Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit: Klik di sini
NOTIS
Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com
Terjemahan ucapan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad di Persidangan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu ke 62.
Luangkan sedikit masa untuk menghayati dan memahami dengan rendah diri dan dengan minda terbuka konsep Hak Asasi Manusia seperti yang diperturunkan dalam Al-Quran.
“Dengan Nama Allah, percepatkanlah kemunculan Imam Al-Mahdi dan limpahkanlah kepadanya segala kesihatan dan kemenangan dan jadikanlah kami pengikutnya dan pengikut mereka yang mempercayai kebenarannya” Di dunia yang begitu kecoh dengan kecaman, ugutan dan ketegangan dan ketika kuasa-kuasa besar tidak mampu menyelesaikan masalah-masalah semasa, ketika ketidakpercayaan semakin menggugat arena serantau dan antarabangsa, ketika rasa keselamatan psikologi masyarakat menjadi sasaran serangan pelbagai rancangan propaganda dan politik, dan kekecewaan sentiasa menghantui keberkesanan dasar dan tindakan organisasi-organisasi antarabangsa dalam usaha mewujudkan keamanan dan keselamatan berkekalan, dan ketika kawalan ke atas hak asasi manusia sedang dilemahkan, saya ingin menyentuh dan menerangkan punca dan cara-cara memboloskan diri daripada segala permasalahan ini dan seterusnya menyentuh mengenai beberapa cabaran utama yang dihadapi dunia masakini.
Saya juga akan menyentuh keperluan mengubah keadaan semasa, prospek masa depan yang lebih cerah, dan pengwujudan semula segala yang halus, indah dan terhormat, keadilan, kemekaran segala ciri kemuliaan manusia serta ketinggian cinta Tuhan dan kesedaran terhadap segala janjiNya seperti yang dinyatakan oleh para Nabi dan mubaligh. Kemudian saya akan menyerahkan kepada Tuan-Tuan dan Puan-Puan untuk menentu dan mengadili isu nuklear Iran sebagai satu realiti dan sebagai ruang menguji tahap kejujuran, keberkesanan, keazaman dan kemenangan. Segala cadangan saya akan dikemukakan di akhir ucapan ini.
Seperti maklum kita sedang menghadapi pelbagai cabaran penting yang di antaranya akan saya rujuk.
1 – Cubaan terancang memusnahkan institusi kekeluargaan dan merendahkan lagi status wanita
Keluarga itu institusi paling keramat dan berharga. Ia berperanan sebagai pusat kepada segala rasa cinta dan kasih-sayang ibu-bu, bapa-bapa dan anak-anak, dan ia juga satu alam yang selamat bagi mendidik dan membentuk generasi manusiaserta sebagai ruang subur bagi memekarkan segala sentimen dan emosi. Insitusi ini sentiasa dihormati semua bangsa, agama dan budaya.
Hari ini kita sedang menyaksikan satu serangan oleh penceroboh dan musuh kemanusiaan yang berazam meruntuhkan institusi keluarga. Mereka mensasarkan institusi yang begitu terhormat ini dengan mempromosikan kelucahan, keganasan dan meruntuhkan sempadan kehormatan dan peradaban.
Penjelmaan wanita sebagai kemuncak ekspresi kecantikan, kemurahan hati, cinta dan keluhuran menjadi sasaran untuk dieksploitasikan sejak beberapa dekad oleh kuasa-kuasa besar media dan kekayaan. Dalam sesetengah masyarakat, wanita terjerumus hingga menjadi hanya sekadar menjadi alat publisiti. Segala ciri kemuliaan, kebersihan dan kecantikan sebenar telah hilang – terhakis. Ini dianggap penderhakaan kepada tamadun manusia, kepada generasai-generasi akan datang dan tamparan kuat kepada kesepaduan masyarakat.
2. Perlanggaran Hak Asasi Manusia.,pengganasan dan pencerobohan yang berleluasa
Malang sekali hak asasi manusia dicabuli secara berleluasa oleh sesetengah kuasa besar, terutama mereka yang berpura-pura memperjuangkan kedaulatannya. Di antara contoh pencabulan termasuk pembinaan penjara-penjara tersembunyi, perbicaraan dan hukuman secara rahsia, mengintip perbualan telefon, membuka surat kepunyaan orang lain dan arahan serta saman supaya menghadirkan diri di balai-balai polis dan pusat-pusat keselamatan menjadi perkara biasa dan sering berlaku. Mereka menghukum para saintis dan ahli sejarah kerana mengutarakan pendapat berhubung isu-isu penting global. Mereka memberikan pelbagai alasan dan dalih untuk menceroboh dan menjajah negara-negara berdaulat dan seterusnya mencetuskan kekecohan dan perkelompokan, dan mereka menggunakan keadaan itu untuk meneruskan kependudukan di tempat-tempat tertentu.
Sudah lebih 60 tahun Palestin diletakkan di bawah penjajahan haram rejim Zionist sebagai ‘pampasan’ di atas segala kerugian puak Yahudi sepanjang Perang Dunia Kedua di Eropah.
Disebabkan ini rakyat Palestin menjadi musafir. Terpaksa berpindah-randah selain sentiasa menjadi mangsa tekanan kuasa ketenteraan, sekatan ekonomi dan di kurung dalam keaadaan yang daif dan kotor. Dikala semua ini berlaku pihak penjajah pula sentiasa dilindungi dan dipuji, sementara rakyat Palestin yang tidak berdosa bertubi-tubi dihimpit propaganda tentera dan politik.
Bekalan air, elektrik dan perubatan kepada penduduk Palestin dipotong kerana ‘dosa’ meminta kebebasan. Sebagai tindak balas kepada pemilihan kerajaan sah secara demokratik, penjajah zionis mensasar dan memangsakan pula kerajaan Palestin itu. Pengganas dikerah untuk melancarkan serangan ke atas kehidupan dan harta-benda penduduk dengan diselia oleh ahli politik dan pegawai-pegawai tentera kuasa besar.
Pihak zionis juga melancarkan operasi membunuh tokoh-tokoh dan individu Palestin tertentu di kediaman mereka dan di bandar-bandar. Kezaliman bukan dikecam tetapi sebaliknya dibalas dengan anugerah pingat keamanan kepada pengganas-pengganas tersebut daripada kuasa-kuasa besar. Di penjuru lain rejim zionis juga mengumpul ribuan orang Yahudi dari serata dunia yang dikatakan miskin untuk diberikan bantuan, pekerjaan, makanan dan seterusnya menempatkan mereka di wilayah-wilayah yang dijajah. Mereka didedahkan kepada suasana hidup yang begitu mencabar dari segi psikologi – tekanan yang memaksa mereka supaya sentiasa berseteru dengan penduduk Palestin yang dikatakan ganas, lantaran memanjangkan konflik dan krisis.
Iraq diceroboh dengan alasan kononnya untuk menggulingkan seorang diktator. Mereka juga mendakwa kononya terdapat stok rahsia senjata pembunuhan beramai-ramai di negara itu. Diktator Iraq yang dulunya disokong penjajah yang sama seterusnya berjaya digulingkan dan sekali gus stok senjata pembunuhan beramai-ramai tidak dapat dikesan kerana sebenarnya ia tidak pernah wujud. Dan penjajahan berterusan di sebalik pelbagai alasan lain.
Hingga ke hari ini tiada sehari pun berlalu tanpa penduduk Iraq dibunuh, dicederakan ataupun diusir, dan pihak penjajah bukan sekadar enggan bertanggung-jawab dan berasa malu, malahan mendabik dada menyiarkan kepada media tentang pasaran baru untuk menjual senjata-senjata mereka berikutan tindakan pencerobohan ketenteraan ini. Dengan berdegil enggan mengaku kalah dan meninggalkan Iraq, mereka juga terus menentang perlembagaan, Majlis Perhimpunan Kebangsaan negara itu dan kerajaan yang dipilih secara sah dan demokratik oleh rakyat Iraq
Malang sekali apa yang kita lihat ialah hakikat bagaimana kuasa-kuasa besar tidak langsung menghormati mana-mana negara ataupun manusia. Apa yang mereka pentingkan hanyalah diri sendiri, kelompok dan kumpulan masing-masing. Pada mereka, hak asasi manusia hanya bererti keuntungan kepada syarikat dan kawan-kawan. Hak dan nama baik rakyat Amerika juga dikorbankan demi nafsu tamak.
3. Keganasan terhadap budaya tempatan dan nilai kebangsaan
Budaya adalah ekspresi identiti. Ia juga kunci keselamatan sesebuah negara dan asas interaksi sesuatu bangsa dengan bangsa yang lain. Dalam sesebuah pergerakan terancang, budaya tempatan yang menjadi penyampai fahaman kepercayaan kepada satu Tuhan, cinta dan persaudaraan kini menjadi sasaran serangan yang meluas dan membinasakan. Nilai-nilai kebangsaan, adat resam dicemuh sementara karekter negara dipersenda dan dimalukan. Tujuan semua ini ialah untuk mempromosikan agenda liberal, konsumerisme, ketidakpercayaan kepada Tuhan, meruntuhkan nilai kemanusiaan dan mencuri kekayaan negara mangsa oleh kuasa-kuasa besar.
4. Kemiskinan, buta huruf, sekatan bantuan perubatan dan jurang perbezaan di antara yang miskin dan kaya
Sebahagian besar kawasan alam semula jadi di Asia, Afrika dan Amerika Latin sedang dicabul melalui penguasaan politik dan ekonomi koleh uasa-kuasa besar tertentu. Keadaan ini menyebabkan kadar kemiskinan begitu membimbangkan. Bangsa-Bangsa Bersatu merekodkan statistik berikut:
Setiap hari hampir 800 juta orang kelaparan dan kira-kira 980 juta merengkuk dalam kancah kemiskinan dengan kuasa membeli kurang daripada satu dolar Amerika.
Penduduk di 31 negara, iaitu 9 peratus daripada jumlah penduduk dunia mempunyai jangka hayat hanya setakat 46 tahun – 32 tahun kurang berbanding sesetengah negara.
Nisbah di antara yang kaya dan yang miskin dibeberapa bahagian dunia dianggar 40 kali ganda.
Di banyak negara sedang membangun kadar kematian ketika melahirkan anak dianggarkan 450 bagi setiap 100,000 orang ibu. Nisbah ini hanya 7 di negara-negara maju dan nisbah kematian bayi dianggarkan 59 bagi negara-negara sedang membangun berbanding 6 di negara-negara maju.
Satu pertiga daripada kadar kematian di dunia, iaitu 50,000 setiap hari adalah disebabkan kemiskinan.
Saya percaya angka-angka ini mencerminkan dengan jelas keadaan tragis yang sedang mencengkam ekonomi dunia hari ini.
5. Sikap tidak mempedulikan nilai-nilai mulia dan mempromosikan penipuan dan muslihat.
Sesetengah kuasa besar sanggup mengorbankan nilai kemanusiaan, termasuk kejujuran, kesucian dan sifat amanah untuk kepentingan diri. Mereka menanam rasa curiga dan menggunakan penipuan dalam perhubungan di antara kerajaan dan rakyat. Mereka berdusta secara terang-terangan, mengemukakan pelbagai tuduhan tidak berasas terhadap orang lain, bertindak bertentangan dengan undang-undang dan seterusnya membunuh kepercayaan dan persahabatan. Mereka secara terbuka mengenepikan moral dan nilai-nilai mulia dalam semua perhubungan dan menggantikannya dengan sifat tamak, kesombongan, permusuhan, perseteruan dan penipuan.
Mereka mengorbankan segala yang baik dan yang luhur demi nafsu tamak.
6. Pencabulan undang-undang antarabangsa dan tidak menghormati komitmen yang dibuat
Ada di antara mereka yang pernah terbabit dalam tugas merangka undang-undang antarabangsa dengan secara terbuka mencabuli undang-undang itu dan menggantikannya dengan dasar-dasar diskriminasi. Mereka merangkakan peraturan pelucutan senjata, tetapi sebaliknya menjalankan ujian dan menambahkan senjata-senajata yang lebih berbahaya setiap hari. Mereka menggariskan Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu tetapi tidak menghormati hak orang lain menentukan cara pemerintahan, kedaulatan dan kemerdekaan negara. Mereka dengan mudah membatalkan perjanjian-perjanjian rasmi dan enggan mematuhi undang-undang untuk melindungi alam sekitar. Kebanyakan perlanggaran tanggung-jawab antarabangsa ini dilakukan oleh segelintir kuasa besar dunia.
7. Peningkatan ancaman dan perlumbaan senjata
Sesetengah kuasa, apabila gagal melaksanakan sesuatu mengikut logik, dengan mudah merujuk kepada ancaman. Tangan-tangan sasa perlumbaan senjata melemparkan bayangan ancaman yang mencengkam dunia. Negara-negara di Eropah menjadi mangsa dua perang dunia besar, beberapa konflik serius dan selanjutnya terpaksa berhadapan dengan kesan Perang Dingin selama beberapa dekad. Hari ini orang Eropah masih lagi hidup di bawah bayangan ancaman. Segala harta milik mereka termasuk keselamatan sentiasa dalam keadaan tergugat ekoran perlumbaan senjata oleh kuasa-kuasa besar tertentu.
Satu kuasa besar yang terkenal dengan sifat membuli negara-negara lain memberikan dirinya hak untuk membina satu sistem peluru berpandu. Kesannya menggugat kestabilana sebuah negara lain. Kuasa besar itu juga sedang bersiap untuk menyertai perlumbaan senjata yang lebih intensif.
Ada negara yang secara luaran dilihat begitu gagah dan berkuasa, tetapi berkelakuan seperti kanak-kanak yang baru dihadiahkan pistol mainan air, lantaran berasa begitu gagah memancutkan air ke arah semua berhampiran selain sentiasa mengancam orang lain dan mencetuskan ketidaktenteraman.
8.Ketidakberkesanan mekanisme antarbangsa mengatasi cabaran dan mewujudkan keselamatan dan keselamatan dunia yang mantap
Organisasi dan mekanisme antarabangsa jelas tidak mempunyai keupayaan mengatasi segala masalah dan cabaran untuk merealisasikan perhubungan adil dan saksama, keamanan, persaudaraan dan keselamatan serantau. Tidak ada satu pun kerajaan atau negara yang meletakkan harapan terhadap mekanisme-mekanisme tersebut untuk mempertahankan hak, kemerdekaan, daulatan wilayah dan kepentingan mereka.
Kawan-kawan Semua,
Cabaran yang kita hadapi sebenarnya lebih hebat daripada apa yang telah saya sebutkan dan saya boleh mendedahkan banyak lagi jika mahu, tetapi saya memilih untuk menghadkan diri kepada apa yang telah saya bentangkan tadi. Yang penting sekarang ini ialah persoalan berhubung punca kesemua cabaran tersebut. Analisis rapi secara saintifik menunjukkan bahawa punca keadaan sekarang ini disebabkan dua faktor utama.
Tidak sangsi lagi, faktor pertama ialah perhubungan yang tercipta berikutan kesan Perang Dunia Kedua.
Pihak yang menang dalam perang itu melakarkan peta dan rancangan bagi menguasai dunia, tetapi bukan berdasarkan keadilan, sebaliknya bagi menentukan penguasaan mereka ke atas negara-negara yang ditundukkan. Oleh itu, mekanisme yang terbina daripada pendekatan ini dan dasar-dasar berkaitan tidak berupaya menyelesaikan masalaah-masalah dunia sepanjang 60 tahun lalu.
Ada di antara kuasa-kuasa besar yang masih berlagak seperti wira Perang Dunia. Mereka menganggap negara lain termasuk yang langsung tidak terbabit dalam peperangan sebagai pihak yang ditewaskan. Mereka menghina negara-negara lain dan memeras-ugut berdasarkan kedudukan hirarki sosial yang tidak ubah seperti sistem feudal. Dengan sombong dan bongkak mereka menganggap diri lebih tinggi daripada orang lain dan tidak perlu memberi penjelasan kepada mana-mana kerajaan atau badan antarabangsa di atas segala perlakuan mereka.
Kawan-kawan, Tuan Pengerusi, Puan-Puan dan Tuan-Tuan,
Malangnya, di antara organisasi yang berkesan, Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu berada di kedudukan teratas. Mereka mewujudkan keadaan di mana beberapa negara diberikan hak eksklusif dan istimewa untuk menggunakan kuasa veto di Majlis Keselamatan sebagai pendakwa, hakim dan tukang hukum tanpa mengambil kira sama ada sesuatu pihak itu yang tertuduh atau yang dituntut. Memang lumrah bagi negara-negara yang dimangsakan tidak mendapat pembelaan dari Majlis ini.
Juga malangnya manusia telah menyaksikan dalam kesemua perang besar seperti di Korea, Vietnam, perang Zionis menentang Palestin dan Lubnan, perang menentang Saddam dan rakyat Iraq dan perang etnik di Eropah dan Afrika, terdapat satu anggota Majlis Keselamatan di antara yang berseteru atau setidak-tidak pun menyokong satu pihak dalam konflik dberkenaan. Lihat saja kepada Iraq; Mereka bermula dengan pencerobohan dan hanya selepas itu mendapatkan kebenaran rasmi daripada Majlis Keselamatan – majlis yang sama dalam mana pihak penceroboh mempunyai kuasa veto.
Oleh itu, kepada siapakah boleh rakyat Iraq mengadu dan kemanakah sepatutnya mereka membawa aduan dengan harapan mendapat pembelaan yang adil?
Kita telah menyaksikan bagaimana dalam menangani konflik di Lubnan sesetengah kuasa sengaja melengahkan keputusan Majlis Keselmatan dengan harapan memberi kemenangan kepada rejim zionis. Bagaimanapun, apabila mereka berasa marah dengan rejim tersebut barulah mereka meluluskan penguatkuasaan genjatan senjata, walhal tugas Majlis Keselamatan ialah untuk menghalang daripada berlaku konflik berleluasa selain mengenakan genjatan senjata, memupuk keselamatan dan keamanan. Kepada siapakah boleh rakyat Lubnan mengadu mengadu?
Segelintir kuasa besar cenderung memonopoli dan menyekat Majlis Keselamatandaripada menjalankan tugas mengawal keamanan dan melaksanakan keselamatan berteraskan keadilan. Kredibiliti Majlis Keselamatan itu kini tercemar dan keberkesanannya dalam usaha mempertahankan hak anggota telah dimusnahkan. Ini menyebabkan banyak negara tidak lagi yakin dengan Majlis itu.
Juga terdapat mekanimse-mekanisme lain, seperti mekanisme kewangan dan perbankan yang turut berada dalam keadaan pincang. Mekanisme-mekanisme ini dijadikan alat bagi memaksa penerimaan kehendak kuasa besar ke atas negara-negara lain.
Terbukti mekanisme-mekanisme tersebut tidak berupaya menangani keperluan masa kini dan menyelesaikan segala cabaran untuk mewujudkan perhubungan adil dan berpanjangan.
Kawan-kawan sekalian,
Tiada sangsi bahawa faktor kedua dan yang lebih penting ialah sikap kuasa-kuasa besar yang tidak memperdulikan isu moral, keagamaan, pengajaran para Nabi dan Rasul dan seterusnya hala-tuju yang ditetapkan Allah selain batasan-batasan dosa dan pahala. Dalam keadaan sebegini bagaimana agaknya manusia berdosa mengawal dan mengurus hal kemanusiaan jika diri sendiri pun tidak mampu ditangani.
Malang sekali, mereka menganggap diri sebagai Tuhan! Mereka hanya berjuang untuk memenuhi segala keinginan dan nafsu sendiri. Bagi mereka, nyawa, maruah manusia dan segala harta kepunyaan orang lain tidak lagi penting.
Tubuh kemanusiaan kini tercedera teruk akibat perbuatan kuasa-kuasa besar yang tamak dan tidak berhati-perut. Hari ini, segala masalah yang dihadapi penduduk di seluruh dunia berpunca daripada ketiadaanrasa hormat kepada nilai kemanusiaan, moral dan juga pengurusan adil dan bijaksana oleh mereka yang berkuasa.
Kawan-kawan, Puan-puan dan Tuan-tuan,
Satu-satunya cara terbaik untuk kesejahteraan manusia ialah dengan berpandukan ajaran-ajaran para Nabi, kerpercayaan kepada satu Tuhan, menghormati maruah manusia dan sentiasa menjalinkan rasa cinta dan kasih-sayang dalam semua perhubungan, pertalian dan peradaban. Kesejahteraan akan dengan sendirinya pulih berdasarkan struktur ini.
Bagi mencapai matlamat ini, saya mempelawa anda semua supaya berkerjasama membina satu gabungan persaudaraan, kewarasan dan pemupukkan keamanan berpanjangan berdasarkan kepercayaan kepada satu Tuhan dan keadilan di bawah nama “Pakatan Keamanan.” Pakatan ini akan kebal daripada sebarang pencerobohan, kebiadabaan dan seterusnya menjana budaya kemesraan dan kesaksamaan. Dan dengan ini, saya mengumumkan dengan bantuan dan kerjasama semua negara merdeka, berdaulat dan yang cintakan keamanan dan keadilan supaya menjejaki arah yang akan dipimpin oleh kami, Republik Islam Iran.
Kepercayaan kepada satu Tuhan, keadilan dan kasih-sayang di antara manusia seharusnya mejadi keutamaan piagam Bangsa-Bangsa Bersatu, dan pertubuhan ini juga perlu dijadikan punca rujukan soal-soal keadilan di mana setiap anggota boleh menikmati sokongan kerohanian dan perundangan yang saksama.
Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai suara rasmi masyarakat antarabangsa akan dianggap komponen paling penting dalam pertubuhan itu. Ia perlu bebas daripada sebarang tekanan dan ancaman kuasa-kuasa besar. Ia perlu mengambil langkah serius menstruktur semula dirinya, terutama menukar status Majlis Keselamatan dan mendefinasikan struktur baru berdasarkan keadilan dan demokrasi dengan hasrat menjadikannya satu badan yang proaktif kepada keperluan semasa selain mampu meneyelesaikan segala cabaran masa kini. Semua ini akan membawa kepada pengwujudan keselamatan dan kestabilan dunia yang berpanjangan.
Tuan-Tuan yang dihormati,
Isu nuklear Iran merupakan contoh jelas prestasi dan pemikiran mekanisme-mekanisme yang saya maksudkan.
Seperti anda semua maklum, Iran adalah ahli rasmi Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, IAEA, dan sentiasa mematuhi segala undang-undang dan peraturan yang termaktub. Selain itu Iran juga telah begitu lama berkerjasama dengan agensi tersebut dalam pelbagai aspek. Kesemua projek nuklear kami adalah telus dan hanya untuk tujuan keamanan.
Menurut undang-undang IAEA, semua ahli mempunyai hak dan komitmen. Semua ahli wajib menjalan aktiviti secara aman dan di bawah pengawasan pihak agensi berkenaan. Ahli-ahli juga berhak disokong oleh agensi selain memperolehi kitaran bahan bakar dengan bantuan agensi dan ahli-ahli lain.
Setakat ini, Iran telah memenuhi semua kewajipannya tetapi masih dikecualikan daripada menerima bantuan teknikal daripada ahli-ahli, dan ada kalanya sokongan daripada pihak agensi sendiri. Dan dalam pada itu, kuasa-kuasa besar yang telah saya sebutkan tadi sentiasa cuba menafikan negara Iran haknya sebagai ahli dengan cara memberi tekanan ke atas agensi.
Mereka berusaha menggagalkan hak sah Iran untuk membina kemampuan tenaga nuklear dan mempolitikkan suasana untuk keepentingan sendiri.
Iran sememangnya bersungguh-sungguh dalam usaha membina keyakinan. Bagaimanapun, tiada apa pun yang dapat memuaskan kehendak kuasa besar selain memberhentikana sepenuhnya projek nuklear termasuk aktiviti-aktiviti berkaitan seperti program kajian akademik di universiti.
Matlamat mereka ialah menafikan hak sah negara Iran. Dan dengan itu juga kesemua stesen nuklear yang tidak ada kaitan dengan usaha mengitar-semula bahan nuklear juga diarah tutup. Dan selepas tiga tahun berunding dan mencuba membina keyakinan, negara Iran akhirnya meneyedari apa yang sebenarnya diinginkan oleh kuasa-kuasa besar tersebut bukanlah mengaggalkan apa yang sengaja disifatkan sebagai penyalahgunaan tenaga nuklear, tetapi sebaliknya untuk menyekat Iran daripada maju dalam lapangan sains.
Jika ini berterusan tiada peluang lagi untuk Iran menikmati segala haknya walaupun menunggu lagi 20 tahun. Oleh itu, Iran mengambil keputusan untuk terus memperjuangkan haknya melalui undang-undang sebagai ahli IAEA dan menafikan rancangan pincang kuasa-kuasa besar terhadapnya.
Melalui cara-cara sah ini juga Iran akan sentiasa bersedia untuk duduk semeja bagi menerangkan kedudukan dan mempertahankan haknya.
Dengan menyalahgunakan Majlis Keselamatan, kuasa-kuasa besar yang bongkak ini bertubi-tubi menuduh Iran selain menggunakan ancaman ketenteraan terhadapnya sejak dua tahun lalu. Bagaimanapun, dengan berkat keimanan dan perpaduan rakyat, Iran kini mula mengorak langkah ke arah kemajuan. Iran kini diiktiraf sebagai sebuah negara dengan keupayaan penjanaan dan mengitar-semula tenaga nuklear untuk tujuan aman.
Keadaan menyebelahi kami kerana baru-baru ini pihak IAEA telah cuba mendapatkan kembali peranannya sebagai penyokong hak semua ahli dan sebagai penyelia aktiviti-aktiviti nuklear. Kami menyambut baik perubahan itu. Sebelum ini, mereka dengan cara tidak sah telah cuba mempolitikan kes tenaga nuklear Iran, tetapi hari ini, terima kasih kepada semangat ketahanan negara Iran, isu tersebut kembali ke tangan pihak agensi. Dengan ini saya dengan rasminya mengumumkan bahawa di pihak kami isu nuklear Iran ditutup dan hanya menjadi perkara biasa. Dan hari ini banyak persoalan ditimbulkan oleh beberapa kuasa besar berhubung aktiviti-aktiviti nuklear Iran di bawah peraturan agensi. Persoalan-persoalan ini akan dikaji secara rapi. Iran sentiasa bersedia untuk berbincang secara konstruktif dengan mana-mana pihak.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua negara yang telah berusaha membantu mempertahankan hak sah Iran dan saya juga menghargai peranan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), sahabat-sahabat dalam Majlis Keselamatan, Lembaga Gabenor IAEA, pakar-pakar yang komited dan menyanjungi undang-undang dalam agensi berkenaan dan juga tidak terkecuali Ketua Pengarahnya di atas pendiriannya mempertahankan kami. Saya juga ingin mengumumkan bahawa berbeza dengan hasrat tamak kuasa-kuasa besar, Iran sentiasa bersedia menghulurkan bantuan pengalaman kepada mana-mana ahli dalam bentuk pogram latihan selari dengan kewajipannya di bawah undang-undang dan peraturan agensi.
Dan sekarang saya ingin menujukan hujah saya kepada mereka yang memangsakan Iran sepanjang lima tahun lalu. Mereka yang telah melukakan hati rakyat Iran dan menuduh kami yang telah ribuan tahun telah menyumbang kepada pembangunan tamadun manusia dan sejarah dunia. Saya menasihatkan mereka mengambil iktibar daripada segala kesalahan mereka. Mereka telah menganaiya negara Iran tetapi mereka perlu berhati-hati supaya tidak mengulangi perbuatan yang sama ke atas negara lain dan jangan mengorbankan integriti organisasi-organisasi antarabangsa demi kepentingan diri. Hari ini negara-negara di dunia telah terjaga dari tidur. Mereka lebih bersedia, bertenaga dan mempunyai semangat ketahanan yang kental. Jika anda menukar cara hidup anda, seluruh dunia akan mencontohinya.
Pada dasarnya semua negara adalah baik belaka dan boleh hidup dengan penuh harmoni. Yang penting mereka menumpu kepada usaha membantu rakyat sendiri dan bukan mencampuri hal negara lain.
Ini bukan zaman dan masanya untuk kuasa-kuasa besar kembali ke jalan kebongkakkan dorongan syaitan. Ini masanya untuk kembali kepada jalan benar.
Apakah dalam segala ketaksuban ini mereka tidak lagi ingin dibersihkan daripada segala pencemaran dan dosa? Kepercayaan kepada Tuhan bererti mempercayai keikhlasan, kesucian, keadilan dan mencintai semua!
Mereka pasti akan mendapat keuntungan dan keberkatan daripada pendirian yang ikhlas, jujur, suci dan menghormati sesama manusia. Pasti lambat laun mereka akan dianggap kuasa yang dihormati dan bernilai di mata dunia.
Inilah sebenarnya tawaran yang dibuat oleh para Nabi dari Adam, Noh, Ibrahim, Musa, Isa dan Mohammad s.a.w. Dan sekiranya mereka menyahut tawaran ini, mereka nescaya akan diselamatkan dan jika mereka enggan, malapetaka yang telah dijatuhkan ke atas golongan yang terdahulu akan juga menimpa mereka.
Seperti mana yang disebut dalam Al Quran: ” Mereka yang tidak menyahut seruan Allah tidak sepatutnya menganggap dirinya telah menundukkan Tuhan di bumi ini; baginya tiada sahabat selain Allah dan mereka akan sentiasa diselubungi kegelapan”.
Mereka tidak mempunyai sebarang apa yang boleh diertikan sebagai hak sendiri dan mereka tidak akan dapat melarikan diri daripada kuasa Allah. Dalam perhimpunan agung ini saya rasa terpanggil untuk mengingatkan mereka ayat-ayat Allah yang disebut dalam Al Quran:
“Apakah mereka tidak melihat kepada kuasa dan kerajaan yang mendahului mereka? Jika golongan yang lalu memiliki sesuatu, pasti mereka telah menyimpannya dan tidak akan membenarkan kamu memilikinya kini. Allah membinasakan mereka kerana dosa mereka dan tiada siapa pun mampu melindungi mereka daripada kehendak Allah.”
Mereka perlu sedar bahawa segala cara dan tradisi berasaskan pemangsaan, tekanan dan ketidakadilan akan musnah akhirnya. Apakah mereka tidak dapat melihat tanda-tanda berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan, sikap dermawan dan semangat keadilan di antara negara-negara di dunia? Apakah mereka tidak menyedari akan keruntuhan empayar-empayar? Saya harap jemputan dan tawaran ini akan mendatangkan hasil yang berkesan.
Hadirin sekelian,
Semua negara tidak perlu patuh kepada sikap ketidakadilan sesetengah kuasa besar yang tamak itu. Berdasarkan sikap simbong dan bongkak, kuasa-kuasa besar ini kini telah hilang keupayaan untuk memimpin dunia.
Dan dengan itu saya mengisytiharkan dengan rasminya zaman pincang yang muncul daripada debu kesengsaraan dan keruntuhan Perang Dunia Kedua serta pemikiran materialistik yang sombong dan bongkak kini berakhir.
Kemanusiaan telah melepasi jeram yang berbahaya dan kini zaman kepercayaan kepada satu Tuhan, kesucian, persaudaraan, menghormati orang lain, keadilan dan keamanan sebenar telah bermula.
Inilah janji Allah bahawa kebenaran akan membawa kemenangan dan dunia ini akan diwarisi oleh mereka yang benar. Anda sebagai warga dunia yang bebas perlu beriman kepada Allah. Anda yang inginkan nilai tertinggi di mana jua anda berada perlu bersiap bagi dipenuhi segala janji Allah ini dengan cara berjasa kepada manusia dan mencari keadilan.
Zaman kegelapan akan berakhir. Tawanan akan kembali ke rumah dan kampung halaman, jajahan yang dicerobohi akan dibebaskan, Palestin dan Iraq akan memboloskan diri daripada cengkaman penceroboh dan rakyat Eropah akan dibebaskan daripada segala tekanan zionis. Kerajaan-kerajaan yang berhati lembut dan cintakan kemanusiaan akan menggantikan kerajaan yang agresif dan yang memangsakan pihak lain. Maruah manusia akan ditebus kembali. Keharuman segar keadilan akan mula menembusi seluruh pelusuk dunia dan manusia akan hidup aman dalam suasana persaudaraan.
Perjuangan cara murni untuk kebenaran dan apa yang telah dijanjikan sebenarnya penawar akhir bagi mengubati luka-luka kemanusiaan, penyelesaian kepada segala masalah dan pengwujudan rasa cinta, keindahah, keadilan dan kegembiraan di seluruh dunia. Kepercayaan dan usaha ini adalah kunci kepada perpaduan dan interaksi konstruktif di kalangan negara-negara, masyarakat dan semua yang cintakan keadilan.
Tidak sangsi lagi, apa yang yang dijanjikan – bahawa Penyelamat dan Pesanan terakhir akan diperturunkan. Di kalangan semua yang mempercayai ketentuan Allah, keadilan dan yang mencari keberkatan, Dia akan mewujudkan masa depan yang cerah selain memenuhi dunia dengan keadilan dan keindahan. Inilah janji Allah dan ia nescaya akan dipenuhi.
Marilah kita mainkan peranan dalam usaha ke arah merealisasikan saat kemenangan dan keindahan ini.
Saya mengharapkan masa depan yang cerah, dan pancaran fajar kebebasan dan emansipasi bagi semua manusia di mana budaya cinta serta kasih-sayang menular di serata dunia serentak dengan penghapusan sikap penindasan, kebencian dan keganasan. Saya percaya harapan ini akan menjadi kenyataan sedikit masa lagi.
Anwar kata "Selamatkan demokrasi Malaysia" kerana dia akan memusnahkan..
Hasrat mahu jadi PM ikut 'pintu belakang' tidak demokratik: Chandra
KUALA LUMPUR: Penganalisis politik Dr Chandra Muzaffar berkata cubaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri melalui 'pintu belakang' dengan menghasut Ahli Parlimen lompat parti besar-besaran adalah perbuatan tidak beretika dan tidak demokratik. "Kabinet yang ditubuhkan menerusi cara itu dari segi moralnya tidak ada kredibiliti. Parlimen sendiri akan tercemar. Badan eksekutif dan penggubal Undang-undang dua cabang penting dalam tabir urus akan dianggap oleh rakyat sebagai institusi yang kehilangan integriti," katanya.
Ringkasnya, memperoleh kuasa melalui pintu belakang akan merendahkan martabat politik, katanya sambil menambah Anwar juga tidak mempunyai mandat untuk menggulingkan kerajaan sekarang yang dipilih secara demokrasi.
Anwar, dakwa beliau, terlalu taksub untuk menjadi Perdana Menteri secepat mungkin.
Oleh itu, Anwar berusaha keras untuk memujuk wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dalam Parlimen - sekurang-kurangnya 30 daripada mereka, untuk berpaling tadah dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), kata bekas Timbalan Presiden PKR itu.
"Saiz dan skala lompat parti yang diusahakannya itu amat sukar hendak dibayangkan. Pernahkah terjadi di dunia ini, sebuah kerajaan yang mempunyai lebih 58 kerusi daripada gabungan pembangkang diancam dijatuhkan hanya kerana seorang individu yang tidak berada dalam Parlimen sentiasa mendabik dada kononnya sejumlah Ahli Parlimen akan lompat parti pada tarikh tertentu?" soal Dr Chandra.
Beliau berkata, usaha berterusan untuk menggulingkan kerajaan melalui perbuatan lompat parti mewujudkan keadaan tidak menentu di Malaysia sejak beberapa bulan lalu.
"Jika gimik lompat parti terus mengancam ketenteraman negara, ia adalah disebabkan rakyat tahu bahawa pada satu ketika dulu Anwar sebagai pemimpin BN memainkan peranan penting dalam menjatuhkan kerajaan negeri PBS (Parti Bersatu Sabah) yang dipilih secara demokrasi di Sabah pada 1994," katanya.
Dr Chandra menegaskan walaupun Anwar menyatakan pujukannya tidak membabitkan wang, dari segi moralnya masih salah bagi wakil rakyat melompat parti kerana ia adalah pengkhianatan terhadap kepercayaan rakyat.
"Dalam demokrasi, wakil rakyat yang dipilih menerusi platform tertentu perlu mengembalikan mandat itu kepada rakyat dan melepaskan kerusinya sebelum berpaling tadah menyertai parti lain. Ini yang dikatakan menghormati pengundi," katanya.
Dr Chandra berkata, amat menyedihkan politik yang keji ini dilakukan ahli politik yang dilihat sebagai berprinsip dan aktivis hak asasi manusia yang komited di sekeliling Anwar. Bernama
================================================================================== Penasihat PKR dakwa cukup kuota
PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mendakwa sudah mendapat persetujuan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang mencukupi untuk melompat parti bagi membolehkan Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan Pusat.
Sambil melahirkan keyakinan memenangi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, 26 Ogos ini, Penasihat PKR itu berkata, beliau berhasrat memasuki Parlimen sebagai wakil rakyat pada 27 Ogos dan selepas itu akan ada Ahli Parlimen BN, termasuk daripada Umno menyertai Pakatan Rakyat.
“Bilangan (yang sudah bersetuju melompat parti) itu sudah cukup selesa untuk membolehkan kami membentuk kerajaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini semalam, yang turut dihadiri isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Anwar bagaimanapun berkata, beliau tidak boleh menyatakan angka itu kerana persetujuan ialah untuknya mengumumkan nama dan bilangan itu selepas Ahli Parlimen terbabit melompat parti.
==================================================================================== Agenda Dajal ini ialah "selamatkan demokrasi Malaysia" demokrasi Malaysia sudah kurap dan perlu dipulihkan."
Itu ucapan dia di mana-mana pun.yang banyak tersiar di youtube. Hari ini dia dia main pintu belakang lagi. dia kata sudah cukup untuk menubuhkan kerajaan 16 Spetember depan. BN akan lompat parti. Tidakkah tindakan dia itu merosakkan demokrasi? kalau benar dia kata 30 ahli BN akan lompat Parti maka sistem demokrasi Malaysia rosak dan musnah, siapa yang memusnahkannya? Jawabnya ialah Dajal. Dalam dunia Dajal bukan ramai, satu saja,.
Bukan untuk bersikap prejudis terhadap sesiapa apatah lagi dalam kes serumit liwat, namun rasa hairan dan curiga yang kian menebal di hati saya apabila melihat keprihatinan Amerika terhadap ketelusan dan keadilan perjalanan kes Liwat Anwar-Saiful melebihi lain-lain isu "keadilan" atau "perundangan" sedunia.
Anwar jangan marah jika dicurigai sebagai pro-US kerana jelas US pro-Anwar. Sikap US terhadap sesiapa sahaja sebenarnya menggambarkan ada agenda tersirat mereka. Kita lihat sejarah baru kita akan sedar perkara ini.
US tidak pernah mengambil berat kepada sesiapa jika tidak ada sebab. Madu Saddam dihabisi lalu sepahnya dibuang, begitu juga Arafat, Osama dan sekarang yang sedang dihisap madunya ialah King Abdullah Jordan, Hosni Mubarak dan mungkin juga King Abdullah Arab Saudi dan kita tunggu sepah-sepah mereka juga akan dibuang.
Madu mereka ini apa dia? Tak lain tak bukan kedaulatan dan kemerdekaan Islam.
Fikirkan...Budaya Liwat memang budaya Amerika yang direstui mereka atas nama hak asasi, demokrasi, liberal, keadilan untuk semua. Slogan yang sama dibawa Anwar walaupun belum terbukti sama budayanya...LIWAT !
Pendakwa Raya tersilap dakwa Anwar Ibrahim? Inilah persoalan yang bermain di kepala penulis apabila mengikuti perkembangan terbaru mengenai kes liwat di antara Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Dan isu ini sebenarnya juga bakal menimbulkan pelbagai lagi persoalan yang pasti dibincang, didebat dan dikritik di sepanjang minggu dan bulan ini sehinggalah tarikh prosiding mahkamah 10hb September 2008 dan seterusnya.
Seperti yang kita sudah ketahui, peguam cara Negara, Datuk Idrus Harun yang mengetuai pasukan pendakwaan telah mendakwa Anwar Ibrahim melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 337B kanun Keseksaan.
Idrus mengendalikan pendakwaan bersama Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden; Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan (Operasi), Mohamad Hanafiah Zakaria dan dibantu Timbalan Pendakwa Raya, Shamsul Sulaiman.
Jika kita merujuk kepada doktrin undang-undang negara:-
Seksyen 377B mengatakan bahawa sesiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii secara sukarela, akan dihukum penjara maksima 20 tahun, termasuk sebatan. (anyone who voluntarily commits carnal intercourse against the order of nature, which is punishable by jail term which may extend to 20 years, and whipping).
Jika kita faham mengenai seksyen 337B ini, sepatutnya bukan Anwar Ibrahim sahaja yang patut didakwa tetapi juga Saiful Bukhari.
Inilah pengertian yang perlu kita tahu dan ianya juga bermaksud bahawa Saiful Bukhari turut merelakan dirinya terlibat di dalam aktiviti seks songsang ini.
Dalam konteks dakwaan tersebut, ini juga bermaksud bahawa perjumpaan Saiful Bukhari dengan Anwar Ibrahim (didakwa sebanyak 6 kali), mereka berdua sebenarnya 'saling rela-merelakan' atau 'senang-menyenangkan' melakukan aktiviti seks luar tabii itu.
Dan walau pun untuk kita semua mahu menyebutkan 'perbuatan seks luar tabii' itu sendiri pun akan menyebabkan kita berasa mahu geli dan muntah isi perut ini! Ini merupakan fakta yang tidak boleh dinafikan, walau pun anda penyokong Anwar Ibrahim atau pun tidak.
Dan jika benar aktiviti seks luar tabii itu dilakukan secara 'rela-merelakan' atau 'senang menyenangkan', ianya menguatkan lagi kebenaran hasil pemeriksaan doktor di Hospital Pusrawi dan kenyataan penulis sebelum ini.
Jika surfers telah membaca artikel penulis sebelum ini, penulis telah menerangkan :-
"Untuk pengetahuan semua, apabila seseorang itu diliwat, perbuatan tersebut tidak semestinya menyebabkan kulit anus koyak atau pun pendarahan yang aktif terutamanya jika perbuatan itu telah dilakukan berulang kali.
Tetapi jika berlaku paksaan yang agresif, perasaan takut yang dialami oleh mangsa itu berkemungkinan besar akan menyebabkan anus pesakit tidak relax dan tercedera atau pun berdarah." (klik di sini)
Ironinya, jika kita benar-benar mengikuti isu ini, penulis pasti kita semua beranggapan bahawa isu Anwar Ibrahim ini berkisar kepada aktiviti seks songsang yang berlaku di sebabkan oleh paksaan atau pun ugutan.
Dalam erti kata yang lain, Saiful Bukhari terpaksa atau dipaksa untuk melakukannya. Dan jika isu ini adalah seperti yang kita anggap, ordinan jenayah yang patut digunakan ialah Seksyen 337C kanun Keseksaan dan bukannya Seksyen 337B kanun Keseksaan.
Seksyen 377C bermaksud sesiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii tanpa persetujuan atau memaksa, sebagai contoh mengugut untuk membunuh atau mencederakan yang seorang lagi, akan dihukum penjara tidak kurang daripada 5 tahun sehingga maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan. (someone commits carnal intercourse against the order of nature on another person without the consent or against the will of the other person, for instance by putting the other person in fear of death or hurt a minimum jail term of not less than five years, and not more than 20 years, and shall also be liable to whipping) - (rujukannya....)
Dan jika prosiding mahkamah tetap menggunakan seksyen 377B sebagai reference nya, Saiful Bukhari patut bersedia untuk didakwa bersama-sama Anwar Ibrahim. Kita akan perhatikan seterusnya.
Dan seperti kata penulis kepada sahabat penulis, "Let this 2 lovebirds together again in a cage like the rest of the birds. And in this case, the cage is called a jail."
Anwar sokong forum 'memeluk Islam' secara tertutup
Jimadie Shah Othman | Aug 8, 08 4:04pm Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju forum anjuran Majlis Peguam esok berhubung masalah pertukaran agama di kalangan bukan Islam bawah Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan diteruskan. Bagaimanapun beliau menyarankan ia diadakan secara tertutup, termasuk melibatkan kumpulan-kumpulan Islam yang berasa bimbang dengan forum tersebut, dan harus tidak kelihatan cuba memprovokasi.
"Pendirian saya selalu dengan sikap terbuka dalam ruang demokrasi tetapi menimbulkan rasa sensitif. Sama ada berkesan jika diadakan dengan cara terbuka, ia nampak seperti agak provokatif.
"Atau lebih kepada perbincangan tertutup? Jadi, perbincangan boleh diteruskan tanpa kelihatan provokatif," katanya di sidang media di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya hari ini.
"Jika (forum itu) ingin diteruskan, pada tahap ini mesti memastikan dibuat dalam forum tertutup dan turut melibatkan pihak lain, terutamanya mereka yang menyatakan kebimbangan.
"Saya rasa, untuk kepentingan Malaysia yang pelbagai kaum, kita patut berhati-hati tentang perkara ini. Teruskan perbincangan, bertemu dengan mereka yang bimbang. Saya rasa sebagai strategi, ia akan lebih berkesan untuk jangka masa yang panjang."
Beliau diminta mengulas bantahan dan kerisauan orang ramai – khususnya menteri dan pemimpin Islam, termasuk PAS dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) – tentang program tersebut yang bertujuan membahaskan dampak pertukaran agama bukan Islam seperti kes-kes R Subashini dan S Shamala.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam bimbang forum itu boleh "mencetuskan syak wasangka dan ketegangan hubungan antara penganut Islam dan penganut pelbagai agama."
Menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar pula menyifatkan hasrat penganjur mengadakan forum berkenaan sebagai "bermain dengan api" dan "boleh membangkitkan salah faham".
Abim menganggap perbincangan itu "kurang bersesuaian dan boleh menimbulkan salah tanggapan di kalangan masyarakat."
Setiausaha agungnya Khairul Ariffin Mohd Munir mencadangkan perbincangan isu dianjurkan secara tertutup "dalam kalangan mereka yang mempunyai latar belakang dalam bidang berkaitan."
Di sidang media berhubung akuan berkanun seorang doktor dalam kesnya, Anwar berkata beliau tidak bimbang berdepan dengan BN di Permatang Pauh tetapi risau dengan "taktik kotor" parti itu yang mungkin berbau perkauman dan penjalanan pilihanraya kecil itu antara 16-26 Ogos.
Sambil menyifatkan BN sebuah "parti taukeh kaya", ketua umum PKR itu berkata parti itu kini "dalam keadaan terdesak".
Khamis lalu, isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, yang juga presiden PKR, meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen kawasan itu untuk membereri laluan kepada Anwar bertanding.
Anwar mengulangi keyakinannya bakal "menang dengan majoriti selesa".
Mengulas kemungkinan Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) turut meletakkan calon, Anwar berkata, tindakan itu "strategi Umno untuk memecahkan undi".
Sementara itu, ketua polis negara memberi amaran kepada meraka yang berkempen di Permatang Pauh nanti agar tidak melanggar peraturan sehingga mencetuskan insiden yang tidak diingini.
Tan Sri Musa Hassan berkata polis tidak akan teragak-agak bertindak terhadap pihak yang melanggar peraturan.
"Perlu patuhi undang-undang dan prosedur yang ditetapkan. Jika patuhi undang-undang, tidak akan timbul sebarang masalah,"
Bercakap di Kuala Lumpur hari ini, lapor Bernama, Musa berkata kekuatan pasukan keselamatan itu akan ditambah dengan pengambilan anggota tambahan dari kontinjen negeri-negeri.
"Kami memang merancang untuk menambah anggota (sepanjang pilihanraya), tapi pada masa ini kami tidak pasti lagi berapa ramai yang akan diletakkan di sana.
"Kami juga masih melihat perancangan dan masalah serta ancaman yang mungkin berlaku di sana," beliau dipetik sebagai berkata.
Aug 8, 08 2:22pm Seorang pegawai tinggi kedutaan Malaysia di Washington telah dipanggil oleh Jabatan Negara Amerika berhubung pendakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan liwat. Ilango Karuppannan, telah bertemu dengan para pegawai jabatan tersebut Rabu lalu, sebelum ketua umum PKR itu dihadapkan di mahkamah semalam.
Jabatan itu mengesahkan pertemuan tersebut berhubung kes Anwar serta isu-isu yang lain, tetapi tidak mengulas lanjut.
"Kita sentiasa mengadakan perbincangan dengan diplomat Malaysia di Washington mengenai pelbagai perkara, termasuk dengan Karuppannan.
"Kes Anwar adalah salah satu perkara yang dibangkitkan," katanya.
Tindakan Amerika itu mungkin memarakkan lagi kemarahan kerajaan Malaysia.
Kuala Lumpur menuduh Washington campurtangan dalam hal ehwal dalam negerinya apabila Setiausaha Negara Condoleezza Rice bulan lalu berkata Amerika memandang berat dakwaan liwat terhadap Anwar.
Semalam Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii ke atas bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 26 Jun lalu. Anwar dibebaskan dengan ikatjamin.
Beliau akan bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos depan. Penamaan calon ditetapkan pada 16 Ogos ini.
"Kita memandang berat banyak persoalan serius yang dibangkitkan di Malaysia, termasuk oleh Majlis Peguam, berhubung kes ini," kata seorang pegawai Jabatan Negara kepada AFP.
Anwar - yang pernah dihukum penjara sedekad lalu atas tuduhan yang sama, tetapi kemudiannya dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan - mendakwa tuduhan terhadapnya itu direka oleh kerajaan bagi menghalangnya mengambil alih kuasa.
Badan-badan pemantau hak asasi manusia juga menganggap tuduhan terhadap Anwar itu bermotifkan politik, dengan Majlis Peguam membangkitkan persoalan mengenai siasatan polis dalam kes tersebut.
"Kami sekali lagi menggesa pihak berkuasa kerajaan supaya menyelesaikan perkara tersebut dengan cara yang boleh membina keyakinan terhadap keadilan undang-undang dan demokrasi di Malaysia," kata pegawai Jabatan Negara tersebut.
Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat sedang berkata sesuatu kepada Anwar Ibrahim sambil diperhatikan oleh Ali Al Kamali (Pengarah Urusan Datamatix) dan Mary Robinson, bekas Perdana Menteri Ireland 1990-1997). Gambar di atas dirakam pada 18 Nov 2006 di Bustan Al-Arab Hotel Dubai, ketika Al Gore merasmikan majlis penyampaian Anugerah Middle East “3rd Banking Excellent Award” anjuran Datamatix.
Bukan setakat Condoleeza Rice..Al Gore pun sokong Anwar
Dua hari lepas, 6 Ogos 2008, satu pertemuan sulit telah diadakan di Singapura. Dari Amerika, Al Gore mendarat di Singapura untuk membincangkan strategi terbaru menghadapi kes liwat Anwar itu. Turut hadir bersama beliau ialah Ed Andara (senator kanan Filipina), Chairul Tandjung (pengusaha TransTV Indonesia) dan Tan Sri Khalid Ibrahim (orang kanan Anwar) Apa yang mereka bincangkan dalam pertemuan sulit di Singapura itu? Kehadiran wakil Indonesia dan Filifina sudah membayangkan rupa bentuk strategi terbaru menggunakan pakatan ASEAN untuk menekan Malaysia ?
Perutusan ringkas Al Gore kepada Anwar
Pada 1 Ogos lalu, Al Gore telah hantar perutusan ringkas menyokong Anwar berbunyi berikut :
Statement of Former Vice President Gore
(Nashville, TN). The real tragedy is that the government of Malaysia engages in character assassination to silence an effective leader of the political opposition. Twice, now, the government has used the same tactic in an effort to politically destroy Anwar Ibrahim. In the process, however, it is damaging its own credibility at home and abroad. The means exist for the government to allow this situation to be quickly resolved, simultaneously restoring dignity to Anwar Ibrahim and to itself. I hope greater wisdom will prevail.
Daripada kenyataan itu Al Gore masih berpegang kepada teori awal 1998, iaitu kes liwat Anwar 2008 berasaskan Teori Konspirasi. Berbeza dengan 1998, Al Gore lebih bercorak optimis dan menyeru rakyat Malaysia bangkit menentang kerajaan Malaysia tetapi kenyataan kali ini tidak mempunyai nada sedemikian.
Malah jika diteliti secara mendalam, kenyataan ringkas Al Gore itu, terbayang nada pesimisitik seolah-olah yakin jika Anwar didapati bersalah di mahkamah atas tuduhan meliwat nasib Anwar sebagai ikon antarabangsa dan dalam negara akan musnah.
Al Gore menggunakan istilah ‘pembunuhan watak Anwar secara senyap’. Istilah itu amat bisa kerana watak Anwar akan terbunuh secara perlahan-lahan, jika DNA liwat terpalit di tubuhnya.
Apakah yang mendorong bekas Naib Presiden Amerika yang pro Demokrat itu membuat kenyataan sedemikian rupa ? Adakah beliau juga turut kecewa dengan sikap Anwar yang telah beralih kem kepada penyokong Republikan melalui Paul Wolfowitz setelah kem Demokrat tumbang menjelang 2001 ?
Anwar anak buah Al Gore
Al Gore atau nama penuhnya Albert Arnold Al Gore adalah bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (1993-2001) merupakan rakan sekutu Bill Clinton daripada parti Demokrat.
Ketika Al Gore berkuasa di dalam kerajaan Amerika, Anwar pula merupakan 'Orang No 2' terpenting di Malaysia berjawatan sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia (TPM).
Anwar sudah menjangkakan beliaulah yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas itu, jadi untuk menjadi PM yang teragung di rantau Asia, Anwar mesti tunduk kepada kuasa tunggal dunia iaitu Amerika Syarikat. Anwar percaya bahawa hanya dengan restu Amerika sahaja seseorang pemimpin itu mampu dinobatkan menjadi pemimpin agung Asia.
Jika berjaya, maka akan tercatat dalam buku sejarah Asia nama Anwar dibaca oleh generasi seterusnya sebaris dengan Mahatma Gandhi atau Jose Rizal. Itupun yang sentiasa diidamkannya.
Sebab itu tidak hairan jika Anwar sanggup menyalahgunakan kedudukannya sebagai Menteri Kewangan dengan membazirkan duit rakyat Malaysia sebanyak RM 38 million bayar kepada Asia Pacific Policy Centre (APPC) semata-mata untuk mencipta namanya di Amerika.
Anwar telah mengarahkan badan pemikirnya, Institut Kajian Dasar (IKD), diketuai oleh Kamaruddin Jaafar menjalinkan kerjasama dengan badan pelobi Amerika (APPC) yang berpusat di Asia itu.
Kerjasama IKD dan APPC pada tahun 1994-1998 telah melonjakkan nama Anwar di Amerika melalui Projek Dailog Pasifik. Dari tirai pejabat White House, Al Gore sering diceritakan tentang kehebatan Anwar dari Malaysia melalui wakil-wakil Amerika yang dihantar khusus menemui Anwar.
Dua orang wakil Al Gore yang sering berjumpa Anwar di Malaysia ialah Wiliam Cohen (Setiausaha Pertahanan Amerika) dan Madeline AlBright (Setiausaha Negara).
Sebab itu apabila Anwar dipecat daripada jawatan kerajaan Malaysia dan didakwa di mahkamah, Al Gore panik dan turun sendiri ke Kuala Lumpur untuk menyatakan sokongan kepada Anwar.
Al Gore mengecam kerajaan Malaysia dan memuji-muji keberanian rakyat Malaysia yang menyokong REFORMASI ke atas Anwar. Sokongan terbuka ke atas Anwar itu diucapkan dalam Majlis Makan Malam Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Kuala Lumpur pada 16 November 1998.
Tonton video di bawah bukti ucapan Al Gore sokong Reformasi Anwar 1998
Barangkali ketika itu Al Gore berpendapat dengan menunjukkan sokongan terbuka Amerika kepada Reformasi Anwar akan lebih menyemarakkan lagi gelombang reformasi rakyat menumbangkan kerajaan pimpinan Dr Mahathir.
Mungkin Al Gore mengharapkan dengan kebangkitan rakyat itu, Dr Mahathir akan segera tumbang dan Kerajaan Rakyat kembali berkuasa dan segera membebaskan Anwar untuk dinobatkan semula menjadi PM.
Malangnya, harapan Al Gore tidak menjadi kenyataan, malah anak buahnya kekal ditahan di penjara dan rakyat kembali menyokong Dr Mahathir.
Sama ada disedari atau tidak, kenyataan sokongan Al Gore kepada Anwar secara terbuka itulah yang menjadi titik permulaan api reformasi mulai malap, dan rakyat kembali beri sokongan kepada kerajaan.
Kenapa sokongan Al Gore membawa padah ? Al Gore tidak sensitif dengan iklim politik Malaysia yang majoritinya beragama Islam dan menolak Amerika yang sudah diketahui umum sebagai proksi kepada Israel.
Umat Islam walau di mana-mana sekalipun akan menolak Amerika dan sekutunya Israel yang terbukti menindas umat Islam di dunia. Rakyat Malaysia yang beragama Islam akan menolak mana-mana pemimpin yang dianggap sebagai proksi Amerika di Malaysia.
Itulah sentimen rakyat Malaysia yang gagal difahami oleh Al Gore.
Transit Agenda Amerika di Institusi Pendidikan
Apabila Anwar bebas pada 2004, Anwar telah menggunakan transit pertama di United Kingdom sebagai transit permulaan ke Amerika Syarikat. Transitnya menggunakan gelaran ‘pensyarah pelawat’ berpengkalan di institusi pendidikan iaitu di St. Anthony’s College, Oxford UK (2004-2005).
United Kingdom juga rakan sekutu Amerika. Terdapat banyak badan pemikir Amerika berpengkalan di UK. Dari transit di UK, Anwar mengatur program-program berjumpa tokoh-tokoh Amerika yang berpengkalan di sana.
Selepas itu Anwar berpindah transitnya ke Amerika dengan menggunakan modus operandi yang sama iaitu menggunakan gelaran ‘pensyarah pelawat’ di School of Advanced International Studies, Johns Hopkins University (2005-2006) dan School of Foreign Service, Georgetown University(2006-2007)
Apakah ini bermakna kedua-dua institusi pendidikan merupakan kilang proses 'turning over' dari aktivis Islam kepada aktivis pro-neocons yang ditransformasi kepada jenama baru, Inter-religious understanding ?
Nama pun ‘pensyarah pelawat’, bermakna Anwar bukan sepenuh masa terlibat dalam aktiviti pengajaran di institusi itu, jadi banyak masa selebihnya akan dimaafatkan Anwar untuk mengatur agenda politik peribadinya untuk mengukuhkan kedudukan sebagai salah seorang kakitangan kerajaan Amerika yang boleh dipercayai.
Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan semasa menjadi pensyarah pelawat di UK atau Amerika, masa Anwar lebih banyak dihabiskan untuk politik berbanding dengan pegajaran dalam kuliah. Bermakna ‘pensyarah pelawat’ sebagai tiket untuk melindungi identiti diri supaya tidak dikenali sebagai operator kerajaan Amerika.
Al Gore bina kembali imej Anwar
Semasa Anwar berpengkalan di UK, Al Gore telah melantiknya pada 23 Februari 2005, sebagai Lembaga Penasihat Generation Investment Management Group yang berpengkalan di London dan Washington.
Badan itu dianggap sebagai badan pemikir kem Demokrat yang dipengerusikan oleh Al Gore. Badan itu juga dianggap sebagai tempat berhimpunnya wakil-wakil negara yang pro Amerika beraliran Demokrat. Dua orang anak buah Al Gore yang disayangi adalah Anwar Ibrahim dari Malaysia dan Mary Robinson dari Ireland.
Sedikit fakta tentang Mary Robinson. Beliau merupakan bekas Presiden Ireland (1990-1997) dan selepas itu dilantik menjadi peneraju United Nations High Commissioner for Human Rights. Semasa Anwar berada dalam penjara, Mary Robinson merupakan orang yang bertanggungjawab menggerakkan sokongan antarabangsa melobi bebaskan Anwar melalui NGO biayaannya terutamanya Amnesty International dan badan Hak Asasi Manusia.
Satu lagi badan pemikir demokrat Amerika berpengkalan di London adalah AccountAbility (Institute of Social and Ethical AccountAbility). Pada Mac 2006, Al Gore telah melantik Anwar sebagai Presiden kehormat badan itu.
Badan itu ditaja sepenuhnya oleh USAID (United State Agency For International Development) dan BAT (British America Tobacco)
Selain UK, Al Gore juga mempunyai rangkaiannya di Timur Tengah iaitu melalui badan yang dinamakan Datamatix . Anwar telah menerima anugerah ‘Datamatix Global Visionary Award’ dalam program ‘Middle East Excellent Award’ pada 25 Mei 2005. Program itu dirasmikan oleh Al Gore.
Al Gore turut menyenaraikan nama Anwar sebagai wakil Malaysia dalam ‘Jeddah Economic Forum 2006’ yang diadakan di Jeddah Hilton. Mary Robison turut disenaraikan sebagai wakil Ireland.
‘Jeddah Economic Forum 2006’ yang diadakan pada 11-13 Februari 2006 juga telah dirasmikan oleh Al Gore.
Al Gore turut melantik Anwar sebagai salah seorang ahli Lembaga Pengarah East West Foundation (Yayasan Timur Barat) yang berpusat di Amerika Syarikat. Yayasan itu diketuai al Gore. Pertemuan ahli yayasan itu dibuat secara berkala dan Anwar dibayar elauan bulanan yang amat lumayan kerana menganggotai yayasan itu.
Untuk menggambarkan keakraban itu, Anwar turut menceritakan bahawa Al Gore pernah mengirimkan kepadanya buku tulisan bekas Naib Presiden itu bertajuk "The Assault On Reason"
Anwar pro Demokrat atau Republikan ?
Persoalan ini pernah dipersoalkan kerana Anwar dilihat berpihak di kedua-dua kem politik terbesar Amerika itu. Ketika di penjara, Anwar mengutus surat kepada Wolfowitz di Pentagon yang menyatakan sokongan di atas tindakan Amerika menyerang Iraq dan menuduh Sadam Husin diktator.
Wolfowitz asalnya dari Demokrat telah berpindah ke kem Repbulican sehingga diberi jawatan Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika. Malah Wolfowitz orang pertama melawat Anwar di Munich dan telah mengatur karier Anwar di Amerika termasuk pensyarah pelawat di John Hopkins dan Georgetown, serta memberi jawatan sebagai konsultan di Bank Dunia dan melantiknya sebagai Presiden di Foundation for The Future.
Bermakna Anwar pada awalnya dari jalur demokrat berpaksikan Al Gore dan Bill Clinton telah berpindah ke kem Republikan, Dick Cheney dan Presiden Bush melalui Wolfowitz.
Jadi apakah stand sokongan Anwar, adakah Republikan atau Democrat ?
Sifat Anwar adalah menyatakan sokongan yang samar-samar supaya mempunyai jalan selamat untuk melepaskan diri. Ini bersesuaian dengan sifatnya boleh berubah pendirian dalam sekelip mata, jadi tidak hairan jika Obama menjadi Presiden Amerika, beliau akan kembali sokong demokrat.
Kenyataan yang samar-samar itu untuk membolehkan Anwar mendapat keuntungan politik peribadinya mengikut kesesuaian masa.
“Apakah aliran Islam yang anda (Anwar) anuti. Adakah anda boleh berkompromi dengan Islam Libral atau Islam Progresif ?”, tanya wartawan dalam program itu.
Jawapan Anwar juga samar-samar. Kebiasaan beliau tidak menjawab soalan yang ditanya tetapi memberi jawapan lain bahawa beliau menganut fahaman “Liberal Demokrat”. Apakah “Liberal Demokrat” bermaksud ‘Islam Liberal dan Demokrat’ ?
Jadi jawapan berselindung begini akan mengesahkan Anwar penganut Islam Liberal yang berpaksikan demokrasi.
Malah lebih menarik lagi dalam program itu juga Anwar turut ditanya pendiriannya tentang homoseksual.
“Jika anda menjadi PM adakah anda tidak akan mendiskriminasi amalan homoseksual di Malaysia ?. tanya wartawan itu lagi.
Anwar juga menjawab secara samar-samar yang seolah-olah turut memberi sokongan kepada amalan homoseksual di Malaysia. Beliau berkata amalan homoseksual adalah hak asasi manusia beliau tidak berniat untuk menghukum orang yang terlibat dengan amalan itu.
Persoalan mengenai pegangan Islam dan homoseksual sering ditanya kepada Anwar di media-media Barat kerana kedua-dua berkait rapat dengan dirinya. Apatah lagi Anwar ketika muda dikenali sebagai Pejuang Islam tetapi kontradik dengan watak yang dipamerkan kerana pernah didakwa di mahkamah atas tuduhan homoseksual.
Siapa mentor Anwar ; Al Gore atau Wolfowitz ?
Pertemuan sulit Al Gore semalam di Singapura membincangkan strategi seterusnya untuk membantu Anwar menghadapi kes liwat 2008 membayangkan Anwar masih lagi anak buah Al Gore.
Apatah lagi sikap seorang lagi serigala (Wolfowitz) berdiam diri tanpa sebarang kenyataan sejak bekerja di think tank Republican (Institute American Enterprise-IAE). Apakah Wolfowitz mengambil sikap seperti Bush, mahu melhat sejauh manakah Anwar masih berpengaruh di Malaysia ketika kem Demokrat berlumba-lumba menghampiri Anwar ?
Atau sebenarnya Anwar tidak pro Demokrat atau Republican, tetapi menyokong neo-konservatif yang didalangi oleh Yahudi Amerika dari kedua-dua kem.
Pilihan Anwar menyokong neo-konservatif adalah langkah yang bijak kerana jika salah satu kem (Demokrat atau Republikan) berkuasa di Amerika, Anwar tetap boleh berperanan di negara kuasa dunia itu.
Apatah lagi neo-konservatif merupakan dalang di sebalik kem Demokrat dan Republikan yang menguasai kerajaan Amerika dan menyokong Israel.
Minta ulas bersumpah : Anwar 'belasah' wartawan Agendadaily lagi
Oleh: ROSLAN BIAN
Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bersikap buruk sangka terhadap sesetengah media yang cuba mendapatkan kebenaran dalam setiap isu membabitkan beliau. Senang sahaja kalau hendak tengok sikap pandang serong Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap media Cubalah tanya soalan yang berbaur kritikan terhadapannya atau soalan yang beliau ' tak syok'.
Beliau pasti bertanya, wartawan yang mengemukakan soalan itu daripada media mana.Sebaliknya ini tidak berlaku pada para wartawan yang bertanya soalan ' bola tanggong' yang mana beliau boleh hentam balik kerajaan atau lain-lain yang 'sedap didengar'
Kejadian seumpama itu berlaku buat kali ketiga kepada wartawan Agendadaily.
Rabu ia berlaku semasa turut hadir pada sidang media Anwar di ibupejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya, Rabu.
Ini bilamana wartawan Agendadaily buka mulut minta komen Anwar mengenai kenyataan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan yang bersedia bersumpah junjung al-Quran dan meminta bekas majikannya itu turut berbuat demikian.
“Datuk Seri, Mohd Saiful bersedia sumpah al-Quran, bagaimana Datuk Seri dan apakah jika dia berbuat demikian akan menjejaskan undi (di Permatang Pauh),” itulah soalan wartawan Angendadaily.
“You dari mana?, “ tanya Anwar.
Apabila wartawan menjawab Agendadaily, Anwar bertanya balik, “Agenda apa tu? You bertanya sebagai seorang muslim atau sebagai apa?. Soalan sumpah ini atas peraturan Islam atau peraturan politik?”
Apabila wartawan Agendadaily menjawab, peraturan Islam, Anwar menjawab “ Kalau Islamic, ikut syariahlah. Ikut Syariah, hukum jenayah mesti diputuskan cara jenayah.”
“Maksudnya, sumpah itu bukan isu politik tapi isu jenayah,” katanya sambil menyebut beberapa nama tokoh Islam antaranya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengatakan “ Kes atau pertuduhan jenayah mesti dijawab dengan bukti yang dikemukakan.”
Untuk rekod asalnya Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata "mubahalah" atau bersumpah dengan menjunjung al-Quran adalah cara untuk menentukan kebenaran dan juga sesuatu yang dituntut dalam Islam.
Ketika menyokong cadangan mengenainya yang dibuat Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin beliau berkata melalui cara demikian, Allah SWT boleh melaknatkan mana-mana pihak yang bersalah.
Kata Anwar lagi "sumpah hanya cadangan Putera UMNO yang patut belajar baca al-Fatihah supaya betul. Sebab itu saya tanya, apa motif saudara bertanya, kalau nak bincang soal politik atau budaya Melayu, kita sumpah demi angin dan lautan dan jembalang, saya bersumpah.
"Tetapi kalau hendak sebut (sumpah) guna nama Allah, jangan politikkan hal ini," katanya, menyebabkan kumpulan wartawan ketawa.
Itulah Anwar. Sentiasa cuba lari daripada menjawab soalan yang tidak disukainya.
Sebelum ini, beliau sendiri ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan membuat aduan Qazaf terhadap Saiful yang didakwanya membuat tuduhan palsu tanpa mengemukakan saksi seperti dituntut agama.
Peliknya, kali ini Anwar memilih kes itu untuk dibicarakan sebagai kes jenayah.
Dalam sidang media itu juga, Anwar juga enggan menjawab soalan mengenai bekas Setiausaha Politiknya, Ezam Mohd Nor.
Apabila seorang wartawan mahu jawaban beliau mengenai kesediaan Ezam mendedahkan "rahsianya" jika dikaitkan dengan konspirasi terhadapnya, Anwar enggan mengulas dan hanya berkata, "Tidak mengapa, itu pun macam sumpah juga," katanya.
Sebelum itu, Anwar menyalahkan Perdana Menteri dan orang disekelilingnya berhubung pertuduhan liwat yang akan dihadapkannya di mahkamah Sesyen Khamis.
Anwar menuduh Abdullah Ahmad Badawi berbuat demikian kepadanya demi menyelamatkan imejnya yang merosot teruk dan menghadapi krisis keyakinan rakyat termasuk gagal memajukan ekonomi.
Malah menurutnya, keputusan ini (mendakwanya ke mahkamah) tidak mungkin berlaku tanpa arahan peribadi perdana menteri dan beliau mempunyai bukti mengenai perkara itu.
Anwar terus menuduh akhbar dan media tempatan akan menyerangnya habis-habisan dalam kempen pilihan raya Permatang Pauh.
Selain itu beliau turut mempersoalan ketelusan Suruhjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mengendalikan pilihan raya Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.
Bagaimanapun, beliau masih menaruh harapan tinggi untuk ke parlimen selepas yakin akan menang dalam pilihan raya di Permatang Pauh.
SPR sudah menetapkan penamaan calon bagi pilihan raya itu pada 16 Ogos manakala hari pengundian pada 26 Ogos. -6/8/2008
Jimadie Shah Othman | Aug 7, 08 12:36pm dikemaskini Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan mengapa beliau seorang sahaja yang didakwa di mahkamah jika beliau dikatakan melakukan hubungan seks di luar tabii dengan bekas pembantunya secara suka sama suka. "Jika suka sama suka, kenapa hanya saya yang dipanggil (dakwa)? Sepatutnya dakwa kedua-dualah," katanya kepada pemberita sambil berkata, ia adalah satu pendakwaan politik.
"(Pertuduhan) ini fitnah khianat."
Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lalu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, No 99, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Anwar dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.
Beliau juga terus mengecam perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana meneruskan dakwaan liwat terhadapnya.
"Yang saya kesalkan hanyalah pendakwaan diteruskan walaupun saya yakin berdasarkan cara pendakwaan itu, pendakwa pun nampaknya dipaksa juga oleh tokoh-tokoh politik.
"Kalau tidak, mustahil pendakwaan itu dibuat," katanya selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 11.10 pagi.
Beliau juga berkata, semalam Abdullah berkata kes beliau sebagai "rogol" dan menyifatkan kenyataan itu "yang paling biadap."
Anwar menyifatkannya sebagai satu politik kotor oleh seseorang yang akan kehilangan kuasanya.
Ketua umum PKR itu juga berkata beliau kini akan menumpukan perhatiannya kepada kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh.
Hakim SM Komathy menetapkan kes itu disebut Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 September untuk memutuskan tarikh perbicaraannya.
Aug 7, 08 10:02am kemaskini 12:15pm Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii dengan pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan penghujung Jun lalu. Pihak pendakwa tidak membantah Anwar dibenar ikat jamin dan mencadangkan ketua umum PKR itu dikenakan jaminan RM20,000 dan menyerahkan pasportnya.
Hakim SM Komathy kemudiannya membenarkan Anwar dibebaskan dengan bon peribadi sebanyak RM20,000 tanpa penjamin.
Hakim menambah, Anwar juga tidak perlu menyerahkan pasportnya kerana yakin mantan timbalan perdana menteri itu tidak akan melarikan diri.
Beliau juga menetapkan kes itu disebut pada 10 September depan di Mahkamah Tinggi untuk menetapkan tarikh perbicaraan.
Anwar dihadapkan ke mahkamah hari ini ekoran laporan polis yang dibuat oleh Mohd Saiful pada 28 Jun.
Menurut kertas pertuduhan terhadapnya (lihat carta), Anwar didakwa melakukan jenayah tersebut pada petang 26 Jun lalu di sebuah bilik di Desa Damansara Condominium, Bukit Damansara.
Jika disabitkan kesalahan bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, Anwar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Beliau keluar dari mahkamah jam 11.10 pagi dengan disambut kira-kira 500 penyokongnya yang berada di beberapa tempat, termasuk di perkarangan kompleks mahkamah dan di luar pintu utama.
Anwar tiba di kompleks mahkamah itu pada jam 9.38 pagi tadi untuk menghadapi tuduhan liwat.
Mantan timbalan perdana menteri itu kemudiannya menaiki lif mahkamah pada jam 9.52 pagi dipercayai untuk di bilik mahkamah.
Sebelum ini, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng membaca kenyataan bersama kepimpinan Pakatan Rakyat berhubung kes terhadap Anwar.
Beliau yang juga ketua menteri Pulau Pinang menyifatkannya sebagai satu kezaliman politik terhadap Anwar.
Hadir sama ialah naib presiden PAS Datuk Husam Musa. Pada waktu itu kira-kira 100 orang penyokong Anwar turut hadir memberi sokongan.
Anwar diwakili oleh sepasukan sembilan orang peguam yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah.
Peguam lain termasuklah Sivarasa Rasiah, Sankara Nair, Saiful Izham Ramli, Amer Hamzah, Edmund Bon dan Leela J Jesuthasan.
Terdapat juga peguam pemerhati bagi pihak Majlis Peguam dan badan hak asasi manusia yang berpejabat di Washington, Paris dan Bangkok.
Sementera itu, polis mengadakan sekatan jalanraya di jalan-jalan utama masuk ke bandaraya.
Keadaan itu menyebab kesesakan lalulintas yang teruk menuju ke bandaraya.
KUALA LUMPUR 7 Ogos - Datuk Seri Anwar Ibrahim pulang semula ke kediamannya di Bukit Segambut di sini pukul 11.49 pagi ini, tidak lama selepas didakwa atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari di Mahkamah Sesyen di Jalan Duta. Ketibaannya bersama isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anaknya di rumah tersebut diiringi beberapa kenderaan yang berkonvoi dari mahkamah, disambut kira-kira 20 orang penyokongnya.
Beliau dan isteri serta anak-anak kemudian terus memasuki rumahnya sambil melambai tangan ke arah wartawan.
Sebelum itu, di mahkamah, Anwar mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliwat Mohd. Saiful dan mendakwa mendakwa pertuduhan itu dibuat dengan niat jahat dan khianat.
Pertuduhan berbunyi: Anwar didakwa melakukan perbuatan itu pada 26 Jun 2008 antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang di alamat Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini.
Hakim S.M. Komathy Suppiah memutuskan membenarkan Anwar diikat jamin RM20,000 dengan bon jaminan peribadi .
Mahkamah menetapkan kes itu disebut semula pada 10 September ini untuk memindahkan perbicaraan ke Mahkamah Tinggi.
BERIKUT PERKEMBANGAN YANG MENYENTUH DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DI MAHKAMAH SESYEN KUALA LUMPUR
07-08-2008 01:21:30 PM Oleh AFFIFUDDIN ISHAK dan NURUL AIN HUSSEIN
9:20 pagi : Salah seorang peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Gobind Singh Deo tiba di perkarangan mahkamah.
9:30 pagi: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Penasihat DAP Lim Kit Siang tiba di perkarangan mahkamah untuk memberi sokongan kepada Anwar. Pakatan Rakyat mengadakan sidang media kira-kira pukul 9.40 pagi. 9:40 pagi: Peguam Anwar, Sivarasa, Saiful Izham dan Latheefa Koya masuk ke dalam mahkamah.
9:42 pagi: Anwar tiba bersama dengan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anaknya iaitu Nurul Izzah. Turut mengiringi, Naib Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua.
9:50 pagi: Peguam Saiful Bukhari, Zamri Idrus masuk ke dalam mahkamah.
10:40 pagi: Anwar dibebaskan atas bon peribadi RM20,000.
11:35 pagi: Anwar meninggalkan perkarangan mahkamah.
Artikel setakat ini sahaja.Maklumat asal mStar Online
28 Jun : Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis terhadap Anwar Ibrahim kerana mendakwa telah diliwat oleh Penasihat PKR itu.
29 Jun : Anwar menerima perlindungan sementara di Kedutaan Turki.
30 Jun : Anwar keluar dari Kedutaan Turki.
1 Julai : Anwar membuat laporan polis terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara.
2 Julai : Saiful muncul untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Brickfileds.
8 Julai : Anwar membuat satu laporan menuntut tindakan undang-undang syariah diambil di bawah peruntukan qazaf terhadap Mohd. Saiful yang mendakwa Anwar meliwatnya.
15 Julai : Anwar menyertai program debat dengan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek yang bertajuk “Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak”
16 Julai : 10.05 pagi : Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah, Putrajaya untuk memberi keterangan berhubung laporannya terhadap Peguam Negara dan Ketua Polis Negara 1 Julai lalu.
1 tengah hari : Anwar ditahan polis berdekatan dengan rumahnya di Bukit Segambut dan ditahan di IPK Kuala Lumpur.
8.35 malam : Anwar dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani ujian DNA, bagaimanapun beliau enggan memberikan sampel DNAnya. Beliau ditahan semalaman di lokap IPK KL.
17 Julai : Anwar dibebaskan dengan jaminan polis
21 Julai : Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memfailkan saman fitnah terhadap Anwar berhubung laporan polis yang mendakwa beliau dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mereka-reka keterangan dan menyembunyikan fakta mengenai serangan fizikal yang dialami Anwar semasa menjadi tahanan polis pada tahun 1998.
21 Julai : Anwar hadir semula di BPR untuk memberi keterangan dan menyerahkan lapan dokumen kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaannya terhadap Peguam Negara dan Ketua Polis Negara.
30 Julai : Anwar hadir di JAWI untuK memberi keterangan berhubung laporannya sebelum ini yang meminta jabatan itu menyiasat Mohd. Saiful mengikut hukum qazaf.
30 Julai : Hospital Pusrawi menafikan terdapat seorang doktor pakarnya telah menjalankan pemeriksaan berkaitan liwat ke atas Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun lalu.
31 Julai : Datuk Ser Dr. Wan Azizah Wan Ismail melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar.
31 Julai : Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar memberitahu, siasatan kes liwat terhadap Anwar sudah selesai dan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara.
6 Ogos : Anwar menerima sapina meminta beliau hadir di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Jalan Duta untuk menghadapi tuduhan meliwat.
"Esok saya akan menghadapi pertuduhan fitnah yang saya tidak lakukan, tuduhan yang digunakan untuk aibkan sama seperti pada tahun 98 dan 99," kata beliau pada sidang akhbar kira-kira pukul 3.15 petang ini di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini. Beliau akan diwakili pasukan sembilan peguam termasuk R. Sivarasa, Sankara Nair, Saiful Izham Ramli dan Sulaiman Abdullah.
Dengan ditemani ahli keluarga termasuk isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa pemimpin PKR dan pasukan peguamnya, Anwar memberitahu, beliau menerima sapina daripada polis kira-kira sejam selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumakn tarikh pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.
Sehubungan itu, Anwar yang juga Penasihat PKR berkata, beliau tetap akan bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut walaupun ditahan dalam lokap sementara menanti perbicaraan kelak.
Anwar dijangka didakwa di bawah Seksyen 377A ataupun Seksyen 377C Kanun Keseksaan, berkaitan dengan perbuatan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.
Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 377A, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan dirotan manakala Seksyen 377C pula membawa hukuman tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman dirotan.
Seksyen 377A dan 377C tidak membenarkan jamin diberikan. Bagaimanapun di bawah Seksyen 388 Kanun Prosedur Jenayah, mahkamah boleh membenarkan jamin.
Dengan suara yang kelihatan 'agak sedih' di peringkat awal ketika membacakan kenyataan akhbar yang disediakan, Ketua Umum Pakatan Rakyat itu mengulangi bahawa tuduhan yang bakal hadapi esok - kali kedua dalam tempoh 10 tahun - merupakan satu lagi konspirasi politik kerajaan.
"Keputusan (membawa ke mahkamah) tidak mungkin berlaku tanpa arahan peribadi Perdana Menteri.
"Saya mendapat maklumat siasatan (dakwaan meliwat ini) menghadapi banyak masalah kerana tidak cukup bukti," katanya.
Anwar menambah, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menggunakan kesnya itu untuk mengalih perhatian daripada masalah-masalah yang dihadapinya.
"Hari ini Perdana Menteri ada krisis kepimpinan dan keyakinan semakin merudum," katanya lagi.
Terdahulu, Ketua Jabatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Bakri Zinin mengesahkan bahawa pegawai penyiasatnya, ASP Jude Pereira telah pergi ke rumah Anwar untuk menyampaikan sapina tersebut.
Ketika ditanya apakah kandungan sapina berkenaan, Bakri bagaimanapun enggan mengulas.
"Maaf saya tidak boleh mendedahkan apa kandungan sapina tersebut," kata beliau ketika dihubungi mStar Online hari ini.
Kami sedang mengumpul dana untuk server AIDC blog. Sesiapa yang berminat boleh salur sumbangan anda ke no akaun BANK ISLAM - 1303 5010 0580 99 (TETUAN AIDC MANAGEMENT).