MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

12 Jul 2008

Ezam Akan Bongkar Rahsia 'Besar' Anwar



Ezam Akan Bongkar Rahsia 'Besar' Anwar


SHAH ALAM, 12 Julai (Bernama) -- Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamad Ezam Mohd Nor berkata beliau akan membongkar apa yang diketahuinya mengenai penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau dikaitkan dengan dakwaan konspirasi politik untuk menjatuhkan bekas timbalan perdana menteri itu menerusi tuduhan liwat.

"Kalau keluar dari mulut Anwar, keluar dari mulut Wan Azizah (Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) kata saya adalah sebahagian daripada konspirasi, dalam tempoh 24 jam saya akan bersumpah dengan secara Islam sebenar-benarnya untuk lawan Anwar," katanya di dalam satu ceramah mengenai isu-isu semasa anjuran UMNO Bahagian Shah Alam dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan "Alam Free Speech" di Seksyen 19 di sini malam tadi.

Mohamad Ezam yang juga bekas setiausaha politik Anwar berkata beliau akan membongkar segala apa yang beliau tahu mengenai pemimpin PKR itu walaupun ia akan mengaibkan anak-anak dan keluarga Anwar.

Katanya berkata beliau tidak berniat untuk mendedahkan apa yang diketahuinya tentang Anwar tetapi jika maruahnya terus dicabar kononnya beliau dibawa masuk ke dalam UMNO dan diberi habuan berjuta-juta ringgit, beliau terpaksa bertindak.

Mohamad Ezam berkata beliau telah berjumpa dengan dua ulama muktabar untuk mendapatkan pandangan mereka dan diberitahu adalah wajib bagi beliau untuk mempertahankan maruahnya.

Beliau juga berkata, anggota-anggota UMNO juga perlu bangkit dan berjuang mempertahankan parti dan pemimpin-pemimpinnya yang kini diasak oleh Anwar.

Mohamad Ezam berkata dakwaan Anwar terdapat konspirasi politik ke atasnya setelah pembantu khas beliau Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23 membuat laporan polis bahawa Anwar telah meliwatnya bulan lepas sepatutnya berkisar sebagai masalah peribadi Anwar dan pemuda itu sahaja.

Katanya perkara itu tidak perlu diperbesar-besarkan sehingga mengaitkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu.

baca artikel asal di bernama.com


Baca selanjutnya...

Anwar tuntut Hamid 'RM100 juta' maaf



Anwar tuntut Hamid 'RM100 juta' maaf


Abdul Rahim Sabri | Jul 11, 08 5:06pm

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghantar surat tuntutan kepada menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar supaya memohon maaf kerana memanggilnya "tukang lapor" Amerika Syarikat.



Syed Hamid diberi tempoh 48 jam untuk berbuat demikian.

Surat tuntutan tersebut telah dikirim melalui faksimili ke pejabat Syed Hamid oleh peguam Anwar, Sankara Nair pada jam 1 tengahari tadi.

"Jika kami tidak menerima apa-apa jawapan yang memuaskan dalam masa 48 jam dari tarikh penerimaan surat ini, kami akan mengambil tindakan undang-undang (saman fitnah)," kata Sankara dalam suratnya.

Surat itu diedarkan dalam sidang media di pejabatnya di Solaris Mont Kiara, Kuala Lumpur.

Anwar juga menuntut RM100 juta daripada Syed Hamid berhubung kenyataan yang dianggap menjejaskan nama baiknya, selain menuntut menteri itu tidak mengulangi lagi dakwaan seumpamanya.

Anwar berkata, melalui tuntutan itu, perkataan yang digunakan oleh Syed Hamid, seperti laporan The Star 3 Julai lalu, memberi maksud bahawa beliau (Anwar) seorang pengkhianat dan tidak setia kepada negara, agama dan bangsa.

Tokoh pembangkang itu juga berkata, perkataan-perkataan tersebut membawa makna bahawa beliau tidak boleh dipercayai dan tidak layak menjadi perdana menteri atau pemimpin negara dan bahawa beliau seorang boneka Amerika Syarikat yang boleh memusnahkan negara, agama dan bangsa.

Syed Hamid dipetik sebagai berkata, Anwar bertindak sebagai "tukang lapor" negara kuasa besar itu ketika mengulas kenyataan Washington berhubung laporan polis kes liwat terhadap mantan timbalan perdana menteri itu, akhir bulan lepas.

Menurut akhbar tersebut, menteri itu berkata setiap kali Anwar berdepan dengan krisis politik dalam negara, beliau akan mengadu perkara itu kepada negara tersebut.

Bagaimanapun, pada 8 Julai, beliau menafikan memanggil Anwar sebagai "spy" atau pengintip Amerika Syarikat.

Bernama memetik Syed Hamid sebagai berkata, beliau tidak pernah berkata yang Anwar seorang "spy" atau pengintip.

Sementara itu, dalam sidang akhbar yang sama, peguamnya itu juga menyatakan Anwar "berasa sangat kecewa" dengan tindakan polis yang enggan menyerahkan satu salinan laporan yang dibuat oleh bekas pembantu sukarelanya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun.

Selepas cuba mendapatkannya dua kali sejak 29 Jun lalu, tambah Sankara, polis tetap enggan berbuat demikian dalam jawapan pihak berkuasa itu pada 2 Julai.

Polis kemudian berubah sikap pada 3 Julai, katanya lagi, bagaimanapun enggan berbuat demikian sekali lagi sehari kemudian.

"Mereka sehingga kini berdiam diri," katanya.

Sankara menambah, salinan laporan itu sangat penting untuk mengetahui butiran lengkap dan tepat dakwaan Mohd Saiful bagi menyediakan kes terhadap anak guamnya.

baca sumber asal di malaysiakini.com




Baca selanjutnya...

Qazaf: Anwar Memilih Jalan Songsang




Qazaf: Anwar Memilih Jalan Songsang

Oleh Ab. Jalil Backer

Saya tertanya-tanya apakah agenda Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuat laporan di bawah kesalahan qazaf terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Lebih mengelirukan mengapa laporan ini khabarnya direstui oleh ulama-ulama di dalam Parti Islam Se-Malaysia (Pas)? Ia turut digembar-gemburkan oleh laman web harakahdaily, organ rasmi Pas.

Tindakan ini bukan sahaja mengelirukan malah jelas memburukkan imej agama Islam. Apa jenis agama memaksa orang membuat laporan diliwat atau dirogol harus mengemukakan empat saksi atau menghadapi hukuman?

Adilkah agama Islam jika orang bukan Islam melihatnya bersandarkan reaksi dan tindak-tanduk Anwar dan ulama-ulama dalam Pas ini?

Jika kita teliti, qazaf sebenarnya khusus kepada tuduhan zina, yakni persetubuhan suka sama suka diluar ikatan perkahwinan. Ini berdasarkan firman Allah dalam Surah an-Nur (ayat 4) yang bermaksud,

"Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik"

Peruntukan Qazaf sepatutnya hanya terpakai kepada penuduh yang berupa orang ketiga, yakni bukan di kalangan mereka yang terbabit sendiri dengan perbuatan tersebut. Ia bertujuan mengelakkan fitnah dan adu domba dalam masyarakat.

Sebaliknya dalam kes Datuk Seri Anwar, orang yang membuat tuduhan ialah mangsa sendiri. Saudara Saiful bukan pihak ketiga yang membuat tuduhan melulu. Sebaliknya beliau merupakan mangsa dalam isu ini (jika benar tuduhan tersebut).

Apa yang beliau lakukan ialah mengadu kepada pihak berkuasa. Jika beliau perlu membawa empat saksi untuk mengadu nescaya tiada satu pun kes liwat dan rogol dapat dibicarakan di Malaysia lagi.

Apa akan jadi kepada mangsa liwat dan rogol jika setiap mereka mahu membuat aduan maka harus membawa empat saksi? Perlu diingat liwat bukanlah persetubuhan suka sama suka. Perbuatan liwat sama dengan rogol, iaitu berlaku hubungan seks tanpa kerelaan pihak yang satu lagi.

Jika benar dakwaan Datuk Seri Anwar bahawa beliau dinasihati oleh para ulama, maka kita mahu tahu siapakah ulama-ulama memalukan Islam ini.

Para ulama harus menjadi pemikir, cendekiawan dan pakar. Malang bagi kita jika ulama yang ada dalam Pas dan PKR tidak pun mampu memahami makna dan perbezaan antara penuduh dengan pengadu.

Apa pula akan terjadi jika setiap perogol dan peliwat membuat aduan qazaf di pejabat agama bersandarkan pandangan ulama yang menasihati Anwar?

Pada hemat saya aduan ini bukanlah dinasihati oleh ulama sebenar tetapi hanya oleh orang-orang politik yang bertopengkan agama. Bagi menjaga nama baik Anwar maka satu penyelesaian politik perlu dilakukan.

Bagi mereka, cara terbaik ialah dengan menggunakan undang-undang Islam dan istilah-istilah Islam bagi memulihkan imej Anwar yang kian tercemar. Ini adalah kebiasaan politik Anwar dan Pas yang kerap kali mempergunakan Islam bagi melepaskan diri atau memulihkan imej politik mereka.

Malang sungguh bagi umat Islam di Malaysia, maruah agama bukan lagi sedang dicabar oleh kumpulan bukan Islam tertentu tetapi juga oleh pemimpin-pemimpin politik yang terdesak meraih sokongan.

Kesimpulan

Jalan terbaik buat Datuk Seri Anwar dan Saiful ialah melakukan Mubahalah seperti cadangan mufti Perlis dan beberapa tokoh ulama lain.

Sumpah ini sebenarnya lebih afdal berbanding laporan qazaf. Ini bersandarkan firman Allah, ayat 6-9 dalam surah an-Nur,

"Dan orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi yang mengesahkan tuduhannya itu hanya dirinya sendiri, maka persaksian seseorang yang menuduh itu empat kali bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya ia dari orang yang benar. Dan sumpah yang kelima hendaklah ia berkata: Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang yang berdusta.

"Dan menghindarkan hukuman seksa dari isteri itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya dari orang yang berdusta; Dan sumpah yang kelima hendaklah ia berkata; Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang yang benar."


Sungguhpun ayat ini memberi panduan kepada tuduhan zina oleh suami ke atas isteri tetapi kaedah ini pastinya lebih tepat dalam menyelesaikan masalah antara Anwar dan Saiful.

Saiful telah pun membuat aduan ia menjadi mangsa liwat Anwar. Anwar pula menafikan.

Benar ada undang-undang negara yang boleh menyelesaikan isu ini. Namun oleh kerana Anwar sudah menggunakan Islam sebagai alat untuk menyelamatkan diri, maka sewajarnya masalah ini turut diselesaikan secara Islam, tanpa mengenepikan prosedur jenayah sedia ada.

Saiful telah pun bersedia melakukan. Soalnya bersediakah Anwar?


baca sumber asal di mykmu.net



Baca selanjutnya...

11 Jul 2008

Pertemuan Anwar-Rudd inisiatif Australia

Pertemuan Anwar, Nurul Izzah dan Wan Azizah dengan bekas Setiausaha Agung PBB Kofi Annan di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur pada Julai 2007 bersempena lawatan Kofi Annan ke Malaysia. Anwar amat berminat berjumpa dengan tokoh-tokoh luar negara yang datang melawat Malaysia.


Pertemuan Anwar-Rudd inisiatif Australia

Jul 11, 08 2:47pm

Anak ketua umum PKR, Nurul Izzah berkata rancangan untuk mengadakan pertemuan antara Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd dengan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku pemimpin Pakatan Rakyat, sebenarnya diatur atas inisiatif Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Australia (DFAT).


Sehubungan itu, Nurul Izzah yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai menegaskan bahawa rancangan pertemuan itu bukan diatur oleh PKR atau pihak pejabatnya.

Katanya, apabila pertemuan itu tidak menjadi kenyataan, ia telah diperbesar-besarnya, dan sekaligus mendedah bahawa ada pihak yang berasa tidak selamat kerana menghadapi krisis kepimpinan.

"Anggapan bahawa dengan meminum teh dengan pemimpin Pakatan, ia boleh membahayakan hubungan baik Australia-Malaysia yang membabitkan perdagangan berjumlah A$3.2 bilion setahun, adalah sesuatu yang amat menakjubkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nurul Izzah mengulas laporan sebuah akhbar sebuah akhbar Australia - Sydney Morning Herald - yang bertajuk Meet my father, urges Anwar's daughter (Jumpakah bapa saya, gesa anak perempuan Anwar).

Menurutnya lagi, ketika dunia menjadi tanpa sempadan dan menyambut globalisasi bagi menggalakan hubungan dengan semua parti dan ideologi, pemimpin negara ini masih kuat mengamalkan sikap perlindungan.

Katanya, memandangkan Pakatan rakyat menguasai lima buah negeri, dengan kira-kira 65 peratus kekayaan negara, maka ia juga mempunyai hak dan bertanggungjawab dalam menentukan kemajuan pembangunan negara.

"Kita pasti mengalu-alukan Encik Rudd atau mana-mana pemimpin dunia yang ingin bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim atau mana-mana pemimpin PKR atau Pakatan Rakyat untuk tujuan tersebut," tambahnya.

Katanya, pertemuan seumpama itu akan meningkatkan lagi komunikasi yang dapat menyelesaikan lebih banyak masalah dan membina jambatan persahabatan, tidak kira sama ada mereka dari Australia, Timur Tengah, Afrika, Eropah atau Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, kata Nurul Izzah lagi, pihaknya memahami kerumitan dalam hubungan diplomasi dan bahawa Rudd terpaksa memberi muka kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tetapi menyifatkannya sebagai sesuatu yang malang bagi semua.

"Namun begitu, bila tiba 16 September, kami dengan sukacitanya akan memberi mereka layanan sewajarnya dan jika beliau ingin membuat kunjungan hormat terhadap bakal ketua pembangkang (ketika itu) - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atau Datuk Seri Najib Tun Razak - kami dengan sukacitanya akan membantu," tambahnya.

baca sumber asal di malaysiakini.com

Baca selanjutnya...

Presiden PAS ulas isu dakwaan liwat Anwar

Media barat selalu melabelkan Pakatan Rakyat(PR) diketuai oleh Anwar Ibrahim, sedangkan PR tidak diketuai oleh sesiapa. Anwar pula tidak menyangkal dakwaan media barat itu, mendiamkan diri seolah-olah mengiakan dakwaan media mengatakan beliau Ketua PR. Mungkin juga Anwar seronok dilabel sebagai Ketua PR. Apatah lagi, media barat selalu menonjolkan imej Anwar sebagai bakal PM. Kalau diikut hiraki, PAS lebih layak pimpin PR kerana parti itu mempunyai lebih ramai ahli, cawangan dan lebih lama ditubuhkan berbanding dengan PKR


Presiden PAS ulas isu dakwaan liwat Anwar


PETALING JAYA: Dalam temu bual yang dilihat sebagai pendirian terbuka dan tegas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sambil mengakui PAS telah mengadakan perbincangan dengan Umno bagi menerokai kerjasama masa depan menegaskan, parti itu "berhak" berbuat demikian sambil menegaskan peranan PAS yang telah membawa kejayaan Pakatan Rakyat tidak harus "diketepikan" begitu sahaja.

Jelas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pertemuan antara individu PAS dengan individu Umno dalam menyampaikan mesej Islam kepada mereka memang telah diadakan selaras dengan sikap keterbukaan parti itu.

Mengenai peranan PAS, kata beliau, "orang PAS boleh buat kerja untuk memenangkan Pakatan Rakyat. Perlu disedari bahawa PAS yang paling banyak cawangan."

"PAS yang paling banyak pekerja dalam pilihan raya umum ke-12. Orang PAS sedia bekerja bagi pihak parti lain"

"Jadi, selepas capai kemenangan perlu diambil kira peranan orang-orang PAS ini. Sebab orang PAS bukan bodoh! Jangan ketepikan peranan mereka selepas kita menang pilihan raya," kata beliau dalam temu bual dengan akhbar parti itu, Harakah dalam keluaran terbaru yang mula dijual semalam.

Mengenai perundingan dengan mana-mana parti politik, Abdul Hadi berkata, pihaknya juga mempunyai hak untuk berbuat demikian.

"Bukan dia (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sahaja, kita pun berhak untuk mengadakan perundingan. Sama juga DAP. Mereka ada hak buat perundingan ".

"Kalau Keadilan sahaja boleh jumpa Umno, PAS tidak boleh jumpa dengan Umno macam mana? Ini yang tidak betulnya," kata beliau yang merujuk kepada kenyataan pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa pihaknya sudah mula mengadakan rundingan dengan wakil rakyat Barisan Nasional mengenai kemungkinan melompat parti.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang bertanya mengapa PAS tidak boleh mengadakan pertemuan dengan Umno.

"Itu tidak faham namanya. Atas dasar Islam kita berhak. PAS boleh berunding dengan mana-mana pihak"

"Tidak ada sesiapa yang jadi Ketua Pakatan Rakyat"

"Pimpinan secara kolektif dan kita setuju masing-masing pemimpin parti mencari pengaruh mengajak rakan dalam BN supaya bersama dengan kita. Oleh sebab itu, tidak timbul isu mengapa orang PAS jumpa Umno," katanya lagi.

Dalam temu bual itu, Abdul Hadi juga menegaskan PAS mahu dilihat sebagai entiti penting dalam Pakatan Rakyat, yang dibentuk selepas kemenangan barisan pembangkang dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

"Ya, bahkan undi popular perlu dilihat kepada undi menyeluruh. PAS beri penekanan kepada kerusi negeri" "

"Negeri kita dapat 83 kerusi, DAP 73 dan Keadilan dapat 40. Ini perlu dilihat bukan lihat kepada Parlimen sahaja. Kawasan Parlimen ini didukung oleh kerusi negeri,"
jelas beliau.

Mengenai isu dakwaan meliwat dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini memainkan peranan sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat PKR, beliau berkata, pihaknya mahu isu berkenaan diselesaikan di mahkamah.

Ia harus dibawa ke Mahkamah Syariah jika tidak boleh diselesaikan di mahkamah sivil, katanya.

"Oleh kerana itu saya lebih bersetuju supaya masalah itu diselesaikan di mahkamah yang adil. Kalau Mahkamah Sivil tidak boleh selesai, mestilah dibawa ke Mahkamah Syariah. Yang cara bersumpah (mubahalah) ini, (perlu) sekiranya tidak ada mahkamah," katanya lagi.

KANDUNGAN ulasan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pertemuan dengan Harakah pada 8 Julai lalu.

HARAKAH: Apa penjelasan Tuan Guru mengenai dakwaan PAS ada perbincangan dengan Umno yang disensasikan media baru-baru ini?

USTAZ HADI: PAS adalah parti yang menegakkan Islam dengan makna yang menyeluruh. Sasaran Islam ialah seluruh manusia bukan sahaja tertumpu kepada ahli PAS. Kita harus sampaikan mesej kepada pihak yang lain, sebagaimana yang diajar Nabi Muhammad.

Bukan sahaja bergerak dalam skop di Semenanjung Tanah Arab bahkan Baginda menghantar surat kepada raja-raja. PAS juga wajib meneruskan mesej itu dalam konteks negara kita. Kita jumpa dengan raja-raja dan tidak salah juga kita berjumpa dengan Umno untuk menyampaikan mesej kita. Kalau tidak jumpa dengan Umno macam mana nak sampaikan mesej kita?


Maknanya benarlah dakwaan adanya pertemuan tersebut?

Pertemuan antara individu PAS dengan individu Umno dalam menyampaikan mesej Islam kepada mereka.


Hasil pertemuan dan rumusan PAS?

Kita beri penekanan kepada kepentingan Islam supaya Umno berubah. Iaitu merujuk kembali kepada kesilapan yang mereka lakukan yang merugikan umat dan agama Islam itu sendiri. Sebagai contoh, dalam masalah pilihan raya. Yang dikira oleh Umno hanya untuk menangkan parti dia, bukan untuk memenangkan Islam. Dalam pilihan raya ke-12 pun Umno tidak kalah, yang kalah MCA, MIC.

Mereka membuat pembahagian kawasan pilihan raya berdasarkan kepada kepentingan mereka. Penambahan kawasan baru itu dilakukan di Sabah, Sarawak dan Johor. Mengapa tidak ditambah kerusi Parlimen di Kelantan, Terengganu dan Kedah? Ini kerana mereka hendak menjaga kerusi mereka dan bukan kepentingan Islam. Dalam masa yang sama mereka membahagikan kerusi ataupun kawasan pilihan raya yang majoriti Islam kepada wakil rakyat yang bukan Islam. Ini tidak wajar.

Cuba lihat dalam Pakatan Rakyat, DAP menang di kawasan majoriti kaum Cina, tetapi MCA dan MIC menang di kawasan majoriti Melayu yang diberi oleh Umno. Ini dengan sendiri boleh menghakiskan kedudukan orang Islam dari segi politik.


Tetapi bukankah PAS mahu perpaduan yang lebih meluas?

Sekarang ini kita menunggu apa respons daripada Umno dan rakyat. Dan saya pernah berucap dalam perhimpunan di Stadium Melawati, Shah Alam (di awal penubuhan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor). Saya tidak tahu mereka sedar atau tidak, tetapi saya sebut soal perpaduan nasional di kalangan parti politik yang perlu dibincangkan lebih serius dan bukan separuh jalan.

Perpaduan ini tidak semestinya kita paksa semua parti masuk BN atau gabung satu parti. Ini termasuklah wujudkan demokrasi tulen sebagaimana negara yang sihat demokrasinya. Sebagai contoh bukan sahaja pembangkang boleh bangkang tetapi yang mewakili kerajaan juga boleh bangkang. Dalam negara kita, kalau wakil rakyat kerajaan yang bangkang ini akan diambil tindakan disiplin. Bahkan di Barat parti kerajaan boleh sokong undi tidak percaya, yang dibuat oleh pembangkang. Adakah di Malaysia hal ini berlaku? Tidak berlaku.



Tuan Guru fikir Umno boleh terima pandangan PAS?

Kepada PAS, orang Melayu mesti menjadi teras kepada politik negara. Ini diterima oleh semua kaum. Bukan pula bermakna hanya orang Melayu yang berhak dalam politik dan kekuasaan tetapi teras politik kita berpihak kepada orang Melayu sebab melihat kepada jumlah penduduk Islam yang majoriti dalam negara ini. Ini perlu diambil kira. Tapi malangnya Melayu sendiri hanyut dalam merealisasikan Islam itu sendiri sebagai kekuatan orang Melayu.

Sebagai contoh kita tidak sedar Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa Islam adalah Agama Persekutuan. Agama lain berhak dianut dan diamalkan tetapi di sana ada peruntukan Jadual 9 yang menyekat pelaksanaan Islam setelah diserah Islam itu di bawah kuasa negeri. Tetapi ada peruntukan yang menghalang pelaksana syariat Islam dalam makna yang menyeluruh.

Walaupun dalam mazhab Islam ada ulama yang sebut syariat Islam itu boleh dilaksanakan kepada orang Islam dan bukan Islam berhak diberi pilihan. Dalam beberapa perkara tertentu boleh kita bahagikan perundangan sebagai contoh kepada tiga bahagian. Yang pertama perkara yang diberi kepada penganut agama masing-masing dalam masalah ibadat undang-undang keluarga dan perkahwinan itu agama masing-masing.

Dan di sana ada syariat Islam seperti Hudud, Qisas dan Takzir, yang diwajibkan Tuhan dalam al-Quran di mana undang-undang ini wajib bagi Islam. Adapun orang bukan Islam boleh diberi pilihan sama ada nak undang-undang ini atau tidak. Dan di sana ada hukum yang bersama seperti undang-undang jalan raya serta hak milik tanah pertanian dan kediaman tidak ada beza.

Sepatutnya kita perkenalkan keadilan Islam ini kepada masyarakat di saat kita lihat kegagalan sistem yang lain daripada Islam.


Mengenai perpaduan berteraskan Islam dan politik Malaysia, Melayu jadi tunggak. Bagaimana ini hendak diterjemah dalam Pakatan Rakyat. Adakah DAP boleh menerimanya?

Sehingga hari ini kita hanyalah wujudkan persefahaman dalam menghadapi pilihan raya sahaja dengan melihat titik persamaan yang ada, seperti dalam menentang kezaliman, menuntut demokrasi yang bersih, menyeru supaya diperbetulkan penyelewengan yang berlaku, tangani rasuah. Ini perkara bersama. Tetapi bila kita ada kuasa di peringkat negeri, sebagai contoh, di sini kita lihat pembahagian yang saya sebut tadi.

Dalam perkara yang jadi hak orang Islam, DAP tidak boleh sentuh itu hak orang Islam. Macam kita tidak sentuh hal agama mereka. Mereka janganlah sentuh soal hendak memperlahankan suara azan kita, seperti kita tidak minta dia jangan main mercun masa sambutan malam tahun baru, mereka kena saling hormatilah. Itu menandakan di sana ada beberapa perkara yang perlu dipertahankan dan hormat menghormati.


Apa pandangan Tuan Guru mengenai rundingan yang berlaku antara Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan kelompok yang hendak menyertai Pakatan Rakyat?

Bukan dia (Anwar) sahaja, kita pun berhak untuk mengadakan perundingan. Sama juga DAP. Mereka ada hak buat perundingan. Kalau Keadilan sahaja boleh jumpa Umno, PAS tidak boleh jumpa dengan Umno macam mana? Ini yang tidak betulnya.



Adakah ini salah faham (mengenai hubungan PAS-Umno)?

Orang lain boleh jumpa Umno, kenapa PAS tidak boleh jumpa Umno? Itu tidak faham namanya. Atas dasar Islam kita berhak. PAS boleh berunding dengan mana-mana pihak. Tidak ada sesiapa yang jadi Ketua Pakatan Rakyat. Pimpinan secara kolektif dan kita setuju masing-masing pemimpin parti mencari pengaruh mengajak rakan dalam BN supaya bersama dengan kita. Oleh sebab itu, tidak timbul isu mengapa orang PAS jumpa Umno.

Itu politik kampung sahaja yang tidak boleh (melarang) jumpa dengan Umno dan orang PAS. Kita dah uar-uarkan 'engagement' yang disebut dalam muktamar kita, ini keterbukaan kita.



Penerimaan ahli PAS mengenai 'engagement' seperti ini macam mana?

Saya lihat inilah yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam pilihan raya umum ke-12 yang telah memberi kemenangan kepada PAS. Dan orang PAS boleh buat kerja untuk memenangkan Pakatan Rakyat. Perlu disedari bahawa PAS yang paling banyak cawangan. PAS yang paling banyak pekerja dalam pilihan raya ke-12. Orang PAS sedia bekerja bagi pihak parti lain. Jadi, selepas capai kemenangan perlu diambil kira peranan orang-orang PAS ini. Sebab orang PAS bukan bodoh! Jangan ketepikan peranan mereka selepas kita menang pilihan raya.



Mungkin PAS mahu dilihat sebagai entiti penting dalam Pakatan Rakyat?

Ya, bahkan undi popular perlu dilihat kepada undi menyeluruh. PAS beri penekanan kepada kerusi negeri. Negeri kita dapat 83 kerusi, DAP 73 dan Keadilan dapat 40. Ini perlu dilihat bukan lihat kepada Parlimen sahaja. Kawasan Parlimen ini didukung oleh kerusi negeri.



Dakwaan liwat terhadap Dato' Seri Anwar. Adakah ia mengganggu Pakatan Rakyat atau PAS?

Saya tidak mahu kerja-kerja politik diganggu oleh isu-isu berkait dengan masalah individu. Masalah individu diselesaikan secara masalahnya sendiri. Oleh kerana itu saya lebih bersetuju supaya masalah itu diselesaikan di mahkamah yang adil. Kalau Mahkamah Sivil tidak boleh selesai, mestilah dibawa ke Mahkamah Syariah. Yang cara bersumpah (mubahalah) ini, (perlu) sekiranya tidak ada mahkamah.



Maknanya ia perlu selesai di mahkamah?

Ya! Ya! Selesaikan di mahkamah ....


Isu Anwar, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor, Altantuya dan macam-macam berlaku, telah mencetuskan kecelaruan politik sekarang. Apakah pandangan Tuan Guru?

Malangnya yang memainkan isu ini adalah media. Media Melayu pula. Melibatkan pemimpin-pemimpin Melayu. Adakah mereka tidak malu mengemukakan isu-isu ini (pendedahan hal peribadi yang mengaibkan), sedangkan kita menghadapi masalah kenaikan harga minyak, masalah inflasi yang lebih penting. Bagaimana hendak menangani masalah rasuah, masalah jenayah. Kes bunuh Altantuya adakah berbeza dengan kes bunuh Pak Long, Mak Ngah, Ah Chong di kampung yang dibunuh? ... sama sahaja. Sepatutnya ialah soal keadilan itu untuk semua sebagaimana slogan dalam pilihan raya.

Mengapa pembunuhan Altantuya ini dibesarkan, sedangkan pembunuhan di kaki lima dibiarkan? Yang penting penyiasatan yang adil kepada semua itu perlu. Dalam isu ini barangkali ada kepentingan politik sama ada tuduhan membabitkan Anwar ataupun Najib? Yang pertama sikap orang yang jadi pemimpin itu sendiri dan yang kedua sikap media itu sendiri. Mesti berpada-pada bukannya 'loose'. Itu yang penting.


Ada pandangan menyatakan perlunya pimpinan Melayu seperti Anwar, Tuan Guru sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi duduk bincang soal Islam dan Melayu?

PAS sudah lama mendesak muzakarah diadakan di kalangan pemimpin Islam dan parti-parti orang Melayu sejak tahun 50-an hingga kini. Keadaan itu masih terbuka. Bahkan sebaik sahaja buka pintu muzakarah, PAS (akan) sertai. Kalau dibuka itu respons kita. Tetapi asas muzakarah itu mestilah didasarkan kepada asas akidah dan ajaran yang dianuti oleh orang Melayu itu sendiri iaitu Islam.



Berbalik kepada isu Anwar, mahu atau tidak isu membabitkan beliau perlu dihadapi dan diterima dan implikasinya kepada PAS juga yang sertai Pakatan Rakyat. Apa pandangan Tuan Guru?

PAS ada pengaruh dan kedudukannya sendiri. PAS simpati dengan rakan Pakatan Rakyat yang terima padah dari fitnah ini dan kita sama-sama ambil tanggungjawab untuk mengatasinya sebaik mungkin. Tetapi PAS tetap utuh dengan sebagai parti yang ada akar umbi yang sudah lama dan bertapak begitu kuat. Dan saya rasakan bahawa apa yang ditumpukan oleh orang PAS ialah untuk menegakkan Islam itu dengan makna yang menyeluruh.



Apabila banyak fitnah, adakah ini petanda sudah tiba masanya Malaysia menggunakan lebih banyak undang-undang Syariah supaya wujud keadilan dalam negara?

Saya bersetuju! Islam pun perlu diberi peluang untuk dilaksanakan dan bermula dengan orang Islam sendiri sebagaimana yang kita luluskan di Kelantan dan Terengganu semasa PAS memerintah. Di mana undang-undang Syariah itu dimulakan dengan orang Islam. Sementara orang bukan Islam diberi pilihan sama ada mereka mahu undang-undang Islam atau tidak tetapi dalam kes peribadi dan agama kita tidak campur. Itu sudah jelas.


Harapan Tuan Guru mengenai muktamar tahunan PAS yang akan berlangsung Ogos ini?

Muktamar kali ini ialah muktamar pascapilihan raya. Satu anjakan paradigma berlaku dalam politik negara secara umum termasuk orang PAS sendiri. Kita berjaya pecahkan tembok perkauman antara kaum dan pelbagai agama. PAS berjaya tubuhkan Kelab Penyokong PAS yang disertai oleh bukan Islam yang menyatakan sokongan kepada PAS secara terbuka. Mereka kerja secara sukarela kepada PAS. Mereka memenangkan calon PAS di peti-peti undi sebagai tambahan kepada kekuatan PAS yang sudah ada.

Yang kedua, perubahan di kawasan bandar yang dapat maklumat moden melalui perkembangan ICT. Di sini menunjukkan betapa rakyat perlu dapat maklumat bebas dan terkini yang menyaksikan PAS dapat sokongan di bandar dan pinggir bandar.

Ketiga, walaupun PAS tidak mendapat kerusi Parlimen sebanyak kerusi pada tahun 1999, namun kali ini berlaku satu perubahan. PAS dikatakan menjadi 'king maker' kepada politik negara. Dalam penyertaannya melalui kerajaan campuran di negeri yang tidak dikuasai sepenuhnya seperti di Kedah.

Dalam keadaan PAS adakan campuran dengan parti lain di Perak, rakan Pakatan Rakyat memberi kepercayaan kepada PAS memimpin dua buah negeri Kedah dan Perak selain yang telah ada Kelantan. Satu negeri kepada Keadilan di Selangor dan satu negeri kepada DAP di Pulau Pinang.

Jadi ini menunjukkan kepercayaan yang diberi Pakatan Rakyat untuk memimpin negeri. Dan kita hargai kepercayaan ini. Apa yang penting PAS mesti laksanakan slogan semasa pilihan raya iaitu 'Islam For All'. Itu mesti direalisasikan. Sebab itu kita harapkan NGO dan parti bukan Islam jangan risau dengan pelaksanaan ini. Kita harap apa yang disebut sebagai 'Islamophobia' tidak berlaku kepada rakyat Malaysia.

Kita dah ada model di Kelantan. Kini masuk penggal kelima, dan di Terengganu satu penggal. Tidak ada sebab mereka risau jika kita realisasikan slogan tadi. Kepada ahli PAS, teruskan bekerja bukan sahaja untuk pilihan raya ke-12, dalam masa yang sama kerja selepas PRU-12 untuk isi kemenangan.

Kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat kita harapkan supaya jentera PAS jangan digunakan untuk menjayakan pilihan raya ke-12 sahaja, sebaliknya selepas pilihan raya itu seolah-olah mereka tidak ada peranan lagi.

baca artikel asal di MStar.online





Baca selanjutnya...

Anwar tumbang kerana seorang lelaki ?

Saiful sedang pegang kamera. Dia memang suka bergambar dan banyak menyimpan koleksi-koleksi gambarnya. Dia sedang merakam gambar siapa tu ?


Anwar tumbang kerana seorang lelaki ?

Saiful adalah klon Anwar. Sejarah 'pertalian' Saiful-Anwar sebenarnya sudah lama berputik. Malah bermula dari arwah ibu Saiful lagi.

Uncle Pet, bapa saudara Saiful menceritakan, arwah ibunya pernah menuntut di Yayasan Anda, sebuah sekolah swasta yang ditubuhkan oleh Anwar Ibrahim pada tahun 70-an.

Tulis Uncle Pet, "Anwar pun ingat siapa arwah mak Saiful bekas pelajar Yayasan Anda…Saiful bercerita dengan rasa bangga bila dia kata dsai boleh ingat siapa arwah emaknya bila dia mention tentangnya depan anwar"

Membaca bait-bait tulisan ini membayangkan betapa akrabnya Saiful-Anwar, dikaitkan pertalian dengan arwah ibunya (mungkin penyokong Anwar kerana bermudirkan sekolah Anwar?).

Bapa saudara Saiful, lebih suka dikenali sebagai "Uncle Pet"


Bahkan bapa saudara Saiful, Uncle Pet sendiri mengakui, dia juga pemuja Anwar seperti yang ditulis, "Semenjak sekolah menengah lagi, dr persatuan pelajar islam sampailah waktu bujang2, ikut perkembangan anwar dengan penuh semangat! Anwar masuk umno, aku masuk umno, anwar kena penjara, aku keluar umno"

Maknanya Saiful dan ahli keluarganya adalah pemuja Anwar!

Saiful Spy Najib ?

Anwar, Wan Azizah dan seluruh bala tentera PKR berusaha melabelkan Saiful sebagai "Spy Najib", dengan hujah foto Saiful bergambar dengan Khairil Anas, salah seorang pembantu Najib, dengan berlatar belakang pejabat TPM. Walhal foto itu diambil lebih kurang beberapa bulan lepas, ketika Saiful berkunjung ke pejabat TPM menemui sahabatnya, Khairil Anas untuk memohon surat sokongan menyambung pengajian.

Wan Azizah tunjuk bukti siapa di belakang Saiful dengan hanya berdasarkan foto Saiful bergambar dengan Khairil Anas, pembantu khas Najib. Sedangkan banyak lagi koleksi gambar Saiful bersama Anwar, di pejabat,malah di rumah Azizah sendiri. Sebab itu Azizah gelar Saiful sebagai 'coffee boy'. Gambar Saiful kat kondominium tak nak tunjuk ke ?


Ketika berjumpa dengan Khairil Anas dan bergambar seperti yang disebarkan itu, Saiful masih lagi, pembantu khas (?) Anwar.

Bagaimana jika diterbalikkan hujah, Saiful sebenarnya "Spy Anwar" yang dihantar khusus ke pejabat Najib melalui salah seorang rangkaian sahabatnya bernama Khairil Annas. Lagipun Khairil Annas sendiri bekas pendokong PKPIM, di UIAM yang merupakan salah satu sarang Anwar mengkaderkan klon?

Saiful : Spy Najib atau Anwar ?

Saiful dikatakan "Spy Najib", berasaskan foto Saiful bergambar dengan Khairil Anas, di pejabat TPM. Itu sahaja bukti yang ditonjolkan, tiada bukti lain. Malah, selepas Azizah mendedahkan foto itu, keesokan harinya terbit lagi beberapa foto-foto lain yang menunjukkan Saiful bukan setakat bergambar dengan pegawai khas Najib, malah turut bergambar dengan ramai tokoh pemimpin UMNO lain, atas kapasitinya sebagai bekas pemimpin pelajar Aspirasi (?) UNITEN.

Malah foto itu sudah disiarkan di internet oleh musuh Saiful di UNITEN sejak 27 Februari 2008 dalam blognya riwayathayat.blogspot.com dengan posting bertajuk " Selamat Maju Jaya, Saiful!"

Musuh Saiful bernama Najwan Halimi, pelajar UNITEN yang bergiat cergas dalam Anwar Ibrahim Club (AIC). Apabila Najwan mendapat tahu musuhnya bekerja di pejabat Anwar menggunakan perantara sepupunya, Rahimi Osman, dia mula menulis kritikan-kritikan mendedahkan Siapakah Saiful dalam postingnya bertajuk "Awas! Ada Musang Berbulu Ayam" pada 11 mac 2008; dikuti dengan posting "Awas! Ada Musang Berbulu Ayam (2)" pada 18 Mac 2008 dan diikuti posting terakhir "Awas! Ada Musang Berbulu Ayam (3)" pada 13 Jun 2008. Malangnya artikel terakhir ini dilaporkan diminta delete postingnya oleh 'pihak atasan'.

Adakah serangan bertubi-tubi Najwan ini disebabkan rasa cemburu kepada Saiful, yang dulu aktif bersama Aspirasi kini menjadi pembantu khas (?) Anwar pula ? Sedangkan Najwan yang lebih lama aktif membantu Anwar, malah menjadi salah seorang kelab penyokong Anwar (AIC), tidak diundang pun menjadi pembantu khas Anwar di pejabatnya. Apakah ini puncanya ? Punca perbalahan anak-anak, hingga berbalah ibu bapa ?

Betulkah Saiful pro- UMNO ?

Hujah ini dilontarkan berasaskan foto-foto Saiful bergambar bersama pemimpin-pemimpin UMNO ketika menjadi Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2006/7. Sebagai pemimpin pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), ketika itu di bawah Mustafa Mohamad (Tok Pa) akan menganjurkan program-program pemimpin pelajar bertemu pemimpin negara di dalam dan luar negara.

Maka, jika disiarkan foto-foto Saiful bergambar dengan Tok Pa, Azalina, Shahril adalah tidak menghairankan. Malah jika ditanya kepada Tok Pa, Azalina atau Shahril, kenal tak dengan Saiful, maka jawabnya mereka tidak kenal, kerana mereka terlalu banyak bergambar dengan pemimpin-pemimpin pelajar.

Saiful paling tinggi di belakang Azalina Othman. Foto ini dirakam ketika pertemuan pemimpin pelajar bersama pemimpin negara. Turut kelihatan dalam gambar ini Affandy Tanjung, Presiden MPP UM, Hanif Abdullah, bekas Presiden MPP UDM, Hakimi, bekas Presiden MPPUSM dan bekas-bekas Pemimpin pelajar IPTA. Sepatutnya untuk title spy Najib, Hanif, Hakimi dan Affandy lebih sesuai. Saiful hanya boleh bergambar dengan pembantu Najib sahaja, tetapi Hanif, Hakimi dan Affandy boleh bergambar dengan Najib. Tetapi selepas tamat belajar, mereka tidak bekerja dengan tokoh politik, mereka lebih suka bekerja sendiri. Stand politik semasa di kampus mungkin tidak sama selepas keluar kampus. Jadi seperti yang dilihat dalam foto di atas, peranan Saiful sebagai tukang tempel, sesuai dengan jawatannya Timbalan Presiden UNITEN.


Persoalannya, adakah benar Saiful semasa pemimpin pelajar UNITEN pro-UMNO, sedangkan tidak ada label pro-UMNO atau pro-pembangkang di UNITEN?

Kalau berhujah berasaskan label 'Aspirasi' sebagai pro-UMNO, Saiful terkeluar dari senarai kerana Aspirasi atau bukan Aspirasi dirujuk kepada IPTA. Saiful, pemimpin pelajar IPTS!

Jadi dimanakah hujah mengatakan Saiful kader UMNO ? Kalau berasaskan foto-foto bergambar dengan pemimpin UMNO, bekas-bekas pemimpin pelajar pembangkang juga bergambar dengan Pak Lah, Tun dan Najib. Adakah mereka boleh dicop sebagai kader UMNO?

Bermakna jika dilabel Saiful "Spy Najib", bagaimana pula dengan bekas-bekas Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IPTA lain. Bagaimana pula dengan Hanif UDM (bekas Presiden MPP UDM), Efendy Omar (bekas Presiden MPP UM), Mohd Nurulikhsan (bekas Presiden MPP UPM) dan ramai lagi bekas-bekas pemimpin pelajar IPTA yang jauh lebih hebat daripada Saiful ?

Bahkah bekas-bekas Presiden di atas, kebanyakan bekerja sendiri dan tidak berkecimpung dalam politik negara.

Apatah lagi, Saiful yang hanya bekas Timbalan Presiden ? Berkualiti sangatkah Saiful, bekas pemimpin pelajar IPTS yang tidak berjaya menamatkan pengajian ?

Saiful Spy Anwar

Selepas gagal menamatkan pengajian di UNITEN, Saiful bertemu semula dengan rakan sekolahnya bernama Rahimi Osman, pembantu khas Anwar. Rahimi, bekas pelajar UIA juga tidak berjaya menamatkan pengajian di universiti.

Jadi, apabila Najwan melaporkan kepada sepupunya (Rahimi), hatta kepada Anwar tentang latar belakang 'Aspirasi'(?) Saiful, Rahimi dan Anwar tidak mempedulikannya.

Apa ditakut dengan label 'Aspirasi' kerana Amiruddin Shaari dulu juga boleh dilabel 'Aspirasi' kerana menentang Persatuan Mahasiswa Islam (PMI)ketika menuntut di UPM. Sekarang sudah jadi Setiausaha Angkatan Muda PKR dan ADUN PKR di Selangor.

Amin Ahmad, bekas Timbalan Presiden MPP UPM juga pernah dilabel 'Aspirasi', sekarang bagaimana sokongannya kepada Anwar ?

Jadi, jika bersandarkan label 'Aspirasi', bukan ukuran menentukan UMNO, PKR atau PAS!

Bahkah, jika ditanya kepada Anwar, beliau lebih suka kepada Saiful yang menawarkan diri sebagai sukarelawan, kerana Anwar suka 'membela' bekas-bekas pemimpin pelajar yang tidak tamat pengajian.

Teliti rekod pengajian Saiful, Rahimi, Jonah (Khairul Anuar Ahmad zainuddin) dan ramai lagi. Mereka semua pengikut Anwar yang gagal menamatkan pengajian!

Pembantu khas, Setiausaha Sulit atau Sukarelawan Anwar ?

Saiful dalam laporan polis mendakwa sebagai pekerja Anwar. Bapa saudaranya, Uncle Pet, menjelaskan pekerja itu sebagai Setiausaha Sulit Anwar.

Tulis Uncle Pet mengenai akrabnya Saiful dan Anwar seperti nukilan berikut:
" Logically, living by today standards, Saiful orang paling bodoh sekali..! Anwar dah hampir2 menduduki kerusi PM…Saiful ialah setiausaha sulitnya. Bagi orang yang tahu bagaimana berpengaruhnya kalau jadik SS ni kepada tokoh sebesar cam Anwar nie….gila ke hapa nak gi report kes salah laku boss kau…?!"

Tulisnya lagi, "Seriously, begitulah perasaan saya pada waktu itu. Mana taknya, saya selalu minta saiful jaga keselamatan dsai...Give him some extra precautions. Musuh sedang menunggu silap shj. To me DSAI is like a shining star that is going to be the greatest statesman of this nation..!"

Bermakna Saiful memberitahu bapa saudaranya, pekerjaannya sebagai "Setiausaha Sulit"!

Kalau jawatannya Setiausaha Sulit, patutpun Najwan cemburu, kerana Setiausaha Sulit disinonimkan sebagai 'pewaris dairi merah' yang menjadi rebutan di kalangan pemuja Anwar (AIC).

Tetapi Wan Azizah menafikan Saiful sebagai "Setiausaha Sulit", sebaliknya menamakan jawatan Saiful sebagai "coffee boy" (pembancuh kopi?).

Anwar pula menafikan Saiful adalah pekerjanya tetapi melabelkan Saiful sebagai "Sukarelawan" yang bekerja di bawah Rahimi Osman (Pembantu Khas Anwar) dan Ibrahim Yaacob (Ketua Staff di pejabat Anwar)

Kalau "Sukarelawan" kenapa dibayar gaji ?

Dalam wawancara Anwar bersama Malaysiakini pada 3 Julai 2008, Anwar mengakui membayar Saiful. Katanya, Yes, but he was not taken in as a staff. He was taken in as a volunteer, who at that time was very critical (of BN). He said he is a supporter and he would “die for Anwar”. So they took him. After weeks, then he came slowly into the establishment. Until the day he left, he was still not a permanent member of the staff. He was not. We just pay him a part-time allowance.

Anwar 'macam' takut-takut keluar dari tempat persembunyiannya di Kedutaan Turki sebaik sahaja Saiful buat report polis. Azizah kata, Anwar tak akan keluar hingga kerajaan beri jaminan keselamatan Anwar selamat. Macam tak percaya pulak, seorang 'perwira' gagah berani yang selalu melaungkan slogan "Lawan Tetap Lawan" dan "Kalau takut menerima risiko, usah bicara soal perjuangan" boleh takut dengan sekeping kertas laporan yang ditulis pembantunya dan lari bersembunyi di kedutaan asing. Kenapa Anwar takut sangat ni ?


Kalau status Saiful hanya sebagai "sukarelawan", kenapa pula Saiful turut dibawa melawat ke luar negara bersama-sama Anwar ?. Kalau sekadar sukarelawan membantu PRU 12, cukup tugasnya membantu kemenangan PKR dalam PRU itu. Selalunya sebagai "sukarelawan" misinya selesai apabila matlamat telah tercapai.

Bukankah Anwar mempunyai ramai "sukarelawan" membantu PKR dalam PRU 12, tetapi kenapa hanya Saiful sahaja dipilih melawat bersama Anwar ke luar negara ?

Ketika ditanya wartawan Malaysiakini, Anwar mengakui membawa Saiful ke luar negara.

Malayskini : Is there any truth that you took Saiful for trips overseas?
Anwar : Yes, they take turns. (Personal aides) Ibrahim (Yaacob) went, Khalid Jaafar went, Saiful went, Rahimi (Osman) went. It depends, you know. I wouldn’t go into details.

Rahimi Osman, pembantu khas Anwar dalam wawancara dengan Suara Keadilan (2-16 Julai 2008)mengakui dia yang membawa masuk Saiful menjadi pembantunya ketika PRU 12. Jadi tidak hairan Saiful bebas keluar masuk pejabat Anwar kerana menjadi pembantu kepada pembantu khas Anwar.

Maklumat lain menyebut, Rahimi telah meletak jawatan sebagai pembantu khas Anwar sejak bulan lepas, dan tempatnya telah diganti oleh Saiful yang masih bekerja di pejabat Anwar.

Dari kiri Rahimi Osman, Faisal bekas exco AMK dan Marini Kamal. Rahimi dan Marini adalah aktivis AIC. Rahimi pro Saiful dan Marini pro Najwan. Kumpulan Marini gelar Rahimi sebagai 'anak ayam' dan gesa Rahimi letak jawatan sebagai Presiden AIC. Marini kata Saiful 'musang' yang jadi tukang bancuh teh dalam perjumpaan sulit AIC di rumah Anwar. Marini juga terkejut bagaimana Saiful boleh berada dalam perjumpaan sulit AIC sedangkan Saiful bukan ahli AIC


Persoalannya kenapakah Rahimi letak jawatan ? Betulkah hanya semata-mata alasan menumpukan perhatian perniagaan keluarga ? Kenapa tidak ditumpukan kepada perniagaan keluarga sejak dari awal lagi? Kenapa sekarang ?

Bermakna, sama ada Saiful adalah "coffee boy", atau 'setiausaha sulit' atau sukarelawan, pokoknya Saiful adalah manusia istimewa yang berlegar-legar di pejabat Anwar, sejak PRU 12 hingga ke hari letak jawatan.

Sukarelawan diberi kondominium ?

Harakahdaily melaporkan "dalam pada itu perkara yang agak menghairankan banyak pihak ialah kemampuan Saiful menyewa Unit 1151 of Kondominium Desa Damansara di Kuala Lumpur jika dilihat dari sudut latar belakang pekerjaannya. Sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan sebuah unit kondo mewah itu berharga sekitar RM 2.2 juta manakala sewa bulanannya adalah diantara RM7,500 sehingga RM15,000 yang mana terdapat kemudahan seperti sauna, kolam renang, gelanggang squash dan tennis serta 'fitness centre".

Kondominium mewah yang disewakan Saiful bernilai RM7,500 sehingga RM15,000. Mewah betul hidup Saiful, umur masih muda (23 tahun), dapat pula kondo mewah. Kalau dapat menyewa kondo semewah ini, berapa pula Anwar beri gaji kepada Saiful sebagai 'sukarelawan'. Anwar pun tak nafi pernah pergi ke ke kondo itu.


Ini pula mahligai kediaman peribadi Anwar di No.11, Jalan 3/61, Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur.Mahligai bertingkat-tingkat hanya pandangan dari satu sisi. Kalau boleh dirakam penuh, lebih cantiklagi kerana mahligai itu bernilai RM7 juta. Anwar pindah ke mahligai ini Januari 2007, setelah rumah lamanya di Damansara bernilai RM2 juta dijual. Banyak betul duit Anwar hanya berjawatan Ketua Umum PKR. Saiful kata pernah sampai ke mahligai ini sebagai tukang bancuh teh.


Organ online parti PAS itu juga melaporkan Anwar tidak menafikan pernah beberapa kali melawat kondominium sewaan Saiful itu.

"Saya tidak pernah kata saya tidak pernah ke sana," demikian ringkas kata Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim di pejabat lamanya di Petaling Jaya.

Persoalannya, kalau setakat "sukarelawan" kenapa pula Anwar menghadiahkan Saiful kondominium yang sepatutnya dibayar bulanan RM7,500 sehingga RM15,000?

Katakanlah kondominium itu dibayar oleh Saiful sebanyak RM7,500- RM15,000 sebulan, jadi berapa elauan bulanan yang dibayar Anwar kepada Saiful ?

Lebih pelik lagi di kondominium itu juga Saiful melaporkan dia diliwat..

AIDC
11 Julai 2008

Baca artikel berkaitan :

1. Misteri hubungan Anwar & Saiful ?

2. Anwar : Kenapa 'berlindung' di kedutaan asing ?

3. Kenapakah Anwar kelihatan sukar bersumpah ?

4. Layakkah "Nasihat" Taha Jabir Al 'Ulwani Dikatakan Fatwa?

5. Anwar Selesaikan Kerja Pejabat di Condo?

6. Luahan Uncle Pet, bapa saudara Saiful Bukhari Azlan

Baca selanjutnya...

10 Jul 2008

Layakkah "Nasihat" Taha Jabir Al 'Ulwani Dikatakan Fatwa?

Taha Jabir Alalwani, President of the International Institute of Islamic Thought (IIIT) in Herndon, Virginia, US. Beliau juga President of Cordoba University US yang mengadakan kerjasama dengan Washington Theological Consortium sebuah universiti Kristian terbesar di Amerika.


Layakkah "Nasihat" Taha Jabir Al 'Ulwani Dikatakan Fatwa?

Thursday, July 10, 2008

Pertama sekali, penulis membaca di Harakahdaily tentang "fatwa" yang dikeluarkan oleh seseorang yang bernama Dr. Taha Jabir Al 'Ulwani.

Penulis agak kehairanan kerana siapakah sebenarnya Dr Taha ini. Selalunya, kita jarang mengambil sesuatu "fatwa" melainkan daripada seorang mufti.

Dr Taha Jabir Al 'Ulwani adalah Presiden Cordoba University yang dahulunya adalah Graduate School of Islamic and Social Sciences di Washington.

Oleh itu, beliau bukanlah mufti mana-mana negara ataupun negeri.

Maka, boleh dikatakan ia adalah nasihat tetapi bukannya fatwa. Jikalau begitu, barangkali nasihat daripada Prof. Dr. Ahmad Hidayat Buang, Pengarah Akademi Pengajian Islam UM pun boleh dikatakan fatwa. Mungkin ada yang membandingkan dirinya dengan Syeikh Qaradhawi ataupun Syeikh Al Albani, tetapi dalam keadaan isu yang tengah hangat sekarang ini lebih baik "fatwa" ini dikatakan nasihat dari ulama' luar negara bukannya dilabel sebagai fatwa.

Anwar meraikan rakan-rakan di rumahnya iaitu A. Hamid Abu Sulaiman dan Jamal Barzinji. Kedua-duanya adalah rakan kepada Dr Taha Jabir Al 'Ulwani. A. Hamid, Jamal Barzinji, Taha Jabir, Anwar adalah pengasas International Institute of Islamic Thought(IIIT), sebuah organisasi yang diwujudkan di Herndon, Virginia, Amerika Syarikat pada 1981. Mereka berketuakan Dr Ismail al Faruqi, Professor Perbandingan Agama di Universiti Temple Amerika Syarikat. Selepas Ismail Al Faruqi mati dibunuh secara misteri, presiden IIT diambil alih oleh Sheikh Taha Jabir Al-Elwani. Mereka juga bergiat cergas dalam slogan 'Demokrasi Islam' dan 'Persefahaman Antara Agama' (IFC)di bawah badan tajaan Amerika yang dinamakan 'Center for Study of Islam and Democracy' (CSID)


Lantas, penulis pun membaca apa yang dinamakan "fatwa" tersebut. Penulis bersetuju dengan kebanyakan perenggan awal "fatwa" tersebut sehinggalah tiba-tiba terdapat tuduhan daripada terjemahan Dr Taha Jabir Al Ulwani tersebut yang bermaksud:

"Justeru, kita amat rasa sedih apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang ini di mana para pemimpin kerajaan bertindak serupa dengan apa yang pernah berlaku di Iraq, mereka lakukan itu adalah semata-mata untuk kepentingan politik kotor mereka dan menyekat kemaraan pengaruh lawan dengan apa sahaja cara sekali pun walaupun melibatkan harga diri seseorang"

"Mereka ini bukanlah pemimpin kerajaan yang baik yang boleh menjaga kebaikan dan kemaslahatan negara, tetapi untuk diri mereka semata-mata, tapi bagaimanapun tindakan mereka itu akan dibalas, kalau pun tidak pada diri mereka, mungkin isteri serta anak-anak mereka. "

Adakah patut bgi seorang yang bergelar ulama' menjatuhkan hukum terhadap kerajaan Malaysia walaupun tiada bukti? Walaupun inilah yang hendak didengar oleh pihak pembangkang terutamanya PKR dan PAS, tetapi ini adalah tuduhan yang tiada bukti.

Hubungan akrab Anwar dengan pengasas IIT tidak boleh dipertikaikan. Ketika Anwar jadi Presiden UIA, beliau lantik A. Hamid Abu Sulaiman dan Jamal Barzinji sebagai rektor dan pensyarah UIA. Bahkan IIIT cawangan Malaysia diwujudkan di UIA. Ketika Anwar dipecat UMNO 1998, A. Hamid lari meninggalkan UIA secara senyap-senyap dan IIIT Malaysia cawangan UIA terbakar. Bahkan kemasukan Anwar ke dalam UMNO 1982, berasaskan ijtihad tokoh-tokoh IIIT terutamanya almarhum Ismail Al-Faruqi. Sekarang tokoh-tokoh IIIT bersubahat dengan Amerika memerangi 'teroris' seperti Sadam Hussein dan Osama Laden serta memperjuangkan 'Demokrasi dalam Islam' dan persefahaman antara agama.


Dikatakan kerajaan Malaysia sama seperti Kerajaan Atheis Ba'ath Iraq.Oleh itu, tidak patut bagi sesuatu fatwa yang mengandungi fitnah dan pembohongan pada hal sepatutnya perkara ini perlu dikaji dan diperiksa.

Tidak patut bagi seorang intelek yang mengetuai sebuah institusi Islam di Amerika berlaku begitu an "fatwanya"mempunyai unsur malafide dan fitnah.

Oleh itu penulis sukalah mengingatkan agar umat benar-benar menghayati ayat 6 surah Al Hujurat yang berbunyi:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. "

Oleh itu mari kita selidik latar belakang Dr Taha Jabir Al 'Ulwani dan kenapakah Dr Taha Jabir Al 'Ulwani sanggup mengeluarkan "fatwa" berkenaan?

Dr A. Hamid Abu Sulaiman, Dr Jamal Barzinji, Almarhum Prof Ismail al Faruqi, dan Dr Taha Jabir Al 'Ulwani adalah pengasas IIIT (The International Institute of Islamic Thought ).Di dalam laman Cordoba University juga mengesahkan perkara ini bahawa Dr Al Ulwani adalah Pengarah International Institute of Islamic Thought.

Mentor mereka adalah Almarhum Prof Ismail al Faruqi, bekas Professor of Religion di Universiti Temple Amerika Syarikat. IIIT ditubuhkan pada tahun 1981 dan berpusat di Herndon, Virginia, Amerika Syarikat .

Dikatakan Anwar juga salah seorang daripada pengasas IIIT dan Dr Taha pernah memimpin Anwar selepas kematian Prof. Ismail Faruqi dalam MSA Canada, USA. Oleh itu, tidak hairanlah Dr Taha Al Ulwani terus mengeluarkan fatwanya untuk menyokong Anwar.

Selain itu mari kita lihat apakah yang cuba dibawa oleh Dr Taha Al Ulwani. Perkara ini terdapat dalam objektif dan misi Cordoba University iaitu:

"The curriculum develops an "ijtihad orientation" that is capable of overcoming the drawbacks of the classical Islamic legacy, while benefiting from the depth and richness of its contributions."INTRODUCTION TO THE GRADUATE SCHOOL OF ISLAMIC AND SOCIAL SCIENCES

Bermaksud, kurikulum yang dibentuk untuk pengajian Islam di Cordoba Universiti adalah berdasarkan panduan ijtihad yang berupaya menyelesaikan kemunduran warisan Islam klasik di masa yang sama mendapat faedah dari kedalaman dan kekayaan sumbangannya.

Jadi apakah maksudnya? Ia disimpulkan oleh Prof. Charles Kurzman sebagai Islam Liberal dan Islam liberal inilah yang ditentang oleh PAS.

Selain itu, Dr Taha giat mempromosikan dialog antara agama terutamanya dengan agama Kristian. Dr Taha Al Ulwani terlibat dalam Washington Theological Consortium (WTC)sebagai ahli bersekutu dalam lembaga pemegang amanahnya yang dianggotai oleh ramai pemuka-pemuka Kristian Amerika.

Malahan, salah seorang public trustees (pemegang amanah awam) adalah Mary Hennes Brown, pegawai belanjawan dan politik karier untuk CIA.

Oleh itu, hubungan WTC dan CIA tidak dapat dinafikan.

Dengan itu, penulis berharap Harakah agar perlu berhati-hati sebelum menyiarkan sesuatu "fatwa". Bagi penulis, Harakahdaily perlu memeriksa dahulu latar belakang pemberi fatwa kerana dibimbangi boleh menyesatkan fikrah ahli jamaah.

Posted at 02:50 pm by maharaja_zhou

baca artikel asal di maharajazhou.blogdrive.com

Baca lanjut artikel berkaitan bertajuk "Meraikan Dr. A Hamid dan Dr. Jamal..tersingkap episod Anwar IIIT "

Baca selanjutnya...

Syaratnya Mesti Luar Negara

Pada 7 Julai, Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mencadangkan Mursyidul Am Pas menjadi orang tengah yang akan membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan untuk 'mubahalah' sebagai jalan penyelesaian isu liwat yang kini menjadi tumpuan nasional. Katanya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat terutama di kalangan para penyokong Pas dan sudah semestinya beliau layak untuk menjadi orang tengah itu. "Saya percaya dengan pengaruhnya, Nik Aziz berupaya menjadi orang tengah," kata Mufti Perlis.

(Gambar: Apakah Anwar tidak iktiraf ulama dari PAS?)

Namun, ketika berucap di hadapan 15,000 orang penyokongnya di Kelana Jaya pada 6 Julai 2008, Anwar Ibrahim meletakkan syarat tertentu sebelum bersumpah. Anwar mahu melakukannya di hadapan ulama-ulama yang berwibawa dari dalam dan luar negara. “Malah untuk bersumpah kali ini, saya setuju untuk berbuat demikian atas nasihat ulama-ulama berwibawa dari dalam dan luar negara,” kata Anwar. Apakah yang sebenarnya dimahukan oleh Anwar? Ketika dicabar untuk berdebat dengan Ahmad Shabery Cheek, Anwar berkata “Separuh Kabinet saya cabar berdebat dengan saya. Biar saya ajar (mereka) bagaimana hendak turunkan harga minyak,” kata Anwar.

Sekali lagi Anwar cuba berdalih dan cuba beretorik. Dalam Pakatan Rakyat sudah ada dua orang Tuan Guru yang diiktriraf oleh ahli ahli PAS iaitu Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Haji Hadi Awang. Apakah Anwar tidak mengiktiraf mereka sebagai Tuan Guru? Mengapa perlu lagi syarat ulama dari luar negara? Suka benar Anwar dengan luar negara. Dulu masa sakit tengkuk dan pinggang pun nak ke luar negara. Semasa lepas keluar penjara, selalu ke luar negara. Berlindung pun di kedutaan negara luar. Syaratnya mesti luar negara.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Baca sumber asal di angin perubahan


Baca selanjutnya...

Forensik Lawat Condo & Tinjauan Kedutaan Turki


+++++++++video ini hanya setakat ini sahaja++++++++++






Baca selanjutnya...

Anwar : Kalau Saiful tak penting kenapa bawa jalan-jalan ?


Anwar : Kalau Saiful tak penting kenapa bawa jalan-jalan ?


Dalam akhbar munafik 'Suara keLDAIan' anwar memberitahu bahawa saiful bukhari merupakan pembantu khas kepada pembantu khasnya rashid. ( berapa banyak p/k anwar daa..) malahan hujah anwar ini jugak turut disokong oleh presiden bisu PKR satu hari selepas penyebaran gambar saiful bersama vvip.


Isunya bukan kerja tetap atau tukang cuci jamban TETAPI anwar perlu nyatakan kepada umum sekiranya saiful bukanlah seorang pemegang diari merah yang tulen, KENAPA BEGITU PENTING UNTUK ANWAR MEMBAWA SAIFUL KE LUAR NEGARA BEBERAPA KALI ?

Sebentar tadi anwar membawa dirinya yang lara ke pejabat JAWI untuk membela diri daripada tuduhan qazaf saiful, satu hari selepas saiful mencabar anwar membuat kaedah MUBAHALAH aka SUMPAH LAKNAT di depan ulamak besar negara.

2 kali anwar menepis beberapa cadangan yang condong ke arah sumpah laknat dan kenyataan mufti perak benar-benar menyelamatkan anwar untuk bertarung secara jantan dengan saiful . keputusan liwat anwar dengan sukma dan azizan pun sebelum ini hanyalah bersandarkan keputusan teknikaliti sahaja dan bukannya dengan menggunakan mubahalah.

Apa anwar sudah termakan sumpah menjadi 'cicak mengkarung' dan takut kepada peperangan secara terbuka dengan saiful atau anwar takut DIPANAH PETIR ?

GAP KATA; ada bukti besar akan keluar....tunggu sahaja

baca sumber asal gerakan-anti-pkr.blogspot.com

Baca selanjutnya...

‘Tergesa-gesa, cari perlindungan’


KUALA LUMPUR 9 Julai – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihatkan tidak tergesa-gesa menuntut diadili mengikut peruntukan qazaf kerana dakwaan liwat yang dibuat oleh bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan masih lagi dalam siasatan polis.

Penasihat Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk Paduka Zaitoon Othman berkata, tindakan Anwar membawa isu liwat itu ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) seolah-olah menjadi satu usaha untuk ‘mencari perlindungan’ atas dakwaan liwat yang masih belum dibuktikan.

“Dia (Anwar) boleh buat apa sahaja termasuk aduan qazaf, tetapi mengapa dia terlalu cepat mengadu sedangkan isu liwat itu masih belum selesai disiasat polis.

“JAWI perlu membuat siasatan, terpulang kepada JAWI sebelum ia mengambil sebarang tindakan susulan,” kata Zaitoon ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Anwar yang membuat laporan kepada JAWI untuk meminta jabatan itu menyiasat dakwaan liwat oleh Mohd. Saiful di bawah peruntukan qazaf, iaitu membuat tuduhan bohong mengenai zina.

Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 menyebut: “Mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina tanpa mengemukakan mengikut hukum syarak empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh adalah melakukan suatu kesalahan.”

Jika disabitkan dengan kesalahan qazaf, seseorang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Ketika ditanya keperluan untuk mengemukakan empat saksi semasa pertuduhan di Mahkamah Syariah, Zaitoon menjelaskan:

“Ia merupakan satu keperluan jika mengikut hukum syariah. Prosesnya jelas. Tetapi, ia tetap bergantung kepada budi bicara hakim itu sendiri.”

Sementara itu, seorang peguam terkenal, Dr. Ridzuan Ibrahim berkata, isu qazaf hanya timbul seandainya terdapat tuduhan zina.

“Ia tidak merujuk kepada tuduhan liwat seperti yang dihadapi Anwar sekarang.

“Kes itu masih dalam siasatan polis. Anwar membuat aduan qazaf yang hanya boleh digunakan untuk kesalahan zina,” ujarnya.

Beliau berkata, aduan Anwar itu hanya prosedur biasa yang akan disiasat oleh JAWI.

“Saya pasti JAWI akan jalankan siasatan terhadap aduan Anwar. Dia memang berhak membuat sebarang aduan seandainya merasakan diri teraniaya,” jelas beliau.

Menurut peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hasan, Anwar sebenarnya sudah ‘melompat’ daripada prosedur yang sepatutnya.

“Proses siasatan baru dimulakan. Masih belum ada sebarang pertuduhan, terlalu awal untuk Anwar mengadu kepada JAWI,” ujarnya.

baca artikel asal di Utusan Online


Baca selanjutnya...

Mengapa Ibrahim Ali tak calonkan Anwar sebagai PM ?


Mengapa Ibrahim Ali tak calonkan Anwar sebagai PM ?


++++++++++video ini setakat ini sahaja ++++++++++++






Baca selanjutnya...

Perbualan telefon Anwar dengan TV ONE Indonesia-kes Liwat

Perbualan telefon Anwar dengan TV ONE Indonesia-kes Liwat



+++++video ini hanya setakat ini sahaja+++++++






Baca selanjutnya...

Tok Guru bantai Anwar?



Tok Guru bantai Anwar?


Saya terima sms. Saya salin tanpa edit:

"Ust Hadi dan mengamok dgn Anwar. Interbiu terus terang. Berani. Penuhi kehendak ahli bwh. Katanya PR x da sapa ketua. Org PAS bukan bodoh. X da sapa boleh halang bila PAS jumpa Umno. Ikuti interbiu penuh di Hrkh esok"

(Banyak lagi cerita lain, tapi kalau saya tolong sampaikan untuk maklumat dan persediaan ahli-ahli PAS, orang bantai saya. Itu tak kisah. Bantai pi la, tak jadi kudis pun. Yang saya tak tahan sangat-sangat, berlaku witch hunting. Sapa bagi maklumat kepada bakaq?!

Untuk mengelakkan orang tak bersalah jadi mangsa, saya malas dah nak tulis dah kerja-kerja dalam gelap yang dibuat tanpa keputusan mesyuarat (rahsia parti apa kerja dalam gelap tanpa keputusan mesyuarat?) Cerita PAS jumpa Umno saya dapat dari orang Umno dan PKR. Orang PKR tahu lebih banyak dari saya.

Siapa di antara pemimpin yang dituduh membocorkan rahsia kepada saya tahu bahawa Anwar sudah menghubungi para pemimpin Ikhwan yang Tok Guru jumpa dalam persidangan di Turki untuk memberi penjelasan? Saya tak tulis masa itu kerana tak nak nampak jelas sangat siapa yang beri maklumat. Hari ini saya beritahu lagi.

Sebelum ini, saya tak nak jawab Roslan SMS dan Abdullah Karim (you remember i pooh-pooh your advice about what i write di Restoran Thaqwa bila hang jumpa aku di situ?) Saya harap temubual Harakah dengan Tok Guru yang dimaksudkan oleh sms yang saya terima itu dapat menjelaskan sama ada saya buat cerita rekaan atau menulis berdasarkan homework yang saya buat.

Abdullah Karim tulis bahawa Haji Mustafa Ali dan Ustaz Harun Taib dan beberapa orang lagi kerapkali menjadi sasaran saya. Dolah, belah atas blog ini ada ruangan search. Tulis nama Mustafa dan Harun dan search sendiri berapa kali berapa kali depa jadi sasaran aku.

Bila saya sampaikan maklumat untuk pengetahuan dan persediaan ahli-ahli PAS, saya bersedia bersumpah dengan kalimah qasam, waLlahi, wabiLlahi, wataLalhi - walaupun biasanya saya enggan mengemukakan bukti kerana nak jaga kawan. Saya harap Abdullah bersedia bersumpah dengan kalimah qasam yang Islam ajar untuk membuktikan kebenaran kenyataannya di atas. Sila juga ambil perhatian bahawa saya hanya mengambil dua nama dari tiga nama yang Abdullah sebutkan.

Roslan menyebutkan tentang "half truth" dan fakta yang tidak tepat dan berbaur fitnah. Saya sentiasa takut untuk cari fasal dengan Allah s.w.t. Tapi, saya yang dikaitkan dengan Bal'am bin Ba'ura bersedia bermubahalah dengan Roslan untuk membolehkan beliau membuktikan kebenaran kenyataannya itu - bahawa saya menulis "half truth" dan fakta yang tidak tepat dan berbaur fitnah dalam posting-posting saya yang beliau rujuk ketika menulis posting bertajuk "Jangan jadi Bal'am bin Ba'ura" itu.


Posted by bakaq a.k.a. ~penarik beca at 7/09/2008 05:56:00 PM

Baca artikel asal di penarik beca


Baca selanjutnya...

9 Jul 2008

Kecoh: Unit Amal PAS disalahkan



Kecoh: Unit Amal PAS disalahkan


Jimadie Shah Othman | Jul 9, 08 2:52pm

kemaskini 4:43pm Unit Amal PAS menjadi sasaran kritikan anggota Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) susulan kekecohan di pentas sewaktu persembahan pemuzik Carburetor Dung di perhimpunan membantah kenaikan harga minyak, Ahad lalu.

Unit khas bawah Dewan Pemuda PAS ini dipersalahkan kerana memboikot kawalan keselamatan di stadium Kelana Jaya sebelum konsert tersebut.

Satu sumber memberitahu Malaysiakini, mereka dianggap "telah meninggalkan medan perang" dan "jika unit ini ada, keadaan dipercayai akan lebih terkawal."

Dalam mesyuarat gabungan itu lewat petang semalam, isu penarikan Unit Amal PAS daripada tugasnya itu dibangkitkan sendiri oleh penyelaras Protes dan juga bendahari PAS Dr Mohd Hatta Ramli dan sekretariatnya Aiman Athirah al-Jundi, juga setiausaha Muslimat.

"Perkara itu mula-mula ditimbulkan oleh PAS, Dr Hatta dan Aiman Ahthirah sendiri," kata sumber itu lagi.

Wakil unit itu, yang turut hadir dalam mesyuarat dua jam bagi menilai perhimpunan tersebut, mengakui kesilapan mereka.

Namun begitu, Malaysiakini difahamkan mesyuarat menuding ke arah ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad - yang tidak hadir dalam mesyuarat itu - kerana dikatakan telah mengarahkan anggota unit tersebut menarik diri.

Semalam, dewan itu berkata pihaknya "tidak sesekali berasa kesal" dengan tindakan Unit Amal menarik diri di pertengahan perhimpunan itu.

"Pemuda sememangnya mengambil risiko apabila menarik diri dan kami bersedia dihukum jika jelas kami bersalah.

"Tapi sebelum itu, kami ingin nyatakan bahawa kami tidak sesekali berasa kesal dengan tindakan itu," kata ketua penerangannya Herman Shamsudeen di blog pergerakan itu (dppwp.wordpress.com).

Malaysiakini juga difahamkan persembahan Carburetor Dung itu diteruskan selepas kekosongan akibat kegagalan mengisi slot hiburan yang ditugaskan kepada Kamaruzaman.

"Sepatutnya ada persembahan nasyid dan dikir barat pada hari itu tetapi Kamaruzaman gagal membawa kumpulan itu," kata sumber lagi, yang mengetahui butiran mesyuarat Protes di ibu pejabat PAS malam tadi.

Kedua-dua kumpulan itu dipercayai ingin dibawa dari Kelantan tetapi membatalkankan penyertaan kerana perhimpunan itu tidak mempunyai permit polis, kata sumber.

Mesyuarat juga mengenal pasti tidak ada persefahaman dan pembahagian jelas antara Unit Amal dan Skuad Angkatan Muda PKR menyebabkan kawalan keselamatan tidak berjalan lancar.

"Tidak ada pembahagian yang betul-betul jelas antara kedua-dua unit. Masing-masing buat hal masing-masing," tambah sumber.

Dr Mohd Hatta, dihubungi sejak semalam, enggan mengulas lanjut isu tersebut.

baca artikel asal di malaysiakini.com



Baca selanjutnya...

Peguam Anwar pertahan 'qazaf', tempelak Mufti Perlis dan Nik Aziz

Anwar bersama peguamnya Kamar Ainiah Kamaruzaman tiba di pejabat JAWI di Jalan Damansara pada jam 10.15 pagi tadi (9 Julai). Isterinya Wan Azizah turut hadir sama.Diikuti dengan seorang lagi peguam Anwar Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek. Sim Tze Tzi, pembantu peribadi Anwar (berkaca mata, di belakang) juga turut hadir.


Peguam Anwar pertahan 'qazaf', tempelak Mufti Perlis dan Nik Aziz


Oleh ZIEMAN dan ARIFFUDDIN ISHAK

(Mutakhir) PETALING JAYA: Peguam Kamar Ainiah Kamaruzzaman mendakwa cadangan yang dikemukakan oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan disokong oleh Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat, supaya anak guamnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan bersumpah adalah salah dan tidak mengikut syarak.

“Ini adalah kesalahan jenayah yang serius. Dalam soal ini sumpah (bermubahalah) tidak boleh diguna pakai seperti mana yang beliau katakan,” katanya kepada mStar Online.

Kamar Ainiah berkata sumpah biasanya digunakan untuk membuktikan pemilikan harta atau hak milik.

“Sumpah juga boleh digunakan oleh pasangan suami isteri iaitu apabila si suami mendakwa bahawa isterinya telah melakukan zina dengan orang lain. Beliau tidak perlu mengemukakan bukti.

“Isterinya juga perlu bersumpah untuk menafikan perkara itu. Namun selepas kedua-duanya bersumpah maka secara langsungnya ikatan perkahwinan mereka akan terputus,” tambah beliau.

Katanya Anwar hanya boleh bersumpah jika bukti-bukti yang dikemukan Saiful tidak kuat dan lemah.

“Saiful boleh kemukakan seberapa banyak saksi, tetapi jika bukti yang diberikan tidak kukuh, maka Anwar akan bebas dari tuduhan.

“Namun selepas itu kesalahan itu akan kembali kepada Saiful,” katanya.

Katanya lagi, dalam kes dakwaan liwat oleh Saiful terhadap Anwar, peruntukan yang harus digunakan ialah ‘qazaf’.

“Qazaf digunakan apabila seseorang itu membuat tuduhan terhadap seseorang, tetapi dia tidak dapat mengemukan bukti melalui empat orang saksi (lelaki beriman) mengikut syarak.

“Jika pendakwa (Saiful) tidak boleh mengemukan saksi mengikut hukum syarak maka kesalahan itu akan dikembalikan kepadanya,” kata Kamar Ainiah.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 jika sabit kesalahan boleh dihukum tiga tahun penjara atau denda RM5,000.

Ianya merupakan kesalahan dalam hukum hudud di mana seorang penuduh yang terbukti bersalah boleh dikenakan 80 kali sebatan.

Tambah beliau ‘qazaf’ digunakan bagi mengelakkan orang ramai membuat sebarang dakwaan yang boleh menjatuhkan maruah seseorang individu secara sesuka hati.

Ditanya bagaimana seseorang wanita yang dirogol mampu mengemukakan bukti mengikut Syarak, beliau berkata masyarakat harus tahu membezakan antara rogol dan zina.

“Rogol lain, zina lain. Senang jika kita nak buktikan wanita dirogol iaitu melalui keadaan fizikalnya atau kerosakan pada alat sulitnya.

“Zina pula dilakukan dengan rela tanpa paksaan. Kebanyakan kes, wanita yang berzina mendakwa dirinya dirogol setelah mereka hamil, mereka buat laporan setelah beberapa bulan,” terang beliau.

Dalam kes dakwaan liwat Saiful, Kamar Ainiah berkata beliau (Saiful) sepatutnya membuat laporan awal jika beliau benar-benar diliwat.

“Sepatutnya beliau tampil lebih awal. Bukannya setelah ‘diliwat’ beberapa kali seperti yang didakwa,” katanya.

Ditanya bagaimana Saiful mampu mengemukan bukti dia diliwat kerana sudah pasti tiada siapa yang melihat kejadian itu, beliau berkata itu terpulang kepada Saiful untuk buktikannya.

"Dia yang buat dakwaan, jadi dia kena buktikan. Kalau dari awal dia tahu tak dapat kemukakan bukti, lebih baik berdiam diri," katanya.

Beliau juga musykil dan hairan mengapa Saiful sebagai seorang yang muda dan berpelajaran tidak menghalang dirinya daripada ‘diliwat’.

“Kalaulah benar, Saiful sepatutnya bertindak melawan, bukan membiarkan sahaja,” katanya.

Mengulas mengenai tarikh perbicaraan kes ini, beliau berkata perkara itu terpulang kepada kepantasan pegawai pendakwaraya menjalankan siasatan.

“Hari ini Datuk Seri (Anwar) buat aduan. Kemudian pendakwaraya akan mengambil keterangan daripada Saiful.

“Kemudiannya siasatan akan dilakukan sebelum perbicaraannya dimulakan,” katanya.

baca artikel asal di mstar.com



Baca selanjutnya...

Anwar Ibrahim, Lain Bengkak Lain Bernanah? -Khir Toyo



Anwar Ibrahim, Lain Bengkak Lain Bernanah? -Khir Toyo


Dalam tulisan saya sebelum ini (lihat Anwar Ibrahim dan Mimpinya), saya menyentuh mengenai tingkah laku Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dalam mencatur dan memporak-perandakan senario politik negara.

Seperti yang dijangka beliau menjadikan YAB. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai sasarannnya.

Cuma kali ini, serangan Anwar terhadap DS Najib sudah menjadi strategi serampang dua mata. Jika sebelum ini beliau hanya bertujuan untuk menjatuhkan kredebiliti semua pemimpin UMNO, kali ini ia juga bertujuan mengalih perhatian umum dari isu skandal seks beliau.

Anwar sentiasa mencari jalan untuk mengalih isu-isu terhadap dirinya kepada orang lain. Apabila muncul isu tuduhan liwat dan salah guna kuasa terhadap beliau pada 1998, Anwar membuat tuduhan-tuduhan rasuah, kronisme dan "kaki perempuan" kepada pemimpin politik lain dalam UMNO.

Bagi Anwar, jika beliau buruk pun biarlah ia menjadi yang terbaik di kalangan yang terburuk.

Kali ini ketika Anwar sibuk memukul gendang lompat parti dan harga minyak, tiba-tiba sahaja orang lain pula memukul gendang ke atas beliau. Pembantu peribadi beliau membuat laporan Polis bahawa beliau diliwat beberapa kali oleh Anwar.

Ini merupakan satu laporan yang serius dan berat tuduhannya.

Yang aneh dan melucukan, mengapa Anwar perlu lari ke kedutaan Turki bagi menyembunyikan diri?

Bukankah ini gimik politik kononnya diri beliau tidak lagi selamat di Malaysia? Jika benar beliau percaya dirinya tidak selamat, mengapa sekarang beliau tidak takut pula? Apakah jaminan Datuk Seri Abdullah sahaja menjadikan beliau terus selamat?

Jika benar ada orang telah diupah untuk membunuh Anwar tentulah beliau tidak akan selamat hanya dengan satu jaminan Perdana Menteri sahaja.

Bagi saya, Anwar bersembunyi di Kedutaan Turki hanya bagi mengelak sebarang pertanyaan umum dan cuba merangka strategi baru bagi menghadapi tuduhan liwat kali ini.

Apabila beliau keluar dari persembunyian, maka serangan bertali arus dilakukan ke atas mangsa dan beberapa pihak lain bagi menenggelamkan isu sebenarnya.

Bagi mereka yang begitu taksub kepada DSAI, tentulah tuduhan dan dakwaan kali kedua ini juga tidak diterima. Sikap sedemikianlah yang merosakkan pemimpin dan masyarakat. Setia membuta tuli sehinggakan pemimpin terus melakukan kesilapan yang sama berkali-kali kerana percaya beliau akan terus lepas dari perbuatannya.

Saya cuma berharap penyokong-penyokong Pakatan Rakyat yang memperjuangkan ketelusan dan konsep ketuanan rakyat agar tidak menghina dan mencerca mangsa yang membuat laporan.

Bagaimanakah mahu memperjuangkan ketuanan rakyat jika mangsa tidak boleh mendapat pembelaan hanya kerana ia membabitkan pemimpin besar mereka? Apakah beliau sebagai mangsa (jika benar berlaku kejadian ini) tidak berhak mendapat pembelaan? Jangan nanti rakyat melihat Pakatan Rakyat telah berubah arus perjuangan dari ketuanan rakyat kepada Ketuanan Anwar Ibrahim.

Jika kali pertama dulu mungkin ada yang ragu-ragu sungguhpun fakta dan hujah sudah di depan mata. Namun kali ini lebih sukar untuk Anwar menepiskannya. Tuduhan kali ini datang daripada pembantu peribadi beliau sendiri.

Jika dulu dikatakan agenda politik untuk menjatuhkan beliau, kali ini agenda apa pula?

Anwar bukanlah seseorang yang memegang jawatan besar untuk dijatuhkan buat kali kedua. Malahan lebih mudah mematikan pengaruh politik Anwar melalui perubahan dasar kerajaan berbanding mewujudkan konspirasi seperti ini.

Bagi mengurangkan tumpuan kepada isu skandal seks dan jenayah beliau ini, Anwar telah "menyerang" Datuk Seri Najib dengan membuat sidang akhbar mengenai kenyataan bersumpah penyiasat persendirian yang mengaitkan Najib dengan mangsa pembunuhan bernama Altantuya.

Penyiasat tersebut akhirnya menarik balik akuan bersumpah itu; beliau mendakwa akuan bersumpah tersebut dibuat dalam keadaan terpaksa dan ditekan. Malangnya kerosakan telah berlaku.

Saya telah melihat akuan bersumpah tersebut, kesemuanya lebih merupakan dengar cakap atau hearsay penyiasat tersebut.

Ini jauh berbeza dengan dakwaan Saiful yang beliau sendiri menjadi mangsa dalam kes liwat.

Akuan bersumpah bersandarkan gosip, dengar cakap orang lain dan fakta-fakta pihak ketiga dianggap benar oleh penyokong Anwar. Malangnya mereka menolak sekeras-kerasnya aduan mangsa liwat Anwar.

Bukankah ini bersikap setia membuta tuli, taksub tidak bertempat?

Saya tidak pasti apakah berlaku kejadian liwat seperti yang didakwa oleh Saiful. Namun saya fikir pengadu berhak mendapat keadilan dan perlindungan sebagai seorang mangsa yang tidak berdaya.

Adalah tidak wajar jika dalam kebanyakan kes, kita mahu polis menyiasat sedalam-dalamnya sebarang kes jenayah seperti rogol dan liwat demi membela mangsa, tetapi kali ini kita memilih untuk berada di sebelah pemangsa terlebih dahulu.

Jika sepuluh hakim kes Anwar terdahulu percaya Anwar terbabit dalam aktiviti tidak bermoral ini, maka sukar saya untuk menolak mentah-mentah dakwaan Saiful.

Bagi mengalih tumpuan juga Anwar telah membuat laporan ke atas Ketua Polis Negara dan Peguam Negara. Beliau mendakwa kedua-dua mereka ini telah memalsukan laporan awal mengenai kejadian mata lebamnya sepuluh tahun lalu.

Apakah tujuan Anwar membuat laporan ini?

Anwar boleh membuat laporan tersebut bila-bila masa sahaja sejak 1999 sehingga awal 2008. Sama ada ketika beliau di dalam penjara mahu pun ketika telah keluar penjara. Sama ada ketika negara ditadbir oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu pun ketika Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sebaliknya Anwar hanya membuat laporan ke atas kedua-dua tokoh ini sebaik sahaja ada dakwaan liwat ke atas beliau.

Melihat senario ini, saya melihat bahawa laporan Saiful ini mungkin benar. Tindakan-tindakan Anwar membuat laporan ke atas peristiwa sepuluh tahun lalu meletakan kedudukan beliau seperti orang yang sedang lemas. Apa sahaja boleh dicapai akan dicapainya bagi membantu diri keluar dari arus yang deras.

Bagi saya, Anwar perlu mempertahankan dirinya melalui proses undang-undang. Dan sebagai ahli politik, beliau juga berhak mempertahankan dirinya kepada umum atau public opinion.

Namun mempertahankan diri dalam kes ini bukan dengan menyerang pemimpin parti politik lawan, membawa fakta-fakta palsu dalam kes mahkamah lain dan menganggu siasatan polis terhadap dakwaan ke atasnya.

Beliau perlu membuktikan kepada umum bahawa beliau tidak melakukan perbuatan terkutuk tersebut. Pembersihan imej dan nama baik beliau perlu dilakukan berasaskan diri beliau dan Saiful, bukannya menimbulkan isu-isu lain.

Bersumpah bukanlah jalan penyelesaian mutlak. Ini kerana orang yang melanggar larangan-larangan Allah tentulah tidak takut untuk bersumpah apa sahaja.

Semakin banyak Anwar bersikap "lain yang bengkak, lain bernanah", maka makin jelas Anwar berada dalam keadaan terdesak dan tersepit. Mampukah beliau melepaskan jerat ciptaannya sendiri kali ini?

Bagi para penyokong Anwar, mereka perlu melihat jalan-jalan alternatif lain selepas ini. Setia kita biar bertempat, jangan setia membuta tuli.

Posted by Dr Mohamad Khir Toyo at Saturday, July 05, 2008


Baca artikel asal di drkhir.com

Baca selanjutnya...