Baca selanjutnya...
PANAS! DI AIDC GROUP
NOTIS
Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com
13 Sep 2008
Islam dan Demokrasi : Pilih Islam atau Demokrasi ?

Berikut merupakan petikan pidato Syaikh Asy-Syahid Abu Mus'ab Al Al-Zarqawi tentang sikap Mujahidin Iraq terhadap pemerintah Demoraksi Iraq. Pidato ini dipetik daripada buku "Agama Demokrasi", di bawah tajuk "Demokrasi Alat Penjajahan", terbitan Kafayeh Cipta Media.
Sesungguhnya segala puji hanya milik Allah, kami memujiNya dan memohon pertolongan dan ampunan kepadaNYA. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan jiwa kami dan keburukan amal perbuatan kami. Barang siapa diberi petunjuk oleh Allah maka tiada seorang pun mampu menyesatkannya. Dan bang siapa disesatkan Allah maka tiada seorang pun mampu memberinya petunjuk.
Aku bersaksi bahawa tiada ilaah yang hak disembah selain Allah, satu-satunya dan tidak ada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahawa Muhamad adalah hamba sekaligus utusan-NYA.
Ibnul Qayyim Rahiimahullaah berkata di dalam bukunya " Madaarijus Saalikiin", "Apabila musuh Islam dari kalangan orang kafir menyerang salah satu negeri Islam, maka menyerangnya atas takdir Allah. Maka bagimana bisa dibenarkan kaum muslimin hanya pasrah kepada takdir, serta tidak mahu melawannya dengan takdir yang lain, iaitu berjihad di jalan Allah, yang bermakna mereka telah melakukan penolakkan takdir dengan takdir yang lain ?"
Jihad juga merupakan salah satu pintu penyaringan untuk mengetahui siapa orang beriman yang benar-benar bertauhid dan siapa orang munafik yang pura-pura beriman, yang kebiasaannya suka mendabik dada yang tidak diberikan kepadanya dan suka dipuji dengan perbuatan yang tidak dilakukannya.
Dan orang yang tidak memiliki pengalaman dalam mengalami pahit getirnya merintis jihad dalam membela agama ini, dia tidak berhak menempatkan dirinya untuk mendapat tempat dalam kepimpinan dan ketokohan, walau sebanyak mana pun ilmu yang dia miliki dan sepandai mana pun dia beretorika. Kalau dia tetap mencalonkan dirinya, bererti dia termasuk orang yang merasa angkuh dengan sesuatu yang tidak diberikan kepadanya, tak ubah dirinya itu seperti pemakai dua baju palsu.
Betapa umat Islam sekarang ini sangat memerlukan neraca, kerana ramai orang-orang yang berpura-pura, munafik dan manipulasi.
Hari ini umat Islam disibukkan dengan "pembohongan besar" Amerika yang bernama "Demokrasi".
Sesungguhnya Amerika telah mempermainkan fikiran kebanyakan bangsa di dunia dengan propanganda bohong " kehidupan moden yang demokratik". Amerika memberitahu seolah-olah kebahagiaan dan kemamkmuran sangat bergantung kepada demokrasi.
Dengan dalih pendemokrasian itu, kemudian mereka menghalalkan perang ke atas Iraq dan Afghanistan, kerana mereka mendakwa dirinya sebagai pelindung utama demokrasi di dunia.
Atas tujuan ini, Amerika telah mewujudkan pemerintahan Iyadh Allawi bertujuan untuk menampakkan kepada masyarakat Iraq bahawa Amerika benar-benar serius dalam keinginan mewujudkan negara Iraq yang merdeka dan demokrasi.
Dengan itu, membolehkan mereka menjalankan misi-misinya secara berleluasa di Timur Tengah iaitu mewujukan negara Israel raya dan menggali sumber kekayaan Iraq (minyak).
Propaganda "Demokrasi" menyatakan bahawa rakyat menjadi acuan utama. Di tangan merekalah keputusan dan ketetapan semua permasalahan. Jadi pada hakikatnya sistem demokrasi ingin menyatakan;
"Tidak ada yang boleh menolak dan mengganggu-gugat keputusan rakyat, di tangan merekalah ketentuan hukum dan kepada mereka pula urusan rakyat akan dikembalikan.
Slogan ini, "dari rakyat untuk rakyat", merupakan inti dari fahaman demokrasi. Inilah sebenarnya "agama' demokrasi yang diagung-agungkannya.
Ringkasnya perinsip-perinsip ajaran "demokrasi" mereka adalah seperti berikut :
1. Rakyat adalah rujukan utama kekuasaan, terutama kekuasaan dalam pembuatan undang-undang.
Hal ini terlaksana dengan mengangkat wakil-wakil rakyat dalam majlis parlimen untuk melaksanakan tugas membuat dan meminda undang-undang. Dengan kata lain, pembuat aturan yang dipatuhi dalam sistem demokrasi adalah manusia, bukan Allah.
Ini bererti "tuhan" yang diibadahkannya dalam hal menentukan peraturan hidup (undang-undang) adalah rakyat, makhluk dan manusia..bukannya Allah.
Ini jelas sekali kemusyrikan, kekafiran dan kesesatan kerana ia bertentangan dengan perinsip-perinsip utama agama dan tauhid serta mempunyai niat tersirat untuk menyamaratakan peranan manusia yang lemah ini dengan Allah.
Semoga Allah merahmati Sayyid Qutb, ketika beliau berkata, " Sesungguhnya, manusia yang berada dalam sistem pemerintahan buatan manusia itu, mengangkat satu sama lain sebagai tuhan selain Allah. Orang yang berada dalam posisi tertinggi dalam sistem demokrasi, sama dengan orang yang terendah dalam sistem diktator"
Sayyid Qutb menambah, " Sesungguhnya yang memiliki hak yang menentukan halal-haram hanyalah Allah sahaja. Tidak ada seorang pun dari manusia yang berhak menyandang hak itu, baik persorangan atau pemangku jabatan tertentu, kecuali kententuan yang berdasarkan kepada keterangan dari Allah dan bersesuaian dengan syariatNya.
2. Sistem demokrasi dibangun atas perinsip kebebasan beragama
Semua orang yang hidup di bawah naungan demokrasi, dibenarkan menyakini apa sahaja agama yang diminatinya. Dibenarkan memindah dari agama ke agama lain, tanpa halangan. Walaupun pindah agama dari agama Allah sekalipun,menuju kepada keyakinan athies pun tetap dibenarkan.
Ini amat jelas kebatilan dan kerosakannya, kerana ia bertentangan dengan nash-nash syari'. Dalam Islam, hukum Muslim yang pindah agama (murtad) adalah dibunuh sebagaimana yang disebut dalam hadists yang diriwayatkan oleh Bukhari dan lain-lain.
Prang yang murtad tidaklah perlu diberi jaminan keamanan atau perjanjian bersyarat atau hak hidup bersama dengan muslim lain. Dalam agama Allah, orang yang murtad hanya diberi dua pilihan : Istitaabah (diminta bertaubat, kembali kepada agama Islam) atau dipenggal dengan pedang (dihukum mati).
3. Demokrasi berdiri atas perinsip kebebasan bersuara dalam apa bentuk sekalipun, meskipun penghinaan terhadap nilai-nilai agama
Kerana dalam kamus demokrasi, tidak ada istilah perkara-perkara suci yang tidak boleh disentuh atau diungkap dengan kata-kata yang tidak baik.
Allah berfirman : "Allah tidak menyukai perkataan buruk (yang diucapkan) secara terus terang, kecuali oleh orang yang dizalimi". (QS. An Nisa' : 148)
4. Demokrasi dibangun di atas perinsip pemisahan antara agama dan negara.
Firman Allah, " Dan mereka mengatakan, Kami beriman pada sebahagian dan kufur pada sebahagian yang lain. Dan mereka ingin mengambil jalan tengah, di antara semua itu. Mereka itulah orang-orang kafir yang sesungguhnya, dan Kami sediakan bagi orang-orang kafir itu siksa yang menghinakan (QS : An Nisa' : 150-151)
5. Demokrasi dibangun di atas perinsip kebebasan mendirikan organisasi apa-apa bentuk keyakinan, dasar pemikiran dan landasan moral yang dianuti oleh organisasi itu.
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah Rahiimahullaah berkata, " Setiap kelompok yang menolak untuk tunduk kepada syariat Islam yang jelas dan mutawaatir maka wajib diperangi sampai agama itu seluruhnya menjadi milik Allah, ini berdasarkan kesepakatan para ulama"
Yng menghairankan, walaupun fakta banyak menunjukkan betapa buruknya hasil sistem demokrasi, namun sebahagian mereka ingin memperjuangkan sistem demokrasi. Mereka menjadikan demokrasi sebagai anutan untuk mencapai tujuan-tujuan agama tanpa mempedulikan sah menurut syariat dan agama Allah atu tidak.
Lantas, bagaimana kalian rela wahai kaum muslim Iraq, dihukum oleh kaum Salib dan boneka-bonekanya di dalam urusan kehormatan, darah dan kemanusiaan kalian, dengan aturan selain aturan Allah dan agama selain agamanya yang lurus ?
Padahal, kalian adalah anak cucu sahabat Sa'ad bi Abi Waqas, Al Mustsanna, Khalid Al Walid dan Qa'qa' yang telah menyuburkan tanah ini dengan darah mereka.
Relakah kalian dengan kehinaan dan kerendahan, sementara 'kaum pelacur' daru Rum (barat), kaum Salib, para pengidap kelainan seks mempermainkan kehormatan wanita-wanita kaum Muslimin ?
Ya Allah, bukankah telah kusampaikan...? Ya Allah, saksikanlah
Ya Allah, bukankah telah kusampaikan...? Ya Allah, saksikanlah
Baca selanjutnya...
Ingatkah Faisal Tehrani Bagaimana Mami Anwar Kalah di Kampus ?

Ingatkah Faisal Tehrani Bagaimana Mami Anwar Kalah di Kampus?
Peringatan:
Untuk memahami artikel ini, pembaca perlu sekurang-kurangnya pernah menonton The Mummy 1 ataupun The Mummy 2. Kalau lompat terus ke The Mummy 3, mungkin tidak faham beberapa butir.
Penulis banyak kali berkunjung ke laman AnwarIbrahimDotCom. Di antara tulisan yang banyak penulis dapati adalah daripada Faisal Tehrani. Umumnya mengetahui, bahawa Faisal Tehrani seorang penulis yang profound (ikut bahasa Brother), dan banyak karyanya yang menarik. Namun, umum juga tahu bahawa Faisal bukanlah penyokong pemerintah sejak dari zaman kampus lagi. Banyak tulisannya berkias dan menyindir partai pemerintah.

Faisal Tehrani adalah mahasiswa zaman di mana PMI tengah hebat bergaduh dengan ABIM yakni proksi Anwar di kampus di pertengahan 90-an. Jadi jikalau hendak dikiaskan orang-orang jamaah ketika itu dengan cerita The Mummy 1 dan 2, laksana mereka adalah Medjai yang menjaga Necropolis yang menempatkan jenazah Imhotep, paderi Mesir purbakala yang kuat sihirnya.
Ahli Jamaah dahulu kala telah berperang lama dengan Mami Anwar. Mami Anwar telah mengkhianati Jamaah dengan menyertai UMNO pada tahun 1982. Jamaah telah berpecah. Dahulunya hanya ada satu tetapi kerana Anwar, gerakan Islam terpisah kepada pro Anwar yang kekal sebagai ABIM dan yang kekal wala'nya kepada PAS yang membentuk PMI/JIK sehinggalah ke hari ini.
Medjai-medjai ini menyimpan banyak rahsia Mami Anwar. Jikalau hendak memerangi Mami Anwar, maka medjai-medjai inilah yang dididik oleh Jamaah untuk berlawan dengan Mami Anwar.Mami Anwar melalui tentera PKPIMnya tumpas pada tahun 1996 di mana ketua Medjainya adalah Anwar Ridwan. Masyarakat kampus pada masa itu sudah tidak percaya kepada Mami seorang ini.
Masyarakat Kampus termasuklah Faisal tentu masih teringat tentang Demonstrasi Anti Pasukan Kriket Israel ke Malaysia pada tahun 1997. Medjai-medjai pernah bertempur di hadapan Masjid Ar Rahman. Tetapi, kuasa Mami Anwar memang hebat. Dia penguasa media ketika itu. Mereka yang berdemonstrasi digambarkan media Mami Anwar sebagai orang yang melampau. Ramai medjai dan juga jamaah Masjid Ar Rahman yang terjun parit. Tetapi, Mami Anwar tak peduli.
Zaman sebelum itu pun ada demosntrasi. Faisal pun tahu. Kerinchi Link bukti sihir Mami Anwar. Mami Anwar hebat sebagai Paderi Negara, tetapi membiarkan sahaja Kerinchi Link hendak dibina merentasi Masjid Ar Rahman. Abu Zaki yang mengetuai medjai masa itu, hairan dengan Mami Anwar membiarkan universitinya sendiri diperkosa oleh konglomerat-konglomerat kawan-kawan Mami Anwar. Mungkin jikalau ada Kerinchi Link budak-budak medjai susah hendak berdemo bila Mami Anwar sudah menjadi Firaun.
Faisal mengetahui kebejatan Mami Anwar @ Imhotep ini. Yang selalu menyerang Mami Anwar adalah kawan lama Mami sendiri,Mat Sabu. Selain itu, silibus tarbiyyah dan kisah PMI diserang dan ditekan oleh anak-anak buah Mami Anwar sering menjadi buah mulut. Jikalau hendak menjadi pegawai HEP, jadilah anak buah Mami Anwar, maka ramailah anak buah Mami Anwar di Hal Ehwal Pelajar.
Tibalah zaman yang ditunggu. Faisal dan medjai-medjai sebenarnya menanti hari. Kuasa magis Mami Anwar menunggu masa sahaja untuk menjadi Firaun. Sebut sahaja nama Haji Zabidi, Suhaimi Osman, geng-geng Team B UMNO, Ghafar Baba, semuanya tewas kepada The Mami ini. The Mami akan jadi Firaun. The Mami akan jadi Firaun yang paling pantas di antara semua Firaun yang ada dalam sejarah.
Tetapi, Mahafiraun bukannya bodoh. Mahafiraun memang sayangkan Mami Anwar tetapi kepentingan negara lebih mendahului. Medjai dulu thiqahkan Mat Sabu. Dulu Mat Sabu kata Mami ada skandal dengan Shamsidar, Medjai angguk-angguk. Toh, Mat Sabu bilang Mami Anwar membutuhkan pria, sekelian medjai pun angguk-angguk.Tidak tahu kalau Faisal pun angguk.
Lantas, Mami Anwar dijatuhkan hukum paling keji dalam sejarah paderi-paderi. Hukuman paling hina yang tak pernah ada dalam sejarah. Tuduhan Mami suka menjadikan pria sebagai idaman sukma wa qalbu seperti yang dibilang Mat Sabu tiba-tiba menjadi senjata besar Mahafiraun. Tetapi, medjai-medjai cepat-cepat lupa yang dahulu mereka pun mengangguk-angguk bahawa Mami Anwar memang kepinginkan pria.
Maka, terhukumlah Mami Anwar dengan hukuman hina itu.Dan lenyaplah Mami Anwar buat seketika, cuma kadang-kadang hembusan sihirnya sahaja terbau-bau. Faisal dan medjai-medjai lain terasa lega. Nasib baik Mami Anwar tidak menjadi Firaun. Akhirnya, partai Medjai dapat banyak kursi dalam sejarah mereka. Walaupun kononnya sokong Mami Anwar, wala' dan bara' medjai tetap kepada trimurti berhala tiga serangkai mereka, Fadzil, Nik Aziz dan Hadi yang menghiasi dinding-dinding kolej dan almari-almari baju medjai-medjai sekelian.Trimurti inilah pelindung mereka dari sihir Mami Anwar.
Namun, kali ini Mami Anwar diseru semula. Hairan, zaman sekarang medjainya tidak seperti dahulu. Dahulunya, Trimurti Nik Aziz, Hadi dan Fadzil yang menjadi pujaan hati, tetapi kini berhala Mami Anwar yang dipuja-puja. Gambar Mami Anwar ditempel lebih dari gambar Hadi atau Nik Aziz dalam website mereka. Ada gambar Mami Anwar angkat tanganke atas,ke bawah dan bermacam-macam posing lagi.Malahan, Mami Anwar dianggap berhala utama lebih dari Nik Aziz, Hadi ataupun Nasha Isa. Ironinya, orang ABIM pun sudah lama mencampakkan imej Mami Anwar keluar dari kepala mereka kerana takut digelar pengkhianat negara.
Jikalau perbuatan medjai-medjai muda sekarang dibuat di zaman Muhyiddin Aziz, Abu Zaki malahan di zaman Nasir Zakaria, nescaya akan dipandang mereka seperti Din Beramboi dalam Kuliah Ilmu dua kali sebulan itu. Kena masuk balik Tamrin Panjang agaknya orang-orang itu.
Oleh itu, medjai-medjai tua seperti Faisal mungkin beristighfar panjang. Melihat generasi medjai sekarang yang galak menyeru dan memuja Mami Anwar bukannya pimpinan jamaah sekarang. Mungkin mereka bukanlah lagi medjai pelindung mahasiswa dan Islam tetapi sudah bersama dan menggabungkan diri dengan tentera dajal(baca slang utara) Mami Anwar.
sumber - maharajazhou.blogdrive.com
Baca selanjutnya...
Suara Keadilan yakin 9/16 akan berlaku
SUARA Keadilan, lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam keluaran terbarunya bertempik kononnya rancangan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kerajaan adalah ``On Track''. Maksudnya ialah rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Putrajaya sedang berjalan lancar tanpa gangguan.
Tetapi kepada wartawan akhbar arus perdana, Anwar pula berkata sasaran menumbangkan kerajaan pada 16 September 2008 tidak mungkin dicapai kerana pelbagai masalah.
Naib PKR, Sivarasa Rasiah pula berkata, kerajaan Barisan Nasional akan berusaha habis-habisan bagi menghalang penghijrahan besar-besaran Ahli Parlimen (AP) BN menyebabkan matlamat 16 September mungkin tersasar.
“Sukar untuk memberikan tarikh yang spesifik kerana situasinya boleh berubah bila-bila masa sahaja. Kita tidak terlalu tertumpu kepada 16 September sebagai tarikh muktamad,” katanya.
Pada muka depan Suara Keadilan keluaran 11-18 September, terpampang gambar pemimpin tertinggi Keadilan, Dr Husin Ali, Saifuddin Nasution, Sallehuddin Hashim dan Johari Abdul yang kelihatan serius berbincang dengan Anwar.
Sebenarnya, siapa yang bercakap betul ni? Satu kata on track. Ini dinafikan Anwar. Selepas itu Sivarasa pula bersuara matlamat Anwar tersasar.
Kalau ada 10 pemimpin mengeluarkan bermacam-macam telahan dan kenyataan mengenai satu perkara, siapa yang bercakap benar atau semuanya bohong belaka.
Kini jelas mimpi 9/16 ( mengambil sempena 9/11, tarikh tragedi pengeboman menara WTC di New York) hanya kekal impian kosong belaka. Bukannya seorang, malah hampir semua pemimpin Keadilan, Pas dan DAP begitu taksub dengan sumpahan 9/16 Anwar itu tetapi akhirnya semua dah jadi ’kaki kelentong’.
Semua pemimpin yang begitu beriya-iya sebelum ini memangnya ibarat barisan ayam jantan berkokok-kokok, betina tak dapat, bulu punggung bergelumang najis.
Ibarat Pak Kaduk, menang sorak. ayam laga menggelupur mati, kampung tergadai. Ibarat tin kosong. Semua memukulnya tetapi hasilnya hampa belaka.
Bayangkan betapa Anwar dan semua pemimpin pembangkang yang tidur sebantal diulit mimpi indah ditabalkan menjadi menteri pada tarikh keramat mereka cipta itu tiba-tiba terkejut 9/16 dah berlalu.
Kempen menobatkan 9/16 ini semakin rancak selepas pilihanraya kecil Permatang Pauh dengan Suara Keadilan sekonyong-konyong bertempek:`` Jumlah MP cukup. MP Sabah setuju. MP Sarawak setuju. MP Semenanjung setuju. Prosedur perundangan beres.''
Tapi semua orang tahu bahawa inilah akhbar yang mencanangkan kononnya Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sudah lumpuh selepas menjalani pembedahan jantung. Fitnah itu disiarkan tanpa usul periksa daripada Musa sendiri atau ahli-ahli keluarganya.
Barangkali Suara Keadilan menyiarkan cerita itu berdasarkan `doa munajat' Badrul Amin Baharom, ahli Dewan Tertinggi PKR. Semasa berkempen di Permatang Pauh dulu, `Ustaz' Badrul telah berdoa di Masjid Bandar Baru Petra supaya Musa Hassan dilaknati.
Disebabkan Musa Hassan sekarang bertambah sihat, maka penulis mengesyorkan supaya Suara Keadilan dan seluruh ahli PKR mendoakan agar tiada pula perkara buruk yang akan berlaku ke atas `Ustaz' Badrul.
sumber : malaysiaaktif.com
Baca selanjutnya...
Tetapi kepada wartawan akhbar arus perdana, Anwar pula berkata sasaran menumbangkan kerajaan pada 16 September 2008 tidak mungkin dicapai kerana pelbagai masalah.
Naib PKR, Sivarasa Rasiah pula berkata, kerajaan Barisan Nasional akan berusaha habis-habisan bagi menghalang penghijrahan besar-besaran Ahli Parlimen (AP) BN menyebabkan matlamat 16 September mungkin tersasar.
“Sukar untuk memberikan tarikh yang spesifik kerana situasinya boleh berubah bila-bila masa sahaja. Kita tidak terlalu tertumpu kepada 16 September sebagai tarikh muktamad,” katanya.
Pada muka depan Suara Keadilan keluaran 11-18 September, terpampang gambar pemimpin tertinggi Keadilan, Dr Husin Ali, Saifuddin Nasution, Sallehuddin Hashim dan Johari Abdul yang kelihatan serius berbincang dengan Anwar.
Sebenarnya, siapa yang bercakap betul ni? Satu kata on track. Ini dinafikan Anwar. Selepas itu Sivarasa pula bersuara matlamat Anwar tersasar.
Kalau ada 10 pemimpin mengeluarkan bermacam-macam telahan dan kenyataan mengenai satu perkara, siapa yang bercakap benar atau semuanya bohong belaka.
Kini jelas mimpi 9/16 ( mengambil sempena 9/11, tarikh tragedi pengeboman menara WTC di New York) hanya kekal impian kosong belaka. Bukannya seorang, malah hampir semua pemimpin Keadilan, Pas dan DAP begitu taksub dengan sumpahan 9/16 Anwar itu tetapi akhirnya semua dah jadi ’kaki kelentong’.
Semua pemimpin yang begitu beriya-iya sebelum ini memangnya ibarat barisan ayam jantan berkokok-kokok, betina tak dapat, bulu punggung bergelumang najis.
Ibarat Pak Kaduk, menang sorak. ayam laga menggelupur mati, kampung tergadai. Ibarat tin kosong. Semua memukulnya tetapi hasilnya hampa belaka.
Bayangkan betapa Anwar dan semua pemimpin pembangkang yang tidur sebantal diulit mimpi indah ditabalkan menjadi menteri pada tarikh keramat mereka cipta itu tiba-tiba terkejut 9/16 dah berlalu.
Kempen menobatkan 9/16 ini semakin rancak selepas pilihanraya kecil Permatang Pauh dengan Suara Keadilan sekonyong-konyong bertempek:`` Jumlah MP cukup. MP Sabah setuju. MP Sarawak setuju. MP Semenanjung setuju. Prosedur perundangan beres.''
Tapi semua orang tahu bahawa inilah akhbar yang mencanangkan kononnya Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sudah lumpuh selepas menjalani pembedahan jantung. Fitnah itu disiarkan tanpa usul periksa daripada Musa sendiri atau ahli-ahli keluarganya.
Barangkali Suara Keadilan menyiarkan cerita itu berdasarkan `doa munajat' Badrul Amin Baharom, ahli Dewan Tertinggi PKR. Semasa berkempen di Permatang Pauh dulu, `Ustaz' Badrul telah berdoa di Masjid Bandar Baru Petra supaya Musa Hassan dilaknati.
Disebabkan Musa Hassan sekarang bertambah sihat, maka penulis mengesyorkan supaya Suara Keadilan dan seluruh ahli PKR mendoakan agar tiada pula perkara buruk yang akan berlaku ke atas `Ustaz' Badrul.
sumber : malaysiaaktif.com
Baca selanjutnya...
Amerika panggil duta M'sia, bantah operasi ISA

Sep 13, 08 2:33pm
Amerika Syarikat telah memanggil duta Malaysia ke Washington untuk membantah operasi penangkapan di bawah ISA ketika pembangkang berusaha untuk mengambil alih kuasa di Kuala Lumpur.
Ilango Karuppannan, dipanggil oleh Jabatan Negara Amerika selepas seorang ahli politik, seorang blogger terkemuka dan seorang wartawan, ditangkap di bawah ISA, yang membolehkan mereka ditahan tanpa bicara, kata satu sumber diplomatik.
Operasi itu dilancarkan ketika wujudnya kebimbangan di Kuala Lumpur bahawa kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merancangkan melancarkan operasi penangkapan ketika ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berusaha untuk menubuhkan kerajaan baru apabila ahli-ahli parlimen BN menyertai Pakatan Rakyat.
"Pandangan dan bersuara mengenai politik secara aman merupakan satu hak asasi dan amat penting dalam demokrasi," kata seorang pegawai Jabatan Negara kepada AFP.
"Amerika Syarikat percaya bahawa kerajaan Malaysia perlu menyediakan layanan dan proses sewajarnya, yang konsisten dengan undang-undang Malaysia dan standard antarabangsa," kata pegawai itu yang tidak mahu namanya disebut.
"Kita mengharapkan negara-negara yang mengamalkan demokrasi yang memperjuangkan kebebasan menyuarakan pandangan politik, tidak menyekat kebebasan tersebut," katanya.
Ini adalah kali kedua Ilango dipanggil oleh Jabatan Negara Amerika bulan ini.
Sebelum ini, beliau dipanggil selepas Anwar didakwa atas tuduhan liwat - satu tuduhan yang didakwa oleh ketua pembangkang itu, sengaja direka oleh kerajaan selepas kalah teruk dalam pilihanraya umum Mac lalu.
Menteri Luar, Datuk Rais Yatim sebelum ini mengecam Washington yang didakwanya telah campurtangan dalam urusan dalam negeri Malaysia.
Tetapi Setiausaha Negara Amerika, Condoleezza Rice berkata, Washington akan terus bersuara mengenai kes-kes yang membabitkan hak asasi manusia dan politik "dalam semangat hormatnya kepada Malaysia".
Dibangkitkan di Sidang PBB
Ketiga mereka yang ditahan di bawah ISA semalam ialah blogger Raja Petra Kamaruddin; ahli Parlimen DAP, Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.
Tiga buah akhbar - akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily; akhbar berbahasa Inggeris, The Sun dan akhbar rasmi PKR, Suara Keadilan - turut diberi surat tunjuk sebab berhubung laporan mereka mengenai perkembangan politik semasa.
"Amerika Syarikat amat mempercayai bahawa kebebasan akhbar dan kebebasan bersuara menjadi asas dalam demokrasi," kata pegawai itu lagi.
Badan-badan hak asasi manusia turut mengecam penahanan mereka, dengan mengatakan ia merupakan satu penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan Abdullah.
Amnesty International mahu Amerika Syarikat menimbang untuk membangkitkan kes tersebut dalam persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekarang, di mana terdapat satu forum khas yang meneliti keadaan hak asasi manusia di negara-negara anggota PBB, kata Pengarahnya bagi Asia Pasifik, T Kumar.
Kataya, kerajaan mesti membebaskan kesemua tahanan ISA dan tidak menggunakan undang-undang tersebut sebagai alat untuk mengekalkan kuasa politik.
Human Rights Watch dari Amerika pula berkata, tindakan Malaysia itu akan memburukkan reputasinya jika mereka yang ditahan itu tidak dibebaskan.
"Nampaknya kerajaan Malaysia merasakan ia hanya boleh mengekalkan kuasa dengan memenjarakan wartawan dan ahli-ahli politik pembangkang," kata Timbalan Pengarahnya bagi Asia, Elaine Pearson.
"Taktik seumpama itu tidak ada tempat dalam demokrasi moden," tambahnya.
- AFP
sumber : Malaysiakini.com
Baca selanjutnya...
PKR hantar wakil buru BN di Taiwan
PETALING JAYA: Ketika lima pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiba di Taiwan dengan mendakwa sekumpulan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) telah pun bersetuju mengadakan perbincangan melompat parti, anggota BN-BBC terbabit dipercayai akan meninggalkan negara itu awal pagi esok
mStar Online difahamkan sebahagian anggota BN-BBC akan berlepas ke Hong Kong manakala beberapa Ahli Parlimen akan kembali ke tanah air.
Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh ketika dihubungi sebentar tadi berkata, misi mengadakan perbincangan dengan beberapa Ahli Parlimen BN bermula malam ini.
Kata Fuziah, beliau akan menggunakan masa dengan sebaik mungkin bagi memastikan matlamat mereka 'menjejaki' Ahli Parlimen BN di sana mencapai sasarannya.
"Kami dimaklumkan mereka (Ahli Parlimen BN) telah tukar rancangan asal dan akan 'melarikan diri' ke Hong Kong esok pagi," kata beliau ketika dihubungi di Taipei malam ini.
Ditanya sama ada beliau dan empat lagi wakil PKR punyai masa yang cukup untuk mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen BN, beliau berkata perkara itu bukan satu masalah.
"Walaupun mereka nak 'lari' esok, tapi kita ada banyak masa untuk bincang. Tengah malam ini dan awal pagi esok selepas sahur pun boleh bincang lagi," katanya dengan yakin.
Malam ini wakil PKR akan menghadiri majlis makan malam bersama pejuang reformis Taiwan, Simyntec.
Fuziah berkata, tindakan Ahli Parlimen BN yang akan ke Hong Kong itu menunjukkan seolah-olah mereka mengiakan bahawa penubuhan kerajaan pada 16 September akan benar-benar berlaku.
"Kalau mereka kata lawatan mereka itu sebagai lawatan yang normal, mengapa perlu tukar rancangan di saat-saat akhir?," katanya.
Ditanya sama ada wakil PKR akan turut mengekori Ahli Parlimen BN ke Hong Kong beliau berkata: "Tidak perlu rasanya, kita mampu laksanakan tugas kita di sini."
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN-BBC), Datuk Bung Moktar Radin pula menafikan rombongan mereka akan menuju Hong Kong esok.
"Mana ada kita ke Hong Kong (esok). Lawatan kita sudah habis hari ini.
"Esok dan lusa sudah ada Ahli Parlimen kita yang mula pulang (ke Malaysia)," katanya.
Bung berkata, dua ahli Parlimen akan pulang esok namun enggan mendedahkan nama mereka.
Selain Fuziah, empat wakil PKR yang kini berada di Taiwan ialah Pengarah Strategi PKR, Saifuddin Nasution, Ketua Penerangannya, Tian Chua serta Ahli Majlis Tertinggi. Low Chee Chong dan Ketua Penerangan Wanita PKR, Elizabeth Wong
Tian berkata, sehingga kini Pakatan Rakyat berkeyakinan bahawa pada 16 September ini kerajaan baru persekutuan akan dibentuk.
“Hingga kini kami telah berjaya... langkah seterusnya berkaitan dengan perkara-perkara teknikal iaitu sama ada kita berjaya mengadakan pertemuan dengan Agung dan juga memastikan proses peralihan itu berlaku dengan aman dan teratur,” kata beliau ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang hari ini.
Tambah beliau, setelah wakil PKR pulang Ahad ini, kepimpinan PR boleh membuat satu rumusan dan membuat pengumuman bahawa "kita telah berjaya dalam agenda 16 September."
Dalam pada itu, beliau juga mengesahkan akan mengadakan perbincangan dengan sebahagian Ahli Parlimen BN mengenai pelan transfomasi kerajaan pada 16 September seperti yang dirancangkan.
Rombongan seramai 49 Ahli Parlimen iaitu anggota Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN-BBC) kini berada di Taiwan sempena lawatan sambil belajar pertanian berteknologi tinggi.
Mereka dijadual pulang ke tanah air pada 17 atau 18 September ini.
PKR, salah satu parti komponen Pakatan Rakyat, memutuskan untuk menghantar kumpulan lima wakil itu pagi semalam.
sumber - mstar online
Baca selanjutnya...
Peranan Konrad Adenauer Foundation (KAF) dalam IFC di Malaysia (2) - Peter Schier

Jacqueline Ann Surin
Dalam bahagian pertama temu ramah kami bersama wakil Malaysia Konrad Adenauer Foundation (KAF), Peter Schier, kami menampilkan pembabitannya dalam usaha antara agama dan menggalakkan hak asasi manusia, kedaulatan undang-undang dan demokrasi.
Peranan Konrad Adenauer Foundation (KAF) dalam IFC di Malaysia (1) - Peter Schier
Manakala wawancara bahagian kedua pula persoalan di atas diulas dengan lebih mendalam.
theSun: Penerbitan Declaration Toward a Global Ethic (Deklarasi Ke Arah Etika Global) merupakan kerjasama tidak rasmi antara Pejabat KAF Kuala Lumpur, Malaysian Interfaith Network-MIN (Rangkaian Antara Agama Malaysia) dan Global Ethic Foundation (Yayasan Etika Global) ?
Ya, secara gigih tetapi tidak rasmi, atau tidak rasmi tetapi kerjasama secara gigih (tertawa) dengan Malaysian Interfaith Network (MIN) yang diketuai oleh Datuk Dr. Anwar Fazal, dan kami telah meluaskan versi asal pameran ini yang dinamakan World Religions, Universal Peace and Global Ethic (Agama-Agama Dunia, Keamanan Sejagat dan Etika Global).
Kami telah menyertakan kesemua kepercayaan yang ada di Malaysia. Jadi, terdapat 9 kepercayaan kesemuanya, kerohanian penduduk asal, Hindu, Buddha, Yahudi, Islam, Sikh dan Kepercayaan Baha'i dalam untuk menggambarkan secara lebih baik tentang kepelbagaian agama di Malaysia. Dan kami telah menyunting teks, kami telah menukar sesetengah perenggan, sebilangan rakan kami dalam MIN fikir kami perlu ubah, kami lakukannya bersama-sama.
Kami menyunting satu bab yang bertajuk “What is the Global Ethic" (Apakah etika Global) dalam usaha untuk menerangkan secara jelas bahawa Etika Global bukanlah satu agama yang baru.
Ianya bukan satu ……agama baru?
Bukan satu agama baru. Tidak, Tidak, Tidak, Tidak. Kita sudah ada agama yang cukup. Kita tidak memerlukan yang baru. Etika Global hanya merupakan satu gabungan nilai moral dan standard etika yang dikongsi oleh semua sistem kepercayaan dan sistem agama.
Ianya sudah pasti bukan satu konsep sekular. Kerana ianya mengakui kepentingan peranan agama dalam mengatur norma-norma etika yang baik dan menganjurkan moral dan etika yang baik dalam masyarakat. Tetapi, keindahan konsep Etika Global adalah, ianya juga boleh diterima oleh agnostik (golongan ateis), oleh orang yang tidak memeluk mana-mana agama.
Kerana mereka ini, boleh berpegang kepada nilai asas Etika Global-yang bermaksud, ‘layan individu lain seperti mana anda mahu dilayan’- peraturan yang utama, anda akan dapati dalam setiap agama. Jangan membunuh. Hormati kehidupan. Jangan mencuri. Jangan menipu. Jangan melakukan seks luar nikah. Sangat mudah tetapi nilai yang sama amat penting dan dikongsi oleh semua budaya dan agama.
Kami juga menyunting satu bahagian yang kononnya dinamakan peraturan utama, kerana saya fikir, kami perlu (berhenti sejenak) memahami bahawa, peraturan utama ini, sebenarnya adalah ibu kepada etika. Setiap norma etika yang lain berasal dari peraturan utama ini, ‘layan individu lain seperti mana anda mahu dilayan’.
Saya fikir ianya sangat jelas bahawa ini adalah asas, prinsip. Dan apabila kita melihat kepada petikan daripada kesemua agama yang berbeza, ianya telah dinyatakan berulang kali, bahawa peraturan utama, sebagai contoh, Hindu menyatakan, peraturan utama adalah intisari moral. Agama Yahudi mengatakan bahawa ianya merupakan undang-undang asas. Dalam Kristian, ianya menyatakan bahawa ini adalah undang-undang Tuhan dan juga ajaran nabi.
Terdapat kritikan, sekali lagi dalam e-mel yang anda berikan kepada saya, bahawa KAF cuba untuk menggantikan agama dengan gabungan nilai moral atau menukar peranan agama menggunakan cara tertentu, melalui Projek Etika Global.
Mengarut. Benar-benar, mengarut.
Apabila anda baca bahagian Etika Global dalam buku kecil pameran kami, ianya telah dinyatakan dengan sangat jelas. Mereka yang menyebarkan dakwaan dan penipuan, mereka lebih tahu tetapi mereka cuba untuk memburuk-burukkan. Mereka ini juga tidak datang ke sini dan berbincang dengan saya dalam usaha untuk mengetahui apa sebenarnya yang mereka mahukan.
Dan saya bersedia untuk berjumpa mereka semua. Saya juga bersedia untuk bercakap dengan pelampau. Saya tidak ada sebarang masalah dengan perkara itu, secara keseluruhannya.
Kami tidak bekerja menentang mana-mana agama. Sudah tentu tidak. Maksud saya, seperti yang anda maklum, Yayasan Konrad Adenauer rapat dengan Parti Kesatuan Kristian Demokratik (di Jerman). Bagaimana kami boleh menyokong sesuatu yang menentang agama itu sendiri? Tidak.
Kami akui bahawa peranan agama yang positif telah mengambil peranan, dan masih lagi berperanan dalam menganjurkan nilai moral dan standard etika dunia dalam masyarakat.
Sebaliknya, kita tidak boleh menutup mata terhadap hakikat bahawa setiap agama telah disalahgunakan oleh pelampau, oleh ahli politik sehingga ke peringkat yang lebih buruk dan meluas. Maksud saya, di Eropah, semasa Zaman Pertengahan, berjuta-juta penduduk kehilangan nyawa disebabkan oleh pemimpin agama dan politik yang tidak bertanggungjawab mencetuskan kekecohan dalam perang 30 tahun yang terkenal di antara 2 mazhab Kristian, Katolik dan Protestan. Untuk apa? Ianya hanya membawa kepada penderitaan.
Sebenarnya, anda tahu, ia merupakan satu pencabulan agama yang lengkap. Agama tidak menganjurkan keganasan. Tiada agama yang menganjurkan keganasan ! Tiada agama yang menganjurkan peperangan, seperti yang saya nyatakan tadi.
Jadi, projek Global Ethic adalah salah satu projek untuk melihat kepada golongan biasa di antara agama lebih daripada sentiasa berbicara tentang perbezaan?
Projek Global Ethic secara khususnya menumpukan perhatian terhadap golongan biasa tetapi, seperti yang anda lihat dalam buku pameran kami, kami juga memberikan maklumat tentang agama-agama lain. Jadi, anda juga mampu untuk mempelajari tentang perincian 9 agama yang berlainan yang telah kami gambarkan atau terangkan dalam pameran kami dan juga di dalam buku pameran kami.
Jadi, matlamatnya adalah dua. Pertama, untuk menggalakkan pemahaman yang lebih baik mengenai agama yang berlainan. Maklumat yang paling asas. Tiada perancangan untuk setiap agama menarik penganut baru! Tiada propaganda ! Kami menentang sebarang perancangan untuk setiap agama menarik penganut baru.
Ada juga sesetengah pihak mengatakan bahawa sebuah organisasi yang terdiri dari latar belakang agama Kristian, anda tahu, kami mungkin mempunyai agenda Kristian. Kami tidak menyokong perancangan untuk menarik penganut baru.
OK, maklumat mengenai agama yang berlainan, ya. Ini perlu dibenarkan. Tetapi, tidak dalam usaha menarik penganut baru yang agresif. Kerana usaha tadi merupakan sebab utama banyak berlakunya konflik dan juga perang pada masa lampau.
Saya fikir pemimpin agama pertama sekali perlu menumpukan perhatian, anda tahu, mereka perlu cuba untuk memperbaiki diri mereka. Dan, menghasilkan penganut Kristian yang baik, penganut Islam yang baik, penganut Hindu yang baik, penganut Buddha yang baik dan sebagainya.
Dan kemudiannya anda biarkan perkara tersebut kepada individu tersebut untuk menentukan agama apa yang mereka ingin pilih.
Agama ialah perkara peribadi. Agama perlu menjadi perkara peribadi.
Dan perlu dibuktikan pilihannya? Adakah ini yang anda maksudkan?
Sudah tentu. Kebebasan beragama sekali lagi adalah salah satu nilai sejagat yang asas yang termaktub dalam beberapa konvensyen antarabangsa.
Jadi, pendirian kami adalah jelas. Seperti penganut Buddha yang dibenarkan untuk menjadi seorang penganut Kristian, seorang penganut Kristian juga perlu diizinkan untuk menjadi penganut Islam atau Hindu. Tetapi, lazimnya, sekiranya bukan Islam dibenarkan untuk menukar kepercayaan mereka, jadi umat Islam juga perlu dibenarkan untuk menukar kepercayaan mereka. Ini berkaitan dengan keadilan!
Sekiranya anda memberikan satu kumpulan hak tersebut, jadi anda juga perlu memberikan hak tersebut kepada kumpulan lain. Sekiranya tidak, anda bertindak dengan tidak adil. Anda tidak mengamalkan keadilan. Inilah apa yang dimaksudkan dengan keadilan. Dan saya fikir keadilan adalah salah satu nilai umum yang utama yang juga dikongsi oleh semua agama.
Adakah anda terperanjat apabila kerja-kerja KAF diserang ketika Perhimpunan Agung UMNO? Apa yang anda fikir mengenai kritikan yang dibangkitkan terhadap tajaan anda kepada IFC dan projek Global Ethic oleh delegasi UMNO?
Saya terkejut dengan dakwaan daripada delegasi UMNO Pulau Pinang kerana apa yang mereka katakan tidak sama sekali benar. Dia tidak mengendahkan fakta tetapi terus mengkritik kami dengan perkara-perkara yang tidak kami lakukan.
Tambahan kepada perkara tersebut, sesungguhnya ianya merupakan sesuatu yang dikesali bahawa Encik Shahbudin Yahya tidak menghubungi pejabat kami atau saya sendiri dalam usaha mendapatkan penerangan atau penjelasan mengenai tugas-tugas kami di Malaysia sebelum dia membuat kenyataan dalam mesyuarat penting parti kerajaan memerintah. Benarkan saya sebutkan tiga perkara, tetang kesilapan Encik Shahbudin
Pertama, Professor Dr Hans merupakan seseorang yang boleh dianggap sebagai bapa kepada konsep Etika Global, tidak seperti yang didakwa oleh Encik Shahbudin, ‘seorang Yahudi Dari Jerman’ tetapi dia merupakan seorang ahli teologi Katolik Roman yang terkenal dari Switzerland yang diberi penghormatan tertinggi oleh pemimpin agama dari semua kepercayaan.
Pada Disember 2005, Professor Dr Hans merupakan penceramah yang memberikan ucapan dasar dalam bengkel antarabangsa “Pengajaran Nilai Umum dalam Pendidikan Rasmi” di Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh KAF dengan kerjasama Kementerian Pelajaran. Dia juga telah menyertai satu dialog panjang dengan wakil dari semua agama di Malaysia mengenai konsep etika global dan isu-isu yang berkaitan.
Kedua, Projek Global Ethic Pulau Pinang dan Pameran Agama-Agama Dunia-Keamanan Sejagat-Etika Global adalah berdasarkan kepada “Deklarasi Ke Arah Satu Etika Global” yang diambil daripada Parlimen Agama Dunia. Dan dengan itu, lebih dari 5,000 wakil daripada agama yang berbeza telah bersetuju dengan satu gabungan nilai moral umum dan standard etika yang dikongsi oleh semua kepercayaan.
Deklarasi ini juga ditandatangani oleh wakil-wakil dari semua agama di dunia. Dari Malaysia, 2 orang tokoh Muslim yang terkenal menandatangani deklarasi : Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid adalah Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Datuk Dr. Ismail Ibrahim, yang pada ketika ini merupakan Duta Malaysia ke Arab Saudi dan merupakan bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan dan Ketua Pengarah IKIM.
Ketiga, dalam “Deklarasi Ke Arah Satu Etika Global”, tandatangan yang diturunkan adalah sangat jelas : ‘Dengan etika global kami tidak maksudkan ideologi global, atau satu gabungan agama yang mengatasi semua agama yang wujud, dan tentunya bukan dominasi satu agama ke atas agama yang lain. Dengan etika global kami maksudkan satu persetujuan dalam nilai yang terikat, standard yang tidak boleh ditarik balik dan sikap peribadi. Tanpa sebarang persetujuan asas dalam etika, lambat laun setiap masyarakat akan diancam oleh kekacauan atau pemerintahan diktator, dan individu-individu akan berputus asa.
Dalam pandangan di atas, secara jelas bahawa dakwaan Encik Shahbudin terhadap konsep etika global adalah benar-benar tidak berasas.
Saya menjemput dan mengalukan Encik Shahbudin Yahya dan sesiapa yang berminat dalam kerja-kerja yang dilaksanakan oleh KAF untuk menetapkan satu sesi dialog bersama saya di mana kita boleh berbincang secara bebas berkaitan isu-isu projek kami di Malaysia. Dialog adalah cara terbaik untuk mengatasi kejahilan, salah faham, prasangka dan sikap tidak bertoleransi. Dialog adalah penting untuk mengelakkan konflik. Dialog adalah satu-satunya cara di mana kita boleh mencapai harmoni, dan keamanan di antara manusia yang mempunyai latar belakang etnik, budaya dan agama yang berlainan.
Perkauman, sikap pelampau agama dan salah guna kaum dan agama untuk kepentingan politik telah menjadi sebab kepada konflik ganas dan peperangan dalam sepanjang sejarah manusia. Sekiranya kita mahu mengelakkan senario yang mengerikan ini dalam pertembungan tamadun, budaya atau agama, kita perlu mempunyai pengetahuan yang lebih mengenai satu sama lain dan saling memahami dan menghargai.
Pada bulan Mei, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang telah menghentikan pelajar-pelajar untuk mengambil bahagian dalam projek Etika Global yang dilancarkan di sana. Boleh anda ceritakan kepada kami apa yang berlaku?
Ya, benarkan saya menceritakan mengenai Projek Etika Global Pulau Pinang yang telah dianjurkan dari 4 Februari hingga 10 Mac di Pulau Pinang bersama dengan rakan-rakan tempatan yang lain , seperti Universiti Sains Malaysia (USM), Malaysian Interfaith Network (Rangkaian Antara Agama Malaysia), Penang Heritage Trust (Pemegang Amanah Warisan Pulau Pinang), Muzium dan Galeri Seni Lukis Pulau Pinang dan Lestari Heritage Network (Rangkaian Warisan Lestari). Kami masih memiliki satu laman web yang amat menarik di mana anda boleh menyemak maklumat tersebut.(www.globalethicpenang.net).
Ianya merupakan sangat berkaitan, projek pendidikan agama yang sangat menyeluruh yang saya laksanakan setakat ini. Dan saya fikir Malaysia perlu berbangga dengannya tetapi (ketawa kecil dengan kuat) tidak semua pihak berbangga dengannya. Kerana projek ini mengandungi pameran yang memaparkan Pameran Agama-Agama Dunia-Keamanan Sejagat-Etika Global dalam 3 bahasa di 3 tempat yang berlainan.
Projek Global Ethic ini juga memaparkan permulaan penggunaan terjemahan dalam Bahasa Malaysia dalam Pameran Agama-Agama Dunia-Keamanan Sejagat-Etika Global. Pameran ini telah dirasmikan oleh Gabenor (Yang Dipertuan Negeri) Pulau Pinang. Pada masa yang sama, beliau juga telah melancarkan versi Bahasa Melayu buku pameran tersebut.
Dan kemudiannya, tambahan kepada perkara tersebut, kami juga mengadakan pameran kaligrafi Arab dan Cina buat pertama kalinya dalam undang-undang utama. Pameran ini juga membawa kepada pertandingan kaligrafi Arab dan Cina berkenaan peraturan umum yang pertama di Malaysia di mana kami anjurkan bersama dengan Muzium Kesenian Islam Kuala Lumpur. Pameran tersebut juga dirasmikan oleh Menteri Pelajaran. Jadi, kami anjurkan pameran tersebut di Pulau Pinang juga.
Dan kemudian, Projek Global Ethic juga terdiri daripada Program Berjalan untuk Agama Dunia Pulau Pinang. Kami anjurkan bersama dengan rakan-rakan kami di Pulau Pinang dan ingin saya nyatakan di sini, khususnya Pemegang Amanah Warisan Pulau Pinang dan Rangkaian Warisan Lestari, dan terutamanya koordinator keseluruhan projek kami yang hebat, Puan Khoo Salma Nasution.
Kami mengadakan Program Berjalan untuk Agama Dunia Pulau Pinang. Anda sebenarnya hanya perlu melalui, di satu lorong, Jalan Masjid Kapitan Keling (mengeluarkan risalah untuk menunjukkan peta) di mana kami telah menamakannya untuk program tersebut sebagai “Lorong Harmoni”, yang juga boleh dipanggil sebagai “Lorong Keamanan Agama”. Dan lorong ini yang tidak terlalu panjang, anda boleh melawat tempat-tempat beribadat beberapa agama. Anda boleh melawat Gereja Kristian, Tokong Buddha, kuil Hindu…
Dan sebuah masjid?
Lazimnya, sebuah masjid! Bahkan dua masjid, Masjid Kapitan Keling dan Masjid Jalan Acheh, dan anda juga boleh melihat 3 tokong Cina yang menampilkan gabungan sistem kepercayaan Confucian, Tao dan Buddha.
Oleh itu, dalam satu tempat yang sangat kecil, dalam masa beberapa minit sahaja berjalan, anda boleh melawat tempat-tempat untuk beribadat untuk pelbagai agama. Ini merupakan sesuatu yang unik ! Anda tidak akan menemui perkara seperti ini di tempat-tempat lain di dunia (dalam nada yang perlahan)
Ini sebab kenapa kami senang hati, anda tahu, untuk mendapatkan kerjasama daripada orang ramai dan beberapa organisasi untuk melaksanakan program ini. Kami menganjurkan lawatan, yang diadakan oleh Pemegang Amanah Warisan Pulau Pinang, bukan sahaja untuk pelancong tetapi untuk penduduk Pulau Pinang yang berminat. Dan,yang paling penting untuk murid-murid sekolah, ya, untuk pergi ke pelbagai tempat ibadat, melawat tempat-tempat ini, dan mengambil peluang untuk berinteraksi dengan penjaga atau imam atau paderi atau sami. Dan mengajukan soalan yang berkaitan dengan kepercayaan tempat ibadat tersebut kepada penjaga tempat ibadat tersebut. Jadi, para pelajar dan juga orang dewasa dapat menimba beberapa pengetahuan praktikal mengenai agama tersebut.
Jadi, apa yang telah berlaku? Selepas Pemegang Amanah Warisan Pulau Pinang menganjurkan lawatan kepada beberapa buah sekolah, dan terdapat sebuah sekolah agama, sekolah agama yang tertua di Pulau Pinang yang menyertai Program Berjalan untuk Agama Dunia, telah menghantar pelajar mereka untuk menyertai program ini. Sebenarnya, ini adalah sekolah yang pertama menyertai program ini!
Setelah beberapa kali lawatan ini diadakan, sesetengah golongan yang berfikiran sempit rupa-rupanya telah datang ke Jabatan Pelajaran Pulau Pinang dan memberikan maklumat berat sebelah, meyakinkan Pengarah Jabatan Pelajaran untuk mengeluarkan satu pekeliling mengarahkan sekolah-sekolah yang telah menyertai dan sekolah-sekolah lain untuk menghentikan penyertaan dalam program tersebut.
(Berhenti sejenak) Apabila Ketua Menteri mendapat tahu tentang perkara ini, saya fikir dia marah dan mengarahkan Pengarah Jabatan Agama untuk menarik balik pekeliling tetapi kerosakan yang telah dilakukan amat teruk kerana program menganjurkan lawatan untuk murid-murid sekolah tidak akan dilaksanakan sekali lagi.
Walaupun, ingin saya nyatakan sekali lagi dengan jelas, sekiranya kami bersedia, kami akan membiayainya pada masa akan datang. Jadi, ianya bukan satu masalah, anda tahu, sekiranya tidak mempunyai dana, tetapi ianya menjadi satu masalah apabila orang ramai kelihatan dalam ketakutan sekarang dan oleh yang demikian tidak sanggup untuk mengadakan kembali program yang sangat bagus ini.
Bermaksud, sekolah-sekolah itu sendiri tidak mengambil peluang untuk terlibat dalam lawatan ini?
Yang pertama sekali, lazimnya sekolah juga mengambil inisiatif dengan meminta agar lawatan seperti ini dianjurkan . tetapi, sebaliknya ianya juga memerlukan pandangan daripada Pemegang Amanah Warisan Pulau Pinang untuk menawarkan lawatan seperti ini. Dan saya dengar mereka tidak menawarkan lawatan ini lagi.
Tetapi, saya telah memaklumkan kepada pengerusi bahawa kami sedia untuk membiayainya, Jadi, ianya bukan disebabkan masalah dana. Saya tidak tahu apa masalahnya.
Tetapi, secara jelasnya, arahan daripada Jabatan Pelajaran Negeri telah ditarik balik?
Apa yang Ketua Menteri arahkan Pengarah Jabatan Pelajaran untuk lakukan. Tetapi saya tidak tahu sama ada ianya benar-benar telah ditarik balik. Saya tidak pasti.
Tetapi (berhenti sejenak) bagaimana ianya berjalan. Pekeliling telah dikeluarkan. Sekarang, setiap orang berasa bimbang. Pada saya, ianya seperti isu sensitif.
Ternyata pertengkaran ini menyatakan bahawa ianya merupakan sesuatu yang tidak Islamik untuk membenarkan umat Islam untuk mengunjungi tempat ibadat agama lain.
Saya fikir ianya merupakan satu contoh yang lain daripada, pemikiran yang sempit dari pihak (berhenti sejenak) sesetengah pemimpin Muslim yang mementingkan diri.
Anda boleh Memetik kata-kata saya. Ini adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Tetapi, masalah itu tidak berakhir di sini. Kerana, saya juga, kami juga mahu memiliki tempat yang tetap di mana kami boleh menganjurkan pameran. Idea ini juga untuk menganjurkan sesuatu seperti pelancongan agama, di mana orang ramai boleh mendapatkan pemahaman asas mengenai agama-agama yang berlainan dan nilai umum yang mereka kongsi, dan kemudiannya selepas itu, mereka akan menyertai lawatan!
Jadi, apa yang kami temui, apa yang kami kenal pasti sebagai sebuah tempat yang ideal adalah Pusat Warisan Pulau Pinang di 116 & 118 Lebuh Acheh..untuk menganjurkan pameran di sana, dipersembahkan kepada orang awam, pelancong, murid sekolah, dan dari situ, anda boleh mulakan, anda tahu, untuk mengadakan program berjalan untuk agama dunia.
Anda juga boleh melawat Muzium Islam Pulau Pinang yang amat berdekatan dengan Pusat Warisan Pulau Pinang.
Satu surat telah ditulis kepada mereka yang bertanggungjawab untuk Pusat Warisan Pulau Pinang dan rakan tempatan kami telah memohon kebenaran untuk mengadakannya (pameran) di sana, dan jawapannya adalah, ‘Tidak’, mereka tidak dapat mengizinkan pameran tersebut kerana ianya tidak Islamik.
Tetapi, mereka ini tidak menyatakan kenapa ianya tidak Islamik. Saya tidak faham apa yang berkaitan dengan tidak Islamik dan sebuah pameran yang telah diadakan di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang telah diadakan di banyak tempat , yang tiada sebarang rancangan untuk menarik penganut baru agama, yang tidak membuat sebarang propaganda untuk mana-mana agama, yang tidak menggalakkan sekularisme tetapi hanya nilai-nilai umum yang baik.
(Sebenarnya), tentangan terhadap pameran dan tentangan terhadap Program Berjalan untuk Agama Dunia di Pulau Pinang tidak menunjukkan pandangan (sentimen) majoriti umat Islam di Pulau Pinang.
Menurut wakil pendapat masyarakat awam yang telah kami biayai (bertajuk, ‘Kenyataan Muslim dalam Tinjauan Pendapat Masyarakat Awam di Semenanjung Malaysia’ yang diselaraskan oleh Dr. Patricia Martinez, 79% Muslim Malaysia berpandangan bahawa mereka perlu belajar mengenai agama-agama lain di Malaysia. Ini bermaksud bahawa mereka yang menentang projek Etika Global Pulau Pinang hanya mewakili minoriti sebanyak 20%.
Dalam masyarakat demokrasi, kemahuan majoriti perlu mengatasi segalanya.
Pada pandangan anda, apa lagi yang perlu dilakukan untuk membina hubungan dan persefahaman yang lebih baik di antara perbezaan kepercayaan dan budaya di Malaysia?
Kami telah mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran untuk menyertakan pengajaran pengetahuan asas mengenai agama-agama di dunia dan standard etika umum dan nilai moral yang dikongsi oleh pelbagai kepercayaan dalam sukatan pelajaran sekolah rendah dan menengah…..
Sekiranya kami mahu membina hubungan dan mencapai persefahaman yang lebih baik, saya fikir cara yang terbaik adalah dengan menggabungkan pengetahuan asas agama-agama di dunia dan nilai umum, dalam kurikulum pelajaran kebangsaan.
Kami perlu menyasarkan anak-anak dan cucu-cucu kita dalam membina masa depan yang lebih baik. Masa depan yang lebih harmoni. Ini adalah sebab kenapa saya percaya bahawa pendidikan merupakan perkara fokus, dan merupakan perkara yang sangat penting. Dan saya berharap agar pada tahun terakhir saya berada di Malaysia – saya pasti akan meninggalkan Malaysia pertengahan tahun depan – kita mampu untuk melangkah ke hadapan dalam menyertakan perkara ini dalam kurikulum tetapi ini adalah berdasarkan kepada pengalaman saya setakat ini, saya tidak terlalu optimistik.
Tetapi benarkan saya menyatakan kepada anda tentang perkara ini – penggabungan pengetahuan asas agama-agama di dunia dan standard etika umum dan nilai moral yang dikongsi oleh kepercayaan yang berbeza dalam kurikulum pelajaran kebangsaan telah termasuk dalam "Larnaca Action Plan" (Rancangan Tindakan Larnaca) yang telah merupakan hasil daripada ASEM Interfaith Dialogue (Dialog Antara Agama ASEM) yang diadakan di Larnaca, Cyprus pada 3-5 Julai. Malaysia merupakan penganjur bersama-sama dengan Cyprus.
Dan keputusan lain yang sangat penting adalah untuk meneroka kemungkinan untuk mewujudkan kumpulan dialog antara agama kebangsaan. Ini adalah sangat penting dengan merujuk kepada projek suruhanjaya antara agama yang telah dimulakan di sini, di Malaysia.
Malaysia akan menjadi negara pertama, bukan, negara kedua selepas Filipina, saya fikir, untuk mempunyai suruhanjaya antara agama seperti itu tetapi dalam keadaan ketika ini yang boleh digambarkan sebagai penuh dengan rasa dendam, saya fikir kita memerlukan masa untuk mencapai perkara tersebut.
Berhubung dengan suruhanjaya antara agama, kami memperoleh keputusan yang sangat menarik dalam tinjauan pendapat masyarakat awam yang diadakan oleh Muslim Malaysia (di Semenanjung Malaysia) pada Disember 2005; 76% yang diajukan soalan menyatakan bahawa Islam perlu menyertai Interfaith Council (Suruhanjaya Antara Agama) sekiranya sesuatu (organisasi) seperti itu diwujudkan di Malaysia.
Ini adalah hasil daripada tinjauan pendapat yang menunjukkan majoriti Muslim Malaysia sebenarnya lebih berfikiran terbuka dan lebih bersederhana daripada mereka yang berpura-pura untuk bercakap mewakili mereka (Muslim Malaysia).
Agama sebenarnya tidak berkaitan dengan apa yang anda pakai, bagaimana anda menyimpan rambut dan janggut, apa yang anda makan dan minum. Tetapi yang paling utama dalam agama adalah memupuk dan menganjurkan nilai moral yang baik berdasarkan standard etika asas, di mana Tuhan telah wahyukan berulang kali kepada semua rasul-Nya di seluruh dunia.
Standard etika ini mempunyai maksud penting kerana ianya telah diwahyukan kepada semua rasul Tuhan. Ianya mempunyai ciri-ciri peringkat tertinggi yang mutlak.
Sekiranya pemimpin dan penganut agama menumpukan perhatian dalam memupuk dan menganjurkan standard etika asas tersebut, yang kami anjurkan menerusi pameran kami dan cara-cara lain, kita akan hidup dalam keadaan dunia yang harmoni pada hari ini.
Malangnya, disebabkan ego, kejahilan, tamak-tamak kepada kuasa, kepada wang, kepada nafsu dan disebabkan perasaan benci, satu bahagian yang penting dalam manusia telah tidak mampu untuk hidup berpandukan perintah etika Tuhan yang asas. Ini adalah sebab utama manusia menderita semenjak Adam dan Hawa. Ianya kedengaran sangat mudah tetapi ianya sangat mendalam.
sumber asal : thesundaily.com
Baca selanjutnya...
Raja Petra dan Teresa Kok ditahan ISA

Sep 12, 08 11:59pm
Pemimpin DAP, Teresa Kok turut ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini.
Beliau merupakan orang ketiga ditahan hari ini di bawah ISA, selepas editor Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.
Difahamkan, ahli Parlimen Seputeh itu ditahan pada kira-kira jam 11.18 malam ini.
Beliau yang juga exco kerajaan Selangor ditahan ketika dalam perjalanan pulang selepas menghadiri satu majlis di Kuala Lumpur.
Teresa yang setiausaha organisasi kebangsaan DAP, ditahan selepas kenderaan yang dinaikinya dihalang oleh tiga kereta peronda polis.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan penahanan Teresa mengikut Seksyen 73 (1) ISA.
Di Pulau Pinang, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut mengesahkan penahanan Teresa.
Menurutnya, parti itu akan mengadakan mesyuarat tergempar esok untuk membincangkan perkara tersebut.
sumber-Malaysiakini.com
Raja Petra ditahan bawah ISA
Sep 12, 08 1:37pm
Blogger Raja Petra Kamaruddin telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) kerana didakwa boleh mengganggu dan mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Raja Petra ditahan mengikut Seksyen 731 ISA yang membenarkan penahanan sehingga 60 hari.
"Polis akan membuat penilaian dalam tempoh tersebut dan jika mereka merasakan beliau perlu ditahan lebih 60 hari, maka polis akan merujuk kepada saya," katanya seperti yang dipetik oleh The Star.
Bernama pula memetik Syed Hamid sebagai berkata, tindakan itu diambil setelah pelbagai kenyataan dibuat oleh Raja Petra dalam laman blog Malaysia Today termasuk yang terbaru yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad (SAW).
"Kita telah banyak kali memanggil dan menasihatkan beliau berikutan kenyataannya namun beliau masih terus menulis hingga boleh menimbulkan ancaman," katanya.
Syed Hamid juga mengesahkan bahawa surat tunjuk sebab telah dihantar kepada Sin Chew Daily, The Sun and Suara Keadilan.
"Mereka mempunyai tempoh seminggu untuk menjawab," tambahnya.
Menurut isteri Raja Petra - Marina Lee Abdullah - 10 anggota polis datang ke rumah mereka di Sungai Buluh pada kira-kira jam 1.10 tengahari tadi untuk menahannya.
Ketika Malaysiakini menghubunginya pada jam 1.25 tengahari, anggota polis masih berada di rumahnya.
Raja Petra kemudiannya dibawa polis dari rumahnya pada jam 1.50 tengahari ke lokasi yang tidak diketahui.
Pada 6 September lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar telah memberi amaran bahawa editor lamanweb Malaysia Today itu mungkin dikenakan ISA kerana menyiarkan komen yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), telah membuat laporan polis terhadap Raja Petra berhubung perkara itu.
Mereka mendakwa komen beliau dalam artikel yang bertajuk "I Promise to be a good, non-hypocritical Muslim" didakwa menggunakan ayat-ayat yang menghina orang Islam.
Lamanweb Malaysia Today telah disekat sejak minggu lalu, tetapi sekatan itu telah ditarik balik semalam.
Raja Petra, yang popular dengan panggilan RPK, juga didakwa telah membenarkan komen-komen disiarkan dalam lamanwebnya yang menghina Islam dan Nabi Muhammad, dalam artikel bertajuk "Not all Arabs are descendants of the Prophet".
Sementara itu, Marina berkata, mereka masih belum melantik peguam untuk mengendalikan perkara itu.
Ini adalah kali kedua Raja Petra ditahan di bawah ISA, yang membenarkan tahanan tanpa bicara.
Kali pertama, beliau ditangkap di bawah ISA pada 11 April 2001 ketika gerakan reformasi di mana sembilan orang telah ditahan. Pada masa itu, beliau merupakan webmaster lamanweb FreeAnwar.com
ketika itu.
Raja Petra dibebaskan selepas ditahan selama 52 hari. Bagaimanapun, enam daripada pemimpin reformasi itu dihantar ke Kem Tahanan Kamunting di Taiping di mana mereka ditahan selama dua tahun.
Sebelum ini, Raja Petra telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghasut dan memfitnah selepas mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Abdul Razak Baginda, rakan rapat Najib, didakwa bersubahat membunuh wanita Mongolia yang berusia 28 tahun itu, di mana mayatnya telah diletupkan.
Dua anggota polis, yang tugas mereka termasuk mengawal keselamatan timbalan perdana menteri, menghadapi tuduhan membunuh Altantuya.
ISA yang dibantah oleh kumpulan-kumpulan hak asasi manusia, membolehkan seseorang itu ditahan tanpa bicara selama dua tahun - dan boleh dilanjutkan setiap tahun seterusnya - dan biasannya digunakan terhadap suspek pengganas.
Ia juga digunakan terhadap mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan dan tahun lalu, lima orang pemimpin Hindraf telah ditahan tiga selepas mereka menganjurkan perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur pada 25 November.
Kenyataan polis
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata penahanan Raja Petra di bawah ISA dibuat selepas polis mendapati tindakannya boleh mengancam keselamatan negara.
Ismail berkata penahanan terhadap pengendali laman blog Malaysia Today itu dilakukan selepas polis berpuashati dengan hasil pemantauan terhadap Raja Petra.
"Pemantauan yang dijalankan menunjukkan beliau telah melakukan tindakan-tindakan yang boleh mencetus kegelisahan di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama.
"Penangkapan ini terpaksa dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut berhubung tindakan-tindakan beliau," katanya dalam kenyataan.
Ismail berkata penahanan Raja Petra mengikut Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 itu juga bertujuan membendung sebarang tindakan yang boleh memecahbelahkan perpaduan kaum dan persengketaan agama.
sumber-Malaysiakini.com
Tangkapan ISA No. 2: Wartawan Sin Chew ditahan
Sep 12, 08 9:47pm
Wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada jam 8.30 malam ini di rumahnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Beliau merupakan orang kedua ditahan selepas editor Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin, ditahan tengahari tadi di bawah ISA yang membolehkan seseorang itu ditahan tanpa bicara.
Difahamkan, Tan telah dibawa ke ibupejabat polis Pulau Pinang di mana terdapat 100 orang penyokong berhimpun di situ.
Setiausaha politik ketua menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik mengesahkan Tan telah ditahan di bawah ISA.
"Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob baru mengesahkan penahanan wartawan tersebut di bawah Seksyen 73(1) ISA, kepada ketua menteri," katanya kepada pemberita di ibupejabat polis Pulau Pinang pada kira-kira jam 10.45 malam ini.
Seksyen 73(1) membolehkan polis menahan Tan untuk tempoh maksimum 60 hari untuk siasatan. Selepas itu, berdasarkan kepada hasil siasatan tersebut, beliau boleh ditahan selama dua tahun di bawah Seksyen 8 akta yang sama.
Sebelum itu, Setiausaha Agung Gerakan, Chia Kwang Chye turut berada di ibupejabat polis Pulau Pinang untuk mendapatkan maklumat mengenai penahanan Tan. Beliau juga mengesahkan bahawa Tan telah ditahan di bawah ISA.
Beliau mengecam penahanan Tan, sambil menegaskan bahawa polis sepatutnya menyiapkan segera siasatan terhadap wartawan itu secepat mungkin dan membebaskannya.
Difahamkan, Tan ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Bukit Aman.
MCA sedia membantu
Sementara itu, dalam reaksinya, Gan Ping Sieu dari biro undang-undang MCA turut mengesahkan penahanan Tan (foto) di bawah ISA.
"Wartawan tersebut sepatutnya dipanggil untuk disoalsiasat dan bukannya ditahan," katanya.
Menurutnya, biro tersebut bersedia untuk menubuhkan sepasukan peguam untuk memberi khidmat sukarela untuk membela Tan.
Tan telah melaporkan bahawa pemimpin Umno, Datuk Ahmad Ismail didakwa berkata bahawa kaum Cina Malaysia "menumpang" di negara ini.
Laporannya itu telah mencetuskan kontroversi dan bantahan di seluruh negara, menyebabkan Umno telah mengantung Ahmad selama tiga tahun, dalam satu menyuarat khas Majlis Tertinggi parti itu Rabu lalu.
Tiga hari lalu, Sin Chew telah mempertahankan Tan, yang didakwa oleh Ahmad telah menyalahlaporkan komennya itu.
Tan, lulusan ijazah komunikasi massa dari Universiti Sains Malaysia (USM), sudah berkhidmat sebagai wartawan selama sembilan tahun.
Beliau telah berkhidmat dengan Sin Chew sejak empat tahun lalu. Sebelum itu, Tan bertugas di akhbar Kwong Wah daily.
Sin Chew melaporkan lewat malam ini bahawa Tan telah menghubungi peguam akhbar berkenaan sebelum dia ditahan.
Tan memberitahu peguam tersebut bahawa polis berada di luar rumahnya dan memintanya mengikut mereka ke balai polis untuk disoalsiasat di bawah ISA.
Akhbar itu melaporkan bahawa Tan tidak dapat dihubungi lagi selepas dia membuat panggilan telefon tersebut.
"Kami tidak dapat menghubungi Tan melalui telefonnya, rakan-rakan kami di Pulau Pinang berusaha mencarinya di seluruh Pulau Pinang untuk mengetahui lokasinya.
"Kira-kira sejam kemudian, beliau disahkan sedang ditahan di balai polis Bukit Mertajam," lapor akhbar tersebut.
Tidak dapat dipastikan sama ada Ahmad yang tetap enggan memohon maaf terhadap kenyataan yang dibuatnya itu, walaupun digantung tiga tahun oleh Umno, juga turut ditahan.
Pemimpin PAS, Mujahid Yusuf Rawa, yang turut berada di balai polis tersebut berkata, Ahmad yang sepatutnya ditahan di bawah ISA dan "bukannya wartawan yang melaporkan apa yang dikatakannya".
sumber-Malaysiakini.com
Baca selanjutnya...
12 Sep 2008
Anwar & Saiful mencongak tarikh 26 Jun & 24 September..
Semuanya bermula dari tarikh 26 Jun 2008. Tarikh penting bagi Saiful yang mendakwa dirinya diliwat oleh bekas majikannya. Dua hari selepas itu, 28 Jun, bekas pembancuh kopi Anwar, Saiful Bukhari buat laporan polis, jam 5.45 petang.
Apabila mengetahui bekas pembancuh kopinya buat laporan polis (bernombor 4350/08) di Balai Polis Jalan Travers, Kuala Lumpur, pada malamnya, Anwar pula melarikan diri berlindung di Kedutaan Turki. Baca artikel sebelumnya klik di sini.
Itu yang dipersoalkan oleh blogger penarik beca. Anwar dakwa punya alibi pada tarikh kejadian (26 Jun), tetapi kenapa terkincit-kincit lari ke Kedutaan Turki ?
Alibi 26 Jun
26 Jun, tarikh penting bagi Saiful. Tetapi mungkin bukan tarikh penting kepada Anwar, kerana pada Anwar, tarikh pentingnya 16 September.
Menurut Saiful pada tarikh itu, dia mendakwa diliwat oleh bekas majikannya. Kata Saiful, pada tarikh itu, Anwar (bekas majikannya) meliwatnya antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lalu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, No 99, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Anwar pula secara berkias, tidak menafikan pernah pergi ke tempat yang dimaksudkan oleh Saiful itu.
Menurut peguam peribadi Anwar, Sankara Nair pula, pihaknya mempunyai alibi yang jitu pada tarikh berkenaan. Katanya sekurang-kurangnya Anwar telah berjumpa dengan "kira-kira lima orang alibi".
Kalau berpandukan kenyataan peguam peribadi Anwar ini, sudah tentu Anwar tidak perlu takut, kerana mempunyai alibi. Sebab itu logik benar blogger penarik beca bertanya, 'kalau sudah mempunyai alibi, kenapa masih terkincit-kincit lari ke Kedutaan Turki?'
Tetapi sepanjang tarikh 26 Jun hingga tarikh didakwa di mahkamah (7 Ogos), hujah Anwar bukan persoalan alibi, tetapi sebaliknya persoalan laporan Hospital Pusrawi.
Sepatutnya jika persoalan alibi yang lebih jitu, Anwar boleh menepis tanpa perlu bersusah payah menggunakan dokumen Hospital Pusrawi yang tidak mempunyai kredibiliti sebagai bukti mahkamah. Malahan Dr Osman pula dipertikaikan kepakarannya serta dipercayai rakan sekonspirasi Anwar.
Bermakna jika Anwar berhujah berdasarkan laporan Hospital Pusrawi, hujah Anwar tidak lengkap, kerana terdapat satu lagi laporan berauoriti yang turut dicadangkan oleh Dr Osman iaitu Laporan Hospital Kuala Lumpur. Sehingga ke hari ini Anwar gagal memberi bukti menggunakan bukti sah hospital itu.
Secara tidak langsung, Anwar sendiri mengakui alibinya tidak kuat sebagaimana yang didakwa oleh peguam peribadinya. Memang diragui alibi Anwar, kerana terdapat percanggahan antara kenyataan peguam Anwar dengan kenyataan Nurul Izzah, anak Anwar sendiri. Peguam Anwar berkata, pada tarikh itu, Anwar berjumpa dengan sekurang-kurangnya 'lima orang', tetapi Nurul Izzah pula mengatakan Anwar berada dengan keluarganya pada ketika itu. Wan Azizah pula hanya tunduk, tidak mengiakan atau menafikan. Sila tonton video di bawah.
Anwar didakwa di Mahkamah Sekyen, Jalan Duta, 7 Ogos
Bermula dari 28 Jun, hampir sebulan Anwar terpaksa berhempas pulas mempertahankan dirinya. Kalau bukan report polis itu, tiada siapa kenal pun siapa Saiful Bukhari Azlan. Tiada siapa tahu pun tentang wujudnya 'pusat operasi rahsia Anwar' di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, No 99, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Malah tiada siapa tahu pun wujud jawatan khas 'pembancuh kopi Anwar'.
Hampir sebulan Anwar terpaksa membuka satu persatu rahsia dalaman berkenaan fungsi Saiful sebagai 'pembancuh kopi' yang pada awalnya cuba disasarkan sebagai 'budak Najib', berasaskan sekeping foto, Saiful bergambar dengan pegawai khas Najib di pejabat TPM. Masyarakat jadi bingung, siapa sebenarnya 'pembancuh kopi Anwar' itu kerana Anwar menyembunyikan identiti budak itu sebagai bekas pekerjanya yang telah berkhidmat dengan Anwar sejak Mac 2008 lagi.
Siapa sebenarnya 'budak pembancuh kopi' itu ? Perlukan Anwar mempunyai seorang 'pembancuh kopi khas' yang bukan setakat kerjanya membancuh kopi untuk Anwar di rumah peribadinya Bukit Segambut dalam, atau pejabatnya di Seksyen 16 atupun di 'kondominium rahsia', di Bukit Damansara.
Untuk gambaran lebih lanjut, baca artikel sebelumnya; Misteri hubungan Anwar & Saiful ? dan 'Anwar tumbang kerana seorang lelaki ?'
Turut dipersoalkan, kalau benarnya Saiful hanya sekadar 'pembancuh kopi Anwar', kenapa dia dibawa Anwar melawat ke luar negara, termasuk Hong Kong, Thailand, Singapura dan lain-lain ? Istimewa sangatkah Saiful, hingga mengenepikan ahli-ahli AIC lain yang selama ini taat setia kepada Anwar seperti Najwan Hilimi, pelajar UNITEN yang juga tempat Saiful pernah belajar ?
Itulah yang diperkatakan oleh penulis buku politik terkenal, Pak Habib, Anwar hanya menjadi Ketua Umum, sudah memerlu 'pembancuh kopi' khas, kalau sudah jadi PM, apa lagi jawatan yang tidak masuk akal akan diwujudkan untuk kepentingan diri sendiri ?
Walaupun Anwar cuba memperlekehkan Saiful sebagai budak pembancuh kopinya, tetapi Saiful sendiri mengakui tugasnya bukan sekadar pembancuh kopi tetapi sebagai pembantu Ibrahim Yaacob (Ketua Staff menguruskan jadual DSAI ), mengatur pertemuan sulit untuk ahli parlimen BN yang mahu lompat parti , menyertai mesyuarat di Kondo Desa Damansara dan sebagainya. Pengakuan Saiful klik di sini.
Kalau bukan kerana road show Anwar pertahankan dirinya serta sokongan-sokongan tokoh-tokoh dari Amerika, masyarakat Malaysia tidak tahu pun Anwar merupakan 'pekerja Amerika'. Tetapi apabila, Tom Casey, Jurucakap Jabatan Negara Amerika mengesa agar kes liwat Anwar digugurkan, maka rakyat Malaysia tertanya-tanya apa kaitan Anwar dengan Amerika, sedangkan ketika Dato Harun Idris dan Dato Mohktar Hashim dikenakan pendakwaan mahkamah, Amerika tidak pernah menunjukkan sekelumit simpati pun. Bila ditanya, Amerika tidak mahu campurtangan kerana itu masalah dalaman Malaysia.
Tetapi apabila satu persatu badan yang berpengkalan di Amerika, The International Crisis Group (ICG), AccountAbility’s, Senator Joe Biden, National Democratic Institute (NDI), International Republican Institute (IRI) seperti mula menunjukkan sokongan kepada Anwar, rakyat Malaysia mula tertanya-tanya kenapa semuanya dari Amerika, kenapa tiada sokongan dari negara musuh Amerika seperti Iran, Syria, China, Cuba dan lain-lain ?
Baca artikel sebelumnya; 'Pertemuan Anwar dengan 38 Diplomat', 'Kes Liwat : Perlukan Anwar minta sokongan badan antarabangsa ?' dan 'Bagaimana IRI bantu Anwar Ibrahim jadi PM, 16 September?'
Malah lebih mengukuhkan lagi hubungan Anwar dan Amerika, Condoleeza Rice, Setiuasaha Negara Amerika pun turut turut membela Anwar.
Baca artikel sebelumnya; 'Bukan setakat Condoleeza Rice..Al Gore pun sokong Anwar"
Namun begitu sokongan demi sokongan Amerika itu lebih membuka pekung siapakah Anwar di kaca mata Amerika, tetapi Anwar tetap didakwa di Mahkamah Sekyen, Jalan Duta pada 7 Ogos 2008.
Sembilan orang pasukan peguambela Anwar
7 Ogos 2008, merupakan peristiwa penting bagi Anwar dan Saiful, kerana tarikh itu juga, kedua-duanya didakwa di Mahkamah Sekyen, Jalan Duta.
Anwar Ibrahim mengaku tidak bersalah di mahkamah itu dan hakim memutuskan untuk meneruskan perbicaraan pada 10 September 2008. Hakim bersetuju meneruskan pendakwaan apabila Anwar diwajibkan membayar bon peribadi sebanyak RM20,000 sebagai jaminan untuk memberi komitmen terhadap kes itu.
Perbicaan kes Anwar disambung semula pada 10 September, ketika itu pasukan peguam bela Anwar, diketuai Sulaiman Abdullah meminta masa untuk menyediakan hujah-hujah kenapa kes Anwar tidak perlu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Hakim bersetuju dan menetapkan 24 September ini untuk pasukan penguambela Anwar menyediakan hujah-hujahnya.
Siapa pasukan penguambela Anwar
Pasukan peguambela Anwar terdiri daripada Sulaiman Andullah, Sankara Nair, Sivarasa Rasiah, Saiful Izham Ramli, Amer Hamzah, Edmund Bon, Latheffa Koya, Mohd Razlan Jalaluddin dan Leela J Jesuthasan.
Daripada sembilan orang yang disenaraikan di atas, tiga daripadanya adalah pemegang jawatan dan aktivis PKR, iaitu Sivarasa Rasiah, Naib Presiden PKR, Latheefa Koya, bekas Timbalan Ketua AMK PKR dan Saiful Izham Ramli, bekas exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), PKR.
Hanya dua penguam bela lama Anwar dikekalkan iaitu Sulaiman Andullah dan Sankara Nair, sedangkan tujuh yang lain merupakan peguam junior.
Kenapa Anwar tidak mengambil semula peguam-peguam lama yang pernah mengendalikan kes liwat tahun 2000 ? Kenapa Anwar gugurkan nama peguam Raja Aziz Addruse, Zainur Zakaria dan Gurbachan Singh sedangkan mereka merupakan peguam senior yang berpengalaman ?
Kenapa pula Anwar tidak libatkan Karpal Singh anak beranak, sedangkan peguam itu disebut-sebut sebagai peguambela yang handal ?. Benarkan Karpal tidak boleh menjadi penguambela Anwar sampai bila-bila kerana beliau bersikap prejudis kerana pernah menuduh Anwar mempunyai kes meliwat pada tahun 1998 ?
Bukankah penguambela Anwar sendiri mengakui kes liwat 2008 lebih mencabar. Kenapa mencabar, sedangkan sebelum ini Anwar bermati-matian mengatakan tiada kes ?
Manakala tiga daripada senarai penguambela Anwar yang junior terdiri daripada aktivis Bar Council. Mereka adalah Amer Hamzah, Edmund Bon dan Latheffa Koya.
Bukankah penglibatan ramai peguam Bar Council ini menunjukkan hubungan Anwar dengan badan peguam itu sangat akrab ?

Kenapa pula nama Zulkifli Nordin digugurkan daripada senarai peguambela Anwar, sedangkan sebelum ini beliau merupakan salah seorang penguambela Anwar paling setia?
Bukankah pengguguran nama Zulkifli Nordin ekoran daripada sikap peguam itu membantah Forum Memeluk Islam, anjuran Bar Council, sedangkan Anwar pula bermati-matian mempertahankan supaya forum itu diadakan.
Begitu juga dengan Zainur Zakaria, Peguam Pembela Islam (PPI) menentang keras Forum Memeluk Islam dan IFC di Malaysia. Adakah faktor ini Zainur tidak dikekalkan ?
Bukankah Bar Council dan aktivisnya termasuk Sulaiman Abdullah merupakan pengerak awal IFC di Malaysia di mana tangan-tangan Anwar tersembunyi di belakang Suruhanjaya Antara Agama-agama itu ?
Bukankah semasa Sulaiman Abdullah menjadi Presiden Bar Council, beliau menganjurkan Forum‘Kebebasan Beragama’ dan menerbitkan jurnal khas bernama INSAF serta mengadakan satu perayaan ‘Festival of Rights’ diadakan dengan tema ‘Kebebasan Beragama’. Bukankah ini usaha menggerakkan IFC di Malaysia ?
Nah, episod ini kian menarik dan membuka satu lagi lembaran mengenali siapakah Anwar. Kita tunggu dan lihat!
AIDC
12 September 2008
http://aidc-editor.blogspot.com
aidceditor@yahoo.com
Artikel berkaitan :
1. Kes 1998 : Pensyarah undang-undang percaya Anwar peliwat!
2. Kisah 'coffee boy’ bernama Saiful dari kaca mata Pak Habib
3. The Truth al-Liwat Anwar - Pak Habib
Baca selanjutnya...
11 Sep 2008
Bila Pula Dia Nak Minta Maaf, Bila Pula Mariah Nak Laporkan Dia

Bila Pula Dia Nak Minta Maaf, Bila Pula Mariah Nak Laporkan Dia
Baru sahaja saya menulis tentang politik dan sejarah tidak boleh dipisahkan. Ada seorang lagi yang tidak reti-reti (klik sini).

Tiada sesiapa suruh dia minta maaf? Sampai dah tak boleh ditegur dilarang lagi ke? Mungkin Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmood boleh membuat satu laporan polis ke atasnya (klik sini). Jangan orang nampak ahli parlimen parti Islam, dengan orang Islam berani sangat, dengan bukan Islam betul-betul nak jaga hati.
Adakah Dr Mariah hendak mendakwa ini taktik parti lawannya juga (klik sini) sedangkan terang lagi bersuluh ini pekerjaan teman sebantalnya. Mungkin elok PAKSI melakukan sesuatu dari merintih merayu-rayu, terhegeh-hegeh pada 'orang itu' yang tak sudi. Secara undang-undang, malah 'melanggar' perlembagaan (samalah seperti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Hanya Bahasa Kebangsaan Untuk Papan Tanda di KL
11/09/2008 6:30pm
KUALA LUMPUR 11 Sept. — Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya akan meluluskan penggunaan Bahasa Kebangsaan bagi semua papan tanda jalan di sekitar ibu kota.
Ketua Pengarah DBKL Datuk Salleh Yusup berkata sekiranya terdapat pihak yang tidak mengikut peraturan dengan menaikkan papan tanda yang “terlarang”, DBKL akan menurunkannya dengan segera.
“Orang lain tidak boleh senang-senang pasang papan tanda, hanya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang boleh melakukannya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Salleh berkata beberapa papan tanda nama jalan bertulisan jawi sudah diterima pakai di kawasan Kampung Baru, Bandar Tun Razak dan Datuk Keramat dan kerana itu ia tidak diturunkan.
Beliau diminta mengulas isu yang mengaitkan Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim yang mahu menggantikan tulisan jawi pada papan tanda nama jalan dengan tulisan Tamil, Cina dan Inggeris.
Sebuah akhbar tempatan hari ini menunjukkan gambar Teresa berada di bawah papan tanda contoh yang dipasang DAP di Jalan Bukit Bintang, yang telah ditiadakan tulisan jawi dan ditambah dengan tulisan Cina dan Tamil.
Contoh papan tanda itu belum diluluskan DBKL.
Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Cheras Senator Datuk Syed Ali Alhabshee menyifatkan tindakan Teresa itu seolah-olah menidakkan undang-undang sedia ada berkenaan perkara itu.
“Kita ada prosedur dan undang-undang daripada PBT mengenai perkara ini, jangan tukar sewenang-wenangnya (nama jalan daripada tulisan jawi yang telah diluluskan kepada tulisan Tamil, Cina dan Inggeris) kerana ini akan menghangatkan lagi sentimen perkauman,” katanya.
Katanya Teresa sepatutnya berbincang dengan DBKL untuk memberi pandangan sekiranya tidak berpuas hati dengan nama jalan tulisan jawi berkenaan.
Oleh itu, Syed Ali meminta DBKL mengambil tindakan segera bagi menangani perkara itu supaya ia tidak berlarutan.
“DBKL tidak boleh berdiam diri, sekiranya perkara ini berlaku tidak mustahil perkara sama turut akan dibuat di tempat lain,” katanya.
— BERNAMA (klik sini)
sumber : blog faisal tehrani
Baca selanjutnya...
Benarkah Kumpulan Erdogan- Anwar wujud dalam PAS ?
Selepas membaca blog antihusam, penulis jadi terfikir dan termenung, betulkah wujud kumpulan Erdogan dalam PAS.? Adakah kumpulan ini akan bertindak sebagaimana Erdogan di turkey yang selalu mengkritik dasar pemerintahan AK Party.
Kumpulan ini dikatakan timbul selepas isu muzakarah dan kesungguhan DSAI untuk menubuhkan kerajaan 16 september 2008 ini. Penulis tidak pasti sebab musabbab dikatakan wujud kumpulan ini.
Kalau sebelum ini heboh diperkatakan berlaku pertembungan di antara ulama’ dan profesional dalam PAS. Alhamdulillah isu ini telah diselesaikan dalam muktamar PAS yang lepas. Kini timbul wujud kaum muda dan kaum tua dalam PAS. Kaum muda ini dikenali sebagai kumpulan Erdogan. betul atau tidak waalua’lam.
Isu ini mula timbul, apabila ramai dari kalangan pimpinan muda PAS selalu mengeluarkan kenyataan peribadi secara terbuka sehingga kadang-kadang bercanggah dengan kenyataan Dato’ Seri Tuan Guru Presiden dan keputusan mesyuarat PAS Pusat. Pandangan peribadi yang bercanggah itu kadang kala memperlihatkan seakan-akan wujud perpecahan dalam parti.
Isu ini telah diselesaikan selepas Tuan Guru Presiden mengeluarkan kenyataan sejurus selepas PRU12 dengan menyebut bahawa segala kenyataan rasmi PAS hanya dikeluarkan oleh Presiden sahaja. Arahan ini akan terus berjalan sehingga diberitahu kemudian. Hingga kini, arahan tersebut masih belum gugur. Jadi segala kenyataan rasmi hanya boleh dikira kalau ianya keluar dari Presiden PAS.
Selepas datangnya isu muzakarah, seakan-akan kumpulan ini timbul kembali. Cuma yang timbul kepelikan di sini. Macam mana golongan veteran boleh bersetuju dengan muzakarah dalam keadaan mereka pernah di hambat keluar oleh UMNO pada tahun 1974. Sedangkan golongan yang dikatakan erdogan ini tidak bersetuju dengan muzakarah dalam masa yang sama tidak pernah mempunyai pengalaman bersama dengan UMNO. Adakah golongan penentang muzakarah tahu kisah sebenar di sebalik penghambatan PAS dalam BN.?
Isu ini pada mulanya terdapat sedikit percanggahan antara Tuan Dato’ Seri Presiden dan Tuan Guru Dato’ Mursyidul Am. Presiden PAS telah bertindak bijak dengan tidak mengeluarkan kenyataan balas terhadap apa yang dilontarkan oleh Tuan Guru Mursyidul Am tentang Muzakarah ini. Sebaliknya Presiden telah mengadakan mesyuarakat syura di Kota Bharu untuk menjelaskan keputusan Majlis Syura yang telah dipersetujui pada 28 April 2008.
Isu muzakarah telah selesai dengan begitu baik. Bahkan para perwakilan muktamar memahami kenapa Majlis Syura membenarkan perbincangan dengan UMNO berdasarkan kepada nas Al-Quran dan hadis Nabi SAW. Itulah kelebihan ahli PAS yang terus patuh kepada setiap arahan yang berdasarkan kepada Nas-nas Islam.
Timbul pula isu 16 september. Kumpulan ini seakan-akan timbul lagi. Sehingga ramai mendakwa bahawa segelintir pimpinan dalam PAS seakan-akan memberi ketaatan kepada DSAI melebihi PAS. Ke mana sahaja DSAI pergi dan membuat kenyataan akhbar di situ pasti ada golongan yang dikatakan erdogan ini.
InsyaAllah isu ini pasti selesai selepas 16 september ini. Penulis masih beranggapan kumpulan erdogan ini sekadar dakwaan semata-mata. Mereka juga Ikhlas dalam membangunkan parti. Cuma mungkin terdapat sedikit kesilapan dengan membelakangkan orang yang lebih berpengalaman dalam parti dan berpengalaman bersama dengan DSAI semenjak dari tahun 70’an lagi.
Kalau benar wujud kumpulan ini, harap terbubar selepas 16 september ini. Kalau tidak PAS perlu memberi perhatian terhadap kewujudan ini kerana boleh merosakkan parti.
Perwakilan PAS juga perlu sentiasa peka dengan perkembangan parti. Jangan benarkan setiap perpecahan yang berlaku. PAS bukan parti politik semata-mata yang bertindak untuk mendapat kuasa sahaja. Tetapi PAS ialah Parti Siyasah, Dakwah dan tarbiyyah.
Segala tindak tanduk PAS berdasarkan kepada keuntungan kepada dakwah dan Islam. PAS rela kalah dan tersungkur kerana Islam.
Teruskan Perjuangan
www.attakiri.blogspot.com
sumber - Tranungkite.net
Baca selanjutnya...
Langgan:
Catatan (Atom)





