Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit: Klik di sini
NOTIS
Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com
Pengkaji barat melabelkan Foundation for the Future (FFF) sebagai Yayasan Hantu . Yayasan itu menjalankan operasi sulit untuk menumbangkan sesebuah negara (Istilah neocon : Regime Change) menggunakan modus operandi 'Projek Demokrasi'
Catatan dairi ditulis oleh Converger dalam Daily Kos dan laporan oleh Steve Clemons dalam The Washington Note mengupas tentang misteri 'kewujudan'Foundation for the Future(Yayasan Masa Depan).
Di sinilah tempat bekerjanya buah hati Paul Wolfowitz iaitu Shaha Riza dibayar gaji AS$200,000 setahun tanpa cukai, melalui tabung Bank Dunia. Biar saya tambahkan sedikit fakta hasil penyelidikan awam berhubung dengan yayasan yang amat diselubungi misteri itu.
Sebelum Shaha Riza bekerja di Bank Dunia, beliau pernah bertugas di National Endowment for Democracy (NED),instrumen warisan peninggalan Ronald Reagan, yang menjadi badan perantara penaja usaha demokrasi dalam beberapa perubahan kerajaan (Regime Change )dunia termasuk parti-parti politik negara luar yang mempunyai hubungan rapat dengan Amerika Syarikat.
Pengerusi NED ialah Vin Weber, bersama ahli lembaga NED, Francis Fukuyama dan bekas ahli lembaga, Paula Dobriansky serta Paul Wolfowitz (kedua-duanya menyertai pentadbiran Bush II pada 2001), telah menandatangani kenyataan bersama tentang penubuhan Project for the New American Century.
Paul Wolfowitz, Yahudi neocon Amerika sampai bila-bila perjuangkan falsafah "We Stand With Israel". Itulah slogan pegangan kumpulan yang dakwa 'bangsa pilihan Tuhan'.Tidak akan berubah hingga kiamat seperti yang termaktub di dalam Al Quran. Jadi Yahudi neocon akan terus memperalatkan aktivis-aktivis Islam yang rela jadi tali barut mereka semata-mata untuk mendapat wang dan kuasa!
Bill Berkowitz, seorang pemerhati pergerakan konservatif, mendalami kajiannya ke atas NED: Menurut penulis William Blum, NED telah membiayai "komponen penting komplot rahsia Kolonel Oliver North, iaitu rangkaian 'Project Democracy,' yang berkaitan dengan dasar luar Amerika Syarikat, mencetuskan perang, menyeludup senjata dan dadah, selain menjalankan pelbagai aktiviti hitam lain.Pada 1987, seorang jurucakap White House menyatakan bahawa mereka di NED ' menguruskan Project Democracy.' Kenyataan ini tidak benar, kerana apa yang nyata, NED adalah cabang awam untuk Projek Demokrasi, manakala, Oliver North mengendalikan operasi-operasi covert (tersembunyi) berkaitan dengannya. Walau bagaimanapun, kenyataan tersebut tidak memeranjatkan kerana perkara seperti itu sudah diketahui umum bahawa CIA pernah menjadi dalang di sebalik operasi tersembunyi (covert) itu."
Gambarajah di atas menerangkan susur galur operasi Shaha Riza melalui Projek Demokrasi. Agent terlatih itu dipergunakan oleh dua instrumen US iaitu NED (overt) dan USAID & CIA (covert). Operasi terbuka (overt) akan disusuli dengan operasi tersembunyi (covert). Operasi tersembunyi(covert) akan menyeludup masuk dalam operasi terbuka (overt)sehingga yang muncul pada diri agent itu adalah badan rasmi, NED, Bank Dunia dan Jabatan Kerajaan Amerika. Agent ini ditugaskan menjalankan Yayasan Hantu (FFF) yang tidak mempunyai pejabat dan no telefon.
Sebelum mengadakan hubungan sulit dengan Paul Wolfowitz, Shaha Riza pernah berkahwin dengan Bulent Aliriza. Bekas suaminya itu, berbangsa Turki, seorang pakar di Center for Strategic and International Studies.
Setelah dipindahkan dari Bank Dunia, Shaha Riza bekerja mengendalikan projek-projek demokrasi di Jabatan Negara Amerika di bawah Elizabeth Cheney (anak kepada Naib Presiden Amerika,Dick Cheney)
Condoleeza Rice, Elizaberth Cheney dan Shaha Ali Riza. Liz Cheney adalah Principal Deputy Assistant Secretary of State Near Eastern Affair dan Coordinator for Broader Middle East and North Africa Initiatives (BREMA).Liz adalah bos Shaha. Tetapi kedudukan Shaha Ali Riza di Jabatan Negara menjadi 'misteri' kerana tiada dalam struktur pentadbiran. Sudah tentu modus operandi 'agent' tidak mempunyai jawatan dalam struktur pentadbiran tetapi wujud wataknya untuk menjalankan operasi-operasi tersembunyi. Paul Wolfowitz sengaja 'meletakkan' Shaha Ali Riza di Jabatan Negara US untuk memudahkan operasi khas. Memang sudah diketahui, semua ini 'komplot' Paul Wolfowitz dengan Dick Cheney (Naib Presiden US) yang bersama-sama dalam rangkaian neocon"
Pada November 2005, Elizabeth Cheney dan Condoleeza Rice (Setiausaha Negara Amerika), berada di Bahrain melancarkanFoundation for the Future.
Mereka tiba di Jeddah setelah menghadiri Forum of the Future di Bahrain, yang menyaksikan pelancaran dua institusi. Pertama adalah Fund of the Future yang bernilai AS$100 juta bagi membiayai modal perniagaan kecil dan sederhana. Kedua adalah Foundation for the Future bernilai RM55 juta untuk membiayai beberapa NGO dan projek penajaan kebebasan akhbar dan demokrasi.
Condoleeza Rice merasmikan Forum of the Future di Bahrain, November 2005. Pada majlis inilah Setiausaha Negara Amerika itu melancarkan 'Fund of the Future' dan Foundation for the Future'
Foundation for the Future ditubuhkan dengan modal bernilai AS$35 sumbangan daripada Jabatan Negara Amerika, sementara Bahrain menyumbangkan kira-kira AS$11 juta dan selebihnya daripada beberapa sumber lain. Sepertimana yang ditulis oleh Steve Clemons bahawa Jabatan Negara Amerika sendiri dalam satu sidang media baru-baru ini, tidak dapat memberitahu secara tepat dimanakah letaknya pejabat yayasan tersebut. Jabatan itu juga tidak begitu pasti apakah peranan Shaha Riza ditugaskan di sana. Di dalam laman web yayasan itu tidak dinyatakan tempat pejabat dan nombor telefon yayasan itu.
Maklumat pendaftaran domain foundationforfuture.org adalah seperti berikut:
Admin Name: BMENA Foundation for future Admin Organization: BMENA Foundation for future Admin Street1: 1350 Connecticut Ave Admin Street2: Suite 1000 Admin Street3: Admin City: Washington Admin State/Province: DC Admin Postal Code: 20036 Admin Country: US Admin Phone: +1.2022347370... Admin Email:nstormer@hotmail.com
Alamat tersebut sama dengan alamat Eurasian Foundation. Yayasan tersebut mempunyai seorang Pengurus Projek bernama Neil Stormer. Nombor telefon yayasan itu ialah (202) 234-7370.
Peranan Eurasian Foundation adalah menaja gerakan demokrasi di negara-negara bekas Soviet Union. Ahli jawatankuasa eksekutifnya termasuklah tokoh-tokoh terkemuka US seperti Madeliene Albright (bekas Setiausaha Negara Amerika di bawah Bill Clinton), James A. Baker (ketua Staff Pentadbiran Presiden Ronald Reagan), Lawrence Sidney Eagleburger (diplomat Amerika di bawah Bush), dan Frank C. Carlucci III (salah seorang ahli lembaga pengarah NED). Yayasan ini dibiayai oleh United States Agency for International Development (USAID).USAID memang diketahui umum dijadikan topeng kepada operasi-operasi covert CIA.
Presiden Foundation for the Future ialah Bakhtiar Amin. Beliau bekas pelarian Iraq, berketurunan Iraq-Kurdish yang sebelum serangan US ke atas Iraq pernah mempromosi tentang bahaya ancaman senjata pemusnahan besar-besaran kepunyaan Saddam Hussein. Setelah US berjaya menakluk Iraq, beliau dipilih menjadi Menteri Hak Asasi Manusia dalam pentadbiran Bremer/Allawi. Allawi pernah berkhidmat untuk CIA. Isteri Bakhtiar Amin, Safia Taleb al-Suhail pula pernah menjadi tetamu Laura Bush (isteri George Bush) semasa majlis ucapan State of the Union pada Februari 2005.
[Nota : Pengerusi Foundation for the Future adalah Anwar Ibrahim. Setelah Bakhtiar Amin meletak jawatan sebagai Presiden yayasan itu, Anwar memegang dua jawatan sekaligus iaitu Pengerusi dan Presiden Foundation For the Future]
Fungsi Anwar Ibrahim turut menjadi 'misteri'.Yahudi neocon, Paul Wolfowitz terpaksa mem'plan' seorang lagi 'agent' daripada bekas aktivis Islam yang menyusup masuk dari dalam. Sudah diketahui umum modus operasi CIA akan meletakkan 'agent' di mana-mana NGO menggunakan jawatan rasmi lain seperti pensyarah pelawat John Hopkins University atau profesor pelawat Georgtown University supaya gerakannya tidak dapat dikesan. Tetapi hakikatnya 'agent' itu menjalankan tugas-tugas khas Jabatan Negara US untuk mencapai objektifnya atas nama 'Projek Demokrasi'
Foundation for the Future setakat ini belum lagi membelanjakan wang untuk sebarang tajaan – yang sepatutnya dilakukan - tetapi telah mengadakan tiga mesyuarat eksekutif ahli lembaga pengarah yayasan itu yang menelan perbelanjaan tinggi.
Manakala Eurasian Foundation mendakwa yayasan mereka telah membelanjakan AS$360 juta untuk projek demokrasi di negara-negara bekas Soviet Union.
Kenyataan media Foundation for the Future pula berbunyi:
Foundation for the Future akan menyokong rakyat negara-negara Timur Tengah dan Afrika Utara dalam usaha mereka memperjuang dan mengukuhkan amalan demokrasi dan kebebasan.
Dengan ini jelaslah matlamat kedua-dua yayasan ini mempunyai tugas yang sama, tetapi di wilayah yang berlainan. Mungkinkah tidak lama lagi kita akan menyaksikan berlaku 'Demokrasi Revolusi Unggu' di Arab Saudi atau 'Revolusi Kuning di Bahrain'? Saya tidak terfikir akan berlaku...
"Yayasan tersebut adalah sebuah badan yang bebas."
Sejauh manakah "kebebasan" yayasan itu kerana sebahagian besar daripada laman webnya masih mempunyai lokasi dalam laman web Jabatan Negara Amerika?
FAQ juga menyebut:
"Ibu pejabat yayasan itu sedang dalam perancangan akan diwujudkan di Beirut, Lubnan"
Di sini saya sedikit keliru. Dengan Bahrain sebagai penyumbang besar, kenapa tidak Manama dijadikan pusat Foundation for the Future untuk operasinya di Timur Tengah?
Nampaknya bukan saya sahaja yang terkeliru. Dalam komen kepada laman Daily Kos, Billmon (seorang blogger berhaluan kiri terkemuka dunia) menulis :
Ok, sila kaji persoalan ini dengan laporan terkini Seymour Hersh (seorang wartawan penyiasat terkemuka Amerika) berhubung sokongan gelap CIA kepada kumpulan-kumpulan militan anti-Hezbollah Sunni di Lubnan. Selepas menghayatinya, sila renungkan kembali dengan mendalam mengenai skandal Iran-Contra dan pengunaan yayasan-yayasan kebajikan palsu sebagai topeng untuk usaha gelap menyalurkan wang kepada pihak Contra DAN membiayai beberapa tokoh neocon
Nampak tak agenda tersembunyi?
Itulah yang uniknya tentang tokoh-tokoh neocon : Apabila mereka melakukan suatu dan mendapati tidak berjaya, tetapi mereka masih terus menggunakan kaedah yang sama..
Apa yang terlintas di fikiran saya setelah membaca komen Billmon adalah kebenaran apa yang diutarakannya, tetapi tidak tepat tentang negara sasaran. Apa yang saya perhatikan di sini, perkara itu bukannya berkaitan dengan Lubnan tetapi Palestin, apabila Hamas memenangi pilihanraya sudah tentu menuntut tajaan perbelanjaan "demokrasi" yang lebih tinggi.
Kumpulan Hamas memenangi pilihanraya umum di Palestin.Sudah tentu berita ini tidak menyenangkan hati regim Israel. Barangkali peranan yayasan hantu perlu dipertingkatkan untuk promosi 'projek demokrasi' di Palestin untuk melegakan semula hati regim Israil dan neocon Amerika yang telah gundah gulana. Adakah penyaluran wang dan senjata oleh Yayasan Hantu itu kepada Kumpulan Abbas sebahagian daripada usaha melemahkan kumpulan Hamas ?
Agaknya inilah usaha 'projek mengembangkan demokrasi" dengan menggunakan senjata AK-47. Mungkin sekarang ini tiada lagi keperluan untuk wang gelap di sana dan ada kebenaran pada jangkaan Billmon bahawa sasaran terkini ialah Lubnan.
Oleh itu kemungkinan besar Shaha Riza, CIA dan Foundation for the Future yang didalangi mereka akan beroperasi ke arah untuk membinasakan kumpulan Hezbollah.
Seperti kata Billmon: "ia tidak mungkin berlaku, tetapi mereka akan meneruskannya."
Saya kini dalam perjalanan pulang dari Amman. Terasa lega satelah melepaskan jawatan Pengerusi Yayasan Masa Depan. Saya telah memberi notis perletakan jawatan sejak satu tahun lalu atas alasan penglibatan dalam kegiatan politik tanahair.
Namun saya gembira kerana berjaya meluluskan sumbangan besar terhadap kegiatan di Palestin, Selatan Lubnan, yemen, Tunisia dan Maghribi.
Anwar Ibrahim
**********************************
Setelah diasak dan dibongkar bertubi tubi dengan pembabitannya di dalam Yayasan Masa Depan, yang didakwa mendapat dana dari USA dan menjadi landasan 'memoderatekan' Islam, akhirnya DSAI merasa sangat lega dengan perletakan jawatan itu...
Mungkin lega kerana tidak lagi dapat dikaitkan dengan yayasan yang boleh menjadi 'alasan' orang mengaitkan beliau denga Amerika dan juga Yahudi. Apatah lagi di saat saat akan kembali menjadi " PM" ke enam selepas Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi.
Jika saya sendiri jika berada di tempat beliau tentu merasa perasaan yang sama... takut takut orang akan celik mata meneliti rekod Yayasan tersebut yang telah dibongkar dengan jelas oleh Masterdedah ( sini ) dan Anwaribrahimdotcom(klik sini ) yang disusun secara sistematik dan kemas segala fakta berkaitan Yayasan masa depan tersebut...dan kaitannya dengan USA @ YAHUDI..
Anda tidak perlu risau membaca artikel ini kerana semuanya adalah fakta dan analisa lengkap bagi memudahkan anda 'menambah' keyakinan anda kepada wira yang anda sanjungi selama ini.
Bak kata saidina Ali karramallahuwajhah : Tengoklah apa yang dikata bukan sesiapa yang berkata...
Anda boleh memberi pendapat di bawah ini jika ingin berkongsi cerita atau menafikan atau menyatakan kekesalan memberi sokongan kepada Wira Amerika ini...
Muka Seperti Saya, Gaya Seperti Saya Tapi Yang duduk di Meja tu bukan saya walaupun gambar itu Malaysiakini, suara keadilan dan harakahdaily yang siarkan
SAYA TIADA HUBUNGAN DENGAN WOLFOWITZ!!
Anwar menafikan hubungan rapatnya dengan Wolfowitz, sedangkan Wolfowitz menyebut Anwar sebagai kawan baiknya seperti yang tersiar dalam satu klip video YouTube. Video tersebut dirakam semasa Anwar dan Wolfowitz berucap di Bank Dunia.
Pertemuan Anwar dan Wolfowitz bukan pertama kali, malahan telah bermula sejak tahun 80an lagi. Mereka telah mengadakan lebih daripada lima pertemuan yang memakan masa di antara satu hingga empat jam.
Ketika Anwar dirawat di Munich, Jerman, Wolfowitz telah terbang ke Munich untuk menziarahnya. Perbincangan empat mata itu mengambil masa hampir satu jam.
Ia disusuli dengan lawatan Anwar ke Pentagon untuk satu pertemuan dengan kawan rapatnya itu pada 28 Februari 2005. Ketika itu Wolfowitz memegang portfolio sebagai Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat. Perbincangan di antara amereka memakan masa dua jam.
Anwar menafikan yang dia melantik Shah Riza dari Bank Dunia ke Foundation for The Future (FFF), sedangkan terdapat bukti surat yang ditulis oleh Anwar kepada Bank Dunia meminta Shah Riza dipindah ke FFF.
Surat yang ditandatangani Anwar itu dijadikan bahan bukti dalam siasatan Jawatankuasa Disiplin kes penyelewengan Wolfowitz di Bank Dunia.
Anwar menafikan yang dia anti-Sadam Hussein sedangkan dia pernah menulis surat kepada Wolfowitz ketika berada di penjara mengecam tindakan militan Muslim yang menyerang Pusat Perdagangan Dunia, WTC di New York pada 9 September 2001 dan seterusnya mengkritik Saddam Hussein sebagai Presiden Iraq yang diktator.
Anwar menafikan semasa pertemuan dengan Wolfowitz mereka tidak membincangkan agenda peribadi selain semata-mata mendesak Amerika supaya jangan menyerang Iraq sedangkan hasil pertemuan itu memberi imbuhan kepada Anwar seperti berikut:
Anwar jadi pelobi Wolfowitz.
Pada Mac 2005, Anwar berkempen di seluruh dunia menggesa Wolfowitz menjadi Presiden Bank Dunia. Dalam wawancara berita Bloomberg bertarikh Mac 24, 2005 Anwar Ibrahim yang disebut sebagai di antara satu-satunya kawan baik Wolfowitz telah melahirkan kepercayaan bahawa Wolfowitz amat komited dengan agenda kebebasan dan memahami sepenuhnya isu-isu kemiskinan, alam sekitar dan kesihatan.
Agenda-agenda tersebut secara kebetulan juga adalah agenda Bank Dunia. Bank Dunia dikuasai penuh oleh Washington. Ia seringkali digunakan oleh sektor korporat Amerika sebagai alat untuk menjahanamkan sektor swasta dan ekonomi negara-negara dunia ketiga. Tindakan-tindakan tersebut ialah bagi membuka jalan untuk sektor korporat Amerika membeli saham kepunyaan syarikat-syarikat dunia ketiga selain memaksa syarikat yang tenat meminjam dari IMF dan Bank Dunia.
Anwar dilantik fellow kehormat di Johns Hopkins University.
Menurut penulis Michael Bilington, "pada 2004 semasa dibebaskan dari penjara, Anwar 'disambut' oleh dua sekutu rapatnya, iaitu Al Gore dan Paul Wolfowitz. Wolfowitz ketika itu terbabit dengan tindakan mendalangi pertukaran rejim di Iraq melalui kekuasaan tentera.
Wolfowitz dikatakan mengatur supaya Anwar diberi perlantikan di School of Advanced International Studies (SAIS), John Hopkins University, Washington.
Anwar dilantik Perunding Bank Dunia (governance & accountability). Semasa Wolfowitz menjadi Presiden Bank Dunia, dia telah memberi kontrak bernilai AS$21,000 kepada Anwar bermula 25 Januari hingga 1 Mei 2006. Ketika itu Wolfowitz menjadi Presiden Bank Dunia.
Anwar dilantik Chairman Foundation For The Future (FFF) pada 15 Julai 2006.
Anwar dilantik sebagai Duta Amerika Syarikat ke negara-negara Islam utk berceramah topik Islam & demokrasi. Dia dilantik sebagai Diplomat Jemputan, Council of Foreign Relations, New York. Dia bekerja dibawah yang diketuai oleh Elizebeth Cheney. Jabatan itu juga menaja FFF.
Perlantikan Anwar sebagai Duta AS ke negara-negara Islam berkuat kuasa sehingga sekarang.
Itulah sebabnya Anwar bebas ke luar negara....
The End...
Jika tidak cukup lagi , klik Anwaribrahimdotcom untuk cerita lebih terperinci tentang perkara ini...
Memikirkan ketentuan Allah kepada hambanya membuat saya banyak berdoa dan pasrah kepada Allah. Anwar adalah penasihat parti PKR dan tiada yang boleh menyangkal bahawa PKR adalah parti sekular yang tidak mempunyai dasar yang meletakkan Quran dan Sunnah sebagai rujukan. Keahlian dan kepimpinan PKR juga berbagai, dari paderi kristian sehingga kepada pejuang murtad.
Mungkin orang PAS marah dengan tulisan saya tetapi saya ingin menulis perkara yang haq supaya kita tidak terkeliru dengan batil.Soal pakatan pembangkang di bawah Tahallul Siasi di haruskan mengikut pendapat ulama pas....
Sebab itu lah pas bertahallul dengan pkr, dap, semangat 46 dan umno zaman dahulu. Mengata PKR parti sekular tidak lah menghinakan kerana itulah dasar mereka. Malah ada ahli dan pemimpin PKR mahu mempertahankan sekularisme nya kerana itu lah pokok penyatuan mereka. Anwar tidak di paksa menukar perjuangan dari pemimpin besar Islam zaman 80an kepada pemimpin besar parti sekular PKR sekarang. Itu sudah menjadi ketentuan Allah.
Masa saya berada di alam sekolah menengah saya adalah peminat penerbitan ABIM Al Risalah. Sungguh hebat penerbitan itu. Di dalam Al Risalah lah saya bertemu dengan nama Hassan Al banna dan Syed Qutb. Ada satu lagi majallah , kalau tak silap Dewan Ummah yang juga cukup hebat. Majallah ini merupakan terbitan rencana Islam yang juga hebat berkaitan masaalah ummah sejagat. Dari situ saya mengenali ungkapan ' Islam Syumul dan Islam Cara Hidup. Siapa kah pemimpin gelombang kebangkitan Islam ini. Tidak lain tidak bukan Anwar Ibrahim.
Apabila berada di luar negeri saya bertolak dari selatan ke Manchester untuk menghadiri majlis akad nikah Anwar dan Kak Zah. Hebat sekali . Saya pun tak dapat melihat kedua mempelai kerana terlalu ramai orang yang hadir.Saya juga bertemu dengan kawan saudara Anwar yang hebat Ustaz immanudin dari Bandung. Saya masih mengingat ceramah Ustaz Pak Imat dan dia memegang Quran kecil.
Beliau berkata kepada kami, ingat ini adalah kitab Allah dan inilah pedoman kita. Bawalah ia di mana saja dalam poket, baca lah ia, fahami maana nya dan amalkan apa yang di suruh oleh Allah. Perkataan itu saya ingat sampai sekarang.Itulah hebat nya Anwar pada zaman itu. Seorang pejuang Islam.
Anwar mula meninggalkan perjuangan Islam Al deen apabila beliau masuk UMNO. Masa itu tahun 80 an , PAS sangat kuat dengan pengaruh hebat Allah yarham Ustaz Fadhil. Adik ustaz fadhil Kak Lah juga seorang pejuang.Saya masih ingat kaset ustaz fadhil cerita tentang mahathir naik gajah. Sunguh hebat Allahyarham ustaz fadhil.
Mungkin kerana kekuatan PAS yang begitu kuat memegang perjuangan Islam al deen maka Mahathir menjemput Anwar masuk UMNO. Selepas itu untuk meyakinkan orang awam kesetian Anwar pada UMNO , Anwar sentiasa mengecam PAS di pentas dan semasa belanjawan di Parlimen. Antara unkapan sinis terhadap PAS ialah Pembangkang Tanpa Faedah. Dia bercakap tentang PERBANKAN tetapi dia buat tersasul untuk perli PAS. masa itu Anwar Menteri Kewangan malaysia. Sekarang Anwar jadi Raja Pembankang dan kalau kita ambil kata kata nya duli sekarang makna Anwar adalah Raja Pemangkang Tanpa Faedah. Walau bagaimanapun itu cerita lama sebagai nostalgic bagaimana seorang boleh berubah rubah.
Apabila Mahathir sudah merasa Anwar telah merancang untuk menjatuhkan nya maka Mahathir yang sangat sekular itu telah memecat Anwar dengan fitnah liwat dan berzina. Sungguh hina Anwar masa itu. Saya pun menyembunyikan akbar utusan malaysia dari anak saya kerana utusan Malaysia pada hari itu melapor dengan detail kemasukan kemaluan dalam dubur seseorang. Saya tak dapat bayangkan betapa malunya keluarga anwar dan familinya di buat oleh Mahathir tetapi inilah politik. Ada yang di ISA ada yang di fitnah. Semuanya lumrah politik malaysia.
Selepas di penjara, ramai ahli PAS menggangap Anwar akan masuk pas atau masuk abim namun tekaan itu meleset. Anwar meneruskan perjuangan isteri dan kawan kawan umnonya untuk memperkuatkan parti keadilan PKR yang boleh katergorikan parti sekular dan ahli PKR terbuka kepada semua tanpa mengira rekod politik atau social. Paderi, aktiis murtad, atheisit, liberal semua boleh masuk. Lebih kurang macam Northern Alliance aghanistan semasa usa menyerang afghanistan selepas 911. Terdapt juga unsur parti kekeluargaan macam parti Buttho Pakistan apabila tiga keluarga anwar menang pru12.
Sekarang Anwar sudah termashur dan mendapat restu dari USA , Arab , Turki dan negara sekular lain dan kerap kali Anwar menggelarkan dirinya PM in waiting. Namun dalam kehebatan Anwar yang bila bila masa di katakan akan jadi PM, ramai ahli PKR keluar PKR. Kita pun tak tahu apa sebabnya dan adakah benar ada 30 orang akan menyeberang dari Sabah dan Sarawak.
Anwar sekarang bukan lagi pejuang Islam Syumul, pejuang negara islam atau Islam al deen tetapi pejuang gagasan sama rata sama rasa 'Malaysian malaysia' dan bercita cita mahu menghapus DEB, social contract dan perkara perkara lain berkaitan orang Melayu dan Muslim.
Itulah kisah perjuangan seorang anak muda dari Kedab yang bertenaga tinggi Anwar ibrahim. Politik semasa begitu dinamik dan kita tidak tahu apa kah penghujung perjuangan anwar ibrahim.
Beliau bukan Ahli Parlimen. Beliau adalah saudara KJ (Khalid Jaafar). Penulis buku Tumit Achilles, kisah askar kuda trojan yang menyerang Troy dengan penuh berstrategi, percintaan dan taktikal.
Saudara KJ adalah bekas Setiausaha Akhbar Anwar Ibrahim. Sekarang tempatnya ialah selaku Pengarah Institut Kajian Dasar (IKD). Gambar atas adalah gambar saudara KJ bersama dengan seorang mubaligh Kristian ketika menghadiri satu Persidangan Antara Agama.
Saudara KJ sedang bergambar dengan seorang paderi Kristian dalam persidangan agama yang sama. Perhatikan bagaimana paderi tersebut mengangkat lambang agamanya. Persoalannya, apakah saudara KJ tidak sedar bahawa kumpulan-kumpulan pendesak Interfaith Commission (IFC) yang menuntut 14 perkara tersebut sudah pun bertapak di Malaysia?
Apakah ini punca Ezam lari dari PKR kerana tidak mahu terlibat dengan kumpulan-kumpulan yang liberal dan moderate ini ?
Saudara KJ sekarang mengetuai IKD yang berperanan melatih dan mengkaderkan pemimpin muda PKR sejak 1998 lagi. IKD mendapat pembiayaan daripada Kondrad Adeneaur Foundation (KAF), sebuah yayasan daripada Jerman.
KAF adalah foundation yang menjadi think tank kepada Parti Christian Democratic Union (CDU) di Germany.
KAF juga turut mendapat pembiayaan daripada American Jewish Committe (AJC) sebuah yayasan Yahudi yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Apakah saudara KJ tidak tahu bahawa KAF mendapat pembiayaan daripada yayasan Yahudi di Jerman dan Amerika Syarikat?
Apakah pertentangan idea dan fahaman antara group Ezam dan group Azmin Ali akibat perkara-perkara ini menyebabkan Ezam berpatah arang berkerat rotan dengan PKR ?
Saudara KJ pernah dibawa ke dalam Pentagon oleh Anwar Ibrahim bersama sama dengan Azmin Ali (Naib Presiden PKR, bekas SU Sulit Anwar) berjumpa dengan Paul Wolfowitz (semasa itu menjawat jawatan sebagai Penolong Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat) pada Februari 2005.
Wolfowitz berbangsa Yahudi dan mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Amerika Syarikat dan Israel. Mengapa berjumpa dalam Pentagon ? Berjumpa dengan perancang serangan ke atas Afganistan dan Iraq.
Azmin Ali sedang memapah Anwar Ibrahim ketika Anwar sakit tengkuk dan pinggang. Nampaknya Azmin lebih prihatin menjaga Anwar. Selepas Anwar sihat, Azmin yang menjadi pilihan dibawa oleh Anwar ke Amerika
Jika mengikut hirarki politik, Ezam yang pernah menjadi Setiausaha Politik lebih layak dibawa ke Pentagon bukannya saudara KJ, tetapi mengapa Anwar tinggalkan Ezam ?
Mungkin S (adik Azmin) menjadi titik tolak kasih sayang tidak berbelah bahagi Anwar kepada Azmin berbanding Ezam ?
Mudahnya, ini petanda bahawa Ezam sudah tidak percaya Anwar boleh jadi Perdana Menteri melalui PKR dan Pakatan Rakyat.
AZRINIZAM IBRAHIM Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
Kami sedang mengumpul dana untuk server AIDC blog. Sesiapa yang berminat boleh salur sumbangan anda ke no akaun BANK ISLAM - 1303 5010 0580 99 (TETUAN AIDC MANAGEMENT).