Baca selanjutnya...
PANAS! DI AIDC GROUP
NOTIS
Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com
6 Sep 2008
Dakwaan Ramlang masih teka-teki ?
Jimadie Shah Othman | Sep 5, 08 7:27pm

Akhbar yang melaporkan pegawai khas timbalan perdana menteri mengarahkan Ramlang Porigi menjadi saksi sumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan bulan lalu menunggu reaksi lanjut imam berkenaan sebelum memohon maaf.
Ketua pengarang eksekutifnya Zulkifli Sulong berkata, Siasah tidak mendakwa profesor madya Khairil Annas Jusoh memberikan arahan itu, tetapi hanya melaporkan dakwaan imam Masjid Wilayah Persekutuan itu ketika berucap di Permatang Pauh bulan lepas.
"Bergantung kepada Ramlang. Beliau yang dakwa. Kita hanya melaporkan.
"Kalau beliau tarik balik dan minta maaf, kita juga akan tarik balik dan meminta maaf," katanya kepada Malaysiakini, mengulas tuntutan pegawai Datuk Seri Najib Razak semalam.
Pegawai timbalan perdana menteri menafikan mengarahkan Ramlang mengatur majlis sumpah pemuda itu 15 Ogos lepas.
Khairil Annas berkata dakwaan Ramlang, ketika berceramah di tengah-tengah kehangatan kempen pilihanraya kecil di Permatang Pauh pada 24 Ogos, seperti dimuatkan dalam beberapa laporan bulan lepas "adalah tidak benar".
Pegawai khas itu merujuk laporan "Najib dalang sumpah-Imam Ramlang Porigi" yang diterbitkan oleh Suara Keadilan edisi 27 Ogos lalu, rakaman video temuramah imam muda itu dengan Suara Keadilan Online (25 Ogos) dan artikel "Siapa malu besar di Permatang Pauh" (mingguan Siasah edisi 31 Ogos).
Khairil Annas menuntut Ramlang membersihkan namanya dan menuntut dua akhbar itu pula membuat permohonan maaf secara terbuka, menarik balik laporan dan memperbetulkan semula kenyataan tersebut.
Zulkifli berkata, laporan di akhbar mingguan popular itu berdasarkan maklumat khidmat pesanan ringkas (SMS) berita Harakah dan wawancara Suara Keadilan dengan imam itu.
Beliau menambah, Siasah tidak dihubungi secara langsung oleh Khairil Annas memaklumkan penafiannya, sebaliknya hanya mengetahui perkara tersebut melalui laporan media semalam.
Organ rasmi PKR yang turut menyiarkan dakwaan imam kelahiran Sabah itu sedang mendapatkan penjelasan daripada wartawan-wartawannya berhubung perkara itu.

"Mungkin nanti ada kenyataan akan dikeluarkan," kata editor Suara Keadilan, Zulkiflee Anwar Haque petang ini.
Malaysiakini difahamkan imam itu sendiri tidak sepenuhnya yakin bahawa individu yang mengarahkannya itu adalah Khairil Annas.
Bagaimanapun beliau gagal dihubungi hari ini.
Sementara peguamnya Ahmad Nizam Hamid berkata beliau akan bertemu Ramlang esok untuk membincangkan tuntutan Khairil Annas.
Pegawai khas Najib menuntut agar ralat dua akhbar itu diterbitkan di halaman utama penerbitan itu.
"Peguam-peguam saya sedang meneliti untuk mengambil tindakan berasaskan undang-undang dan saya merizabkan semua hak saya terhadap Ramlang dan kedua-dua akhbar tersebut," Khairil Annas dilaporkan berkata semalam.
sumber : malaysiakini.com
Baca selanjutnya...
5 Sep 2008
Biar Saya Beritahu Anda Kenapa Tulisan Jawi Tercatat di Papan Tanda Itu..

Sebagai seorang seniman yang tidak berpihak kepada GAPENA (kumpulan seniman yang menyokong parti pemerintah), juga PAKSI (kumpulan seniman yang menyokong gabungan parti pembangkang) saya berasa amat terkilan dan amat bersedih hati kerana sisa-sisa budaya Melayu-Islam yang sekelumit ini pun dipertikaikan. Apakah sisa yang sedikit ini pun mahu disembelih, dikorban dan dipanggang?

Biar saya beritahu anda kenapa tulisan Jawi tercatat di papan tanda jalan tersebut. Biar saya beritahu kalau anda tidak tahu sejarah (baca: buta). Tulisan Jawi adalah salah satu tulisan terawal yang pernah ditemui di rantau ini. Tulisan ini diterima pakai dan berkembang pesat sejak zaman Kerajaan Islam Pasai yang kemudian digunakan pula oleh Kerajaan Melayu Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17.
Penemuan Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M menunjukkan nilai sejarah tulisan ini, berbanding tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Tulisan Jawi telah menjadi mangsa sekularisasi selepas kemerdekaan. Tahukah anda, semasa British memerintah pun tulisan Jawi masih merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia misalnya tertulis dalam abjad Jawi.
Jadi yang sakit hati sangat dengan tulisan Jawi kenapa? Tulisan Jawi telah lama wujud dalam tamadun di sekitar gugusan kepulauan melayu iaitu sekitar abad ke 10 Masehi atau 3 Hijrah.Tulisan inilah yang membangunkan tamadun melayu. Tulisan rumi hanya diterima meluas selepas perang dunia kedua sahaja.
Tulisan Jawi sudah ada 700 ratus tahun di sini. Tidakkah biadab namanya mempertikaikan budaya saya yang berusia selama itu?
Kalau dulu tulisan Jawi diketepikan kerana sekularisasi pendidikan dan minda pemerintah, kini tulisan Jawi akan dipenjurukan lagi oleh pakatan liberal-pragmatik yang akan terus mempertikaikan sisa budaya Melayu-Islam yang masih ada.
Lebih menyedihkan hati saya, ada kumpulan tuan guru yang bersekutu bersama gerakan liberal-pragmatik ini. Bagaimana satu pihak Harakah memperjuangkan tulisan Jawi, satu pihak pula boleh pejam mata terhadap kawan sebantal yang menggunjing tulisan Jawi?
Bukan, saya bukan bercakap mengenai politik. Tak minat dah dengan politik kawanan anjing. Saya bercakap mengenai budaya Melayu-Islam saya yang dipertikaikan.
Sekarang tahukah anda kenapa tulisan Jawi tercatit di papan tanda Jalan Taman Seputeh?
sumber : Faisal Tehrani
Baca selanjutnya...
Kenapa Anwar puja nombor 916..
“Nine One Six – 916”, ceh waah, Blogmaster guna english title pulak untuk posting blog kali ini….
Selama dua hari Blogmaster telah menghadiri satu seminar berkaitan Ekonomi dan Prestasi Pasaran Saham Asia Tenggara yang bertempat di sebuah Institusi Latihan di Lembah Klang.
Sepanjang sessi ini, Blogmaster telah berpeluang untuk bersembang dengan beberapa pegawai pegawai ekonomi swasta dari kaum tionghua, kebanyakkannya dari bidang perbankan dan terlibat dengan dagangan saham antarabangsa.
Apa yang menariknya, kumpulan ini turut memberikan perhatian serius kepada senario politik negara. Tumpuan mereka sangat fokus kepada Nine One Six [916]. Pada tahun tahun sebelum ini apabila kita melewati bulan September, maka teringatlah kepada Nine One One peristiwa 11 September 2001 dimana gugurnya bangunan pencakar langit di Amerika Syarikat.
Kini, dalam negara kita, kelihatannya seperti rakyat menantikan suatu peristiwa “kununnya” bersejarah, iaitu penubuhan kerajaan baru yang akan diketuai oleh Ketua Pembangkang yang baru sahaja menduduki kerusi Parlimen Permatang Pauh, Dato Seri Anwar Ibrahim.
SANDIWARA ANWAR IBRAHIM?
Persoalan sewaktu dalam sembang sembang bersama mereka, adakah ianya akan benar benar berlaku peralihan kerajaan pusat pada 16 September nanti?
Kesemua mereka memberikan pandangan yang negatif dan tidak yakin kepada soalan ini. Agak sukar untuk mendapatkan seramai 31 Ahli Parlimen yang mesti membuat suatu keputusan BERANI secara terang terang berpaling tadah kepada kerajaan sedia ada. Malah akan menjadi suatu persoalan yang PENTING bagi kesemua 31 Ahli Parlimen ini untuk berdepan dengan pengundi pengundi yang telah memberikan amanah serta mandat mereka memenangkan Yb Yb tersebut atas tiket BN bukannya Pakatan Rakyat!!
Namun yang menjadikan perbualan begitu rancak adalah mempersoalkan betapa konfidennya Anwar Ibrahim membuat kenyataan demi kenyataan sehinggakan “berani” mahu mengistiharkan cuti umum dan “membentangkan” bajet 2009 sebagai Perdana Menteri yang baru…!!
Secara jujur Blogmaster bertanya kepada rakan rakan yang bersembang, selain daripada mereka tidak yakin dengan berlakunya peralihan kerajaan, kenapakah mereka tidak mahu ianya benar benar berlaku? Jawapannya ialah, mereka pasti sekiranya inilah cara Anwar mengambil alih kerajaan, maka akan berterusanlah keadaan “political unrest” dan ekonomi negara akan hancur!
Pada pandangan mereka, apabila Anwar berjaya membawa masuk Ahli Parlimen Lompat seramai 31 orang, sudah tentulah Yb Yb ini akan “dibalas” dengan jawatan penting seperti Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan sebagainya. Bagaimana pula nasib 81 Yb Pakatan Rakyat yang sedia ada? Ramai yang selama ini “setia dan tawaduk” kepada Anwar akan terlepas peluang dan kempunan jawatan penting…..!
Akan berlakulah tidak puas hati dan “kisah Ahli Parlimen lompat siri ke 2” akan terjadi membabitkan Yb Yb pergi sertai Barisan Nasional pula. Maka, gugurlah jawatan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, rakyat akan jadi pening dan keliru…..
Pelabur asing tak akan yakin dengan kestabilan politik negara kita!
Presiden PAS, Datuk Seri Hj Hadi Awang pernah membuat kenyataan sekiranya barisan Ahli Parlimen yang melompat masuk ke kandang Anwar ini tidak menguntungkan melayu dan islam, belum tentu PAS akan kekal bersama Pakatan Rakyat.
Dalam interbiu terbaru oleh Malaysikini.TV bersama salah seorang pimpinan kanan PAS, Mat Sabu secara terus terang tidak setuju dengan cara pengambilan kerajaan dengan membawa masuk Ahli Parlimen melompat menyertai Pakatan Rakyat. Beliau mengingatkan kepada sejarah dimana pernah terjadi dua Yb Semangat 46 “melompat” tinggalkan Angkatan Perpaduan Umah [APU] di Kelantan dan kembali kepada Barisan Nasional, ketika itu pimpinan PAS telah melemparkan berbagai kenyataan dan mengutuk keras tindakan kedua-dua Yb tersebut…. Jelaslah pada pandangan ikhlas Mat Sabu, sekiranya itulah perkara yang pernah mereka tentang, maka kenapa harus mereka pula laksanakan tindakan negatif ini sekarang…?
Mat Sabu juga secara terbuka menyatakan beliau lebih rela untuk menunggu sehingga Pilihanraya ke 13 untuk mengambil alih sepenuhnya kerajaan pusat dimana beliau yakin Pakatan Rakyat mampu untuk menang.
Tambah beliau lagi, seharusnya Pakatan Rakyat buktikan prestasi mereka di lima kerajaan negeri yang baru untuk menjadi testimoni agar rakyat akan selepas ini memberikan mandat untuk kerajaan baru pada Pilihanrya umum yang akan datang.
916 ALIHKAN PERHATIAN ISU LIWAT?
Kalau diambil kira kenyataan ikhlas Mat Sabu sepertimana yang dinyatakan diatas tadi, bahawa beliau sanggup tunggu sehingga Pilihanraya umum ke 13 untuk ambil alih kerajaan pusat, maka terbukti bahawa Anwar Ibrahim “gelojoh” dan punyai sebab mahu tergesa gesa cuba menduduki kerusi Perdana Menteri. Apakah Anwar bertujuan mahu mengalihkan isu liwat beliau terhadap Saiful Bukhari Azlan?
Kesimpulannya Anwar memang cekap untuk alihkan isu liwat beliau. Jelas sekarang tidak ada sesiapa pun, mahupun media bercerita tentang tarikh perbicaraan kes liwat Anwar keatas Saiful Bukhari Azlan. Sebabnya, seluruh media, pegawai pegawai kerajaan, wakil rakyat BN dan pemimpin negara lebih tertumpu kepada “wayang” Anwar untuk ambil alih kerajaan pada 16 September.
AHLI AHLI PKR TAKSUB PADA ANWAR
Sewaktu berkempen di Permatang Pauh, Blogmaster bersama sama teman teman lain berkesempatan untuk duduk semeja makan minum bersama dengan dua [2] Ahli Parlimen PKR dan beberapa ADUN PKR dalam beberapa pertemuan sulit yang berasingan. Hampir kesemua mereka sendiri tidak yakin dengan peralihan kerajaan 16 September, malah sepertimana yang dinyatakan diatas tadi, mereka turut memberikan gambaran akan tinggalkan PKR sekiranya barisan kabinet Anwar nanti tidak akan menguntungkan mereka yang selama ini setia kepada parti yang telah memperjuangkan pembebasan Anwar Ibrahim.
Namun begitu, masih ada juga Yb Yb PKR yang mahu Anwar menjadi PM tetapi tidak berani menafikan isu liwat terbaru boss mereka. Mereka secara jujur mengakui bahawa setidak tidaknya inilah “peluang” untuk mereka menjadi Yb, ruang mencipta rekod sejarah hidup mereka. Jelas terbukti disini lahirlah Sikap Tidak Apa.
Dalam perbualan kami, ada salah seorang pemimpin PKR yang TAKSUB kepada Anwar sehinggakan membuat pengakuan bahawa “sekiranya Anwar itu peliwat sekalipun, dan aku nampak ianya berlaku depan mata aku, aku tetap nak Anwar jadi PM..” Na’uzubillah…..,! mengucap panjang kami semua terkedu!
sumber : medan-info-kita.blogspot.com
Baca selanjutnya...
Ada yang tak kena antara PKR & Ramlang Porigi..
05 September 2008
Dr Novandri Hasan Basri
Berikut adalah laporan akhbar di dalam MalaysiaKini hari ini;
Pegawai timbalan perdana menteri hari ini menafikan mengarahkan Ramlang Porigi, imam Masjid Wilayah Persekutuan, mengatur majlis sumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan, 15 Ogos lepas.
Prof Madya Khairil Annas Jusoh berkata kenyataan yang dibuat oleh Ramlang, ketika membuat penjelasan di tengah-tengah kehangatan kempen pilihanraya kecil di Permatang Pauh, seperti dimuatkan dalam beberapa laporan bulan lepas "adalah tidak benar".
Menurut agensi berita itu lagi, beliau turut menegaskan tidak pernah mengenali Ramlang dan "tidak pernah pada bila-bila masa pun menghubungi, bertemu, berinteraksi atau bercakap dengan beliau."
"Oleh itu, tuduhan Ramlang yang mendakwa bertemu saya di Masjid Wilayah Persekutuan dan bahawa sayalah yang mengatur dan menguruskan majlis sumpah Saiful adalah satu pendustaan," kata Khairil Annas.
Beliau dilaporkan menambah, pada masa dan ketika Ramlang mendakwa bertemu dengannya di Kuala Lumpur, beliau sebenarnya berada di Pulau Pinang bersama anggota keluarga dan sahabat handai.
Berikut pula adalah temuramah Suara Keadilan on-line bersama Ramlang Porigi pada 25hb Ogos 2008. Di antaranya :-
SK: Apa yang mendorong Ustaz mengatakan semasa sidang akhbar bahawa Ustaz merasakan apa yang dilakukan oleh Saiful adalah perancangan satu konspirasi?
RP: Saya ingin jelaskan ada seorang yang saya kenal, dialah yang mengatur sumpah Saiful. Yang saya pasti gambarnya dipaparkan didalam internet dimana beliau bergambar bersama Saiful Bukhari di hadapan pejabat Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak. Saya rasa jawatannya adalah Pegawai Khas kepada Najib.
SK: Apakah isi perbincangan pegawai khas tersebut dengan Ustaz?
RP: Apabila saya bertemu dengan beliau di masjid dia bertanya sama ada saya salah seorang daripada empat imam yang akan menyaksikan sumpah Saiful.Saya menjawab saya ada majlis akad nikah yang hendak saya langsungkan dan kalau saya sempat saya akan menyaksikan sumpah Saiful.
SK- Dan adakah beliau yang dimaksudkan oleh Ustaz sebagai pegawai khas kepada Najib itu menghubungi Ustaz selepas itu?
RP- Tidak ada.
Penulis dapati sebenarnya, intipati perbualan Ramlang dengan pegawai khas itu sangat ringkas dan Ramlang sebenarnya tidak ditekan atau dipaksa kerana Ramlang boleh pula berdolak dalih dengan berkata "...dan kalau saya sempat saya akan menyaksikan sumpah Saiful."
Dan semua tahu, jika seseorang itu diarahkan atau dipaksa, seseorang itu terpaksa mengikut perintah tanpa melawan atau pun bergantung kepada kelapangan orang itu.
Tetapi Ramlang jelas mengatakan yang sebaliknya dan boleh pula "....kalau sempat saya akan menyaksikan sumpah Saiful" !
Makanya, masih bolehkah kita menerima alasan beliau itu atau pun beliau sebenarnya telah diperalatkan oleh parti Keadilan ?
Dan amat menyedihkan apabila Ramlang Porigi membuat penilaian yang terburu-buru dan cetek hanya berdasarkan sebuah foto di dalam internet. Padahal, sebagai seorang yang berkedudukan tinggi, beliau sepatutnya mendapatkan gambaran yang jelas dan tidak berat sebelah sebelum menuduh sesiapa.
Sekarang, Prof. Madya Khairil Annas telah menafikan dakwaan Ramlang Porigi dan Khairil mempunyai ALIBI kukuh (berada di Pulau Pinang bersama keluarga dan kawan-kawa beliau).
Apakah tindakan Ramlang Porigi selepas ini? Bersembunyi sekali lagi? Atau mahu membuat surat akuan sumpah (statutory declaration) seperti Petra dan Dr Osman?
Jika ya, apakah Ramlang sudah lupa bahawa sumpah di atas nama Allah swt adalah yang terbaik dan sepatutnya di terimapakai serta didokong penuh oleh orang berpendidikan agama seperti beliau sendiri?
sumber : novandri.blogspot.com
Baca selanjutnya...
Dr Novandri Hasan Basri
Berikut adalah laporan akhbar di dalam MalaysiaKini hari ini;
Pegawai timbalan perdana menteri hari ini menafikan mengarahkan Ramlang Porigi, imam Masjid Wilayah Persekutuan, mengatur majlis sumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan, 15 Ogos lepas.
Prof Madya Khairil Annas Jusoh berkata kenyataan yang dibuat oleh Ramlang, ketika membuat penjelasan di tengah-tengah kehangatan kempen pilihanraya kecil di Permatang Pauh, seperti dimuatkan dalam beberapa laporan bulan lepas "adalah tidak benar".
Menurut agensi berita itu lagi, beliau turut menegaskan tidak pernah mengenali Ramlang dan "tidak pernah pada bila-bila masa pun menghubungi, bertemu, berinteraksi atau bercakap dengan beliau."
"Oleh itu, tuduhan Ramlang yang mendakwa bertemu saya di Masjid Wilayah Persekutuan dan bahawa sayalah yang mengatur dan menguruskan majlis sumpah Saiful adalah satu pendustaan," kata Khairil Annas.
Beliau dilaporkan menambah, pada masa dan ketika Ramlang mendakwa bertemu dengannya di Kuala Lumpur, beliau sebenarnya berada di Pulau Pinang bersama anggota keluarga dan sahabat handai.
Berikut pula adalah temuramah Suara Keadilan on-line bersama Ramlang Porigi pada 25hb Ogos 2008. Di antaranya :-
SK: Apa yang mendorong Ustaz mengatakan semasa sidang akhbar bahawa Ustaz merasakan apa yang dilakukan oleh Saiful adalah perancangan satu konspirasi?
RP: Saya ingin jelaskan ada seorang yang saya kenal, dialah yang mengatur sumpah Saiful. Yang saya pasti gambarnya dipaparkan didalam internet dimana beliau bergambar bersama Saiful Bukhari di hadapan pejabat Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak. Saya rasa jawatannya adalah Pegawai Khas kepada Najib.
SK: Apakah isi perbincangan pegawai khas tersebut dengan Ustaz?
RP: Apabila saya bertemu dengan beliau di masjid dia bertanya sama ada saya salah seorang daripada empat imam yang akan menyaksikan sumpah Saiful.Saya menjawab saya ada majlis akad nikah yang hendak saya langsungkan dan kalau saya sempat saya akan menyaksikan sumpah Saiful.
SK- Dan adakah beliau yang dimaksudkan oleh Ustaz sebagai pegawai khas kepada Najib itu menghubungi Ustaz selepas itu?
RP- Tidak ada.
Penulis dapati sebenarnya, intipati perbualan Ramlang dengan pegawai khas itu sangat ringkas dan Ramlang sebenarnya tidak ditekan atau dipaksa kerana Ramlang boleh pula berdolak dalih dengan berkata "...dan kalau saya sempat saya akan menyaksikan sumpah Saiful."
Dan semua tahu, jika seseorang itu diarahkan atau dipaksa, seseorang itu terpaksa mengikut perintah tanpa melawan atau pun bergantung kepada kelapangan orang itu.
Tetapi Ramlang jelas mengatakan yang sebaliknya dan boleh pula "....kalau sempat saya akan menyaksikan sumpah Saiful" !
Makanya, masih bolehkah kita menerima alasan beliau itu atau pun beliau sebenarnya telah diperalatkan oleh parti Keadilan ?
Dan amat menyedihkan apabila Ramlang Porigi membuat penilaian yang terburu-buru dan cetek hanya berdasarkan sebuah foto di dalam internet. Padahal, sebagai seorang yang berkedudukan tinggi, beliau sepatutnya mendapatkan gambaran yang jelas dan tidak berat sebelah sebelum menuduh sesiapa.
Sekarang, Prof. Madya Khairil Annas telah menafikan dakwaan Ramlang Porigi dan Khairil mempunyai ALIBI kukuh (berada di Pulau Pinang bersama keluarga dan kawan-kawa beliau).
Apakah tindakan Ramlang Porigi selepas ini? Bersembunyi sekali lagi? Atau mahu membuat surat akuan sumpah (statutory declaration) seperti Petra dan Dr Osman?
Jika ya, apakah Ramlang sudah lupa bahawa sumpah di atas nama Allah swt adalah yang terbaik dan sepatutnya di terimapakai serta didokong penuh oleh orang berpendidikan agama seperti beliau sendiri?
sumber : novandri.blogspot.com
Baca selanjutnya...
JAKIM buat laporan terhadap Raja Petra
05/09/2008 5:08pm
Oleh HELMI MOHD FOAD
PUTRAJAYA 5 Sept. – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama tiga lagi agensi Islam hari ini membuat laporan polis ke atas pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin ekoran beberapa artikel dan komentar pembaca pada laman web itu yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad.
Laporan polis ke atas laman web dan penulis blog tersebut turut dilakukan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Balai Polis Putrajaya di sini pada pukul 12.30 petang.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz yang mengetuai kumpulan agensi tersebut berkata, pihaknya memberi perhatian berat terhadap beberapa artikel yang ditulis oleh Raja Petra antaranya yang boleh ditafsirkan sebagai menghina Islam, Nabi Muhammad dan umat Islam.
``Tulisan tersebut yang bersikap prejudis dan kelihatan bersuara bagi pihak orang lain yang tidak memahami Islam atau seperti pendekatan biasa media Barat.
``Ia seolah-olah menjadi penghubung kepada pihak berkenaan untuk menghina Islam, kita minta pihak berkuasa menyiasat tulisan tersebut agar ia menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya jangan ambil tindakan tidak bertamadun,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Turut hadir membuat laporan polis ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Anan C. Mohd.; Pengarah JAWI, Datuk Che Mat Che Ali dan Pengurus Besar Pentadbiran dan Kewangan YADIM, Dr. Abdul Ghani Mohamad.
Laporan tersebut membabitkan artikel yang ditulis oleh Raja Petra bertajuk `I Promise to be a good, non-hypocritical Muslim' dan ulasan-ulasan pada artikel bertajuk `Not all Arabs are descendants of the Prophet' yang didakwa menghina umat Islam dan Nabi Muhammad.
Baru-baru ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menyekat akses laman web Malaysia Today tetapi ia tetap boleh dilayari sehingga kini apabila pemiliknya menggunakan pelayar internet yang lain.- Utusan
sumber-Utusan Malaysia
Baca selanjutnya...
Memuji Setan Sebagai 'Profound'
"Kita tidak boleh menganggap ini suatu kebebasan bersuara, tetapi kebebasan untuk menghina Islam." - Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi (rujuk Dewan Masyarakat, April 1989)
"Novel ini rekaan syaitan yang bernama Salman Rushdie. Dia mengetahui sejarah, malah sejarah Islam pun, tetapi dia masih memesongkan sejarah." Profesor Mohd Salleh Yaapar, Universiti Sains Malaysia. (rujukan yang sama)
"The Satanic Verses is a satanic literature." - Profesor Syed Ali Ashraf, (Impact International 28 Oktober-10 November 1988)
"Kebebasan berekspresi, Rushdie, tanpa tanggungjawab hanyalah tirani!" - Jalaluddin Rakhmat (Tempo, 11 Mac 1989)
Siapa Salman Rushdie?
Beliau adalah seorang ateis penghina (semua) agama. Dalam temu bual dengan majalah Time, 27 Februari 1989 beliau berkata: "I do not believe in supernatural entities, whether Christian, Jewish, Muslim or Hindu." Dalam wawancara tersebut ia mengatakan kitab-kitab suci semua agama hanyalah teks kosong, bertaraf cerita.
Apa lagi karya beliau yang dapat dikatakan profound sebelum The Satanic Verses?
Midnight's Children yang diharamkan di India. Sebab? Menghina Indira Ghandi. Menghina kemerdekaan India. Menghina bangsa India.
Shame yang diharamkan di Pakistan. Sebab? Menghina amalan Islam di Pakistan.
Dapatkah Salman Rushdie dianggap sebagai seorang yang profound?
Saya berpandangan tidak. Seorang yang profound tidak akan menghina agama orang lain, menghina (nota: mengkritik dan menghina berbeza) dan memperlecehkan bangsa sendiri.
Tetapi, sesetengah orang mungkin mengatakan ya sang ateis penghina semua agama seperti Rushdie ini profound.
Memuji seekor setan sebagai profound ialah satu tirani!
Sila rujuk juga entri ini, Sub-teks Profound.
sumber : faisal tehrani
Baca selanjutnya...
Bilakah DAP pula nak minta maaf?

Teresa Kok bersama dengan sekumpulan penyokong DAP telah membantah cadangan DBKL untuk menulis nama jalan-jalan di Kuala Lumpur dengan tulisan Bahasa Malaysia dan Jawi pada 14 Februari 2008. Teresa complaint tulisan jawi. Selepas itu, bila menang lima buah negeri dalam PRU12 dan projek RM100 juta diluluskan, dia memanggang pula lima ekor MR B. Apakah tulisan jawi itu sesuatu yang dianggap racist juga?
Pada 26 Jun 2008, Teresa Kok mengepalai satu petisyen penduduk di Puchong kepada Datuk Satim Diman (ADUN Seri Kembangan) mencadangkan agar laungan azan diperlahankan kerana didakwa menggangu ketenteraman penduduk. Siapa yang ganggu ketenteraman siapa sebenarnya?
Pada 15 Julai 2007, Namewee telah menghina lagu Negaraku, menghina azan dan menyatakan bahawa orang Melayu adalah sakai dalam lagunya yang dipaparkan dalam You Tube. “Kritikan berhubung nyanyian Negaraku oleh Wee Meng Chee di Internet menggambarkan hipokrasi pimpinan BN. Dengan mengambil sikap jumud, ia akan mengekang kreativiti rakyat. Ruang mesti diberikan untuk rakyat bersikap kreatif dan bebas bersuara.” komen Anwar Ibrahim berhubung isu Namewee dalam blognya. Bersifat kreatif kah kita jika membuat lagu menghina azan?
Berdasarkan komen Anwar dalam blognya terhadap Namewee, apakah Ketua Pembangkang sendiri memberi green light untuk orang lain membuat sesuka hati terhadap bangsanya sendiri? Siapa yang hipokrasi? Tanpa sebarang rasa bersalah, mereka enggan pun memohon maaf malah meminta orang lain pula memohon maaf.

Jangan hairan, jika ada orang Melayu yang malu mengaku dia Melayu lagi. Mereka rela membiarkan DAP bersikap sedemikian tanpa berasa bersalah pun. DAP yang berulang kali menolak dasar negara Islam, tidak pernah pun minta maaf pada rakan kongsinya iaitu PAS. Sepatutnya orang PAS desak DAP minta maaf terlebih dahulu. Barulah boleh berpakat buat kerajaan baru. Atau Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang minta maaf bagi pihak DAP.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
sumber : anginperubahan.blogspot.com
Baca selanjutnya...
Banyak perkara Ramlang kena jawab

Oleh: ROSLAN BIAN
Semakin banyak perkara yang perlu dijelaskan imam nikah serta iman masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi apabila pegawai khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Prof Masya Khairil Annas Jusoh menafikan beliau dalang yang mengaturkan angkat sumpah Mohd Saiful Bukhar Azlan pada 15 Ogos lalu.
Katanya, dakwaan Ramlang menerusi artikel "Najib dalang sumpah-Imam Ramlang Porigi" yang diterbitkan oleh Suara Keadilan Bil 145 (27.8.2008-3.9.2008), rakaman video temuramah beliau dengan Suara Keadilan Online yang dimuatkan pada 25 Ogos dan artikel "Siapa malu besar di Permatang Pauh" terbitan akhbar Siasah Bil 0113 (31.8.2008-6.9.2008) adalah tidak benar.
Beliau menuntut pihak terbabit memohon maaf atau berdepan peguam-peguamnya yang sedang meneliti untuk mengambil tindakan berasaskan undang-undang terhadap haknya ke atas Ramlang dan kedua-dua akhbar tersebut.
Penafian Khairl Annas menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan Khamis, semakin merumitkan kes membabitkan Ramlang yang kini masih menyambung cuti yang diambilnya sebelum pengundian pilihan raya kecil Permatang Pauh.
Sebelum ini, Rampang muncul di pentas kempen PKR ketika kempen pilihan raya Permatang Pauh pada 24 Ogos lalu. Beliau turut mendakwa dirinya diarah hadir menjadi saksi Mohd Saiful bersumpah dan mengatakan sumpah bekas pembantu Anwar itu tidak sah.
Bagaimanapun, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata kenyataan Ramlang tidak boleh diterima pakai kerana imam itu tidak mempunyai latar belakang dalam bidang fekah, selain hanya berjawatan pegawai rendah.
Sebab itulah banyak perkara perlu dijawab Ramlang. Beliau tidak seharusnya menyembunyikan diri dengan alasan bimbang soal keselamatan diri dan keluarga sedangkan dalam masa sama, beliau mendapat pembelaan peguam PKR.
Malah, Ramlang juga dikatakan tidak bimbang dipecat daripada jawatan sekarang kerana beliau boleh bertugas di negeri-negeri yang kini dikuasai pakatan pembangkang.
Sesungguhnya, imam muda ini sudah meletakkan dirinya dalam komplot politik yang akan membuka pekung didadanya sendiri selain tersepit ibarat ‘ gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah,’.
Agendadaily ada menerima beberapa maklumat daripada kakitangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang rapat dengan Ramlang.
Bahkan, mereka menggambarkan Ramlang seorang imam yang baik, komited dengan tugas dan tidak pernah ada masalah dengan rakan-rakan satu jabatan.
Mereka juga terperanjat dengan apa yang dilakukan Ramlang sehingga sanggup berbuat demikian tanpa berfikir panjang kesan baik buruknya.
Bagi mereka, sebagai kakitangan, Ramlang harus akur dengan arahan tugas pegawai atasan untuk hadir menjadi saksi sumpah Mohd Saiful bukan mempertikainya.
Sama ada benar atau tidak, Ramlang juga dikatakan amat kecewa kerana selepas mejadi saksi angkat sumpah Mohd Saiful, ada antara jemaah yang kerap bersolat di masjid tempatnya bertugas enggan menjadi makmum di belakang Ramlang.
Ada juga cerita mengatakan, keluarga dan saudara maranya yang menyokong PKR dan PAS mengecam Ramlang kerana menjadi saksi sumpah laknat tersebut yang sudah menjadi bahan ketika kempen di Permatang Pauh.
Kedua-dua perkara ini dikatakan menyebabkan Ramlang malu tambahan pula seperti katanya, pegawai atasannya tidak membela beliau apabila ada laman web mengecamnya kerana menjadi saksi sumpah liwat tersebut.
Semua cerita-cerita inilah perlu dijelaskan oleh Ramlang. Sebagai seorang Islam, malah imam masjid yang sentiasa dihormati, beliau harus jujur menceritakan kebenaran kepada orang ramai bukannya membiarkan diri diperalat PKR.
Ketika ini, sesiapa yang mengikuti kes Ramlang, tidak dapat tidak akan mengatakan beliau sudah memilih jalan yang susah bagi membetulkan perkara mudah dan senang.
Maka banyak yang perlu dijawab Ramlang dan apakah beliau bersedia untuk mengikut jejak Mohd Saiful bersumpah mempertahankan diri bahawa beliau tidak diperalat PKR dalam kes ini? Pasti orang ramai mahu jawapan Ramlang.- 4/9/2008
sumber : Agendadaily.com
artikel berkaitan :
1. Pegawai khas TPM nafi arah Ramlang Porigi atur majlis sumpah
2. Ramlang dalam jagaan PKR
Baca selanjutnya...
PAS 'tunggu dan lihat' 16 Sept

Jimadie Shah Othman | Sep 4, 08 1:48pm
PAS mengambil sikap "tunggu dan lihat" perkembangan desas-desus ahli-ahli parlimen BN melompat kepada Pakatan Rakyat seperti diusahakan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Naib presiden PAS Mohamad Sabu memberitahu Malaysiakini hari ini, parti itu belum membuat sebarang keputusan rasmi berhubung usaha penasihat PKR itu membentuk kerajaan persekutuan, yang dijangka akan berlaku menjelang 16 September ini.
"Kita tunggu dulu. Sekarang pun khabar angin. Khabar angin, (PAS) hendak mesyuarat macam mana?" katanya apabila ditanya sama ada parti itu akan menyertai kerajaan baru seperti ura-ura PKR.
Dalam wawancara di rumahnya di Shah Alam pagi ini, Mohamad berkata:
"Saya tidak kisah pada mereka yang yakin (pada usaha Anwar), tetapi secara secara peribadi saya nampak tidak berapa kuat kerajaan kita.
"Tidak kuat dan tidak berwibawa. Sebab dulu kita pun tidak setuju dengan dua ahli Semangat 46 yang melompat (kepada Umno) di Kelantan.
"Kita kata macam-macam kepada mereka. Jadi macam mana kita hendak tubuh kerajaan dengan orang melompat?"
Ditanya sama ada beliau bersetuju atau tidak dengan langkah mantan timbalan perdana menteri itu, bekas ahli parlimen Kuala Kedah itu berkata:
"Saya tidak kata (saya) tidak setuju. Saya tidak buatlah (rundingan). Saya pun macam orang lain, tunggu dan lihat."
Tambahnya, sebarang kenyataan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin PAS menyokong usaha menarik wakil rakyat BN kepada Pakatan Rakyat adalah pandangan peribadi mereka dan tidak melambangkan keputusan parti.
Mohamad berkata lagi, tiada pemimpin PAS secara rasmi ditugaskan memujuk ahli-ahli parlimen BN meninggalkan parti pemerintah tersebut.
Beliau tidak mengetahui jika terdapat pemimpin PAS berbuat demikian atas kapasiti individu, tambahnya.
Teks penuh wawancara isu tersebut seperti berikut:
Malaysiakini: Apakah Tuan Haji percaya usaha lompat parti menjelang 16 September ini akan berlaku?
Mohamad: (Ketawa) Saya tidak membuat kajian. Saya pun tidak membaca dari sudut (pandangan) media. Saya juga tunggu dan lihat macam orang lain.
Maksudnya Tuan Haji tidak mempunyai sebarang maklumat setakat ini tentang apa yang terjadi?
Tidak ada, tidak ada. Dan saya pun tidak berusaha ke arah itu.
Kenapa? Apakah Tuan Haji tidak bersetuju?
Saya macam orang lain juga, tunggu dan lihat. Saya lebih cenderung untuk menunjukkan kehebatan (pentadbiran) di lima negeri yang kita perintah. Tunjukkan kehebatan kita, betul-betul tidak berlaku rasuah, amalan nepotisme, berlaku penjimatan dan kebajikan.
Dan daripada tinjauan kita di kedai kopi, di pasar, Umno ini tidak nampak boleh dipulihkan. Kalau kita membuat persiapan baik, saya rasa, dalam pilihanraya umum akan datang, kita boleh ambil alih Malaysia.
Tetapi kalau kita mengambil alih (kuasa) dengan cara orang (BN) melompat, ini terserahlah kepada mereka yang yakin tetapi secara peribadi saya nampak tidak berapa kuat.
Tetapi kedengarannya Tuan Haji tidak begitu yakin?
(Ketawa) Tidak kuat dan tidak berwibawa. Sebab dulu kita juga tidak bersetuju dengan dua ahli Parti Melayu Semangat 46 melompat (kepada Umno) di Kelantan.
Dan kita kata macam-macam kepada mereka. Jadi bagaimana pula kita hendak tubuh kerajaan dengan orang melompat?
Bagaimanapun, siapa yang berkeyakinan macam itu, saya hormatlah.
Jadi, Tuan Haji sendiri tidak bersetuju?
Bagi orang yang buat, saya tidak menghalang. Bagi peribadi sendiri, saya tidak buat. (Ketawa) Saya tidak kata, tidak setuju. Saya tidak kata sampai tidak setuju. Saya tidak buatlah. Saya pun macam orang lain, tunggu dan lihat.
Jadi Tuan Haji tidak terlibat dalam rundingan ini?
Tidak, tidak. Dan PAS belum membuat apa-apa keputusan, tunggu waktu dan ketikanya.
PAS belum membuat keputusan?
Maksudnya kalau sungguh ada usaha melompat (kepada Pakatan Rakyat), kita akan buat mesyuarat segera. Buat masa ini, pandangan-pandangan pemimpin PAS adalah pandangan peribadi.
Jadi, PAS rasmi untuk bersama Pakatan Rakyat atau tidak selepas 16 September?
Kita tunggu dululah. Sekarang ini pun khabar angin. Khabar angina, kita hendak mesyuarat macam mana? Tidak sempat lagi. Tetapi tengoklah keadaan.
Bagaimana sikap pemimpin PAS di peringkat atasan?
Saya tidak mahu memberi komen tentang pendapat orang lain. Tetapi pada hemat saya, saya hendak tumpukan untuk pilihanraya umum akan datang.
Saya yakin Umno tidak dapat (bertahan)... kita tengok keadaan di (pilihanraya kecil) Permatang Pauh baru-baru ini dan tangkapan-tangkapan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) sekarang ini (terhadap pemimpin Umno)...
Barangkali mereka pun tahu pemerintahan Umno akan berakhir dan kalau hendak ambil (rasuah), biarlah ambil sekarang sebelum bertukar kerajaan.
Kita dengar khabar ahli-ahli BN yang hendak melompat ini kebanyakannya dari Sabah dan Sarawak – mereka yang bukan Islam, bukan Melayu. Adakah ini yang menjadi kebimbangan PAS?
Macam saya kata (tadi), sekarang ini semua di peringkat khabar angin. Katanya ada juga (ahli parlimen) Umno dari Semenanjung. Katanya, dari Johor. Itu semua khabar angin daripada SMS, penulis blog. Jadi, (maklumat) tidak menentu.
Saya yakin, saya tidak tahu, tetapi Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) akan memanggil mesyuarat apabila keadaan berlaku. Sekarang, kita boleh memanggil (mesyuarat) dalam masa 24 jam sahaja. Jadi, di peringkat khabar angin ini, kita biar dulu.
Jadi, PAS bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan? Belum ada keputusan rasmi?
Belum, belum. Kalau ada, pandangan peribadi. Tidak melambangkan (pandangan) parti. Dan pandangan peribadi, semuanya akan tunduk pada keputusan parti bila keputusan dibuat nanti.
Jika wakil rakyat BN hendak melompat dianggap tidak beretika, bagaimana pula jika parti komponen BN hendak menyertai Pakatan?
Saya nampak begini saja. Yang baiknya, (perubahan) dalam pilihanraya akan datang. Baiknya apabila rakyat membuat perubahan. Ertinya kalau naik Pakatan Rakyat (sebagai kerajaan pusat), berlaku penyelewengan, mudah rakyat hendak tumbangkan. Ini proses yang baik.
Memberi kuasa membuat pilihan kepada rakyat?
Itu yang mudahnya, kalau kata mereka naik dijamin lebih baik, saya belum nampak.
Kalau kita membentuk kerajaan baru dengan melompat parti, adakah ini boleh dikatakan tidak menggambarkan kehendak rakyat?
Itu yang saya sebut tadi itu, pandangan peribadi saya itu. Kalau terjadi, saya serahlah kepada parti dan keadaan sesudah itu. Secara peribadinya, saya tidak berusaha, saya tidak bertanya, saya pun menunggu macam orang lain menunggu.
Sebab saya mahu lima negeri ini tunjuk kehebatan mereka memerintah dan mengambil alih dalam pilihanraya akan datang.
Tetapi setakat Tuan Haji berhubung dengan kawan-kawan dalam PKR dan DAP, apa reaksi mereka setakat ini?
Macam biasa. Ada yang percaya, ada yang... (ketawa kecil). Saya tidak berhubung dengan orang yang membuat kerja itu, saya tidak tahulah. Tiada komenlah.
Di kalangan PAS, ada pemimpin yang terlibat?
Wallahu a’lam. Tidak ada. Saya ingat tidak ada. Tidak dengar. Saya tidak tahu. Kalau ada, saya tidak tahulah.
Tetapi tidak dimaklumkan secara rasmi kepada parti?
Tindakan individu itu kita tidak tahulah sebab di parlimen mereka bertemu, minum kopi sekali, macam-macamlah. Boleh berjumpa, berbincang di kantin, kedai kopi, dan pertemuan itu dianggap sebagai rundingan pun boleh juga. Dan kita tidak tahulah.
Jadi, boleh kita katakan sikap PAS menjelang 16 September ini sebagai "tunggu dan lihat"?
Tunggu dan lihat. Secara rasminya, tunggu dan lihat.
Jika berlaku, adakah sukar untuk membuat keputusan? Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin. Dan PAS belum membuat keputusan. Apakah keadaan ini menjejaskan pembentukan kerajaan pada 17 September?
Kita (PAS) tengoklah dulu. Kita bertemu segera dan kita tidak boleh memberi komen sekarang. Hendak kena tengok dahulu.
Tetapi penilaian itu nanti berdasarkan apa? Berdasarkan ahli-ahli parlimen BN yang masuk Pakatan atau bagaimana?
Penilaiannya kita hendak lihat... Saya tidak mahu komen apa lagi. Saya tidak tahu perkara ini. Tengoklah jadi atau tidak (16 September ini).
Dan amaran daripada (perdana menteri) Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kemungkinan beliau mengisytiharkan darurat dan kita pun... Perkara ini (hanya) andaian-andaian.
Saya (lebih) bimbang apabila saya menonton laporan TV malam tadi, ada satu badan antarabangsa (yang menyatakan) elakkan, gantungkan pelaburan di dua negeri ini, Thailand dan Malaysia.
Dan ini saya lebih bimbang kerana ia melibatkan ekonomi, pekerjaan rakyat dan sebagainya. Perkara itu saya lebih bimbang. Jadi, kita main spekulasi, tiba-tiba perkara itu (lompat parti) tidak jadi, beratlah.
sumber : Malaysiakini.com
Baca selanjutnya...
4 Sep 2008
Pegawai khas TPM nafi arah Ramlang Porigi atur majlis sumpah

04-09-2008 07:08:15 PM
KUALA LUMPUR: Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Prof Madya Khairil Annas Jusoh hari ini menafikan bahawa beliau mengenali Ramlang Porigi, imam Masjid Wilayah Persekutuan ataupun memintanya mengatur dan menguruskan majlis mengangkat sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan di masjid itu pada 15 Ogos lepas.
Khairil Annas berkata kenyataan yang dibuat oleh Ramlang dalam artikel "Najib dalang sumpah Imam Ramlang Porigi" yang diterbitkan oleh Suara Keadilan Bil 145 (27.8.20083.9.2008), rakaman video temuramah beliau dengan Suara Keadilan Online yang dimuatkan pada 25 Ogos dan artikel "Siapa malu besar di Permatang Pauh" terbitan akhbar Siasah Bil 0113 (31.8.20086.9.2008) adalah tidak benar.
Beliau menuntut Ramlang membersihkan namanya, dan kedua-dua penerbitan itu pula membuat permohonan maaf secara terbuka serta menarik balik dan memperbetulkan semula kenyataan yang salah dan mengelirukan itu.
"Saya turut menuntut agar kenyataan akhbar itu diterbitkan di halaman utama kedua-dua penerbitan itu. Peguam-peguam saya sedang meneliti untuk mengambil tindakan berasaskan undang-undang dan saya merizabkan semua hak saya terhadap Ramlang Porigi dan kedua-dua akhbar tersebut," katanya menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini.
"Kenyataan Ramlang Porigi melalui temuramah dan artikel yang disiarkan adalah amat tidak bertanggungjawab. Dakwaan beliau yang tidak benar itu telah menganiaya saya dan mencemarkan nama baik saya sebagai penjawat awam," katanya.
Beliau berkata keduadua penerbitan itu tidak pernah sama sekali berusaha mendapatkan komen daripadanya mengenai dakwaan Ramlang itu sebelum menerbitkan artikel temuramah mereka dengan Ramlang.
"Perkara yang tidak benar ini nyatanya telah mengelirukan masyarakat dan memberikan kesan negatif ke atas reputasi saya," kata Khairil Annas.
Pegawai khas Datuk Seri Najib Tun Razak itu turut menegaskan yang beliau tidak pernah mengenali Ramlang, dan "tidak pernah pada bilabila masa pun menghubungi, bertemu, berinteraksi atau bercakap dengan beliau."
"Oleh itu, tuduhan Ramlang Porigi yang mendakwa bertemu saya di Masjid Wilayah Persekutuan dan bahawa sayalah yang mengatur dan menguruskan majlis sumpah Saiful adalah satu pendustaan," katanya.
Khairil Annas berkata pada masa dan ketika Ramlang mendakwa bertemu dengannya di Kuala Lumpur, beliau sebenarnya berada di Pulau Pinang bersama anggota keluarga dan sahabat handai.
Ramlang merupakan saksi pada majlis mengangkat sumpah Mohd Saiful Bukhari yang mengikut syariat Islam di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini pada 15 Ogos lepas bahawa beliau bercakap benar atas dakwaannya diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ramlang bagaimanapun pada 24 Ogos lepas telah turun berkempen untuk Anwar pada pilihan raya kecil Permatang Pauh dengan mendakwa beliau telah diarah untuk menjadi saksi pada majlis itu, dan turut mendakwa sumpah yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari itu tidak sah.
Bagaimanapun keesokannya, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata kenyataan Ramlang tidak boleh diterima pakai kerana imam itu tidak mempunyai latar belakang dalam bidang fekah, selain hanya berjawatan pegawai rendah.
Sementara itu, Ramlang dalam temuramah dengan Suara Keadilan dan Siasah mendakwa pegawai khas Najib mengarahkannya menjadi saksi kepada sumpah Mohd Saiful Bukhari itu.
sumber : mstar.online
Baca selanjutnya...
Kes 1998 : Pensyarah undang-undang percaya Anwar peliwat!

aslmkm,
I came across this blog comment from chedet blogsite..topic/.'ANWAR"; a comment and facts of the 1998 trial , as follows:.....
Salam Sejahtera Tun DM dan sekalian pembaca diblog ini.
Di sini saya sekadar hendak menyatakan apa yang telah Mahkamah Tinggi [2001] 3 Malayan Law Journal, 193 m/s 250 dan Mahkamah Persekutuan [2004] 3 MLJ 405 m/s 424 nyatakan dalam penghakiman mereka seperti dilaporkan.
Dalam kes jenayah Dato Seri Anwar Bin Ibrahim (OKT) v PP, Mahkamah Persekutuan tidak bersetuju dengan kesimpulan fakta (finding of fact) Yang Arif Hakim bicara Mahkamah Tinggi yang berpendapat bahawa Azizan bukan orang yang bersubahat dengan OKT akan tetapi adalah mangsa liwat OKT.
Kesimpulan fakta bahawa Azizan bukan orang bersubahat tetapi mangsa juga dipersetujui oleh Yang Arif-Arif Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan (Court of Appeal). Sebab atau alasan Yang Arif Hakim bicara Mahkamah Tinggi mengatakan bahawa Azizan adalah mangsa liwat bukan orang bersubahat dengan OKT adalah kerana, Azizan dijemput ke Tivoli Villa oleh Sukma (OKT yang Kedua dalam kes ini) untuk melawat dan melihat apartmen baru Sukma (OKT kedua) dan bukan kerana Azizan mempunyai niat melakukan liwat dengan OKT1 dan OKT2.
Maka semata-mata perbuatan liwat saja (actus reus) pada pendapat Yang Arif Hakim bicara Mahkamah Tinggi, tidak memadai untuk menjadikan Azizan seorang yang bersubahat dengan perbuatan liwat kerana Azizan juga perlu ada niat melakukan liwat.
Bermaksud, Mahkamah Tinggi berpendapat bahawa Azizan adalah mangsa OKT1 dan OKT2. Mahkamah Rayuan pula tidak menambah apa-apa dalam menyetujui kesimpulan fakta ini bahawa Azizan bukan orang bersubahat dengan perbuatan liwat dengan OKT1 dan OKT2 tetapi mangsa liwat.
Saya pendekkan cerita. Adalah menjadi tabiat dan amalan Mahkamah dalam bidangkuasa rayuannya untuk tidak mengusik/ menggangu-gugat (interfere) kesimpulan fakta (finding of fact) Mahkamah bicara yang mempunyai kelebihan melihat dan mendengar (dan mencatat keterangan) saksi-saksi serta berpeluang menilai gerak-geri (demeanour) saksi-saksi berbanding Mahkamah dalam bidangkuasanya mendengar rayuan yang hanya berdasarkan kepada apa yang tertulis pada nota keterangan semata-mata.
Namun, Mahkamah Persekutuan dalam kes ini mengatakan bahawa itu tidak bermakna Mahkamah Persekutuan yang mendengar Rayuan tidak boleh campurtangan jika kesimpulan fakta dan keterangan tidak selari/ngam (not tally). Walau bagaimanapun, kerana terpaksa, Mahkamah Persekutuan mengusik juga kesimpulan fakta Yang Arif Hakim Mahkamah bicara (yang telah dipersetujui juga oleh Mahkamah Rayuan [Court of Appeal] yang juga menyimpulkan bahawa Azizan adalah mangsa liwat.
Mahkamah Persekutuan mendapati bahawa adanya keterangan yang Azizan bukan mangsa liwat sebaliknya adalah orang yang bersubahat dalam perbuatan liwat dengan OKT1 dan OKT2. Yang Amat Arif Abdul Hamid Mohamad, Hakim Mahkamah Persekutuan massa itu mengatakan di [2004] 3 MLJ 405 m/s 424,
“The Court of Appeal added nothing to it in agreeing with the finding of the learned trial judge.In our view, if the learned trial judge was looking for mens rea he should look at the surrounding circumstances. This is where evidence of similar facts becomes relevant. This is not a case of a person who was merely present at the time of the commission of the offence or participated in it only once. By his own evidence, he was sodomised 10 to 15 times at various places, including in the house of the first appellant over a number of years. He never lodged any police report. He never complained about it until he met Ummi in 1997.
He did not leave the job immediately after he was sodomised the first time, we do not know when. Even after he left the job, he went back again to work for the first appellant's wife. Even after he left the second time, he continued to visit the appellant's house. He even went to the first appellant's office. When invited by the second appellant to go to Tivoli Villa, he went. He said he was surprised to see the first appellant there. Yet he stayed on. Signalled to go into the bedroom, he went in. There is no evidence of any protest. He followed whatever 'instructions' given to him.
He said he submitted under fear and was scared of both the appellants. A person may allow himself to be sodomised under fear once or twice but certainly not 10 to 15 times over a number of years. He is not a child nor an infirm. Even on this occasion, when he saw the first appellant there, he would have known of the possibility of the first appellant wanting to sodomise him again. Why did he not just go away?
Instead, by a mere signal, he went into the bedroom, as if he knew what was expected of him. He did nothing to resist, in fact co-operated in the act. And, after the first appellant had finished and went to the bathroom, he remained in that 'menungging' position. What was he waiting for in that position? Indeed the whole episode, by his own account, appears like a repetition of a familiar act in which each actor knows his part. And, after that he went back to the place again, twice and talked about the incident as 'the first time' he was sodomised there, giving the impression that there was a second or third time. Are all these consistent with a person who had submitted under fear? We do not think so. Therefore, in our judgment Azizan is an accomplice, though he may be a reluctant one.”
Ramai yang mengalami kesukaran (termasuk pensyarah undang-undang juga) untuk memahami keputusan ini kerana OKT1 sebenarnya dibebaskan atas teknikal keterangan. Untuk seseorang mengikuti dan memahami kes ini, seorang itu hendaklah menguasai Akta Keterangan 1950 (Evidence Act 1950) dan Tatacara Jenayah (Criminal Procedure Code) selain seksyen liwat dalam Kanun Keseksaan.
Maka, jika bukan kerana tiada liwat, atas sebab apa OKT dibebaskan? Biar saya jelaskan - dalam kes sivil mahupun jenayah, keterangan seorang saksi boleh dikatakan credible (adil) setelah saksi itu mengangkat sumpah, dia memberikan keterangan (dan besar kemungkinan disoal balas) dan keterangannya tidak tergugat. Keterangan saksi tidak seharusnya ditolak kesemuanya hanya kerana ada satu dua percanggahan.
Mahkamah perlu memilih yang elok dari yang tidak dan bukan menolak kesemua keterangannya (impeachment) hanya kerana ada diantara keterangannya tidak elok disana sini. Abdul Hamid Mohamad FCJ mengatakan,
Dato Seri Awar Bin Ibrahim v PP [2004] 3 MLJ 405, at pg 415 (Mahkamah Federal)
“For the purpose of the case, in a criminal trial, it is not necessary for the defence to show or for the court to arrive at a conclusion that Azizan is a liar before his evidence may be regarded as unreliable. Azizan may not be a liar but his evidence may or may not be reliable. Further, some parts on his evidence may be reliable and some may not be.”
Dato Seri Awar Bin Ibrahim v PP [2004] 3 MLJ 405, at pg 422 & 423 (Mahkamah Federal)
“In the circumstances, even though, for the reasons that we have given, we do not interfere with the finding of the trial judge in the impeachment proceeding, when we consider Azizan's evidence as a whole, we are unable to agree with the 'firm finding' of the learned trial judge and the Court of Appeal that Azizan 'is a wholly reliable, credible and truthful witness'. Evidence does not support such a finding. He was most uncertain, in particular about the 'date' of the offence, not just the day or the week or even the months but the year. We do not say he is an 'outright liar' as Mr Christopher Fernando was trying to convince us. But, considering the whole of his evidence, he is certainly not the kind of witness described by the learned trial judge.”
Secara umumnya, keterangan seorang saksi credible (yang dipercayai – adil) mencukupi bagi tujuan sabitan. Ini adalah kerana keterangan saksi dinilai/timbang bukan dikira banyak mana jumlah mereka (seksyen 134 Akta Keterangan 1950).
Namun, walaupun tidak salah sesuatu sabitan hanya kerana saksi tersebut adalah seorang yang bersubahat dengan OKT (seksyen 113 Akta Keterangan), telah menjadi amalan yang seteguh undang-undang (rule of practice that had hardened into a rule of law) bahawa tidak selamat sabitan tersebut jika tiadanya muhasabah/amaran Hakim dikehendaki mengingatkan dirinya akan bahaya mengguna-pakai dan mempercayai keterangan seorang yang bersubahat terhadap rakan sejenayahnya yang menjadi OKT.
Perlu ada catitan/ nota keterangan bahawa Hakim bicara memberikan dirinya amaran bahawa dia peka kepada bahaya mempercayai keterangan seorang yang bersubahat terhadap rakan sejenayah. Justeru, adalah teratur jika Yang Arif Hakim bicara sediakan sebab-sebab beliau mempercayai keterangan orang yang bersubahat dalam mensabitkan rakan jenayah orang bersubahat terhadap tuduhan yang dikenakan pada OKT.
Dalam kes ini, oleh kerana Yang Arif Hakim Bicara Mahkamah Tinggi tidak berpendapat bahawa Azizan adalah seorang bersubahat (accomplice) tetapi seorang mangsa liwat, maka semula jadinya, YA Hakim bicara juga tidak perlu membuat amaran sedemikian pada dirinya.
Perlu faham juga, saksi seorang mangsa seks juga memerlukan amaran iaitu `adalah mudah untuk menuduh pelaku dalam kes seksual namun amat sukar untuk siPelaku yang dituduh itu menyangkal – contoh lihat kes Nabi Yusuf). Pendekkan cerita, oleh kerana YA Hakim bicara tiada memberikan peringatan/amaran pada dirinya akan bahaya mempercayai keterangan saksi yang juga orang bersubahat, maka sabitan Dato Seri Anwar walaupun tidak salah, ianya tidak selamat.

Dengan teknikal sedemikian, Mahkamah Persekutuan dengan majoriti dua lawan satu membebaskan Dato Seri Anwar. Namun, YAA Dato Siti Norma Yaakob tidak bersependapat kerana walaupun YA Hakim bicara Mahkamah Tinggi berpendapat Azizan adalah mangsa seksual bukan liwat dan telahpun memberikan peringatan/amaran pada dirinya akan perkara tersebut bila saksi itu mangsa liwat, YA Hakim bicara Mahkamah Tinggi juga pada perhitungan YAA Dato Siti Norma, telah juga memberikan peringatan/amaran pada dirinya sendiri seperti yang perlukan untuk saksi yang bersubahat juga. Maka YAA Dato Siti Norma nampak bahawa sabitan Dato Seri Anwar bukan sahaja tidak salah, bahkan selamat juga.
Dengan demikian, saya bersependapat dengan kesimpulan awal Tun DM di www.chedet.com tajuk “Anwar” yang mana Tun DM mengatakan “Jika dihitung kita akan dapati kesemua 10 hakim yang mendengar kes Anwar meliwat Azizan bersetuju perbuatan liwat oleh Anwar memang benar, walaupun dua di antara mereka memberi alasan teknikal untuk tidak menjatuhkan hukuman salah ke atasnya. Dakwaan oleh orang tertentu bahawa pembebasan Anwar adalah kerana dia tidak melakukan jenayah liwat adalah tidak benar."
Diatas saya sudah terangkan alasan teknikal (corroboration) YAA Hakim Mahkamah Persekutuan. Adalah elok juga kita renungkan apa yang dkatakan oleh Lord Diplock dalam kes DPP v Hester House of Lords [1973] AC 296 at 324 – 326; sila jug abaca kes R v Kilbourne
“..common sense, the mother of common law, suggests that there are certain categories of witnesses whose testimony as to particular matters may well be unreliable either because they may have some interest of their own to serve by telling a false story, or through defect of intellect or understanding or, as in the case of those alleging sexual acts committed on them by others, because experience shows the danger that fantasy may supplant or supplement genuine recollection. For brevity I will hereafter refer to evidence of this kind as `suspect’ evidence and the witnesses who give it as `suspect’ witnesses.”
Sekian.
Prof Madya DR Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang-Undang (Akta Keterangan & Tatacara Jenayah)
Kulliyah Undang2 Ahmad Ibrahim, IIUM
-sent by shinah-
Baca selanjutnya...
Anwar bawa agen asing jajah minda rakyat Malaysia
"Dia (Anwar) sudah pergi terlalu jauh dan tak mungkin dia berpatah balik. Dia tahu perbuatannya salah, tetapi seperti juga budak nakal yang popular, dia mesti meneruskan kesalahannya itu. Perjuangannya sekarang memang tidak sesuai dengan prinsip perjuangannya yang asal, tetapi apakan daya dia sudah terkepung oleh Nasara (USA) dan Yahudi yang banyak membantunya; bukan untuk kepentingan Malaysia dan rakyatnya, tetapi untuk kepentingan mereka." dipetik dari Gurubashid.com.

Salehuddin Ayub (Ketua Dewan Pemuda PAS) sendiri enggan memberikan komen berhubung isu Anwar dikaitkan dengan Kondrad Adeneur Foundation (KAF), sebuah lagi yayasan yang beribu pejabat di Berlin Jerman.
Apakah itu KAF?
Shahbudin Yahya, Perwakilan UMNO dari Pulau Pinang pada 17 November 2006 dalam Perhimpunan Agung UMNO telah membangkitkan Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS), Sisters In Islam (SIS) dan Penang Global Ethic (PGE) ditaja oleh Yayasan dari Jerman itu.
Selain itu, KAF juga didakwa terlibat secara langsung dalam penajaan Suruhanjaya Antara Kepercayaan atau Inter-Faith Commission (IFC) yang merupakan satu isu sensitif berkaitan dengan agama Islam sebagai Agama Persekutuan di negara ini.
Kini pertikaian tentang "Memeluk Islam" pula diperbincangkan oleh Majlis Peguam.
Penubuhan KAF di Jerman berasaskan ‘Christian Democratic’ pada tahun 1955. Nama asalnya adalah “Society for Christian Democratic Education Work”, kemudiannya ditukar nama kepada Konrad Adenauer Foundation pada tahun 1963 sempena dengan nama Chancellor Pertama Jerman yang berundur daripada kerajaannya.
KAF merupakan think tank terbesar kepada parti pemerintah Jerman iaitu Parti Christian Democratic Union of Germany (CDU) yang bergabung dengan parti-parti politik Konservatif & Demokratik Kristian di peringkat antarabangsa melalui International Democrat Union (IDU). IDU beribu pejabat di London, United Kingdom dengan keanggotaan 45 parti konservatif yang diketuai oleh John Howard (Perdana Menteri Australia).
KAF juga membantu golongan neo konservatif Yahudi melalui American Jewish Committee (AJC). Hubungan KAF & AJC bermula seawal tahun 1950-an di antara Konrad Adenauer (Chancellor Jerman), David Ben Gurion (Perdana Menteri Israel) dan Nahum Goldman (Pengerusi Jewish Claims Conference) pada tahun 1952 yang menghasilkan “Perjanjian Luxembourg”. Antara lainnya, Jerman telah menyatakan persetujuannya untuk membayar pampasan kepada mangsa “Holocaust” (orang-orang Yahudi yang dibunuh secara beramai-ramai semasa pemerintahan Nazi di Jerman). Sejak perjanjian itu, hubungan KAF-AJC semakin intim hingga ke hari ini. Malah, menurut laman rasmi AJC (http://www.ajc.org/), KAF merupakan salah satu badan terbesar yang mendapat tajaannya.

Operasi KAF di Malaysia lebih tertumpu kepada dua bidang iaitu ‘Political Dialogue” dan “Media Development”. KAF di Malaysia digerakkan melalui cabang KAF Asia dan Kerjasama Antarabangsa, KAF Jerman.
Misi “Political Dialogue” menyerap masuk melalui think tank dan individu yang berpengaruh di Malaysia. Think tank yang dimaksudkan itu seperti Institut Kajian Dasar (IKD), Malaysian Strategic Resarch Centre (MSRC), Angkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM) dan Institute for Development Studies Sabah (IDS).
Hubungan KAF dan Anwar Ibrahim bermula pada tahun 1987, selepas dua tahun Anwar menubuhkan think tank elitnya sendiri iaitu Institut Kajian Dasar (IKD). Penyaluran dana KAF semakin agresif kepada IKD selepas melihat bintang politik Anwar semakin cerah, daripada memegang jawatan Menteri Pendidikan (1987), Menteri Kewangan (1991) sehinggalah menjadi Timbalan Perdana Menteri (1993).
Ironisnya, IKD diasaskan oleh aktivis-aktivis ABIM iaitu Anwar Ibrahim sendiri (bekas Presiden ABIM 1974-1982 / Pemegang Amanah IKD), Kamaruddin Jaafar (Setiausaha Agong ABIM 1981-1987 / Pengerusi IKD) dan Dr Siddiq Fadhil (Presiden ABIM 1983-1991 / Pengerusi Panel Perunding IKD). Mereka ini telah bersetuju menerima tajaan daripada KAF yang jelas berorientasikan Kristian Demokratik dan mendapat saluran dana melalui American Jewish Committee (AJC).
Bermakna, aktivis IKD dan ABIM menyedari dari mana sumber kewangan itu diperolehi. Tetapi, demi untuk menaikkan karier politik Anwar, persoalan sumber kewangan tidak lagi dipertikaikan oleh bekas-bekas tokoh ABIM ini.
Justeru itu, dalam tahun 1990-an, penajaan KAF terhadap IKD & Anwar semakin mencerminkan imej Amerika Syarikat. Bermula dengan Dialog Pasifik di Pulau Pinang (1994), Dialog Pasifik II di Kuala Lumpur (1996) dan Dialog Pasifik III & IV di Kuala Lumpur (1996 & 1998) telah melonjakkan nama Anwar Ibrahim sebagai ‘seorang tokoh penting Malaysia’ di kaca mata Amerika Syarikat. Tidak hairanlah mengapa Anwar dijemput ke Amerika selepas itu.
Malah, lebih menarik lagi kesediaan tokoh-tokoh penting Amerika Syarikat seperti Senator William S.Cohen (Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat) dan Henry Kissinger (bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat) untuk hadir mendengar ucapan dasar Anwar dalam sidang dialog anjuran IKD itu. Pada 26 Jun 1997, Anwar sebagai pemangku Perdana Menteri ketika itu turut menyaksikan ‘Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama Antara Heritage Foundation Washington Dengan IKD’ di Kuala Lumpur.
Anwar dianugerahkan Ijazah Kedoktoran Kehormat oleh Ateneo de Manila University (pusat KAF di Asia Tenggara) dan Anugerah ‘Presidential Medal’ oleh Georgetown University (1996). Pada tahun 1998, Newsweek International menamakan Anwar sebagai ‘Asian of The Year’.
Usaha KAF ini membolehkan Anwar dipilih menjadi Presiden Persidangan Tahunan UNESCO (1988) dan pada tahun 1997 dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dalam mesyuarat bersama Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).
Selepas Anwar Ibrahim dipecat daripada UMNO (2 Spetember 1998), bantuan KAF terhadap IKD seolah-olah terbantut kerana ramai di kalangan pengikut setia Anwar seperti Kamaruddin Jaafar telah ditangkap polis dan sesetengahnya telah melarikan diri ke luar negara.
Namun begitu, KAF masih meneruskan bantuan tidak langsung dengan menyediakan “think tank” antarabangsa untuk melobi membebaskan Anwar. Ezam Mohd Nor (bekas Timbalan Pengarah IKD), Nurul Izzah Anwar dan Rahim Ghouse telah berjumpa dengan tokoh-tokoh Indonesia dan Filipina yang pernah menjalin hubungan dengan IKD di peringkat ASEAN sebelum ini. Antara tokoh-tokoh yang dikunjungi Ezam dan Nurul Izzah seperti BJ Habibie (CIDES), Gus Dur, Dr Amien Rais, Estrada dan Cory Aquino.
Maka tidak hairanlah mengapa Gus Dur dan Estrada sanggup turun untuk berkempen bagi memenangkan Anwar di Permatang Pauh. Apakah Anwar benar-benar terdesak untuk jadi Perdana Menteri pada 16 September ini? Seolah olah ada satu paksaan dan desakan untuk Anwar cepat cepat menubuhkan kerajaan baru di Malaysia.
Siapakah mereka yang mendesak itu?
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia.
sumber : Anginperubahan.blogspot.com
Baca selanjutnya...
Ramlang dalam jagaan PKR

Jimadie Shah Othman | Sep 3, 08 8:11pm
Ramlang Porigi, imam Masjid Wilayah Persekutuan yang didakwa berkempen untuk PKR di Permatang Pauh, kini berada "dalam jagaan" parti itu, kata peguamnya Ahmad Nizam Hamid.
Beliau berkata, Ramlang dan keluarganya – seorang isteri dan tiga anak – kini "selamat di sebuah tempat".
Ahmad Nizam yang juga ketua bahagian PKR Maran, bagaimanapun enggan mendedahkan tempat imam itu berada.
Ditanya bentuk kawalan pergerakan terhadap imam muda itu, Ahmad Nizam berkata: "Sembahyang Jumaat pun dia pergi. Dia tidak ikut nasihat saya."
"Tetapi orang tidak perasan," katanya, sambil ketawa kecil.
Keselamatan Ramlang dikawal akibat kebimbangannya dan PKR susulan kejadian kehilangan misteri penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang membuat akuan bersumpah menafikan tuduhannya terhadap hubungan Timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Altantuya Shaariibuu.
Ahmad Nizam menjelaskan, Ramlang mulai hari ini memohon tambahan cuti sehingga lusa.
Tindakan itu, tambahnya, dibuat memandangkan cuti tahunan imam kelahiran Sabah itu masih berbaki 16 hari.
"Dia masih mahu terus berkhidmat (di masjid di Jalan Duta)," katanya.
"Daripada sudut karier, saya rasa dengan lima negeri di bawah (kerajaan) Pakatan Rakyat, tidak ada masalah (menerima Ramlang).
"Cuma hati beliaulah, beliau rasa beliau tidak buat apa-apa salah
sumber : Malaysiakini.com
Baca selanjutnya...
3 Sep 2008
Anwar, Gus Dur bawa agenda siapa di Asia Tenggara ?
ANWAR KATA : " DULU TAHUN 1998 SAYA BERSUMPAH TETAPI SELEPAS ITU SAYA DIPUKUL, DITERAJANG DAN DIBOGELKAN, JADI BUAT APA SAYA BERSUMPAH?"
MAKA: DULU ITU APAKAH IA DIMAKAN SUMPAH SEBAB ITU DIA TAKUT UNTUK BERSUMPAH KALI INI, KERANA BIMBANG DIMAKAN SUMPAH LAGI !
SALAM PERJUANGAN
Joseph Biden adalah seorang calon Presiden USA, seorang Zionist tulen. Sejak terpilihnya dia sebagai senator maka lawatan pertamanya adalah ke Israel . Dia sering membantu semua keperluan Israel di Amerika, menjadi agen rasmi Israel dalam parlimen USA, bekerja dengan semua Perdana Menteri Israel bermula dari Goda Meir hingga Olmert. Dia mengatakan bahawa Israel adalah “the single greatest strength America has in the Middle East ". Pada satu pihak dia juga menyatakan bahawa: “"you don't have to be a Jew to be a Zionist."
Maka, apa yang dilakukan oleh orang seperti Gus Dur di Indonesia dan Anwar Ibrahim di Malaysia adalah bukti dari apa yang dikatakan oleh Joseph Biden ini. Mereka sebenarnya adalah Zionist yang ada di tanah air bukan Israel , tetapi semua keperluan Israel akan mereka jaga, kerana inilah misi dari Zionist. Dengan adanya orang seperti Gus Dur (Ina) dan Anwar (Mly), bukan saja keperluan material Israel yang akan diperkuatkan tetapi kehancuran nilai kemanusiaan akan segera hilang.
Di Indonesia, seorang wanita bergelar Professor Doktor bernama Siti Musdah Mulia telah mengeluarkan suatu pendapat bahawa homoseksual dibenarkan dalam Islam (“Moderate Muslim scholars said there were no reasons to reject homosexuals under Islam, and that the condemnation of homosexuals and homosexuality by mainstream ulema and many other Muslims was based on narrow-minded interpretations of Islamic teachings.”), tetapi pada waktu yang sama dia mengharamkan perkahwinan empat (poligami) yang sudah ditetapkan kebenarannya di dalam Islam.
Permasalahan bukan sahaja pada penentangan hukum yang telah ditetapkan Islam, tetapi umat Islam perlu melihat bagaimana hal ini boleh terjadi. Bagaimana seorang Musdah Mulia menjadi seorang Doktor dan kemudian Profesor?. Kerana beginilah semua sejarah berjalan sehingga manusia kehilangan apa yang semestinya dimilikinya. Dengan membaca apa yang terjadi maka kita perlu berfikir untuk menentukan masa depan kita (baca: manusia) semua.
Fakta yang ada: Nahdatul Ulama yang dipimpin oleh Abdurrahman Wahid (baca:Gus Dur) telah berhubungan erat dengan The Asia Foundation (TAF) yang ditaja oleh Amerika (baca: Zionisme). Mungkin untuk orang yang tidak mengetahui hakikat dari NGO ini maka mereka akan melihat bahawa yayasan ini merupakan satu yayasan kemanusiaan yang baik. Memang ianya adalah NGO yang berurusan dengan manusia, tetapi tidak bererti ianya tidak bertentangan dengan nilai kemanusiaan. Misi yang dilakukan oleh yayasan ini sangat merbahaya, iaitu melepaskan manusia dari kemanusiaannya, mendidik manusia untuk menjadi satu keberadaan yang keluar dari kriteria dirinya sendiri.
Kalau saja manusia mengenal Islam maka manusia itu akan mengenal dirinya dengan baik, tetapi dengan misi TAF maka akan terjadi sebaliknya. Dengan adanya organisasi ini di Negara- Negara Asia maka umat Islam terpaksa wajib menghadapi pandangan dan juga nilai Islam yang sedang dirosakkan dengan menggunakan ulama yang ada dalam kehidupan umat Islam itu sendiri. Maka tidak hairan kalau ada orang seperti Gus Dur dan Anwar Ibrahim.
Gus Dur dan Anwar Ibrahim adalah dua keberadaan yang tidak dapat dipisahkan, kerana keduanya terikat dengan struktur yang ada di bawah gerakan Amerika dan Zionis. Gus Dur di Indonesia dekat dengan TAF dan Anwar di Malaysia terikat dengan IFC atau FFF. IFC adalah suatu badan khusus di bawah World Bank, dan FFF (Foundation For The Future) secara langsung di bawah USA. Sehingga apa yang berlaku ialah model “freedom” yang hendak dimunculkan di tanah rantau ini adalah “freedom” ala Amerika. Memang deklarasi yang dibuat indah, tetapi kalau diperhatikan dengan sungguh - sungguh apa di sebalik itu maka akan didapati betapa besar malapetaka yang akan ditimpa oleh manusia di dunia ini.
Dengan slogan “freedom”, Amerika telah membuat contoh yang sangat jelas hari ini, iaitu petaka sebahagian besar di Timur Tengah, mulai dari Lebanon hingga Iran , juga petaka besar (kalau tidak hendak mengatakannya sebagai Holocaust abad 21) di Iraq dan Afghanistan. Belum lagi kalau kita hendak membahas semua pengertian “freedom” yang Amerika bawa di Venezuela, Colombia hingga Negara - Negara Afrika seperti Sudan, Ethopia dan Nigeria… apa yang tersisa dari manusia dengan ungkapan “Freedom” ala Amerika itu..
Lihatlah apa yang dilakukan oleh Prof Dr Musdah Mulia di Indonesia atas nama kemodenan dia menghilangkan hukum Allah dengan ungkapan modennya. Anwar Ibrahim dengan menggunakan kata Social Justice hendak membuka pintu Malaysia ke pintu “Freedom” bagi Amerika. Jadi permasalahan bukan hanya sekadar hubungan sistem keorganisasian Anwar Ibrahim dengan Amerika, tetapi hubungan manusia dengan kerosakan yang sedang dibuat dan disepakatinya sekarang. Dengan meletakkan Anwar Ibrahim sebagai tokoh politik bererti adanya penerimaan untuk satu potensi ke arah kehancuran manusia, kehilangan identiti manusia..atau minimum umat Islam akan kehilangan Islamnya, yang ada adalah Islam ala Amerika dengan semua slogan dan semboyan yang nampak indah itu.
Semua kita belum buta melihat demokrasi yang dibawa ke Iraq hingga Iraq jadi seperti sekarang. Kita dapat melihat semua erti demokrasi di tanah Arab yang tidak meninggalkan makna demokrasi itu. Atau bagaimana kita hendak menerima pengertian perdamaian dan kebebasan ketika melihat Afghanistan dan Sudan. Yang ada adalah manusia yang dibunuh setiap hari dan yang paling tragis adalah kaburnya nilai Islam di manapun, termasuk sekarang di Indonesia dan Malaysia .
Identiti Islam untuk seorang muslim bukan hanya sekadar apa yang dimilikinya tetapi juga nilai komitment yang ada padanya, sehingga ketika identiti ini menghadapi krisis maka yang terjadi adalah krisis komitment dengan nilai yang ditetapkan dalam identiti itu…..hal ini berkenaan dengan semua agama dan dengan nilai apa pun…
Maka tidak ada jalan lain untuk menghadapi hal ini melainkan menghilangkan semua hal yang membawa manusia ke arah kehancuran dan kehilangan identitinya, iaitu menjauhkan dan menolak semua yang datang dari program Amerika yang hendak dijalankan di tanah air tercinta ini..menolak orang seperti Gus Dur dan Anwar sebagaimana kewajipan menolak orang seperti Musdah Mulia…
sumber : pure-hadharist.blogspot.com
Baca selanjutnya...
Makna 16 September kepada Anwar
1. 16 September 2008 hanya tinggal 2 minggu lagi, Anwar sedang berusaha berunding dengan YB-YB BN. Apa yang Anwar sedang lakukan adalah apa yang dimaksudkan oleh Demokrasi Amerika. Demokrasi yang dikatakan oleh Socrates, Pluto, & tokoh2 falsafah Yunani ialah Dari Rakyat, Kepada Rakyat, Untuk Rakyat. Itu pengertian akademik & sejarah faksafah. Pengertian Demokrasi Amerika ialah apabila seseorang pemimpin itu tidak ProAmerika Negara itu bukan Demokrasi. Mana-mana Negara yang AntiAmerika seperti Iran, Sudan, Libya, Korea Utara digelar Negara Bapa Syaitan. Di Malaysia siapakah yang menggelarkan orang lain sebagai Bapa Syaitan & Bapa Segala Syaitan? Ada unsur Yahudi tu...
2. Anwar tidak sanggup menunggu PRU13 . Dengan usia sekarang sudah mencecah 62 tahun hadapan, Anwar tidak mempunyai banyak masa untuk mengecapi impiannya menjadi PM ( dengan Datuk Seri Najib sebagai penghalang & juga kes mahkamahnya ), walau dengan cara yang tidak demokratik. Maknanya mengikut cara Anwar, rakyat boleh gunakan apa cara untuk mencapai sesuatu. Kelak jangan salahkan rakyat jika melakukan caa yang serupa!
3. Maknanya bila Anwar jadi PM, nak dapat sesuatu tidak perlu isi borang, boleh guna apa sahaja cara, boleh paksa, boleh arrange, tidak perlu prosedur. Ini cara PKR, ia sudah dilakukan di negeri2 yang diperintah PR. Dalam satu pertemuan Pegawai2 Tadbir Diplomatik di Intan baru-baru ini, pegawai2 tersebut pening kepala kerana YB2 dan Exco2 PR bertindak sesuka hati. Kalau tak nak buat, mereka tak buat. Kalau nak buat, mereka terus buat. Tiada surat, tiada arahan pentadbiran, semuanya arahan politik, walaupun keputusan pentadbiran adalah berbeza. Ini dibuktikan oleh teguran Anwar kepada Fairus (Timbalan Boneka KM Penang ) baru2 ini.
4. BN sudah cukup kerusi untuk memerintah walaupun tidak mencapai 2/3 majoriti ( kurang 8 ). Pakatan Rakyat 80 kerusi memerlukan paling sedikit 30 kerusi untuk membentuk kerajaan Persekutuan. Di Peringkat Pusat tiada halangan undang-undang untuk mana2 YB melompat. Hanya Maruah, Harga Diri & Integriti yang akan menghalang perkara ini berlaku. Di Amerika, Al-Gore ( Demokrat ) sepatutnya menjadi Presiden Amerika bukannya George Bush , tetapi Mahkamah Amerika telah memenangkan George Bush.
5. Di Malaysia, Allahyarham Tun Mustapha telah pernah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri (1985) apabila PBS memenangi kerusi negeri ( 25 berbanding USNO+Berjaya=23 kerusi ). Rusuhan berlaku kerana umat Islam bimbang jika kerajaan PBS menganaktirikan umat Islam. Pilihanraya Ulangan terpaksa dilakukan dan akhirnya dimenangi oleh PBS. Kerajaan PBS hanya bertahan 10 tahun apabila Anwar memainkan peranannya dengan Yong Teck Lee menjatuhkan kerajaan Demokrasi PBS.
6. Menurut DetikDailey,….Dalam isu ini bagi saya masalah paling besar Anwar bukan saham berpuluh juta yg ia beri setiap seorang pada bapa dan adik beradik dia, bukan isu RM300juta duit Petronas Dagang yg dikebasnya utk diberi pd perwakilan Sabah sehingga Ghafar jatuh…
7a. Dengan pengalaman sejarah di atas, Anwar mempunyai sebab untuk sekali lagi menjatuhkan Pak Lah kerana Anwar sudah pernah menjatuhkan Datuk Shuahaimi Kamarudin ( Ketua Pemuda UMNO) , Tun Ghaffar Baba ( Timbalan Presiden UMNO), Kerajaan PBS ( Datuk Pairin Kitingan ). Namun begitu, apakah Anwar masih berfikiran Pak Lah & Najib begitu mudah dijatuhkan dengan cara yang tidak demokratik!
7b. Sekali lagi yang menang dan sedang menangguk di air keruh ialah DAP! Yang terkini, YAB MB Perak sudahpun menganugerahkan 400 ekar tanah kepada mereka , tidak lama selepas keputusan aka memberi geran 999 tahun kepada orang-orang mereka. Sekolah Agama Islam, Sekolah Pondok, Sekolah Melayu, Tadika Melayu, Madrasah Melayu., askar pencen, guru pencen, petani, nelayan hanya menggigit jari sahaja…
sumber : Jentayu Baka
Baca selanjutnya...
Rahsia 16 September
Tarikh keramat 16 September 2008 yang diwar-warkan oleh DSAI kononnya akan tertubuhnya Kerajaan Pakatan Rakyat sebenarnya melibatkan perancangan tangan-tangan yang tidak terlihat. Apakah yang dimaksudkan dengan tangan-tangan yang tidak terlihat? Freemason, Rothchild, dan sebagainya merupakan pertubuhan yang digerakkan oleh sebuah pertubuhan yang amat rahsia yang dikenali sebagai Pakatan illuminati (Pertubuhan Sulit Yahudi Elit).
Semakin jelas dan nyata DSAI bergerak dibawah kod-kod rahsia pakatan illuminati ini. Modus operandi yang digerakkan oleh DSAI juga mirip gerakan illuminati dalam menjatuhkan kerajaan beraja di dunia bermula di Rusia, Perancis, Turki dan Negara Arab. Gerakan sulit ini bergerak secara sulit semenjak akhir kurun ke -18 lagi. Slogan dan gerak-kerjanya sama sahaja, iaitu berslogankan kuasa rakyat, tindakan merampas kuasa daripada kerajaan yang memerintah dan pengwujudan kuasa mutlak Presiden Republik merupakan perancangan halus Pakatan ini untuk menguasai dunia. (Mohon rujuk Buku “Pawns In The Game Karya William Guy Carr). Sama ada kita sedar atau tidak logo Parti Keadilan sendiri mirip dengan logo gerakkan sulit illuminati ini. “One Eye That Sees All”
Berbalik mengenai tarikh keramat 16 September, apakah sebenarnya yang terlalu diagungkan mengenai tarikh ini. Jika dilakukan sedikit penyelidikan, tarikh ini amat berkaitan dengan tarikh kemerdekaan Singapura. Tarikh ini merupakan tarikh keramat terwujudnya sebuah Negara bernama Singapura yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew. Pemisahan Singapura dari Malaysia itu sendiri adalah diakibatkan sikap Lee Kuan Yew dan rakan-rakan beliau dalam parti PAP (yang merupakan parti politik yang memerintah Singapura buat sekian lamanya). Yang merupakan ‘duri dalam daging’ yang memperjuangkan konsep 'Malaysian Malaysia', menafikan kewujudan institusi Kesultanan Melayu, menentang hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu dan Bumiputera.
Apakah kaitannya Pakatan Sulit illuminati dan Gerakkan 16 September?
Yahudi mempunyai hubungan yang amat akrab dengan Singapura dan. DSAI merupakan bidak yang akan merealisasikan hasrat ‘mereka’......
sumber : Perakbangkit.blogspot
Baca selanjutnya...
Semakin jelas dan nyata DSAI bergerak dibawah kod-kod rahsia pakatan illuminati ini. Modus operandi yang digerakkan oleh DSAI juga mirip gerakan illuminati dalam menjatuhkan kerajaan beraja di dunia bermula di Rusia, Perancis, Turki dan Negara Arab. Gerakan sulit ini bergerak secara sulit semenjak akhir kurun ke -18 lagi. Slogan dan gerak-kerjanya sama sahaja, iaitu berslogankan kuasa rakyat, tindakan merampas kuasa daripada kerajaan yang memerintah dan pengwujudan kuasa mutlak Presiden Republik merupakan perancangan halus Pakatan ini untuk menguasai dunia. (Mohon rujuk Buku “Pawns In The Game Karya William Guy Carr). Sama ada kita sedar atau tidak logo Parti Keadilan sendiri mirip dengan logo gerakkan sulit illuminati ini. “One Eye That Sees All”
Berbalik mengenai tarikh keramat 16 September, apakah sebenarnya yang terlalu diagungkan mengenai tarikh ini. Jika dilakukan sedikit penyelidikan, tarikh ini amat berkaitan dengan tarikh kemerdekaan Singapura. Tarikh ini merupakan tarikh keramat terwujudnya sebuah Negara bernama Singapura yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew. Pemisahan Singapura dari Malaysia itu sendiri adalah diakibatkan sikap Lee Kuan Yew dan rakan-rakan beliau dalam parti PAP (yang merupakan parti politik yang memerintah Singapura buat sekian lamanya). Yang merupakan ‘duri dalam daging’ yang memperjuangkan konsep 'Malaysian Malaysia', menafikan kewujudan institusi Kesultanan Melayu, menentang hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu dan Bumiputera.
Apakah kaitannya Pakatan Sulit illuminati dan Gerakkan 16 September?
Yahudi mempunyai hubungan yang amat akrab dengan Singapura dan. DSAI merupakan bidak yang akan merealisasikan hasrat ‘mereka’......
sumber : Perakbangkit.blogspot
Baca selanjutnya...
Langgan:
Catatan (Atom)





