MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

23 Ogo 2008

MODUS OPERANDI GUS DUR = ANWAR IBRAHIM


MODUS OPERANDI GUS DUR = ANWAR IBRAHIM

By Greg Barton, November 1999

Nota : artikel ini diterjemah daripada laman AIJAC (Australia/Israel & Jewish Affairs Council) bertajuk "Who is Gus Dur" yang menceritakan latar belakang Gur Dur mengikut kaca mata mereka. Gur Dur dinamakan oleh orientalis barat John Esposito bersama Anwar Ibrahim sebagai Muslim Moderate di rantau ASEAN. Lebih menarik lagi, Kumpulan Jewish Amerika (AJC) turut menamakan Anwar & Gus Dur sebagai pendokong Islam sebenar. Sebab itu, ketika Anwar dirawat di Munich pada 2004, Paul Wolfowitz, salah seorang AJK Kumpulan Jewish Amerika telah berbincang selama tiga jam bersama Anwar & Gus Dur di hospital Jerman itu..catatan AIDC

Beberapa lama sebelum keputusan pilihanraya Presiden Indonesia yang mengejutkan pada 20 Oktober, Abdurrahman Wahid, dikenali ramai sebagai Gus Dur, merupakan seorang daripada intelektual Indonesia yang berprofil tinggi. Sesunggguhnya, sepanjang tempoh 15 tahun memegang jawatan Pengerusi Nahdlatul Ulama, sukar untuk melihat wajah seseorang yang seringkali diberi penghormatan oleh liputan berita setiap minggu, sekurang-kurangnya individu tersebut bukan merupakan tokoh kerajaan atau ketenteraan.

Paul Wolfowitz, AJK American Jewish Committee (AJC)yang ketika itu Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika merupakan orang pertama melawat Anwar di Munich (2004). Turut sama dalam pertemuan bersejarah ini adalah Gus Dur. Wolfowitz anggap Anwar dan Gus Dur merupakan dua 'singa Islam' yang boleh membantu Amerika di nusantara ini.


Selama bertahun-tahun, popularitinya telah digilap dan juga merudum, biasanya bersama dengan pergerakan politiknya dan tahap dimana tindakan-tindakan ini difahami atau silap difahami. Beberapa tahun kebelakangan ini, Abdurrahman menjadi seorang tokoh yang semakin kontroversi dan telah diminta untuk berunding mengenai pengurangan keganasan dan bergerak mengatasi masalah yang ditinggalkan oleh era sebelum Suharto dan era selepas Suharto. Namun begitu, dia kekal sebagai seorang tokoh yang sangat popular dan berkarismatik dan pada masa yang sama, pengkritik dan dan kritikan yang terdahulu mempunyai tahap ancaman yang tinggi.

Mengapa Abdurrahman secara meluasnya salah difahami ? Secara jelasnya, terdapat beberapa sebab termasuk perangai anehnya dan personality, dan disebabkan perkara lain yang membataskan selepas kesab angin ahmar (stroke) serius yang dialaminya pada Januari 1998, yang menyebakannya bergelut dalam melawan penyakit itu yang pada akhirnya, matanya menjadi buta. Kebanyakan salah faham seringkali timbul daripada
kedudukan unik yang diisi oleh Abdurrahman dalam masyarakat Indonesia.


Gus Dur dengan Presiden Bill Clinton. Sikap Gus Dur pro Amerika dan Israel sudah diketahui ramai rakyat Indonesia. Sebab itu beliau ditolak menjadi Presiden Indonesia oleh rakyat sendiri.


Pada masa yang sama, dia merupakan ketua pertubuhan tradisional Muslim yang besar, Nahdatul Ulama, merupakan pengkritik tradisi regim Suharto dan berkempen untuk perubahan demokrasi. Akibatnya, sewaktu banyak pihak mengaitkannya dengan Nahdatul Ulama dan yang terbaru ada kaitan dengan parti politik PKB, ramai mengenalinya sebagai intelektual yang terkenal dalam berkempen mengenai pencabulan hak asasi manusia dan untuk demokrasi. Yang terbaru, sehingga ke hari ini, masih ramai mengaitkannya dengan PKB dan sekarang melihatnya sebagai seorang ahli politik yang bebas, sama seperti sebelum dan selepas dia menceburi politik.

Pelbagai kekeliruan yang menyelubungi Abdurrahman berpunca daripada pelbagai peranan yang dipegangnya dalam masyarakat Indonesia. Lebih tepat lagi, satu pihak melihatnya sebagai seorang tokoh agama dan satu pihak yang lain pula, khususnya di kota metropolitan dan di kalangan golongan yang berpendidikan menengah, dia dilihat sebagai seorang yang samada pada dasarnya seorang ahli politik secular, atau sebagai seorang yang intelektual.


Gus Dur berkawan rapat dengan Yahudi penyangak matawang Asia, George Soros


Bersama kumpulan kedua tadi, salah faham terhadap Abdurrahman selari dengan salah faham pihak Barat yang pada umumnya ; iaitu, bagaimana seseorang yang merupakan intelektual liberal pada masa yang sama dianggap sebagai seorang tokoh agama, sesungguhnya dianggap sebagai pemimpin alim yang berkarismatik? Sekiranya teka-teki ini tidak disiasat secara rapi dan hubungan diantara tuduhan kewarakan Abdurrahman dan identitinya serta pemahaman terhadap peranan sekularnya dalam maysarakat, maka adalah mustahil untuk memahami siapakah sebenarnya Abdurrahman.

Salah satu aspek yang difahami secara jelas mengenai Abdurrahman adalah dia menyokong pluralisma dan toleransi, yang dia juga merupakan pelindung kumpulan minority, khususnya Cina Indonesia, tetapi termasuk juga Kristian Indonesia dan kumpulan lain yang telah menjadi kambing hitam ketika zaman regim Suharto dan beberapa bulan kebelakangan ini. Dengan kata lain, dia terkenal dan secara benarnya difahami sebagai seorang intelektual Muslim yang bukan pelampau, dimana terdapat pihak yang bertikam lidah mengenai penerimaan dan perayaan wujudnya masyarakat social yang plural. Bagaimanapun, apa yang tidak dihargai secara meluas adalah Abdurrahman bangga menjadi seorang Muslim. Dia mempunyai rasa cinta yang mendalam terhadap budaya tradisional Islam dan mesej teras dalam Islam itu sendiri. Tambahan pula, dia sangat memahami secara mendalam terhadap mereka yang dapat berhubung dengan dunia spiritual di mana dunia tersebut dapat dilihat secara nyata sama seperti yang dilihat oleh manusia. Bukan sahaja dia selalu bercakap mengenai tuduhan tersebut, meskipun, untuk difahaminya bahawa ini adalah titik kekeliruan untuk Barat atau masyarakat ‘sekular’ Barat.

Bagaimana sesorang, yang sangat mencintai agamanya dan membesar dalam suasana agama tersebut, mampu untuk menjadi seorang yang tidak melampau dan pluralistic? Antara salah konsep yang seringkali berlaku dalam masyarakat Barat yang moden atau budaya adalah hanya dengan membiarkan dogmatisma yang mana seseorang itu boleh menjadi sangat toleran.

Walau bagaimanapun, sesetengah akan mempersoalkan, yang mungkin akan dilihat sebagai fesyen moden yang biasa, iaitu dengan membiarkan segala dakwaan terhadap metafizikal taua kebenaran yang nyata di mana seseorang itu boleh menjadi betul-betul toleran dan pluralistic. Kesimpulannya, ramai mengertahui bahawa adalah susah untuk memahami bagaimana seorang Muslim yang komited, atau seorang penganut yang komited dari mana-mana agama, boleh menjadi seorang tokoh yang benar-benar moden dan liberal.

Intipati utama yang jelas dalam pemikiran Abdurrahman adalah Islam merupakan satu kepercayaan yang mempunyai belas kasihan, pada dasarnya toleran dan menghormati perbezaan. Padanya, Islam sebuah agama yang yang mengandungi perasaan belas kasihan dan toleran terhadap keadilan dan kesaksamaan. Ini bermaksud intipatinya merupakan pegangan terhadap hak sama rata.

Pegangan yang secara asasnya tidak memuaskan hawa nafsu dan juga tidak berdasarkan kelas, etnik, kaum, jantina dan laina-lain kumpulan dalam masyarakat. Untuk Abdurrahman wahid, Islam adalah kepercayaan yang mengakui bahawa, di mata Tuhan, semua makhluk adalah sama. Kemudiannya, dia menolak hujahan yang ringkas bahawa ini disebabkan kerana Islam merupakan sumber peikiran yang asal dalam mengajar idea dan nilai tersebut, dan merujuk ini sebagai permohonan maaf yang ringkas. Walau bagaimanapun, dia sudah tentu mempersoalkan bahawa prinsip asas yang datang daripada pencerahan berada sama dengan mesej Islam yang utama.

Apa yang timbul secara jelas dalam pemikiran Abdurrahman adalah tuduhan yang mana dunia agama memberikan padangan terhadap pembentukan dan memberikan dokongan kepada pencerahan nilai Kristian dan Yahudi Eropah selari dengan visi teras mesej Islam. Dalam kata lain, Abdurrahman, seperti intelektual Islam yang progresif di Indonesia, tidak menjadikan hubunagn diantara Islam dan Barat bermasalah. Sewaktu tidak menafikan bahawa terdapat perbezaan yang penting, dia mempersoalkan secara berkesan bahawa keghairahan utama dan rasa ambil tahu tradisi Judeo-Kristian dan Islam secara rapatnya selari antara satu sama lain apabila merujuk kepada system nilai yang utama.

Perlu diingatkan bahawa, Abdurrahman, seperti intelektual progresif yang lain, mempersoalkan tentang perincian pembentukan negeri, pentadbiran dan juga undang-undang moden yang tidak diperincikan dalam Qur’an dan Hadith. Ini tidak bermaksud bahawa prinsip tersebut tidak diwahyukan di dalam kedua-dua kitab tersebut tetapi lebih kepada perincian tentang mekanisme negara moden yang tidak diaturkan. Jadi, bagunya adalah sesuatu yang mengarut untuk bercakap mengenai negara Islam atau melakukan perkara-perkara yang secara khususnya mengikut Islam sekiranya sebab utama kenyataan tersebut untuk mencetuskan perbezaan palsu dengan Barat.


Gus Dur dan Anwar, dua tokoh Islam ASEAN yang menjadi perhatian Amerika dan Kumpulan Jewish Amerika. Kedua watak ini dinamakan tokoh Muslim Moderate oleh John Esposito, sarjana orientalis yang juga penasihat kerajaan Amerika.


Sekiranya pemikiran Abdurrahman secara jelas liberal dan konsisten, dan meskipun secara mendalam, mengapa dalam tindakan politiknya kebelakangan ini dan tahun-tahun sebelumnya mengundang pelbagai kontroversi?

Ia adalah sesuatu yang boleh dipersoalkan bahawa semasa Abdurrahman sering kali menjadi pemimpin yang kontroversional, tiada masa untuk menjelaskan tentang kebijaksanaan atau mungkin sekali-sekala, mengenai pendekatan politiknya. Sudah tentu, pergerakannya pada tahun-tahun terdahulu secara umumnya dilihat sekarang sebagai telah menaikkan kemarahan penaungnya yang berada dalam gerakan besar Nahdatul Ulaman dan juga Indonesia amnya. Dari permulaan, Abdurrahman mempunyai keinginan untuk mengelakkan konfrontasi diantara orangnya , tentera dan kerajaan Suharto dan juga mempunyai keinginan untuk mencari jalan untuk berkompromi atau jalan tengah bagi menyelesaikan situasi masalah politik

Ini ditunjukkan secara jelas pada 1997 dimana dia meminta pemulihan hubungan yang baik dengan Suharto selepas ditekan keras semenjak 1994. Secara jelasnya, pada kali ini di membuat keputusan bahawa tiada apa yang dapat diperolehi dengan menentang Suharto secara berdepan dan bahawa dia tidak mengambil tindakan yang mengelak, dia dan Nahdatul Ulama akan menagalami tekanan hingga ke tahap yang bahaya. Dan sekarang dilihat, ianya secara jelas bahawa pengadilan dalam perkara telah dilakukan secara baik.

Sesungguhnya, gerakan politik Abdurrahman yang boleh diramal hanya boleh difahami setelah sesuatu itu difikirkan kembali, dan kebanyakannya asas yang rasional untuk tindakannya yang tidak boleh diramal dan kelihatan tidak tetap mendedahkan tindakan dengan masa yang berlalu.

Bukan untuk tidak mempercayai kesilapan dan kelemahan semulajadi manusia, yang kebanyakannya pasti dikongsi bersama oleh kita, niat Abdurrahman yang baik boleh diharapkan. Sepanjang hidupnya, dia telah menunjukkan ketajaman akal dalam politik dan sentiasa menjadi ahli politi8k. Sekarang, sebagai seorang Presiden, dia berada di dalam sebuah pejabat politik yang tertinggi dalam hierarkinya. Tetapi dia bukan seorang ahli politik yang biasa.

Ketika seorang pengamal politik menyedari tentang reality politik yang sebenar bahawa ‘politik adalah suatu seni yang harus’, Abdurrahman kekal sebagai seorang yang idealis dengan dibantu oleh kematangan fikiran untuk menjayakan misi. Cabaran yang habit berada di hadapannya, ianya masih kekal untuk dilihat setakat mana dia boleh menukarkan idea politiknya menjadi reality dibawah situasi yang sukar. Berbaloi untuk menjadi realistic, dan, dalam harapan kita kepadanya. Optimisma dan keyakinan, walau bagaimanapun, juga tidak terkeluar dari tempat ini.

Dr Greg Barton adalah Pensyarah Kanan dalam Pengajian Agama di School of Social Inquiry, Deakin University. Pada masa sekarang dia sedang menulis mengenai biografi Abdurrahman Wahid.





Baca selanjutnya...

Maklumat-maklumat bocor di Permatang Pauh-Awas Nalla ada simpan rahsia Anwar.


Maklumat-maklumat bocor di Permatang Pauh-Awas Nalla ada simpan rahsia Anwar..

posting di atas gap dedahkan dalam blog gap pada 29 april 2008. pada waktu itu gap mendapat arahan agar tidak mendedahkan kesemua butiran video tersebut.dalam posting tersebut gap menyebut nalla ada menyimpan video kaset liwat anwar.

semalam 23/8/08 dato nallakarupan telah mengejutkan para hadirin di ceramah permatang pauh bahawa beliau mempunyai '5video kaset' peribadi anwar ibrahim yang antaranya mendedahkan tentang skandal seks beliau !


sila rujuk AGENDADAILY yan bertajuk ' ANWAR TERIMA RM60JUTA DPD SYKT JUDI'.

BOCOR LAGIIIIII....dan ada yang paling menggemparkan nanti. gap akan bertolak ke permatang pauh sat lagi. kalau nak jumpa...

dan semalam mengikut maklumat anwar sudah membayangkan kegusarannya untuk yakin menang di permatang pauh kali ini. maklumat dalam pkr yang memberitahu gap bahawa anwar meyakini ada cubaan unsur sabotaj daripada kalangan penyokong pas permatang pauh yang bersedia untuk 'menitik' anwar supaya menghormati parti pas sendiri.

malah pada 2 malam lepas anwar sudah terlepas cakap 'aku ajaq depa(pas) nanti'...apa yang berlegar dalam kepala hotak anwar yang kesumat itu hanya tuhan yang tahu.


lebih membimbangkan anwar apabila sudah bertebaran sms layang arahan beberapa pimpinan tertinggi pas pusat meminta agar ahli mereka memberi undi secara senyap kepada arif shah.

bagi gap ini mungkin signal mohon maaf secara indirect pimpinan pas kepada umat melayu yang sudah semakin tercalar hatinya melihatkan kelakuan rakus hak islam dan melayu dipertikai !

takpa pas, kita sama2 manusia perlu muhasabah diri. politik hanya platform tetapi persoalan agama dan kelangsungan bangsa perlu menjadi keutamaan.


dan benarlah dakwaan gap semalam dalam posting 'bocor bocor bocor' yang menyatakan bahawa anwar meminta dr xavier membawa kumpulan samseng india 21 top untuk menghalau nalla keluar daripada permatang pauh , apabila sejurus nalla mendedahkan kaset liwat itu beliau mendapat ugutan bunuh.

BOCOR KEDUA


'u nak apa bila abang jadi PM nanti, tak tak i nak tolong u juga pasai u dah banyak sponsor i'

itulah kata2 wan azizah kepada seorang wanita rakan lama yang sentiasa menghulurkan wang ringgit dalam setiap program wan azizah. wanita yang tinggal di selangor itu memiliki beberapa petrol station dan dalam pertemuan di rumah wanita tersebut di seksyen xx shah alam, wan azizah begitu takjub untuk memberikan jawatan datokship kepada wanita tersebut.



BOCOR KETIGA

anwar sudah mengarahkan exco kerajaan negeri selangor dr xavier untuk membawa seberapa banyak ekstremis2 HINDRAF untuk turun di permatang pauh nanti kerana asakan bertali arus dato nalla telah menggoyangkan kiraan anwar untuk mendapat 80% undi india.
mengikut sumber dalaman pkr yang berbangsa melayu, beliau memberitahu gap bahawa ada juga ura2 untuk dr xavier membawa sekali kumpulan '21 top' samseng tahi kucing india di taman sentosa klang. ini dalam perancangan dan belum disahihkan kedatangan kumpulan ini. yang pasti mengikut sumber dr xavier yang majoriti paling tinggi di selangor akan membawa turun kumpulan hindraf ini.

BOCOR KEEMPAT


azmin ali dalam mesyuarat tidak rasmi bersama beberapa MPT pkr sudah 'melancaukan' dewan pemuda pas yang baru2 ini mengugut untuk keluar daripada pakatan rakyat kiranya negara islam tidak menjadi dasar pemerintahan.



dalam perbualan tersebut azmin ali juga menyatakan perasaan dendam kepada pesuruhjaya pas selangor hasan ali kerana membocorkan rahsia wang 100 hari pakatan rakyat tempoh hari. sewaktu berbincang dengan beberapa MPT pkr azmin ali juga ada membayangkan untuk membantu dari segi kewangan kepada seoang ahli parlimen pas selangor untuk melanggar hasan ali dalam pertandingan pesuruhjaya pas selangor nanti.


BOCOR KELIMA




satu2nya ahli parlimen pkr yang anti murtad sdr zulkifli nordin menjadi mangsa group hak asasi seperti sivarasa,dr xavier,azmin ali dan syed husin.kiranya mahkamah kulim mendapati beliau tewas dalam petisyen bantahan nanti TIDAK AKAN dicalonkan semula oleh anwar. keputusan ini dibuat secara verbally oleh anwar dan kit siang bagi mengurangkan suara2 islam yang lantang memprtikaikan artikel 11 ini. berdasarkan sumber dalaman pkr zulkifli nordin akan digantikan dengan bekas orang kuat parti gerakan dari penang.



dengan ini maka berakhirlah satu2nya vokalis anti murtad yang paling lantang dr pkr dan ini memudahkan segala perancangan anwar untuk 'menandantangani borang pelepasan' berpuluh ribu melayu yang hendah murtad. maka ini bertepatan dengan maklumat yang yang gap dedahkan dalam artikel lepas.

baca sumber asal di gerakan anti-pkr


Baca selanjutnya...

GUS DUR SOKONG GERAKAN KRISTIANISASI (PERMURTADAN) INDONESIA


+++++Video setakat ini sahaja+++++



Baca selanjutnya...

Anwar ambil RM60 juta duit judi - Nalakaruppan


Anwar ambil RM60 juta duit judi - Nalakaruppan


Teman sepermainan tenis Anwar, Datuk S. Nalakaruppan Jumaat malam mendedahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengambil wang sebanyak RM60 juta daripada syarikat judi Magnum Corporation. Bagaimanapun katanya, beliau tidak tahu wang itu digunakan untuk apa.

Beliau berkata pendedahan ini dibuat kerana rasa cintakan negara ini dan tidak mahu pemimpin yang tidak boleh dipercayai menerajui negara ini.

"Saya sudah buat salah dulu (kepada rakyat), saya mahu minta maaf kerana mengikut Anwar dahulu," katanya.

Ekoran pendedahannya itu Nalakaruppan awal pagi ini menerima 10 SMS ugutan yang memintanya meninggalkan Permatang Pauh. Selain itu, Nalakaruppan juga berkata, beliau ada menyimpan lima rakaman video di luar negara yang dikatakan ada kiatan dengan Anwar. Katanya beliau sedia membawa pita video itu balik ke Malaysia sekiranya berlaku sesuatu kepada dirinya.

baca artikel asal di agendadaily.com

Baca selanjutnya...

Berapa banyak gaji Anwar di Amerika ?



Berikut adalah 8 jawatan Anwar Ibrahim di luar negara.
1.Pensyarah John Hopkins University
2.Pensyarah di Georgetown University
3.Pensyarah St Antony College, Oxford
4.Presiden Accountability di Brussels, Belgium
5.Penasihat Kewangan Bank Dunia
6.Executive Committee, International Crisis Group (ICG)
7. Pengerusi Yayasan Masa Hadapan Timur Tengah & Afrika.
8. Pengasas IIIT (International Islamic of Thought)

Untuk jawatan 1,2 dan 3, Anwar mendapat jawatan tersebut setelah berulang kali pergi ke Washington DC bertemu dengan Paul Wolfowitz (Bekas Presiden Bank Dunia), termasuklah bertemu dalam Pentagon pada penghujung tahun 2004 dan awal tahun 2005.

Untuk jawatan ke-4, Simon Zadek selaku CEO mendapat bayaran sejumlah 70,000 pound sebulan, bayangkan berapakah gaji untuk seorang President pula?

Gambar: Tulisan Wolfowitz dalam majalah Time untuk memberi kredit kepada Anwar sebagai 100 orang pemimpin terbaik dunia. Sebelum itu Anwar pernah tulis surat selamatkan Shaha Ali Ridha, girlfriend Wolfowitz


Bagi jawatan ke-5, selaku Penasihat Bank Dunia, Anwar dipilih khas oleh Paul Wolfowitz untuk ditempatkan di Bank Dunia.

Untuk jawatan ke-6, hanya 46 orang sahaja yang dipilih untuk dijadikan sebagai Executive Committe ICG. Salah seorang daripada mereka ialah George Soros (Spekulator Mata Wang Yahudi, Pengerusi Open Society Institute).

Paling istimewa ialah jawatan yang ke-7, bila Condoleeza Rice (Setiausaha Negara Amerika Syarikat) sendiri datang semasa pengasasan Foundation For Future (FFF).

Anwar juga menjadi Pengasas "Triple IT" yang mengumpulkan beberapa orang profesor dan pensyarah yang liberal di bawah kendalian John Esposito (Profesor International Affairs and Islamic Studies di Georgetown University, juga seorang yang berbangsa Yahudi).



John Esposito (gambar) dalam rancangan dokumentari bertajuk “Prophet Muhammad” pernah membuat ulasan yang mengelirukan berhubung peperangan kerana menyifatkan "teorist" mendapat inspirasi dari jihad. Bolehkah kita membiarkan seorang Yahudi seperti Esposito mengecam agama kita?

Siapa sebenarnya yang bayar gaji Anwar untuk semua jawatan tersebut? Dalam matawang apa bayaran tersebut dibuat? Apakah Anwar mahu berselindung lagi bahawa beliau memang rapat dengan orang luar dan mempunyai deretan jawatan di luar negara?

Kedengaran tadi di Kubang Ulu, Kubang Semang, Kg Pelet ada pengundi sudah ditawarkan sejumlah RM50 dan RM100 untuk menyertai PKR dengan syarat memberikan nama dan nombor kad pengenalan.

Daripada mana sumber wang ini?

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

baca artikel asal di anginperubahan.blogspot.com




Baca selanjutnya...

Siapa Gus Dur Mahu Ajar Kita ?


Siapa Gus Dur Mahu Ajar Kita?


KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Beberapa hari lepas, bekas presiden Indonesia Abdurrahman Wahid tiba-tiba saja muncul di Malaysia dalam apa yang dilihat sebagai cubaan untuk membantu kempen Parti Keadilan Rakyat dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Namun, untuk PKR bergantung kepada seorang personaliti yang bercelaru dan tidak lagi berwibawa, adalah sesuatu langkah yang dianggap kurang wajar.

Ramai masih ingat, Abdurrahman atau lebih dikenali sebagai Gus Dur, presiden keempat Indonesia, merupakan seorang yang pernah menikmati sokongan politik pelbagai pihak tetapi kemudiannya ditentang oleh pakatan ahli politik sehingga menyebabkan beliau berundur dalam keadaan yang memalukan.

Sepanjang 18 bulan berkuasa, beliau menimbulkan huru-hara di Indonesia. Banyak kejadian bantahan politik secara ganas dilaporkan berlaku. Begitu juga ketegangan kaum dan agama serta kebangkitan puak pemisah di beberapa wilayah.

Rakyat Indonesia juga sengsara akibat kejatuhan nilai rupiah semasa pemerintahan beliau.

Gus Dur melepaskan jawatan pada Julai 2001, dengan maruahnya tercemar dek amalan yang dikenali di Indonesia sebagai KKN (korupsi, kolusi dan nepotisme).

Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkan Gus Dur sebagai seorang yang telah hilang sokongan walaupun di negara sendiri, dan rakyat Malaysia tahu reputasinya.

Dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya beberapa hari lepas, Gus Dur mempersoalkan kewajaran Akta Keselamatan Dalam Negeri dan berkata sistem perundangan di Malaysia tidak demokratik.

Di penghujung perkhidmatannya, segala nilai beliau yang pada mulanya disanjung, akhirnya membawa padah kepadanya -- keazamannya dilihat sebagai kedegilan dan kelantangannya dianggap bahaya daripada segi diplomatik sehingga menimbulkan kemarahan beberapa negaera asing.

Beliau bukannya dilihat sebagai contoh seorang pemimpin diplomatik tetapi sebagai seorang yang autokratik dan tidak mengendahkan pendapat orang.

Gus Dur menganggap Parlimen Indonesia sebuah tadika.

Beliau juga dikaitkan dengan skandal rasuah selepas tukang urut peribadinya melesapkan wang kerajaan sebanyak US$4 juta.

Gus Dur sendiri dituduh menyalah guna sumbangan US$2 juta daripada Sultan Brunei selain terlibat dalam pengeluaran dan pengagihan 35 bilion rupiah (US$3.7 juta) daripada Agensi Logistik Kebangsaan untuk rakan-rakannya.

Beliau juga dikritik oleh Parlimen walaupun beliau menafikan sebarang perbuatan salah laku.

Ramai yang menganggap beliau sebagai pemimpin yang gagal memenuhi mandat rakyat untuk melakukan pembaharuan dan yang gagal menentukan bahawa undang-undang harus dihormati dan yang gagal mengekalkan perpaduan negara.

Julai 2001 adalah kemuncak kepada pertelagahan antara Parlimen Indonesia dan Gus Dur. Beliau enggan dihadapkan ke Parlimen dan cuba membubarkannya bagi membolehkan pilihan raya baru diadakan.

Enam menteri meletak jawatan. Parlimen kemudian meluluskan sebulat suara usul memecat beliau kerana rasuah dan tidak cekap.

Walaupun kuasanya ditarik balik, Gus Dur enggan meninggalkan istana presiden. Ini berlarutan selama tiga hari sebelum beliau sedar rakyat tidak lagi mahukannya dan membuat keputusan untuk keluar.

Akibat keadaan yang tegang ketika itu, beliau meninggalkan Indonesia.

Gus Dur, yang terkenal dengan kelakuan bercelaru dan kenyataan yang bercanggah, cuba berbaik-baik dengan pertubuhan Yahudi walaupun beliau mempunyai latar belakang agama yang kuat.

Orang seperti inikah yang boleh memberi perangsang kepada kita rakyat Malaysia?

baca artikel asal di mykmu.net






Baca selanjutnya...

22 Ogo 2008

Dakwaan cuba ‘kacau bini’…Timbalan Menteri cabar Anwar saman


Dakwaan cuba ‘kacau bini’…Timbalan Menteri cabar Anwar saman


Bagi mereka yang kurang tahu sejarah… Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sekarang,Datuk Hamzah Zainuddin pernah rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim masa beliau Timbalan Perdana Menteri dulu.

Rabu Penasihat PKR itu telah memberi tempoh 48 jam kepada Hamzah yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO memohon maaf kepadanya jika tidak surat saman RM10 juta akan sampai.

Ini gara-gara kenyataan Hamzah yang disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Cina Kwong Wah Jit Poh mendakwa Anwar pernah cuba ‘ganggu’ isterinya pada tahun 1998 walaupun mereka merupakan sahabat baik ketika itu.

Kerana itu beliau juga dipetik sebagai menyeru para pengundi di Permatang Pauh agar tidak memilih Anwar.

Anwar menghantar surat tuntutan mohon maaf itu menerusi peguamnya Sankara Nair.

Apakah reaksi Hamzah ketika tempoh 48 jam itu makin hampir tamat.

Ketika dihubungi Agendadaily petang Khamis beliau dengan nada suara bersahaja mencabar Anwar samannya.

“Biar dia tunggu 48 jam…kita tengok selepas 48 jam apa dia nak buat. Pasal apa saya nak minta maaf… dia yang buat perangai.

“Kalau dia nak saman saya, bawalah kes ini ke mahkamah di sana nanti saya akan kemukakan semua bukti…kita ada pita rakaman dan saksi. Saya tidak takut apa pun,” kata Hamzah.

“Lawan tetap lawan,” katanya sambil mempertahankan dakwaannya bahawa insiden ‘ kacau bini ’ itu memang benar-benar berlaku.- 21/8/2008


baca artikel asal di agendadaily.com



Baca selanjutnya...

Ezam takes on Anwar


++++tidak perlu klik selanjutnya+++++






Baca selanjutnya...

Anwar 'diserang' bekas orang kuatnya...


Anwar 'diserang' bekas orang kuatnya...

Muda Mohd Noor | Aug 22, 08 3:17pm
Seorang lagi bekas orang kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim `menyerang' penasihat PKR itu, dalam kempennya membantu Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh

Bekas Naib Presiden PKR, Saidatul Badru Said Keruak berkata, negara akan menjadi huru-hara jika Anwar berkuasa atau menjadi perdana menteri.

Ketika berkempen membantu calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah, beliau berkata, jangan sesekali memberi kemenangan kepada Anwar dalam pilihanraya kecil ini.

Saidatul Badru berkata, beliau sangat kecewa cara Anwar mengendalikan PKR dan mendakwa, pemimpin pembangkang itu mahu membalas dendam kepada orang Sabah.

"Saya tidak tahu sebabnya, tetapi dia menawarkan jawatan pengerusi PKR negeri kepada Jeffrey Kitingan yang sebelum ini dipegang oleh orang Islam," katanya.

Ketika ditemui di Seberang Jaya semalam, Saidatul Badru berkata, sepatutnya Anwar mengambil daya usaha menyatukan umat Islam di seluruh negara dan bukannya membiarkan ia terus berpecah.

Tidak bertanding

Katanya, atas alasan itu, beliau mengambil keputusan meninggalkan PKR dan kembali ke pangkuan Umno sebulan lalu.

Semasa bersama PKR, beliau pernah menjadi pengerusi perhubungan negeri dan bertanding di kerusi Parlimen Sepanggar dalam pilihanraya umum 2004

Bagaimanapun, anak bekas ketua menteri Sabah itu tidak bertanding dalam pilihanraya umum lalu.

Semalam bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ezam Mohd Nor turut berkempen membantu calon BN dalam pilihanraya kecil tersebut.

Ezam berkata, beliau berceramah siang malam sejak hari penamaan calon 16 Ogos lalu untuk mendedahkan siapakah Anwar sebenarnya.

Pilihanraya Permatang Pauh menyaksikan persaingan tiga penjuru antara Anwar, Arif Shah dan Hanafi Mamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).

baca artikel asal di malaysiakini.com



Baca selanjutnya...

Polemik Anwar Ibrahim & Salman Rusdie di ASIAWEEK

Foto majalah ASIAWEEK ini diambil dari blog Faisal Tehrani.

Polemik Anwar Ibrahim & Salman Rusdie di ASIAWEEK


Tulisan saya dalam artikel "Menafsir lawatan John L. Esposito ke rumah Anwar" menarik perhatian saudara Arif untuk membuat ulasan perbandingan teks asal dan terjemahan ASIAWEEK, 11 November 1993.

Tercetusnya polemik Anwar dan Salman Rushdie



Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada Kucing Hitam yang memulakan pendedahan ini. Tanpa disangka disambut pula oleh blogger cekka dan jentayubaka.

Kemudian disusuli dengan tulisan blogger sastera muda terkenal, Faisal Tehrani, yang turut menyinggung polemik ini dalam tulisannya "Sub Teks: 'Profound'". Beliau turut menyertakan salinan majalah ASIAWEEK, 11 November 1993 yang dipolemik itu dengan kupasannya yang lebih metafora.

Tulis Faisal, Saya bawa satu contoh lain yang sudah berbelas tahun jauh dari kita (mungkin ada yang belum lahir waktu itu), tetapi untuk sesetengah orang yang Rasulullah itu sentral, ia selalu ingat. Yang tertindas misalnya ialah Nabi Muhammad kerana untuk kuasa Barat, tidak apa mencemuh agama sekalipun dengan alasan kebebasan berfikir. Misalnya novel The Satanic Verses di mana penghinaan terhadap baginda telah diwajarkan.

Yang tertindas tentunya kita kerana Nabi Muhammad saw adalah utusan Allah untuk kita semua (baca: kemanusiaan). Pencaci baginda Rasul seperti Salman Rushdie, yang untuk sesetengah orang misalnya disanjung sebagai profound writer, tentu sahaja adalah penindas. Kerana itu Imam Khomeini segera menfatwakan penindas keji seperti Rushdie harus dihukum bunuh. Bukan dipertahankan. Tiada tolak ansur. Tidak mungkin seorang profound writer itu penindas. Tetapi, sesetengah orang kerana sudah mabuk, mungkin tidak bersetuju.."


Bagi sesetengah pihak ada sukar juga memahami petikan bicara Faisal Tehrani, kerana beliau menggunakan kiasan dan metafora, apatah lagi telah dinobatkan oleh DBP sebagai sasterawan muda yang berpotensi.

Saya pula turut menyentuh sebagai isi sampingan polemik itu dalam tema besar tulisan saya berkenaan "Menafsir lawatan John L. Esposito ke rumah Anwar"

Tulisan ini disusuli dengan komentar Arif yang mengulas seperti berikut:


Berikut merupakan salinan ASIAWEEK, 11 November 1993. Sila klik pada foto untuk membaca pandangan Anwar mengenai Salman Rushdie dan Ayatollah Khomenei. Anda baca dan buat penilaian sendiri. Foto ini ikhsan daripada Faisal Tehrani(http://tehranifaisal.blogspot.com)


Tulis Arif : "Saya telah membandingkan teks asal artikel ini di dalam Asiaweek dengan terjemahan ke dalam Bahasa Melayu yang dipaparkan di AIDC, dan saya mendapati penterjemahan itu sedikit kurang tepat. Saya juga mendapati terjemahan itu tidak melibatkan keseluruhan teks asal. Benarkan saya mencadangkan satu lagi terjemahan berdasarkan teks asal Asiaweek seperti yang boleh dilihat di dalam gambar di sini:

"I have read The Satanic Verses. I also read Midnight's Children much earlier. I think he's a profound writer. I disagree with him in The Satanic Verses, but you have to deal with this situation. First, it's a literary piece. And second, I think any ruling on any ill-doing of any person must be determined by a court of law. I don't believe it's legitimate for someone to make a pronouncement to condemn any person. If countries dispute the writings of Salman, it should be brought to trial. In Malaysia we chose just to ban the book, because if it weren't, there would be riots. Do you want to defend one man and have so many people killed? But these decisions are difficult because if there's no freedom of expression, then people feel intimidated every time they touch on what's considered to be a sensitive issue."

"Saya telah membaca The Satanic Verses. Saya juga telah membaca Midnight's Children lebih awal lagi dari itu. Saya menganggap dia (Salman Rushdie) adalah seorang penulis yang menampakkan pengetahuan dan pemahaman yang mendalam. Saya tidak bersetuju dengannya (Salman) mengenai The Satanic Verses, tetapi anda harus merungkai situasi ini. Pertama, ia adalah sebuah karya sastera. Dan kedua, saya beranggapan bahawa apa-apa hukuman ke atas salah laku sesiapa pun mesti ditentukan oleh sebuah mahkamah undang-undang. Saya tidak percaya adalah patut bagi seseorang untuk membuat pengumuman untuk mengutuk seseorang. Jika negara-negara mempertikaikan penulisan Salman, ia seharusnya dibawa ke muka pengadilan. Di Malaysia kami memilih hanya untuk mengharamkan buku itu, kerana jika tidak, akan berlakunya rusuhan. Adakah anda mahu mempertahankan satu orang dan mengakibatkan ramai orang lain terbunuh? Tetapi keputusan-keputusan ini adalah sukar kerana sekiranya tiada kebebasan bersuara, maka orang ramai akan berasa tertekan setiap kali mereka menyentuh apa yang dianggap sebagai isu sensitif."

Saya mencadangkan terjemahan "Saya tidak bersetuju dengannya (Salman)" berbanding "Saya tidak bersetuju dengan Khomenei..." kerana konteks frasa ini, apabila merujuk kepada ayat-ayat sebelumnya, "dia" adalah Salman Rushdie dan bukan Khomenei: "I think [he's] a profound writer. I disagree with [him]...", di mana kedua-dua [he] dan [him] itu seharusnya Salman; sekiranya "him" adalah Khomenei, maka [he] dalam ayat sebelumnya juga adalah Khomenei, dan pembacaan keseluruhan bahagian awal artikel itu akan menjadi janggal.

Di sebalik itu, tona dan intipati jawapan Anwar terhadap soalan Asiaweek itu adalah jelas: Anwar mempertikaikan tindakan Ayatollah Khomenei mengumumkan hukuman bunuh ke atas Salman Rushdie; Anwar menganggap Salman sebagai seorang sasterawan yang hebat, biarpun tidak bersetuju dengan apa yang disampaikan Salman di dalam The Satanic Verses; dan Anwar menampakkan konflik pertimbangan dan pendirian apabila berdepan dengan konsep kebebasan bersuara (freedom of expression), sentimen masyarakat, serta sindiran dan penghinaan ke atas Rasulullah dan Islam. Bagi saya, apabila berdepan dengan isu menghina Islam dan Rasul, sepatutnya tiada konflik pertimbangan lagi"


Anwar sokong atau tentang Salman Rushdie ?



Ulasan Arif itu tentunya lebih memberi kefahaman dengan teks sebenar dan ulasan terjemahan. Terima kasih saudara Arif kerana sudi membantu.

Sekarang kita teliti pula apa yang telah diterjemahkan oleh saudara Arif:

1. "Saya telah membaca The Satanic Verses. Saya juga telah membaca Midnight's Children lebih awal lagi dari itu". Anwar mengesahkan beliau telah membaca buku The Satanic Verses dan satu lagi karya Salman bertajuk 'Midnight's Children". Kata Anwar, beliau sudah baca sejak dari awal-awal lagi dan Anwar amat memahami keseluruhan isi kandungannya.

2. "Saya menganggap dia (Salman Rushdie) adalah seorang penulis yang menampakkan pengetahuan dan pemahaman yang mendalam". Anwar mengiktiraf Salman sebagai penulis berpengetahuan dan faham mendalam. Anwar label Salman sebagai "profound writer" (penulis berpengetahuan mendalam)

3. "Saya tidak bersetuju dengannya (Salman) mengenai The Satanic Verses, tetapi anda harus merungkai situasi ini.Pertama, ia adalah sebuah karya sastera. Dan kedua, saya beranggapan bahawa apa-apa hukuman ke atas salah laku sesiapa pun mesti ditentukan oleh sebuah mahkamah undang-undang". Barangkali yang ingin ditekan oleh saudara Arif adalah terma yang mengatakan Anwar tidak bersetuju dengan Salman mengenai The Satanic Verses tetapi kenyataan Anwar kontradik dengan pembelaan ke atas Salman dengan dua hujah iaitu karya sastera dan tidak boleh dihukum bunuh melainkan ditentukan oleh mahkamah.

Persoalan pertama, kalau tidak setuju dengan Salman, kenapa Anwar mengemukakan dua hujah pembelaan ke atas Salman yang merumuskan bahawa Anwar sokong Salman dan karyanya. Lagipun Anwar tidak menyatakan secara spesifik apa yang tidak dipersetujuinya dalam hasil karya tersebut, tetapi Anwar telah membuat rumusan yang sangat jelas bahawa penulis dan hasil karyanya tidak patut dicemuh kerana hanya sebuah buku sastera. Jadi apakah maksud sebenar Anwar, menentang atau menyokong Salman Rushdie ?

Persoalan kedua, kalau Anwar mengatakan Salman tidak bersalah kerana hanya teks sastera, kenapa pula Anwar mencadangkan hukuman ke atas Salman tidak wajar kecuali dijatuhkan hukuman di mahkamah. Mahkamah mana yang Anwar cadangkan untuk dakwa Salman ?, Mahkamah India atau United Kingdom ? Adakah mahkamah India mahu membicarakan buku Salman yang menghina Islam sedangkan India majoriti India merupakan negara beragama Hindu ? United Kingdom pun tidak berminat mendakwa Salman, bahkan memuji tindakan Salman dengan beri gelaran "Sir" kepada penulis The Satanic Verses itu oleh Queen Elizabeth II. Jadi apakah pilihan umat Islam yang merasa terhina apabila penulisnya terang-terangan menghina Rasulullah pujaan mereka?

4. "Saya tidak percaya adalah patut bagi seseorang untuk membuat pengumuman untuk mengutuk seseorang. Jika negara-negara mempertikaikan penulisan Salman, ia seharusnya dibawa ke muka pengadilan". Kenyataan Anwar kali ini juga merupakan perulangan kepada hujah pertama iaitu 'pihak lain tidak boleh hukum orang lain', meskipun orang itu mengguris kepercayaannya.Barangkali mengikut Anwar, itu merupakan hak asasi Salman, boleh mengutuk Islam, menghina Rasulullah sesuka hatinya, dan pihak umat Islam tidak boleh memarahinya kerana hak asasinya. Tambah Anwar lagi, mahkamah pun belum menentukan Salman bersalah atau tidak, jadi kenapa umat Islam harus melenting kepadanya. Jadi memabaca teks ini, Anwar tentang atau sokong Salman Rushdie ?

5. "Di Malaysia kami memilih hanya untuk mengharamkan buku itu, kerana jika tidak, akan berlakunya rusuhan. Adakah anda mahu mempertahankan satu orang dan mengakibatkan ramai orang lain terbunuh?". Maksudnya Anwar memilih untuk mengharamkan buku itu bukan kerana persoalan akidah tetapi bimbang jika berlaku juga rusuhan di Malaysia. Jika rakyat Malaysia boleh menerima cercaan kepada Rasulullah oleh penulis The Satanic Verses itu, maka Anwar tidak akan mengharamkannya. Bagi Anwar kebimbangan soal soal rusuhan dan kematian nyawa manusia lebih penting daripada memelihara akidah. Persoalannya umat Islam merusuh kerana apa? Marah kepada Salman Rushdie atau marah dengan penghinaan Salman yang hanya mementingkan kebebasan menulisnya hingga sanggup menghina kepercayaan umat Islam seluruh dunia ?

6. "Tetapi keputusan-keputusan ini adalah sukar kerana sekiranya tiada kebebasan bersuara, maka orang ramai akan berasa tertekan setiap kali mereka menyentuh apa yang dianggap sebagai isu sensitif." Maksudnya keputusan mengharamkan buku The Satanic Verses adalah tindakan yang sukar. Maksud Anwar, sepatutnya buku itu tidak diharamkan di Malaysia kerana menunjukkan tiada kebebasan bersuara. Adakah ini bermaksud, Anwar tidak berhasrat mengharamkan buku itu, tetapi kerana desakan-desakan pihak yang cuba menghalang kebebasan bersuara, maka buku itu terpaksa diharamkan juga kerana bimbang kalau-kalau berlaku rusuhan dan tidak mendapat sokongan politik daripada umat Islam ?

Membaca keseluruhan teks yang diterjemahkan oleh saudara Arif itu, sewajarnya kita membuat kesimpulan akhir, adakah Anwar menyokong Salman Rushdie atau menentang Salman Rusdie ? Itu sahaja kesimpulan ; Anwar sokong atau tentang? Tidak perlu kita berusaha menegakkan bahawa Anwar menentang Salman dengan hujahnya yang berbelit-belit sedangkan keseluruhan intipati jawapan Anwar merumuskan memang Anwar menyokong Salman Rusdie dengan merumuskan pada awalnya bahawa karya The Satanic Verses adalah hasil sastera.

Anwar tidak cemuh Khomenei ?



Membaca teks yang diterjemahkan oleh saudara Arif tidak bersetuju nama Ayatollah Ruhollah Khomeini dikaitkan dengan ini. Menurut Arif polemik ini hanya antara Anwar dan Salman Rushdie sahaja.

Tulis Arif, "Saya mencadangkan terjemahan 'Saya tidak bersetuju dengannya (Salman)' berbanding "Saya tidak bersetuju dengan Khomenei..." kerana konteks frasa ini, apabila merujuk kepada ayat-ayat sebelumnya, "dia" adalah Salman Rushdie dan bukan Khomenei.

Diandaikan kita menerima peterjemahan saudara Arif yang tidak mahu mengaitkan nama Ayatollah Ruhollah Khomeini, maka siapakah pula yang dimaksudkan Anwar sebagai "Saya tidak percaya adalah patut bagi seseorang untuk membuat pengumuman untuk mengutuk seseorang. Jika negara-negara mempertikaikan penulisan Salman, ia seharusnya dibawa ke muka pengadilan" . Siapakah dan negara manakah yang paling lantang mengkritik Salman Rushdie?

Apakah ini bermaksud hanya Anwar sahaja berpolemik dengan Salman Rushdie dan tidak ada umat Islam dari negara lain memprotes buku menghina Rasulullah itu. Adakah ini bermaksud kritikan dan ancaman bunuh ke atas Salman Rushdie sebenarnya tidak wujud dan Salman diterima baik oleh seluruh umat Islam seperti yang disarankan oleh Anwar. Benarkah fakta ini?

Sedangkan menurut wikipedia Salman Rushdie, menjelaskan fakta sebaliknya, "His fourth novel, The Satanic Verses (1988), led to protests from Muslims in several countries, some of which were violent. Faced with death threats and a fatwā (religious edict) issued by Ayatollah Ruhollah Khomeini, then Supreme Leader of Iran, which called for him to be killed, he spent nearly a decade largely underground, appearing in public only sporadically"

Laman web kirjasto.sci.fi turut menyokong Ayatollah Ruhollah Khomeini merupakan tokoh paling lantang mengkritik Salman Rushdie dan menawarkan hukuman bunuh ke atas penulis itu.

Tulis laman itu, "When Ayatollah Khomeini called on all zealous Muslims to execute the writer and the publishers of the book, Rushdie was forced into hiding. Also an aide to Khomeini offered a million-dollar reward for Rushdie's death. In 1993 Rushdie's Norwegian publisher William Nygaard was wounded in an attack outside his house. In 1997 the reward was doubled, and the next year the highest Iranian state prosecutor Morteza Moqtadale renewed the death sentence. During this period of fatwa violent protest in India, Pakistan, and Egypt caused several deaths"

Web contemporarywriters.com pula menyokong pernyataan di atas dengan menulis, "The publication in 1988 of his fourth novel, The Satanic Verses, lead to accusations of blasphemy against Islam and demonstrations by Islamist groups in India and Pakistan. The orthodox Iranian leadership issued a fatwa against Rushdie on 14 February 1989 - effectively a sentence of death - and he was forced into hiding under the protection of the British government and police"

Jika saya senaraikan carian-carian yang lain, jawapannya tetap sama iaitu buku The Satanic Verses dikecam oleh seluruh umat Islam dan langkah terakhir adalah ancaman bunuh daripada Ayatollah Khomeini, setelah merasakan tidak mungkin penulis itu akan didakwa di mahkamah.

Membaca semula terjemahan Arif, kita patut bertanya adakah Anwar bersetuju kritikan umat Islam mencemuh Salman dan hasil karya itu ? Adakah Anwar bersetuju dengan ancaman bunuh Ayatollah Khomeini ? Kalau bersetuju kenapa Anwar (seperti yang diterjemahkan sudara Arif) secara sinis berkata, "saya beranggapan bahawa apa-apa hukuman ke atas salah laku sesiapa pun mesti ditentukan oleh sebuah mahkamah undang-undang. Saya tidak percaya adalah patut bagi seseorang untuk membuat pengumuman untuk mengutuk seseorang. Jika negara-negara mempertikaikan penulisan Salman, ia seharusnya dibawa ke muka pengadilan"

Kalau ayat Anwar sesinis ini, dengan mengkritik semula umat Islam yang memprotes buku The Satanic Verses dengan bersandarkan kebebasan berkarya, adakah tidak mungkin ayat seperti ini seperti menemplak Ayatollah Khomeini yang sebelum ini pernah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas penulis itu ?

Kalau Anwar mempertahankan Salman Rushdie dengan berdasarkan hak asasi dan kebebasan bersuara, kenapa pula Anwar tidak pernah mempertimbangkan hak asasi umat Islam dan mempertahankan kebebasan kepercayaan yang dianuti seluruh umat Islam sedunia?


Profound writer

Anwar tidak kritik Salman Rushdie, sebaliknya memuji penulis itu sebagai 'profound writer' (seorang penulis yang mempunyai pengetahuan yang mendalam).



Sangat besar penghormatan Anwar, walaupun tidak sebesar pemberian anugerah 'Sir' oleh oleh Queen Elizabeth II.

Ketika seluruh umat Islam mengkritik Salman Rusdie dan hasil karyanya, Anwar pula memuji dengan memberi gelaran sebagai penulis yang hebat (profound writer). Jadi Anwar bersama-sama aspirasi seluruh umat Islam sedunia atau bersama-sama bersekongkol dengan pihak Barat (bukan Islam) yang memuji serta memberi anugerah kepada penulis itu ?




Apa pula kata guru Anwar, John Esposito terhadap kecaman umat Islam ke atas Salman Rushdie itu? Adakah John Esposito yang dipuja Anwar itu sebagai 'pembela umat Islam' juga mengecam Salman Rusdie atau sebaliknya ?

Kata John, "What's different from past events is how major Muslim leaders are condemning it. The fatwa against Salman Rushdie [after his novel "Satanic Verses" was regarded as blasphemous] brought more mixed reactions. They created a gray area. Now the Muslim mainstream is going on the record as saying this is not only irrational but unislamic. They are setting the stage for the possibility that this turns out to be a Muslim terrorist. They want to distance themselves"

Tulis John lagi, "The Ayatollah Khomeini's condemning of novelist Salman Rushdie to death for blasphemy for his Satanic Verses, combined with Iraqi President Saddam Hussein's call for a holy war against the West during the 1991 Persian Gulf War, reinforce fears of a political and cultural confrontation. This is magnified by some who, like Krauthammer, reduce contemporary realities to the playing out of ancient rivalries: "It should now be clear that we are facing a mood and a movement far transcending the level of issues and policies and the governments that pursue them. This is no less than a clash of civilizations--a perhaps irrational but surely historic reaction of an ancient rival against our Judaeo-Christian heritage, our secular present, and the worldwide expansion of both."

Jika Anwar memuji Salman sebagai 'profound writer', gurunya John Esposito juga sependapat dengan mengatakan Salman adalah seorang 'intelektual yang bijak'.

Jadi tiada bezanya pandangan muslim Malaysia bernama Anwar Ibrahim dengan Kristian Orientalis bernama John Esposito. Sebab itu, Anwar boleh berguru dengan John Esposito, meskipun beliau merupakan seorang orientalis yang menjadi penasihat kepada kerajaan Amerika.

Salman Rushdie & The Satanic Verses



Salman Rusdie, anak seorang Muslim dilahirkan di Bomby pada 19 June 1947 dan bersekolah di Gereja Jhon Conon kemudian di King Kolej, Cambridge.

The Satanic Verses adalah karya ke-empat karya Salman Rushdie,diterbitkan pada tahun 1988. Dia menulis buku ini pada usia 47 tahun .

Jodol The Satanic Verses bermaksud "Ayat-ayat Syaitan" yang disinonimkan dengan kehidupan Nabi Muhamad SAW.

Buku ini berjumlah 547 halaman. Dicetak oleh penerbit Viking (pemilik Yahudi) anggota jaringan penerbit Penguin.

Menurut sumber, Salman Rushdi menulis buku itu karena kerana diupah 850 ribu pound oleh pimpinan Viking (Yahudi), yang berniat untuk merosakan imej Islam.

Antara isi kandungan buku itu yang menyimpang dengan akidah Islam antaranya adalah;

1. Salman menulis wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah adalah dihantar oleh Syaitan dan seterusnya, Rasulullah tertipu dengan wahyu tersebut. Kemudian, Rasulullah menyampaikan wahyu tersebut sebagai ayat atau surah dalam Al-Quran

2. Pusat Pelacuran di Kota Mekah diuruskan oleh kesemua isteri Rasulullah

3. Salahuddin Al-Ayubi, Panglima Perang Islam dalam Perang Salib dikatakan sebagai syaitan.

Meskipun Anwar mengklasifikasi buku The Satanic Verses sebagai karya sastera, tetapi penghinaan ke atas Rasululullah dan Islam amat teruk sekali.

Malah tidak wajar sama sekali Anwar memberi gelaran "Profound writer", kepada penulis itu. Apa pengetahuan mendalam Salman Rushdie seperti yang dipuji Anwar jika Rasulullah dan Islam diperkotakkatikan ?


Anwar bela Islam atau Barat ?

Anwar selalu menyebut beliau selalu mendengar fatwa daripada Yusof Al-Qardawi, tetapi kita tidak pernah mendengar Anwar menulis,selepas dibebaskan dari penjara pada tahun 2004, saya berada di Mesir selama dua tahun untuk belajar dengan Yusof Al-Qardawi atau saya berada di universiti Al Azhar selama tiga tahun untuk mendalami ilmu Islam. Tidak pernah kita dengar Anwar menulis seumpama itu.

Tetapi apa yang sering kita dengar, sebaik sahaja dibebaskan dari penjara, Anwar terus berhijrah ke United Kingdom, menjadi pensyarah pelawat di St. Anthony’s College, Oxford selama satu tahun(2004-2005. Kemudian berpindah ke Amerika menjadi pensyarah pelawat di dua buah universiti yang ditubuhkan oleh Yahudi iaitu Johns Hopkins University selama satu tahun (2005-2006) dan Georgtown University juga selama satu tahun (2006-2007).

Malah orang pertama yang melawat Anwar di Munich, bukannya Yusof Al-Qardawi, sebaliknya seorang Yahudi, bergelar 'arkitek perang Iraq' bernama Paul Wolfowitz. Kalaupun Anwar berjumpa dengan Yusof Al-Qardawi hanya sehari dua, sedangkan Anwar berkhidmat dengan Paul Wolfowitz di Bank Dunia, hampir setahun. Malah lebih setahun Anwar mengambil masa berguru dengan John Esposito di Universiti Georgetown.

Sebab itu Anwar Ibrahim sanggup bertuankan kepada John Esposito di the Center for Muslim-Christian Understanding, Universiti Gergetown Amerika.

Untuk apa Anwar menimpa Islam di Amerika dan bukannya di Timur Tengah ? Sila baca artikel sebelumnya bertajuk " Bukan setakat Condoleeza Rice..Al Gore pun sokong Anwar"

Maka di atas premis ini, tidak hairan jika si Yahudi bernama Paul Wolfowitz menulis biodata Anwar untuk pencalonan Anwar Ibrahim 100 Tokoh Dunia (TIME)dan tidak hairan juga jika guru Anwar, si orientalis menulis buku khas bertajuk "Makers of Contemporary Islam" mengiktiraf sumbangan Anwar sebagai Muslim Moderate.


AIDC
23 Ogos 2008

Baca selanjutnya...

Kabinet bayangan Pakatan Rakyat kini tersebar

Foto dari web masterdedah.com. Klik pada foto untuk besarkan imej

Kabinet bayangan Pakatan Rakyat kini tersebar


KUALA LUMPUR: Senarai 'Kabinet Bayangan' Pakatan Rakyat yang kini dikatakan tersebar di Permatang Pauh, menampilkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan tiga Timbalan Perdana Menteri, termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Dua lagi Timbalan Perdana Menteri diberi kepada peguam Anwar yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), R Sivarasa dan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee.

Malah, senarai itu turut diperoleh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Parlimen, hari ini.

baca artikel asal di berita harian



Baca selanjutnya...

Pemimpin Asing Sedia Bantu Saya - Anwar


Pemimpin Asing Sedia Bantu Saya - Anwar


BUKIT MERTAJAM, 21 Ogos (Bernama) -- Hampir di setiap ceramah, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti menyebut nama-nama pemimpin asing yang menurutnya memberi sokongan kepada beliau dalam usahanya memenangi hati pengundi di Permatang Pauh.

Antara nama yang disebut ialah bekas Presiden Indonesia Gus Dur atau Abdurrahman Wahid, bekas Presiden Filipina Joseph Estrada, ulama terkenal Yusof Qardhawi dan yang terbaru beliau mengaitkan bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair kononnya turut menyokongnya.

Malah, katanya ada pemimpin luar negara yang menawarkan kapal terbang serta mahukan khidmat beliau sebagai penasihat.

"Saya tak mahu dolak dalik. Ada pemimpin dari luar tawarkan kepada saya kapal terbang dan ada juga anak raja Arab yang dua kali telefon saya minta saya jadi penasihat dia.

Saya kalau nak, cakap saja apa, anak raja itu akan bagi. Nak rumah macam istana dia bagi, nak gaji besar berbilion-bilion pun dia bagi tapi nak bagi puteri tak tahulah. Dia tak bagi kot.

"Sewaktu saya jadi pensyarah di luar negara, ada juga orang yang tawarkan saya jawatan yang tinggi. Tapi itu saya tak mahu."

Anwar juga mendakwa kononnya pelabur-pelabur asing sedia membantunya menaikkan ekonomi negara jika beliau menjadi pemimpin.

"Pelabur-pelabur luar pun ada jumpa saya. Mereka cakap, Anwar, kamu pimpinlah negara ini kerana kalau kamu pimpin, ekonomi negara ini akan kami naikkan dalam masa tiga bulan. Itu kamu tak perlu risau," katanya pada hadirin di ceramahnya di Kampung Pertama, Permatang Janggus dekat sini.

Sebelum ini, beberapa penganalisis politik berpendapat tindakan Anwar mengagung-agungkan pemimpin-pemimpin luar dan mempergunakannya dalam setiap kempennya itu memperlihatkan bahawa beliau semakin terdesak.

Mereka berpendapat, sokongan daripada luar tidak dapat mempengaruhi undi dan kebanyakan bekas pemimpin itu masih dipengaruhi oleh dasar dan hubungan yang dibuat oleh Anwar ketika beliau mempunyai kedudukan.

Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh diadakan pada 26 Ogos ini berikutan peletakan jawatan oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 31 Julai lepas bagi memberikan laluan kepada suaminya, Anwar bertanding.

Pilihan raya kecil itu akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Anwar, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) Hanafi Mamat.

baca sumber asal di bernama.com







Baca selanjutnya...

21 Ogo 2008

Anwar pernah hentak meja desak lulus lesen judi

Anwar semasa menjadi Menteri Kewangan sentiasa berkawan baik dengan tokey judi. Foto di atas menunjukkan betapa eratnya Anwar dengan Vincent Tan, tokey judi sport toto dan Pengerusi Berjaya Group. Gambar dirakam di kelab menunggang kuda kepunyaan Vincent. Salah satu kegemaran Anwar adalah menunggang kuda, hingga pernah sakit tengkok akibat jatuh dari kuda

Anwar pernah hentak meja desak lulus lesen judi

Aug 21, 08 12:26pm
Semasa menjadi timbalan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa mendesak kerajaan Sabah meluluskan lesen empat ekor kepada syarikat yang beliau mempunyai kepentingan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Anwar pernah menghentak meja dan membuang fail bagi membuat desakan itu sewaktu kerajaan Sabah diketuai Datuk Yong Teck Lee, kata timbalan perdana menteri.

"(Beliau) nak lesen itu kerana abangnya pengerusi syarikat berkenaan," katanya semasa berucap dalam kempen pilihanraya kecil kerusi parlimen Permatang Pauh di Seberang Jaya malam ini.

Yong dilantik sebagai ketua menteri Sabah pada 1996 hingga Mei 1998, sementara Anwar menjadi timbalan perdana menteri dari 1993 hingga beliau dipecat daripada Umno pada September 1998.

Menurut laporan Bernama, Najib berkata beliau bangga dengan tindakan kerajaan Sabah yang lebih berprinsip daripada Anwar kerana tidak meluluskan lesen itu.

"Sekarang dia (Anwar) menyebut-nyebut tentang masyarakat madani tetapi dulu minta luluskan lesen judi," katanya.

Sebelum itu, pada satu majlis di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah, Najib mengumumkan sumbangan khas sebanyak RM100,000 bagi setiap masjid dan RM30,000 bagi setiap surau di kawasan parlimen tersebut.

Beliau juga telah meminta umat Islam bersatu demi menegakkan syiar Islam dan perpaduan ummah.

Katanya tindakan itu amat perlu memandangkan ketika kini banyak pihak yang cuba mencabar Islam terutama melalui penganjuran forum terbuka.

"Dengan bersatu tidak bermakna kita hendak menggugat hak orang lain, tetapi kita perlu membuat orang merasa segan dan hormat kepada kita," katanya.

baca artikel asal di Malaysiakini


Baca selanjutnya...

Anwar Boneka Barat


+++++Video setakat ini sahaja+++++




Baca selanjutnya...

20 Ogo 2008

Menafsir lawatan John L. Esposito ke rumah Anwar


Menafsir lawatan John L. Esposito ke rumah Anwar


Berikut merupakan catatan peribadi Anwar di blognya mengenai lawatan John L. Esposito, seorang orientalis, guru Anwar yang menjadi Pengarah Center for Muslim Christian Understanding (CMCU) di Universiti Georgetown, Amerika.

Hayati dan perhalusi apakah maksud tersurat dan tersirat Anwar itu :

Semalam kami sekeluarga melayani sarjana tersohor Profesor John Esposito dan isterinya Jean. Majlis makan malam disertai oleh beberapa teman; Wensi dan isterinya Annie, dua tokoh politik dari Filipina, Profesor Osman Bakar dan isteri; Badariah.

Kami tidak melepaskan peluang untuk berbicara dan berkongsi pandangan mengenai karya John yang terbaru, Who Speaks for Islam yang sudahpun diterjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia. Edisi terjemahan tersebut akan dilancarkan pada Ahad ini di Jakarta.

John merupakan Pengasas dan Pengarah Center for Muslim Christian Understanding di Universiti Georgetown, tempat saya mengajar sesi 2005-2006. Kami sebenarnya sudah merancang untuk bertemu cumanya agak kerisauan tidak dapat memenuhi janji tersebut kerana hadir ke mahkamah pada hari Khamis.

Masa yang saya luangkan untuk mengajar di Universiti Georgetown banyak meninggalkan kenangan manis. Sudah pasti jadualnya tidak sebegitu ketat ketimbang jadual saya dan Azizah di Malaysia. Subjek politik Asia Tenggara tenyata menarik minat sekian ramai penuntut cemerlang dan pengamat politik rantau ini. Saya berharap mereka memberi tumpuan saat ini kerana Malaysia sedang melalui detik penting dalam sejarahnya.

Manakala tengahari tadi sebelum bertolak ke Permatang Pauh tamu istimewa dari Indonesia saudara Adi Sasono dan isteri datang berkunjung ke kediaman saya. Adi merupakan mantan Ketua Umum Ikatan Cendekiawan Muslim Indonesia dan sekarang merupakan Ketua Umum Dewan Koperasi Indonesia. Di samping menikmati juadah makan tengahari, kami bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan terbaru politik semasa Malaysia dan Indonesia


ANWAR IBRAHIM



Berikut pula jawapan Anwar tentang hubungannya dengan John Esposito. Anwar menegaskan kenapakah John Esposito perlu dicurigai kerana beliau merupakan anak murid kepada almarhum Ismail Alfaruqi, bekas pensyarah Universiti Temple, Amerika (guru Anwar)

Saya syorkan Sdr Thales membaca ulasan H Amri. Agak aneh kecurigaan sdr! Esposito merupakan murid almarhum Ismail al Faruqi, sarjana dan pengulas handal menyanggah prasangka kelompok pelampau anti Islam di Barat utamanya di Amerika Syarikat. Ulama serta sarjana Islam saperti Syed Hussin Nasr, Sheikh Nuh dan lain-laim menjalin hubungan baik dengan beliau. Akhirnya bacalah karya terbaru beliau - Who Speaks For Islam?
ANWAR IBRAHIM


Ulasan AIDC

Pertemuan pemikir Islam Amerika

1. Kedatangan John Esposito, Prof. Osman Bakar dan keluarga masing-masing bukan sekadar untuk membincangkan buku karya terbaru John iaitu 'Who Speaks for Islam', tetapi untuk memikirkan langkah-langkah yang sewajarnya diambil dalam menangani isu terbaru mengenai kes liwat Anwar dan Saiful.

2. Ini diperkuatkan lagi apabila Anwar tulis turut dihadiri dua tokoh politik Filipina yang juga menjadi sekutu Amerika.

3. Prof Osman Bakar pula merupakan sahabat Anwar paling akrab, sejak dari zaman ABIM hingga sekarang. Beliau merupakan panel pemikir Anwar dan panel pemikir think tank Anwar, Institut Kajian Dasar (IKD). Malah sebelum Anwar menjadi pensyarah pelawat di CMCU di Georgetown University, tempat itu sebelumnya pernah dijawat oleh Prof. Osman Bakar.

4. Bernama 16 April 2001 memetik kata-kata Prof Osman Bakar, ketika itu menjadi Ketua Jabatan Pengajian Islam di Georgetown University, berkata "The United States is the freest country in the world. Historically, Islam flourishes in a society where there's freedom".

5. Maksudnya Prof Osman Bakar mengiktiraf America sebagai "Pusat Mekah kedua" untuk golongan-golongan sepertinya menimba Islam. Hujah ini berdasarkan di Amerikalah munculnya pelbagai institusi berjenama Islam yang diistilah oleh Mohamad Sabu (Naib Presiden PAS sebagai "Islam Amerika" iaitu, Institute of International Islamic Thought (IIIT); the Centre for Studies of Islam and Democracy (CSID); the American Muslim Council; the Council for American-Islamic Relations (CAIR), Muslim American Society (MAS); Muslim Public Affairs Council; and the United Association for Studies and Research.

6. Pusat-pusat pertumbuhan pelbagai institusi ini adalah di pusat pengajian tinggi Amerika seperti Georgetown dan John Hopkins. Pertubuhan Islam itu pula ditaja oleh pelbagai dana dan yayasan Amerika yang kebanyakannya diketuai oleh Yahudi.

7. Misalnya the Centre for Studies of Islam and Democracy (CSID)ditaja oleh dana The National Endowment for Democracy (NED). Pemegang utama dana NED adalah Yahudi neo-konservatif Amerika iaitu Vin Weber (Pengerusi) dan Carl Gershman (Presiden). Klik organisasi NED

Bayangan Orientalis dan Amerika di belakang Anwar

1. Walaupun Anwar cuba melindungi pembacanya mengatakan jangan curiga dengan John Esposito kerana beliau anak murid almarhum Ismail alFaruqi (guru Anwar di Universiti Temple, Amerika yang mati dibunuh) dan Anwar memberi imej positif kepada John sebagai 'pembela prasangka kelompok pelampau anti Islam di Barat', namun prasangka Muslim berterusan kerana John tetap Orientalis.

2. Guru Anwar dan John iaitu almarhum Ismail Faruqi pun dicurigai hingga dibunuh dalam keadaan misteri, (ada berpendapat dibunuh kerana mendorong kegiatan homoseksual di kalangan pelajar) apatah lagi melupuskan prasangka ke atas seorang bukan Islam (tetapi banyak tahu mengenai Islam-orientalis) seperti John Esposito.

3. Tidak dapat disangkal oleh sesiapapun John Esposito tetap seorang orientalis, yang nampak bersimpati dengan dunia Islam, tetapi hakikatnya berpihak kepada bukan Islam. Apatah lagi John Esposito merupakan penasihat khas kerajaan Amerika berkaitan dengan hubungan luar di negara-negara Islam. Kalau John Esposito bersimpati dengan dunia Islam, kenapakah beliau tidak menasihati kerajaan Amerika agar jangan menyerang Afganistan, Iraq dan memecah belahkan perpaduan Islam di Palestin untuk menguatkan dominasi Israel?

4. Baca ulasan selanjutnya dalam artikel bertajuk, "Kenapa Anwar berguru dengan orientalis ?"

5. Anwar kata John 'pembela prasangka kelompok pelampau anti Islam di Barat'. Kelompok 'pelampau' anti Islam di Amerika mula berkembang apabila peristiwa 9/11. Tuduhan itu dipromosi oleh kerajaan Amerika mengatakan kejadian letupan bangunan WTC angkara 'pelampau Islam?' Iraq. Tidak semena-mena Iraq diserang, walaupun sehingga kini gagal menyiasat siapakah dalang di sebalik insiden 9/11 itu.

Inilah dia tokoh Yahudi berfahaman Zionis yang menuduh kejadian 9/11 (pengeboman WTC Amerika) disebabkan 'ektrimis' Islam khususnya arahan Sadam Hussein, Iraq.Nama Zionis itu ialah Paul Wolfowitz, berjawatan Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika. Anwar yang berada di penjara ketika itu turut menyumbang saham, memburuk-buruk umat Islam dengan menulis surat menyokong hipotesis Wolfowitz. John Esposito pula berperanan beri nasihat kepada Amerika dengan mengatakan kelompok Islam terpecah kepada dua kelompok. Pertama ektrimis (kumpulan bahaya) dan kedua Muslim Moderate (kumpulan Islam yang 'sebenar' dan pro Amerika). Sokongan Anwar dan John lebih mendorong Zionis yang berjawatan Timbalan Setiausaha Pertahanan mengerahkan bala tentera Amerika menghancurkan Iraq. Sehingga habis perang, tiada sebarang bukti yang mengaitkan Sadam dengan pengeboman WTC, tetapi Amerika berjaya menemui telaga minyak yang amat bernilai.


6. John tidak pernah bersimpati dengan kelompok Islam yang bercita-cita menegakkan perundangan Islam atau 'negara Islam', malah John menuduh kelompok ini sebagai kumpulan teroris.

7. Sebab itu, John menulis buku khas "Makers of Contemporary Islam" untuk memisahkan antara kelompok Islam teroris dengan kelompok Islam Moderate. Menurut John Muslim Moderate merupakan golongan Islam yang sebenar-benarnya Muslim dan beliau hanya menamakan dua tokoh dari ASEAN yang berhak mendapat gelaran Muslim Moderate iaitu Anwar Ibrahim dan Abdul Rahman Wahid (Gus Dur).

8. Bukankah itu merupakan perancangan halus orientalis memecahkan muslim kepada teroris dan muslim moderate. Golongan muslim yang bercita-cita memperkasakan perundangan Islam dilabel sebagai teroris, manakala golongan Muslim yang menolak perindangan Islam dan pro-Amerika dilabel sebagai Muslim Moderate.

9. Persoalannya layakkah umat Islam yang berpandukan Al Quran dan As Sunah perlu mendapat kultus daripada orientalis yang berasaskan pemikiran dan perancangan jahat Amerika?


Rangkaian Islam Amerika

1. Turut disentuh dalam tulisan Anwar beberapa lagi nama-nama muslim seperti Adi Sasono (ICMI), Syed Hussin Nasr, Sheikh Nuh. Semua nama-nama ini merupakan pemikir dan rangkaian Islam Amerika.

2. Adi Sasono adalah pembantu khas kepada BJ Habibie (kawan rapat Anwar, peneraju utama ICMI-Ikatan Cendekiawan Muslim Indonesia). ICMI didominasi BJ Habibie, seumpama ABIM dimonopoli Anwar Ibrahim.

3. Syed Hussin Nasr, adalah warga Iran yang menetap di Amerika dan menjadi pensyarah di George Washington University. Beliau merupakan pemikir Islam yang mempunyai fahaman sama dengan Anwar iaitu dunia Islam perlu tunduk kepada pusat kekuasaan dunia, Amerika Syarikat.

4. Bermakna nama-nama yang catat oleh Anwar dalam tulisannya adalah daripada rangkaian Islam Amerika, jadi apakah ini bermakna kedatangan John menemui Anwar ke rumahnya di Bukit Segambut untuk mendapatkan maklumat lengkap dan terperinci ke atas apa yang berlaku di Malaysia dan laporan itu akan dibawa oleh John ke Amerika untuk diserahkan kepada kerajaan Amerika?

Kesan pengaruh Islam Amerika ke atas Malaysia

1. Guru Anwar adalah orientalis, beragama Kristian. Anwar menjadi pesyarah pelawat di Pusat Persefahaman Muslim & Kristian, Georgetown Amerika. Malah Anwar juga penceramah Amerika ke negara-negara Islam bertajuk "Muslim & Demokrasi" yang juga idea gurunya John Esposito.

2. Jadi apakah Anwar warganegara Malaysia, yang Islam merupakan agama rasmi akan membawa idea Islam Amerika ke Malaysia? Idea Islam Amerika adalah mewujudkan lebih ruang kepada agama-agama lain terutamanya Kristian dalam mendapat tempat di Malaysia, membenarkan Muslim murtad dan membenarkan proses penyebaran agama lain ke atas orang Melayu.

3. Apabila perlembagaan Malaysia menetapkan Islam sebagai agama rasmi, bermakna Islam mendapat kedudukan yang lebih tinggi di Malaysia, sesuai dengan majoriti penduduknya yang majoriti beragama Islam. Dengan erti kata lain kedudukan agama Islam di Malaysia terpelihara, makhkamah syariah dibentuk dan percubaan untuk murtad di kalangan orang Melayu dihalang.

4. Keadaan ini tidak disenangi oleh aktivis-aktivis Kristian yang memilih PKR bagi merobah status quo yang telah dimiliki agama Islam di Malaysia. Antara aktivis Kristian yang paling lantang ialah Irene Fernandez, Dr Xavier Jayakumar, Dr Jefrey Kitingan, Elizabert Wong dan lain-lain

5. Irene Fernandez secara lantang menyatakan rasa tidak senang dengan kerajaan Malaysia menghalang penerbitan Herald (Majalah Kristian) tidak dibenarkan ditulis dalam Bahasa Melayu. Menurutnya kerajaan Malaysia menghalang penerbitan Herald bagi menghalang masyarakat Melayu membaca 'kebenaran ' agama Kristian.

6. Dr Xaxier Jayakumar, berjawatan Penolong Setiausaha PKR Pusat adalah Aktivis Kelab Rotary, satu pertubuhan Freemason yang ditaja Yahudi.

7. Sebab itu sebaik sahaja Dr. Xavier Jayakumar dilantik exco Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor, proses perkembangan kegiatan IFC mula berkembang di negeri itu.

8. Kerajaan Pulau Pinang di bawah DAP pula menubuhkan 'Majlis Silatulrahim Antara Agama' bahasa lain kepada IFC. Malah, Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang telah membenarkan permohonan Siti Fatimah Tan Abdullah untuk mengisytiharkan dirinya bukan lagi seorang Islam (murtad) pada 8 Mei 2008.

Anwar and his wife Dr Wan Azizah were surprise invitees of the Catholic Archbishop Murphy Pakiam to the Christmas Day open house hosted by the Christian Federation of Malaysia at Bukit Nanas on December 25


9. Anwar pula dalam wawancara dengan Malaysiakini pada 14 Ogos, menegaskan forum membincangkan isu murtad harus dibenarkan di negara ini.

10. Kata Anwar, "Mungkin kami tidak menjelaskannya dengan baik. Tetapi kenyataan saya cukup jelas - sebelum itu - untuk mengatakan bahawa, sebagai satu prinsip, kita mesti benarkan (forum memeluk Islam) ini"

Sambutan hari jadi Anwar ke 61 di Restoran Marche, Kuala Lumpur.


11. Malah lebih tragis lagi dalam membahaskan mana-mana isu murtad di Malaysia, Anwar menyebelahi di pihak bukan Islam. Anwar berpihak kepada Lina Joy, Subashini dan S Moorthy dalam kes murtad mereka.

Foto Majalah ASIAWEEK 11 November 1993, dipetik dari blog Faisal Tehrani


12. Sebab itu jika dilaporkan Anwar pernah mengeluarkan kenyataan menyokong Salman Rusdie, orang yang menghina Rasulullah dalam buku "The Satanic Verses" perkara itu tidak menghairankan.

13. Sokongan Anwar kepada penghina Rasulullah itu (Salman Rushdie) diistilah Anwar sebagai profound writer (karyawan mendalam pengetahuannya) telah disiar dalam majalah ASIAWEEK pada 11 November 1993.





14. Kata Anwar "Saya telah membaca The Satanic Verses. Bagi saya, beliau adalah seorang karyawan yang amat mendalam pengetahuannya. Saya tidak bersetuju dengan Khomenei mengenai The Satanic Verses. Tetapi ia perlu diberikan penelitian berikut. Pertama, penulisan buku ini merupakan hasil sastera. Kedua, bagi saya apa2 hukuman ke atas seorang pesalah perlulah diputuskan oleh sebuah mahkamah undang2..keputusan seumpama ini amat sukar kerana sekiranya TIDAK ADA KEBEBASAN BERFIKIR, orang ramai akan merasa terugut bilamana mereka menyentuh hal-hal yang dianggap sensitif".

15. Pegangan Anwar dalam prinsip Persefahaman Muslim & Kristian, dijelaskan oleh Anwar sendiri dalam perjumpaan tertutupnya dengan Christian Federation of Malaysia (CFM) di Petaling Jaya kira-kira sebulan sebelum PRU ke 12.

Laporan perjumpaan tertutup Anwar dengan CFM seperti yang dilaporkan dalam Malaysiakini seperti berikut;

Anwar explains his stance to Christian leaders

Terence Netto | Feb 2, 08 11:42am
De facto PKR leader Anwar Ibrahim was subjected to a rigorous examination of his stances on religious issues by about 200 Christian clerics and lay activists and appeared to emerge intact.

There was no variance between his public pronouncements and his private assurances to his inquisitors, an observer at a recent dialogue between Anwar and the Christian leaders noted.

The closed-door dialogue session held in Petaling Jaya on Wednesday morning ran several minutes past lunchtime, which some attendees, assured of anonymity, said was a sign of the eagerness of Anwar's interlocutors to probe him on issues of deep concern to Malaysia's 2.2 million Christians. The meeting began at 9.30am.

Organised by the Christian Federation of Malaysia, the dialogue was the first of several the CFM plans to hold with political parties in the run-up to the 12th general election.

Hitherto viewed with suspicion by Christian leaders because of his association with the Islamisation drive by the government inaugurated when he joined Umno in 1982, Anwar and his wife Dr Wan Azizah were surprise invitees of the Catholic Archbishop Murphy Pakiam to the Christmas Day open house hosted by the Christian Federation of Malaysia at Bukit Nanas on December 25. It was a sign that the PKR leader was being viewed in a new light.

For the dialogue session, Anwar was accompanied by PKR information chief Tian Chua and supreme council member Dr. Xavier Jeyakumar.

Anwar told his audience said his Islamist convictions were no hindrance to his defence of a free and democratic Malaysia that adhered to the Merdeka Constitution. He said an independent and impartial judiciary would go a long way to ensure that Malaysians enjoyed the rights vouchsafed them by the Merdeka Constitution.

He said PKR was not in favour of establishing an Islamic state but he, like many Muslims, was averse to the notion of a secular state which to Muslims carries the implication that a God-mandated philosophy had no bearing on public life.

‘Allah’ should be allowed

He said PKR enjoyed a unique advantage in that it could mediate the middle ground between the secularism of the Democratic Action Party and the Islamism of PAS. He said PKR's mediation of this ground helped to sharpen everyone's awareness that the rights guaranteed by the Merdeka Constitution deserved upholding.

Anwar said since an entire generation of Malaysians had grown up using Bahasa Malaysia as a medium of communication, he saw no reason why Christian Malaysians in their prayers could not use the Arabic term for God - 'Allah'.

Probed about his role in the Islamisation campaign by the government instituted when he was part of the ruling party between 1982 and 1998, Anwar denied there ever was an order to take down crosses from mission schools.

He said zealous lower echelon officials may have gone overboard by removing these crosses but these underlings acted of their own volition, and not at executive behest.

Anwar said the widow of the late mountain climber, S Moorthy, should have been allowed to bury her husband because it was she who cared for him.

He said a PKR government would ensure that syariah courts were headed by judges of calibre trained at quality Islamic universities. He said he was in favour of syariah courts enforcing Islamic family and inheritance laws on Muslims but that they should have no jurisdiction over non-Muslims.








Baca selanjutnya...