Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit: Klik di sini
NOTIS
Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com
PERMATANG PAUH: Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan akuan bersumpah bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan sebagai politik murahan ketika "kempen". Di sini, Anwar berkata ia merupakan permainan taktik kotor Umno dan Barisan Nasional.
Penamaan calon bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh akan diadakan pagi esok.
Ketika bercakap kepada wartawan di kawasan Permatang Pasir, di sini malam ini, Anwar berkata beliau telah merujuk dakwaan kes meliwat itu kepada Mahkamah Syariah.
"Saya telah merujuk kepada Mahkamah Syariah berkenaan dakwaan ini sebulan yang lalu dan pihak mahkamah mahu menemui Saiful tetapi polis tidak membenarkan pegawai mahkamah berjumpa dengannya (Saiful).
"Permainan apa ini? Apa polis punya permainan. Kalau nak ikutkan prosedur Islam, pergilah ke Mahkamah Syariah. Ini gimik politik," kata beliau.
Anwar menambah, sehari sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan tarikh Pilihan Raya Kecil Parlimen Pematang Pauh beliau telah didakwa di mahkamah dan menjelang hari penamaan calon esok upacara bersumpah Saiful pula diadakan.
"Ini politik kotor Umno yang terdesak," kata beliau.
" Wallahi Wabillahi Watallahi ….Saya, Mohd Saiful Bukhari Azlan bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim pada 26-6-08 iaitu pada tarikh tersebut Dato Seri Anwar IBrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta atas pengakuan ini maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat " – akhirnya sms yang mengatakan saiful akan bersumpah laknat terjawap. GAP UCAP TAHNIAH KEPADA SAIFUL DAN KELUARGA !
BISMILLAHHIRAHMANNIRHAHIM.......YA ALLAH BANTULAH KAMI !
menggeletar gap untuk menulis. dalam hati ini penuh rasa dendam pada manusia munafik yang gila kuasa. sanggup gadai apa sahaja untuk berkuasa. akidah umat dijadikan barang dagangan !wahai umat melayu..kalau kamu baca artikel gap ini...BANGUNLAH DAN TENTANG ANWAR IBRAHIM DAN PARA MUNAFIKIN NYA HABIS-HABISAN DI PERMATANG PAUH!
gap kini berada di sabah dan tak sempat hadir untuk menyaksikan TAKDIR ALLAH SWT yang akhirnya akan menumbangkan anwar munafik paling besar jatuh di tempat sendiri. bertalu2 sms diterima oleh gap tentang perkembangan terkini kehangatan penamaan calon P44 parlimen kondo damansara..err sori parlimen permatang pauh.
insyaallah gap akan mengirim email kepada rakan2 blogger anti anwar dan kita akan berjumpa di permatang pauh pada minggu hadapan.
jam 2 pagi tadi gap terima maklumat bahawa anak lelaki anwar, ehsan sudah menunjukkan tanda2 diserang hyper histeria yang tidak boleh dikawal. berdasarkan maklumat ehsan menjerit2 dan mengamuk bila ayahnya langsung tidak mahu bersumpah menjawap dakwaan saiful semalam.
ada sumber dalaman PKR memberitahu kakaknya izzah hampir2 sahaja melempang ehsan, wallahualam. itu satu sumber.tapi yang pasti bila bergambar untuk menafikan berita ini,muka keluarga pasti tersenyum untuk memberi gambaran tiada apa2 yang berlaku. samalah dramanya bila gap dedahkan wan azizah mengamuk di tropicana dan keesokannya gambar anwar dan kak wan dengan cucu bergurau senda keluar dalam blog anwar. bijak munafik ini bermain psikologi .
Reformasi tahun 1998, Azizah dan keluarga begitu bersemangat. Anak lelaki Anwar, di belakang adalah Ehsan. Tetapi tahun 2008, Azizah semacam lemah semangat, Izzah sentiasa risau dan Ehsan menyepikan diri. Ada percanggahan pendapat di kalangan anak-anak Anwar kerana semua mereka telah besar dan boleh berfikir secara rasional?
Ehsan, paling kanan di hadapan, satu-satu anak lelaki Anwar. Sejak laporan bekas pembantu sulit Anwar, Saiful Bukhari, Ehsan dikatakan telah desak ayahnya menafikan dengan bersumpah, tetapi Anwar enggan. Ini membuatkan Ehsan kecewa dan tidak hadir dalam semua acara penting politik ayahnya..
gap juga mendapat tahu semalam bahawa kem PKR yang berbangsa melayu sudah berpecah dua. satu kumpulan diketuai oleh azmin ali dan khalid jaafar yang pro anwar dan satu lagi fraction melibatkan beberapa ahli parlimen dan DUN PKR seluruh negara.kumpulan kedua ini masih lagi tidak mempunyai pemimpin defakto nya secara rasmi tetapi mengikut sumber ianya akan diketuai oleh bekas pemimpin kanan PKR yang berjawatan ahli parlimen !
mengikut sumber group melayu penentang anwar dalam PKR ini telah berjumpa dan mengadakan 3 perjumpaan sulit di 3 lokasi berbeza iaitu di klana xxxx,glenamarie xxxx dan rumah YB.
Kenapa nak henyak anwar yang baru pulang dari kaabah gap ?
berdasarkan maklumat ini ada kaitan dengan dakwaan liwat saiful pada 26 jun 08 serta maklumat kes murtad terbaru yang melibatkan anwar. kes murtad ini melibatkan permisi dan perjanjian oleh anwar untuk melepaskan secara dokumentasi 'berpuluh ribu melayu' menukar AKIDAH kiranya beliau berjaya menjadi PM pada 16sep 08! masyaallah...majlis gereja yang telah menghantar surat amaran kepada harussani juga terlibat dalam komplot perjanjian anwar .
ahli-ahli parlimen PKR dan 5 orang ADUN telah 'dilihatkan' sesuatu yang menyebabkan jiwa islam mereka hancur berderai dan tidak sampai 10 saat ada yang dikalangan mereka ke terus masjid dan mengadakan solat sunat taubat kerana tidak mahu lagi bersekongkol dengan anwar !
dan 3 orang AHLI PARLIMEN MELAYU PKR pertama yang akan mengistiharkan keluar daripada PKR ialah 2 daripada utara dan satu dpd negeri 'bernombor' ! yang lain akan menyusul berperingkat-peringkat melibatkan ahli2 parlimen dan adun yang berfahaman ABIM dan JIM !
bila.....hanya ALLAH SWT akan menentukan dan tugas melayu umno dan umat islam khasnya hanya satu, PASTIKAN ANWAR TUMBANG DI PERMATANG PAUH DAN TUGAS INI ADALAH GAMBARAN ULANGAN PERISTIWA SAIDINA ABU BAKAR AS SIDIQ R.A MEMPERTAHANKAN UMAT DARIPADA MURTAD DALAM PERISTIWA AR-RIDDAH ! ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR HIDUP ISLAM ! HIDUP ISLAM ! HIDUP ISLAM ! HIDUP MELAYU HIDUP UMNO HANCUR HANCUR HANCUR PKR HANCUR HANCUR HANCUR PKR HIDUP HIDUP HIDUP ISLAM HIDUP HIDUP HIDUP MELAYU
Saiful (tengah) disamping bapanya, Azlan (kiri) ketika sidang media di Dynasti Hotel sejurus bermubahalah di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur. -foto The Star oleh Ong Soon Hin
Saiful: 'Saya cabar Anwar Ibrahim bersumpah' 16-08-2008 09:40:47 AM Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB dan LEE YAN XIU
KUALA LUMPUR: Setelah bermubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan, pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, mencabar bekas majikannya itu untuk bersumpah dengan cara benar-benar Islam. "Saya mencabar Anwar Ibrahim untuk bersumpah dengan cara sebenar-benar Islam dengan melakukannya di masjid di hadapan dan disaksikan oleh para ulama dan mufti serta disaksikan seluruh rakyat Malaysia bagi membuktikan dakwaan tidak benar," katanya dalam sidang media pertamanya yang diadakan di Hotel Dynasty di sini pukul 7.10 petang tadi.
Sebelum itu, kira-kira pukul 6.23 petang, Saiful telah melakukan sumpah 'mubahalah' dia telah diliwat oleh majikannnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengikut cara yang dituntut Islam di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur.
Dalam sidang medianya, Saiful menegaskan beliau telah diliwat Anwar tanpa kerelaannya dan tidak memilih untuk berdolak-dalih dengan pelbagai alasan serta penipuan kepada seluruh masyarakat dalam isu dakwaan liwatnya seperti yang dilakukan Anwar.
Berikut adalah sesi soal jawab antara para wartawan dan Saiful.
Q: Masa mengangkat sumpah tadi, siapa saksi? A: Imam Masjid Wilayah Persekutuan.
Q: Ke mana menghilang selama ini? A: Saya bukan menghilangkan diri tapi saya mendiamkan diri kerana saya ingin mengumpulkan kekuatan kerana saya telah difitnah dan ditohmah dengan macam-macam terutama sekali oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jadi itulah alasan saya.
Q: Mengapa En Saiful memilih hari ini dan Masjid Wilayah? A: Saya telah lama nak buat ni (angkat sumpah) tapi ia memerlukan satu kekuatan mental dan juga rohani kerana bersumpah ini bukan sesuatu yang mudah dan boleh dibuat secara suka-suka kerana akibatnya ia boleh dilaknat. Alhamdulillah, Allah telah memberi saya kekuatan untuk saya bersumpah pada hari ini.
Q: Adakah ini ada kena-mengena dengan hari penamaan calon Permatang Pauh esok? A: Oh tidak..tidak..tidak sama sekali..
Q: Bagaimana perasaan En Saiful setelah bersumpah.? A: Alhamdulillah. Saya berasa lega kerana saya dapat bersumpah dan buat pertama kalinya saya dapat memberanikan diri dan diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk berdepan dengan para wartawan.
Q: Adakah perbuatan liwat itu dilakukan dengan kerelaan Saiful? A: Tidak. Ia tanpa kerelaan saya.
Q: Adakah akan bersama-sama berkempen di Permatang Pauh? A: Tidak, this is not a political matter. Ini adalah dakwaan kes peribadi antara Anwar Ibrahim dengan saya.
Q: Adakah perbuatan liwat dilakukan dengan kerelaan? (Soalan diulang) A: Saya ingin tegaskan di sini bahawa perkara itu berlaku tanpa kerelaan saya.
Q: Ada yang kata lebih dari sekali? A: Itu saya akan jawab di mahkamah.
Q: Betulkah anda membuat pemeriksaan di Pusrawi? A: Saya akan berikan jawapan di mahkamah kerana saya bukan seperti Anwar, seperti yang anda tahu, beliau laksanakan media trial, saya akan memberi keterangan saya dan bekerjasama di mahkamah nanti.
Q: Mengapa memilih hari ini (mengangkat sumpah)? Adakah kerana esok hari penamaan calon? A: Ia secara kebetulan sahaja. Kita pun tak tahu Anwar akan bertanding dan saya punya laporan pun pada 28 Jun, jadi kita tak tahu dia akan bertanding bila. Saya ingin tegaskan, saya memerlukan kekuatan dan Alhamdulillah, Allah berikan saya kekuatan untuk mengadakan sumpah hari ini dan hari ni pun hari Jumaat, hari yang sangat dirahmati Allah.
Q: Adakah Saiful membuat laporan polis dan menyimpan salinannya? A: Saya buat polis report 5.30 petang tetapi dalam pukul 6.30 petang, ia terpapar di laman web dan SMS. Saya sendiri tulis (laporan) di HKL.
Q: Mengapa berjumpa dengan Datuk Seri Najib untuk mengadu? A: Keterangan akan diberi di mahkamah..
Q: Bagaimana jika Anwar juga mahu bersumpah? A: Tidak mengapa. Saya telah lakukan tanggungjawab. Jika beliau mahu lakukan, terpulang kepada beliau kerana ia tidak boleh tentukan sama ada salah atau tidak. Ia di mahkamah nanti.
Friday, 15 August Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin melahirkan rasa terkejut dengan keberanian Mohd Saiful Bukhari Azlan bermubahalah. Namun begitu, beliau menyifatkan sumpah yang dibuat oleh Saiful itu sebagai risiko yang teramat besar.
“Sekiranya dia benar, dia akan selamat tetapi jika dia berbohong lambat laun, kelaknatan Allah akan turun kepadanya dalam berbagai perkara yang tidak tergambar oleh dirinya sendiri,” tegas Dr Asri ketika dihubungi sebentar tadi. Dr Asri yang kini berada di Kota Bharu menghadiri ‘Seminar Tajdid’ di USM, Kota Bharu berkata, “Keberanian Saiful melafazkan lafaz yang seperti itu menunjukkan sama ada dia meyakini apa yang dia dakwa ataupun dia tidak faham akan kesan terhadap lafaz berkenaan pada masa hadapan.”
Menurut tokoh agama yang lantang bersuara ini, tindakan Saiful itu juga boleh menimbulkan kesangsian dan keraguan terhadap pihak yang dicabar kerana bukan mudah seseorang untuk melafazkan apa yang dilafazkan oleh Saiful.
“Bukan mudah seseorang melafazkan sumpah mubahalah itu melainkan dia dalam keadaan tidak siuman ataupun dia sedar apa yang diyakini itu benar,” katanya lagi.
Tambahnya, “Oleh kerana akan timbul kesangsian pihak yang di cabar dan untuk menghilangkan keraguan masyarakat maka pihak yang didakwa iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim hendaklah melafazkan sumpah bermubahalah dengan bentuk yang sama. Maka jadilah mubahalah yang mana kita akan lihat hukuman Tuhan nanti.”
Ketika ditanya bagaimanakah pendirian beliau kini setelah Saiful bermubahalah, Dr Asri berkata, “Adapun saya tidak pernah menyatakan secara putus siapa yang benar, siapa yang salah.”
Pewaris Melayu kata:
Berani kerana benar, takut kerana salah. Saiful tak bodoh dan tak cetek dalam agama. Kesan sumpah saiful amat besar. Apa respons anwar?
Siapa layak jadi PM Pakatan Rakyat: Anwar atau Hadi?
15-08-2008 03:24:12 PM Oleh G. MANIMARAN dan ARIFFUDDIN ISHAK
IPOH: Ketika Permatang Pauh diselubungi demam pilihan raya kecil dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menjadi Perdana Menteri, nampaknya ahli-ahli PAS turut memperimbangkan bahawa pemimpin mereka juga layak ke Putrajaya. Persoalan ini memang sudah dijangkakan ketika sudah ada cakap-cakap terbuka Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan menjelang 16 September ini.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengumumkan nama Anwar sebagai bakal "Perdana Menteri yang menanti" selepas 16 September ini.
Sehubungan itu, sebagai langkah awal beliau dikatakan bertanding di kerusi pilihan raya kecil Permatang Pauh.
Kempen secara tidak rasmi malam tadi di Permatang Pauh, kendalian Pakatan Rakyat, juga menyentuh yang Anwar akan menjadi Perdana Menteri dan pemimpin bagi era baru Malaysia,
Semalam Dewan Ulama PAS Pusat berpendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul HAdi Awang merupakan pemimpin yang layak untuk menerajui kerajaan baru jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan pada 16 September.
Ketuanya, Datuk Mohamed Daud Iraqi berkata, Dewan Ulama sentiasa menyambut baik sesiapa sahaja yang ingin menjadi Perdana Menteri yang baru jika pemimpin yang dipilih itu menjadikan Islam sebagai asas pentadbirannya.
“Jika anda tanya kami (PAS), maka sudah pasti kami katakan Datuk Seri Abdul Hadi adalah orang paling layak untuk memikul tanggungjawab itu,” katanya dalam sidang media selepas majlis perasmian Dewan Ulama PAS Pusat di Dewan Perbandaran di sini hari ini.
Terdahulu padangan itu diketengahkan oleh Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Mohd. Amar Nik Abdullah yang lebih suka mengutamakan Presiden Pas itu menjadi Perdana Menteri berbanding pemimpin dari parti lain.
Mohamed Daud berkata, pendirian itu adalah sesuatu yang normal kerana sudah pasti penyokong PAS mahukan pemimpin mereka yang menjadi pemimpin nombor satu negara.
“Namun kita dalam Pakatan Rakyat akan berbincang mengenai siapa yang akan dilantik menjadi Perdana Menteri.
“Soal berebut jawatan itu tidak timbul kerana sudah pasti semua komponen Pakatan Rakyat akan memutuskan individu yang layak menerajui pimpinan negara,” katanya.
Tegas beliau, jawatan dan pangkat bukan sasaran utama untuk mengambil alih kerajaan sebaliknya tanggungjawab menguruskan kerajaan dengan sempurna mengikut landasan Islam itu yang lebih penting.
Bagaimanapun menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Salahuddin Ayub, yang sejak kebelakangan lantang dalam suaranya, soal siapa yang harus menjadi Perdana Menteri kerajaan Pakatan Rakyat (PR) tidak harus dibangkitkan oleh PAS sekarang sebaliknya para anggota parti itu harus menumpukan perhatian kepada usaha memperkukuhkan pakatan itu.
Realiti politik semasa ialah tiada pemimpin dalam Pakatan Rakyat yang boleh menjadi Perdana Menteri pada hari ini kerana parti-parti mereka belum memiliki bilangan kerusi yang cukup di Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan di peringkat pusat.
"Kita seharusnya hanya memikirkan soal itu apabila perkara itu benar-benar sudah menjadi kenyataan dan pada masa itu kita akan bincangkannya dengan semangat Pakatan Rakyat.
"Dewan Pemuda PAS tak mahu ada persepsi di kalangan ahli PAS bahawa 16 September ini kita perlu tumpu tentang kuasa, jawatan dalam politik, jawatan menteri. Itu bukan matlamat kita pada masa ini, yang penting, kita kukuhkan PR, kalau ada masalah kita selesaikan bersama," katanya kepada pemberita di akhir Muktamar Tahunan pergerakan itu di Stadium Indera Mulia di sini.
Salahuddin berkata isu mengenai muzakarah PAS dengan Umno dianggap selesai dengan para perwakilan pergerakan itu sebulat suara akur dengan keputusan dan pendirian parti berhubung isu itu.
Dalam pada itu, Muktamar Tahunan PAS Ke-54 berlangsung dalam suasana politik negara yang gawat dan penuh cabaran, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar (gambar).
Sungguhpun demikian, jelas beliau kegawatan politik selepas pilihan raya umum Mac lalu merupakan sesuatu yang menarik.
“Ini adalah petanda baik bagi PAS dalam usaha untuk memperkukuhkan parti dan merealisasikan nilai Islam,” katanya.dalam ucapan aluan pada majlis perasmian Muktamar Tahunan PAS di sini.
Tambah beliau pilihan raya lau telah memberi peluang kepada PAS untuk terus bersama Pakatan Rakyat bagi mewujudkan sistem dwi-parti.
“Sistem politik begini adalah sangat penting bagi mewujudkan budaya politik yang sihat,” jelas beliau.
Kamaruddin berkata PAS kini berhadapan dengan pelbagai rintangan yang semakin mencabar yang perlu ditangani dengan cara yang profesional.
“PAS akan rugi jika kita menghadapi masalah yang timbul dengan cara yang salah.
“Saya percaya kita semakin matang setelah diuji dengan pelbagai cabaran untuk terus bersama Pakatan Rakyat,” katanya.
Selain itu katanya PAS juga menerima kesan positif dengan wujudnya kerjasama dengan Pakatan Rakyat.
“Kerjasama ini memberi satu pengertian penting untuk PAS. Sebagai contoh semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh jentera muktamar kita pada kali ini adalah petanda baik untuk PAS Perak terus cemerlang bersama kerajaan Pakatan Rakyat di negeri ini,” katanya.
Saiful (kanan) yang berpakaian baju Melayu warna coklat dengan songkok sambil diperhatikan oleh ayahnya, Azlan yang berbaju Melayu biru telah melafazkan sumpahnya. -foto THE STAR oleh Azman Ghani
Saiful bersumpah 'mubahalah' di Masjid Wilayah
15-08-2008 07:56:17 PM Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
KUALA LUMPUR: Selepas lebih seminggu kes diliwat disebut di mahkamah, Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan sumpah mubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan di sini petang ini. Saiful, 23, memilih hari Jumaat untuk menyempurnakan upacara sumpahnya.
Pada pukul 6.23 petang, Saiful yang berpakaian baju Melayu warna coklat dengan songkok sambil diperhatikan oleh ayahnya, Azlan Mohd Lazim yang berbaju Melayu biru telah melafazkan sumpah.
Turut menyaksikan upacara itu ialah Imam Masjid Wilayah Persekutuan dan bapa saudara Saiful, 'Uncle Pet.'
Sambil memegang al-Quran, Saiful yang duduk bersila di atas sejadah sambil mengadap kiblat dan diperhatikan bapanya, telah memulakan upacara 'bermubahalah' dimulai dengan mengucap dua kalimah Syahadah sebanyak tiga kali dan bacaan Al-Fatihah.
"Bismillahirrahman nirrahim. Pada hari ini, 15 Ogos 2008, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan, No Kad Pengenalan 850706-01-5687 dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut.... A'uzubilahiminasyaitanirrajim. Bismillahirrahman nirrahim. Wallahi...Wabillahi....Wata'alahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 hb Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta, atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat. Wallahualam."
Sejurus selepas upacara bersumpah itu, Saiful memeluk bapanya, Azlan dan terus bergegas meninggalkan masjid tanpa memberi peluang kepada pihak wartawan untuk menemuramahnya.
Keadaan wajah Saiful yang tenang sewaktu upacara tersebut.
Saiful bersalaman dengan Imam Masjid Wilayah Persekutuan sebelum memulakan upacara bersumpah 'mubahalah'.
Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada 7 Ogos lalu terhadap tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap Saiful pada Jun lepas.
Anwar, 61, dituduh melakukan perbuatan itu terhadap Mohamad Saiful, 23, pada antara 3.01 petang dan 4.30 petang 23 Jun 2008 di unit 1151 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara di sini.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.
Anwar dibebaskan atas bon peribadi RM20,000.
Kes itu akan disebut semula pada 10 September dan kemungkinan akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Majlis Wilayah Persekutuan terletak berdekatan dengan Kompleks Mahkamah Jalan Duta.
Upacara itu diadakan sehari sebelum Anwar mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Permatang Pauh.
Tinjauan mendapati sebelum itu Saiful melakukan sumpah, pihak media telah berkumpul sejak selepas Asar tadi setelah diberitahu upacara sumpah 'mubahalah' akan dilakukan oleh Saiful.
Sebelum itu, Saiful didapati telah hadir di masjid tersebut sekitar pukul 4.30 petang tadi.
Dalam pukul 5.30 petang tadi, lebih kurang 30 wartawan cuba menyelinap masuk ke dalam Masjid Wilayah Persekutuan untuk melihat apa yang berlaku tetapi telah dihalau oleh pihak keselamatan pada mulanya.
Apabila ditanya kenapa wartawan dihalau, pihak keselamatan berkata itu, adalah arahan pihak atasan.
Bagaimanapun, pihak wartawan berjaya juga memasuki masjid itu.
Kelihatan dua orang pengawal keselamatan bersama seorang lelaki dan dua orang wanita sedang menunggu di hadapan pintu masuk masjid sementara di hadapan pintu pejabat pentadbiran masjid, kelihatan seorang lelaki yang memakai baju Melayu berwarna unggu sedang berbual-bual dengan pengawal keselamatan.
Difahamkan, Saiful telah 'disorokkan' di salah sebuah bilik dalam masjid itu.
Juga kelihatan bapa saudara Saiful, yang lebih dikenali dengan nama 'Uncle Pet' sedang bercakap dalam telefon bimbitnya dan dari sumber percakapan seperti mengatakan sesuatu tentang mengambil 'wudhu.'
Sejurus selepas itu, Uncle Pet memberitahu kepada wartawan yang Saiful ada di dalam.
"Dia kat dalam...," kata Uncle Pet tapi enggan mengulas dengan lebih lanjut.
Cadangan 'bermubahalah' ini pertama kali diusulkan oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin Julai lalu.
Gesaan ini dibuat untuk meredakan kekalutan yang sedang berlaku sekarang di mana Anwar menghadapi tuduhan meliwat oleh Saiful Bukhari. Ini adalah kali kedua Anwar menghadapi isu dakwaan meliwat. Kali pertama ialah pada tahun 1998.
Menurut Asri, "kedua-dua mereka (Saiful dan Anwar), baik yang menuduh atau yang dituduh meliwat hendaklah bermubahalah kerana inilah cara yang pernah Nabi buat dulu."
HATI berhenti berdegup, marah, apabila membaca artikel Anwar Sokong Salman Rushdie ( penulis The Satanic Verses ). Mengapa Anwar menyokong musuh Islam ini? Mengapa Anwar membela Salman Rushdie ketika Ayatullah Khomenie menghalalkan darahnya,
Maka tidak hairanlah Anwar menolak Negara Islam di Malaysia, tidak hairanlah Anwar menolak Ketuanan Melayu, Tidak hairanlah Anwar menolak DEB. Antara isi kandungan The Satanic Verses=
(1). Wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah adalah dihantar oleh Syaitan dan seterusnya, Rasulullah tertipu dengan wahyu tersebut. Kemudian, Rasulullah menyampaikan wahyu tersebut sebagai ayat atau surah dalam Al-Quran2. Pusat Pelacuran di Kota Mekah diuruskan oleh kesemua isteri Rasulullah3. Salahuddin Al-Ayubi, Panglima Perang Islam dalam Perang Salib dikatakan sebagai syaitan.
(2). Pusat Pelacuran di Kota Mekah diuruskan oleh semua isteri Rasulullah
(3). Salahuddin Al-Ayubi, Panglima Perang Islam dalam Perang Salib dikatakan sebagai syaitan.
Temubual Anwar dalam majalah ASIAWEEK dengan wartawan Roger Mitton dan tersiar pada 11 November 1993, Anwar berkata:
“Saya telah membaca The Satanic Verses. Bagi saya, beliau adalah seorang karyawan yang amat mendalam pengetahuannya. Saya tidak bersetuju dengan Khomenei mengenai The Satanic Verses. Tetapi ia perlu diberikan penelitian berikut. Pertama, penulisan buku ini merupakan hasil sastera. Kedua, bagi saya apa2 hukuman ke atas seorang pesalah perlulah diputuskan oleh sebuah mahkamah undang2..keputusan seumpama ini amat sukar kerana sekiranya TIDAK ADA KEBEBASAN BERFIKIR, orang ramai akan merasa terugut bilamana mereka menyentuh hal-hal yang dianggap sensitif”
Tidak hairanlah akhbar Israeli menyokong Anwar sebagai PM selepas PRU12 baru-baru ini Tetapi tidak menyokong Haji Hadi sebagai Pedana Menteri.
Tidak hairanlah Times meletakkan Anwar 100 Pemimpin Dunia bukannya tn Guru Nik Aziz, Tidak hairanlah MB Selangor nak bagi UITM kepada bukan Melayu, Tidak hairanlah MB Selangor bersetuju Iklan Arak di Selangor, Tidak Hairanlah Anwar tidak membantah Petisyen Volume Azan nak dikurangkan di Selangor atas nama Hak Asasi Manusia, Tidak hairanlah Paperwork Gereja terbesar di Selangor boleh seluas Masjid, Tidak hairanlah MB Perak dilarang sebut Hudud & Qisas di Perak..rupa-rupanya anasir Yahudi,DAP ( saki baki PAP) sudah meresap masuk ke dalam Pakatan Rakyat.
Sedarlah wahai Melayu dan umat Islam daripada bahaya Anwar ( meminjam kata-kata Hj. Mohd. Sabu , PAS)
Tiada yang lebih baik selain daripada kita mendapat sesuatu makumat direct daripada sumbernya.
Itulah kenyataannya apabila penulis berada di bilik gerakan Penerangan Peringkat Negeri Pulau Pinang di Permatang Pauh sejak beberapa hari ini. Pertama, 16hb September 2008 merupakan satu mitos yang dicanang-canangkan oleh Anwar Ibrahim sebagai gimik untuk menunjukkan bahawa beliau mempunyai sokongan yang amat padu.
Kedua, taktik mendakwa polis negara dan peguam negara tatkala seorang pemuda biasa yang berumur 23 tahun mendakwa beliau merupakan satu cover up untuk menunjukkan Anwar Ibrahim sedang ber'perang' dengan orang-orang penting di dalam Malaysia, padahal yang mengoncangkan beliau hanyalah seorang pemuda biasa nerumur 23 tahun.
Ini adalah senario sebenar apabila kita meneliti kembali kronologi drama politik Anwar Ibrahim. Memang kita boleh berhujah dan memberikan pandangan yang berbeza-beza mengenainya tapi pokok penting yang perlu kita tahu ialah Anwar Ibrahim sedang tertekan dan berada di tahap karier beliau yang sangat rendah.
Ketiga, jika pada mulanya, PKR yang dibina oleh Anwar Ibrahim adalah berteraskan kepada Melayu, tetapi ianya beransur-ansur lenyap dek kemaruk untuk mendapat undi daripada bukan Melayu. Inilah kenyataannya.
Keempat, beberapa kenyataan Anwar Ibrahim terhadap isu-isu yang menyentuh hak bangsa Melayu dan Islam, amat mengecewakan sekali. Jawapan-jawapan beliau nampak sekali tidak tegas, 'play save' dan tidak mencerminkan seorang pemimpin yang akan berdiri teguh terhadap bangsa dan agamanya.
Dan campur tangan yang luar biasa daripada anggota-anggota kerajaan Amerika Syarikat juga menimbulkan pelbagai persoalan yang lebih tidak enak daripada enaknya.
Kelima, kita pun tahu, pergolakan yang timbul dek ke'sekular'an politik Anwar Ibrahim turut mengecewakan parti rakan beliau di dalam PKR.
IPOH 14 Ogos - Perwakilan Dewan Pemuda Pas mahu pemimpin dan ahli parti itu berhenti mengagung-agungkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga mengenepi dan menafikan kebolehan serta keupayaan kepimpinan mereka sendiri.Ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Dewan Pemuda, beberapa perwakilan mahukan supaya pemimpin utama Pas lebih ditonjolkan dan diberi peranan dalam pakatan pembangkang termasuk menjadi Perdana Menteri jika impian membentuk kerajaan pada 16 September ini menjadi kenyataan.
Penulis cuba memahami kekecewaan yang ditimbulkan oleh parti PAS tetapi tidak semua akan menerima kenyataan di atas sebagai valid terutamanya jika kita berpihak kepada parti PAS atau pun Keadilan atau pun BN.
Kompleks
Realitinya, politik adalah satu subjek yang sangat kompleks dan menuntut kita untuk menilai dan berfikir. Jika kita benar-benar melakukan kedua-duanya itu, politik akan tampak lebih jelas dan kita akan lebih faham.
Buat ketika ini, pilihanraya Permatang Pauh merupakan satu topik yang menarik untuk kita bersama-sama menilai, menelaah, berhujah, memberikan pandangan dan berkongsi idea.
Penulis amat mengalu-alukan semua itu tetapi biarlah in civilised manner.
Kita perlu ingat bahawa politik ibarat sebuah kenderaan dan kita adalah pemilik serta pemandunya. Kitalah yang menentukan mood serta arahnya dan bukan sebaliknya.
SEBAHAGIAN anggota barisan peguam ketika kes satu dekad lalu (dari kanan) Raja Aziz Addruse, Christopher Fernando, Sankara Nair, Zainur Zakaria dan Gurbachan Singh. Christopher telah meninggal dunia. Kecuali Sankara, kesemua yang lain tidak lagi menjadi peguam Anwar
Kes Liwat Mencabar - Kata Peguam Anwar
KUALA LUMPUR: "OH, tidak lagi." Ini antara reaksi awal peguam-peguam pasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila diminta datang ke sebuah hotel di Shah Alam pada malam 28 Jun lalu untuk membincangkan satu aduan polis yang dibuat terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu oleh bekas pembantu peribadinya. Ketika itu Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang mengadakan pertemuan retreat bagi membincangkan perkembangan selepas pilihan raya umum ke-12.
Reaksi itu bukan menandakan tentang susah senang jika perlu berhadapan dengan kes terbaru jika perlu.
Sebaliknya anggapan awal pasukan peguam itu melihat bahawa anak guam mereka - Anwar terpaksa melalui satu lagi kitaran proses perundangan seleps 10 tahun.
"Kami mula beranggapan bahawa sudah tiada akhiran (nasib anak guaman, Anwar)," kata Sankara N. Nair dalam satu pertemuan dengan mStar Online di pejabatnya hujung minggu lalu.
Sedekad lalu Anwar juga dibela oleh sepasukan sembilan orang peguam. Bilangan yang sama membela beliau kali ini, cuma anggotanya memperlihatkan sedikit kelainan.
Secara kebetulan ataupun memang angka ini sememangnya menjadi pilihan bekas Timbalan Perdana Menteri itu?
Sankara, yang menganggotai pasukan 1998 dan kali ini, menganggap ia sebagai satu kebetulan semata-mata.
Sebenarnya, jelas beliau, pada peringkat awal bilangan peguam dalam pasukan awal adalah lebih daripada sembilan orang.
"Ia mengecil dalam peredaran masa dan juga terdapat anggota baru yang menyertai kemudian," kata Sankara yang pernah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama enam tahun sebelum melangkah ke perkhidmatan perundangan.
Anwar, 61, dihadapkan ke mahkamah 6 Ogos lalu untuk menghadapi bentuk tuduhan yang sama. Pada Ahad lalu Anwar genap 61 tahun.
Beliau mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen apabila pertuduhan meliwat Saiful dibacakan dan dibebaskan dengan jaminan bon peribadi RM20,000 tanpa penjamin. Kes itu akan disebut semula untuk sebutan pada 10 September.
PEGUAM kanan pasukan bagi kes terbaru, Sulaiman Abdullah bersama Anwar Ibrahim pada sidang media baru-baru ini.
Pada akhir 1998, Anwar menghadapi 10 pertuduhan yang membabitkan lima tuduhan rasuah dan lima tuduhan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.
Bagi semua tuduhan rasuah, bekas Timbalan Perdana Menteri itu didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 2(1) Ordinan No.22 (Kuasa-kuasa perlu) Darurat 1970. Sementara bagi kesemua pertuduhan meliwat, Anwar didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 377B. | Bagi tuduhan meliwat pemandu isterinya, beliau disabitkan dengan pertuduhan itu pada 2000 tetapi sabitan itu kemudiannya dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan empat tahun kemudian.
Kali ini pihak pembelaan dibarisi sembilan peguam dengan diketuai Sulaiman Abdullah yang bertindak sebagai peguam kanan. Selain Sankara, peguam lain terdiri daripada R. Sivarasa, Leela Jeyamani Jesuthasan, Edmund Bon Tai Soon, Saiful Izham Ramli, Amer Hamzah Arshad, Latheefa Beebi Koya dan Mohd. Radzlan Jalaluddin.
Sepuluh tahun lalu, selain Sankara, pasukan peguam Anwar diketuai oleh Raja Aziz Addruse manakala anggota lain ialah Christopher Fernando, Zainur Zakaria, Sulaiman, Gurbachan Singh, zulkifli Nordin, Pawancheek Merican dan Kamar Ainiah Kamaruzaman.
Kemudian pasukan itu disertai oleh Karpal Singh.
Fernando telah meninggal dunia tahun lalu dan Sankara ketika ditanya mengenainya juga berkongsi kehilangan rakan sepasukannya itu.
Dua hari selepas dibebaskan atas jaminan Anwar mengakui yang beliau menerima layanan lebih baik semasa dihadapkan ke mahkamah berbanding 10 tahun lalu apabila pertama kali didakwa bagi pertuduhan meliwat.
Pendakwaan minggu lalu hanya ulangan kepada apa yang terjadi pada 1998 tetapi tidak sekeras pada ketika itu, kata Anwar pada sidang akhbar Jumaat lalu.
Mengambil kira pengalaman mengendalikan kes yang hampir sama dan semasa ditanya mengenai tahap cabaran mengendalikan kes anak guamannya kali ini, Sankara berkata:
"Sebenarnya, cabaran kali ini lebih besar berbanding cabaran dulu. Sebagai anggota pasukan saya merasakan begitu."
Kata beliau, walaupun berpengalaman mengendalikan kes yang serupa satu dekad lalu, ia bukan proses mudah yang dijangka dan diduga.
Mengambil kira kedudukan Anwar dalam arena politik, beliau juga mengakui ia bukan satu kes yang biasa untuk dikendalikan.
"Anwar bukan anak guaman biasa. Anwar tidak bertarung kerana kehilangan atau kerugian dalam perniagaan seperti kes-kes lain, tetapi beliau berjuang kerana hak asasi manusia, hak rakyat Malaysia."
"Oleh itu, bagi saya Anwar merupakan anak guaman yang sama sekali berbeza daripada yang lain," katanya yang turut mengendalikan beberapa kes bagi Anwar termasuk kes terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Meskipun berbekalkan corak dan bentuk kes yang sama beserta dengan pengalaman, Sankara tetap menerima hakikat kes kali ini dengan penuh serius mengambil kira masa depan politik bekas Timbalan Presiden Umno itu.
"Saya sentiasa mengambil kes ini dengan serius. Beban mengurus dan mengendalikan kes ini sentiasa berat (walaupun pernah mengendalikannya 10 tahun lalu)," kata beliau yang tetap mengharapkan keputusan positif kelak, yang memihak anak guamannya.
"Saya melakukan (membela) Anwar sebab saya merasakan ia adalah sesuatu yang sepatutnya saya lakukan... ini merupakan satu bentuk perjuangan yang perlu dihadapi sehingga ke akhir penyelesaian. Pasukan ini perlu, akan melakukannya," kata beliau sambil menambah sentiasa berbincang dengan Sulaiman selaku peguam kanan dalam memastikan pengurusan kes berjalan dengan lancar. Sulaiman merupakan peguam yang berpengalaman dan kes-kes Syariah.
Mengenai bilangan peguam yang besar dilantik Anwar, Sankara memberitahu: "Saiz pasukan tidak penting, tidak menjadi isu. Kesemua anggota mempunyai pengalaman dan kepakaran."
"Apa yang penting ialah kami perlu melakukan tugas yang diberikan dengan penuh dedikasi, pengetahun dan secara berterusan sehingga kes selesai," katanya.
Beliau juga tidak menafikan pasukannya akan berhadapan dengan tekanan dalam menghadapi kes ini.
"Banyak kerja persiapan perlu dilakukan. Umumnya, harapan terhadap kes ini adalah sangat tinggi," kata beliau.
Memandangkan Anwar mengakui bahawa layanan di mahkamah kali ini lebih baik berbanding 10 tahun lalu, Sankara juga mengakui perkara tersebut dengan mengharapkan yang terbaik dan lebih baik kali ini.
"Kami gembira dengan (layanan pada Khamis lalu)... beliau (Hakim S.M. Komathy) memang terkenal atas pendirian (bidang kehakiman)," katanya lagi.
Bagaimanapun Sankara berpendapat perlu menerima hakikat hanya terdapat sejumlah kecil hakim terbaik, sambil menambah bahawa bidang kehakiman negara belum berada dalam keadaan yang ia boleh bertindak dengan bebas sepenuhnya khususnya selepas sejak pemecatan bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dua dekad lalu.
"Bidang kehakiman masih tertakluk kepada Eksekutif. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menjanjikan pembaharuan bidang kehakiman, tetapi ia kekal retorik," katanya.
Kes klip video Lingam merupakan salah satu contoh menggambarkan bidang kehakiman negara, kata beliau yang nampknya masih was-was anak guamannya akan mendapat perbicaraan yang adil kali ini.
Pendek kata, kepakaran, pengalaman dan persepsi serta ideologi politik mewarnai pertarungan Anwar di mahkamah sejak sedekad lalu. Akan lebih menarik untuk melihat aspek ini pada bulan-bulan akan datang.
PETALING JAYA: Pegawai Perubatan Hospital Pusrawi, Doktor Mohamed Osman Abdul Hamid- doktor pertama yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun lalu, yang mendakwa dia diliwat, telah ditamatkan perkhidmatannya. Demikian komen Pengurus Besar Pusrawi, Wan Mahmood Wan Yaacob ketika ditanya mengenai tindakan ke atas doktor terbabit setelah beliau tidak kembali bertugas sejak 1 Ogos lalu.
“Mengikut undang-undang buruh jika seorang pegawai yang diambil kerja ikut kontrak, gagal kembali bertugas selama 5 hari berturut-turut perkhidmatannya akan ditamatkan secara automatik tanpa perlu memberi sebarang notis,” katanya kepada mStar Online hari ini.
Tambah beliau, gaji doktor tersebut juga tidak akan dibayar kerana beliau gagal menghubungi Pusrawi selepas tempoh cutinya tamat iaitu pada 1 Ogos.
Difahamkan beliau sepatutnya kembali bertugas pada 1 Ogos lalu setelah mengambil cuti selama kira-kira 3 minggu selepas memeriksa Saiful pada 26 Jun lalu.
Namun beliau terus menghilangkan diri dan usaha pihak Pusrawi menjejakinya juga gagal.
“Kita telah cuba menghubunginya namun usaha tersebut tidak membuahkan hasil,” katanya.
Kini telah hampir sebulan Dr. Mohamed Osman bercuti dan tiada siapa tahu ke mana beliau pergi.
Jelas Wan Mahmood, mengikut undang-undang buruh pekerja yang tidak hadir tanpa mengemukakan sebarang notis akan diberhentikan secara automatik.
Baru-baru ini Dr. Mohamed Osman, menggemparkan negara apabila mengeluarkan satu akuan bersumpah yang disiarkan di portal berita Malaysia Today.
Dalam akuan bersumpah berkenaan Dr Mohamed Osman mempertahankan hasil pemeriksaannya ke atas Mohd Saiful yang dibuat di Hospital Pusrawi, beberapa jam sebelum Mohd Saiful membuat laporan polis dia diliwat.
Jumaat lalu pihak polis mengesahkan mereka telah memulakan siasatan bagi mengesahkan kesahihan akuan bersumpah yang disiarkan di portal berita, Malaysia Today, kononnya dibuat oleh Dr Mohamed Osman.
PKR semakin terserlah tidak memperjuangkan dan mempertahankan Islam bila Timbalan Presiden, Syed Husin dan Ketua Penerangan Tien Chua tidak bersetuju dengan Zulkfili Nordin – MP Kulim Bandar Baru turut serta membantah forum Majlis Peguam dalam isu Artikel 121(1A) Memeluk Islam. Kenyataan Syed Husin dan Tien Chua menolak perbuatan Zulkfili Nordin sebagai mewakili PKR dan menolak tindakan menghalang forum itu dari dilaksanakan. PKR dengan jelas mempunyai agenda yang tidak serupa dengan mereka yang hadir dalam membantah forum tersebut dan menentang forum atau diskusi dalam perbincangan isu-isu yang melibatkan Islam.
Pada asasnya PKR tidak boleh berdolak-dalik apabila PKR dilabel tidak memperjuangkan Melayu dan Islam secara bersungguh-sungguh. Tindakan Zulkifli Nordin dalam mempertahankan Islam tidak dilihat sebagai usaha PKR kerana PKR dari segi kepimpinan mempunyai kuasa dominan kaum bukan bumiputera sungguhpun ahli adalah rata-rata Melayu/Islam.
Salahhuddin Ayub yang turut hadir dalam demonstrasi tersebut sehingga hari ini tidak memberi komen mengenai rakan Pakatan Rakyat yang menolak tindakan Zulkifli Nordin yang mempertahankan Islam dari terus dibicarakan oleh Majlis Peguam.
Dalam pada itu kita percaya dalam isu Inter Faith Council, PKR dan DAP semestinya turut menyetujui penubuhan IFC yang dibentuk khusus untuk membincangkan isu-isu dalam Islam. Keadaan ini jelas menunjukkan peranan PKR dan DAP yang tidak sealiran dengan PAS.
Kerana itu langkah PAS untuk bertindak keluar dari Pakatan Rakyat adalah langkah prinsip PAS yang sebelum ini sudah nampak kabur. PAS yang selama ini tenggelam dalam Pakatan Rakyat kini mahu menunjukkan prinsip mereka dan pegangan perjuangan mereka. Justeru itu rakyat harus mengambil iktibar bahawa apa yang Pakatan Rakyat maklumkan sewaktu pilihan raya adalah omongan kosong dan para pengundi tertipu dengan apa yang mereka janjikan. Satu yang pasti ialah Pakatan Rakyat adalah Pakatan untuk pilihan raya semata-mata dan tidak mempunyai sebarang keserasian ideologi perjuangan.
Hari ini Pakatan Rakyat lebih menyusahkan rakyat dengan ketidaktentuan dalam pentadbiran. Selangor hari ini kecuh dengan pengkhususan pada agenda DAP. Rakyat Melayu kini nampak jelas pegangan Pakatan Rakyat yang hanya berpaksikan kepada agenda Anwar Ibrahim dan DAP yang diwakili oleh Lim Guan Eng.
Semakin jelas bahawa kita Melayu harus mula memikirkan semula serangan terhadap kehadiran kita di negara ini. Ini baru kita membicarakan soal kaum dan belum lagi soal agama. Kepimpinan kita telah menasihati Majlis Peguam tapi kedegilan mereka nampak jelas dalam memperjuangkan apa yang mereka mahu. Ini juga nampak apabila PKR turut menolak Zulkifli Nordin apabila beliau hadir dalam mempertahankan Islam dari terus dibicarakan oleh bukan ahlinya.
Ahli-ahli dalam PKR khususnya yang beragama Islam terus diam – kerana mereka bukan mempunyai prinsip demokrasi yang mereka laungkan tetapi mereka Cuma ada Anwar Ibrahim yang menjadi penentu. Mereka tunggul apabila menyatakan prinsip ahli dan individu dalam parti kerana mereka tunduk pada Anwar Ibrahim. Ini juga tidak melambangkan ketuanan rakyat – malah hanya ke TUAN an Anwar Ibrahim dalam Pakatan Rakyat.
Apa pun kita mesti sedar bahawa agenda untuk mereka adalah agenda DAP dan agenda DAP adalah perjuangan bangsa. Maka adakah kita patut membiarkan perjuangan mereka lantas membiarkan Islam dan Melayu terketepi.
Anwar Ibrahim.. semakin hari semakin menyampah. Bukan Pak Lah sahaja yang ‘flip-flop’, Anwar pun juga dah ‘flip-flop’. Apabila bersama orang India dan Cina, Anwar lantang bersuara, dialah pejuang kesama-rataan bangsa dan agama. Apabila bersama orang Melayu, dialah pejuang agama dan Melayu. Secara jujurnya, ambo banyak membaca berita Anwar dari Anwaribrahimdotcom.blogspot.com..
Blogger ini banyak memberi fakta-fakta kontra mengenai Anwar dengan fakta dan sumber yang boleh diterima secara logik dan ilmiah. Ketepikan sikap prejudisnya kepada Anwar, tetapi bacalah dengan mata hati anda sendiri.
Salah satu artikel yang membuatkan ambo sesak nafas ialah artikel Anwar menyokong Salman Rushdie, yang menghina Al-Quran.
Terlintas difikiran ambo ini.. Anwar ini gila populariti sangatkah? Sanggup meludah Islam asalkan popular di kaca mata Barat.
Anda boleh baca artikel AIDC -disini- ataupun anda boleh baca terus…
Kenapa Anwar Ibrahim Sokong Salman Rushdie?
1. Menurut buku yg ditulis oleh Allahyarham Ikhwan Nasir, beliau kata Anwar pernah menentang keputusan Ayatollah Khomenei yang menjatuhkan hukuman bunuh terhadap penulis buku Satanic Versus iaitu Salman Rusdie
Sikap Anwar tidaklah patut kerana dia seorang Islam. Kata Anwar di dalam majalah ASIAWEEK dalam temubual dengan wartawan Roger Mitton dan tersiar pada 11 November 1993, Anwar berkata:
“Saya telah membaca The Satanic Verses. Bagi saya, beliau adalah seorang karyawan yang amat mendalam pengetahuannya. Saya tidak bersetuju dengan Khomenei mengenai The Satanic Verses. Tetapi ia perlu diberikan penelitian berikut. Pertama, penulisan buku ini merupakan hasil sastera. Kedua, bagi saya apa2 hukuman ke atas seorang pesalah perlulah diputuskan oleh sebuah mahkamah undang2..keputusan seumpama ini amat sukar kerana sekiranya TIDAK ADA KEBEBASAN BERFIKIR, orang ramai akan merasa terugut bilamana mereka menyentuh hal-hal yang dianggap sensitif”
Apa bezanya kes Salman Rusdie dengan ahli parlimen Denmark yang menerbitkan video FITNA, tapi kenapa anwar sokong Salman Rusdie tu?
2. Dr Haron Din pernah berkata di dalam majalah MASSA terbitan utusan Melayu (M) Bhd yang mengatakan DNA dan Forensik boleh digunakan untuk kes-kes JENAYAH SYARIAH. Ini amat membantu bagi merungkai masalah pertembungan antara mufti Perlis dan mufti Perak yang berkeras meminta 4 saksi tuduhan Saiful Bahari terhadap tuduhan liwat oleh Anwar.
Haron Din kata BOLEH digunakan kaedah forensik. Jadi, mengapa pula pak-pak mufti bertelagah dalam hal ini. Saya tidak ingat bulan bila diterbitkan, tapi cuba cari MASSA terbitan 1997 atau 1998, tapi yg pasti sebelum kes anwar terbongkar pd 98. gambar Haron Din tertera dimuka depan majalah.
3.Berkaitan akuan berkanun Dato Murad (Bekas Penolong Bank Negara) pada 1998 yg mengatakan Anwar ada meyumbang sebanyak USD100juta kpd bekas agen CIA yang waktu itu bertugas sebagai presiden Yayasan Kepimpinan (saya tak ingat nama penuh).
Sumbangan Anwar kpd yayasan tersebut menunjukkan dia ada hubungkait dgn CIA, tapi Anwar nafikan ia myumbang wang kpd yayasan tsebut. Wlaubgmnapun, beberapa hari kemudian presiden yayasan MENGAKU menerima wang sumbangan Anwar, cuma dia TIDAK BERSETUJU dengan jumlah yg dinyatakan dlm akuan bkanun Dato Murad. Katanya, “jumlah yang saya terima adalah kurang dari yang disebut”.
Maknanya, presiden mgesahkan dia ADA TERIMA WANG. tak kisahlah jumlah tepat atau tidak, tapi yg penting MEMANG SAH anwar bg duit. Perkara ini dinyatakan dalam ruangan kecil dalam akhbar (tak ingat utusan atau berita harian). tapi jelas dalam tempoh 3 minggu selepas akuan berkanun Dato Murad keluar dalam berita.
Apakah intipati The Satanic Verses?
Salah seorang blogger telah memberi komen kepada artikel AIDC ini, dan menyatakan inti-pati kandungan The Satanic Verses, antaranya..
(1). Wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah adalah dihantar oleh Syaitan dan seterusnya, Rasulullah tertipu dengan wahyu tersebut. Kemudian, Rasulullah menyampaikan wahyu tersebut sebagai ayat atau surah dalam Al-Quran2. Pusat Pelacuran di Kota Mekah diuruskan oleh kesemua isteri Rasulullah3. Salahuddin Al-Ayubi, Panglima Perang Islam dalam Perang Salib dikatakan sebagai syaitan.
(2). Pusat Pelacuran di Kota Mekah diuruskan oleh kesemua isteri Rasulullah
(3). Salahuddin Al-Ayubi, Panglima Perang Islam dalam Perang Salib dikatakan sebagai syaitan.
Apakah Anwar sedar apa yang diperkatakan kepada Newsweek? Telahan ambo cuma satu.. Anwar sanggup menyokong Salman dan melekehkan Islam kerana mahu popular kepada media Barat.
(Ya Allah.. sekiranya benar Anwar berkata demikian, Engkau laknatilah orang ini yang menghina Kalam-Mu dan janganlah Engkau angkatkannya sebagai pemimpin kami. Amin..)
Anwar dan Gila Kuasanya
Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, menjelaskan di dalam artikelnya tentang larangan Islam terhadap kegilaan kita kepada kuasa.
Kegilaan kuasa adalah lambang kedangkalan tentang hakikat kehidupan dunia dan akhirat. Mungkin jika perkara ini disebut kepada orang politik mereka kata “itu cakap yang tidak canggih dalam politik”.
Politik yang sepatutnya merupakan usaha menggabungkan tenaga untuk memikir kebaikan umat dan merancang masa depan yang lebih diredai untuk masyarakat dan negara telah bertukar menjadi medan ‘londeh-melondeh’ antara satu sama lain. Caci-maki, kata-nista, tuduh-menuduh telah menghiasi corak politik warisan penjajah ini. Penyakit ini dihidapi termasuklah yang menggunakan nama Islam dalam berpolitik. Akhirnya, kerana kuasa, banyak prinsip dan nas yang sudah dilupakan.
Namun mereka lupa, sistem politik perebutan kuasa warisan demokrasi penjajah yang meninggalkan keharmonian sistem Syura dalam Islam itulah yang telah membawa politik kita ke kancah permainan wang, permusuhan, pragmatisme yang melupai prinsip dan segala keburukan yang lain.
Sabda Nabi SAW: Kamu semua begitu bercita-cita terhadap jawatan kepimpinan, ia akan menjadi penyesalan pada hari kiamat. Ia sesuatu yang nikmat pada permulaannya tapi keburukan pada akhirnya” (Riwayat al-Bukhari).
Dalam Islam, tanggungjawab kita membaiki keadaan politik, bukan menggilai kuasa politik jatuh ke tangan sendiri. Apabila kuasa itu menjadi kegilaan, maka kawan akan tikam kawan, sahabat akan bunuh sahabat, yang berpakat akan berpecah, yang berbeza prinsip dan dasar akan berpakat, yang tidur sebantal akan mimpi berbeza, bahkan mungkin membunuh kongsi dalam mimpinya. Itulah politik yang meminggirkan wahyu.
Antara lainnya, Dr Mohd Asri memberi panduan dan penerangan kepada kita untuk membuat pendirian dizaman yang penuh kekeliruan dan pancaroba ini.
Beliau juga mengingatkan kita agar berhati-hati dengan peranan media Barat yang ‘menaja’ berita-berita tentang Islam.
Pensyarah ambo di UiTM dulu pernah berkata..
“Ada seorang kawan yang tidak pernah menipu kamu walau dalam apa keadaan sekalipun, samada kamu senang atau susah, samada kamu celik atau buta.. Ianya adalah hati kamu sendiri” Dengan kata lain, hati kita boleh membantu kita membuat keputusan yang tepat dan wajar.
Anda boleh membaca artikel penuh Dr Mohd Asri, dengan artikel “Ya Allah, Kami Rindukan Politik Di Bawah Naungan Wahyu-Mu” - disini -
16 Ogos 2008 hingga 26 Ogos 2008 adalah kemuncak kepada siri-siri pembohongan, putar belit dan kemaruk kuasa seorang manusia bernama Anwar Ibrahim dalam mengejar cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dan pada tarikh berkenaan akan berlangsung Pilihan raya Kecil Parlimen Permatang Pauh. Kita percaya kesempatan ini akan digunakan sepenuhnya oleh Anwar untuk manipulasi dan memburukkan seluruh sistem kerajaan bagi mempengaruhi pengundi dan melengkapkan agenda peribadinya.
Anwar akan kritik kerajaan semahunya. Anwar akan menabur bermacam-macam-macam janji yang tidak mampu di penuhi. Kalau ada definisi mengenai matlamat menghalalkan cara maka inilah senario yang tepat untuk menggambarkan perbuatan Anwar.
Turunkan harga minyak, kurangkan cukai, pembelaan rakyat miskin dan lebih pasti, Anwar akan menggunakan ruang terbuka untuk mengambil kesempatan memfitnah Najib Razak dalam isu Altantuya. Dan kita bakal menyaksikan juga lidah bercabang Anwar menabur berbagai-bagai janji bagi memastikan beliau menang besar di pilihan raya tersebut. Dan seperti biasa sebahagian pengundi Permatang Pauh akan dipukau oleh Anwar.
Seperti biasa, pengundi yang terpesona dengan pidatonya yang hebat serta madah berhelahnya, tergoda dengan bahasa badannya serta tertarik dengan karismanya konon sebagai pemimpin masa depan akan mengundi Anwar serta rebah di kaki insan yang sedang dibicarakan atas tuduhan liwat terhadap pembantunya ini.
Malah sudah ada yang berani meramalkan bahawa bekas banduan yang pernah terpenjara selama enam tahun kerana menyalahgunakan kuasa ini akan menang mudah kerana sebahagian besar pengundi di Permatang Pauh telah tertutup pintu hatinya daripada mengenal yang mana satu intan dan yang mana satu kaca. Mereka sanggup diperbodoh serta diperalatkan bertahun-tahun oleh Anwar Ibrahim dan Wan Azizah. Mereka merelakan diri mereka menjadi papan bidak untuk memenuhi kerakusan nafsu Anwar.
Mereka sanggup menggadaikan harga diri untuk turut sama bersekongkol dengan agenda jahat Anwar untuk menumbangkan kerajaan secara rasuah. Mereka jadi hilang pertimbangan hanya kerana taksub serta menganggap Anwar adalah Tuhan Masa Depan untuk mereka meskipun berbagai-bagai kesilapan dan kesalahan yang Anwar lakukan termasuklah merosakkan perpaduan kaum dan memecahbelahkan kesatuan Melayu.
Anwar yang tergesa-gesa mahu bertanding dalam pilihan raya bagai mahu lari ataupun bersembunyi daripada bayangan kesalahan yang menakutkan. Anwar seperti takut kepada bala yang akan menimpa beliau kerana ada dosa-dosa terselindung yang mungkin dilakukannya. Berimej Islam dan berperwatakan seperti orang baik-baik lebih memudahkan Anwar untuk mengaburi mata pengundi.
Anwar menjadi ghairah dan berkeyakinan tinggi untuk bertapak di Putrajaya kerana di sokong oleh sebahagian media tempatan dan asing. Anwar seakan menjadi gila untuk berkuasa kerana beliau dikelilingi oleh orang-orang yang terpengaruh dan percaya dengan kegilaan beliau lantas menyokong apa sahaja sehingga terlupa akan dosa rasuah Anwar Ibrahim.
Pengundi Permatang Pauh seakan menolak fakta dan sejarah. Pengundi di Permatang Pauh seakan telah ditutup pintu hidayah mereka untuk terus menyokong bekas banduan ini. Mereka menjadi seperti robot yang boleh diarahkan oleh Anwar bila-bila masa dan PAS yang juga sedang kemaruk kuasa turut bersekongkol dengan Anwar yang moralnya sedang diragui.
Anwar cukup licik bermain politik. Menggunakan kepetahan berhujah, beliau mampu serta berjaya mengaburi serta mengelirukan kebanyakan rakyat. Beliau berjaya menutup segala kesilapan ataupun salah laku beliau. Beliau berjaya menjadikan rakyat simpati terhadap dirinya. Beliau berjaya mengujudkan teori konspirasi bahawa beliau menjadi mangsa fitnah serta dengki khianat, kononnya dari kerajaan.
Anwar mahu menjadikan pengundi Permatang Pauh umpama Sungai Ganges tempat penganut Hindu membasuh dosa dan Anwar mahu mahkamah rakyat Permatang Pauh menjatuhkan hukuman tidak bersalah terhadap diri beliau apabila dituduh meliwat untuk kali kedua. Dan kita percaya modus operandi Anwar cukup jelas, beliau mahu rakyat mengalih perhatian daripada memperkatakan segala isu yang berkaitan dengannya dan mendesak Azizah letak jawatan sebagai Ahli Parlimen adalah jalan terbaik buat beliau melengkapkan agenda peribadinya.
Anwar tidak ada pilihan. Daripada membiarkan rakyat kencing atas gambarnya kerana berbohong. Daripada membiarkan keluarganya menanggung aib sekiranya benar beliau meliwat, jalan terbaik adalah mengheret pengundi Permatang Pauh untuk menyokongnya, sekurang-kurangnya memberikan kekuatan untuk beliau menghadapi segala tuduhan terbaru ini dan jelaslah sekali lagi pengundi Permatang Pauh dijadikan alat semata-mata oleh Anwar Ibrahim.
Anwar tidak ubah seperti melukut di tepian gantang. Tak ada lagi baik.
Kenyataan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ini, jika benar; adalah sesuatu yang harus mendapat dokongan seluruh ahli PAS.
Khabarnya Presiden PAS tersebut mengatakan (saya cuplik dari sini):
Tuan Guru (Abdul Hadi) menegaskan dalam ucapannya bahawa kita bukan perkauman tetapi menjadi tanggungjawab parti untuk mempertahankan dasar Islam.
"Beliau juga menegaskan bahawa setelah 50 tahun orang Melayu memerintah negara ini, tetapi jika orang bukan Melayu mengambilalih, (maka) ia sukar kepada negara dan rakyat.
"Oleh itu, kata Tuan Guru lagi, jika ahli Parlimen bukan Islam lebih ramai, ia akan menggugat orang Islam," kata Hafiz.
Dalam erti kata lain, jika berlaku penghijrahan massal ahli-ahli parlimen Sabah-Sarawak ke Pakatan Rakyat, PAS akan meninggalkan Pakatan Rakyat. Dan jangan bimbang. Tidak berbangkit PAS masuk ke kem satu lagi. PAS akan berada di luar kedua-duanya. Dan berkorban, meski rugi, meski kempunan; untuk mempertahankan Islam. Begitulah hematnya kenyataan Ustaz Hadi tersebut.
Sekiranya itu berlaku, yang paling menyedihkan ialah PAS akan ditimpa satu dilema yang besar. Sekumpulan ahli PAS, pemimpin PAS, yang kita semua tahu, ada di antara mereka telah mengkultuskan 'orang itu', serta terliurkan jawatan-jawatan seperti timbalan perdana menteri, seperti menteri kesihatan, seperti ketua pengarang Bernama, seperti ceo-ceo perbadanan tertentu - mereka akan berhujah seperti yang dihujahkan oleh manusia ini (klik sini) iaitu hujah marilah kita sesuaikan Islam kita dengan keadaan politik.
Perkara menyesuaikan Islam dengan keadaan politik ini bukan sunnah Nabi. Ia adalah sunnah bani Umaiyyah dan Abbasiyyah. Perkara menyesuaikan Islam dengan keadaan politik ini kata as syahid Syed Qutb adalah Islam Amerika. Perkara menyesuaikan Islam dengan keadaan politik ini adalah metodologi musuh Islam; sesuai dengan global theology yang dianjurkan Wilfred Cantwell Smith dan John Hick. Metodologi kedua-duanya beranak pinak digunakan blok IFC, Majlis Peguam, dan banyak lagi organisasi yang dapat dikaitkan dengan 'orang itu' (tok guru sila klik di sini)
Orang PAS selalu menjauhi falsafah. Mereka merasakan post-modernisme tidak akan menelan mereka. Falsafah adalah perbincangan manusia-manusia pelik. Hari ini, sekian pemimpin PAS kena baham dengan falsafah yang mereka tak mahir geluti. Lama-kelamaan tuan-tuan akan terima kebebasan berfikir untuk menghina Nabi Muhammad (klik di sini).
PAS mungkin akan berdepan dengan masalah oleh pendirian tegas Presiden tersebut. Akan ada yang kempunan, akan ada yang lebih sayangkan 'orang itu' dari perlembagaan parti, akan ada orang yang tidak mahu bersama 'mempertahankan Islam' tetapi mahu bersama 'menyesuaikan Islam dengan keadaan'. Sedaya-upaya dia mahu menyesuaikan Islam dengan keadaan.
Ingatlah saudara-saudara, PAS adalah gerakan Islam pertama; parti politik kedua. Tidak malukah kalian menjawab dengan sahabat-sahabat Ikhwanul Muslimin, Hezbullah dan Jamaat Islami kelak? Kaji semula hubungan genetik kita sebagai harakah Islamiyyah. Premis kita tauhid.
Modal PAS hanyalah kepimpinan moral. Kalau PAS gagal membuat keputusan mempertahankan modal moral itu, susah sekali menjawab dengan Tuhan. Kerana politik liberal ialah meningkatkan kepentingan individu, politik sosialis meningkatkan kepentingan rakyat, politik Islam ialah meningkatkan kepentingan Tuhan kerana dengan itu barulah kepentingan individu dan rakyat dipenuhi kerana manusia tidak dapat menolak Inna lillah wa Inna ilaihi Rajiun.
Selamat datang ke Ipoh, selamat datang ke dunia falsafah yang kalian musuhi. Perwakilan dan ahli PAS akan menetapkan pendirian paling sukar.
Apa pendiriannya? Argh tidakkah kalian belajar pengorbanan Nabi Ibrahim akur menyembelih Nabi Ismail? Tidakkah kalian belajar pengorbanan Saidina Husin menentang korupsi dan 'Islam ikut keadaan Yazid' di Karbala?
* Pementasan 'Dua Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun', Auditorium Muzium Negara, 25-29 Ogos 2008, 8.15 malam. Ia adalah sebuah drama yang mengupas iklim siasah yang penuh kerancuan ini. Jemputlah datang menonton.
Guan Eng pernah tolak cadangan Pemuda PAS untuk laksanakan pemerintahan Islam di negeri negeri Pakatan Rakyat. Ini petanda Guan Eng tidak suka cara PAS? Guan Eng juga tidak lantik pun Exco PAS dalam Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Biarpun hanya seorang sahaja ADUN PAS Permatang Pasir yang menang, tetapi dia tidak dilantik pun. Apakah Guan Eng diskriminasikan wakil rakyat PAS? Guan Eng menyokong mengenakan tindakan disiplin terhadap Salehuddin Ayub (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat) kerana menyertai protes terhadap forum “Memeluk Islam” yang dianjurkan oleh Majlis Peguam. Ianya bagi mengelak imej gabungan pembangkang itu "sama rendah dengan Umno".
Tidakkah tindakan Guan Eng ini seolah olah mempertahankan tindakan Majlis Peguam? Salehuddin Ayub dan Zulkifli Nordin memprotes tindakan Majlis Peguam atas kapasiti dia sebagai orang Islam. Berhak bagi dia mempertahankan agamanya.
Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) mendakwa kenyataan Dato’ Seri Najib berhubung tindakan penunjuk perasaan menentang forum Majlis Peguam kelmarin sebagai "menyokong keganasan" dan "cuba memulihkan nasib BN yang semakin merosot." Guan Eng menyatakan bahawa Datuk Seri Najib Razak membuat kenyataan yang terdesak dan tidak bertanggungjawab bila menyatakan akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap penganjur forum.
Apakah Guan Eng lupa bahawa kemenangan DAP di Pulau Pinang juga disumbangkan oleh pengundi pengundi Islam dari PAS? Apakah Anwar juga sanggup berdiam diri membiarkan tindakan kurang ajar Guan Eng semata mata mahukan undi DAP di Permatang Pauh?
"Sekarang BN tidak lagi menjawab dakwaan-dakwaan melakukan rasuah, salah urus, penyalahgunaan kuasa dan pembaziran, mereka kini bermain dengan api dengan menggunakan agama untuk menakutkan orang ramai," kata Guan Eng, yang juga ketua menteri Pulau Pinang.
Lupakah Guan Eng bahawa Anwar dipenjarakan dulu atas dakwaan rasuah?
Apakah Anwar juga mempertahankan tindakan Majlis Peguam? Sebagai seorang yang dianggap sebagai Ketua Pakatan Rakyat, apakah Anwar akan menegur tindakan Guan Eng? Siapa yang main dengan isu agama sebenarnya? Bukankah orang itu ialah Guan Eng sendiri? Siapakah yang mansuhkan DEB di Penang, bukankah Guan Eng dan ayahnya yang mansuhkan? Anwar tak tegur ke? Biarkan sahaja nasib orang Melayu dipermainkan DAP?
Dalam Malaysiakini, 8 Ogos, Anwar Ibrahim menyatakan bersetuju forum "Memeluk Islam" diadakan berhubung masalah pertukaran agama di kalangan bukan Islam di bawah perkara 121 (1A).
"Saya rasa, untuk kepentingan Malaysia yang pelbagai kaum, kita patut berhati-hati tentang perkara ini. Teruskan perbincangan, bertemu dengan mereka yang bimbang. Saya rasa sebagai strategi, ia akan lebih berkesan untuk jangka masa yang panjang" kata Anwar.
Bolehkah perbincangan tentang soal agama kita diperbincangkan sebegitu? "Saya rasa sebagai strategi" kata Anwar.
Apakah forum ini sengaja diadakan sebagai salah satu strategi Anwar untuk menang di Permatang Pauh? Sanggup Anwar buat begitu semata mata hanya untuk berkuasa sahaja.
AZRINIZAM IBRAHIM Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
Tuntutan ke-8 Interfaith Commission (IFC) menyatakan “kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.” Pada 9 Jun 200, salah satu dari 14 tuntutan IFC telah berjaya diadakan di Selangor. Kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas negeri Selangor telah membuat pengumuman untuk menghapuskan peraturan mengehadkan rumah ibadat bukan Islam boleh dibina dengan keluasan melebihi 10,000 kaki persegi di negeri itu.
Keputusan ini diumumkan oleh Dr. Xavier Jayakumar (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri, Naib Presiden PKR) bersama Ronnie Liu (Pengerusi Tetap Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Negeri, Exco DAP Pusat)
Biarpun Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) seorang yang beragama Islam tetapi dia tidak mempunyai kuasa apa-apa untuk menegur atau menghalang tindakan Xavier Jayakumar dan Ronnie Liu. Sebaliknya keputusan yang diambil ditentukan oleh barisan Exco negeri itu sendiri. Siapakah MB sebenarnya ?
Keluasan sesuatu rumah ibadat bukan Islam hanya ditentukan oleh kerajaan negeri dengan melalui pihak berkuasa tempatan. Sebab itulah Ronnie Liu juga mencadangkan agar diadakan pilihanraya di peringkat PBT.
Inilah padahnya membiarkan PKR memerintah Selangor, selepas membuat kandang “sesuatu” di Sepang, mereka membenarkan pula agenda IFC dilaksanakan di Selangor. Mana yang lebih utama, antara haramkan Islam Hadhari dan membiarkan rumah ibadat orang bukan Islam tersergam indah dan besar ketinggiannya di Selangor ?
Xavier ketika mula mula angkat sumpah jadi YB di Selangor. Xavier pakai songkok tidak seperti ahli ahli DAP di Johor. Xavier menjanjikan tapak yang lebih luas berbanding sekarang ini iaitu 0.4 hektar sahaja. Xavier turut berjanji menambah peruntukan tahunan sejumlah RM3 juta kepada rumah ibadat bukan Islam. Bukankah perkara ini ada dalam tuntutan ke-8 IFC ?. Di Selangor jumlah penduduk Islam ialah 4 juta orang dengan jumlah masjid ialah sejumlah 380 buah. Manakala penduduk beragama Hindu ialah sejumlah 700,000 orang dengan jumlah kuil sejumlah 1,000 buah. Apakah pula pendirian orang orang Melayu dalam PAS dan PKR tentang perkara ini ?
Apakah Anwar Ibrahim yang menjadi Penasihat kepada pakatan Pakatan Rakyat tidak dirujuk tentang cadangan Xavier ini ? Kalau Anwar Ibrahim tahu sekalipun apakah Anwar akan menegur Xavier dan Ronnie Liu agar jangan berbuat sedemikian. Atau Anwar lebih percaya kepada Guan Eng berbanding Khalid Ibrahim ?
Baru-baru ini dikhabarkan, Dr Dzulkefly (Ahli Parlimen Kuala Selangor) juga telah membaca ayat Al Quran di sebuah gereja di Selangor. Dr Dzulkefly menyatakan bahawa Islam memelihara hak semua orang tanpa mengira kaum. Hassan Ali nyatakan Islam Hadhari diharamkan di Selangor. Apakah pula pendirian Hassan Ali dan Dr Dzulkefly dengan keputusan Xavier ini ? Belum sampai 100 hari perintah Selangor sudah berbagai bagai perkara dibuatnya. Esok lusa entah apa lagi yang akan diminta.
AZRINIZAM IBRAHIM Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia
TETIBA saja ahli Parlimen Kulim – Bandar Baru, Zulkifli Nordin, 45 melemparkan tanda tanya besar kepada khalayak politik apabila telah mematikan telefon bimbitnya sejak semalam dan serentak itu tersebar berita beliau ditahan polis. Saya tidak terkecuali turut diasak dengan persoalan misteri Zulkifli itu oleh penjenguk blog saya. Saya tidak fikir begitu, ahli Parlimen kecil molek ini ditahankan polis. Dan polis sendiri buat pengesahan mereka tidak tahan Zulkifli seperti diuar-uarkan dan menyifatkan ianya sebagai khabar angin. Jadi ke mana beliau menghilang dan untuk apa?
Politik sifatnya berbagai-bagainya. Zulkifli juga seorang ahli politik dan baru merasai enak dan lembutnya kerusi di Parlimen mungkin sedang berpolitik! Baru-baru ini beliau dikatakan diminta supaya mengosongkan kerusi Kulim – Bandar Baru untuk membolehkan Anwar Ibrahim bertanding dalam satu pilihan raya kecil.
Banyak pihak dalam PKR mengharapkan Zulkifli memberi laluan secara muda apabila kerusi beliau yang sedang dipatisyen hari ini menjadi kosong. Zulkifli dikatakan bersetuju untuk memberi laluan kepada Penasihat Umum PKR Anwar Ibrahim yang dianggap sebagai bosnya itu. Dalam satu kenyataan beliau menyifatkan pengosongan itu sebagai pengorbanan kecil untuk rakyat.
Tiba-tiba petisyen kerusi beliau itu ditangguhkan kepada 19 Ogos ini. Penangguhan itu menyebabkan pilihan raya kecil di situ lambat diadakan sedangkan Anwar perlu berada dalam Parlimen sebelum tibanya tarikh yang ditunggu-tunggu 16 September. Tiba-tiba tidak semena-mana Dr Wan Azizah Ismail mengosong kerusi Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya bertanding.
Sukar untuk dijelaskan apakah permintaan agar mengosongkan kerusi berkenaan menggembirakan Zulkifli ataupun mengilankannya. Apakah hanya beliau yang perlu berkorban untuk Anwar manakala ahli Parlimen lain tidak?
Dalam politik tidak ada apa-apa yang mustahil. Zulkifli orang politik dia boleh melakukan apa saja termasuk yang diluar kebenaran umum atau melanggar normal-normal politik. Apakah tidak mustahil kalau beliau berusaha menyelamatkan kerusinya dengan mengharapkan petisyen itu ditarik balik dan beliau mengumumkan menyertai Umno?
Untuk itu beliau akan melakukan sesuatu untuk menjustifikasikannya. Sebab itu kehadirannya mengepalai tunjuk perasaan membantah forum anjuran Majlis Peguam di Lebuh Ampang Ahad lepas dilihat sebagai tindakan bersendirian beliau bukan atas arahan whip parti. Semacam beliau sengaja hadir dan bertempik di situ kerana mengharapkan sesuatu dilakukan ke atas dirinya.
Lebih jauh dari itu kalau PKR marah dan memecatnya disaat ini beliau mungkin lebih gembira kerana beliau boleh mencapai dengan mudah strategi politik untuk menyelamat kerusinya kelak itu.
Harus diingat waktu ini Umno sedang memburu sesiapa saja yang boleh memberi keuntungan kepadanya. Umno pandai mencelah dan mengailkan sesiapa saja yang mudah termakan dengan umpannya. Dan orang politik selalunya tidak mempedulikan soal moral dan perasaan penyokong. Sudah banyak sejarah orang politik mengecewakan penyokong dan pengundinya.
Pada hemat saya dan saya rasa kehilangan beliau adalah strategi untuk mencapai matlamat itu. Janganlah terkejut kalau selepas ini tiba-tiba beliau akan muncul bersama pemimpin Umno lantas mengumumkan yang beliau hilang kepercayaan kepada PKR dan serentak itu mengistyharkan diri menyertai Umno.
Beliau adalah bekas pemimpin dalam Pergerakan Pemuda Umno yang rapat dengan Mohd Najib Razak. Bahkan beliau khabarnya lebih rapat dengan Najib berbanding Anwar semasa sama-sama dalam Umno dulu.
Dalam hal ini PKR perlu menangani dengan sebaik mungkin telatah dan politik Zulkifli ini. Seelokknya PKR tidak menjatuhkan apa-apa hukuman ke atasnya. Aksinya di Majlis Peguam itu pada saya lebih kepada komitmen beliau sebagai seorang Islam dan orang yang dominan berjuang isu-isu murtad negara ini sebelum ini.
PKR hendaklah memisahkan antara disiplin parti dengan semangat jihad beliau sebagai umat Islam bagi menjernihkan keadaan atau menimbulkan salah anggap sehingga ada pihak yang merasa kecewa dan tersinggung dengan apa-apa tindakan bakal diambil nanti.
Semoga teta teki yang dimainkan oleh Zulkifli ini akan segera lengsai. Saya tidak kira dia disembunyikan hantu atau berlaku sesuatu yang tidak diingini. Kalau hilang kerana hal-hal jenayah sudah pasti ada laporan polis dibuat berhubung kehilangan beliau itu. Tetapi jelasnya sampai sekarang belum ada laporan polis dibuat mana-mana pihak mengenai keghaibannya itu! [wm.kl 7:45 pm 11/08/08]
Kami sedang mengumpul dana untuk server AIDC blog. Sesiapa yang berminat boleh salur sumbangan anda ke no akaun BANK ISLAM - 1303 5010 0580 99 (TETUAN AIDC MANAGEMENT).