Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit: Klik di sini
NOTIS
Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com
allongchu said : Soalan saya, apakah motif photo peminum arak (minit ke 1.52) diselitkan?
Soalan kedua, pernahkah Anwar menyebut perkara yang membatalkan akidah Islam ketika berucap di Amerika? (Ingat! Mahathir pernah mempertikaikan soal sunnah nabi (janggut) dan hukum hudud) Ulasan
A. Video yang dibangkitkan-Soalan untuk Anwar (3)
Video yang dimaksudkan itu seperti yang dilampirkan di bawah. allongchu dalam youtube, channel anwaribrahimdotcom bertanya, kenapa dalam minit ke 1.52, foto peminum arak diselitkan. Apakah kaitannya dengan Anwar ?
B. Kenapa selit foto arak ?
Foto 1- Anwar di FCCT
Anwar sedang berceramah di The Foreign Correspondents Club of Thailand (FCCT) pada 6 Februari 2007. klik di sini
Foto 2 - Peserta FCCT sedang pegang gelas arak
Peserta turut hadir dalam program ceramah Anwar di The Foreign Correspondents Club of Thailand (FCCT) Thailand adalah beberapa aktivis NGO Malaysia iaitu dari kiri Lee Siew Hwa (Committee for Asian Women), Tad (Forum-Asia)[mereka berdua sedang pegang arak], Cythia Gabriel (Caram-Asia) dan Roderick Chia (Forum-Asia). klik di sini lihat sumber asal.
Ceramah Anwar di the Foreign Correspondence Club of Thailand (FCCT)
1. Kedua-dua foto di atas dirakam ketika Anwar Ibrahim hadiri program di FCCT pada 6 Februari 2007. Foto 1 - berkaitan dengan ceramah Anwar kepada para wartawan Foreign Correspondence Club American cawangan Thailand dan foto 2 - para peserta terdiri daripada NGO Malaysia yang berpengkalan di Thailand turut hadir mendengar ceramah itu.
3. Sedikit keterangan mengenai Susan Loone.Berasal dari Pulau Pinang dan bekerja sebagai "Programme Coordinator: Information and Publications", Asian Forum for Human Rights and Development (Forum-Asia) yang berpengkalan di Bangkok. Dulu bekas wartawan Malaysiakini (Malaysiakini juga berpengkalan di Thailand) dan beliau turut disebut sebagai calon PKR dalam PRU 2004 (tetapi tarik diri saat akhir dan berpindah ke Thailand)
4.Susan Loone mencatatkan laporan intipati ceramah Anwar dalam blognya seperti berikut :
i. Peserta tanya Anwar; "What kind of Muslim are you? Do you consider yourself a liberal or progressive Muslim and if you are, and if you are PM, what do you think of the issue of homosexuality? Will you decriminalise homosexuality in Malaysia?"
ii. Anwar jawab; " “What kind of Muslim am I? I am a Muslim”.If Ian (Williams - FCCT past president, who was the MC) wants to drink (achohol), he can drink, but I won’t pay for his drink. But I cannot compel him not to drink, nor can he compel me to drink "
iii. Anwar dakwa dirinya adalah pejuang "Liberal-Democrat”. Apa maksud Liberal-Demokrat ?
iv. Berkenaan homoseksual, Anwar jawab; "If I were to show a bit of tolerance, you will say…there…got you. The law is there…what do you expect me to do?.It is not our business to probe people’s personal lives.You can’t just attack people, beat them up and force him to admit that he was a homosexual".
v. Persoalannya kenapakah soalan berkenaan homoseksual ditanya kepada Anwar. Apa kaitan 'homoseksual' dengan Anwar. Susan Loone menulis, Anwar begitu berhati menjawab soalan ini kerana merasakan soalan itu adalah satu perangkap kepada dirinya. Tetapi berdasarkan jawapannya yang kabur itu, Anwar seolah-olah tidak menghalang amalan homoseksual di Malaysia, sekiranya beliau terpilih menjadi PM.
vi. Soalan lain ditanya; “If you were PM, will you allow Chin Peng to return to Malaysia? Will you allow them to set up a political party?”
vii. Anwar jawab, "WHY NOT?. There were not many communists around the world these days. Chin Peng has been in exiled for decades. If we want to talk about crimes by communist insurgencies, how about access done by others too?.I will say let’s move on”.
5. Begitulah jawapan-jawapan Anwar yang mendakwa dirinya sebagai "Liberal-Democrat" tentang pegangan Islamnya, persoalan homoseksual dan kebenaran Chin Peng (PKM)pulang semula ke Malaysia, apabila cita-cita menjadi PM tercapai.
6. Program ceramah Anwar itu adalah anjuran The Foreign Correspondents Club of Thailand (FCCT) yang merupakan salah satu daripada cawangan Overseas Press Club (OPC) berpusat di Amerika.
7. Kebanyakan operasi CIA, akan menyusup sebagai wartawan dalam OPC, supaya lebih senang untuk mendapat maklumat dan melaksanakan operasi. Sudah menjadi pengetahuan umum operasi CIA dan OPC bersatu dua dalam satu.
8. Sebab itu dalam blog Susan Loone, beliau memperkenalkan dirinya sebagai "My name is SUSAN LOONE. I am a freelance writer, and an NGO worker/ human rights activist, living in Bangkok. I am NOT a CIA operative nor do I get paid to write in this blog, especially on the Altantuya story"
B. Kenapa peserta program pegang gelas arak ?
1. Foto yang dimuatkan di atas (sedang pegang arak) adalah peserta yang mendengar ceramah Anwar dalam program FCCT itu.
2. Mereka terdiri daripada NGO Malaysia (berpusat di Thailand) iaitu dari kiri Lee Siew Hwa (Committee for Asian Women-CAW), Tad (Forum-Asia). Mereka berdua sedang pegang arak. Cythia Gabriel (Caram-Asia) dan Roderick Chia (Forum-Asia).
3. Secara ringkasnya terdapat tiga NGO Malaysia yang beroperasi di Thailand disebut iaitu CAW, Forum-Asia dan Caram-Asia.
4. Tad dan Roderick Chia adalah wakil Forum-Asia (Asian Forum for Human Rights and Development). Badan ini ditaja oleh United Nations. Manakala dalam laman Forum-Asia turut ditulis dua ahli gabungan badan itu di Malaysia iaitu Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan Education and Research Association for Consumer (ERA Consumer).
6. Cythia Gabriel adalah wakilCaram-Asia (Co-ordination of Action Research on AIDS and Mobility in Asia) yang ditaja oleh United Nations Development Programme (UNDP). Beliau juga merupakan Executive Director SUARAM yang mendapat dana daripada The National Endowment for Democracy (NED).
7. Turut disenarai NED juga menaja NGO Malaysia termasuk Centre for Independent Journalism (CIJ), Open Dialogue Centre (ODC) dan Southeast Asian Press Alliance (SEAPA)Klik di sini untuk mengetahui berapa banyak NED menaja NGO di Malaysia.
8. NED adalah dana Amerika yang dipegang oleh kumpulan Yahudi Neocon yang diketuai oleh Carl Gershman. NED juga merupakan penaja utama program Anwar di luar negara. Malah NGO-NGO Malaysia yang disenaraikan di atas iaitu Forum-Asia, Caram-Asia, CAW, Malaysiakini, SUARAM, ERA Consumer, CIJ, SEAPA dan ODC berkait dengan tajaan Amerika serta digerakkan oleh aktivis PKR. Maka sudah tentu NGO ini menyokong Anwar, kerana mereka berpunca dari dana yang sama iaitu Amerika.
9. Berkenaan foto Lee Siew Hwa dan Tad yang sedang pegang gelas arak sengaja disiarkan oleh Susan Loone sebagai membuktikan keterbukaan Anwar dalam ceramahnya yang berkata, "I am a Muslim.If Ian (Williams - FCCT past president, who was the MC) wants to drink (achohol), he can drink, but I won’t pay for his drink. But I cannot compel him not to drink, nor can he compel me to drink "
10. Selain Anwar, turut disenaraikan sebagai penceramah adalah Hans Blix, former United Nations chief weapons inspector for Iraq, The Rev. Jesse Jackson, a former US Presidential candid, Tom Ridge, director of the U.S. Homeland Security Department, Dr. Peter Piot, Executive Director UNAIDS. Kebanyakan mereka dari Amerika.
11. Cuma Anwar sahaja dari Malaysia. Kalau Anwar termasuk dalam kelompok itu, bermakna Anwar juga merupakan kelompok yang sama yang menjadi agen mencapai missionari Amerika menjadi kuasa tunggal di dunia.
C. Anwar jadi penceramah Amerika, batal akidah ?
1. Soal Anwar jadi 'penceramah upahan' Amerika dan kandungan ucapannya boleh batal akidah Islam atau tidak itu adalah urusan Allah yang tentukan.
2. Perlu dicatat juga, Anwar telah jadi 'penceramah upahan' Amerika sejak 2005 hingga sekarang. Malah Anwar pernah mendapat 'suaka politik Amerika' dan menetap di negara itu selama tiga tahun selepas dibebaskan dari penjara Malaysia. Semasa di Amerika, Anwar telah dilatih di dua universiti yang diasaskan oleh Yahudi iaitu John Hopkins University dan Georgetown University. Secara kebetulan, kedua universiti ini Amerika dan Yahudi melatih bakal-bakal pemimpin mereka di seluruh dunia.
3. Semua rakyat Malaysia sudah maklum mengenai misi Amerika menakluk dunia dan memusnahkan negara-negara Islam termasuk Afganistan dan Iraq semata-mata untuk merebut telaga minyak dan menjadi pengawal harga minyak dunia. Semua orang tahu Amerika dikuasai oleh pentadbiran dan pengaruh Zionis yang mengawal dasar-dasar negaranya terutama ketenteraan dan dasar luar negara.
4. Jadi Anwar, warga Malaysia diupah menjadi 'penceramah Amerika' untuk memberi penerangan kepada negara-negara Islam, bahawa Amerika adalah kuasa terbaik di dunia dan umat Muslim sedunia perlu patuh kepada Amerika. Apatah lagi di belakang Amerika adalah Israel. Apakah ini bermaksud sama ada sedar atau tidar, Anwar telah diperalatkan untuk mencapai cita-cita Amerika dan Israel ?
5. Misalnya seperti ceramah Anwar di The Foreign Correspondence Club of Thailand (FCCT), penghujahan Anwar berkenaan dengan 'homoseksual, freedom dan komunisme' amat bertentangan dengan ceramah beliau sebelum ini semasa bergiat dengan PKPIM dan ABIM.
6. Sekiranya Anwar tidak dikaitkan dengan pengasas PKPIM dan ABIM, mungkin orang tidak persoalkan ideologi yang Anwar pegang sekarang. Masalahnya beliau dikaitkan dengan aktivis Islam. Perkara ini telah ditulis dalam blog al-Muslimin yang menyimpulkan Anwar telah beralih arah dari 'Pejuang Islam' menjadi 'Pejuang Sekular'.
7. Semasa dalam ABIM, beliau memperjuangkan 'Islam is the way of life', sekarang slogan tersebut dan sekarang telah diganti dengan slogan 'demokrasi', 'kebebasan' dan 'hak asasi manusia'. Persoalannya apakah slogan perjuangan Islam yang digarap semasa dalam ABIM dulu merupakan omongan kosong untuk menarik sokongan peminat gerakan Islam menyokongnya ?
Negara Islam vs Islam Demokrasi
8. Malah menurut Anwar, Islam berasaskan Al Quran dan Sunnah yang kita anuti sekarang, belum cukup pengertian demokrasi (?), sebab itu beliau memperjuangkan Demokrasi dalam Islam. Demokasi apa yang diperjuangkan Anwar ? Kenapa Anwar bawa lidah Amerika dan suara orientalis barat seperti John Esposito supaya seru 'demokrasi Islam' ke seluruh negara Islam ?
9. Anwar pernah bersuara lantang menolak Negara Islam. Itu sering disebut secara terbuka, bukan sahaja di Amerika, malah di Malaysia. Jadi, adakah pegangan itu tidak berlawanan dengan akidah muslim ?
Tajaan Amerika & Yahudi
10. Malah kebanyakan badan-badan yang menaja ceramah Anwar adalah sumber-sumber yang diragui. Hampir kesemuanya dana Yahudi. Misalnya Carl Gershman, Presiden NED yang menjadi penaja utama Anwar adalah Yahudi Neocon. Begitu juga Paul Wolfowitz (semasa di World Bank- sekarang di American Institute Enterprise) dan Madelenie AlBright, pengerusi National Democratic Institute (NDI). Sekadar menyebut beberapa dana, sebenarnya lebih banyak lagi dana Amerika yang menaja Anwar.
11. Seperti artikel yang ditulis oleh Mike Billington, dalam artikelnya bertajuk "Malaysia’s Anwar Ibrahim: Wolfowitz’s Knife in Asia’s Back", Anwar bukan sahaja ditugaskan Amerika untuk merosakkan Asia (sekiranya bercanggah dengan dasar Amerika), Anwar juga ditugaskan 'merosakkan' negara Islam di Timur Tengah dan Afrika Utara dalam jawatannya sebagai Pengerusi dan Presiden Foundation For The Future (FFF).
12. Anwar bukan berasal dari Timur Tengah atau Afrika Utara, kenapa pula beliau dilantik menjadi Pengerusi dan Presiden badan tajaan Amerika itu ? Kenapa Amerika tidak mengekalkan Bakhtiar Amin (Iraq), tali barut Amerika yang minta negaranya diserang terus menjadi Pengerusi dan Presiden FFF. Kenapa mesti pilih Anwar dari Malaysia ?
13. Kenapa mesti seorang Yahudi, Paul Wolfowitz yang mempunyai dua kerakyatan Amerika dan Israel dan digelar 'arkitek pemusnah Iraq' yang jadi penulis biodata Anwar semasa tercalon sebagai 100 tokoh berpengaruh di dunia ?. Kenapa biodata Anwar tidak ditulis oleh mana-mana pemimpin Islam ? Presiden Iran, Ahmadinejad misalnya ?
14. Malah menurut laman Moon of Alabama dalam artikelnya bertajuk "Wolfowitz, CIA, Lebanon - Get the picture?" menjelaskan bahawa badan yang pernah dipengerusikan Anwar (FFF) adalah badan operasi membantu memperkukuhkan Israel dengan melaga-lagakan perbalahan di antara FATAH dan HAMAS di Palestin.
15. Artikel itu menyebut, badan ciptaan Amerika itu (FFF) digunakan untuk menyalurkan kewangan dan membekalkan senjata kepada kumpulan FATAH supaya berperang dengan HAMAS.
16. Kenapa Anwar bersuhabat dengan agenda Amerika yang berhasrat menghancurkan kumpulan Islam di Palestin ? Apakah peranan Anwar sebagai 'batu api' dalam dunia Islam, melaga-lagakan sesama Islam supaya menguntungkan Amerika dan sekutunya Israel ?
17. Malah, kehadiran Anwar sebagai salah seorang yang menandatangani "Annapolis Summit 2007" sudah jelas membuktikan bahawa Anwar telah bersama kumpulan Amerika menyokong Israel diiktiraf sebagai negara yang sah.
IFC vs murtad
18. Apatah lagi di Malaysia, Anwar turut juga membawa agenda Amerika dalam konsep persefahaman antara Muslim dan Kristian. Anwar sendiri menjadi pensyarah pelawat di Center of Muslim and Christian Understanding (CMCU), Georgetown University, di bawah selian John Esposito. Konsep persefahaman Muslim dan Kristian ini dikaitkan dengan bahasa mudah sebagai penyokong Interfaith Concil (IFC). Isu utama IFC adalah 'murtad'. Dalam kes 'murtad', Anwar lebih cenderung menyokong pihak bukan Islam (sokong murtad) berbanding dengan pihak Islam. Video di bawah elok dilihat semula.
Apa makna Islam Demokrasi ?
19. Sebagai kesimpulan, disertakan satu lagi video berkenaan dengan perbandingan dua tokoh Islam membicarakan mengenai topik "Islam Demokrasi". Pertama, Anwar dari Malaysia dan kedua tokoh Islam dari barat. Terdapat perbezaan ketara kedua-dua tokoh ini memahami makna 'Islam dan Demokrasi'. Siapa yang lebih benar ?
Akhirnya, Anwar Ibrahim akan bertanding di kawasan parlimen milik isteri beliau, Dr Wan Azizah.
Sebelum ini, Anwar Ibrahim dikatakan akan bertanding di parlimen Kulim-Bandar Baharu (klik di sini) Sebelum itu pula, ialah parlimen Bandar Tun Abdul Razak (klik sini) walau pun kerusi tersebut tidak mungkin akan dikosongkan oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga merupakan Menteri Besar Selangor sekarang.
Yang menarik perhatian penulis ialah keputusan yang dibuat itu amat berlawanan dengan prinsip Anwar Ibrahim yang pernah mengatakan bahawa PKR tidak akan melepaskan kerusi-kerusi yang dimenangi oleh parti itu untuk beliau bertanding. Beliau akan bertanding untuk menambah satu lagi kerusi untuk parti PKR.
Akan tetapi, berdasarkan kepada perkembangan semasa dan protokol pilihanraya, Anwar Ibrahim berkemungkinan besar akan menghadapi masaalah untuk layak menjadi calon.
Dan keputusan 'mengejut' melepaskan kerusi parlimen Permatang Pauh dilihat bersangkut paut dengan time frame yang dikejar oleh Anwar Ibrahim.
Buat masa ini, siasatan mengenai kes liwat beliau, baru sahaja selesai (sama waktu dengan keputusan Wan Azizah melepaskan kerusi beliau). (klik di sini)
Dan jika terdapat bukti-bukti yang lengkap, Anwar Ibrahim akan didakwa di mahkamah dan jika beliau di dapati bersalah, Anwar Ibrahim dengan automatik tidak layak untuk bertanding.
Ini adalah kerana, SPR mengatakan bahawa seseorang calon hilang kelayakan jika dia:
Telah didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang dari 1 tahun atau denda tidak kurang dari RM2000 dan belum mendapat pengampunan.
SPR juga mengatakan bahawa :-
Pilihan Raya Kecil juga diadakan di dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan, sama ada disebabkan kematian, peletakan jawatan atau seseorang Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri itu hilang kelayakan. Dalam hal ini tarikh kekosongan kerusi akan ditetapkan oleh Suruhanjaya.
Maka untuk memastikan Anwar Ibrahim tidak terlucut secara automatik, beliau mesti bertanding di dalam masa 60 hari ini (selepas Wan Azizah melepaskan kerusi) dan sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman, jika beliau bersalah.
Inilah time frame yang penulis maksudkan.
Dan perkara yang akan terjadi selepas ini adalah lebih menarik dan mendebarkan iaitu yang mana dulu?
1.Pilihanraya kecil (di dalam tempoh 60 hari ini) ? atau pun
2. Keputusan akhir mahkamah mengenai kes liwat Anwar Ibrahim (yang baru sahaja selesai siasatan) ?
Jika pilihanraya dulu dan berdasarkan kepada rekod PKR di Permatang Pauh, Anwar Ibrahim mungkin akan menang dan menjadi Ahli Parlimen semasa prosiding mahkamah masih dipertengahan jalan.
Bagaimana pun, jika prosiding mahkamah boleh diselesaikan sebelum 60 hari (mulai hari ini) dan jika Anwar Ibrahim bersalah, beliau akan terlucut pencalonan secara automatik.
Walaubagaimana pun, jika kita amati kebanyakan kes-kes di dalam mahkamah hari ini (terutamanya kes-kes yang melibatkan orang 'penting'), kes liwat Anwar Ibrahim akan mengambil masa yang agak lama.
Tempoh itu belum lagi dicampur dengan tempoh jika kes tersebut di bawa ke Mahkamah Rayuan jika Anwar di dapati bersalah.
Kesimpulannya, pilihanraya kecil di parlimen Permatang Pauh akan tetap dijalankan.
Beberapa lagi perkara yang dinanti-nantikan ialah,
1. Siapakah calon BN ? 2. Apakah proses pilihanraya itu berjalan dengan lancar? 3. Apakah kita akan menyaksikan tempoh dan kaedah berkempen yang paling kotor atau pun sengit di dalam sejarah negara Malaysia?
Sama ada Anwar Ibrahim atau pun BN, pilihanraya kecil ini merupakan gelanggang 'kalah mati' @ 'do or die'.
Tidak ada kompromi di dalam keputusan pilihanraya itu.
Bagi pendapat penulis, tidak kira pihak mana yang menang, keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh pasti menukar lanskap dan kerangka politik keseluruhan negara Malaysia!
Di sini penulis sertakan keputusan pilihanraya 2008 dan dokumen pilihanraya yang menarik untuk dikongsi bersama:-
1. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR) (30,338) 2. Datuk Pirdaus Ismail (BN) (16,950)
Majoriti: 13,388
Jumlah undi: 47,398 Peratus mengundi: 81.09% Undi rosak: 110
Penyandang: Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Majoriti: 590 undi pada tahun 2004)
PENYATA PERBELANJAAN PILIHAN RAYA
Seseorang calon adalah layak membelanjakan wang bagi pilihan raya tetapi tidak boleh melebihi: RM200,000 bagi Dewan Rakyat; dan
RM100,000 bagi Dewan Undangan Negeri
Laporan perbelanjaan mestilah dihantar kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri di dalam tempoh 31 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya disiarkan di dalam Warta.
Kegagalan untuk mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya atau kegagalan untuk mengemukakannya di dalam tempoh yang ditetapkan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Anwar Ibrahim Malaysia : Pisau Milik Wolfowitz di Belakang Negara Asia
oleh Mike Billington, EIR.
Serentak dengan pengesahan oleh Paul Wolfowitz untuk memegang jawatan Pengerusi Bank Dunia, (secara logiknya boleh dipersoalkan kerana beliau berada di dalam satu jawatan yang membenarkannya membunuh lebih ramai manusia daripada apa yang telah dilakukannya di Jabatan Pertahanan), kawan lama Wolfowitz, Anwar Ibrahim dari Malaysia, telah muncul semula dalam kancah politik dunia.
Apabila Anwar dibebaskan pada tahun lepas selepas berada selama 6 tahun di dalam penjara di Malaysia, dia terus menuju ke German, dan Wolfowitz meluangkan masa dari rutin hariannya yang sibuk di PENTAGON untuk bersama-sama rakan lamanya di Eropah.
Pada 5 April, Sekolah Lanjutan untuk Pengajian Antarabangsa (School for Advanced International Studies-SAIS), Johns Hopkins University, Washington menganjurkan majlis untuk ucapan pertama Anwar di Amerika Syarikat selepas dibebaskan dari penjara, Anwar telah diumumkan sebagai Sarjana Pelawat di SAIS sebaik sahaja Anwar menamatkan catatan diari penjaranya.
Pada tahun 1990-an, Wolfowitz telah bertugas sebagai Pengarah SAIS sebelum menyertai Pentadbiran George W. Bush sebagai Timbalan Setiausaha Pertahanan, beliau telah menjadi peneraju dalam melaksanakan perang ke atas negara lain terlebih dahulu untuk perlindungan (pre-emptive war), melaksanakan “demokrasi” ke atas negara sasaran melalui cara ketenteraan.
Pada 1995, Anwar telah menjadi tetamu Wolfowitz di SAIS dan Anwar telah disambut sebagai seorang pejuang yang telah pulang.
Institusi-institusi yang lain Washington yang berkaitan dengan rangkaian operasi perisikan ‘masyarakat social’ National For Endownment of Democracy (NED) juga telah memberi penghormatan kepada Anwar dengan memberi anugerah sebagai "Democrat of The Year".
Apabila diberitahu mengenai pelantikan Anwar di SAIS, seorang pegawai Kerajaan Malaysia telah mengeluh dengan menagatakan, “ Ah, inilah caranya untuk Amerika Syarikat merancang untuk menaja kegiatan subversif di Malaysia!”.
Wolfowitz, mengetuai pelaksanaan neo-konservatif untuk American Empire selama beberapa dekad yang lepas, menggunakan Anwar sebagai salah satu senjata di Asia, yang bertujuan untuk menggagalkan keperluan penyatuan tindakan untuk Negara Asia dan Eropah dalam menghadapi kejatuhan dolar dan sistem kewangan berpusat oleh International Monetary Fund (IMF). Sasaran utama adalah China.
Rancangan Wolfowitz adalah untuk menimbulkan kekacauan dalam Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) dan pakatan yang sedang terbentuk bersama China, dengan menjadikan Indonesia menentang Malaysia, kedua-dua buah negara ini berada di tengah-tengah ASEAN. Anwar memainkan peranannnya di dalam rancangan ini.
Anwar menjadi terkenal di serata dunia selepas serangan spekulatif terhadap ekonomi Asia pada 1997-1998 oleh George Soros dan ‘rakan serigala’ yang ditaja olehnya. Ketika Indonesia dan ekonomi negara-negara Asia Tenggara yang lain tunduk kepada tuntutan IMF, dengan menyerahkan ekonomi mereka untuk dimusnahkan secara kekerasan bersyarat dengan menukarkannya kepada pelepasan hutang secara sementara dan seterusnya menyebabkan kejatuhan matawang negara-negara tersebut, Malaysia, di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dr. Mahathir bin Mohamad, enggan menyerahkan nasib rakyat kepada arahan IMF.
Sebelum itu, pada mulanya Dr. Mahathir telah membenarkan Anwar, yang sebelum itu merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, untuk mengikuti pandangan peribadinya yang dikenali sebagai ‘Polisi-polisi IMF tanpa IMF' : melangkaui kekerasan IMF, menaikkan kadar faedah dan pembatalan projek infrastruktur yang utama.
Pada Musim Panas 1998, yang telah meminta bantuan IMF, telah menjadi miskin, rakyat menjadi papa, sistem perbankan telah muflis, mawatang didagangkan secara bebas, dan kerajaan Indonesia tersungkur di hadapan Pengarah Pengurusan IMF dan akhirnya, keseluruhannya rebah. Thailand dan Korea juga menerima nasib yang sama tetapi tidak seteruk Indonesia. Malaysia juga menuju kea rah yang sama.
Kemudian, pada 1 September 1998, Dr. Mahathir mengejutkan dunia melanggar kesemua arahan IMF yang ortodoksi, dengan mengenakan kawalan ke atas matawang yang terpilih, menamatkan spekulasi ke atas mawatang Malaysia dengan mengikat nilai ringgit kepada dolar – dan memecat Anwar Ibrahim.
Anwar dan pengikutnya yang sukar dikawal telah mengamuk dan cuba untuk melancarkan pemberontakan untuk menjatuhkan Dr. Mahathir. Walaupun menerima sokongan secara terbuka daripada Neo-Konservatif di Barat, terutamanya Naib Presiden Amerika Syarikat Al Gore dan Setiausaha Negara Madeleine Albright, pemberontakan ‘kuasa rakyat” oleh Anwar menemui jalan buntu dan akhirnya dia telah dipenjarakan di atas tuduhan penyalahgunaan kuasa dan moral.
Keputusan diketahui umum. Walaupun dikutuk oleh IMF dan institusi perbankan Anglo-Amerika bahawa Dr. Mahathir telah membawa Malaysia ke warah kemusnahana, negaranya akan menjadi muflis disebabkan perbuatannya sendiri, mengasingkan Malaysia dari dunia yang ‘bertanggungjawab’ dan akhirnya akan mendapati negaranya itu mengemis bantuan IMF, sebaliknya telah berlaku.
Apabila pelbagai negara terikat dengan menderita akibat krisis sosial dan peningkatan kemiskinan secara besar-besaran, Malaysia yang berada di antara negara-negara Asia yang diserang oleh speculator dapat mengekalkan kestabilan sosial dan ekonomi bertambah baik.
Kemusnahan yang teruk berlaku di negara jiran, Indonesia, di mana matawangnya telah jatuh satu pertiga daripada nilai asal, dan ini telah menjadikan hutang negara Indonesia dengan negara lain meningkat secara maya dalam tempoh semalaman dan pada masa yang sama, kadar kemiskinan meningkat.
Hanya separuh daripada ekonomi Indonesia pulih sehingga ke hari ini. Malahan IMF mengakui bahawa kekerasan yang kejam dan polisi pengurangan kredit yang telah dikenakan terhadap kerajaan Indonesia yang terdesak merupakan satu kesilapan yang besar.
Pujian terhadap IMF dan Wolfowitz
Dalam satu acara, Anwar membuat penampilan terbaru di SAIS, EIR telah mengajukan soalan berikut kepadanya : “IMF telah mengakui bahawa arahan kepada ekonomi Asia slepas serangan spekulatif pada 1997-98 telah menyebabkan krisis yang berlaku bertambah teruk. Dasar anda terhadap Malaysia telah diketahui seiring dengan IMF, sehinggalah dasar tersebut diterbalikkan oleh kawalan matawang oleh Dr. Mahathir, dan pada masa yang sama anda dipecat. Adakah pada masa sekarang, anda mengakui bahawa, sekiranya dasar anda itu diikuti, kesannya akan menjadikannya sebagai satu kemusnahan yang besar kepada negara anda ? “
Respon Anwar dan dari ucapannya secara umumnya, menunjukkan bahawa dia tidak begitu berminat dalam mendapatkan semula jawatan di dalam negaranya sendiri, malahan di dalam parti yang telah ditubuhkan ( Parti Keadilan Rakyat ) untuk mendapatkan sokongan terhadapnya selepas penahanannya.
Lebih tepat, beliau memuji nama orang-orang dan dasar-dasar yang paling dibenci (di Malaysia dan di tempat lain) iaitu George Soros, arkitek spekulasi global ; Paul Wolfowitz, promoter pre-emptive war ; dan IMF yang korup dan dikecam.
“Sudah tentu, saya betul,” Anwar menyatakan secara rasmi.
Dia mendakwa bahawa terdapat beberapa perbezaan di antaranya dan IMF tetapi “Cara negara membelanjakan wang perlu dititikberatkan, sama ada cara tersebut mengikut langkah IMF atau pun tidak.”
Beliau mengatakan bahawa sesuatu yang amat ‘berfaedah’ daripada IMF untuk datang ke Malaysia dan bebincang mengenai idea mereka. Beliau juga menyatakan sokongan terhadap kecaman IMF terhadap projek infrastruktur utama, sebagai ‘projek mega’ yang membazir, kerana projek-projek tersebut hanya menguntungkan ‘kroni’ yang terlibat dalam pembinaan tersebut. Empangan Bakun dijadikan contoh untuk kecaman tersebut.
Beliau mengakui telah memberitahu cadangan Soros kepada pembuat dasar dan telah mempertahankannya ketika Dr. Mahathir mengutuk Soros sebagai pencuri dan sangat bodoh.
Berkenaan kejayaan program Dr. Mahathir dalam menyelamatkan Malaysia daripada menerima nasib yang sama dengan negara jiran, Anwar berkata : “ Ya, pembangunan ekonomi menjadi kukuh, rakyat bebas dari kemiskinan-tetapi semuanya adalah di atas permukaan sahaja. Di bawah, terdapat rasuah, tiada ketelusan, pemerintah kuku besi dan tiada kebebasan media.”
Paling menjelikkan, malahan terhadap penyokongnya di Malaysia, pujian keterlaluan Anwar terhadap Wolfowitz. Di dalam satu temuramah Bloomberg di Hong Kong, pada 18 Mac, Anwar mengalukan pelantikan Wolfowitz sebagai Pengerusi Bank Dunia, dengan mengatakan Wolfowitz “ dengan sepenuh hati percaya dengan kebebasan dan memahami isu keniskinan, kemusnahan alam sekitar, kedaan taraf hidup dan isu kesihatan yang menjadi agenda utama Bank Dunia.”
Ketika rakyat Iraq mendapati kesemua keperibadian yang dinyatakan itu tidak lebih sebagai satu hiburan, Anwar secara berhati-hati menjelaskan bahawa beliau bukan penyokong dalam pencerobohan Amerika Syarikat di Iraq.
Bagaimanapun, dia mempamerkan sejuah mana beliau sanggup untuk mempertahankan neo-kenservatif yang menajanya dengan menambah: “ Tetapi saya tidak percaya bahawa perang tersebut dilancarkan ke atas Muslim atau rakyat Iraq.”
Timbalan Presiden Parti Keadilan, Dr. Syed Husin Ali, secara terburu-buru telah mengelakkan dirinya daripada pujian terhadap Wolfowitz yang dibenci oleh pelbagai pihak.
“Dia merupakan seorang penasihat,” Syed Hussein memberitahu perkhidmatan berita pembangkang dalam talian, Malaysiakini pada April dengan merujuk kepada Anwar Ibrahim.
“ Dia boleh memberikan nasihat kepada kami, tetapi dia tidak boleh menentukan dasar parti," katanya, menegaskan bahawa pembelaan Anwar terhadap Wolfowitz hanya merupakan pandangan peribadi dan tidak mencerminkan kedudukannya dalam parti.
Menjadikan Indonesia melawan Malaysia
Penunjuk terhadap niat Anwar (atau lebih tepat, niat Wolfowitz, dengan bantuan Anwar) telah didedahkan dalam cubaannya merancang penentangan Indonesia terhadap Malaysia. Transformasi demokratik Indonesia semenjak kejatuhan 1997, menurut Anwar, merupakan ‘satu perkembangan penting dalam dunia Islam pada abad ini’.
Walaupun ramai pihak menggambarkan Malaysia sebagai sebuah model kejayaan negara Islam demokratik, kata Anwar, itu adalah satu kesilapan secara keseluruhannya.
Malaysia mengamalkan pemerintahan diktator, walaupun selepas persaraan Dr. Mahathir, beliau menegaskan, manakala model demokrasi Islam yang sebenar adalah Indonesia.
Secara ironiknya, Anwar mengakui bahawa Indonesia sangat memerlukan pembangunan ekonomi dan menamatkan rasuah, tetapi percanggahan ini tidak melihat sekurang-kurangya kepada keprihatinannya terhadap isu ini.
Dalam satu temuramah dalam The Age dari Australia pada 21 Mac, Anwar menjelaskan pembinasaan berikutan kemusnahan ekonomi Asia 1997-98 sebagai satu perkembangan positif, “ Satu ribut kreatif yang menggegarkan rasa puas hati masyarakat Asia dan kerajaan.”
Hubungan dengan Australia merupakan sesuatu yang bermakna. Kerajaan Australia di bawah Perdana Menteri John Howard mengadakan hubungan yang erat bersama Pentadbiran Bush dalam kesemua perkara strategik dan menyertai usaha Wolfowitz untuk memujuk Kerajaan Baru Indonesia di bawah Presiden Susilo Bambang Yudhoyono untuk menyertai regim neo-konservatif di Washington dan Canberra, sebagai pertukaran untuk perjanjian ketenteraan dan pelaburan.
Howard telah menggalakkan Yudhoyono untuk menyokong usaha Australia untuk disertakan bersama sebagai ahli perintis kepada Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS-East Asian Summit) apabila dilancarkan pada tahun ini. Cadangan ini ditentang dengan keras oleh Malaysia dan China, bersama-sama yang lain, dan ini telah meletakkan Indonesia berselisih faham dengan Malaysia.
Howard, bagaimanapun, telah dilihat memusnahkan sebarang peluang yang dimiliki oleh Australia untuk dimasukkan ke dalam EAS apabila beliau enggan menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama bersama ASEAN (Treaty of Amity and Cooperation with ASEAN), walaupun perjanjian itu ditandatangani oleh Jepun, China, South Korea dan India bersama negara lain.
Perjanjian tersebut menafikan penggunaan serangan ketenteraan terhadap negara yang menandatangani perjanjian tersebut.
Howard, seperti Pentadbirn Bush, enggan untuk menggugurkan hak campurtangan ketenteraan pre-emptive terhadap negara jiran, satu ancaman bahawa tiada negara yang mampu menafikannya semasa era Bush/Cheney.
Wolfowitz menggambarkan dirinya sebagai ”sahabat Indonesia”, menggunakan pengalamannya sebagai Duta ke Indonesia pada tahun 1980-an sebagai bukti kecekapannya untuk menguruskan Bank Dunia.
“ Rakyat Indonesia mempunyai pandangan berbeza terhadap saya” ulasnya, kata Wolfowitz kepada Bloomberg News pada 18 Mac. Ketika Anwar membandingkan demokrasi Indonesia dengan andaian pemerintahan diktator di Malaysia, Wolfowitz kerap kali membandingkan Indonesia dengan negara Islam di Asia Barat untuk membuktikan pengembaraan ketenteraan Amerika Syarikat telah membawa ‘demokrasi’ kepada orang Arab.
Wolfowitz berkhidmat sebagai Duta ke Indonesia dari 1986 hingga 1989, ketika wang panas mencurah-curah masuk ke dalam negara tersebut, membawakan kepada kemajuan yang sangat bermakna dan kemakmuran yang berkaitan – dan satu reputasi yang baik kepada Wolfowitz.
Bagaimanapun, adalah sesuatu yang menyakitkan untuk dipelajari selepas 1997-98, di mana kontrak negara asing yang membawa masuk pembangunan ini merupakan dari jenis “pembunuh upahan ekonomi”, memandangkan kesemua risiko kejatuhan ekonomi ini diletakkan di sebelah pihak Indonesia.
Enron dan syarikat kuasa yang lain, sebagai contoh, berjaya dalam mendapatkan jaminan daripada Kerajaan Suharto (secara kebiasaannya bersama seorang ahli keluarga Suharto terlibat), bahawa kerajaan akan membeli kapasiti penuh kuasa daripada stesen janakuasa sama ada digunakan atau tidak dan pada masa yang sama kuasa tersebut dibeli dengan harga dalam tukaran dolar.
Hutang negara asing juga dibayar menggunakan dolar. Apabila spekulator memusnahkan matawang dan ekonomi Indonesia pada 1997-98, hutang negara meningkat 3 kali ganda dalam masa yang singkat, dan pada masa yang sama kerajaan dipaksa membeli bekalan elektrik yang tidak perlu pada harga 3 kali ganda.
Kenangan terhadap Wolfowitz sebagai salah seorang rakan Indonesia sedikit pudar. Peranan Wolfowitz seterusnya sebagai arkitek perang terhadapa Iraq menukarkan imejnya kepada hitam.
Kepada Wolfowitz, untuk menggambarkan dirinya masih lagi dikagumi di Indonesia, adalah sama seperti fantasi Anwar yang mana neo-konservatif akan membantunya memenangi satu ruang untuknya dihormati di Malaysia.
Nota : Terjemahan AIDC daripada artikel asal tulisan Mike Billington bertajuk " Malaysia’s Anwar Ibrahim: Wolfowitz’s Knife in Asia’s Back". Disiar dalam majalah the Executive Intelligence Review (EIR)pada 29 April 2005 Klik artikel asal dalam bentuk PDF
Peguam Saiful bincang tarikh angkat sumpah isu liwat
01-08-2008 10:48:41 AM Oleh NURUL AIN HUSSEIN Berikutan selesainya siasatan polis, peguam kepada Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan berbincang dengan anak guamnya mengenai tarikh bersumpah berhubung dakwaan tersebut. KUALA LUMPUR: Ketika dihubungi mStar Online pagi ini, peguam Zamri Idrus berkata, beliau akan berbincang dengan Mohd. Saiful mengenai tarikh tersebut.
Katanya, beliau akan menemui Mohd. Saiful, yang kini diberikan perlindungan polis sejak lebih sebulan lalu, secepat mungkin.
"Saya baru dapat tahu tentang perkara ini semalam, beri saya ruang untuk berjumpa dengan Saiful untuk berbincang lanjut," kata beliau.
Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, polis telah melengkapkan siasatan berhubung dakwaan tersebut dan telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan susulan.
Kelmarin, Mohd. Saiful berkata, dia akan membuat akuan bersumpah menggunakan al-Quran dalam masa terdekat.
Bercakap melalui Zamri, Mohd. Saiful memberitahu, sehingga kini Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) belum menghubungi anak guamnya itu berhubung akuan bersumpah.
"Saiful akan bersumpah dan pihak media akan dimaklumkan mengenainya. Buat masa ini biar polis menjalankan siasatan tanpa sebarang gangguan.
"Beliau tetap dengan pendiriannya untuk membuat akuan bersumpah dan beliau melakukannya dengan sukarela, bukan atas paksaan," katanya.
Setting 'keluarga bahagia’ sidang akhbar itu sendiri sudah cukup untuk membuat siapa saja terasa macam mimpi betulkah seorang insan yang sebegini dituduh buat begitu.
Dibelakangi dua orang anaknya Nurul Izzah dan Nurul Nuha – dan dengan wajah tersenyum riang Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan Datuk seri Anwar Ibrahim Khamis membuka satu lagi babak baru dalam drama dakwaan kes liwat melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu. Senarionya macam tak ada apa-apa.
"Nak dakwa apa.Mereka tidak ada apa untuk dakwa saya.Mereka dah pergi memancing hampir sebulan sekarang dan belum tangkap seekor ikan pun.Mungkin mereka akan tangkap sebiji buah kelapa dan sangka itu seekor ikan,”katanya merujuk kepada cakap-cakap beliau akan ditahan bila-bila masa saja sekarang atas dakwaan meliwat Saiful Bukhari Azlan.
Babak kali ini dikira akan memakan masa panjang dari babak-babak lain kerana Anwar hendak mengangkat dirinya sebagai wakil rakyat menerusi satu pilihanraya kecil.
Setelah bermain teka teki dari Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur ke Kulim Bandar Bharu di Kedah rupanya Permatang Pauh di Pulau Pinang menjadi pilihannya.
Kisah Anwar nak bertanding pilihanraya kecil bukanlah satu hal yang mengejutkan dan begitu juga pilihanya Permatang Pauh.
Soalnya di sini cuma timing nya sahaja bila Wan Azizah mengumumkan dalam sidang akhbar di pejabat Parti Keadilan Rakyat dekat Petang Jaya itu beliau meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh berkuatkuasa serta-merta bagi memberi laluan kepada suaminya untuk bertanding pada pilihan raya kecil nanti.
Timing nya ditengah kemelut dakwaan liwat oleh bekas pembantunya yang meletup pada 28 Jun lalu tentunya mengundang 1001 macam andaian.
Andaian popular yang pastinya Anwar sendiri tahu wujud dibenak fikiran ramai orang tahu ialah beliau hendak menarik kesnya ke tengah kancah rakyat.
Penasihat PKR itu tidak dapat salahkan Ketua Pemuda UMNO Johor, Razali Ibrahim, misalnya bila beliau menyifatkan keputusan Wan Azizah lepaskan kerusi Permatang Pauh sebagai satu langkah politik Anwar dalam hadapi dakwaan liwatnya.
“ Ini semata-mata untuk raih simpati,”katanya.
Malah katanya, jika Anwar ditahan polis kerana dakwaan liwat , tindakan itu akan dituduh bukti wujudnya konspirasi untuk halang beliau bertanding pada pilihan raya kecil Permatang Pauh.
“Tindakan terdesak ini sudah dijangka dan ia satu lagi helah untuk elak hadapi dakwaan liwat,”kata Ahli Parlimen BN Muar itu yang juga seorang peguam.
Malah andaian Razali ini disahkan sendiri oleh Ketua Penerangan PKR,Tian Chua.
Ahli Parlimen kawasan Batu di Kuala Lumpur ini dipetik oleh agensi berita AFP sebagai berkata, “mereka (polis) akan menangkapnya dalam tempoh 48 jam lagi.Ia bertujuan untuk menyekat dia bertanding dalam pilihanraya kecil,”katanya.
Setelah kontroversi akuan bersumpah P.Balasubramanian, enggan ke balai polis,ditahan polis dekat rumah,enggan buat ujian DNA,laporan doktor Pusrawi... soalan terbesar tentunya selepas ini apa pula...?
Siapa saja sudah dapat gambarkan suasana yang panas…panas..panas masa kempen menjelang pilihanraya kecil Permatang Pauh nanti.
“Kes ke mana …apa ke mana…waktu itu jawabnya mahkamah rakyatlah yang akan jadi benteng pertahanannya,”kata seorang pemerhati politik.
Pilihanraya kecil itu tidak mungkin dapat disekat.
Sekalipun ditahan dan didakwa Anwar hanya akan hilang kelayakan jika didapati bersalah dan dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda RM2,000.
Jarang ada kes mahkamah yang selesai seminggu atau sebulan dan ia boleh makan tahun.
Thursday, 31 July 2008 SIASATAN terhadap kes liwat Anwar Ibrahim telah selesai. Laporan dimaklumkan kepada kami telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara. Tidak ada Ghani Patail dan tidak juga ada Musa Hassan di peringkat kepimpinan polis yang terlibat dalam isu tuduhan liwat Anwar Ibrahim. Semua mahu mencari kebenaran – Anwar meliwat ataupun tidak. Tidak ada konspirasi dan tidak ada mainan politik. Soalannya mudah adakah Anwar terbabit atau tidak? Kenapa dalam usaha mencari kebenaran kerajaan dikaitkan lagi. Kenapa Polis dan Peguam Negara dikaitkan? Kenapa dituduh konspirasi? Semua mahukan kebenaran – itu sahaja. Dalam keadaan ini Anwar Ibrahim seolah-olah boleh bebas dengan hanya kata-kata yang tidak ada nilai penafian - ini sebagai satu konspirasi.
Dalam keadaan laporan polis telah selesai dan menanti Pejabat Peguam untuk memberikan kata muktamad maka sekali lagi kita perlu tahu keputusan untuk sama ada wujud kes ke atas Anwar atau pun tidak. Kita hanya perlu menunggu kerana kita tidak mahu melihat keputusan yang tidak menyeluruh dibuat. Ini bukan soal menyebelahi Anwar atau tidak – ini persoalan memberi keadilan kepada kedua-dua – yang menuduh dan dituduh. Sekiranya tidak terdapat tanda sahih Anwar Ibrahim meliwat – kita kenakan tindakan ke atas Saiful dan sekiranya benar Anwar di liwat kita terpaksa menghukum beliau. Ini bukan soal politik atau tidak. Kalau Anwar dijatuhkan hukum tidak ada sesiapa yang untung dari segi politik. Penyokong Anwar tetap mengatakan itu konspirasi dan kerajaan tidak mendapat sebarang faedah dari itu – malah mungkin berhadapan pula dengan tindakan keras pembangkang dan mereka yang bergelar ahli jemaah reformasi. Ini bukan soal untung. Komplikasi tuduhan Saiful menyulitkan usaha kerajaan kerana terpaksa berdepan dengan satu lagi kes yang akan membebankan kerajaan.
Sekiranya Saiful tidak membuat sebarang tuduhan, kerajaan tidak ada masalah lain selain dari meneruskan usaha membangunkan negara dan memainkan peranan untuk terus membuktikan kepada rakyat bahawa kerajaan yang ada adalah kerajaan yang mahu memastikan nasib rakyat terbela.
Kerajaan buat masa ini mahu bekerja dan bukan berpolitik. Pembangkang atau kerajaan Negeri di bawah Pakatan rakyat sepatutnya mempunyai visi dan misi yang serupa. Kerjasama kerajaan dengan kerajaan negeri adalah perlu untuk rakyat. Mungkin bagi kerajaan Barisan Nasional adalah lebih baik tuduhan Saiful ini tidak ada kerana ini akan membangkitkan spekulasi yang kerajaan terlibat dan seharusnya Anwar Ibrahim akan terus menjelajah ke seluruh pelosok tanah air untuk tujuan membersihkan diri – atau mahu mengatakan ini spekulasi dan konspirasi untuk menyelamatkan diri.
Hari ini Dr Wan Azizah Wan Ismail, MP Permatang Pauh mengosongkan kerusi beliau untuk membenarkan suaminya Anwar Ibrahim bertanding. Ini dalam keadaan Anwar Ibrahim belum mengetahui hasil siasatan polis dan rakyat masih menunggu laporan siasatan.
Tindakan Anwar ini adalah tindakan politik dan sekiranya dalam masa terdekat ini polis mendapati ada tanda-tanda serta bukti kukuh beliau meliwat dan di tahan – maka spekulasi yang akan timbul adalah kerajaan Barisan Nasional mahu menghalang beliau bertanding. Ini masalahnya – kerajaan diheret sekali dalam kancah politik oleh Anwar Ibrahim dalam usaha polis mahu mencari kebenaran dan menyegerakan keadilan.
Sekali lagi politik memainkan peranan dan sekali lagi kerajaan akan berdepan dengan konon krisis tetapi hanya gerakan penyokong Anwar yang mengetuk tin-tin kosong untuk mencanangkan bunyi.
Ini adalah cara politik Anwar yang ada dan apa pun polis perlu bertindak membelakangi desakan politik Anwar Ibrahim.Negara ini bukan hak peribadi Anwar Ibrahim untuk dia boleh buat apa sahaja. Undang-undang tetap undang. Tidak ada siapa yang boleh mengatasinya.
Isnin lepas GAP ada mendedahkan bahawa kes liwat yang melibatkan Anwar dan Saiful benar2 telah memporak perandakan keluarga Wan Azizah. GAP juga ada memberitahu bahawa perang besar antara Wan Azizah dan Anwar di Tropicana XXXXXX hampir2 menyebabkan keluarga ini berkecai. Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melepas kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk membuka laluan kepada suaminya, yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil untuk kerusi tersebut.Beliau bagaimanapun kekal sebagai presiden PKR.
Wan Azizah berkata, beliau telah menghantar surat peletakan jawatan tersebut kepada Speaker Dewan Rakyat hari ini.
Isnin lepas GAP ada mendedahkan bahawa kes liwat yang melibatkan Anwar dan Saiful benar2 telah memporak perandakan keluarga Wan Azizah. GAP juga ada memberitahu bahawa perang besar antara Wan Azizah dan Anwar di Tropicana XXXXXX hampir2 menyebabkan keluarga ini berkecai.
Malah sumber GAP memberitahu bahawa Wan Azizah telah memekik secara lantang kepada anwar diantaranya....
' u ambik balik kerusi permatang pauh ni, i dah fed up'
' u ambik kerusi presiden i nak lari keluar negara'
Pergaduhan besar antara Wan Azizah dan Anwar hanya dapat diredakan dengan campurtangan keluarga dan anak2 mereka.
Keadaan psikologi anak lelaki anwar yang sudah mula belajar menghisap rokok menunjukkan tindakbalas tekanan hidup atas skandal yang tak berkesudahan oleh bapanya.
Mengikut sumber ehsan anak lelaki Anwar telah meminta bapanya untuk berani menyahut cabaran saiful supaya bersumpah. Ehsn menjelaskan kepada bapanya sekiranya anwar berani secara jantan bersumpah maka sekurang2nya persepsi umum terhadap isu liwat mungkin sedikit sebanyak menyebelahi anwar.
Namun permintaan ehsan tidak dilayan dan disitulah bermulanya perang mulut suami isteri itu bermula.
"Hari ini saya secara rasmi meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh bagi membolehkan Datuk Seri Anwar bertanding dalam satu pilihan raya kecil secepat mungkin," kata Dr. Wan Azizah, dalam satu sidang media sebentar tadi. Lantaran itu juga, Anwar Ibrahim mengumumkan akan bertanding di kawasan tersebut.
(i)
Apa yang menimbulkan tanda tanya ialah, kenapa begitu lekas Anwar mahu bertanding, sehingga tidak mahu menunggu kekosongan kerusi Kulim-Bandar Baharu? Kawasan ini selamat untuk beliau menang berdasarkan keputusan 8 Mac lalu: 22,255 undi berbanding 5,583.
Asalnya, Anwar mahu bertanding di Kulim-Bandar Baharu (bekas calon BN, Abdul Aziz Syeikh Fadzir memfailkan petisyen berikutan kegagalan MP Zulkifli Nordin membuat penyata perbelanjaan pilihan raya) - tetapi kes ini mengambil masa yang lama untuk selesai.
19 Ogos ini, kes berkenaan akan dibicarakan.
Manakala itu, selewat-lewatnya pada 18 Ogos ini, siasatan polis ke atas kes liwatnya dijangka selesai. Terdapat laporan hari ini yang menyebut siasatan polis sudah selesai dan akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut, menurut Syed Hamid Albar.
1. Adakah Anwar menjangka, kes liwatnya dalam tempoh ini difahami awam sebagai satu konspirasi - yang sekali gus melonjakkan populariti beliau? Akan tetapi Permatang Pauh kerusi selamat buat beliau.
2. Ataupun, Anwar benar-benar terlibat dalam kes terbabit dan perlu bertindak segera sebelum akhlaknya mula dipersoalkan awam. Dalam pada itu juga, kalau Anwar dijatuhkan hukuman, beliau akan hilang kelayakan bertanding.
(Seseorang yang telah disabitkan dengan kesalahan oleh mahkamah di dalam Persekutuan (atau sebelum dari Malaysia di dalam kawasan-kawasan Sabah atau Sarawak atau Singapura) dan dihukum penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun atau didenda tidak kurang dari dua ribu ringgit Malaysia (RM2,000) dan belum menerima pengampunan.)
3. Kita tidak dapat menjangka bila kes liwat ini habis dibicarakan. Bagaimanapun, andaikan berlaku sebarang sekatan ke atas Anwar untuk bertanding, atau yang menggugat kedudukannya setelah menang - adakah terdapat kemungkinan sentimen Reformasi akan disentuh semula hingga tercetus keadaan 1998-99 dulu? Penyokong Anwar akan benar-benar marah kepada kerajaan - atas sangkaan konspirasi tadi. Tian Chua dilaporkan meramal Anwar akan ditahan dalam tempoh 48 jam, dan akan didakwa Isnin ini.
(ii)
Mungkinkah ini boleh dikatakan petanda Anwar bakal menjadi PM dalam tempoh terdekat? Kenyataannya sebelum ini, akan berlaku lompat parti secara besar-besaran, selewat-lewatnya 16 September ini.
Anwar ada tempoh 47 hari untuk mencapai misinya menjadi pemerintah.
SPR pula perlu mengadakan pilihan raya kecil Permatang Pauh dalam tempoh 60 hari.
(iii)
Saiful nampaknya bersungguh-sungguh mengatakan beliau diliwat oleh Anwar. Bahkan beliau sedia bersumpah secara rela selepas siasatan selesai. Ditambah pula dengan dolak-dalih Anwar yang banyak dipatahkan - mungkinkah kes ini menyebelahi Saiful?
Kita tidak tahu.
(iv)
Siapakah yang bakal mengisi kekosongan posisi Ketua Pembangkang di Parlimen yang ditinggalkan Wan Azizah?
Senjata Akhir Anwar Ibrahim: Bertanding di Permatang Pauh
3.00 petang, 31 Julai 2008, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR) telah mengosongkan kerusi parlimen Permatang Pauh untuk membuka laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim (Pemimpin De Facto PKR) bertanding dalam pilihanraya kecil. Surat peletakan jawatan tersebut telah dihantar kepada Speaker Dewan Rakyat hari ini. Wan Azizah menang besar dengan majoriti 13,388 dalam PRU12. Dalam pilihanraya 2004, Wan Azizah menang tipis dengan majoriti 590 undi. Sebelum ini, Anwar sebut nak bertanding di Kulim Bandar Baharu, Bandar Tun Razak, Lembah Pantai dan Kuala Kangsar.
Rupa-rupanya sekali lagi Anwar berdalih dengan mengatakan akan bertanding di Permatang Pauh. Nampaknya Anwar takut untuk bertanding di tempat yang berisiko untuk kalah. Jalan mudah yang diambil ialah meminta isterinya mengosongkan jawatan dan bertanding di tempat asalnya iaitu Permatang Pauh. Mengumumkan untuk bertanding adalah senjata akhir Anwar untuk ke Parlimen.
>(Gambar: Hadi Awang nampaknya lebih selesa berpeluk dengan kafir harbi daripada bersatu demi perpaduan orang Melayu).
Sementara itu, PAS juga menolak pakatan dengan UMNO untuk membentuk kerajaan di Perak dan Selangor. “PAS menolak sebarang kerjasama dengan Umno atau BN bagi membentuk kerajaan campuran sama ada di peringkat negeri atau pusat” Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden PAS).
Pertemuan khas hampir lima jam 50 barisan pemimpin tertinggi PAS di ibu pejabat PAS, Kuala Lumpur memutuskan bahawa PAS akan tetap bekerjasama dengan kafir harbi seperti Kit Siang, Karpal Singh, Guan Eng dan Teresa Kok. Biarpun Karpal secara terbuka mengecam PAS dan mempertikaikan keahlian PAS dalam Pakatan Rakyat, tetapi PAS nampaknya masih mahu kekal di bawah ketiak Karpal dan Kit Siang. PAS sanggup melihat DAP bermaharajalela di Perak dan Selangor. Sanggup membiarkan Nizar dikotak katik oleh 6 orang Exco DAP. Sampai hati PAS lihat perpaduan Melayu tidak menjadi kenyataan.
(Gambar: PAS lebih rela berpakat dengan Pakata Rakyat. Sedarkah PAS bahawa mereka rugi dan terus ditipu dalam diam oleh PKR dan DAP?)
Tamparan terbesar buat Pakatan Rakyat semalam ialah penafian, Dr. Kamaruddin Ahmad (Pengarah Perubatan Hospital Pusrawi) dalam Buletin Utama TV3 yang memberitahu Dr. Muhamad Osman hanyalah doktor biasa dan beliau hanya menasihatkan pesakit. Malah laporan sodomi dua halaman yang disebarkan juga dinafikan oleh Pusrawi.
Dr. Kamaruddin menjelaskan, dari segi amalan kedoktoran, pemeriksaan mana-mana kes berkaitan liwat perlu dijalankan oleh doktor pakar kerana ia tidak boleh ditentukan melalui kesan luaran saja. Ini bermakna laporan oleh Dr Muhammad Osman kurang kredibiiltinya disebabkan beliau hanyalah doktor biasa sahaja bukan doktor pakar.
“Kalau tiada kesan pendarahan, koyak atau nanah dan sebagainya pada dubur, bukan semestinya tidak berlaku liwat. Pun begitu, jika terjadi sebaliknya (pendarahan), ia juga tidak bermakna berlaku liwat kerana mungkin disebabkan kanser atau pendarahan dalaman. Kes liwat perlu menjalani pemeriksaan lanjut oleh doktor pakar termasuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA) agar ditentusahkan” kata Dr Kamaruddin.
Malah kesediaan Saiful Bukhari untuk bersumpah dalam kes liwat ini merisaukan lagi Pakatan Rakyat. “Saya menuntut supaya Anwar Ibrahim tidak berdolak-dalik dalam kes ini. Saya juga menyatakan bahawa tiada sebab untuk saya memfitnah dan menganiaya Anwar dalam kes ini.” kata Saiful Bukhari.
Kesimpulannya, bila Pusrawi nafikan laporan dan dedahkan siapa Dr Muhammad Osman yang sebenar, ditambah pula kesediaan Saiful Bukhari untuk bersumpah ianya memberikan goncangan yang hebat kepada Anwar dan Pakatan Rakyat. Jalan keluar kepada semua goncayang itu ialah dengan mengumumkan akan bertanding di Permatang Pauh. Mempercepatkan prosesnya untuk menjadi PM bagi mengelak PAS berubah hati dan masuk sebagai kompenen ke-15 dalam BN. Yang paling rugi ialah PAS.
Sudah tentu, askar askar PAS akan dipergunakan oleh Anwar di Permatang Pauh nanti untuk membela dan memancing undi bagi Anwar. Menang di Permatang Pauh tidak memberi apa apa makna kepada Pakatan Rakyat melainkan hanya menukarkan Ketua Pembangkang daripada isteri kepada suami sahaja.
Tatkala polis sudah selesai melengkapkan siasatan kes liwat untuk diserahkan kepada pejabat Peguam Negara, Anwar sudah pun umukan hendak bertanding. Anwar tidak sabar lagi tunggu kes Kulim Bandar Bharu, jalan mudah ialah minta isteri lepas jawatan di Permatang Pauh. Anwar jadikan Permatang Pauh sebagai senjata akhir?
AZRINIZAM IBRAHIM Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
Hari ini, blog Malaysia Today milik Raja Petra telah di’masuki pencuri’ atau pun hacked.
Siapakah yang mahu hacked blog beliau selain daripada Raja Petra sendiri? Apakah beliau mahu memadam (erased) artikel-artikel beliau itu? Itulah anggapan ramai bila blog Raja Petra 'tiba-tiba' di hacked di saat ini, lebih-lebih lagi apabila beliau telah melakukan salah satu kesilapan yang paling besar di dalam karier beliau sebagai blogger.
2 kesilapan yang dimaksudkan itu ialah mengenai artikel beliau tentang laporan @ nota kesihatan Saiful di Hospital Pusrawi:-
1. Beliau menyalahtafsirkan pemeriksaan anus (per rectum) yang dilakukan oleh Dr Mohamed Osman.
2. Beliau menyalahtafsrikan diagnosis (keputusan penyakit) yang ditulis oleh Dr Mohamed Osman.
Ini adalah kenyataan Raja Petra di dalam blog beliau,
Dr Mohamed Osman examined Saiful but found no evidence that he had been sodomised, either by Anwar Ibrahim or anyone else for that matter. The doctor’s report (which can be viewed below) says that there is zero (0) skin tearing, zero (0) active bleeding, zero (0) traces of pus, etc., which basically means he can’t be suffering from a pain in the anus as what he alleges.
The doctor’s diagnosis is that he rules out or TRO (to rule out) assault (sodomised). In short: Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan is not suffering any pain in the anus and neither was he assaulted or sodomised in the anus.
Inilah masaalahnya jika seorang blogger yang tidak mempunyai ilmu perubatan seperti Raja Petra merumuskan sendiri pemeriksaan kesihatan seorang doktor.
Rumusan beliau yang mengatakan bahawa tiada bukti Saiful diliwat hanya berdasarkan kepada tanda-tanda seperti kulit koyak, pendarahan aktif dan nanah, jelas menunjukkan yang beliau tidak tahu langsung mengenai perubatan.
Seperti penulis terangkan sebelum ini (klik sini) , pemeriksaan (PR) yang dilakukan ke atas Saiful tidak menyeluruh dan terlalu ringkas (tidak dibenarkan dilakukan oleh doktor biasa kerana ianya boleh merosakkan bukti).
Untuk pengetahuan semua, apabila seseorang itu diliwat, perbuatan tersebut tidak semestinya menyebabkan kulit anus koyak atau pun pendarahan yang aktif terutamanya jika perbuatan itu telah dilakukan berulang kali.
Tetapi jika berlaku paksaan yang agresif, perasaan takut yang dialami oleh mangsa itu berkemungkinan besar akan menyebabkan anus pesakit tidak relax dan tercedera atau pun berdarah. Sebagai perbandingan, pemeriksaan proktoscope (rujuk foto) ke dalam anus pesakit tidak akan menyebabkan anus pesakit itu luka atau berdarah walau pun alat tersebut dibuat daripada logam dan besar.
Dan berapa orangkah (gay) yang melakukan seks luar tabii ini datang ke klinik atau pun hospital kerana sakit di bahagian belakang beliau?
Dan jika benar setiap perbuatan liwat itu akan menyebabkan mereka berasa sakit, penulis percaya aktiviti seks songsang ini telah hilang sejak dulu lagi kerana ia tidak menimbulkan keseronokan tetapi kesakitan, pendarahan dan nanah!
Raja Petra juga telah menyalahtafsirkan perkataan TRO (to rule out). Beliau membuat andaian bahawa TRO bermaksud doktor tersebut telah ‘has (telah) rule out’.
Di dalam bidang perubatan, apabila seseorang doktor menulis perkataan TRO (to rule out), ia bermaksud penyakit pesakit perlu diselidiki lebih lanjut untuk mendapatkan diagnosis yang betul dan tepat.
Maksudnya, Dr Osman belum lagi membuat satu diagnosis yang menafikan Saiful telah diliwat. Kenyataan ini jelas telah disalahtafsir oleh Raja Petra dan Anwar Ibrahim .
Apakah Raja Petra mahu menarik balik kenyataan palsu beliau itu?
Yang menghairankan penulis ialah penerimaan orang ramai kepada bahan cerita yang ditulis oleh Raja Petra.
Nampaknya, beliau mempunyai pembaca-pembaca dan pengikut-pengikut setia yang menerima apa sahaja yang ditulis oleh Raja Petra tanpa berasa was-was. Begitu juga dengan Anwar Ibrahim.
Padahal Raja Petra bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan editor kepada Suara Keadilan pernah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Tinggi kerana menyiarkan cerita palsu. (klik di sini)
ALOR STAR: A High Court here has ordered blogger Raja Petra Kamaruddin, the group chief editor and editor of Parti Keadilan Rakyat’s organ Suara Keadilan to pay a total of RM7mil to Universiti Utara Malaysia and its vice-chancellor Tan Sri Dr Nordin Kardi for libel.
She ordered the damages to be paid to the plaintiffs for claiming that Dr Nordin was a plagiarist on the Malaysia Today website and in the 98th edition of Suara Keadilan in November 2006.
Nordin and UUM had filed a lawsuit against Raja Petra, Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan group chief editor and the editor. Only PKR had submitted its defence.
Priscilla ordered Raja Petra to pay RM2mil to Dr Nordin and UUM respectively. She also ordered each of the editors to pay RM1mil and RM500,000 to Dr Nordin and UUM respectively.
Dan seperti yang kita ketahui hari ini, pemalsuan mengenai intipati laporan @ nota kesihatan ini disambung pula oleh Anwar Ibrahim sehinggakan ramai yang tertipu.
Di sini penulis mensyorkan kepada Saiful Bukhari supaya menyaman Hospital Pusrawi kerana telah melanggar privasi (breach of privacy) beliau sebagai pesakit.
Dan juga, penulis mensyorkan agar Hospital Pusrawi menyaman Raja Petra dan Anwar Ibrahim kerana mengeluarkan kenyataan palsu sehinggakan menjatuhkan nama baik hospital tersebut.
PKR hari ini meramalkan penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ditahan dalam "tempoh 48 jam" berhubung kes dakwaan meliwat bagi menghalangnya bertanding dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh.
Ketua penerangannya Tian Chua berkata PKR tidak menolak kemungkinan Anwar ditahan dalam tempoh terdekat.
"Kelihatannya mereka merancang mendakwanya (di mahkamah) pada Isnin depan," katanya agensi berita AFP.
"Mereka mungkin menangkapnya dalam tempoh 48 jam akan datang. Ia bertujuan menyekatnya bertanding dalam satu pilihanraya kecil."
Jul 31, 08 4:32pm Siasatan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah disiapkan dan kertas siasatannya itu telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara, demikian disahkan oleh menteri dalam negeri. Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata terpulang kepada jabatan itu sama ada untuk meneruskan pendakwaan atau sebaliknya terhadap penasihat PKR.
Siasatan selama sebulan itu dijalankan selepas bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis pada 28 Jun, mendakwa diliwat oleh mantan timbalan perdana menteri itu.
KUALA LUMPUR 31 Julai - Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan beliau akan bertanding di kawasan Parlimen Permatang Pauh yang dikosongkan oleh isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkuat kuasa hari ini.
Pengumuman dibuat pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di sini sebentar tadi.
Dr. Wan Azizah merupakan Ahli Parlimen kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999 iaitu selepas selepas Anwar dipecat daripada parti dan kerajaan setahun sebelum itu dan dihadapkan di mahkamah.
Kini Dr. Wan Azizah merupakan Ketua Pembangkang di Parlimen.- The Star.
Anwar disahkan bertanding di Parlimen Permatang Pauh
31-07-2008 04:15:29 PM Oleh G. MANIMARAN dan NURUL AIN HUSSAIN
KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan beliau akan bertanding di kawasan Parlimen pada pilihan raya kecil Permatang Pauh.
Ia berikutan tindakan isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi itu berkuat kuasa hari ini.
Ia diumumkan pada sidang media di sini sebentar tadi. Dr. Wan Azizah merupakan Ahli Parlimen kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999 iaitu selepas selepas Anwar dipecat daripada parti dan kerajaan setahun sebelum itu dan dihadapkan di mahkamah.
Kini Dr. Wan Azizah merupakan Ketua Pembangkang di Parlimen.
"Hari ini saya secara rasmi meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh bagi membolehkan Datuk Seri Anwar bertanding dalam satu pilihan raya kecil secepat mungkin," kata Dr. Wan Azizah.
Dalam pada itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman memberitahu mStar Online bahawa pihak "telah dimaklumkan secara informal" mengenai kekosongan tetapi menunggu makluman rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat.
Kata beliau, SPR akan menentukan tarikh sesuai mengadakan pilihan raya kecil sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kekosongan itu secara rasmi.
Jelas beliau, pihaknya akan mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari untuk mengisi kekosongan itu.
Ketika ditanya sama ada pilihan raya kecil akan diadakan meskipun kerusi itu dikosongkan atas 'kehendak sendiri', Abdul Rashid memberitahu, bagi pihaknya cara kekosongan itu tidak penting.
"Yang penting apabila ada kekosongan, kekosongan itu akan diisi (dengan diadakan pilihan raya kecil)," katanya.
Salah satu foto koleksi Saiful Bukhari Azlan yang pernah disiarkan di profil Friendsternya
Saiful Akan Bersumpah Guna Al-quran, Kata Peguam
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat akuan bersumpah menggunakan Al-Quran dalam masa terdekat, kata peguamnya. Zamri Idrus berkata sehingga kini Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) belum menghubungi anak guamnya itu berhubung akuan bersumpah.
"Saiful akan bersumpah dan pihak media akan dimaklumkan mengenainya. Buat masa ini biar polis menjalankan siasatan tanpa sebarang gangguan.
"Beliau tetap dengan pendiriannya untuk membuat akuan bersumpah dan beliau melakukannya dengan sukarela, bukan atas paksaan," katanya pada satu sidang akhbar di sini, Rabu.
Ketika ditanya sama ada Mohd Saiful, 23, diugut oleh pihak tertentu memandangkan keengganannya bersemuka dengan pihak media, Zamri berkata anak guamnya berbuat demikian kerana sebab keselamatan tetapi beliau akan menemui wartawan apabila tiba masanya.
"Saiful bukan takut jumpa media tetapi bimbang akan keselamatannya. Buat pengetahuan pihak media, Saiful masih berada di negara ini dan berada di bawah perlindungan polis," katanya.
Ketika ditanya sama ada Mohd Saiful pernah pergi ke Hospital Pusrawi untuk membuat pemeriksaan doktor berhubung kes liwatnya, Zamri berkata: "Tiada komen mengenai laporan perubatan itu dan biar polis jalankan siasatan mereka. Semua perkara berkaitan kes liwat ini sudah diberitahu kepada pihak polis dan Saiful bersedia memberi kerjasama kepada polis bila-bila masa.
Zamri berkata anak guamnya mempunyai "kes yang kuat" untuk membuktikan dirinya diliwat oleh Anwar.
Pada sidang akhbar itu, peguam itu membacakan kenyataan media tiga perenggan yang ditulis sendiri oleh Mohd Saiful yang menyatakan antara lainnya bahawa beliau tidak mempunyai apa-apa sebab untuk memfitnah dan menganiayai Anwar.
Beliau juga berharap polis akan mempercepatkan siasatan dan meminta agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes itu.
Bukan Laporan, Tapi Nota Perubatan, Kata Dr Abd Latiff
30 Julai, 2008 20:46 PM
PUTRAJAYA, 30 Julai (Bernama) -- Laporan perubatan yang dikatakan dikeluarkan oleh Hospital Pusrawi berkenaan Mohd Saiful Bukhari Azlan sebenarnya hanyalah nota perubatan, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Abd Latiff Ahmad hari ini.
Menurut beliau, ini kerana mengikut amalan pengamal perubatan, laporan perubatan seharusnya lengkap dan bertaip, bukannya hanya bertulis tangan.
"Ini bukan laporan perubatan. Pengamal perubatan faham ia mesti lengkap, bukan tulisan cakar ayam sahaja.
"Ini apa yang doktor tulis pun tak faham. Tulisan doktor ini selalu doktor yang tulis sahaja yang faham," katanya di sini ketika ditanya pemberita mengenai perkembangan kes itu ekoran pendedahan portal media mengenai konon wujudnya laporan perubatan itu.
Bagaimanapun, Dr Abd Latiff berkata kementerian masih menyiasat kesahihan nota perubatan itu.
Semalam Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta polis menghentikan siasatan terhadapnya kerana mendakwa rekod perubatan Pusrawi yang diedarkannya kepada pihak media mendapati Mohd Saiful Bukhari tidak diliwat.
Mohd Saiful Bukhari, 23, membuat laporan polis pada 28 Jun mendakwa Anwar, yang juga bekas majikannya meliwatnya beberapa kali termasuk kali terakhir di sebuah kondominium di Damansara, dua hari sebelumnya.
Berjaya curi 'laporan Pusrawi', bukti Raja Petra Agen CIA ?
Hebat ! Hebat !
Memang agen biasa biasa tak dapat laporan sulit tersebut. Kecuali tahap kepakaran seperti dimiliki CIA yang pandai menyamar dan menggodam ( bukan menggoda ) talian internet. Perang cyber dan psy war semakin kencang dan hebat. Pengakuan Saiful telah menjadikan negara seperti di dalam keributan yang amat dahsyat sedangkan beliau masih belum mendedahkan diri sendiri atau masih disimpan di tempat yang selamat tanpa menjalani gangguan atau tekanan perasaan ekoran pengakuannya yang sangat dahsyat tersebut.
Permainan politik menjadi semakin jijik. Dengan isu liwat, perkataan dubur, kemaluan dan sebagainya semakin dimesrakan di mata dan telinga kita. dan anak anak kita yang masih rendah pemikiran dan tahap makrifat mereka…
Takut takut ada bertanya; ayah , apa makna liwat? tentu susah kita ingin menjawabnya… Sedangkan ia satu perkataan sensitif yang sudah menjadi begitu
Kecanggihan internet juga memudahkan mana mana orang mengubah apa apa yang ingin diubahnya. Bukan bermaksud saya tidak mempercayai dokumen tersebut tetapi dari segi ‘ pendedahan’ dan juga ’sumber’ yang meragukan saya serta ‘bahan’ yang dipaparkan yang diragui oleh blogger Anwar Dot Com yang telah membahaskannya dengan teliti - klik sini -
Mari kita tanya diri sendiri? adakah Raja Petra agen CIA atau KGB ?
Kami sedang mengumpul dana untuk server AIDC blog. Sesiapa yang berminat boleh salur sumbangan anda ke no akaun BANK ISLAM - 1303 5010 0580 99 (TETUAN AIDC MANAGEMENT).