Baca selanjutnya...
PANAS! DI AIDC GROUP
NOTIS
Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com
4 Jul 2008
Anwar : Kenapa 'berlindung' di kedutaan asing ?

Sebaik sahaja report polis dibuat oleh bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, Anwar bergegas menyembunyikan diri ke kedutaan Turki.
Inilah yang menimbulkan tanda tanda.
Ibrahim Ali, Ahli parlimen Bebas mempertikai tindakan Anwar bersembunyi di Kedutaan Turki. Katanya, jika Anwar yakin tidak bersalah beliau tidak perlu takut dan bersembunyi. Malah katanya, beliau sedia untuk menemani Anwar jika beliau takut untuk berhadapan dengan proses penyiasatan. Katanya, beliau sedia temani Anwar sekalipun masuk lokap bersama untuk disoalsiasat oleh polis.
Penarik beca tulis, "Anwar juga mendakwa mempunyai alibi. Kalau dah gitu, awat yang terkincit-kincit lari ke kedutaan Turki? Jangan la buat perangai yang menyebabkan orang tertanya-tanya"

Suaka politik
Wan Azizah pula membayangkan suaminya akan mendapat 'suaka politik' daripada kedutaan Turki.


Begitulah episod drastik, Anwar lari bersembunyi kedutaan asing dan berusaha dapatkan 'suaka politik' hanya kerana laporan polis yang dibuat oleh bekas pembantunya.
Adakah ini bayangan sebenar wajah Anwar ?. Mencabar dan mengertak laksana hulubalang "Lawan Tetap Lawan", dipentas-pentas ceramah, tetapi larikan diri, berselindung di sebalik kedutaan asing, serta meminta 'suaka politik' apabila merasa dirinya terancam ?
Apakah mungkin Anwar akan melarikan diri ke luar negara suatu hari nanti, sekiranya dirinya benar-benar terancam ?
Sejarah telah membuktikan, sebaik sahaja dibebaskan dari penjara pada 2004, Anwar mengadakan pertemuan sulit dengan Paul Wolfowitz di Munich dan meminta 'suaka politik' untuk bekerja di Amerika Syarikat pada 2005-2007.
Anwar pernah mendapat 'suaka politik'selama dua tahun di Amerika dan bekerja menjalankan misi Amerika dengan pelbagai organisasi termasuk Foundation For The Future, Council on Foreign Relations(CFR), Internatioanl Crisis Group (ICG) dan sebagainya.
Apa agenda Anwar di kedutaan Turki ?
Majlis Tertinggi PKR kata, Anwar hanya bersembunyi di kedutaan itu untuk menyelamatkan diri kerana ancaman bunuh. Ancaman bunuh???
Wan Azizah kata, suaminya boleh keluar dari kedutaan itu sekiranya kerajaan boleh beri jaminan keselamatan suaminya.
Siapa yang nak bunuh Anwar? Kenapa pula Wan Azizah buat demand sedemikian rupa ? Apa specialnya Anwar hingga boleh tawar menawar dengan kerajaan Malaysia ?
Tetapi, Shamsul Iskandar Mat Akin, Ketua Angkatan Muda PKR, kata Anwar selamat berada di kedutaan Turki. Katanya Anwar sedang sibuk bermesyuarat dan mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak tertentu.
Maknanya, Anwar bukan bersembunyi di kedutaan asing kerana takut, tetapi berlindung di kedutaan itu untuk mengadakan pertemuan serta meminta pertolongan daripada pihak luar untuk menghadapi kes liwat yang dilaporkan oleh bekas pembantunya itu.
Hubungan Anwar, Turki dan Amerika
Hubungan akrab antara Anwar dan Perdana Menteri Turki memang tidak dapat disangkal.
Yusmadi Yusof, ketika masih menjadi pembantu Anwar di Amerika, menulis artikel membayangkan keakrapannya itu.

Tulis Mohd Yusmadi Yusoff, Washington DC "Pada 1 Oktober 2006 lebih kurang jam 5 petang, saya telah menghadiri majlis pidato Keamanan Sejagat oleh Perdana Menteri Turki di Universiti Georgetown bersama teman dari Malaysia saudara Khalid Jaafar. Majlis tersebut dianjurkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Professor Islam Kontemporari Asia Tenggara di Prince Al Waleed bin Talal Centre for Muslim-Christian Understanding dengan kerjasama pihak Universiti Georgetown dan Kedutaan Turki. Usaha Datuk Seri Anwar itu telah menarik minat pelbagai warga Washington D.C"
Tulisnya lagi, "Dewan ODonovan di banjiri penuh dengan hadirin dari pelbagai latarbelakang. Antaranya Presiden Universiti Georgetown Dr. John DeGioia, John Esposito, John Voll, kepimpinan ISNA (Islamic Society of North America), VVIP jemputan kedutaan Turki, kepimpinan IIIT Abdullah Schleifer, director of Television Studies at the American University of Cairo - and former NBC bureau chief dan lain-lain lagi. Yang mengagumkan saya ialah Paul Wolfowitz, Presiden Bank Dunia juga meluangkan masanya dari awal majlis sehinggalah majlis iftar program tersebut"
Yusmadi amat terharu, program anjuran Anwar dan kedutaan Turki turut dihadiri oleh Paul Wolfowitz, Presiden Bank Dunia ketika itu. Tetapi apakah perkaitan antara Paul Wolfowitz dengan Anwar dan Kedutaan Turki, hingga memaksa 'orang kanan Bush' itu sanggup meluangkan masanya di Bank Dunia ?
Tulis Yusmadi lagi, "Majlis tersebut dimulai dengan ucapan pembukaan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi latar program yang dicadangkan sekitar 2 minggu lalu oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila dimaklumkan mengenai lawatan Perdana Menteri Erdogan ke Amerika Syarikat bagi bertemu Presiden Bush. Datuk Seri Anwar juga membincangkan peranan yang boleh dimainkan oleh Turki di dalam konflik Palestin dan Israel dan juga bagaimana masyarkat Islam boleh dijadikan rakan di dalam memperjuangkan kebebasan, keadilan dan demokrasi. Mesej itu bertepatan dengan pertemuan di antara Erdogan dan Presiden Bush yang akan berlangsung keesokkan harinya"
Rupa-rupanya Perdana Menteri Erdogan mempunyai hajat besar berjumpa dengan Presiden Amerika dan Anwar menganjurkan program sempena lawatan kerja Perdana Menteri Turki ke Amerika. Patut pun orang kanan Bush, Wolfowitz turut hadir ke majlis itu.
Baca sepenuhnya tulisan Yusmadi, klik di sini.
Bermakna semua kunjungan negara-negara luar ke Amerika diketahui oleh Anwar sepertimana yang ditulis oleh Yusmadi "Majlis tersebut dimulai dengan ucapan pembukaan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi latar program yang dicadangkan sekitar 2 minggu lalu oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila dimaklumkan mengenai lawatan Perdana Menteri Erdogan ke Amerika Syarikat bagi bertemu Presiden Bush"

Tulisan ini membayangkan betapa rapatnya hubungan Anwar dengan Presiden Bush, hingga lawatan-lawatan dari negara luar, turut diketahui oleh Anwar.
Begitu susahnya menemui Bush hingga terpaksa melobi melalui Anwar dan Paul Wolfowitz terlebih dahulu. Dan Yusmadi menjelaskan 'peranan Anwar', sebagai 'penasihat' kepada Perdana Menteri Erdogan untuk bercakap kepada Bush.

Apa pula kaitan Turki dengan Paul Wolfowitz ? Semua orang tahu, semasa Paul Wolfowitz menjadi Timbalan Setiausaha pertahanan Amerika, Turki memberi keizinan kepada Amerika untuk menjadi negaranya sebagai laluan tentera Amerika menyerang Iraq.
Malah, kerajaan Turki masih menuntut 'pampasan' yang dijanjikan oleh Amerika membenarkan negaranya sebagai laluan tentera Amerika semasa serangan Iraq itu.
Begitulah intimnya persahabatan antara Anwar, Endogan dan paul Wolfowitz.
Campurtangan Amerika kes Liwat
Sebaik sahaja Anwar keluar dari 'persembunyiannya' di kedutaan Turki, maka Tom Casey, spokesman for the US State Department telah beri amaran kepada Malaysia agar jangan teruskan siasatan liwat ke atas Anwar.

Begitu cepat Jabatan Negara Amerika mendapat maklumat apa yang berlaku kepada Anwar di Malaysia. Mengapakah Amerika begitu prihatin kepada Anwar hingga sanggup mengertak dan beri amaran kepada Malaysia walaupun tindakan itu melanggar urusan negara lain.
Jadi jelaslah, apakah agenda Anwar 'bermalaman' di kedutaan Turki dan semakin jelas siapakah Anwar di sisi Amerika, hingga sanggup beri amaran jika Anwar diteruskan siasatan.
Persoalannya adakah Malaysia takut dengan gertakan Amerika hingga membiarkan orang yang didakwa menjadi 'talibarut asing' dan dilaporkan 'meliwat' oleh bekas pembantunya bermaharajalela di Malaysia ?
AnwarIbrahimDotCom
4 Julai 2008
Baca selanjutnya...
Tunang: Saya tetap teguh sokong Saiful

PETALING JAYA: Tunang Mohd. Saiful Bukhari Azlan, pembantu khas kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa diliwat, akan tetap berdiri teguh menyokong tunangnya itu dan bersama-sama akan mengharungi segala dugaan yang bakal mendatang.
Janna Syariza berkata, dia akan berdiri teguh di belakang tunangnya dan bersama-sama mengharungi segala kemungkinan dan dugaan yang akan mendatang.
Janna Syariza, pengamal media, meluahkan perkara itu dalam posting terbaru di blognya A Step in My Pink Mary Shoes di bawah tajuk Thru the Storm hari ini.
Dalam posting di laman blog peribadinya www.jannamohdzaki.blogspot.com, Janna juga memberitahu bahawa gambar pertunangannya mereka kini tersebar luas dalam internet sejak dua hari lalu.
Menurut Janna Syariza, dia agak terkilan apabila gambar pertunangan yang dianggap peribadi kini menjadi senjata untuk menghangatkan lagi spekulasi yang berlaku sekarang oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
“Pada mereka yang menyokong saya, saya ucapkan jutaan terima kasih. Saya akan tetap berdiri teguh di belakang tunang saya dan menghadapi apa saja bersama-sama"
“Saya juga sedar akan perjuangan yang menanti kami di hadapan. Insya-Allah kami akan menghadapinya bersama walaupun ia memakan masa yang lama. Kebenaran akan terbukti jua....,” kata Janna.
Saiful, yang pernah bertugas sebagai pembantu khas peribadi Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat, mendakwa beliau telah diliwat oleh majikannya itu pada 26 Jun di Kondominium mewah di Damansara.
Saiful telah membuat laporan polis pada Sabtu lalu.
Dalam pada itu, Saiful, bekas pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) dilaporkan pernah nekad untuk membunuh diri kerana tertekan dengan apa yang telah dilakukannya.
Ini diberitahu sendiri oleh ayah saudaranya dalam satu pertemuan dengan wartawan The Star semalam.
Ayah saudara Saiful, yang enggan dikenali berkata, Saiful hampir mengambil jalan pintas untuk membunuh diri kerana dia sedar apa yang dilakukannya adalah satu dosa besar.
“Saiful membuat pengorbanan ini demi negara walaupun dia sedar masyarakat akan memandang serong dan mencemuh dirinya dan keluarga selepas pendedahan ini,” katanya lagi.
"Sebagai keluarga, kami akan berdiri teguh di belakangnya," katanya.
Beliau juga tegas berkata, tidak ada siapapun yang memaksa Saiful membuat pengakuan tersebut dan menyifatkan apa yang terjadi sebagai masalah keluarga.
“Kami tidak mendapat sokongan daripada pihak kerajaan. Kami bersendirian dalam hal ini. Sebagai keluarga kami akan menyokong penuh tindakan Saiful"
“Sebelum ini, kami pernah cuba meminta bantuan pihak kerajaan tetapi mereka memberitahu tidak mahu terlibat sama," katanya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Utama dekat sini.
Beliau juga mengaku sudah beberapa kali menghubungi Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tetapi diberitahu agar tidak menghubunginya lagi.
Beliau juga memberitahu bahawa anak saudaranya pernah pergi ke Bukit Aman untuk membuat laporan tetapi pihak sana telah menyuruh dia balik setelah mendapat tahu siapa yang terlibat.
Mohd Saiful akhirnya telah membuat laporan di pondok polis Hospital Kuala Lumpur yang sanggup mengambil laporan polisnya, kata ayah saudara Saiful lagi.
“Saiful bukan berada di hospital tetapi di bawah perlindungan polis dan keluarga kami sendiri tidak tahu di mana dia berada kini," katanya.
Ayah saudara Saiful mengaku beliau pernah menjadi penyokong kuat Anwar sebelum ini tetapi tidak lagi selepas apa yang berlaku kini.
Ketika ditanya tentang gambar yang dirakam Saiful bersama beberapa Menteri Kabinet dan pegawai di Pejabat Perdana Menteri, beliau berkata itu adalah perkara biasa bagi pelajar untuk mengambil foto dengan pegawai kerajaan.
baca artikel asal di edition.globalmediachannel.tv
Baca selanjutnya...
Anwar Selesaikan Kerja Pejabat di Condo?

Anwar Ibrahim tidak menafikan bahawa di pernah hadir di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara. 'I (have) never said that I have never been there,' Anwar Ibrahim menyatakan kepada wartawan semasa sidang akhbar di Petaling Jaya.
'Their problem, lah. He (Mr Saiful) has to explain that,' Anwar Ibrahim memberi reaksi balas kepada wartawan Malaysiakini bila ditanya tentang laporan hospital yang menyatakan bahawa ada bukti anal sex berlaku pada Saiful. Seorang guard kondominium menyatakan dia ada melihat Anwar masuk ke dalam kondominium tersebut.
'Yes, I saw him enter once or twice, but this was quite a while ago. He came in a vehicle not commonly available in Malaysia. It had tinted windows,.’ 'I saw who was in the car when they wound down the window to touch the card at the guardhouse to gain entry to the premises,' guard tersebut menyatakan kepada seorang wartawan NST.
Buat apa Anwar pergi ke kondominium tersebut sedangkan dia sudahpun mempunyai rumah yang penuh dengan kawalan CCTV di Segambut? Apakah urusan pejabat yang amat amat sulit diselesaikan di sebuah kondominium? Sedangkan dia sudah pun mempunyai pejabatnya sendiri di Petaling Jaya. Jadi, mengapa jumpa seorang pembantu khas untuk menyelesaikan masalah pejabat di sebuah kondominium?
Menurut Harakahdaily, Saiful Bukhari dikatakan tinggal di kondominium mewah bernilai RM2.2 juta itu. Sewa bulanan sahaja antara RM7,500 dan RM15,000. Berapakah gaji sebulan? Ini bermakna gaji dan elaun Saiful cukup lumayan hingga membuatkan dia mampu tinggal di kondominium mewah itu.

Siapakah majikan yang beri gaji kepada Saiful? Selalunya majikan akan selesaikan masalah pejabat di pejabat. Jika ada kerja tambahan pun, selalunya orang akan bincang di kedai mamak sahaja. Apakah erti jawatan pembantu khas itu sebenarnya?
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
Baca artikel asal di anginperubahan.blogspot.com
Baca selanjutnya...
3 Jul 2008
Luahan Uncle Pet, bapa saudara Saiful Bukhari Azlan


Jebat, i paste here my writings at anwar ibrahim blog. Hope this will clear every body doubts. Still under police investigation. I can just reveal my feelings and thought. Insyaallah, me and my family will do a PC soon.
Tolong jangan beremosi, saya tahu, seluruh negara sedang menghadapi saat yang sukar ditambahi pula dengan isu yang terbaru ini. Tetapi kenyataan itu adalah selalunya ubat yang paling pahit untuk ditelan…
lok7
Jul 1st, 2008 at 2:58 pm
Assalamu’alaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
Saya ialah salah seorang dari ahli keluarga Saiful, bapa saudaranya sebelah emak.
Sebagai permulaan, saya bersumpah dengan nama ALLAH, bahawasanya, Saiful dengan penuh kerelaan dan kesedaran serta dalam waras telah pergi ke HKL secara bersendiri ditemani oleh seorang pakciknya.
Tanpa dipaksa atau dipengaruhi oleh mana2 pihak. Nak percaya boleh tak nak pun takper.
Kami sudah beritahu padanya what are the consequences and implication if he proceed to file this case.
Least i can say is he told us ” I’ve got nothing to gain but alot to lose uncle, but in the name of ALLAH, I do this for the sake of this country, keluar dan beritahu kepada orang ramai apa yang telah berlaku. I sacrifice myself in this course.”
Actually, Saiful mengaku dia hampir-hampir hendak membunuh dirinya sendiri sebab tak sanggup untuk meneruskan hidup dalam penipuan, yang mana dia tahu secara jelas dan nyata perangai busok Anwar yang sebenar adalah benar belaka sebagaimana ditohmah. Feel betrayed, malu yang amat sangat, marah, sedih bercampur baur.
Keadaannya seperti ditelan mati emak diluah mati bapak. Namun, demi kerana Allah dan negara tercinta, dia kata dia sanggup berkorban walaupun aibnya juga akan jadik tontonan dan paparan manusia. Walaupun kehilangan habuan dunia. Baginya, dia sudah menjalankan tugasnya sebagai hamba allah, dia tidak berhutang apa-apa penjelasan dengan manusia ramai.
Andaikata kalau tewas dimahkamah dunia,kami yakin dengan keyakinan haqqul hakiki bahawa di yaumil kiamah nanti kita akan dapat pengadilan dari yang maha Adil.!!
Tuan2, just imagine macamana punya hancur berkecai hati saya bila Saiful buat pengakuan ini!!! Ya Allah, tolong kejutkan aku dari mimpi ini!! Seriously, begitulah perasaan saya pada waktu itu. Mana taknya, saya selalu minta saiful jaga keselamatan dsai.
Give him some extra precautions. Musuh sedang menunggu silap shj. To me DSAI is like a shining star that is going to be the greatest statesman of this nation..!

Dialah yang akan menyatukan semua bangsa dalam ertikata yang sebenarnya…dan berbagai macam lagi perasaan dan harapan terhadap dsai. Tiba-tiba anak sedara yang kita dok bangga2kan nie, yang bekerja rapat dengan this towering figure nie,tengah buat nation building orang kata….dari mulut anak sedara kita sendiri menyatakan apa yang selama ini saya sangkal dan bangkang habis-habisan!!!…telah berlaku dan dilakukan kes naya nie terhadap anak sedara kita sendiri!!!!
Bagaimana untuk saya respons????
Disatu pihak anak muda yang saya kenal sedari lahir hingga dewasa. Yang kita tahu buruk dan baiknya. Apa makanan kegemarannya, sapa kawan2nya…yang biasa kita kendong dan dodoikan tatkala dari bayi lagi..!
Disatu pihak lagi satu tokoh pemimpin yang kita kagumi dan sentiasa mengikuti setiap perkembangannya, tulisan2nya, idea2nya, ceramah2 dan keberaniannya dalam menegakkan Hak rakyat dan orang2 yang tertindas?!! If you guys is in my place who would you choose??! And what is to believe???
Logically, living by today standards, Saiful orang paling bodoh sekali..! Anwar dah hampir2 menduduki kerusi PM…Saiful ialah setiausaha sulitnya. Bagi orang yang tahu bagaimana berpengaruhnya kalau jadik SS ni kepada tokoh sebesar cam Anwar nie….gila ke hapa nak gi report kes salah laku boss kau…?!
Kau buang satu peluang keemasan yang saya rasa ramai yang “mendendami” kedudukan itu. Kuasa, pengaruh, gelaran dan berbagai macam kemudahan terhampar didepan mata kau, engkau nak buang gitu ajer…hanya kerana nak buat tohmahan dan dakwaan palsu terhadap boss kau ni??! Where’s the logic behind this!!!??
Unless, perkara yang berlaku adalah benar-benar berlaku. Secara jujur saya percaya Saiful berani kerana dia benar….and we as family just advised him to go to HKL seek for forensic service and of course, in order to get that service, it is a must to make a polis report.
Kami minta penyiasatan ini dilakukan secara sulit supaya pihak2 yang terlibat (Saiful dan DSAI) tidak diasak oleh public dan media.
Tapi ntah macamana, cerita dah bocor…kawan saya kata diorang dapat sms lebih kurang jam 8 malam….Kami dah cemas campur geram, sebab takut kalau2 berlaku kejadian2 yang tidak diingini. Kami meminta pihak polis menjaga keselamatan Saiful agar dia tidak diapa-apakan.
Iyalah, anything can happen in this time and moment.
Sedikit fakta diri dan keluarga saya. Semenjak sekolah menengah lagi, dr persatuan pelajar islam sampailah waktu bujang2, ikut perkembangan anwar dengan penuh semangat! Anwar masuk umno, aku masuk umno, anwar kena penjara, aku keluar umno.
Even, mak saya di johor tu, yang hardcore umno tupun, bole goyang pendiriannya terhadap umno kalau berdebat dengan saya dan adik-beradik saya, yang rata2 sokong pembangkang… Anwarpun ingat siapa arwah mak Saiful bekas pelajar yayasan anda…Saiful bercerita dengan rasa bangga bila dia kata dsai boleh ingat siapa arwah emaknya bila dia mention tentangnya depan anwar.
DSAI, tuan tahu, kita boleh berbohong seluruh alam tapi makhluk yang satu itu tidak boleh dibohongi iaitu diri kita sendiri.Kebenaran dari Allah itu pasti datang menjengah kita.
Hati saya sudah hancur berkecai, ditambahkan lagi, anak saudara sedarah sedaging…anak yang aruah emaknya amanahkan pada kami untuk menjaganya bila beliau “pergi”, terlibat secara langsung dalam terbongkarnya kes ini. Kami tidak beroleh apa2 keuntungan pun akibat isu ini. Tapi demi kerana membela penganiayaan yg berlaku kepada saudara kami, keputusan yang amat pahit dan berat terpaksa kami putuskan.
SEMOGA ALLAH MENYEBELAHI ORANG YANG BENAR DAN BEROLEH KEMENANGAN DUNIA DAN AKHIRAT.
Wassalam.
Baca artikel asal di pethazlee.multiply.com
Baca selanjutnya...
Kenyataan Mufti Perlis kes liwat Anwar
Baca selanjutnya...
Anwar pernah dilihat memasuki kondo
Akhbar New Straits Times hari ini, 02 Julai mukasurat 6 ada terkandung laporan “Pengawal pernah nampak Anwar memasuki kondo”.
Diberitakan salah seorang daripada pengawal mengesahkan pernah melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki kondominium Desa Damansara. Menurut kata pengawal tersebut Anwar datang dengan menggunakan kenderaan yang jarang sekali dilihat di Malaysia, dan bercermin gelap.
Diakhir perenggan laporan menyebut, NST difahamkan unit 1511 kondominium itu dimiliki oleh sahabat Anwar yang telah memberikan kebenaran untuk beliau memasuki kondo tersebut. Unit 1511 adalah tempat berlakunya insiden liwat sepertimana yang didakwa oleh Saiful Bukhari Azlan, pembantu khas Anwar Ibrahim.
Guard says he saw Anwar at condo
2008/07/02
NST Online
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim was seen entering the Desa Damansara condominium here in Damansara Heights more than a month ago.
According to a security guard who spoke on condition of anonymity, Anwar had entered the heavily-guarded premises with his driver and bodyguard.
"Yes, I saw him enter once or twice, but this was quite a while ago. He came in a vehicle not commonly available in Malaysia. It had tinted windows. I saw who was in the car when they wound down the window to touch the card at the guard house to gain entry into the premises."
The security guards, however, could not recall whether they had seen Mohd Saiful Bukhari Azlan, saying there were many residents entering and exiting the premises.
Security is tight at the condominium and visitors are not permitted entry without the guards obtaining permission from the residents first.
The guards also go on regular patrols around the premises.
The New Straits Times learnt that a friend of Anwar's owns unit 1151 and had given the him access to the apartment.
A police forensics team spent about five hours in the unit on Monday.
Baca sumber asal di medan-info-kita.blogspot.com
Baca selanjutnya...
Cabar Anwar bersumpah junjung Al-Qur`an

ANWAR Ibrahim tidak perlu menyalahkan sesiapa. Baik polis, kerajaan, UMNO atau sesiapa sahaja apabila dituduh meliwat. Anwar juga tidak perlu menggunakan rakyat jelata sebagai benteng untuk mempertahankan dirinya bagi membuktikan bahawa beliau tidak bersalah dan Anwar juga tidak perlu menggunakan pentas ceramah politik ketika ini untuk memutarbelitkan segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya dengan menyalahkan orang itu dan orang ini.

Anwar juga tidak perlu menggunakan ataupun mengulangi kembali skrip ucapan lama beliau seperti tahun 1998-1999 dengan mendakwa bahawa ada konspirasi yang sedang dibuat bagi membunuh karier politiknya kerana hari ini rakyat sudah semakin cerdik untuk menilai mana satu cerita bohong dan mana satu cerita benar.
Dan hari ini cakap Anwar masih belum terbukti benar apabila tidak ada seorang pun MP UMNO melompat parti, sehingga hari ini kerajaan Barisan Nasional masih memerintah dan Anwar terus memutarbelitkan segala kenyataan hanya sekadar mahu menyedapkan hati penyokong dan wakil rakyat mereka sendiri. Kononnya mereka akan jadi kerajaan.
Sebagai seorang Muslim yang menganut agama Islam, Anwar ada satu senjata untuk membersihkan diri beliau dari segala tuduhan ini dan bagi membuktikan bahawa beliau benar-benar bersih dan tidak berdosa serta tidak melakukan liwat terhadap Saiful ataupun sesiapa sahaja, Anwar dicabar untuk bersumpah dengan menjunjung kitab suci Al-Qur`an dimana sahaja masjid dalam Negara ini dengan disaksikan oleh semua ulama termasuklah Nik Aziz dan juga Haji Hadi.
Ini sahaja jalan ataupun pendekatan yang boleh menyelamat Anwar daripada segala tuduhan ini dan sumpah tersebut haruslah dibuat perlaksanaannya mengikut tatacara Islam seperti semua orang Islam ketahui. Kalau tidak percaya kepada ulama UMNO, Tanya Nik Aziz, bagaimana sumpah yang benar berlandaskan agama.
Anwar tidak perlu mengheret rakyat. Tidak perlu memohon simpati rakyat untuk tidak mempercayai segala tuduhan terbaru ini. Anwar tidak perlu mencari alasan dengan menjadikan Najib sasaran beliau. Kalau Anwar sememangnya berani dan dilahirkan untuk menjadi pemimpin ataupun Perdana Menteri dalam Negara ini, Anwar juga kena berani menyahut cabaran untuk bersumpah ini dan kita percaya sekiranya Anwar benar-benar tidak berdosa serta bersalah, Allah S.W.T akan menyelamatkan beliau tetapi sekiranya beliau benar-benar melakukan kesalahan tersebut, Anwar dan semua orang tahu risiko ataupun bala yang bakal Anwar terima.
Rakyat telah cukup lama terpedaya dengan segala helah politik Anwar. Rakyat telah lama termakan dengan segala bujuk rayu Anwar ketika meraih undi bagi kepentingan parti serta rakan-rakannya dan Anwar hari ini tidak perlu menggunakan topeng untuk menutup wajahnya sekiranya beliau benar-benar seorang yang bersih daripada melakukan dosa-dosa besar.
Kita kena percaya serta yakin bahawa seandainya kita tidak bersalah, diciptalah segala-galanya untuk mensabitkan, percaya serta yakinlah Allah S.W.T akan menyelamatkan seseorang itu daripada terkena malapetaka.
Dan Anwar harus menyahut cabaran ini.
baca artikel asal di malaysia-hariini.com
Baca selanjutnya...
Benarkah Saiful Bukhari Bukan Pembantu Khas Anwar?

Kenapakah Anwar Ibrahim sekarang mengadakan pendakwaan ke atas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail? Rakyat hairan dan takjub bahawa kenapakah kes ini yang dibawakan bukan pembelaan diri terhadap kes tuduhan liwat yang dikenakan terhadap dirinya.
Diberitakan dalam Berita Harian bahawa beliau mempunyai saksi dan alibi. kenyataan ini telah DSAI keluarkan pada 1 hb Julai 2008:

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mempunyai alibi dan saksi untuk menyokong keterangannya bahawa tidak berlaku kes liwat Khamis lalu, seperti yang didakwa dalam laporan polis terhadapnya.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, beliau juga mempunyai rekod diari dan maklumat sokongan bagi menyokong keterangannya itu tetapi peguamnya menasihatkan agar tidak mengeluarkan kenyataan berhubung perkara berkenaan.
"Saya boleh menyatakan ini konspirasi... ini (liwat) tidak berlaku... pada 1998, mereka (polis) merampas diari saya dan tidak mengembalikannya semula menyebabkan kami sukar untuk mengingati kembali apa yang berlaku.
"Sekarang masih segar dan ada maklumat sokongan, tentunya sekarang ada rekod dan diari," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di Damansara, dekat sini semalam, sehari selepas beliau meninggalkan Kedutaan Turki, kelmarin.
Kita hairan, kenapakah Anwar tidak berani mengatakan konspirasi liwat, tetapi hanya terhenti kepada kenyataan konspirasi "ini". Anwar perlu berterus terang dalam hal ini. Dan kenyataan ini diadakan sebelum Perhimpunan Sokongan PKR terhadap Anwar pada malam 1hb Julai.
Penulis sekali lagi ingin Anwar menjelaskan kepada umum, kenapakah semasa perhimpunan tersebut, tidak dijelaskan kepada ramai tentang rekod dan diarinya yang diwarwarkan? Tidakkah Anwar sebagai tertuduh dan pelanggan berhak meminta peguamnya untuk membenarkan dirinya mendedahkan di mana tempatnya berada dan alibinya.
Sekarang ini, maruahnya tercemar dan tindakan segera perlu dilakukan olehnya untuk membersihkan namanya. Adakah kerana Anwar mendapat general degree dari Akademi Pengajian Melayu, maka dia tidak mampu menulis surat atau kenyataan tentang keberadaannya dan alibinya di saat peristiwa tuduhan liwat berlaku?
Sebaliknya dalam perhimpunan tersebut yang dilaporkan oleh Suara Keadilan,kutukan dan tuduhan konspirasi sahaja yang mampu dilemparkan. Serangan terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara sahaja yang terhambur semata-mata.
Tetapi, tidak ada penafian dan pembelaan dirinya tentang alibi dan sebagainya yang diharapkan oleh 10,000 ataupun 20,000 orang rakyat yang sanggup bersusah payah keluar pada malam itu.
Namun, secara misterinya, dikatakan bahawa Saful Bukhari Azlan bukanlah pembantu khas Anwar dalam wwww.suarakeadilan.com:

SHAH ALAM, 2 Julai (SK) - Stadium Melawati Shah Alam malam tadi bergema laungan Reformasi dan jeritan Lawan Tetap Lawan oleh 20,000 penyokong Pakatan Rayat yang menunjukan sokongan penuh terhadap Ketua Umum, Anwar Ibrahim.
Dalam ucapan Anwar Ibrahim, beliau mengatakan mempunyai bukti kukuh bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan ada kaitanya bersana Najib Tun Razak dan isteri beliau.
Selain itu, Anwar sekali lagi menyatakan bahawa Saiful bukanlah Pembantu Khas kepada beliau seperti didakwa sebaliknya hanyalah seorang penolong kepada Pembantu dan Staff di pejabatnya.
Tetapi ini bercanggah dengan kenyataan awal yang lebih berautoriti dalam Laman Rasmi Parti Keadilan Rakyat bahawa adalah benar Saiful Bukhari merupakan pembantu khas Anwar Ibrahim:
Pembantu Khas DSAI ditahan dan dipaksa membuat pengakuan
29 June 2008
Polis telah menahan pembantu khas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bahari, petang tadi dan memaksa beliau membuat pengakuan diliwat.
Pimpinan parti sedang berbincang langkah seterusnya dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Sidang Media yang dijadualkan esok (29 Jun), pada jam 1 petang di Hotel Quality, Shah Alam oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap diadakan.
Biro PeneranganP
arti KeADILan Rakyat
Oleh itu, siapakah yang sekarang berbohong? Kita mahu Anwar dan PKR bercakap benar!
Baca sumber asal di blog Maharaja Zhou
Baca selanjutnya...
2 Jul 2008
Kenapakah Kedutaan Turki Menjadi Pilihan DS Anwar Ibrahim?
30 June 2008
Dr Novandri Hasan Basri
Seperti yang penulis ramalkan di dalam artikel sebelum ini, DS Anwar Ibrahim telah mula menggunakan taktik lazim beliau apabila berdepan dengan isu-isu yang mampu mengganggu gugat karier politik beliau iaitu beliau akan MENYAMAN.
CNN.com melaporkan bahawa Anwar Ibrahim mahu menyaman Muhd Saiful Bukari Azlan kerana telah memfitnah beliau.
(Al-Jazeera News pula melaporkan bahawa Anwar Ibrahim turut memfailkan saman kepada kerajaan Malaysia)
Dan janganlah kita terkejut pula jika dalam masa terdekat ini, peguam-peguam Anwar Ibrahim akan meminta standing order daripada mahkamah untuk melarang sebarang bentuk ulasan mengenai isu ini di dalam media.
Alasannya ‘valid’ di dalam bahasa undang-undang iaitu supaya ulasan-ulasan itu tidak mempengaruhi perjalanan dan siasatan kes sodomi tersebut.
Tetapi di dalam masa sama, standing order ini dilihat dapat ‘menyejukkan’ kegawatan yang berlaku akibat isu sodomi ini.
Pastinya, ‘cooling period’ ini merupakan bonus point untuk Anwar Ibrahim dan penasihat-penasihat beliau bagi mengatur strategi politik yang seterusnya.
Surfers sekalian tentu telah masak dengan modus operandi Anwar Ibrahim ini. Realitinya, Anwar Ibrahim adalah seorang ahli politik ’kreatif’ di dalam meraih simpati masyarakat terhadapnya.
Makanya, apa yang benar-benar menarik perhatian penulis kali ini ialah:-
1. Kenapakah Kedutaan Turki yang dipilih menjadi tempat perlindungan Anwar Ibrahim?
2. Apakah kekuatan perhubungan di antara Kerajaan Turki dengan Anwar Ibrahim sehinggakan beliau diterima berlindung di dalam kedutaannya?
3. Sehingga tahap manakah kepercayaan kerajaan Turki terhadap Anwar Ibrahim sehinggakan kedutaan tersebut sanggup berkontroversi dengan kerajaan Malaysia?
Penulis terfikir,
1. Kenapakan Anwar Ibrahim tidak mahu memilih Kedutaan Amerika Syarikat?
2. Bukankah pilihan Kedutaan US ini lebih ‘grandiose’, lebih uummph dan mampu meningkatkan taraf sandiwara beliau ke kelas yang lebih tinggi?
Persoalannya, kenapakah kedutaan Turki ?
Menurut Washingtonpost.com, Kedutaan Turki dipilih kerana Anwar Ibrahim mempunyai hubungan yang akrab dengan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan.
Dan jika kita layari Washingtonpost.com, Anwar Ibrahim sebenarnya telah menulis satu artikel yang bertajuk A Test For The West In Turkey pada 6hb Julai 2007. Artikel tersebut menyentuh isu pergolakan politik yang berlaku di Turki dan paradigm shift pemikiran politik yang di lakukan oleh parti politik Adalet ve Kalkınma Partisi (AKP).
AKP diterajui oleh Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki yang dikatakan mempunyai hubungan baik dengan Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim juga telah beberapa kali melawat Istanbul dan Ankara, ibu negara Turki untuk tujuan bertemu dengan Erdogan.


Anwar Ibrahim juga merupakan tetamu Recep Tayyip Erdagon dan salah seoarang daripada speaker semasa Forum The Fourth Assembly of the World Movement for Democracy yang diadakan di Instanbul, Turki pada April 2- 5, 2006.
Anwar Ibrahim juga merupakan tetamu luar yang pertama bagi parti AKP selepas pilihanraya Umum Turki tahun 2007.
Dan jika berpandukan kepada perkara-perkara di atas, tidak mustahil untuk kerajaan Turki membelakangi kerajaan Malaysia hari ini.
Akan tetapi, sebagai sebuah negara berdaulat dan berpegang kepada prinsip demokrasi, negara Turki sepatutnya lebih sensitif, tidak bongkak dan menghormati struktur pemerintahan demokrasi perlembagaan negara Malaysia, seperti mana kita menghormati hak negara tersebut.
Yang pastinya, lebih baik kerajaan Turki itu memperkemas dan memperbetulkan negara diri dahulu sebelum berlagak pandai mengganggu hal ehwal negara Malaysia.
Untuk pengetahuan surfers sekalian :-
KEDUTAAN TURKI
Alamat : 118, Jalan U Thant, 55000 – Kuala Lumpur.
Telefon : 03-4257 2225, 03-4257 2226
Faks : 03-4257 2227
Email : turkbe.tm.net
Baca artikel asal di novandri.blogspot.com
Baca selanjutnya...
Campur tangan Satan Besar Amerika Dikecam dalam kes tuduhan Anwar

Tuesday, July 1, 2008
Usaha America campur tangan dalam kes tuduhan liwat Anwar adalah usaha jahat negara yang yang sudah terkenal kejahatan nya di peringkat dunia. Kepada Tom Casey jurucakap US State Department yang menghina kerajaan malaysia dan rakyat Malaysia dari segi sistem bernegara , kita kata kepada Amerika laknatullah , 'Go to Hell america" atau 'Pergi jahanam America'.
Percubaan campur tangan America dalam kes domestic atau kes tempatan sesebuah negara ummat Islam telah banyak membawa bencana kepada ummat Islam dan di harap tiada di antara kita yang bertindak bodoh pergi mengadap Emperor Bush untuk mendapat bantuan politik. Lihat saja campur tangan di Pakistan, Afghanistan, Iraq dan Somalia semua nya membawa bencana yang merugikan ummat Islam.
Kes tuduhan liwat Anwar perlu di selesaikan dengan undang undang Malaysia dan sistem pelaksanaan keadilan Kerajaan Malaysia kerana kita tidak ada pelembagaan yang di setujui bersama melainkan undang undang negara walaupun ramai menganggapnya korup dan penuh dengan tidak keadilan.
Jurucakap US state deparment , Tom Casey telah dengan secara 'direct' memberi amaran kepada kerajaan Malaysia dan sudah tentu juga rakyat Malaysia agar tidak 'menyiksa' Anwar Ibrahim dengan penyiasatan yang' bermotifkan politik'. Kita rakyat Malaysia menganggap statement in adalah BIADAP dan MENCAMPURI URUSAN negara lain yang tidak ada kena mengena dengan Amerika laknatullah. Kita bukan nya jajahan Amerika dan kita tidak pernah menyuruh Amerika menjadi polis antarabangsa yang menentukan salah dan betul dalam memerintah negara kita.
Amat malang kalau ada pihak rakyat Malaysia sendiri yang menjemput america untuk campur tangan dalam hal ehwal negara kita. So , go to hell america. You yourself deserve to look at how you run justice in Iraq , Afghanistan, Pakistan , Somali and Gauntanamo.
Kes tuduhan liwat Anwar sudah pun di jangka kerana Anwar adalah musuh kepada sesetengah pihak di Malasyia. Tuduhan dari seorang bekas pembantu Anwar juga adalah sensational tetapi walau se sensational mana pun kes ini , ia tidak perlu menjejaskan keamanan negara dengan menjemput Amerika untuk membuat statement mencampuri urusan negara kita. Kita telah merdeka lebih dari 50 tahun dan kalau rakyat dan kerajaan masih lagi tidak tahu menyelesaikan krisis yang di alami maka elok lah kita merasa malu kepada anak cucu kita.
Saya terbaca satu ungkapan pantun di dalam laman blog anwar yang amat menarik. Pantun itu adalah jawapan kepada pemantun terkenal Hashim Gera. Allahyarham YB Hashim Gera, bekas Ahli Parlimen Pas daripada Perak yang petah berpantun tatkala berhujah di Parlimen pada era 60-an dan 70-an. Hinggakan Speaker Dewan pada ketika itu, Allahyarham Tun Syed Nasir juga begitu teruja tiap kali Allahyarham Hashim berpantun menggamat Dewan.
Maknanya lebih kurang kalau hendak di panggil pahlawan muda janganlah risau dengan luka tercalar di badan kerana ia syarat menjadi pahlawan penuh. Hebat sungguh saudara Anwar dalam berpantun. Memang beliau orang sastera.
Anak burung terbang mendada,
Jatuh cedera patah sayapnya,
Andai tersinggung hati ayahanda,
Kemaafan jua anakanda pinta.
Ha.. Ini jawab saya:
Anggerek disuntik si gadis manja,
Disemat kebaya hati ternoda,
Adat berpencak pendekar muda,
Tercalar badan syarat perwira!
ANWAR IBRAHIM
Nah , sekarang maruah Anwar telah tercalar dan Anwar perlu menjadi Pahlawan sebenar dan buat lah yang apa yang patut sebagai seorang Pahlawan Melayu atau Pahlawan Rakyat untuk berjuang mempertahankan maruah. Bersihlah diri dan maruah dengan penuh semangat kepahlawanan dan pasti anda menang dalam pertarungan ini.
Saya pun tidak berapa setuju dengan tindakan saudara Anwar pergi berlindung ke rumah Ambassador Turki. Buat apa kita menumpang ke rumah orang lain. Kan rumah kawan kawan kita banyak. Walau pun terdapat tuduhan bunuh atau tembak, bukan kah dasar pahlawan tidak takut badai dan onak dan duri. Bukankah Pahlawan Melayu tidak takut mati dalam berjuang.
Ada orang menganggap saudara Anwar dengan gelaran Sang Raja Wali. Burung besar yang terbang tinggi dan dapat menyambar kehidupan walau sebesar manusia untuk di makan. Saya tak berapa minat nak gelar orang yang hebat macam mana pun sebagai Sang Rajawali. Cukuplah kita menggelar orang yang berjuang ini sebagai orang yang berjuang dan itu pun dah hebat.
Sekarang Sang Rajawali sudah berdarah di panah dan saya merasakan Sang Rajawali akan mengerakkan kepak nya sehingga berterbangan habuk naik kelangit dan suara Sang Rajawali akan bergema saperti hala lintar.
Bagi saya bukan saja Saiful Bahari patut di dakwa tetapi juga ummi Hafilda ( kalau tak silap nama nya) sepatutnya turut di dakwa kerana menuduh perkara yang sama dan sama berat. Saya pun tak tahu mengapa penuduh liwat di zaman Mahathir dahulu tidak di dakwa termasuk Mahathir sendiri yang menyokong tuduhan itu. Sepatutnya semua mereka yang pernah menuduh Anwar di dakwa oleh Anwar kerana perkara itu sama dari segi kemusnahan maruah dan kesan politik nya kepada Anwar Ibrahim.
Saya harap perkara ini perlu lah di selesaikan oleh polis dan perundangan Malaysia supaya semua pihak yang bersalah , samaada besar atau kecil di hukum dengan setimpalnya. Yang peliknya pula ialah mengapa dalam lapuran polis terkini oleh Anwar lebih banyak berkaitan dengan dakwaan skandal pemalsuan kes melibatkan Patail dan Musa bukan nya kes tuduhan liwat Saiful Bahari .
Hanya Allah yang mengetahui perkara sebenarnya dan kita mendoakan agar Allah menyelamatkan kita dari di fitnah sebegini rupa.
Berikut adalah laporan star berkaitan campurtangan Amerika dalam kes tuduhan liwat ke atas Tan Sri Anwar.
KUALA LUMPUR: Washington has warned Malaysia against any "politically-motivated" investigation or "prosecution" of PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.
According to an AFP report, Tom Casey, spokesman for the US State Department, is quoted as saying:
"The main point for us is that the rule of law needs to stand above politics. And we would certainly oppose any use of law enforcement or judicial procedures for anything other than legitimate purposes of the law."
Adding that Anwar had faced similar charges in the past and his conviction was overturned, Casey added, "So, we would hope that there's not a pattern here.
"But, certainly, we would be concerned that anything that is done be done in a way that is appropriate, that is a legitimate investigation of charges that might exist under Malaysian law, and would not be anything that was a politically motivated investigation or prosecution."
baca artikel asal di Tranungkite.net
Baca selanjutnya...
30 Jun 2008
Misteri hubungan Anwar & Saiful ?
Banyak ruang 'misteri' dalam kejadian kes antara Saiful Bukhari Azlan (pekerja) dan Anwar Ibrahim (majikan) seperti yang dibuat laporan polis oleh mangsanya sendiri.
Blog Wan-Nasru (lebih condong mengaitkan dengan konspirasi) menulis petikan laporan polis mangsa seperti berikut;
“Saya Mohd Saiful Bukhari b Azlan (850706-01-5687) ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum PKR."
Tugas polis
Memandangkan laporan ini dibuat sendiri dengan penuh sukarela oleh mangsa, maka menjadi tugas polis untuk menyiasat kebenaran laporan yang dibuat oleh mangsa. Antara siasatan barangkali mencakupi aspek berikut;
1. Betulkah laporan itu ditulis dengan penuh kerelaan ?
2. Betulkah berlaku 'kejadian liwat tanpa kerelaan' antara majikan dengan pekerja ?
3. Betulkah kejadian itu berlaku pada tarikh dan tempat yang disebut ?
4. Betulkah mangsa berada dalam tertekan, bimbang keselamatannya diri dan keluarga jika berita ini tersebar luas ?

Siapa mangsa?
Laporan itu menyebut, mangsanya bernama Mohd Saiful Bukhari b Azlan 850706-01-5687, seorang pekerja kepada majikannya yang bernama Dato Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum PKR.
Tetapi laporan itu tidak menyebut apakah jenis pekerjaan dan dimanakah lokasi tempat dia bekerja bersama majikannya. Banyak lagi ruang misteri yang perlu dirungkai, bila dia bekerja, apa jenis pekerjaannya, selain Ketua Umum PKR, apakah lagi jenis pekerjaan majikannya.
Kalau dinyatakan majikannya adalah pekerja parti, kebiasaannya dibuat secara sukarela. Apakah pekerja itu dibayar gaji bulanan atau bekerja sukarela? Kalau dibayar, dari manakah majikannya mendapat wang bulanan untuk membayar pekerjanya dan berapa gaji bulanannya.
Saiful Bukhari bukanlah nama asing. Pelajar-pelajar UNITEN mengenalinya kerana dia adalah bekas Timbalan Presiden 1 Majlis Perwakilan Pelajar UNITEN sesi 2006/2007.
Dia juga mempunyai ramai kenalan di kalangan bekas-bekas pimpinan pelajar sezaman dengannya kerana dia termasuk salah seorang pemimpin pro-Aspirasi (pro-kerajaan?)yang sering berjumpa dengan pemimpin-pemimpin negara. Dia juga suka bergambar sebagai koleksi peribadi pemimpin-pemimpin negara yang pernah dikenalinya.
Bermakna kalau sikapnya suka bergambar, kenapa pula tidak ada sebarang gambarnya berposing dengan majikannya (Anwar Ibrahim), yang pernah dia bekerja sejak PRU 12? Agak pelik, hanya gambar-gambar mangsa berposing dengan tokoh-tokoh UMNO, tetapi tiada sebarang gambar dia berposing dengan Ketua Umum PKR. Sedangkan masanya lebih lama berada bersama Ketua Umum PKR sebagai hubungan pekerja dan majikan.
Kesimpulannya, semasa menjadi Timbalan Presiden 1 Majlis Perwakilan Pelajar UNITEN selama setahun, dia sudah terdedah dengan realiti politik kampus, politik negara dan pemimpin politik.
Latar belakang keluarga mangsa
Maklumat dari bekas-bekas pemimpin pelajar sezaman dengan menyebut, dia sudah tidak aktif dengan kumpulan pro-Aspirasi sejak dua tahun lepas.Dia juga gagal menamatkan pengajiannya di UNITEN. Mangsa dilaporkan tinggal bersama pak ciknya di Bandar Utama Utara, Subang. Mempunyai seorang lagi adik perempuan yang masih belajar. Ibunya telah meninggal dunia. Bapanya bekerja sendiri dan berpisah dengan ibunya semasa masih hidup.
Kononnya arwah ibunya meninggalkan 'sedikit harta' di atas nama mangsa tetapi telah habis dibelanjakan oleh mangsa.
Dari cerita lisan sebegini memberi satu justifikasi kepada kita bahawa mangsa adalah termasuk dalam keluarga yang bermasalah dan mangsa terpaksa mengharungi hidup seorang diri (tanpa pertolongan bapa?) untuk meneruskan kehidupan. Maka tidak hairan, kalau mangsa gagal meneruskan pengajian, jika sentiasa dihimpit dengan bebanan kewangan dan kurang bimbingan ibu bapa seperti ini.

Macam mana boleh bekerja dengan Anwar ?
Walaupun tidak dijelaskan apakah jenis pekerjaan, tetapi mangsa mengatakan dia bekerja dengan majikannya Ketua Umum PKR. Walaupun tidak dinyatakan lokasi pekerjaannya namun boleh diandaikan, dia bekerja di pejabat Anwar (seksyen 16), atau pejabat PKR (bangunan baru) atau di luar lokasi pejabat, sebagai pekerja bebas tetapi masih menghantar laporan harian kepada majikannya.
Persoalan-persoalan itupun sudah misteri kerana pelbagai andaian boleh dibuat sekiranya hanya menggunakan terma 'pekerja' dan 'majikan'.
Persoalan yang lebih misteri, bagaimanakah mangsa boleh bekerja dengan Anwar dan bagaimanakah cara dia diambil, sedangkan Anwar terkenal sebagai seorang tokoh yang amat cermat memilih pegawai-pegawainya yang sebelum ini masing-masing berlumba-lumba mengambil hati Anwar untuk digelar 'pewaris dairi merah'.
Maksud 'pewaris diari merah' adalah orang yang paling rapat dengan Anwar. Semasa Anwar jadi TPM, 'pewaris dairi merah' adalah Azmin Ali. Semasa Anwar, Ketua Umum PKR, diwarisi pula oleh Nik Nazmi Nik Ahmad.
Maksudnya 'pewaris dairi merah' adalah Setiausaha Sulit Anwar yang bertanggungjawab mencatat segala jadual dan aktiviti Anwar.

Anwar sudah ada pegawai-pegawai setianya termasuk Nik Nazmi Nik Ahmad (pewaris terakhir 'dairi merah'), Nurul Izzah (anaknya), Sim Tze Tzin, Ginnie Lim, Lee Khai Long, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin (Jonah) dan ramai lagi anak-anak muda yang telah terbukti kesetiaan dan mampu diambil sebagai pekerja paling dipercayai Anwar.
Kalau Nik Nazmi sibuk sebagai SETPOL MB Selangor dan ADUN, kenapa tidak diambil Jonah atau Ginnie Lim calon PKR yang kalah dalam PRU baru-baru ini ? Kenapa pula Anwar sangat berminat mengambil 'mangsa' yang masih mentah dan sebelum ini lebih terkenal sebagai penyokong kerajaan?
Sudah tentu pengakuan mangsa sebagai pekerja Anwar akan menimbulkan polemik, kerana masih ramai lagi pekerja-pekerja muda yang lebih berjasa berlumba-lumba untuk menawan hati Anwar dan menempatkan diri sebagai 'pewaris dairi merah'. Malah sudah timbul perbalahan di kalangan sesama sendiri yang mendakwa mereka lebih setia dan lebih bekorban untuk parti.
Bukan rahsia lagi, Jonah terasa jauh hati apabila dipinggirkan selepas tewas melawan Najib di pekan.
Apatah lagi apabila muncul 'watak' baru yang dikenali sebagai Saiful Bukhari Azlan, yang baru sahaja bekorban dan menyumbang kepada parti. Ketika Jonah berdemontrasi lawan polis, Saiful Bukhari masih turun naik ke pejabat tokoh-tokoh negara untuk bergambar. Jadi wajarkah Saiful digelar sebagai 'pekerja setia' kepada Anwar ?
Malah sebelum ini, sudah kecoh laporan mengenai latar belakang 'kepartian' Saiful dibuat oleh pekerja-pekerja muda PKR yang setia kepada Anwar. Tetapi, Anwar masih mengambil 'mangsa' itu sebagai pekerjanya. Kenapa ?
Pewaris 'Dairi Merah' Rahimi Osman, Najwan Halimi & Saiful ?
Seorang lagi watak yang dianggap 'pewaris dairi merah' adalah Rahimi Osman. Dia dikatakan pegawai khas Anwar selepas Nik Nazmi. Lebih menarik lagi Rahimi merupakan bekas Presiden Anwar Ibrahim Club (AIC) yang juga gagal menamatkan pengajiannya di UIA.
Status dan gaya kepimpinan Rahimi tidak disukai oleh sesetengah AJK AIC. Semua ini bukan rahsia lagi, kerana perbalahan sesama sendiri pernah dibincangkan secara terbuka di internet.
Dengan ketiadaan sokongan yang padu daripada AJK AIC, Rahimi mempunyai seorang kawan yang setia bernama Saiful Bukhari Azlan. Kebetulan wataknya hampir sama, sama-sama tidak habis pengajian dan rajin bekerja.
Rahimi dikatakan telah ditemani oleh Saiful untuk menguruskan kerja-kerja politik Anwar dan PKR terutamanya semasa PRU 12. Jadi bukan setakat Saiful dibawa keluar masuk ke pejabat Anwar di Sekyen 16, bahkan Saiful juga turut terdedah dengan pelbagai instrumen sulit Anwar termasuk AIC, Suara Keadilan, malah mungkin mengikuti road show ceramah Anwar.
Jadi, peranan Saiful, lebih tepat adalah pembantu kepada Rahimi Osman yang menjadi pegawai khas Anwar. Pembantu kepada pembantu khas Anwar?
Keintiman Saiful & Rahimi, dicurigai oleh sepupu Rahimi sendiri yang masih menuntut di UNITEN bernama Najwan Halimi. Sudah tentu Najwan lebih mengenali siapakah Saiful kerana kedua-dua menuntut di UNITEN.

Najwan adalah pengikut setia AIC dan pengikut setia PKR dari dulu hingga sekarang. Najwan pernah melaporkan latar belakang Saiful kepada sepupunya (Rahimi) turut menulis dalam blognya (riwayat hayat)ketidakpuasan hatinya terhadap Saiful dalam tiga siri tulisan bertajuk "Awas! Ada Musang Berbulu Ayam" Siri (1), (2) & (3).
Kenapa posting artikel misteri didelete ?
Begitulah nada kemarahan dan kebencian Najwan Halimi kepada Saiful, hingga tercatat luahan perasaannya di blog peribadi dan turut menceritakan perbalahan sesama aktivis AIC dalam merebut status 'pewaris dairi merah'.
Namun antara Rahimi, Saiful dan Najwan, semua arahan datang daripada 'ketua pewaris dairi merah' bernama Nik Nazmi Nik Ahmad, yang katanya, sangat dekat dengan Anwar.
Suara yang keluar dari mulut Nik Nazmi suara keramat. Suara Nik Nazmi adalah suara Anwar!
Itu adalah kepercayaan umum yang dipegang oleh mereka yang bercita-cita bakal menjadi 'pewaris dairi merah'
Jadi tidak mungkinkah semua 'plot liwat' ini, datang dari mulut Nik Nazmi ?.
Lebih suspen lagi kenapa Najwan Halimi telah mendelete postingnya bertajuk "Awas! Ada Musang Berbulu Ayam" siri 3, seminggu sebelum laporan polis dibuat oleh Saiful Bukhari ?
Salah seorang blogger AIC lain (Mat Keri) tulis, posting terakhir Najwan terpaksa didelete kerana 'arahan pihak atasan'. Siapa pihak atasan itu ? Kenapa posting itu didelete? Itupun menjadi misteri
Anwar bersembunyi dan diancam bunuh ?
Hujan tidak, ribut pun tidak, sekoyang-koyang, sebaik sahaja laporan dibuat mangsa, Anwar dilaporkan telah 'melarikan diri', diarah bersembunyi di satu tempat yang dirahsiakan. Ini tambah misteri..
Mungkin benar kata pepatah lama, 'mendengar guruh di langit, air tempayan jangan dicurahkan'
Ketika itu, katanya pengikut PKR fobia melihat kereta peronda polis, hatta anggota polis yang menunggang motorsikal kapcai. Pelik juga, sedangkan sebelum ini, pengikut PKR sanggup mandi darah, lawan anggota polis yang bersenjatakan pistol. Lawan Tetap Lawan!
Ada yang mengatakan Anwar bersembunyi di kedutaan Turki dan meminta suaka politik. Ada juga mengatakan di Hotel Quality, Shah Alam. Dan ada yang menafikan, bukan dikedua-dua tempat itu, tetapi di satu tempat rahsia, tetapi masih dalam negara..makin bertambah misteri..
Maka, SMS pun bertalu-talu sejak dua malam lepas dihantar oleh petugas-petugas PKR dalam ADIL NEWS mengarahkan penyokong-penyokong berkumpul di satu-satu tempat.
Wan Azizah pula dengan lantangnya tampil membuat kenyataan media menyalahkan polis dan badan kehakiman walhal proses baru bermula di peringkat siasatan sahaja. Belum tentu akan masuk mahkamah jika siasatan tidak sempurna.
Anwar pula secara bersembunyi menulis kenyataan-kenyataan keras di blognya menuduh, beliau ada bukti konspirasi Ghani Patail(Peguam Negara) dan Musa Hassan(Ketua Polis), walhal, belum masuk lagi peringkat mereka berdua.
Laporan mangsa hanya peringkat laporan biasa. Oleh kerana dakwaan mangsa sangat berat, barangkali, dia akan ditahan lanjut oleh polis untuk menentukan tahap keshahihan laporan yang dibuat itu. Itu sahaja. Baru peringkat laporan (dua hari lepas) dan polis mengambil masa sekurang-kurangnya 3 bulan untuk menyiasat kebenaran laporan itu. Bermakna belum masuk peringkat tuduhan dan pendakwaan. Kalau laporan itu tidak benar bermakna tiada kes dan mangsa didapati bersalah kerana membuat laporan palsu.
Kenapa Anwar bersembunyi ?
Persoalannya kenapa pula Anwar yang disembunyikan. Pengikut PKR dakwa, Anwar terpaksa disembunyikan kerana terdapat ancaman bunuh. Siapa yang mengancam untuk bunuh Anwar ? Itu lagi misteri..
Mengenali sikap dan perwatakan Anwar, Anwar bukan 'pegecut' dan 'suka bersembunyi' walaupun diancam ugutan bunuh.Kes 1998, menunjukkan Anwar dengan gagah berani turun ke jalan raya, mengajak pengikutnya terus melawan dengan slogannya "LAWAN TETAP LAWAN"!.
Masalah peribadi, biar mereka selesaikan..
Tetapi dalam kes kali ini, Anwar seolah-olah 'takut dengan bayang-bayang' sendiri, apabila akur dengan nasihat pengikutnya agar bersembunyi di satu tempat yang rahsia.
Sekiranya polis mahu menagkap Anwar (seperti mana yang diharapkan Anwar?), polis boleh mencari di mana sahaj tempat persembunyian Anwar. Lain lah pula kalau ini merupakan satu 'konspirasi' yang 'dicipta' untuk mengembalikan mood sokongan rakyat kepada Anwar seperti zaman reformasi 1998.
Zaman reformasi sudah berlalu 10 tahun lalu. Masa dan keadaan telah merubah segalanya.
Kalau benar laporan Saiful diliwat oleh Anwar, Anwar perlu menjawabnya di mahkamah secara telus, sebagai mana perjuangan Anwar menegakkan ketelusan, keadilan, demokrasi dan kebertanggungjawaban.
Kalau tidak benar, biar Saiful dan Anwar selesaikan sendiri.Kerana masalah ini muncul secara tiba-tiba hanya diketahui oleh Saiful dan Anwar. Biar mereka selesaikan masalah mereka sendiri dan tidak wajar mengheret orang lain campur tangan dengan masalah peribadi mereka.
Betul kata blogger Penarik Beca, Anwar amalkan politik bermata dua. Anwar adalah 'manusia politik'. Amat kerap amalkan prinsip 'animal politic'. Pandai berlakon, dwi-wajah malah sanggup 'bunuh musuh politik' atau 'bunuh kawan sendiri' sekiranya terdesak. Semuanya sanggup dilakukan demi survival politik.
Saiful pula sudah berkecimpung dengan politik kampus, berminat belajar politik dan sanggup bertuankan Anwar Ibrahim sebagai gurunya. Kedua-duanya 'orang politik'. Apa sahaja boleh dilakukan untuk capai matlamat politik.
Adakah ini satu kebenaran atau konspirasi?. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Amin
AnwarIbrahimDotCom
30 Jun 2008
Baca selanjutnya...
29 Jun 2008
ANWAR IBRAHIM 100 TOKOH DUNIA (TIME)
Video di atas memaparkan 'kehebatan Anwar' kerana dipilih 100 tokoh berpengaruh di dunia. Diterbitkan oleh Onlinetivi Indonesia sebagai satu promosi untuk menunjukkan 'kehebatan' Anwar di persada dunia.
Pengacara video ini telah mengesahkan empat perkara penting. Pertama; Anwar satu-satunya tokoh yang dipilih dari Malaysia oleh majalah TIME.Kedua; penulis biodata Anwar ialah Paul Wolfowitz. Ketiga; Anwar dipilih kerana ISLAM MODERATE tajaan AMERIKA. Keempat; Anwar menolak KETUANAN MELAYU
Pertama : Tokoh 100 Majalah dipilih TIME
Laman Jew Watch memperakukan majalah TIME adalah salah satu majalah terkemuka yang dikawal oleh YAHUDI.
Penaung dana majalah TIME adalah Time Warner Communications. Pemilik utamanya pula seorang Yahudi bernama Gerald Levin.
Selain memiliki majalah TIME, Yahudi juga turut memiliki majalah NEWSWEEK yang pernah menganugerahkan Anwar sebagai "The Asian of the Year" pada tahun 1998.
Publisiti Anwar di peringkat antarabangsa kebanyakan diberi liputan oleh media kawalan Yahudi antaranya ABC Television Network (ABC), CNN,CBS, dan NBC. Penguasaan Yahudi dalam media di atas, sila baca di sini.
Rangkaian media milik Yahudi telah berusaha keras mempromosi 'watak Anwar' di pentas antarabangsa, maka tidak hairan majalah TIME memilih Anwar sebagai '100 tokoh berpengaruh dunia'.
Bahkan, bukan satu kejutan jika sebuah akhbar harian Israel, "The Jerusalem Post" meramalkan "Anwar sebagai Bakal Perdana Menteri Malaysia" sebaik sahaja selesai PRU ke-12.
Persoalannya kenapa rangkaian media milik Yahudi berusaha bersungguh-sungguh "mempromote nama Anwar" di pentas antarabangsa ? Malah lebih ghairah lagi, kenapakah akhbar harian milik ISRAEL, The Jerusalem Post begitu berminat fokus politik negara Malaysia hingga sanggup beri ruang kepada halaman akhbarnya meramalkan Anwar bakal Perdana Menteri Malaysia.
Kenapa hanya Anwar dipromote sebagai PM ? Kenapa tidak Najib Tun Razak ?
Sudah tentu, pemikir Yahudi, zionis dan neocon lebih mengetahui sebab musabab kenapa mereka pilih Anwar Ibrahim.
Kedua : Penulis biodata Anwar= Paul Wolfowitz
Penulis biodata Anwar semasa mencalonkan 100 tokoh TIME ialah Paul Wolfowitz. Wolfowitz bukan setakat dianggap sebagai Yahudi Neocon, malah menganuti fahaman "Zionis" yang pernah dinobatkan "Israel Zionis Paling Berjaya 2002" oleh THE JEWISH INSTITUTE for NATIONAL SECURITY AFFAIRS (JINSA) kerana kecemerlangan menjadi Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika.
Kejayaan Wolfowitz semasa jadi Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika adalah melancarkan perang dan mengalahkan negara Islam Iraq. Kota suci Islam, Baghdad, warisan ketamadunan Islam, dipijak oleh tentera Amerika. Bangunan dan penduduk Islam tidak bersalah telah dibunuh semata-mata percaya dengan teori Wolfowitz bahawa Iraq memiliki senjata WMD.
Kenapa Wolfowitz yang dipilih menjadi penulis biodata dan pencalon Anwar di Majalah TIME. Kenapa tidak Al Gore, William Cohen, Al Bright, Colin Power atau Carl Gershman kerana mereka juga mengenali Anwar ? Kenapa semua nama-nama yang mengenali Anwar semuanya Yahudi berideologi Zionis ? Tidak adakah tokoh Islam terkemuka yang boleh menulis biodata dan mencalonkan Anwar ke majalah TIME?
Jawabnya tidak ada. Hanya Wolfowitz yang mengenali siapakah Anwar. Malah Wolfowitz wajar menulis biodata Anwar kerana Anwar adalah 'menteenya'. Wolfowitz pula adalah godfather Anwar.
Malah semua karier antarabangsa Anwar khususnya di Amerika dibina oleh Wolfowitz. Wolfowitz yang calonkan Anwar jadi pensyarah pelawat John Hopkins dan Georgetown University. Wolfowitz juga lantik Anwar sebagai Konsultan Bank Dunia dan Diplomat Jemputan Council on Foreign Relations (CFR)
Dalam penulisan Wolfowitz, beliau akui sumbangan Anwar menjadikan Malaysia sebagai rakan kongsi yang tunduk kepada Amerika bermula pada tahun 1990-an melalui Dailog Pasifik.
Anwar sebagai TPM dan Menteri Kewangan Malaysia melalui badan pemikirnya Institut Kajian Dasar (IKD) telah menyalahgunakan wang rakyat membayar jutaan ringgit kepada pelobi Amerika iaitu Asia Pacific Policy Centre (APPC) semata-mata untuk memastikan nama Anwar terkenal di Amerika.
Program Dailog Pasifik, anjuran IKD & APPC ini telah berjaya membawa tokoh-tokoh Amerika ke Malaysia antaranya Paul Wolfowitz, Senator Sam Nunn, William Cohen dan Henry Kissinger.
Maka tidak hairan, Wolfowitz tulis, 'I joined Senator Sam Nunn and others to speak out in Anwar's defense', ketika Anwar dipenjarakan.
Ketika Anwar dirawat sakit tulang belakang pada 2004, di Munich, Jerman, Paul Wolfowitz merupakan antara pengunjung pertama. Kunjungan Wolfowitz ke Munich yang dianggap tetamu paling istimewa, turut disusuli dengan perbincangan empat mata yang mengatur langkah Anwar seterusnya di Amerika.
Persoalannya kenapakah seorang Yahudi berideologi Zionis bernama Wolfowitz yang terkenal sebagai 'arkitek perang & pemusnah negara Islam' sanggup berbaik-baik dan memberi jasa kepada Anwar ?
Hanya Wolfowitz yang lemah lembut pertuturan tetapi keras pegangan zionisnya mengetahui apakah agenda sebenar membela Anwar..
Ketiga : Anwar model Muslim Moderate
"MUSLIM MODERATE" adalah model yang ditaja oleh Amerika melalui Center for the Study of Islam and Democracy (CSID). CSID merupakan badan pemikir Amerika untuk mencari kaedah terbaik menyemai benih-benih DEMOKRASI ke negara-negara Islam.
CSID telah menganugerahkan Anwar sebagai "Muslim Democrat of the Year" pada tahun 2005.
Dari kiri, Antony Sullivan, (Vice-Chair CSID),Radwan Masmoudi (President CSID), Anwar Ibrahim dan yang tidak bertudung ialah Asma Afsaruddin (Chair CSID). Kenapa hanya Antony Sullivan sahaja tepuk tangan ketika Anwar dinobat "Muslim Democrat of the Year" ?Maksud "Muslim Moderate" adalah Muslim terima idea-idea Amerika khususnya DEMOKRASI dan HAK ASASI.Muslim Moderate menolak Negara Islam, hukum hudud dan Mahkamah Syariah.
Golongan Muslim yang mahukan Negara Islam dan perundangan Islam dilabel oleh Amerika sebagai Muslim Teroris. Sebab itu Abu Bakar Bashir, tokoh Islam Indonesia yang dilabel Amerika sebagai 'Teroris' telah berkata Anwar Muslim Moderate yang tidak cukup faham mengenai Islam.
Separuh daripada penggerak CSID tidak beragama Islam, misalnya Antony Sullivan, Vice-Chair CSID, Robert Schadler, Tamara Sonn, Joseph Montville, Louis Cantori dan lain-lain. Malah CSID sendiri ditaja oleh Yahudi neocon, Carl Gershman, Presiden National Endowment for Democracy (NED).
Asma Afsaruddin, Chair CSID dan Radwan Masmoudi, President CSID serta tokoh-tokoh Islam lain adalah pro Amerika sama seperti Anwar Ibrahim.
Menurut Amerika, negara-negara Islam kebanyakan tidak Demokrasi. Tidak demokrasi sama dengan autokratik dan pemerintahan diktator. Atas premis itu Iraq dan Afganistan diserang untuk menyemai benih demokrasi di negara-negara Islam itu.
Persoalannya adakah Demokrasi ciptaan Amerika lebih tinggi berbanding dengan Demokrasi berasaskan Al Quran dan as Sunnah? Di mana Keadilan, Demokrasi dan hak asasi yang diperjuangkan Amerika jika majoriti rakyat sebulat suara menerima perundangan Islam sebagaimana yang termaktub dalam ajaran mereka?
Keempat : Anwar menolak Ketuanan Melayu
Sudah menjadi pengetahuan umum, semejak menjadi penasihat de facto PKR, Anwar menolak KETUANAN MELAYU dan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Dasar menolak 'ketuanan bangsa' dan menjaga 'hak keistimewaan kaum' ini selaras dengan salah satu rukun neocon yang menolak dasar "affirmative action" (hak keistimewaan).
Bagi Yahudi Neocon yang berideologi Zionis, tidak dibenarkan wujud bangsa-bangsa lain di dunia ini yang lebih mulia daripada Yahudi. Hanya Yahudi sahaja bangsa paling mulia dan bangsa PILIHAN TUHAN.
Hanya bangsa yahudi sahaja boleh mengamalkan "affirmative action", bangsa-bangsa lain tidak dibenarkan kerana mereka BANGSA KELAS KEDUA. Jadi sekiranya bangsa-bangsa lain cuba mengamalkan dasar "affirmative action", maka usaha perlu dilakukan untuk menghapuskan dasar itu.
Sikap Anwar mengikut telunjuk Yahudi terbukti apabila mengatasi keadaan gawat ekonomi Malaysia 1997. Pada Anwar yang ketika itu Menteri Kewangan hanya meminjam dana IMF sahaja boleh membantu memulihkan ekonomi.
Maksudnya, sekiranya Malaysia pinjam dana IMF, semua dasar-dasar "affirmative action" yang diamalkan oleh kerajaan akan dihapuskan kerana IMF mewujudkan persaingan global. Tidak ada subsidi diberikan kerajaan kepada rakyat kerana IMF menuntut pulangan modal yang lebih lumayan. Ketika itu ekonomi Malaysia dikawal seluruhnya oleh Amerika.
Kalau Amerika bersungguh-sungguh serang Iraq kerana TELAGA MINYAK, Malaysia pun ada telaga minyak dan PETRONAS!
Sebagai kesimpulan, elok direnungi tulisan blogger Ibnu Hashim, yang mengeleng-geleng kepala apabila membaca email pencalonan Anwar sebagai 100 tokoh berpengaruh dunia. Kawannya bertanya, “Kenapa kau geleng-geleng kepala? Hebat sangat ke Anwar? Ibnu Hashim jawab, "Hebat lagi musuh-musuh Islam. Termasuk The TIME..”
AnwarIbrahimDotCom
29 Jun 2008
Artikel lepas yang berkaitan :
1. Betulkah Anwar Agen Yahudi ? (1)
2. Adakah Anwar berstatus warganegara Amerika ?
3. Video Siapa Anwar Siri 6 -Kupasan 'Hubungan Anwar & Wolfowitz'. Percaturan kerja Anwar di Amerika dan pertolongan tokoh-tokoh neocon kepada Anwar.
4. Video Siapa Anwar Siri 7 - Kupasan terperinci 'Hubungan Anwar & Wolfowitz' dari 80-an hingga sekarang
5. Video Siapa Anwar Siri 8 - Kupasan 'Hubungan Anwar, Wolfowitz & Shaha Riza' terhadap kes Perang Iraq
Baca selanjutnya...
Langgan:
Catatan (Atom)





