 2008. Klik di sini.

Abdolkarim Soroush dikenali salah seorang pemikir gerakan liberalisme dalam Islam. Pemikir Gerakan Liberalime bertujuan untuk mewujudkan Islam Liberal atau Islam Progressif yang menggunakan kaedah Pluralisme Agama.

Terdapat lima ciri untuk mengenali golongan Islam Liberal, iaitu pertama; konsep Ijtihad (pentafsiran semula); kedua, perjuangan Hak asasi manusia; Ketiga, perjuangan Feminisme (hak wanita); Keempat; toleransi dan menolak keganasan; dan kelima kebergantungan kepada kesarjanaan sekular (barat). Bacaan lanjut klik di sini.

Kesemua ciri-ciri yang disebutkan di atas diperjuangkan oleh Abdolkarim Soroush dan kerana perjuangan itu beliau dinobatkan sebagai Muslim Moderate 2004, tajaan Amerika.

Tetapi di Iran, tempat kelahiran Abdolkarim Soroush, beliau dikenali sebagai Martin Luther dan Erasmus dalam Islam. . Bukti klik di sini

Jika Martin Luther dan Erasmus dianggap sebagai pelopor Kristian Prostestan di Barat, adakah bermakna Abdolkarim Soroush antara pelopor Islam Protestan di negara Islam ??

Setelah menyusur galur pemikiran pemenang "Muslim Moderate 2004", Abdolkarim Soroush yang berpunca daripada pemikiran liberalisme dan berakhir kepada Islam Prostestan, bagaimana pula dengan pemenang "Muslim Moderate 2005", bernama Anwar Ibrahim ?

Atas alasan apakah Anwar dipilih sebagai pemenang "Muslim Moderate 2005" oleh Amerika ?

Bukankah Anwar juga berpegang kepada falfafah John Locke, iaitu pelopor kepada konsep Liberalisme di Barat ?

Bukankah konsep Liberalisme yang dianuti Anwar itu berakhir menjadi "Islam Liberal"?.

Sila rujuk artikel sebelum ini bertajuk "Anwar Ibrahim pendokong Islam Liberal di Malaysia ?"


AIDC
29 September 2008
http://aidc-editor.blogspot.com
email : aidceditor@yahoo.com





Baca selanjutnya...

Anwar - Talam dua muka


Anwar - Talam dua muka


Inilah wajah seorang pemimpin yang diagung-agungkan oleh segelintir orang Melayu pada masa kini. Anwar, bukan hanya sekadar pandai bermain kata-kata tetapi pandai memutar belit untuk kepentingan peribadi beliau.

Ini jelas telah terbukti melalui 2 video yang boleh anda saksikan di akhir artikel ini. Pada satu ketika, beliau amat marah dan mengutuk NIK AZIZ kerana memuji mantan Perdana Menteri TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD yang telah menyediakan peruntukan RM600 juta pada Kelantan untuk tujuan pembangunan selain memuji keberanian TUN DR. MAHTHIR dalam memerangi keganasan yahudi terhadap Palestin.

Malah, lebih menyakitkan hati Anwar apabila NIK AZIZ mengatakan yang TUN DR. MAHATHIR adalah sahabat lama beliau. Dalam ucapan balas Anwar selepas kenyataan NIK AZIZ tersebut, Anwar mengaitkan NIK ADLI iaitu anak kepada NIK AZIZ yang telah ditahan dibawah ISA sewaktu dibawah pemerintahan DR. MAHATHIR dalam usaha beliau untuk mengingatkan NIK AZIZ supaya membenci DR. MAHATIR…


Kemudian, Anwar sendiri telah mengakui yang DR. MAHATHIR telah mengakui usaha jihad DR. MAHATHIR membantu MUJAHIDIN Afghanistan semasa penentangan pencerobohan Soviet Union pada tahun 1980an.

Dalam satu lagi ceramah, dia memuji pula NIK AZIZ ekoran usaha keras Barisan Nasional untuk merampas negeri Kelantan. Dengan pujian melambung-lambung yang mengatakan mengapa kerajaan pimpinan NIK AZIZ perlu ditukar selain memberi persoalan mengapa ketokohan NIK AZIZ perlu dipertikai.


Cukup-cukuplah tu Anwar, kita orang dah tak larat nak dengar sandiwara anda selama ini. Kenapa sekarang baru nak keluar cerita yang tak elok mengenai kerajaan. Apa yang kerajaan buat je semua tak betul. Dia je la yang betul. Kalau betul ikhlas nak membetulkan kerajaan yang banyak terlibat dengan rasuah dan sebagainya kenapa masa dalam kerajaan dulu anda tidak ‘out spoken’, atau berterus terang.

Tapi masa dalam kerajaan dulu, semuanya ok macam tak pernah ada masalah pulak. Apa sebenarnya yang betul dimata kaca Anwar? Saya ada satu persoalan terhadap saudara ANWAR. Apakah anda seorang yang betul-betul bersih semasa anda di dalam kerajaan sebelum ini. Jika terdapat pemimpin UMNO yang terlibat dengan rasuah semasa anda di dalam kerajaan sebelum ini, kenapa anda tidak melaporkan kepada BPR tetapi anda membuat tuduhan selepas anda dipecat dari jawatan Tim. Perdana Menteri.

Wahai Anwar, kalau benarlah anda ingin membantu rakyat, anda sepatutnya menurunkan harga minya semenjak anda menjadi Menteri Kewangan lagi. Kenapa sekarang baru anda sibuk mahu membantu rakyat ingin menurunkan harga minyak. Anda seperti tidak ikhlas memperjuangkan kepentingan rakyat kerana apabila anda susah, anda mahu mengurangkan beban rakyat tetapi pada ketika anda senang, anda tidak mendengar suara hati rakyat…cukuplah….cukuplah ANWAR.....

email daripada

Dewi Balqis Hassan

nota : kepada dewi balqis..tak ada pun video yang diattach dalam email..AIDC

Baca selanjutnya...

28 Sep 2008

Akui terima habuan seks, PKR pusat mahu Zul dipecat

ZUL Hassan (kiri) dan ahli perniagaan Fairul Azrim Ismail ketika berada di Jabatan Agama Islam Perak, Ipoh untuk membuat laporan pada Selasa lalu. Di kanan ialah Ketua Parti Keadilan Rakyat Bahagian Parti, Usaili Alias.


Akui terima habuan seks, PKR pusat mahu Zul dipecat


IPOH: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Lee Boon Chye menggesa kerajaan negeri Perak memecat ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan ekoran kenyataannya yang mengaku ada menerima habuan khidmat seks, tetapi disifatkan sebagai "sedekah."

Dr. Lee berkata, dari segi moral tindakan berkenaan tidak betul bagi seseorang yang memegang jawatan penting dalam kerajaan dan terlibat dalam skandal seks.


"Apabila sesuatu yang tidak senonoh ditawarkan anda seharusnya menolak tawaran itu," kata beliau selepas merasmikan kempen menderma darah di sini hari ini.


Kata beliau, Majlis Kerajaan Negeri juga wajar menggugurkan Zul daripada keanggotaan dalam Majlis Daerah Perak Tengah dengan segera sebaik apabila ia mengadakan mesyuarat dalam waktu terdekat.


Bagaimanapun beliau enggan menyatakan sama ada PKR sendiri akan mengambil tindakan terhadap Zul yang juga ahli parti tersebut.


Zul dan ahli perniagaan Fairul Azrim Ismail baru-baru ini membuat laporan di Jabatan Agam Islam Perak terhadap Mohammad Imran Abdullah yang didakwa mendorong mereka melakukan perbuatan berdosa itu melibatkan seorang wanita dari China di sebuah apartmen di Batu Ferringhi, Pulau Pinang pada 14 Ogos lalu.


Mohamad Imran merupakan pengadu dalam kes rasuah Zul dan empat yang lain.


Zul pula bersama-sama juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Ruslan Sahat, dan dua anggota exco kerajaan negeri Perak dari PKR, Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi, serta bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Bota juga dari PKR, Kapten (B) Usaili Alias, sedang menghadapi 16 tuduhan rasuah yang akan dibicarakan serentak selama tiga hari bermula 11 Februari depan di Mahkamah Sesyen di sini.


Ketika ditemui selepas membuat laporan di Jabatan Agama Islam, Zul dilaporkan mengeluarkan kenyataan kepada media bahawa "seks seperti menerima sedekah" dan mendakwa dia melakukannya dengan seorang wanita China disebabkan diperangkap Badan Pencegah Rasuah (BPR).


Kelmarin, Timbalan Pengerusi PKR Perak, Zulkifli Ibrahim menyifatkan kenyataan Zul bahawa habuan seks sama seperti menerima sedekah sebagai sekadar satu "kesilapan bahasa yang tidak disengajakan."


"Barangkali itu mungkin kesilapan dari segi bahasa dan sebagainya tapi itu bukan maksud kita menjadikan seks itu sebagai satu sedekah,' katanya.


Seorang lagi anggota parti itu di Perak, Fairul Azrim Ismail, juga mengakui melakukan perbuatan itu tetapi turut mendakwa diperangkap oleh BPR.


Dalam pada itu, laporan Bernama yang memetik Timbalan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Kamarul Zaman Shaharudin menyebut, kesilapan menggunakan sesuatu perkataan mungkin akan berlaku kepada istilah dalam bidang tertentu, bukan kepada perkataan yang sering digunakan.


Beliau berkata, perkataan "seks" adalah contoh bahasa yang mudah dan bukan merupakan bahasa teknikal seperti yang terdapat dalam bidang teknologi maklumat atau bidang-bidang lain.


Ketika ditanya sama ada kenyataan itu tidak disengajakan, Kamarul Zaman berkata: "Pada saya itu bukan kesilapan bahasa sebab itu bahasa yang mudah."


"Mesti dia tahu apa yang dia sebutkan. Kecuali kalau itu perkataan teknikal, mungkinlah... boleh salah," katanya.


Katanya, perkataan sedekah itu diketahui umum sebagai suatu perkara yang baik dan berharap pihak-pihak tertentu tidak menyalahgunakan perkataan itu.


"Pihak berkenaan mungkin mencari sebab untuk mempertahankan diri (dengan kenyataan itu)," kata Kamarul Zaman.

sumber - mstar online




Baca selanjutnya...

Malaysia Suarakan Kebimbangan Dengan Campurtangan Amerika

Daripada Mokhtar Hussain

NEW YORK, 28 Sept (Bernama) - Malaysia menyuarakan kebimbangan di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berhubung cubaan Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini yang mempersoalkan undang-undang dan pentadbiran badan kehakimannya.

"Jika mahu, kami juga boleh mempersoalkan asas perundangan dalam penahanan tanpa perbicaraan di Teluk Guantanamo, tetapi kami tidak berbuat demikian sepertimana kami juga tidak mempersoalkan tindakan masyarakat dalam bidang kuasa lain," kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Rais berucap pada perhimpunan agung ke-63 badan dunia itu di sini pada Sabtu bagi mewakili Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sebelum ini membatalkan lawatannya ke sini.

"Ia perlu ditegaskan sekali lagi - kita tidak ada hak untuk campurtangan, dalam sebarang bentuk manifestasi atau atas sebarang dalih atau keadaan, dalam hal ehwal dalaman negara-negara lain," kata Rais.

Washington sebelum ini memberi amaran kepada Malaysia agar penyiasatan dan pendakwaan terhadap ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak patut "bermotifkan politik" dan perlu dilakukan mengikut undang-undang.

"Walaupun hubungan sejenis dan perkahwinan sesama jantina diterima di California, ia tidak bermakna liwat yang merupakan jenayah di banyak negara di Asia perlu dipersoalkan atau dipersendakan," kata Rais.

Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghadapi pertuduhan meliwat bekas pembantunya.

Rais berkata demokrasi di Malaysia kekal segar dan progresif dan undang-undang yang digubal di Parlimen kekal menjadi teras kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka.

Dalam ucapannya, Rais juga membandingkan krisis kewangan semasa yang sedang dialami AS dengan Krisis Kewangan Asia pada 1997.

"Masalah yang dihadapi syarikat-syarikat Asia adalah berpunca daripada kuasa luar manakala masalah yang sedang dihadapi syarikat-syarikat kewangan AS adalah akibat perbuatan mereka sendiri.

"Perlu ditanya, kenapa tindakan yang diambil oleh kerajaan-kerajaan di Asia, khususnya Malaysia, untuk menyelamatkan syarikat-syarikat mereka sendiri sedekad yang lalu dianggap salah manakala langkah jaminan terhadap syarikat-syarikat kewangan AS dianggap betul?" katanya.

Di Washington, Kongres AS dan pentadbiran Bush sedang merundingkan pelan menyelamat US$700 bilion bagi membantu industri kewangan yang tenat, jaminan terbesar sejak Zaman Kemelesetan.

Pelan menyelamat itu memberikan kuasa kepada Washington untuk membeli aset yang digadaikan daripada institusi kewangan AS bagi tempoh dua tahun akan datang.

Untuk memastikan masalah itu tidak berulang, Rais menggesa masyarakat antarabangsa "memeriksa lebihan-lebihan terhadap apa yang dikenali sebagai keajaiban "bijak pandai kewangan" yang telah menyebabkan penderitaan teruk".

Beliau berkata Malaysia menyokong pandangan yang ketua-ketua korporat tidak harus melemahkan entiti mereka dengan mempunyai pakej bayaran terlalu tinggi.

Rais juga menggesa Majlis Keselamatan untuk segera menyelesaikan masalah pelanunan di perairan antarabangsa di mana Malaysia dan beberapa negara lain telah menjadi mangsa.

Beliau juga menyuarakan harapan Malaysia yang negara-negara pesisir di Teluk Aden di mana dua buah kapal Malaysia ditawan oleh lanun, mengambil langkah perlu dalam memastikan keselamatan pelayaran di perairan masing-masing.

Sebanyak 65 anak kapal warga Malaysia dan 15 warga Filipina di atas kedua-dua kapal itu dijadikan tebusan di Somalia.

Lanun terbabit, bagaimanapun telah membebaskan anak kapal sebuah daripada kapal itu, MT Bunga Melati 5, menurut laporan agensi berita antarabangsa.

Rundingan sedang diadakan bagi pembebasan anak kapal sebuah lagi kapal, MT Bunga Melati Dua

sumber - bernama

Baca selanjutnya...

Jamal Abd al-Nasir - dinobatkan al- Ikhwan al- Muslimin untuk gantung Syed Qutb..

Jamal Abd al-Nasir (kiri) dan Syed Qutb (kanan)

Jamal Abd al-Nasir - dinobatkan al- Ikhwan al- Muslimin untuk gantung Syed Qutb..

Adalah tidak mustahil nasib politik pro-Islam akan dipersia-siakan apabila pentadbiran kuasa tidak berada dalam tangan mereka. Sekalipun mereka yang membantu kenaikan kuasa politik berkenaan.

Dalam sejarah al-Ikhwan al-Muslimin, mereka pernah membantu revolusi yang dibuat oleh Jamal Abd al-Nasir sehingga beliau berjaya menjadi Presiden Mesir. Bahkan kemenangan Jamal ‘Abd al-Nasir itu sebenarnya kerana bantuan Gerakan al-Ikhwan al-Muslimin. Mereka juga yang membela Jamal pada peringkat awal semasa rakyat sudah mula tidak puas hati dengannya.


Malangnya, Jamal ‘Abd al-Nasir yang pernah berbai’ah dengan wakil Hasan al-Banna dan berjanji setia untuk membela Islam itu berubah sama sekali setelah menjadi Presiden. Dia yang mengetahui banyak rahsia-rahsia pergerakan al-Ikhwan telah menggunakan ‘kepakarannya’ itu untuk memusuhi al-Ikhwan habis-habisan.

Ramai pemimpin al-Ikhwan yang ditangkap dan dibunuh. Dialah juga yang menggantung Syed Qutb, ‘Abd al-Qadir ‘Audah dan lain-lain. Dari seorang teman yang dibantu, menjadi musuh yang memburu. Sebabnya, kerana pemimpin al-Ikhwan tidak berhati-hati melihat kepercayaan dan dasar yang dipegang oleh Jamal ‘Abd al-Nasir yang seakan memakai ‘baju pro-Islam’ pada peringkat awal.

Namun, apabila menjadi Presiden, dia telah menanggal baju tersebut dan jelaslah akidah sebenar yang dianutinya iaitu ‘pro-sosialis’ dan dia sebenarnya talibarut Soviet Rusia. Memang, Soviet Rusia akhirnya menjadi begitu rapat dengan Mesir, bahkan Soviet telah menjadi kiblat pentadbiran sosialis Jamal ‘Abd al-Nasir.

Terbukti tuduhan terhadap Jamal sebelum itu bahawa dia ‘tali barut’ Soviet Rusia adalah benar. Topeng Islamnya adalah mainan politik. Jamal yang terkenal dengan slogan dan kepetahannya telah menjadi idola masyarakat ‘Arab. Sementara Al-Ikhwan terpaksa membayar harga kesilapan itu dengan menjadi kelompok yang paling ditindas dan diseksa.

Akhirnya, al-Ikhwan terpaksa berjuang dengan airmata, penjara dan darah berhadapan dengan seorang Presiden yang memegang tampuk kuasa dengan bantuan mereka sendiri.

Alangkah baiknya, jika para pencinta Islam berhati-hati dalam langkah-langkah mereka. Jangan sampai suatu hari mereka terpaksa bertempur dengan musuh yang ditegakkan oleh mereka sendiri. Musuh itu pulak akan lebih licik kerana banyak mengetahui rahsia mereka.

Kemenangan Islam mestilah melalui denai dan lorong yang diredhai oleh Islam. Jika kita melalui jalan yang asing bersama orang lain, mungkin orang lain akan sampai ke destinasinya, tetapi kita akan tersesat jalan.

Ingatlah selalu firman Allah yang memberi amaran kepada baginda Nabi s.a.w agar tidak terpengaruh dengan tawaran kemenangan segera tanpa melalui jalan yang diredhai Allah. Firman Allah:

(maksudnya) Dan sesungguhnya hampir mereka dapat memesongkanmu (Wahai Muhammad) dari apa yang Kami telah wahyukan kepadamu, supaya engkau ada-adakan atas nama Kami perkara yang lainnya; dan (kalau engkau melakukan yang demikian) tentulah mereka menjadikan engkau sahabat karib. Dan kalaulah tidak Kami tetapkan engkau (berpegang teguh kepada kebenaran), tentulah engkau sudah mendekati dengan menyetujui sedikit kepada kehendak mereka. Jika (engkau melakukan yang) demikian, tentulah Kami akan merasakanmu kesengsaraan yang berganda semasa hidup dan kesengsaraan yang berganda juga semasa mati; kemudian engkau tidak beroleh penolong pun terhadap hukuman kami. (Surah al-Isra`: 73-75).

sumber - drmaza.com



Baca selanjutnya...

Gagal jadi PM : Anwar bayangkan akan kembali semula ke Amerika


Gagal jadi PM : Anwar bayangkan akan kembali semula ke Amerika


Anwar Ibrahim baru-baru ini memberitahu penulis dari akhbar Georgetown University, Eric Pilch tentang kemungkinan beliau kembali ke universiti itu. Bagaimanapun, bila ditanya dalam peranan apa, dia tidak dapat memberi kepastian.

Anwar pernah memegang jawatan Visiting Professor di Georgetown University, Washington selama kira-kira setahun setengah selepas dibebaskan dari penjara (pada tahun 2004).

Kenyataan berhubung kemungkinan kembalinya beliau ke universitu itu timbul berikutan pendapat kawan baiknya (kira-kira 20 tahun), John Esposito yang tidak yakin Anwar akan berjaya dalam rancangannya untuk mengambil-alih tampuk kerajaan Malaysia.

Pendapat Esposito juga dikongsi Professor Pamela Sodhy, seorang pakar mengenai Politik Asia Tenggara di Georgetown University.

Kedua-dua ahli akademik itu sependapat menyuarakan ketidakmungkinan tersebut kerana mereka sedar amat payah atau mustahil bagi Anwar untuk merealisasikan hasrat antaranya untuk menghapuskan dasar memelihara keistimewaan orang Melayu (DEB.

Untuk membaca versi asal tulisan Eric Pilch, sila klik di sini.

sumber - lenggongvalley.blogspot.com



Baca selanjutnya...