PANAS! DI AIDC GROUP
NOTIS
Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com
23 Mei 2008
22 Mei 2008
Betulkah Anwar Agent Yahudi ?

Tuduhan ini amat berat! Memang berat dan tidak patut Anwar dituduh sedemikian rupa sekiranya tidak dapat dibuktikan!
Persoalannya kenapakah tuduhan demi tuduhan bertalu-talu hala ke atas badan tubuh Anwar ? Kenapa bertalu-talu ?
Apabila penulis Barat, Mike Billington mempersoalkan hubungan Anwar dengan Paul Wolfowitz dalam tulisan "Malaysia’s Anwar Ibrahim: Wolfowitz’s Knife in Asia’s Back", ruang keraguan makin terbuka...
Keraguan hubungan Anwar dengan tokoh-tokoh Yahudi ini bukan sahaja di kalangan parti kerajaan malah parti pembangkang sendiri.
PAS turut curagai. PRM juga tertanya-tanya. Hishmudin Rais, tidak lama dulu pernah menulis kecurigai ini di Malaysiakini. Apatah lagi blogger-blogger dan rakyat biasa.
Dokumen Anwar dan Wolfowitz penah diuji dalam Pilihanraya kecil Ijok. Kesannya calon PKR tergolek, meskipun Anwar berkempen habis-habisan, siang dan malam.
1. Hassan Karim, Presiden PRM mempersoalkankan dalam tulisannya di Malaysiakini, "Layakkan Anwar pimpin Reformasi?"
Hassan mempersoalkan "Masih ada golongan yang kurang selesa dengan Anwar angkara isu-isu seperti yang dibangkitkan oleh anak Mahathir, Mukhriz, di Dewan Rakyat baru-baru ini iaitu tentang hubungan rapat Anwar dengan tokoh-tokoh neo-konservatif Amerika seperti Paul Wolfowitz dan kisah sebuah yayasan yang dipimpin oleh Anwar yang dikatakan sebahagian dananya diterima dari Jabatan Negara Amerika Syarikat"
Tulisan Hassan ini bukan suara kerajaan, tetapi suara parti yang ada kaitan dengan Parti Pakatan Rakyat.
Walaupun tulisan Hassan menyatakan beliau tidak mahu berprasangka, tetapi terdetik juga tanda tanya di lubuk hatinya.
Kalau tidak, sudah tentu tidak akan keluar rencana Hassan Karim di Malaysiakini itu.
2. Amin Iskandar @ Black juga turut mempersoalkan nada yang sama dalam artikelnya "Lain kali pilih kawan betul-betul"
Kata Black "Orang tua-tua selalu kata, kalau nak berkawan, kena pilih betul-betul. Ada kebenarannya nasihat ini. Seperti apa yang berlaku kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Isu keakrabannya dengan Paul Wolfowitz, Presiden Bank Dunia yang juga dikatakan sebagai arkitek perang Anglo-Amerika di Iraq telah memberikan lebih banyak kerugian politik daripada keuntungan"
Amin Iskandar seolah-olah mengesahkan hubungan akrab Anwar & Wolfowitz sebagai post mortem kekalahan calon PKR di pilihanraya kecil Ijok.
Amin Iskandar juga bukan orang luar lingkungan Anwar. Dia adalah inner circle Anwar"!.
Dia tahu semua rangkaian Anwar di antarabangsa kerana dia adalah anggota ANFREL (Asia Network for free elections).
ANFREL adalah mata rantai Amerika berpengkalan di Thailand dan bernoktah di Amerika.
Bekas Presiden Amerika Syarikat, Ronald Reagan melontarkan idea bagaimanakah untuk menakluk dunia atas nama Demokrasi. Asas idea itu dibentuk dua intrumen iaitu National Endowment for Democracy (NED) dan International Republican Institute (IRI).
IRI berpengkalan di Amerika menelurkan ANFREL di Asia dan MAFREL di Malaysia.
Malek Husin, Presiden MAFREL (Malaysians for free Election) tanpa segan silu mengaku menerima dana daripada Amerika (IRI) dalam temubualnya dengan Malaysiakini. IRI sendiri turut mengakui menaja MAFREL!
Maka jelaslah kaitan Amin Iskandar (ANFREL), Malek Husin (MAFREL), Anwar Ibrahim (NED), semuanya nampak bersimpang siur tetapi bercantum di Amerika Syarikat.
Jadi jangan main-main dengan kata-kata Amin Iskandar!
3. Penulis Barat, Mike Billington mempersoalkan hubungan Anwar dengan Paul Wolfowitz. Tulisannya bertajuk "Malaysia’s Anwar Ibrahim:
Wolfowitz’s Knife in Asia’s Back". Untuk baca tulisan ini, kena download kerana dalam bentuk PDF.
4. Blogger bigdogdotcom turut mengulas tulisan Mike Billington dalam artikelnya "Anwar - Gore: Dances with the wolves" dengan menceritakan sokongan Al Gore (Yahudi), bekas Naib Presiden Amerika ke atas Anwar Ibrahim di Malaysia.
5. Blogger Rocky's bru pula bersetuju dengan tulisan bigdogdotcom dengan ulasan pengalamannya sendiri dipengaruhi oleh Anwar, bekas TPM dalam memberi arahan kepada media. Ketika itu Rocky's adalah editor Business Times.
Kata Rocky's ". I was the editor of Business Times. During those meetings, Anwar emphasized two things: that we can trust IMF because "Camdesus is a family friend" (Camdesus was the IMF managing director, the guy who stood triumphantly behind Suharto after Indonesia "surrendered" to the IMF during the 1997 financial crisis).."
6. Blogger A M Ubaidah S pula menganalisis benarkah Anwar agent Yahudi dalam tulisannya bertajuk "Is Anwar Ibrahim A Zionist Agent? "
7. Laman Moon of Alabama bertajuk "Wolfowitz, CIA, Lebanon - Get the picture?" mendedahkan konspirasi Paul Wolfowitz, Anwar Ibrahim dan Shaha Riza dalam penubuhan Foundation For The Future.
Jadi bukan sahaja Tun Dr Mahathir atau Mukriz yang sangsi hubungan sulit Anwar dan Yahudi, tetapi semua orang berkata begitu.
Apakah makna semua ini ?
Anwar Ibrahim Dot Com
23 Mei 2008
Baca selanjutnya...
21 Mei 2008
Neocons Seek Islamic 'Reformation'
Foto artikel ini dipaparkan sepintas lalu dalam video Siapa Anwar (Siri 4).
Tidak ada huraian lanjut selain memaparkan keratan foto itu. Tentu menimbulkan tandatanya kenapa dipaparkan kalau tidak memberi apa-apa makna.
Video "Siapa Anwar" (Siri 4) kupasan lebih mendalam sejarah penglibatan Anwar di Amerika Syarikat sehingga ditabal menjadi "Muslim Moderate of The Year" (video Siapa Anwar Siri 3)
Neocons Seek Islamic Reformation
Memang tajuk artikel "Neocons Seek Islamic Reformation" memberi seribu makna kerana antara "Neocons" dan "Islamic Reformation" saling kontradik.
"Neocons" satu aliran pemikiran Yahudi yang menguasai pemerintah Amerika.Yahudi seperti termaktub dalam Al Quran selama-lamanya mencari jalan untuk memusnahkan Islam dan pendokong-pendokongnya. Manakala "Islamic Reformation" satu aliran pemikiran gerakan Islam.
Bermakna sekiranya Neocons mula berjinak-jinak dengan "Islamic Reformation", tentu lebih besar maksud tersiratnya.
"We need an Islamic reformation..and I think there is real hope for one." kata Paul Wolfowitz, bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat.
Kata-kata Paul Wolfowitz itu ditulis oleh Jim Lobe dalam artikel "Neocons Seek Islamic 'Reformation'" pada 8 April 2004.
Ketika itu Paul Wolfowitz masih lagi berjawatan sebagai Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat. Wolfowitz memerlukan "Islamic Reformation" sebagai sokongan kepada tindakannya menyerang Iraq.
Sekarang, adakah Paul Wolfowitz telah menjumpai siapakah "Islamic Reformation" itu ? Apakah pula tugasan yang diarahkan oleh Wolfowitz ke atas "Islamic Reformation" itu ?
Adakah sekadar menyatakan sokongan serangan ke atas Iraq atau lebih daripada itu.
Apa pula makna "Islamic Reformation" mengikut kaca mata Yahudi? Mengislahkan Islam supaya dipecah-pecahkan menjadi pelbagai kumpulan seperti munculnya "Protestan" dalam Kristian ?
Semua ini akan terjawab dalam video "Siapa Anwar" (siri 6) yang akan disiarkan selewat-lewatnya Ahad ini.
Selamat menonton!
Anwar Ibrahim Dot Com
21 Mei 2008
"We need an Islamic reformation..and I think there is real hope for one." kata Paul Wolfowitz, bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat.
Kata-kata Paul Wolfowitz itu ditulis oleh Jim Lobe dalam artikel "Neocons Seek Islamic 'Reformation'" pada 8 April 2004.
Sekarang, adakah Paul Wolfowitz telah menjumpai siapakah "Islamic Reformation" itu ? Apakah pula tugasan yang diarahkan oleh Wolfowitz ke atas "Islamic Reformation" itu ?
Adakah sekadar menyatakan sokongan serangan ke atas Iraq atau lebih daripada itu.
Baca selanjutnya...
19 Mei 2008
Building Moderate Muslim Networks

Kulit buku " Building Moderate Muslim Networks", terbitan The RAND Corporation dan disponsor oleh The Smith Richardson Foundation.
Tentu buku ini menarik kerana ia turut dipromote dalam klip video "Siapa Anwar" (siri 5).
Dalam bahagian acknowledge, nama Anwar Ibrahim diberi penghargaan sebaris dengan Jusuf Wanandi (Executive Director of the International Center for Islam and Pluralism) dan Ulil Abshar-Abdalla (Former Liberal Muslim Network Head.
Apakah ini bermaksud Anwar Ibrahim berada sebaris dengan pejuang Islam Liberal dan Islam Pluralisme sepertimana yang terkandung dalam projek "Building Moderate Muslim Networks"?
Nama-nama penaja yang terlibat secara langsung dalam menjayakan projek ini turut disebut antaranya RAND Corporation, US Agency for International Development (USAID), National Endowment for Democracy (NED), The International Republican Intitute (IRI), The National Democratic Institute (NDI), The Asia Foundation dan The Center for the Study of Islam and Democracy (CSID).
Nama-nama penaja di atas turut disentuh dalam klip video "Siapa Anwar" (Siri 4)
Sudah tentu dokumen ini sangat menarik untuk ditelaah. Agak tebal dan memerlukan masa untuk menghadamnya.
Klik sini untuk download kandungan buku itu.
Anwar Ibrahim Dot Com
19 Mei 08
Kulit buku " Building Moderate Muslim Networks", terbitan The RAND Corporation dan disponsor oleh The Smith Richardson Foundation.
Tentu buku ini menarik kerana ia turut dipromote dalam klip video "Siapa Anwar" (siri 5).
Dalam bahagian acknowledge, nama Anwar Ibrahim diberi penghargaan sebaris dengan Jusuf Wanandi (Executive Director of the International Center for Islam and Pluralism) dan Ulil Abshar-Abdalla (Former Liberal Muslim Network Head.
Apakah ini bermaksud Anwar Ibrahim berada sebaris dengan pejuang Islam Liberal dan Islam Pluralisme sepertimana yang terkandung dalam projek "Building Moderate Muslim Networks"?
Baca selanjutnya...
Langgan:
Catatan (Atom)





