MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

20 Sep 2008

AnwarGate : 16 September - Tuan Guru Nik Aziz


+++tidak perlu klik lanjut+++






Baca selanjutnya...

Faktor Anwar : PAS bergolak dalam diam...


Faktor Anwar : PAS bergolak dalam diam...


Mengikut laman web rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim antara yang akan hadir menyampaikan ucapan pada majlis sambutan Hari Malaysia di Stadium Kelana Jaya Isnin malam ialah Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang.

“ Program bermula dengan Majlis Buka Puasa, Solat Maghrib, Isya, Tarawikh dan diikuti dengan ucapan pemimpin Pakatan Rakyat. YB Lim Kit Siang dan YB Tuan Guru Dato’ Seri Hadi Awang akan menyusul selepas Solat Tarawikh di lapangan stadium. Program kemuncak adalah perutusan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Hari Malaysia 16 September .” Itulah seperti yang dinyatakan.

Namun sampai ke sudah kelibat Presiden PAS itu pun tak nampak.

Apakah nama Haji Hadi digunakan hanya untuk jadi daya penarik para ahli PAS menghadiri majlis itu?

Ini bukan pertama kali beliau tidak hadir pada satu majlis yang diadakan di stadium berkenaan.

Tidak lama dulu masa majlis protes kenaikan harga minyak anjuran badan yang dinaungi oleh Bendahari PAS Pusat Dr Hatta Ramli yang pro Anwar ,beliau disenaraikan akan hadir tetapi tidak datang.

Kalau nak kira majlis Hari Malaysia ini merupakan malam penting bagi barisan pembangkang apa lagi sambutannya pada saat menjelang tarikh 16 September.

Para pemimpin utama DAP, Kit Siang dan anaknya Guang Eng turun.Sebaliknya tidak ramai para pemimpin utama PAS hadir kecuali Setiausaha Agung Datuk Kamaruddin Jaafar,Dr Hatta dan beberapa yang lain.

Malah Pesuruhjaya PAS Selangor juga Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Hassan Ali juga tidak kelihatan.

Apakah ini ada kaitan dengan rasa kurang yakin pada gembar gembur Anwar mengenai kerajaan 16 September?

Disebalik semua ini rupanya ada kecoh dalam diam-diam menyangkut isu ini.

Kenyataan terbuka Persuruhjaya PAS Terengganu Datuk Mustapha Ali bahawa dakwaan Anwar dapat mengambilalih kerajaan dari Barisan Nasional menerusi lompat parti pasti tak akan jadi dikatakan telah mencetuskan rasa kurang senang dikalangan golongan yang pro-Anwar dalam parti itu.

Mustapha diketahui adalah penasihat politik kepada Haji Hadi.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat telah mengeluarkan satu kenyataan yang panjang menghentam Mustapha.

Ikut ceritanya kenyataan bertarikh 11 September itu telah dihantar untuk disiarkan dalam akhbar Harakah.Namum ia telah ditolak.

Makanya kenyataan penuh itu kini disiarkan dalam laman blog milik seorang yang rapat dengan Datuk Husam Musa.

Husam pula diketahui sangat berpengaruh keatas Nik Aziz.

Husam juga diketahui merupakan kalangan pemimpin PAS yang pro-Anwar.


Berikut ialah kenyataan penuh Datuk Niz Aziz yang disiarkan dalam laman blog berkenaan dibawah tajuk ' Kenyataan Nik Abdul Aziz yang di ' haramkan' :


RAKYAT TERENGGANU SALAH PILIH PESURUHJAYA

1. Saya telah membaca dengan teliti pandangan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kali ini lebih gemar menggunakan nama beliau sebagai pengamal dan penganalisis politik daripada bertindak sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri. Walaupun sewaktu beliau berdiri sebagai penganalisis politik dalam mana-mana waktu sekalipun, pada saya, beliau tetaplah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Baik dalam keadaan berdiri, duduk, atau berbaring, Mustafa bin Ali adalah seorang Pesuruhjaya PAS.



2. Dengan demikian, mahu tidak mahu pandangan beliau itu tetap mencerminkan pandangan PAS Terengganu. Lebih mendukacitakan lagi ialah apabila pandangan beliau ini bersifat anti keputusan Muktamar. Sekaligus, ia menentang arus Syura yang memutuskan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dan tidak sebaliknya seperti yang sedang dilakukan oleh Mustafa Ali. Dalam respons dan setiap ayat yang digunakan, saya tidak nampak sikap Mustafa yang boleh mengukuhkan Pakatan Rakyat seperti yang diputuskanoleh Muktamar secara “standing ovation”.

3. Sepatutnya tugas pemimpin termasuk Pesuruhjaya ialah mendukung dan mengukuhkan keputusan Muktamar. Sifat rajin mengeluarkan kenyataan walaupun tidak disuruh adalah sesuatu yang aneh dan menghairankan. Lebih-lebih lagilah ia mencanggahi keputusan Muktamar. Sepatutnya ceramah atau temuramah bersifat lanjutan kepada keputusan Muktamar.

4. Saya membuat perbandingan antara kenyataan Mustafa di muka surat 1 dan 3 Utusan Malaysia, 11 September 2008 dengan kenyataan Dato’ Johari Baharom, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri termasuk kenyataan PM sendiri dalam Berita Harian pada hari yang sama. Mesejnya sama iaitu tidak ada apa yang akan berlaku pada 16 September 2008 iaitu “tidak mungkin ada undi tidak percaya kerana Parlimen tidak bersidang.” Sentimen Mustafa yang “terus terang tidak yakin adanya bilangan sebanyak 30 orang yang akan melompat parti” betul-betul serupa dengan nada Presiden Umno. Betul-betul serupa.

5. Lidah Mustafa boleh dikatakan sudah menjadi lidah Umno. Kita kena faham bahawa lidah ini adalah jurubahasa kepada hati. Jika begitu keadaannya apa yang ada dalam hati, maka lebih baik terang-terang sokong Umno. Hujah untuk “meredakan keresahan rakyat” yang digunakan oleh Mustafa tidak tepat. Apa yang tepat ialah kita kena tanya rakyat resah kerana apa? Jawabnya, rakyat resah kerana pimpinan di bawah Umno selama ini telah menimbulkan seribu satu macam keresahan. Usaha Pakatan Rakyat yang sama-sama sedang didukung oleh PAS, PKR dan DAP ini adalah usaha untuk memulihkan keresahan rakyat. Pemulihan dan keyakinan akan berlaku apabila Pakatan Rakyat menguasai di peringkat Pusat. “Cross over” kepada Pakatan Rakyat yang menuju ke arah peralihan kuasa sama ada 16, 17, 18, 19 atau 20 September 2008 hendaklah menjadi agenda setiap orang : agenda setiap Pesuruhjaya PAS Negeri termasuklah Mustafa bin Ali. Inilah semangat Muktamar yang telah kita sama-sama putuskan secara sebulat suara. “Standing ovation” itu adalah sebulat suaralah tu. Keputusan Muktamar ini, bukan kerja main-main.

6. Apa tujuan kita adakan kursus, seminar, ceramah, tamrin, usrah, doa, sembahyang hajat, munajat, pagi, petang, siang dan malam kalau tidak kerana untuk menumbangkan sebuah pemerintahan yang tidak cenderung kepada Islam. Jika Umno hendakkan Islam, sudah lama dia laksanakan Islam.



7. Saya tidak fahamlah bila Mustafa menyebut bahawa dia bercakap secara bebas dan pendirian beliau bertaraf peribadi; bukan atas kapasiti seorang pemimpin PAS. Pada saya, beliau adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu. Dalam Islam, seseorang itu hanya boleh mempunyai satu sahsiah saja. Sesiapa yang cuba bermain-main dengan dua atau lebih rupa sahsiah, tidak layak menjadi pemimpin gerakan Islam. Sebab itu, Islam selalu menekankan soal tauhid, yakni penyatuan segala perkara di atas satu dan menuju kepada satu. Dalam PAS, tidak ada dua wajah sahsiah. Jika ada juga, maka ia sesuai untuk mewakili Umno.



8. Jika Dr. Mahathir pernah berkata bahawa ia tersalah pilih Perdana Menteri maka dalam konteks ini boleh jadilah Terengganu sudah tersalah pilih seorang Pesuruhjaya. Dalam akhir ayat Mustafa Ali, ada juga saya terbaca beliau menyifatkan isu ini timbul disebabkan keghairahan satu pihak untuk mengambil alih kerajaan. Di sini, saya cukup tidak fahamlah. Seolah-olah pada Mustafa, adalah satu kesalahan apabila kita ghairah nak gantikan kerajaan secara demokrasi. Sejak bila pula Mustafa jadi begini? Kita kena faham bahawa isu menghuruharakan ini timbul kerana sejak 50 tahun Umno memimpin negara, rakyat tidak dipimpin dengan jelas dan betul dari segi Islam atau demokrasi. Keadilan tidak diberi kepada orang-orang Melayu, Cina, India, Siam atau Kadazan. Ini yang kita ghairah untuk menggantikan kerajaan. Kita bawa Islam kerana Islam itu adil. Islam itu untuk keamanan dan kesejahteraan seluruh kaum yang bermastautin di Malaysia. Apabila nampak bahawa Kerajaan BN/Umno sudah panik dan resah sehingga terpaksa melarikan 50 Wakil Rakyat, maka pada saya, ini adalah petanda kejayaan. Tak tahu lah pula saya kenapa Mustafa Ali terpaksa bersusah payah untuk menjelaskan situasi sebenar demi meredakan. Meredakan hati siapa? Hati pemimpin Umno?

9. Dalam keadaan beginilah hati saya cepat-cepat teringat tentang HARAKAH. Saya tak dapat bayangkan bagaimana HARAKAH boleh memainkan peranan sebagai lidah rasmi parti dan organ parti, apabila orang nombor satu yang merupakan Pesuruhjaya PAS Terengganu ini telah mengambil sikap membelakangi keputusan Muktamar. Saya percaya, ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pojok, cerita, berita dan analisis yang dibuat. Dengan dibenarkan penerbitan dua kali seminggu maka lebih cepat lagilah ia boleh merosakkan imej HARAKAH. Pada logiknya, pembaca HARAKAH akan berkurangan. Saya fikir suatu keputusan perlu dibuat mengenai perkara ini.

10. Saya sebenarnya masih mahu mengambil sikap bertangguh dari terlalu cepat mengemukakan respons. Dengan begitu, saya akan cuba ikuti lagi apa rentak yang akan dibawa oleh pemimpin seperti Mustafa Ali. Saya percaya, mungkin ada satu atau dua orang lagi yang bersama dengan beliau. Selaku orang tua dalam parti, saya telah mengikuti orang penting dan orang yang tidak penting keluar masuk ke dalam parti. Bahkan Allahyarham Dato’ Haji Asri Muda sekalipun pernah meninggalkan Parti PAS. Pada waktu itu beliau adalah di kerusi Presiden. Beliau akhirnya masuk Umno dan semua orang tahu bagaimana beliau mengakhiri karier politiknya.



NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Bertarikh : 11 Ramadhan 1429
11 September 2008.

p/s Kenyataan di atas telah diarah ditarik siarannya dari Harakah. Terdapat tangan-tangan hitam di puncak Raja Laut yang begitu taksub dengan UMNO sehingga tindakan mereka pun sudah sama dengan UMNO.


sumber - Agendadaily.com





Baca selanjutnya...

Politik Realisme Magis



Politik Realisme Magis


oleh Faisal Tehrani

DALAM bidang sastera, istilah realisme magis bukanlah sesuatu yang asing. Realisme magis adalah cantuman dua kata realisme dan magis. Menurut Sasterawan Negara Shahnon Ahmad, dalam sebuah esei sasteranya “Unsur Realisme Magis Melalui Konsep Pencerobohan dalam Karya-karya Awal Gabriel Garcia Marquez”, aliran realisme dalam langgam penceritaan sesebuah fiksyen sangat mementingkan pengalaman rasional, mementingkan logik dan wajar.

Sedang dalam realisme-magis hal-hal waras tadi dicabuli dengan fantasi iaitu unsur luar biasa yang tidak berpijak pada bumi nyata; mitos iaitu kepercayaan rakyat berhubung pelbagai insiden atau peristiwa yang rapat dengan unsur-unsur ajaib; lagenda yang berkait dengan sejarah dan kurang aspek ajaibnya walaupun mempunyai sudut sensasi tersendiri. Apabila kedua-dua ini digabungkan iaitu logik dan aspek-aspek supernatural atau ajaib tadi, langgam penceritaan menjadi gembar-gembur, fantasi melimpah ruah, lari dari dunia nyata dan ia bertujuan melayan pesona akal pada hal-hal yang tidak rasional.

Bagaimana jika kita meletakkan realisme magis dalam kerangka politik mutakhir? Bagaimana jika kita melihat seorang ahli politik memainkan perasaan dan emosi rakyat seperti mana seorang pengarang novel yang menggabungkan hal-hal waras dengan fantasi cabul luar biasa yang tidak berpijak pada bumi nyata (dalam istilah agama: khurafat, tahyul, dan bid’ah) dengan memanipulasi kepercayaan rakyat berhubung satu-satu insiden atau peristiwa, bagaimana agaknya?

Umum beranggapan realisme magis dalam bidang seni muncul pada tahun 1925 di Eropah apabila pengkritik seni berbangsa Jerman, Franz Roh memperkenalkan istilah ini dalam tulisan Nach-Expressionismus: Magischer Realismus. Ia bertujuan untuk menonjolkan segala aspek pelik, magis dan misteri yang terdapat dalam realiti.

Seorang penulis Cuba, Alejo Carpentier kemudian membincangkan istilah ini dan hubungannya dengan ‘marvellous American reality’ di dalam prolog novelnya El reino de este mundo. Pada Carpentier, realiti Amerika Latin berbeza dengan realiti diterima pakai oleh Eropah. Beliau memperkenalkan konsep lo real maravilloso atau marvellous realism.

Beberapa pengkritik Spanish-American kemudian mendekati lagi konsep ini dan antara paling utama ialah Angel Flores. Walau apa pun penerimaan umum, perkara penting dalam konsep yang diperkenalkan oleh Carpentier ini ialah keajaiban dan kepelikan dalam realiti. Konsep lo real maravilloso ini membuka kepada perbincangan sekitar realisme-magis.



Jika Carpentier merujuk kepada nilai budaya Afrika, dalam membina realisme magis. Bagaimana agaknya jika seorang ahli politik membina persepsi dan sentimen khalayak (baca: rakyat) dengan membaurkan rasional, cerita folk lore murahan, khabar angin perkauman yang dicapsirim oleh agamawan tunggangan (yang fatwanya selalu bertentangan) sebagai magiko-agama (magical-religous)?

Tentu menarik bukan?

Menurut Profesor Dr Ungku Maimunah Mohd Tahir, realisme-magis secara mudahnya adalah ‘satu teknik yang mengkabur atau menghapuskan sama sekali perbezaan antara fantasi dengan realiti’. Perkara ajaib, pelik, aneh diizinkan untuk bergaul dengan hal-hal logik dan waras sehingga tidak ditemui garis pemisah antaranya.

Oleh kerana itu dunia politik tanahair yang real sengaja dibangkitkan dengan sumber-sumber supernatural atau keajaiban tanpa basis. Gabungan padu seperti kopi dengan susu sehingga tidak dilihat garis pemisahnya ini membekal keyakinan politik seorang tokoh untuk dirinya membentuk satu langgam penceritaan politik yang menjadi identiti jitu cita-citanya. Akibatnya, hal-hal yang palsu dan tidak masuk akal akan dipaksakan kepada peminat dan pendokongnya sebagai sesuatu yang munasabah. Bahkan difatwakan sebagai bermoral dan beretika oleh agamawan magiko-agama yang kian lupa apa yang real dan apa yang haq.

Politik jenis ini, politik realisme magis ini sumbernya bukan al-Quran dan sunnah tentunya. Sumbernya ialah mitos dan lagenda. Mitos dan lagenda ini dipantakkan supaya orang percaya. Maka politikus yang mahir akan secara kreatif menggunakan mitos, lagenda dan mengadunnya dengan sedikit strategi politik untuk meyakinkan awam bahawa ia (strategi politik Machiavellinya) boleh benar-benar berlaku.

Tetapi apakah mitos? Apakah lagenda?

Mitos atau myth di dalam bahasa Inggeris berasal dari perkataan Greek, mythos yang membawa maksud ‘apa sahaja yang diceritakan’. Namun apa yang paling penting dari mitos ialah, cerita yang disampaikan itu tidak diketahui pengarang atau sumber asalnya, diturunkan secara mulut atau lisan dari satu generasi ke generasi. Karektor di dalam mitos antara lain adalah para dewa, bidadari dan raksaksa, tidak mengikut logik akal dan seolah-olah suatu mimpi, tetapi masih berdasarkan dunia realiti. Inilah definisi mitos menurut Anthony S. Mercatante dalam The Facts on File Encyclopedia of World Mythology and Legend:

An anonymous traditional story, orally passed on from one generation to the next, believed to be literally true by the culture that produced it, about gods and goddesses, heroes, heroines and other real and fantastic creatures, taking place in primeval or remote times.

Jelasnya mitos bukan setakat sebuah cerita yang penuh dengan dewa, tuhan, pahlawan dan makhluk-makhluk aneh tetapi paling penting ia dipercayai oleh masyarakat yang mendokongnya. Dan dalam konteks ini, mitos politik dapat menjadi sumber seuah politik realisme-magis.

Robert Graves yang pernah mendalami mengenai mitos di dalam bukunya yang sering dirujuk, Larousse Encyclopedia Of Mythology, berkata, mitos memiliki dua fungsi apabila ia dicipta. Pertamanya untuk menjelaskan soalan-soalan pelik yang dikemukakan oleh kanak-kanak seperti siapakah pencipta bumi, bagaimanakah ia akan berakhir, siapakah manusia pertama dan sebagainya. Jawapan kepada soalan-soalan tersebut biasanya mestilah benar-benar grafik, bernada positif dan bertujuan untuk melayan khayalan kanak-kanak yang luas. Keduanya, bagi Graves, mitos tercipta bagi memenuhi keperluan dalam mewajarkan serta menjelaskan sistem-sistem sosial, adat dan peraturan masyarakat tradisional. Dalam kes ini, mitos politik berfungsi untuk memujuk rakyat yang kebetulan sedang linglung dan meraba-raba kerana kehilangan kepimpinan.

Lagenda pula menurut S. Mercatante berasal dari perkataan Latin yang membawa maksud ‘menghimpunkan’. Beliau memberi definisi lagenda sebagai:

An anonymous traditional tale, sometimes believed to be true, but not necessarily, orally passed on from one generation to another; having as its main characters some historical personages, but also fantastic elements such as dragons; taking place in historical times.

Seperti mitos, lagenda tiada sumbernya atau tidak diketahui siapa pengarangnya, diturunkan generasi demi generasi secara lisan, tokoh-tokoh di dalam lagenda bahkan boleh menjadi tokoh yang benar-benar ada seperti tokoh sejarah dan ia bercampur pula dengan elemen-elemen ajaib seperti kehadiran naga dan sebagainya. Seorang ahli politik yang cekap dapat sahaja melagendakan dirinya sebagai perwira yang berjuang keras, difitnah oleh seekor ahli politik cemerkap yang digambarkan buasnya seperti naga.

Herbert Spencer Robinson dan Knox Wilson pula dalam suatu ensiklopedia susunan mereka bersama, The Encyclopedia Of Myths And Legends Of All Nations, berpandangan yang lagenda boleh terus berlaku dan tercipta terutama kepada tokoh-tokoh sejarah agung. Robinson dan Knox memberi contoh bagaimana tokoh seperti Abraham Lincoln dan Napoleon terus mencipta lagenda tersendiri. Sanjungan berlebihan kepada sesuatu tokoh itu mungkin boleh menyebabkan munculnya ‘lagenda-lagenda baru’ ini. Bukanlah sesuatu yang mengejutkan unsur lagenda telah disandarkan kepada tokoh-tokoh bersejarah tertentu. Ia melibatkan tokoh seperti Che Guevera contohnya.

Gabriel Garcia Marquez pemenang Hadiah Nobel Kesusasteraan yang banyak menggunakan mitos dalam karya-karya karangannya seperti One Hundred Years of Solitude ada mengatakan:

But I realized that reality is also the myths of the common people, it is the beliefs, their legends; they are their everyday life and they affect their triumphs and failures. I realized that reality isn’t just the police that kill people, but also everything that forms part of the life of the common people. All of this must be incorporated.

Apa yang cuba ditekankan oleh Marquez di sini adalah mitos bukan semestinya perlu sesuatu yang pelik serta ajaib semata-mata tetapi hal-hal biasa yang menjadi kelaziman dan diterima oleh masyarakat biasa.

Politik Realisme Magis tentu sahaja tidak dapat diterima dalam kebenaran Islam. Islam mengajak kita kembali kepada sumber fundamental, al-Quran dan sunnah. Bukan mitos-politik, khurafat-politik, lagenda-tokoh yang disucikan sebagai Nabi Yusuf.

Siasah 21-27 September 2008

Teguran novelis Azizi Abdullah, terhadap PAS: Badan (Saja) PAS Baju Keadilan. Klik sini.
* Foto sekadar tempelan.

sumber - Faisal Tehrani

artikel berkaitan :

1. Tuju Lagu Musalmah Lebar: Ikhlas Dariku (Ustaz Akil Hayy) Ditujukan Untuk Pakatan Siplis

2. Biar Saya Beritahu Anda Kenapa Tulisan Jawi Tercatat di Papan Tanda Itu..

3. Memuji Setan Sebagai 'Profound'

4. Selamat Datang ke Ipoh

5. Alas Nasi Lemak Musalmah Lebar: 'Siapa Kena Tipu?'

6. Tuan Guru Presiden Yang 'Disepit'

7. Majlis Syura: Apa Kata Muqabalah dengan Condy Rice?

8. PAS: Buang 'Nasha' atau Buang 'Orang Itu'

9. Apa kata blogger Faisal Tehrani tentang Anwar Ibrahim?



Baca selanjutnya...

Anwar suka cakap besar

Majlis Makan Malam di Filipina. Dari kiri Joseph Ekstrada, Anwar Ibrahim dan Cory Aquino. Kedua-dua bekas Presiden Filipina itu menindas dan membunuh umat Islam di Moro.

Anwar suka cakap besar

Thursday, September 18, 2008

AhmadHadeed, Al Muslimin NGO Islam- Membela Ummah dan Mustadafeen. Laman Web Al Muslimin adalah portal berita dan komunikasi untuk membincangkan isu berkaitan ummah dan mustadafeen. Matlamat kami ia penyatuan ummah dan menegakkan kebenaran Islam. Al Muslimin juga adalah tempat pertemuan Ummah di alam cyber untuk meningkatkan ukhwah Islamiyah.

Saya melihat Anwar suka cakap besar berkaitan sesuatu perkara. Anwar suka di kelilingi oleh microphone dan reporter yang besar besar tetapi kadang kadang perkara yang di cakap tak pun besar.

Saya rasa Anwar suka sangat publisiti dan spot light dan bombastic words dalam press statement. Kalau melihat bahasa di gunakan dalam press statement Anwar, semuanya bombastic mr bola bola dan biasanya perkataan itu tidak selalu di guna dalam normal political press statement.

Adakah Anwar juga mahu meng impress kan orang dengan perkataan yang hebat hebat. Dalam blog dan ucapan, Anwar juga mencerita dia berjumpa dengan raja itu raja ini, personaliti ini personaliti itu dengan bangga tetapi bagi mereka yang tahu personaliti tersebut , mendengar namanya telah cukup meluat.

Terbaru Anwar menyebut telah bertemu dengan pengurus dana trilion dollar america. Adakah ini satu lagi mr fantastic bombastic Anwar?


ini lah kata kata Anwar dalam blog nya untuk menunjukkan beliau hebat dan berkawan dengan fund manager trillionaire seolah olah ekonomi Malaysia berada di tangan nya. Mungkin mesej nya "You get it if you abide with me , you lose it if you thrash me. "

Dalam blog posting nya ini Anwar turut menuduh Bank Negara dari segi pengurusannya. Ini berat.

"Saya telah bertemu dengan ramai pengurus dana di rantau ini, yang mewakili aset yang berjumlah USD 1 trillion dan mereka telahpun menyatakan sokongan mereka kepada perubahan menyeluruh di Malaysia termasuklah kebebasan kehakiman, media dan pihak polis serta agensi pencegah rasuah yang lebih professional, juga peraturan yang mesra pelabur dan jaminan tiadanya campur tangan ahli politik di dalam pengurusan Bank Negara. Inilah antara polisi yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat untuk dilaksanakan, dan insiatif inilah yang gagal diambil oleh pentadbiran sekarang terutamanya selepas 8hb Mac 2008."

Anwar pernah menulis dalam blog nya menceritakan pertemuan nya dengan bekas president Estarada filifina. Mungkin beliau bangga dapat makan malam dengan Estarada tetapi kalau orang tahu siapa estrada sudah tentu hendak termuntah kalau di sebut nama estrad.

Estarada laknatullah adalah personaliti yang menyambung pembunuhan rakyat muslim moro selepas perjanjian damai OIC semasa Marcos dan Estrada juga adalah individu yang menyokong perang besar besaran dan terbuka keatas rakyat islam moro dalam konflik sekarang di filifina. Oleh itu bila nak bermegah dengan kawan yang hebat , pasti lah mereka benar benar hebat , kalau tidak orang akan melabel kita dengan ,' sebegitu kawan , sebegitulah perangainya"

Posted by AhmadHadeed at 8:57 PM

sumber - Al Muslimin

artikel berkaitan

1. Taktik Peperangan Anwar Ibrahim

2. Anwar dengan politik casanova

3. Anwar tak layak jadi ahli politik Malaysia

4. Estada kawan rapat Anwar gesa perang besar ke atas MILF

5. Anwar Ibrahim: Dari pejuang Islam ke pejuang sekular

6. AL-MUSLIMIN: Analisa Politik Ummah Semakin Menarik




Baca selanjutnya...

Fairus mahu saman Siasah


Fairus mahu saman Siasah

Athi Veeranggan | Sep 19, 08 3:58pm
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Fairus Khairuddin mahu mengambil tindakan undang-undang tabloid Siasah yang mendakwa 'beliau terlalu malas untuk turun padang'.

Timbalan pengerusi PKR negeri itu berang dengan tabloid mingguan itu yang menyiarkan komentari tersebut minggu lalu, yang didakwanya telah menjejaskan kedudukannya.

"Tabloid itu hanya menyiarkan komentari tanpa menyemak kesahihan maklumat yang diterima dari sumber-sumbernya," kata Fairus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, kepada Malaysiakini.

"Sekurang-kurang ia patut menghubungi saya dan turut menyiarkan penjelasan saya. Ia satu percubaan untuk memburuk-burukkan kredibiliti, maruah dan integriti saya," katanya.

Fairus berkata, peguamnya sedang menyiapkan dokumen untuk mengambil tindakan undang-undang tersebut.

Komentari Siasah itu dikatakan telah mendorong penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur Fairus kerana "tidak melawat kawasan pilihanrayanya untuk menemui rakyat dan menyelesaikan masalah mereka".

Walaupun Anwar menimbulkan perkara itu dalam mesyuarat tertutup pemimpin PKR negeri hujung bulan lalu, tetapi ia telah dibocorkan dan dilaporkan secara meluas dalam akhbar tempatan.

Beliau percaya ia dibocorkan kepada akhbar oleh individu-individu tertentu dalam PKR yang mempunyai agenda tersembunyi.

"Laporan akhbar-akhbar berkenaan memberi gambaran seolah-olah Anwar dan pemimpin lain parti itu tidak menyenangi saya dan gaya saya.

"Pihak akhbar telah memberi gambaran yang salah sama sekali tentang diri saya," tambahnya.

Beliau turut membidas pihak media kerana tidak menyiarkan kerja-kerja yang telah dilakukannya di kawasan pilihanrayanya sejak enam bulan lalu.

Fairus berkata, beliau telah melaksanakan lebih 10 projek kecil dan projek kebajikan di kawasan pilihanrayanya, serta turun padang membantu penduduk yang terjejas dengan banjir baru-baru ini.

Bagaimanapun, katanya, semua itu tidak mendapat perhatian pihak akhbar.

"Saya percaya beberapa individu cemburu dengan kejayaan saya pada usia yang muda.

"Jadi, mereka mengada-adakan cerita untuk memburuk-buruk saya," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan mereka yang terbabit dalam kontroversi tersebut.

Fairus yang dianggap sebagai 'orang harapan Anwar', dilantik sebagai timbalan ketua menteri 1 dalam pentadbiran ketua menteri Lim Guan Eng selepas pilihanraya umum Mac lalu.

Khabar angin tersebar Julai lalu bahawa Fairus tidak sehaluan dengan Anwar dan berhasrat untuk meletakkan jawatan timbalan ketua menteri.

Fairus bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan mengecam mereka yang menyebarnya.

sumber - Malaysiakini

Artikel berkaitan

Anwar nasihat Fairus turun padang




Baca selanjutnya...

Permainan Anwar dan Amerika ke atas ekonomi Malaysia ?



Permainan Anwar dan Amerika ke atas ekonomi Malaysia ?

Assalamualikum,

Seperti yang saudara maklum ekonomi Amerika sekarang menuju kemelesetan. Tanda - tanda menunjukkan keadaan semakin akan jadi teruk. Mungkin ke tahap apa yang berlaku di negara Malaysia pada tahun 1998.

1. Kerajaan Amerika telah " bail out " syarikat insuran terbesar didunia iaitu AIG. Anak syarikat AIG di Malaysia ialah AIA. Dana ini berjumlah 85 billion US Dollar dan ini adalah wang rakyat. ( Dana disalurkan melalui Federal Reserve ). Dulu Amerika dan Anwar menentang tindakan kerajaan Malaysia daripada menyuntik dana kedalam syarikat - syarikat besar dan institusi perbankan yang menhadapi masalah gawat dulu.

2. Hari ini ( The Star ), Securities Exchange Commision (SEC) telah melarang institusi kewangan di Amerika dari melakukan urusniaga " short selling ". Dulu kerajaan Malaysia telah melarang urusan " short selling " di pasaran saham dan mereka menentang keputusan yang dibuat.

Genap 10 tahun terbuktillah kebenaran yang dilakukan Tun Mahathir dan kerajaan Malaysia.

Praise be to Allah

akamal1113

-------------------------------------------------------


AIDC menjawab :

Walaikumusalam..

Terima kasih akamal1113 kerana sudi berkongsi maklumat mengenai proses urusniaga Amerika dan kesannya ke atas Malaysia.

Satu pendedahan yang menarik dan mungkin boleh dikembangkan lagi hujah-hujahnya supaya lebih ramai yang memahami.

Soal hubungan Anwar dengan Amerika dan berkaitan dengan ekonomi memang meragukan. Banyak perkara yang dilakukan Anwar lebih kepada menguntungkan diri sendiri dan bukannya menguntungkan rakyat Malaysia.

Dua jawatan yang berkaitan ekonomi yang telah disandang oleh Anwar adalah Konsultan di Bank Dunia dan AJK di International Crisis Group (ICG).

Persoalan pelantikan Anwar di Bank Dunia

Misalnya soal Anwar memuji pelantikan Paul Wolfowitz sebagai Presiden Bank Dunia dalam Bloomberg News, 24 Mac 2005 dalam artikel bertajuk 'Passionate' Wolfowitz Backed by Anwar for World Bank".

Kata Anwar, "Beliau (Wolfowitz) seorang yang sepenuh hati percaya dengan kebebasan dan memahami isu kemiskinan, kemusnahan alam sekitar, keadaan taraf hidup dan isu kesihatan (dan semua itu) menjadi agenda utama Bank Dunia.” Bacaan lanjut klik di sini

Persoalan orang disokong oleh Anwar itu adalah Yahudi Neo-Konservatif 'arkitek perang' ke atas Iraq.

Sebagai balasan kepada pujian dan kempen Anwar sebelum ini, Wolfowitz telah melantik bekas TPM itu sebagai "Perunding Bank Dunia untuk isu-isu antirasuah dan kebertanggungjawaban", pada Jan 2006. Bacaan lanjut klik artikel 1 dan artikel 2.

Penyelewengan, bail out, kronisme dan nepotisme

Persoalan atas dasar apa Wolfowit lantik Anwar menjadi "Perunding Bank Dunia", bukankah di atas dasar kronisme dan nepotisme ?

Wolfowitz sendiri semasa memperkenalkan Anwar kepada staff Bank Dunia pada 19 Jun 2006 mengakui Anwar adalah kawan rapatnya dan pernah bekerja di Bank Dunia pada tahun 1998.

Katanya, "Today I am especially pleased and honored to welcome as our speaker a colleague, a close associate to the World Bank and the development community, and a personal friend, Dr. Anwar Ibrahim...He’s also well-known to us at the World Bank and the IMF because of the instrumental role that he played as Chairman of the Development Community in 1998. He’s been described as one of the forefathers of the Asian renaissance for his passionate commitment to interfaith dialogue and his respect for human dignity.

Anwar juga turut mengakui Wolfowitz adalah kawan baiknya, walaupun beliau mengakui persahabatannya dengan Wolfowitz menimbulkan kecurigai banyak pihak tetapi tidak menjadi masalah kepadanya.

Kata Anwar, "It is very rare that I can get such accolades from a good friend and president of the World Bank, a controversial friend; difficult at times, but a very valued friend through my difficult days"

Baca ucapan bersama antara Paul Wolfowitz dan Anwar di Bank Dunia pada 19 Jun 2006, klik di sini.

Persoalannya apa agenda Wolfowitz melantik Anwar sebagai "Perunding Bank Dunia untuk antirasuah dan kebertanggungjawaban", sedangkan sebelum ini bekas TPM Malaysia itu pernah dipenjarakan kerana rasuah salah guna kuasa ?

Apa kurangnya dengan majikan Anwar, Paul Wolfowotiz juga telah didapati bersalah menyalahgunakan kedudukannya untuk 'bail out' teman wanitanya, Shaha Ali Riza semasa menjadi Presiden Bank Dunia.

Panel khas lembaga pengarah Bank Dunia telah membuat kesimpulan bahawa Wolfowitz melanggar peraturan dan melakukan perbuatan konflik kepentingan,dengan menyalahgunakan kuasa menaikkan gaji Shaha Riza sebanyak 36 peratus iaitu daripada AS$132,660 kepada AS$180,000 setahun dengan jaminan kenaikan sebanyak lapan peratus.

Apakah ini bukan kroni dan nepotisme ? Bukankah kes penyalahgunaan kuasa itu menyebabkan Paul Wolfowitz terpecat daripada jawatan Presiden Bank Dunia?

Kenapa pula Anwar yang dilantik Wolfowitz sebagai Perunding Anti-Rasuah di Bank Dunia tidak menegur penyelewengan majikannya itu ?

Bukankah Anwar juga turut bersetuju dengan penyalahgunakan kuasa itu dengan menghantar surat perpindahan Shaha Riza ke Foundation For The Future (FFF) yang dipengerusikannya.

Sifat Anwar suka berbohong, berbohong kepada rakyat Malaysia mengatakan FFF tiada kaitan dengan Amerika. Berbohong lagi mengatakan beliau tidak terlibat dengan perpindahan Shaha Riza. Tetapi apabila Jawatankuasa etika menerbitkan dokumen hasil siasatan, sepucuk surat yang ditandatangani Anwar telah dijadikan bukti penglibatan Anwar dalam konspirasi menyelamatkan majikannya (Wolfotiz) itu.

Surat yang ditandatangani Anwar sebagai penggerusi FFF, menggunakan logo NGO itu dengan alamat di Washington DC. Klik di sini untuk melihat surat Anwar itu.

Apabila pembohongan Anwar ini terbongkar, beliau telah meletak jawatan sebagai Pengerusi dan Presiden NGO itu.

Bacaan lanjut klik di sini

Apa peranan Anwar di ICG ?

Satu lagi jawatan penting yang masih dipegang hingga sekarang adalah sebagai ahli jawatankuasa International Crisis Group (ICG).

Bukankah ICG dibiayai oleh George Soros yang turut menjadi Ahli Lembaga Pengarah ICG ?

Bukankah penglibatan Anwar dengan ICG, bermakna beliau telah bersekongkol dengan Yahudi Amerika, George Soros yang pernah dituduh penyangak matawang yang telah melemahkan ekonomi Malaysia pada tahun 1997?. Bacaan lanjut klik di sini

Masih menjadi misteri apakah peranan Anwar dalam ICG, dan kerana misteri ini belum terbongkar, maka Anwar masih mengekalkan peranannya dalam NGO itu hingga sekarang.

Saya tidak berhajat untuk mengupas lanjut peranan Anwar dalam ICG untuk kali ini, Insya Allah jika tiada halangan akan ditulis tajuk khusus mengenai topik ini.

Amat menarik topik ini, banyak rahsia yang belum dibongkar.

Kepada 'akamal1113' terima kasih kerana memulakan dan kepada sesiapa yang berminat dengan topik ini elok dimulakan pencarian kerana saya telah berikan beberapa link yang berkaitan.


AIDC
20 September
6.22 pagi
aidceditor@yahoo.com
http://aidc-editor.blogspot.com/


artikel berkaitan

1. Anwar telah khianat Islam ?




Baca selanjutnya...

Amerika perguna Anwar


Amerika perguna Anwar

Oleh ZULKIFLI JALIL

PUTRAJAYA 19 Sept. – Wisma Putra memperoleh maklumat bahawa ada pihak tertentu dari Amerika Syarikat (AS) mempergunakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memperkotak-katikkan dan menghuru-harakan Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pihaknya dimaklumkan ada rancangan daripada pihak tertentu di AS untuk memastikan Anwar menjadi pemimpin hadapan bagi memudahkan kepentingan negara itu ‘masuk’ ke Malaysia.

Dalam satu strategi penjelasan untuk menangkis tohmahan pihak asing yang menyokong Anwar, Rais berkata, Wisma Putra akan menganjurkan satu seminar yang disertai duta-duta Malaysia yang bertugas di AS, Eropah dan Amerika Selatan di Washington pada 23 September ini.

“Apa sebabnya pihak tertentu di AS begitu taksub nak masuk ke negara ini, bukan kerana sayangkan Anwar, tetapi hendak melihat Malaysia gagal dalam banyak hal.

“Mereka (AS) tak sentuh Thailand, (politik) negara itu lagi teruk (berbanding Malaysia), tapi mereka lebih cenderung kepada Anwar supaya menjadi orang suruhan ketuanya (AS). Dari sudut itu, kita (duta-duta Malaysia) kena tangkis,” kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rais akan berlepas ke New York esok untuk mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan berada di sana dari 27 September hingga 1 Oktober untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).

Rais berkata, seminar yang akan dipengerusinya itu nanti akan menyediakan duta-duta berkenaan fakta lengkap mengenai sistem perundangan dan kedudukan ekonomi Malaysia termasuk penjelasan tentang Bajet 2009.

“Pihak tertentu di AS ‘kenakan’ kita dan kita harus berkebolehan mengetahui fakta-fakta terbaru tentang perundangan, ekonomi serta soal-soal politik tanah air,” ujar beliau.

Rais menambah: “Fakta-fakta itu kita sediakan kerana kita tidak mahu duta-duta Malaysia membuat penjelasan melulu.”

Beliau juga berkata, keyakinan tinggi Anwar menguar-uarkan pembentukan ‘kerajaan baru’ sejak beberapa bulan lalu mencetuskan keraguan di kalangan banyak pihak tentang siapa di belakang Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Walaupun akhirnya terbukti apa yang dirancang tidak menjadi kenyataan pada 16 September lalu, namun Anwar masih terus mencanangkan impiannya itu dengan menuntut satu sidang khas Parlimen diadakan pada 23 September ini.

Alasan yang diberikan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk meminta sidang khas itu diadakan adalah bagi membolehkan usul undi tidak percaya dikemukakan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun Abdullah tidak melayan permintaan itu.

sumber - Utusan Malaysia





Baca selanjutnya...

19 Sep 2008

AnwarGate: Anwar dituduh meliwat


+++++Video setakat ini sahaja+++++






Baca selanjutnya...

Anwar dipantau


PUTRAJAYA, 18 Sept (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri akan memantau keadaan dan suasana dalam negara termasuk tindak tanduk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum mengambil sebarang tindakan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata keselamatan dan ketenteraman awam penting bagi memastikan negara dalam keadaan aman dan mana-mana pihak yang cuba menjejaskannya boleh dikenakan tindakan.

Bagaimanapun, beliau meminta orang ramai agar jangan membuat sebarang andaian atau spekulasi mengenai tindakan kementeriannya.

"Lebih baik kita tengok suasana...bila tiba masanya jika perlu ambil tindakan kita akan ambil tindakan, tapi jangan buat spekulasi," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam berkata Anwar kini sudah menjadi ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara.

"Kita akan melaksanakan tugas untuk memerintah dan mentadbir sebagai mandat yang diberikan kerajaan. Apa tindakan yang akan kita ambil, kita akan ambil bila tiba masanya tapi saya tidak mahu bincangkan perkara ini sebelum masanya tiba dan perkara itu berlaku," kata Syed Hamid.

Syed Hamid berkata tidak ada keperluan untuk membincangkan perihal Anwar setiap hari seolah-olah Malaysia ditadbir dan dikawal oleh Anwar.

"Kita tidak perlu tiap-tiap hari bincang mengenai ketua pembangkang itu banyak lagi benda-benda yang boleh kita buat," katanya.

Mengenai penahanan penulis blog "Kickdefella", Syed Azidi Syed Aziz di rumahnya di Demit, Kota Baharu mengikut Akta Hasutan semalam, Syed Hamid berkata ia adalah sebahagian daripada pelaksanaan undang-undang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pegawainya telah menerima laporan polis yang dibuat oleh Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok yang kini ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ketika ditemui pada majlis yang sama, Ismail berkata bagaimanapun, beliau belum melihat laporan tersebut.

Semalam, Teresa melalui peguamnya Sankara Nair membuat laporan polis dan menyaman akhbar Utusan Malaysia, Pengarangnya Zaini Hassan dan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo kerana memfitnahnya berkaitan isu larangan azan di sekitar Kota Damansara, Sri Serdang dan Puchong Jaya.

sumber - Bernama


Baca selanjutnya...

ANWAR IBRAHIM; JAMALUDDIN AL-AFGHANI VERSI BARU


ANWAR IBRAHIM; JAMALUDDIN AL-AFGHANI VERSI BARU

Secara ringkasnya, Artikel berkenaan adalah berkaitan dengan cabaran KorbanDemokrasi kepada Anwar Ibrahim; seorang pejuang gigih Demokrasi, yang juga merupakan Ketua Umum Partai Keadilan Rakyat supaya membuktikan tuduhan beliau terhadap Sheikh Usamah Bin-Laden hafidzahuLlah. Anwar Ibrahim dalam salah satu tulisan beliau yang bertajuk "Pertumbuhan Demokrasi Adalah Jawapan Kepada Keganasan" (Growth of Democracy Is the Answer to Terrorism) dalam International Herald Tribune telah menyatakan bahawa Sheikh Usamah Bin-Laden hafidzhahuLlah sebagai PEMBIAYA KEGANASAN DAN PEMBUNUHAN SERTA PEMBAWA KEMUSNAHAN.

Tujuan Anwar Ibrahim menulis Artikel berkenaan adalah untuk menegaskan bahawa program pendemokrasian adalah merupakan jalan terbaik bagi melahirkan kebebasan yang sebaik-baiknya di Dunia Islam yang dengan itu 'manusia-manusia pengganas' seperti Sheikh Usamah Bin-Laden serta sahabat-sahabatnya diberi ruang untuk menyuarakan pendapat mereka tanpa dikongkong oleh regim-regim despotik yang sekarang ini menguasai Dunia Islam.

Anwar Ibrahim juga menagih simpati dan merayu sokongan Barat; Amerika dan sekutu-sekutunya, agar 'memberi bantuan' kepada Pertumbuhan Demokrasi dan keterbukaan agar ianya berkembang-biak dengan sebaik-baiknya di Dunia Islam. Anwar Ibrahim sentiasa berusaha juga untuk mengambarkan betapa kini di Dunia Islam telah wujud satu gelombang yang besar yang dinamakan sebagai Renaisans Islam atau Pembaharuan Islam melalui usaha-usaha pendemokrasian tersebut.

Apa yang berlaku kini hanyalah satu lagi fasa kepada proses Pembaharuan Islam itu yang mana ianya adalah pula berkesinambungan kepada gerakan-gerakan pembaharuan yang telah lama berlaku di Dunia Islam sejak dari Abad ke 19 lagi.

Pada Abad ke 19 dan 20, menurut Anwar Ibrahim, telah lahir para intelektual-intelektual agama, sasterawan-sasterawan, reformis-reformis, lelaki dan wanita yang melalui warisan merekalah idea-idea demokrasi dan reformasi itu berterusan dibawa oleh warisan-warisan Muslim kini. Dalam ucapan Anwar Ibrahim yang bertajuk "Masadepan Demokrasi Muslim" (The Future Of Muslim Democracy) di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat pada 1hb Disember 2005, Anwar Ibrahim memberi contoh pembangun-pembangun serta pendiri-pendiri idea-idea Demokrasi Islam dan Reformasi Islam yang amat beliau kagumi itu.

Anwar Ibrahim menjelaskan tentang kritikan-kritikan yang disuarakan oleh Abdul Rahman Al-Kawakibi (Al-Kawakibi) terhadap Empayar Othmaniyyah (Khilafah Islamiyyah Othmaniyyah) di Turki yang mana Anwar Ibrahim menganggap kritikan Al-Kawakibi itu adalah terhadap sebuah Regim Despotik Othmaniyyah yang bermaharaja lela kezalimannya. Anwar Ibrahim juga menjelaskan tentang satu figur yang bernama Riffat At-Tahtawi sebagai seorang yang mengagumi Institusi-Institusi Demokratik di Peranchis. Riffat At-Tahtawi menyatakan sedemikian di dalam karangan beliau yang bertajuk "Seorang Imam di Paris" (An Imam in Paris).

Anwar juga menyebut nama-nama lain yang dianggap sebagai 'orang-orang besar' suara pembebasan seperti Taha Hussein dan seorang puteri Jawa; Radin Kartini, seorang pejuang feminis Indonesia (Radin Ayu Kartini ini ada menyatakan bahawa dunia akan lebih aman jika tidak ada Agama yang memberi sebab-sebab untuk pertikaian, dosa dan perselisihan). Kehidupan Radin Kartini telah dibukukan oleh seorang Orientalis Barat; JH Abendanon, dengan tajuk "Dari Kegelapan Kepada Cahaya" yang menghimpun himpunan-himpunan warkah Radin Kartini berhubung kebebasan wanita kepada sahabat-sahabat beliau di Barat di ketika hayat beliau.

Anwar Ibrahim seterusnya berkata bahawa, "Ianya adalah keinginan manusia untuk bebas, kemeluatan terhadap kezaliman despotik dan pernindasan: yang memotivasikan orang-orang Islam, samaada mereka itu Arab, Melayu (atau Jawa), Parsi atau Afrika untuk menagih kepada demokrasi. Keinginan mereka ini telah pernah diasuh, dikembang-biak dan kemudiannya dikhianati, tetapi ianya kini telah mula semula mencapai momentum yang tidak pernah dapat dilihat sebelumnya.

Berdasarkan kepada prinsip dan keinginan inilah saya merasakan bahawa orang-orang Islam dan Amerika adalah rakan secara tabii. Ianya adalah suatu persekutuan yang boleh dan wajib diteruskan bagi menjadikan dunia ini kembali selamat untuk demokrasi". Beliau kemudiannya bertumpu kepada cabaran-cabaran yang ada di Dunia Islam dan mengolah pandangan beliau berhubung peranan-peranan yang sepatutnya diambil oleh sekutu Amerika bagi menjamin terlaksananya cita-cita reformasi, kebebasan dan demokrasi sebagaimana yang difahaminya.

Melalui kenyataan di atas dapatlah kita membuat sedikit sebanyak analisis dan pertimbangan berhubung kedudukan Anwar Ibrahim, falsafah pandangan hidup beliau serta sumber-sumber yang beliau yakini dan ini pula bolehlah dibandingkan dengan pandangan yang disepakati kewibawaannya serta kesahihannya dalam khazanah peradaban dan tamadun keilmuan Islam. Sebelum kita mula mendalami kajian perbandingan ini dan bagi mempastikan kejelasan perspektif ketika analisis dibuat, ada baiknya disenaraikan kesemua aliran pemikiran yang dibawa oleh Anwar Ibrahim tersebut.

Secara ringkasnya aliran pemikiran Anwar Ibrahim adalah;

1. Anwar Ibrahim percaya bahawa Program Pendemokrasian adalah merupakan jalan terbaik bagi melahirkan Kebebasan yang sebaik-baiknya di Dunia Islam.

2. Program Pembaharuan Islam yang dipelupur oleh Anwar Ibrahim ini diyakini oleh beliau sebagai satu kesinambungan kepada gerakan-gerakan pembaharuan yang telah lama berlaku di Dunia Islam sejak dari Abad ke 19 lagi.

3. Anwar Ibrahim meminta sokongan Barat; Amerika dan sekutu-sekutunya, agar 'memberi bantuan' kepada Pertumbuhan Demokrasi dan keterbukaan agar ianya berkembang-biak dengan sebaik-baiknya di Dunia Islam.

4. Anwar Ibrahim mengiktiraf dan mengagumi pembangun-pembangun serta pendiri-pendiri idea-idea Demokrasi Islam, Reformasi Islam, Feminis dan Kebebasan iaitu Abdul Rahman Al-Kawakibi, Riffat At-Tahtawi, Taha Hussein serta Radin Ayu Kartini.

5. Anwar Ibrahim berpendirian bahawa Khilafah Islamiyyah Othmaniyyah adalah merupakan sebuah Regim Despotik yang bermaharaja lela kezalimannya serta penindas.

6. Anwar Ibrahim percaya bahawa orang-orang Islam dan Amerika adalah rakan sekutu secara tabii dan persekutuan ini wajib diteruskan bagi menjadikan Dunia Islam kembali selamat untuk demokrasi.

7. Anwar Ibrahim menanggap bahawa mereka-mereka dari kalangan Ummat Islam yang memiliki pendirian seperti Sheikh Usamah Bin-Ladin hafidzahuLlah dan sahabat-sahabat beliau sebagai insan yang menjadi pengganas disebabkan ketiadaan kebebasan yang diberikan kepada mereka.

8. Anwar Ibrahim menuduh Sheikh Usamah Bin-Ladin hafidzahuLlah dan sahabat-sahabat beliau sebagai pembiaya keganasan dan pembunuhan serta pembawa kemusnahan.

9. Anwar Ibrahim amat kagum dengan gagasan-gagasan ‘ilmiah, sains, falsafah dan sastera dengan mengambil Ibn Sina sebagai contoh ahli falsafah yang dikira oleh beliau sebagai antara produk terbaik yang patut diteladani oleh Ummat Islam.

Berdasar kepada Aliran Pemikiran Anwar Ibrahim (Anwariyyah) ini, KorbanDemokrasi kemudiannya akan cuba, dengan penuh pengharapan kepada petunjuk dan pertolongan Allah subhanahu wata'ala; sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui dan Maha Adil, untuk melakukan pertimbangan berdasarkan kepada Neraca Keadilan Islam mengikut tradisi keilmuan Islam dan pandangan-pandangan yang telah disepakati yang berpaksikan kepada Risalah RasulNya yang mulia Nabi Muhammad sallaLlahu alaihi wassalam terhadap aliran permikiran yang dibawa oleh Anwar Ibrahim ini.

sumber - Korban-demokrasi

Artikel berkaitan :

1. VERSI BARU ANWAR IBRAHIM; JAMALUDDIN AL-AFGHANI

2. Anwar percaya Demokrasi Amerika Jalan Terbaik Umat Islam

3. ISRAEL TETAP MEMUSUHI ISLAM SELAMANYA..


Baca selanjutnya...

Tuju Lagu Musalmah Lebar: Ikhlas Dariku (Ustaz Akil Hayy) Ditujukan Untuk Pakatan Siplis



Masuk kali ini sudah dua belas kali Mak Cik Musalmah Lebar memasang lagu Ikhlas Dariku nyanyian Ustaz Akil Hayy. Mula-mula saya rasa macam Mak Cik Musalmah mahu torture saya. Maka pagi tadi, dengan sopan santun ala-ala jiran yang baik; saya bertanya, "Suka lagu ni ke?"

Mak Cik Musalmah Lebar yang kebetulan sedang bersiap untuk ke pasar (bagi menyiapkan 'karibab' untuk jualan di bazaar Ramadhan) tersengih, kemudian membalas: 'Suka sangat, kalau akak boleh tuju lagu ni, nak sangat tuju lagu ni kepada...'

Saya berkerut.

Aku bukan seperti engkau sangkakan
pura-pura di dalam berjuang
aku tak pandai menyulam rahsia
juga tak pandai bermadah pujangga


Jika ada benci dihati
oh katakanlah padaku
relaku terima walau kutukan
asalkan aqidah terjaga


Kerana tidak sanggup lagi
mempermainkan dustur Ilahi
hakikat hati tak terluka
walau zahirnya ada yang ketawa

Tuhan...mohon keampunan
ketelanjuran yang berulang kali
teman...kita patrikan disini
berakhir sebuah lamunan duniawi
terima syukur taufik Ilahi

'Kepada siapa? Pakatan Siplis?'

Dia ketawa. 'Bunyi macam Pakatan Iblis.' Mak Cik Musalmah Lebar menjegil mata.

Pakatan Siplis ialah gelaran yang diberi oleh umat Islam Indonesia kepada Pakatan Sekularis, Pluralis dan Liberalis. Pakatan ini mendapat kekuatan baharu sejak Mac lalu. Bahkan Pakatan Islam pun jadi bersepah dan saling berlaga-laga kerana kepintaran dan kegatalan siplisnya mereka. Sampai tergaru-garu.

Mak Cik Musalmah Lebar menyarung selipar. 'Zal, kau hayati lirik lagu tu. Sangat sesuai untuk orang yang tak tahu malu mengambil hak orang dari jalan belakang.'

Saya sengaja menambah provokasi. 'Maksudnya?'

Mak Cik Musalmah Lebar hela nafas ala-ala Kak Pidah, 'Zal, buat saja kerja yang sedia ada. Tunjukkan kemampuan dengan benda dah ada, yang sibuk nak lorat ambil orang punya kenapa?'

'Tapi dia kata, dia layak dan mampu buat kerja.'

'Perasan.' Balas Mak Cik Musalmah Lebar. 'Aku dah liwat ni. Bye.'

Saya masuk ke dalam rumah, memikir kata-kata ustaz Aziz selepas moreh di surau kami kelmarin, 'Puak-puak Siplis merasakan apa saja boleh...alasannya kadang la iqrah fi deen.'

Dan saya menambah, '...dan lupakan qad tabayyana al rusyd min al ghayy.'

(Memang tiada paksaan dalam agama, kerana kebenaran dan kesesatan itu telah pun nyata!)

sumber - Faisal Tehrani



Baca selanjutnya...

Taktik Peperangan Anwar Ibrahim


Taktik Peperangan Anwar Ibrahim


0leh AhmadHadeed, Al Muslimin

Nota : AhmadHadeed - Al Muslimin is an Islamic NGO which takes care the affair of Malay Muslim and ALL Muslim in general.We are one ummah and as practicing Muslims we have to take care the affair of the Ummah. As just a portal to news , the news published here is in no way reflect the stand of Al Muslimin

Satu kehebatan Anwar ialah kemahiran menakutkan lawan nya dengan menggunakan taktik ' gempak'. Gempak ialah bahasa Kedah dan bahasa Terengganunya ialah " 'Repok'. Bahasa indonesianya ialah 'gertak sambal'. Gertak sambal ialah memukul lesung untuk menakutkan lawan. Walau pun orang yang di 'gempak' tidak takut namun orang yang mendengar 'gempak' akan merasa risau. Orang Melayu memang cepat risau. Kalau susah sikit dah risau. Maka orang yang risau akan mengambil jalan ringkas untuk menhilangkan kerisauan iaitu berpadu dengan pihak yang di rasa kuat dan menguntungkan.

Bila musuh kena 'gempak' maka musuh akan 'gabra'. Bila musuh 'gabra' maka musuh akan membuat perkara yang kelam kabut dan akhirnya dari kelam kabut inilah timbul keretakan . Anwar banyak menggunakan teknik ' power of perception' untuk menghitamkan image Najib dan juga Dollah. Atantuya di gunakan untuk menghancurkan Najib dan Tape Lingam di gunakan untuk menghancurkan Mahathir. Kapal karam di guna untuk melemahkan BN dan Kaki Tidur di guna kepada Pak Lah.

Anwar adalah the master of perception dengan menggunakan taktik 'riding the giant 'atau menunggang raksasa. Dua raksasa yang di tunggang oleh PKR ialah PAS dan DAP. Pas menjadi kaki kanan dan DAP menjadi kaki kiri dan kepala nya ialah Anwar. Dari segi fizikal kepala adalah kecil namun walau kecil kepala dapat mengkoordinasi kaki kiri dan kaki kanan raksasa untuk meredah periuk api dan gunung ganang.

Perbuatan Anwar 'shopping' MP Sabah dan Sarawak untuk mencapai cita citanya membina Malaysia baru tidak beretika dan semua dunia menggangapnya tidak beretika. Biasa nya 'merging' dan 'parting' hanya berlaku dalam tempoh yang di izinkan dan di terima ramai tetapi Anwar telah menghalalkan usaha tidak beretika ini demi untuk membina Malaysia baru.

Malaysia baru yang Anwar mahu bina bukan format Malaysia yang mendapat kemerdekaan pada 31 ogos 57 tetapi Malaysia baru format baru berlandaskan 16 sept apabila Serawak dan Sabah masuk Malaysia . Mungkin besar Anwar akan menukar sambutan hari merdeka pada 16 sept untuk memadamkan sejarah kemerdekaan yang di dirikan pada 31 ogos yang lebih menguntungkan orang Melayu.

Jelas niat Anwar ialah merombak pelembagaan Malaysia sekarang kepada semangat kemerdekaan yang lebih pluralism dan lebih sekular semasa Sabah dan Serawak masuk Malaysia . Tarikh 31 ogos tarikh Tanah melayu merdeka dari penjajah pada Anwar tidak melambangkan kemerdekaan sebenar kerana Anwar mahu konsep keadilan yang sama rata sama rasa buka pro Melayu sekarang. Bagi Anwar Kemerdekaan baru bukan nya merdeka dari British tetapi merdeka dari cengkaman pemerintahan pro melayu.

Kebangkitan perjuangan Anwar berlandaskan dendam politik dengan memperalatkan situasi politik orang bukan Islam yang benci kepada pemerintah pro Melayu .
Orang bukan islam memang sudah begitu benci kepada pemerintah Malaysia yang di anggap meng anak tiri orang bukan Bumiputera dan mereka sudah sangat merindui satu ' pemberontakan politik' menentang regime pro melayu namun risiko terlalu tinggi. Kebangkitan komunis sudah gagal maka kebangkitan sekarang adalah 'second revolution 'kaum bukan Islam menentang regime pro melayu atau pro bumiputera.

Mujurlah mereka mendapat Anwar yang turun dari penjara untuk menyelamatkan mereka dari terus menjadi ' rakyat kelas kedua' dan kebetulan Anwar mempunyai dendam politik peribadi terhadap BN yang telah mempenjarakannya. Maka bertemulah air pasang dan air dari hulu mengalir dan apa yang akan berlaku hanya Allah yang tahu.

Kita sebagai ummat Islam berdoa kepada Allah di bulan Ramadan ini agar Allah jauhkan dari kita dari bala umum yang akan menimpa bukan saja kepada orang politik tetapi kepada ummat Islam seluruhnya. Kita telah melihat bagaimana Iraq yang begitu sensasi mahu menguling Sadam telah di gunakan oleh orang tertentu untuk berkuasa dengan campurtangan kuasa hostile maka apabila system collapse yang tinggalnya ialah failed state of iraq.

Kita melihat Umat Islam di Filifina menjadi political minority kerana silap pecaturan kuasa. Kita melihat turki yang kuat hancur di tangan kamal attartuk . Kita juga lihat Singapura yang dulunya Temasik sekarang menjadi milik orang kafir.

Ya Allah jauhilah kami dari bala sebegini.

sumber - al Muslimim

Artikel berkaitan

1. Anwar dengan politik casanova

2. Anwar tak layak jadi ahli politik Malaysia

3. Estada kawan rapat Anwar gesa perang besar ke atas MILF

4. Anwar Ibrahim: Dari pejuang Islam ke pejuang sekular

5. AL-MUSLIMIN: Analisa Politik Ummah Semakin Menarik





Baca selanjutnya...

18 Sep 2008

Mereka kata Anwar pembohong, tapi saya tak gila"


"Mereka kata Anwar pembohong, tapi saya tak gila"

Oeh ARIFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR: "Mereka kata Anwar pembohong, tapi saya tak gila."


Demikian reaksi Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini apabila ditanya lagi butiran mengenai senarai ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang dikatakan telah bersetuju untuk beralih ke Pakatan Rakyat bagi membolehkan kerajaan baru persekutuan dibentuk.

Hari ini beliau berkata, seramai 35 Ahli Parlimen BN telah menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan.


Kelmarin - pada 16 September - Anwar yang dikatakan bakal mengumumkan senarai Ahli Parlimen BN yang sedia melompat parti berkata, beliau sudah ada bilangan wakil rakyat yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.


Anwar yang turut diminta memperkenalkan semua Ahli Parlimen seperti yang didakwanya mencukupi untuk membentuk kerajaan, terus merahsiakan maklumat tersebut atas alasan keselamatan.


"Kami ada senarainya, saya dah kata nak tunjukkan kepada Perdana Menteri nanti.


"Lagi pun ahli-ahli Parlimen berkenaan yang meminta saya agar tidak umumkan dulu sehingga masanya sesuai kerana bimbang akan keselamatan (mereka)," katanya.


Pada sidang media kelmarin, Anwar tidak mengumumkan senarai nama Ahli Parlimen yang bakal melompat parti itu.


Sebaliknya kata Anwar, beliau bersedia dan hanya akan mengumumkan nama-nama Ahli Parlimen BN kepada Abdullah terlebih dahulu.


"Sebaik sahaja jumpa Perdana Menteri, kita akan patuh mengikut Perlembagaan termasuk mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong," kata beliau.


Bagaimanapun pada hari yang sama Abdullah menolak permintaan Anwar itu.


Anwar juga menyelar tuduhan kasar Perdana Menteri semalam yang mendakwa beliau merupakan ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara.


"Nampaknya Perdana Menteri tidak faham kandungan surat itu.


"Saya tulis untuk berbincang mengenai masalah kestabilan negara dan arah tuju politik," katanya.


"Saya guna bahasa yang sopan, tidak pula saya nak kata untuk adakan perbincangan bagi gulingkan beliau dan kerajaannya," katanya dengan sinis apabila ditanya mengenai pandangan Abdullah bahawa Anwar merupakan ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara.

sumber - mstar online




Baca selanjutnya...

Isu Anwar Nak Jadi PM: Tak habis-habis..Sidang tergempar parlimen pula



Tak habis - habis..Sidang Tergempar Parlimen pula


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengadakan sidang Parlimen khas sebelum 23 September ini bagi membincangkan usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan beliau.

Ketua Pembangkang itu mengumumkan demikian pada sidang media di sini sebentar tadi.

Kelmarin, Abdullah telah menolak permintaan Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, untuk membincangkan soal peralihan kuasa dan pembentukan kerajaan baru secara aman.

Mengikut jadual asal Parlimen hanya akan bersidang selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.


Anwar bagaimanapun tidak memaklumkan perkara itu kepada Speaker Dewan Rakyat kerana berdasarkan peraturan mesyuarat tersebut, ia hanya perlu dimaklum kepada Perdana Menteri yang akan memanjangkan kepada Speaker.

Kata Anwar, seandainya Perdana Menteri menolak permintaan tersebut beliau akan berbincang semula dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat untuk tindakan lanjut.

Pihak pembangkang akan membawa usul yang berbunyi "bahawa Dewan yang mulia ini telah hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya."

Ini kerana, menurut beliau, Peraturan Mesyuarat 11(3) yang memerlukan Parlimen untuk bersidang dengan segera kerana keadaan politik yang kritikal dan berlanjutan.

Ditanya mengapa tidak tunggu 13 Oktober ini iaitu tarikh Dewan Rakyat bersidang semula, beliau berkata, ia tidak boleh ditangguhkan kerajaan sebab majoriti di Dewan Rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri.

"Saya ada cukup jumlah Ahli Parlimen. Ini bermakna kami ada suara majoriti untuk mengadakan undi tidak percaya kepada beliau dan kerajaannya," kata beliau.


Baca selanjutnya...

AnwarGate : Ezam & Anwar Bermula Di UIA Berpisah Di PKR


+++video ini setakat ini sahaja+++






Baca selanjutnya...

Anwar telah khianat Islam ?

The Bush Gang : Dari kiri, Richard Perle (Yahudi), Dick Cheney(Yahudi), George Bush (Nasrani), Paul Wolfowitz (Yahudi), dan Anwar Ibrahim (Islam)

Anwar telah khianat Islam ?

Assalamualaikum dan selamat berpuasa,

Apakah maksud Zionis Yahudi ? Kitab injil ( bible ) terbahagi kepada dua bahagian iaitu Old Testament dan New Testament . Old testament ini hanya dipercayai oleh orang Yahudi sahaja manakala orang Kristian percaya kepada Old dan New Testament.

Di dalam Old Testament, orang Yahudi ( Bani Israel ) menyatakan Tuhan telah janjikan mereka tanah. Keluasan tanah ini adalah dari Sungai Nil di Mesir hingga ke Sungai Euphretes di Iraq.

Menurut Old Testament, orang bukan Yahudi dalam kawasan ini mesti dibunuh. Tetapi kawasan itu sekarang ini telah berubah dalam bentuk negara seperti Mesir, Syria, Jordan dan Iraq.

Hasrat Yahudi untuk visi ini dipanggil The Greater Israel ( Eretz Israel ). Ini tak mungkin tercapai kerana negara ini kesemuanya dalam pemerintahan orang Islam.

Menurut orangg Yahudi, negara Israel akan lengkap bila Temple Mount dibina semula bukannya dari keluasan negara Israel itu sendiri. Untuk pembinaan Temple Mount, Masjid Al Aqsa mesti dimusnahkan kerana di situlah tapak terletaknya temple tersebut. Masjid Al Aqsa begitu penting dalam Islam sebab peristiwa Israk dan Mikraj.

Orang zionis Yahudi Amerika adalah Paul Wolfowitz, Richard Pearle, Joe Liebermann dan lain lain. Organisasi mereka ialah American Israel Public Affairs Comittee ( AIPAC ), American Institute Enterprise dan World Jewish Congress.

Kenapa Amerika tunduk kepada Israel ? Pentadbiran dan majoriti penduduk Amerika adalah kristian. Dalam teology christianity, orang Yahudi mesti balik ke tanah mereka seperti yang telah dijanjikan Tuhan dalam Old Testament. Kemudian barulah Jesus ( Nabi Isa ?) akan turun ke bumi buat kali kedua dan mengangkat orang Kristian ke syurga. Ini dipanggil Rapture.

Orang kristian menganggap Jesus sebagai anak Tuhan. The Father, Son and Holy Ghost. Bila Jesus turun buat kali kedua, orang Yahudi akan dimusnahkan. Ini adalah kerana Orang Yahudi telah membunuh Jesus dengan cara menyalibnya ( Crucifiction ).

Tetapi sehingga Jesus turun, orang Kristian dikehendaki menolong orang Yahudi dalam bentuk apa jua sekalipun. Sebab itulah Presiden Amerika tak akan selesaikan masalah Palestin sebab mereka orang Kristian. Tak kira parti Republican ataupun Democrat. Dan sebab itulah orang Yahudi Zionis sangat berpengaruh di Amerika.

Organisasi Kristian yang kuat adalah Christian United for Israel dan Christian Zionism. Orang seperti George Bush, Dick Cheney, Donald Rumsfeld, John Hagee, Pat Robertson dan lain-lain ini dikenali sebagai "Evangelicals Christian", "Christian Fundamentalist" dan "the Christian Right"

Jikalau John Mccain dan Sarah Palin menang pilihanraya, saya percaya Iran akan diserang dan kemungkinan senjata nuklear akan digunakan. Ini sebab Kristian menganggap sesiapa yang melawan Israel adalah " anti christ ".

Islam dan isu Palestin juga mereka anggap " anti christ ". Ini bukan soal membangunkan demokrasi tetapi persoalan "clash of religion"

Di dalam Al Quran saudara boleh rujuk Surah Albaqarah, Surah Maryam dan Surah Al Imran untuk mendapat kefahaman yang lebih lanjut.

Anwar Ibrahim berjumpa dan bermesyarat dengan orang seperti Paul Wolfowitz bolehlah dianggap sebagai telah mengkianati kepada Allah Taala.

Saya rasa eloklah saudara dedahkan kepada semua masyarakat Islam yang menyokong Anwar secara membuta tuli bahawa perbuatan menyokong itu salah di sisi agama.

Praise be to Allah

akamal1113

_________________________________________________________



AIDC menjawab :

Walaikumusalam dan selamat berpuasa..

Terima kasih kepada akamal1113 kerana sudi menghantar email peribadi menjelaskan tentang Yahudi dan Kristian dan pegangan mereka terhadap 'Old Testament' serta 'New Testament'.

Satu pandangan bernas menjelaskan perkaitan antara Zionis Yahudi dengan Kristian di Amerika dan kenapakah mereka saling bergantung antara satu sama lain walaupun mempunyai pegangan berbeza. Semuanya berasaskan ajaran yang termaktub kitab mereka.

Clash of Religion

Saudara telah menyimpulkan bahawa pertembungan antara Islam dan Barat bukan berasaskan pendapat umum yang mengatakan "Clash of Civilizations" (Pertembungan Peradaban), tetapi sebenarnya lebih tertumpu kepada"clash of religion" (pertembungan agama).

Saudara juga telah menjelaskan musuh Islam seperti termaktub di dalam Al Quran adalah Yahudi dan Nasrani. Pada hari ini Yahudi dan Nasrani telah berkumpul di Amerika menjadi kuasa besar dan telah berusaha menakluk negara-negara Islam, termasuk Afghanistan, Iraq, Palestin dan Iran.

Zionis Yahudi di Amerika sekarang dikenali sebagai Neo-Konservatif yang bersarang di American Israel Public Affairs Comittee ( AIPAC ), American Institute Enterprise (AEI) dan World Jewish Congress.

Manakala Nasrani Amerika pula menjadi peneraju utama pemerintahan Amerika, tetapi dikontrol oleh kumpulan Yahudi Neo-Konservatif.

Saudara telah menjelaskan bahawa aktivis Nasrani yang bergiat aktif dalam politik Amerika ini dikenali sebagai di Evangelicals Christian, Christian Fundamentalist dan the Christian Right

Saudara juga telah menyarankan kepada saya agar memberi kupasan terperinci kaitan Anwar dengan tokoh-tokoh Amerika bukan sekadar untuk bertemu muka menyelesaikan masalah pertembungan budaya, tetapi menjadi salah seorang alat missionary pihak Barat menindas umat Islam.

Bukan setakat berkawan, Anwar bekerja dengan Zionis Yahudi Neo-Konservatif

Benar pendapat saudara. Anwar bukan sekadar bertemu dan bermesyuarat semata-mata untuk menyelesaikan masalah umat Islam, tetapi Anwar menjadi sebahagian daripada mereka dan membawa agenda mereka ke negara Islam.

Misalnya hubungan antara Anwar dan Paul Wolfowitz. Anwar bukan pertama kali berjumpa dan bergambar, tetapi Anwar menjadi pekerja kepada Wolfowitz, sama ada di Bank Dunia ataupun di Foundation For The Future (FFF).

Bertemu dan berbincang dengan menjadi pekerja kepada majikan adalah dua perkara yang amat berbeza. Bacaan lanjut klik artikel 1 dan artikel 2

Begitu juga hubungan Anwar dengan Carl Gershman. Juga bukan kali pertama Anwar berjumpa dan bergambar, malahan sering bermesyuarat bersama sejak tahun 1990-an lagi.

Malahan Anwar bukan sahaja menjadi ahli mesyuarat, tetapi menjadi tenaga pekerja penting Carl Gershman di dalam National Endowment for Democracy (NED). Anwar dilantik menjadi ahli Panel NED. Bacaan lanjut klik sini.

Persoalannya siapakah Paul Wolfowitz dan Carl Gershman ? Kedua-dua mereka adalah Zionis Yahudi Amerika yang berpengaruh di dalam kumpulan Neo-Konservatif.

Anwar terlibat dalam Organisasi Amerika rosakkan negara Islam

Begitu juga apakah fungsi NED dan FFF yang disertai Anwar menguntungkan umat Islam atau merosakkan umat Islam. Bukan rahsia lagi, umum mengetahui kedua-dua badan itu adalah instrumen missionary Amerika untuk menakluk dunia supaya tunduk kepada kuasa besar itu. Bacaan lanjut klik artikel 1 dan artikel 2.

Dalam konteks negara Islam, kedua-dua badan itu kononnya berfungsi untuk menyemai 'benih demokrasi'. Persoalannya demokrasi jenis apa? Demokrasi Amerika ?

Malahan saudara sendiri menyimpulkan bahawa benih demokrasi hanyalah sebagai modal untuk menyemai agenda yang lebih besar iaitu menyemai benih-benih 'PLURALISME'(persamaan antara agama) ke negara-negara Islam. Bacaan lanjut klik di sini.

Dan persoalan yang lebih utama perlu ditanya apakah Demokrasi Amerika itu yang sering dijaja Anwar itu benar-benar tidak bercanggah dengan Al Quran As Sunah ?. Bacaan lanjut klik di sini.

Sebab itu tidak hairan, Anwar berceramah ke seluruh dunia, menyemai benih-benih Islam Demokrasi tajaan Amerika ini. Anwar bekerja bagi pihak mana ? Negara Islam atau negara yang di perintah oleh Nasrani dan Yahudi ? Bacaan lanjut klik di sini.

Anwar iktiraf Negara Israel yang sah

Begitu juga pendirian Anwar tentang penubuhan Negara ISRAEL. Apa pendirian beliau ?.

Ketika majoriti rakyat Palestin menolak penubuhan negara ISRAEL, tetapi Anwar bersama kumpulan politik Amerika menandatangani Deklarasi persetujuan penubuhan Negara ISRAEL yang sah. Apa makna negara Israel yang sah ? Maknanya semua negara Islam perlu menghormati penubuhan negara Israel, sedangkan sebelum ini kebanyakan negara Islam termasuk Malaysia tidak mengiktirafnya.

Bermakna dalam konteks Negara ISRAEL dan Palestin, Anwar berpihak kepada negara Islam atau Negara Barat ?. Bacaan lanjut klik artikel 1 dan artikel 2.

Insya Allah, saya akan cuba menulis dengan lebih terperinci lagi berkenaan dengan topik ini. Kerana saya percaya, apa yang Anwar lakukan sekarang bukan setakat menggugat persoalan negara tetapi yang lebih penting adalah persoalan agama.

Terima kasih sekali lagi kerana sudi memberi maklumat lanjut. Diharap saudara terus menyumbang idea-idea bernas demi untuk menjaga agama dan negara kita

Wasalam

AIDC
18 September
8.32 pagi
aidceditor@yahoo.com
http://aidc-editor.blogspot.com/


Baca selanjutnya...

Sah! Anwar Ibrahim Pembohong Nombor Satu Negara….!


Sah! Anwar Ibrahim Pembohong Nombor Satu Negara….!


16 September sudah berlalu pergi, al kisah kunuunnya akan beralih kerajaan negara kita yang dicintai, Malaysia. Seharusnya semalam seluruh rakyat Malaysia akan menyaksikan seorang Perdana Menteri baru, Dato Seri Anwar Ibrahim.

Tetapi, jelas terbukti ialah SANDIWARA POLITIK oleh BADUT Politik Negara yang memburu mimpinya untuk menjadi Orang Nombor Satu tidak kesampaian. Disebaliknya, beliau kini bergelar Pembohong Nombor Satu.

Kita amat bersimpati dengan “penyokong” serta “pengikut” Anwar yang terlalu TAKSUB sehingga sanggup menjadi kuda tunggangan Ketua Umum PKR itu. Blogmaster difahamkan ada kalangan angkatan muda yang ‘hilang mood’ semalam kerana terjebak dalam drama pembohongan Anwar ini, mereka seolah olah ‘malu alah’ kepada teman teman yang mahukan penjelasan kenapa Anwar masih belum mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang baru……

Semenjak dari dulu lagi Blogmaster sedikit pun atau sekelumit pun tidak mempercayai bahawa Anwar akan berjaya membawa 30 Ahli Parlimen menyertai kapalnya. Apa yang jelas disini ialah pihak media terlalu menjaja cerita ini setiap hari. Sudah tentulah ini yang diidamkan oleh Anwar untuk terus ‘menyelusup’ masuk memancing Ahli Parlimen BN. Sebaik baiknya setelah berakhirnya 16 September ini, pihak media janganlah lagi mengikut rentak tari dangdut Anwar Ibrahim. Hentikanlah liputan liputan terhadap apa yang mahu Anwar lakukan selepas ini.

“Media should not give him anymore coverage. 16 September is now over! The more media reports about Anwar, the more popular he will be....” pandangan seorang Datuk yang minum teh tarik dengan Blogmaster malam tadi.

Blogmaster amat bersetuju dengan pandangan itu sebab kalau kita lihat muka depan akhbar The Star hari ini menyiarkan wajah Anwar bersebelahan dengan Pak Lah, ini seolah olah masih mahu mempromosikan kempen Anwar untuk menjadi Perdana Menteri! Sudah terbukti bahawa Anwar tidaklah layak untuk menjadi PM, seharusnya apa sahaja kisah beliau kalau hendak dimuatkan dalam akhbar pun tidak perlulah diberi headline…..

Di utara tanah air malam tadi berlangsungnya majlis meraikan KEGAGALAN Anwar Ibrahim yang dihoskan oleh seorang bekas pimpinan kanan PKR di banglo mewahnya yang terletak di sebuah Kelab Golf terkemuka. Blogmaster dimaklumkan kehadiran seramai hampir 200 tetamu itu mengadakan upacara membakar mercun sebaik sahaja disahkan Anwar GAGAL mengambil alih kerajaan.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran seorang Ahli Parlimen PKR negeri Kedah. “adakah bermakna Yb itu akan tinggalkan PKR..?” tanya Blogmaster kepada tuan rumah menerusi perbualan telefon sebentar tadi. “Sabar, kita sedang berunding….” jawab beliau.

sumber - medan-info-kita


Anwar Selamat Angkat Sumpah tadi ?

*breaking news* Yb Anuar Ibrahem today the 16th Sept 2008, has sworn himself in as the new Prime Minister of M’sia in front of a “picture” of the King at his house in Segambut. The ceremony was witnessed by member of the DAP, PKR and PAS.

Demikianlah sms yang Blogmaster terima bukan sahaja dari seorang pengirim tetapi beberapa teman teman. Sekali gus bererti sms ini sedang beredar untuk “mentertawakan” badut politik negara yang sedang berangan angan mahu menjadi Perdana Menteri.

Malah Blogmaster turut menerima beberapa sms seperti diatas versi melayu berbunyi begini….. *berita terkini* Yb Anuar Ibrahem petang ini 16 Sept 2008 selamat mengangkat sumpah sbg Perdana Menteri M’sia yang baru di depan "gambar" Yg Di Pertuan Agong dlm rumahnya di Segambut. Majlis ini turut disaksikan oleh ahli ahli DAP, PKR dan PAS.

Sakit perut Blogmaster ketawa sakan bersama teman teman. Yang melucukan apabila ada seorang bekas Naib Presiden PKR reply sms dengan bertanya “are u joking? Don’t tell me Anwar has gone crazy!”. Begitulah soalan seorang bergelar Datin berasal dari negeri dibawah bayu yang dahulunya pernah sama sama berjuang menuntut pembebasan Anwar suatu ketika dulu….

sumber - Medan-info-kita

Baca selanjutnya...

AnwarGate: Ada apa dengan 16 September


+++++Video setakat ini sahaja+++++







Baca selanjutnya...

Anwar dengan politik casanova


Anwar dengan politik casanova

Tuesday, September 16, 2008

0leh AhmadHadeed, Al Muslimin

Nota : AhmadHadeed - Al Muslimin is an Islamic NGO which takes care the affair of Malay Muslim and ALL Muslim in general.We are one ummah and as practicing Muslims we have to take care the affair of the Ummah. As just a portal to news , the news published here is in no way reflect the stand of Al Muslimin

Casanova adalah istilah bagi lelaki yang pandai mengoda dan mengurat perempuan cantik. Taktik Anwar untuk menggoda dan mengurat 30 MP barisan nasional melompat parti demi untuk melayakkan nya menjadi PM serupalah dengan tabiat casanova yang di benci oleh ramai suami dan ayah gadis gadis.

Anwar akan memakai pakaian berlainan untuk menarik gadis yang berlainan. Untuk MP Islamic , Anwar akan 'berpakaian jubah dan hegal arab' dengan slogan islam akan di tinggikan tetapi negara Islam tidak sama sekali.

Untuk MP Cina Anwar akan memakai seluar kungfu dengan slogan ' kerajaan pro melayu akan di kuburkan'.

Untuk MP India, Anwar akan pakai baju india dengan slogan ' Hindraf adalah hero'.

Bagi MP Melayu , Anwar bawa uncang duit dengan slogan' pilih menteri mana mau jadi'.

Saya rasa ini lah lebih kurang politik casanova Anwar sekarang yang melibatkan proses mengoda dan mengorat MP Sabah Sarawak dan semenanjung selama 6 bulan tanpa henti dan mungkin di teruskan sampai bertahun. Sebagai casanova politik international , Anwar sanggup ke Taiwan di tengah Cyclone melanda untuk mengorat MP manis ini yang berada di sana.

Berkaitan dengan cyclone, dalam ucapan Malaysian Day , Anwar pernah menyamakan projek rampas kuasa nya sebagai the cyclonic revolution .

Kalau lah itu istillah nya maka bertepatan lah apa yang di buatnya sekarang. Apa yang di buat Anwar sekarang selain mengorat MP ialah mewujudkan cyclone politik yang kuat yang berniat menghancurkan BN tetapi turut menghancurkan orang awam dan harta benda orang awan dan kehidupan orang awam.

Cyclone politics yang di wujudkan oleh Anwar ini akan di teruskan dan Anwar akan ketawa kegelian melihat kemusnahan akibat tangan ganasnya berserta dengan ugutan politiknya dari masa ke semasa.

Saya nasihat kepada Anwar , udah lah brother, tunggulah pru 13.Brother anwar boleh tanding parliament , kita letak poster brother besar besar atas poster DAP PAS dan PKR dan juga di dinding dan di jalan raya dan di tong sampah, jika brother bernasib baik , brother boleh jadi PM dengan secara ethical dan terhormat. Yang tak habis habis nak mengorat MP orang selepas 6 bulan PRU ini apa hal?.

Kalau kamu meletakkan rakyat sebagai alasan kamu menjadi 'taufan menggila ini' maka percayalah rakyat tidak pernah memberi mandat kepada kamu untuk meneruskan teka teki ini berlarutan sehingga menjejaskan keamanan rakyat.

PRU 12 adalah mandat rakyat memilih kerajaan yang di fikir terbaik dan the people has spoken well. It is time for you to respect the pru12 mandate and stop being too greedy.

Rakyat tak pernah menyuruh kamu meruntuhkan the government of the day secara begini.

sumber - almuslimin2.blogspot.com

artikel tulisan AhmadHadeed sebelum ini :

1. Anwar tak layak jadi ahli politik Malaysia

2. Estada kawan rapat Anwar gesa perang besar ke atas MILF

3. Anwar Ibrahim: Dari pejuang Islam ke pejuang sekular

4. AL-MUSLIMIN: Analisa Politik Ummah Semakin Menarik



Baca selanjutnya...

AnwarGate: Anwar bohong rakyat


+++++Video setakat ini sahaja+++++




Baca selanjutnya...

AnwarGate : Anwar Tak Jadi PM - Pengarah Pilihanraya PAS


+++video ini setakat ini sahaja+++






Baca selanjutnya...

17 Sep 2008

Anwar terus berdalih dengan empat syarat baru


Anwar terus berdalih dengan empat syarat baru

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim terus berdolak-dalik berhubung hasrat Pakatan Rakyat membentuk kerajaan baru dengan mengemukakan pula empat syarat kononnya bagi memastikan peralihan kuasa itu berlaku secara damai.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa, syarat berkenaan juga bertujuan memastikan Barisan Nasional (BN) tidak mensabotaj keinginan rakyat dengan mencetuskan ketegangan kaum.

Empat syarat itu ialah:

Kerajaan BN memberi jaminan tidak akan menghindar atau menghalang Ahli Parlimennya untuk bertindak bebas mengikut hak Perlembagaan dan kesedaran masing-masing;


Kerajaan BN tidak boleh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan Ahli Parlimen BN menyertai Pakatan Rakyat atau mana-mana 82 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sedia ada;


Kerajaan BN tidak akan mengisytiharkan darurat atau menggunakan kuasa polis atau menggantung Perlembagaan atau membubarkan Parlimen sebagai maklum balas terhadap hasrat Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan baru; dan

Kerajaan BN tidak akan melakukan sekatan jalan raya bagi menghalang Ahli Parlimen memasuki Parlimen atau institusi kerajaan lain.

Syarat itu terkandung dalam surat Pakatan Rakyat kepada Abdullah yang dihantar tiga Ahli Parlimen pembangkang - Dr Hatta Ramli (Pas-Kuala Krai), Johari Abdul (PKR-Kubang Pasu) dan Anthony Loke Siew Fook (DAP-Rasah) ke Pejabat Perdana Menteri, kelmarin.

Pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, semalam, Anwar mendakwa lebih 31 Ahli Parlimen BN sudah memberi jaminan secara bertulis atau lisan untuk menyertai Pakatan Rakyat. Mereka terdiri daripada berbilang bangsa dengan nisbah kaum yang sama rata tanpa membelakangkan kepentingan orang Melayu.

"Kita sudah boleh menubuhkan kerajaan, ini bukan omong-omong kosong atau luahan politik. Saya bertanggungjawab atas apa yang dikata. Malah pagi ini pun saya menerima nota yang ditandatangani seorang Ahli Parlimen BN untuk bersama Pakatan Rakyat dan jumlahnya bertambah setiap jam.

"Kita sudah mengirim surat untuk bertemu Perdana Menteri dan berharap pertemuan itu dapat diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan peralihan kuasa dilakukan secara damai.

"Bagaimanapun, kesabaran kami ada hadnya, jika selepas beberapa hari Perdana Menteri masih tidak memberi sebarang maklum balas, pucuk pimpinan Pakatan Rakyat akan bermesyuarat untuk menentukan tindakan lanjut," katanya.

Ketua Pembangkang itu memberi alasan Pakatan Rakyat menangguhkan penubuhan kerajaan baru itu selama beberapa hari untuk membolehkan Abdullah menyelesaikan masalah dalaman Umno serta memastikan peralihan kuasa tidak menjejaskan keamanan negara dan ketenteraman awam.

Ditanya kenapa pembangkang perlu bertemu Perdana Menteri untuk berbincang soal peralihan kuasa, Anwar berkata: "Buat masa sekarang kita perlu hormati Perdana Menteri selaku pemimpin negara."

Beliau berkata, Pakatan Rakyat memilih pendekatan lembut untuk mendengar pandangan serta kebimbangan Perdana Menteri berhubung perkara ini sebelum menghadap Yang di-Pertuan Agong dan seterusnya ke Parlimen.

Mengenai Ahli Parlimen yang didakwa menyokong Pakatan Rakyat, Anwar berkata belum

sampai masanya untuk mendedahkan senarai itu kerana khuatir mereka akan diganggu dan berhadapan dengan pelbagai masalah.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak menolak kemungkinan ada jemaah menteri, timbalan menteri, ketua menteri, menteri besar serta timbalan menteri besar dalam senarai berkenaan.

Anwar juga memaklumkan bahawa Pakatan Rakyat sudah merangka Kabinet tidak rasmi bagi memastikan dasar penting diberi keutamaan sebaik mendapat mandat menerajui negara.

sumber -Berita Harian

Baca selanjutnya...